Jun 12, 2013

Lelaki Dicipta Untuk Jatuh Cinta Dengan Ramai Wanita Sebab Kitorang Horny Bastard

Cinta mampu membuatkan siapa2 saja sebut benda2 yang sebenarnya dia tak nak pun sebut. Contohnya, bermacam2 janji yang lelaki sebutkan kepada seorang wanita sebelum dia kahwin.

"Saya janji saya akan sayang awak saja seorang sehingga ke akhir hayat saya." Macam mana pulak kalau janji tu tak dapat ditepati? Sedangkan ikut agama sendiri, Tuhan kita cukup tak suka orang yang memungkiri janji. Tapi aku tak sure la pulak apa hukum dia kalau kita janji dengan bakal isteri macam tu tapi kita tak dapat nak penuhi.

Janji itu adalah satu bullshit yang lelaki akan sebut, sebab perempuan nak dengar. Perempuan mintak janji tu tapi kebanyakan lelaki akan sebut janji tu, bukan dari hati, tapi sebab dia nak wanita tu gembira. Atau ada jugak yang berjanji sebab dia dah malas nak dengar isteri dia membebel.

Padahal itu semua benda2 yang tak pasti.

Melainkan jika lepas berkahwin, Allah jadikan lelaki dah tak ada nafsu dan perasaan dengan wanita lain. Tapi manusia tak dijadikan sebegitu rupa. Semua orang sedar yang manusia bukan begitu jadi kenapa masih lagi ramai wanita di luar sana yang cuba tagih janji diorang akan sehidup semati satu suami satu isteri?

Hidup dalam fantasi semata-mata. Pabila dinding fantasi tu runtuh, bila terbaca mesej manja dengan wanita lain, barulah mengamuk sakan. Tuntut janji, tuntut hak, mintak cerai.
Fantasi dah punah. "Suami aku sebenarnya lelaki normal rupanya...selama ni aku ingat dia betul2 pegang janji dia..hu hu hu.."

Apakah ada kemungkinan akan muncul perasaan cinta dan sayang kepada wanita lain dalam diri suami anda? Ada! Admitkan saja ada. Jangan paksa dia berjanji macam2 benda yang dia sendiri tahu, sebenarnya dia tak dapat nak penuhi.

Sebab kadang2 memang akan ada kes di mana bintang beratur lurus dan bulan mengambang terang, suami anda akan betul2 jatuh cinta dengan orang lain. Itu natural. Sesuatu yang takleh nak dikawal sebab tarikan akan wujud di mana-mana saja.&

Aku sebagai lelaki pun tak berani nak janji dengan wife aku, aku takkan kahwin lain. Gila! Lagilah pulak bila dalam kepala dah tau "agama Islam aje yang galakkan poligami ni kepada manusia!" Orang Islam aje!

Jadi, pihak wanita tak sepatutnya mintak bakal suami atau suami janji yang dia akan terus setia dengan seorang, tapi mintalah janji yang jika ada perasaan sayang tu muncul untuk wanita lain, orang pertama yang tau adalah isterinya dan bukan wanita itu.

Lagipun, naluri manusia selalunya nak benda yang dia takleh dapat.

Benda yang paling mujarab kalau rasa takut dimadukan, adalah dengan memberi keizinan untuk dimadukan. Ramai lelaki, mulut aje kata nak kahwin dua...tapi sebenarnya poyo aje lebih. Macam aku. Tiap2 kali Heliza Helmi keluar TV aku akan kata aku nak dia jadi isteri aku. Mulut aje lah cakap camtu tapi tindakan susulan tak ada langsung. Lagipun, kalau aku jumpa Heliza, aku rasa aku lari jauh2. Mata dia besar sangat. Comel!

Lelaki gila aje yang berani janji dia takkan kahwin lagi dengan isteri dia, sebab dah sah-sah kalau Tuhan nak jadikan dia "ter" jatuh cinta..macam mana? Kalau hati dah terjatuh cinta, apa salahnya kahwin dua, kan? Asalkan kena dengan caranya. Kan memang nisbah perempuan makin ramai kat dunia?

Kepada yang memandang benda ni sebagai negatif just ingat balik, satu masa dulu anda adalah antara pilihan suami anda dan anda adalah pemenang hati dia. Dia pun sama. Mesti sebagai wanita, kau pun pertimbangkan calon2 lain jugak sebelum kau pilih dia.

Cuma...lepas kahwin, lelaki tak pernah berhenti memilih...


39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak pernah berhenti memilih? WTH u think? hehehe

Tanpa Nama berkata...

Post kali ni membuktikan lelaki zaman sekarang berpoligami hanya semata2 nafsu seks. Bukan kerana 'sebab2 lain' yg memerlukan poligami dilaksanakan.

Poyo.. Beza betul dgn pejuang Islam zaman Rasulullah s.a.w dulu.

Eimie berkata...

Hanya nak mengingatkan. Lelaki yang benar-benar berani dan sanggup jer boleh kahwin lebih dari sorang. Kalau ada lelaki nak kahwin lebih dari satu, aku akan cakap silakan. Tapi kena pastikan benar-benar layak ker anda lelaki nak kahwin lebih dari satu. Belum cakap pasal adil lagi, sebab ramai tau, ramai yang failed.
Cukup fikir pasal dosa jer. Dosa sendiri belum tentu lagi tertanggung, kena pula tanggung dosa bini. Kalau sorang jer takper lagi, kalau 2, woahh bertambah-tambah lagi. Belum kira bila dah ada anak perempuan, selagi belum berkahwin, dosa anak tu ayah yang tanggung. Yakin tak nak bimbing anak bini tu? Kalau yakin silakan...

Unknown berkata...

Kami janji selagi masih "berfungsi" sebagai suami/isteri, tak akan ada opsyen lain.

Tanpa Nama berkata...

Lelaki dicipta utk melindungi wanita yang tak semestinya mereka cinta. BUKAN dicipta utk berkali2 jatuh cinta pada banyak wanita.

Tanpa Nama berkata...

cinta itu indah so perlulah dikongsi, barula manfaat..................

Effa berkata...

Ugly truth

Tanpa Nama berkata...

to anon June 12, 2013 at 3:13:00 PM GMT+8,

kawen no berapa pun tetap la sebab nafsu. kalau no 1 pun tetap nafsu yg utama. cer tengok alasan org nak kawen cepat nak kawen muda nak kawen awal nak kawen masa belajar nak kawen tak menyempat, mesti diorang akan kata nak elak maksiat nak elak zina nak elak dosa dgn bukan muhrim. berapa kerat kata kawen kerana allah, kawen kerana sunnah rasul. so yg pertama pun mesti besarkan point nafsu tu. spender pun makpak yg belikan lagi ada hati nak bela anak dara org.

aku pun tak suka sangat poligami. tapi kalau aku diuji sebagai yg pertama, aku harap yg kedua tu 100x lebih baik drpd aku. agama dia lebih bagus drpd aku. yg tau hak aku & anak2. jadi tak jd kes halang laki blk rumah isteri no 1. tak sekat laki bagi nafkah pd family yg sedia ada. tapi jgn la cari yg lagi cantik drpd aku =P.

tapi kalau aku diuji sebagai yg ada no, harap2 la dpt madu yg baik. yg tak serang hendap aku, yg tak halang laki tunai t/jwb pd family baru. yg takde bomoh2. yg boleh sama2 bermujahadah menuju redha Ilahi.

Shahrul Yusof berkata...

Yup, mostly laki akan berfikir macam tu. Aku buat masa ni masih belum lagi. Tapi aku tiap-tiap hari berdoa supaya aku tidak jatuh cinta terhadap wanita lain selain dari isteriku. Cewaaahhh!

Tanpa Nama berkata...

to Anon June 12, 2013 at 3:32:00 PM GMT+8
..nak kenal boleh???heheh..

Unknown berkata...

auch....
tepaksa admit, kita, lelaki & perempuan manusia biasa.

Tanpa Nama berkata...

Alaa..tak payah pikir lelaki je yg suke tgk org perempuan lain lps kahwin, perempuan pun suka je cuci mata lps kahwin..cuma bezanya perempuan tak boleh nak kahwin lebih dr 1..

Tapi untuk lelaki pulak, walaupun 'normal' la berperasaan begitu..perlu ingat juga.. tak senang nak berpoligami..mampu ke? mampu dari segi kewangan, mampu kesihatan, mampu berlaku adil..jgn ambil mudah..kalau tak mampu tapi nak juga buat semata2 sebab nafsu, bersedialah jln senget bahu sebelah di padang mahsyar nanti..

Tanpa Nama berkata...

kawin jer sorang..abis citer...kepada pompuan...kalau dah tau boipren korang tu suami org...break time tu jugak...settle...

Tanpa Nama berkata...

Perempuan dicipta untuk jatuh cinta dengan ramai lelaki sebab dia horny bitch? Kekee..

Tanpa Nama berkata...

Kata: "Saya berjanji bla bla bla bla...."
Dalam hati: "Terms and conditions applied;...."

Tanpa Nama berkata...

aik? nak kawen lagi satu ke tot

suhaimi berkata...

yang cantik akan ada orang jatuh cinta.. x kira lelaki atau wanita... lumrah alam... cuma benda ni atas diri sendiri nak kawal... :)

Tanpa Nama berkata...

tak ah. sbnr nye nisbah lelaki masih lgi ramai. cume yg kurg nisbah lelaki kualiti

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa nak tambah sikit. "Agama Islam aje yang MEMBOLEHKAN poligami" (bkn galakkan).
Ayat lain, 'jika kamu bimbang tidak dapat berlaku ADIL (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) SEORANG sahaja. Ahmad Deedat ada ckp bila ada org tanya, agama Islam je yg ckp kt dlm kitabnya dgn jelas psl kawin sorang ni.
Dan betapala adil tu sgt penting, dan ini turut berkait dgn redha isteri2 tu. Kalo isteri2 blh tolak ansur mmg bonus.

Dan tak silap,kalau b4 akad nikah boleh letak syarat yang boleh diterima,antaranya taknak bakal suaminya berpoligami. Aku tak tau ada org buat ke tak. Dan tak silap aku Nabi tak benarkan Fatimah dimadukan. Kalau aku silap betulkan.

Tapi kalau difikirkan, dimadukan macam...is not a bad idea jgk,haha..yelah..nk layan suami tiap2 hari penat jgk, kdg tu mengada je lebih aku rasa,haha..nanti blh ada masa utk diri sendiri dan anak2,boleh lebih beribadat kalu turn di rumah lain. Isteri yang cintakan Allah, maka Allah akan tumpahkan sayang suami pada isteri tersebut, insyaAllah tak lari mana.
Allah no 1, Rasul no 2, suami no 3. Tp isteri skrg suami no 1, tu yg cpt meroyan sket tu. Cuma mungkin kdg2 sunyi time perlukan suami (sbb ada kt rumah lain) or time balik raya ke..ntah..

Nk tgk laki org ni sng je, kalo baru kawin amboi bln bintang,mcm tk pndg prmpn lain dah, tp bila dh kawin lama, mak aii konfiden terlebih..takooot...

-aku tak kawin lagi, tp ini yg aku observe,kbye-

Unknown berkata...

Tapi tak semua kawen ke2,3,4 itu hanya semata-mata nafsu. Kadang kala jodoh ke2 datang tanpa diundang. Tak termampu utk menafikan qadak dan qadar.Allah jua sebaik-baik perancangan.

Mango berkata...

mantot dok keluarkan post2 cmni ja....boring la plak..

Tanpa Nama berkata...

bukan lelaki aje la perempuan pon ada la.. sebab ada juga perempuan yang banyak pakwe banyak skandal.. cuma tak boleh kawin lebih dari satu jer lol..

cam binatang gak ada jantan yang banyak pasangan betina.. Ada juga binatang yang betina banyak pasangan jantan.. lol..

sebab kita manusia ada tangungjawab ada komitmen ada awal fikir baik buruk dan kawal hawa dan nafsu kita maka kita tak jadi la binatang..

Tapi kadang bila nafsu tak dapat kawal mempengaruhi conta jadi binatang juga langar halal haram.. :|




Tanpa Nama berkata...

Hai si suami cuba bayang bini anda kalau keluar shopping, mata menerawang cari anak ikan. Cute la katakan, macam izzue islam and joey tu, cute miut. Rasa nak picit pipi
Bayangkanlah, tempat keja bini kau ada lelaki muda hot, boleh bini kau cuci mata. Dalam facebook pun senang ja nak add lelaki gersang suka test market

Ingat pompuan tak reti cuci mata? Tak horny?

Pandaila kontrol, jangan layan nafsu tu sangat.. kalau dok melayan rasa, harga diri entah berapa kan

Tanpa Nama berkata...

Mantot banyak rage tak rasional skang. Midlife crisis ka mantot?

Aku rindu time hang dok balas majalah mangga dulu

Tanpa Nama berkata...

akak pernah mengutarakan subjek berpoligami pada suami akak .nawaitu akak bukan kerana ada kekurangan pada akak atau pun suami.pada masa tu akak berkawan baik dengan seorang muallaf yang ditinggalkan suami tanpa sebab dan berita.hidup muallaf ini terumbang ambing pegangan hidupnya hanya pada bismillah dan dua kalimah syahadah.cadangan ini telah disambut dengan perselisihan faham,timbul bantahan dari kedua ibubapa,adik beradik ,saudara mara serta sahabat handai.ibu mertua serta anak anaknya tersenyum lebar,cuma bapa mertua meluahkan perasaan bantahan tidak setuju.suami akak pulak saban hari akan memekakkan ketelinga akak dengan hujah mari kita berbincang kelemahan kita dahulu,poligami tolak ketepi.demi meredakan ketengangan keluarga akak hentikan nawaitu akak meneruskan hajat berpoligami itu.akak menjadi kawan seagama berlainan bangsa dengan muallaf ini sehingga keakhir hayatnya.sekarang akak serta suami mengambil anak yang tidak pernah tahu atau melihat siapa ayahnya sebagai anak angkat yang sah disisi perundangan.inilah perancangan allah swt yang maha mengetahui,anak akak dan anak angkat akak keduanya sekarang adalah berjawatan dokter,doa akak supaya anak amgkat akak akan ketemu ayah kandongnya dalam suasana seorang dokter merawat ayahnya seorang pesakit.inshaallah.

Mrs.Critical Thinking berkata...

Lelaki gila aje yang berani janji dia takkan kahwin lagi dengan isteri dia, sebab dah sah-sah kalau Tuhan nak jadikan dia "ter" jatuh cinta..macam mana?

- Funny you. You have option in life. To go or not to go. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Funny. Don't involve God in this matter. Itu semua nafsu.Contoh you sakit diabetis, elakkan gula, tapi nak cakap TUHAN nak jadikan you suka gula? so u insist to take sugar? Itu sebab nafsu suka gula kan?? Addicted la katakan. U have option, eat something else as long as its not sugary. Susah sangat ke? Again its all up to the individual.

Tanpa Nama berkata...

ala mantot kalu dah jodoh ada la nanti mcm UAI...

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak cabaran kawin la dua tiga empat.. baru hebat.. lagi hebat kalau dapat pimpin semua isteri2 dan anak-anak tu masuk syurga Allah.

Allah akan bagi jalan kalau mahu..

Tanpa Nama berkata...

bro, actually ape yg lu letak tu memang betul, just orang kita melayu ni jer yang poyo lebih, tunjuk baik sgt sedangkan hati sendiri busuk lagi dari ikan bilis.

faza berkata...

aku setuju je..

cuma yg last ni tak paham aku..

Kepada yang memandang benda ni sebagai negatif just ingat balik, satu masa dulu anda adalah antara pilihan suami anda dan anda adalah pemenang hati dia. Dia pun sama. Mesti sebagai wanita, kau pun pertimbangkan calon2 lain jugak sebelum kau pilih dia

Tanpa Nama berkata...

I bce post u..teringt bakal suami i.die lebih muda..i x pernah mntak die janji..xsuruh pun die janji.sbb i faham org laki mcm mna and i pun xnak sakit hati nnti mgenangkn janji2 tu.tp die yg willing utk berjanji setia.sbb die Kte die mmg jenis mcm tu.Die slalu ckp jgn tgglkn die.xble pandang laki lain,xble ckp dgn laki lain n bhias utk die je.tp xpela..tgk je dlu.

Tanpa Nama berkata...

to.Critical Thinking mmg benar kata anda, tapi cuba fikir sape dapat avoid sugar retire of his life..manusia mana x addict to sugar..pikir balik, cinta ni anugerah allah, seelak2 cmne pun kite tetap kene gak kalau kehendakNya.Memmang lelaki kawin lain sb nafsu selebihnye sb kelebihan perempuan 2, sb pe? wife first usually dah xjln kn tanggungjawb esp.bab sex..lelaki mmng nafsu die kat perempuan, avoid cmne pun tetap tkena..cm perempuan gile shopping..sy jenis xminat perempuan,seriously my wife cm lelaki,x suka makeup, sy kwn pun ngn lelaki je..tp sy tipu diri sendri, sy terjatuh cinta ngn girl lain yg lemah lembut,rendah diri dan comel..as man, ur taste will always changed.

Unknown berkata...

Doesnt true love anymore!!! Foff... ap yg sy nmpk dcni ialah berlaku sebb tiada persehaman...btw lw layanan serupa ad 4bini.. Laki kau x kmner jah... P lw yg nk mencari lg after nikah aq rase lelaki bodoh jer mcm tuh sebb hidop kau semata2x utk pmpuan... wahai kaum hawa walopon laki kau tuh skema alim sgt ko jgn igt boleh tenang suami ko xkn cari lain ... Mmg cari pmpuan lain sebb nafsu tp boleh dielakkn lg tp lw dah smpai tahap nk khawen lain itu mesti ad smthing wrong somwhere isteri x reti nk jger yg ad pd suami.. Mmg 1st wife yg dicintai tp itu sifat individu bukn sifat lelaki yg kau pk suami jenis x kisah silap besar tuh...

Tanpa Nama berkata...

pompuan zaman sekang kan bodo.anonymous second comment tu pun dah lama sesat sebab dah hidup lama dalam kemodenan keamanan dan segala jenis kesenangan yang membuat mereka lupa yg mereka ADALAH HAMBA.panggillah servant ke apa ke nak sedapkan takrif tu..hamba tetap adalah SLAVE. and forever and forever.no choice.tak pernah ada choice pun.perjuangan rasullulah?? aduhai tolonglah..apa yang diperjuangkan rasulullah adalah takdanya manusia BULLSHIT mcm kau.yg menipu diri sendiri seolah-olah lelaki tak refill sperma dia penuh balik after 3 days..seolah-olah manusia makhluk murni yang menolong Allah.padahal..Allah cipta kau sebab dia boleh je..tu definasi tuhan.

masa perang dgn yahudi dulu semua askar Islam amik je pompuan mana dia suka..hadis cerita pancut luar tu cuba baca betul2..nabi sulaiman?? 9 org satu malam sental..nabi muhammad? 9 org sental satu mandi junub..kat syurga punya hadis?? satu katil berapa bidadari??? Tuhan firman dalam syurga dlm Quran.."maka lihatlah..segala yang nafsu mahukan" come on la...ini real life..theres no such thing as equality..tu semua bullshit.

Nabi Muhammad s.a.w takda menipu-nipu mcm laki sekarang..dia cakap terus terang reason perempuan dipilih..either RUPA,KETURUNAN,AGAMA DAN HARTA. BAM!!! KAT MUKA.METERIAL IS ALL THAT EVER MATTERS. FITRAH!! wake up la melayu!! life is bitter.

Nabi musa amik air nak kahwin ngan adik..pastu ayah dia suruh dia kahwin dgn kakak DULU.it means boleh kahwin adik beradik.Belum masuk cerita Nabi Adam lagi..kena kahwin kakak sendiri habil ngan Qabil! damn...serius melayu byk bodoh..hidup dalam ilusi..pergi tgk cerita p.ramlee la..enam jahanam...itu je dah cukup nak ajar..yang Allah nak cipta prototype manusia adam a.s. je..bukan hawa..hawa tu extrak tulang rusuk kiri adam je..murah punya version.FACE IT!!!




ZHazirah berkata...

Assalamualaikum. Wahai kaum Hawa sekalian, janganlah bersedih. Perempuan juga telah dijanjikan oleh kekasih sebenar kita, Allah SWT, dengan apa-apa sahaja nikmat yang mereka inginkan di syurga nanti termasuk pelayan-pelayan lelaki (wilidan). Kaum Hawa sayang, mesti ada sebab kenapa Allah benarkan lelaki untuk berkahwin lebih daripada satu. Pada saya, antara sebabnya ialah Allah SWT inginkan agar wanita sedar dari awal bahawa the only one true love is between us and Allah alone, tidak seperti cinta antara lelaki dan perempuan yang tidak semestinya kekal dan indah seperti yang dimomok dalam kaca televisyen dan kebanyakan novel remaja sekarang. Rasulullah SAW pun pernah bersabda bahawa Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Perempuan solehah itu lebih baik daripada bidadari syuga. Kalau lelaki dapat 70 bidadari pun, insya Allah kita lebih baik daripada bidadari tu. Maaflah kalau saya bunyi agak over confident di sini walaupun saya tak solehah pun. Insya Allah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah. Allah is always near. Janganlah kita hina kaum Adam yang mahu bernikah dua. Mungkin itu sudah dijodohkan untuk mereka, kita tak tahu bagaiman mereka berusaha untuk mengawal nafsu mereka setiap hari. Saya rasa mereka pun malu-malu juga kalau orang ramai dan jiran sekampung tahu mereka kahwin lebih daripada satu. Dan wahai kaum Adam yang saya hormati, janganlah pula kita hina kaum Hawa. Lelaki dan perempuan adalah sama sahaja di sisi Allah SWT, yang membezakan kita hanyalah iman dan takwa. Ok? Peace no war :) Smile everybody! Assalamualaikum!

Tanpa Nama berkata...

Tak berani nak komen ...hidup kadang sangat rumit.kita X merancang tapi tuhan menentukan.

Tanpa Nama berkata...

Lelaki tak berhenti memilih? Inilah dasar lelaki yang tak pernah bersyukur dan menghargai isteri!!

Tanpa Nama berkata...

Lelaki tak berhenti memilih? Inilah dasar lelaki yang tak pernah bersyukur dan menghargai isteri!!

Tanpa Nama berkata...

Good 1! Agreed😊