Naluri kita suka dengan benda2 tahyul ni. Khasnya amalan mistik yang berkaitan dengan alam lain. Kita boleh tengok sendiri kesannya dekat masyarakat kita, macam mana banyaknya filem kita bertemakan kisah seram dan drama TV pun tiap2 hari selain penuh dengan kisah cinta atau gangster...mesti ada drama seram.
Lagipun, banyak kita punya media yang buat coverage pasal perubatan makhluk-makhluk halus ni. Kita ada rancangan Misteri Nusantara satu masa dulu, sekarang ni Expose Mistik, ada majalah Variasari yang dah pupus (dan juga penuh dengan awek seksi) dan kini masih ada majalah Mustika yang suka ekspolitasikan cerita2 mistik...sama ada cerita2 mistik tu menyeramkan atau cerita2 pasal orang pegi Mekah tak nampak Kaabah. Memang itulah halwa telinga orang kita hari-hari.
Ada satu malam aku pernah melawat rumah jiran nenek aku yang dikatakan ada benda masuk dalam badan dia membuatkan dia yang sakit lama, still hidup tapi koma. Bomoh datang pusing2 keliling rumah, lepas beberapa ketika, suruh orang kampung korek dekat satu kawasan. Jumpa seketul perak yang ada berukir-ukir. "Ini pakai bomoh Siam ni.." kata bomoh tu. Almaklumlah, sempadan ke Thailand bukannya jauh benar dengan kampung aku. Beberapa minggu lepas tu pakcik tu meninggal. Ini cerita satu.
Pernah juga terjadi bila ada satu keluarga diganggu oleh benda yang berlegar-legar atas rumah tiap2 kali nak solat. Dalam rumah terasa panas, tak tenang dan selalu terjaga dari tidur sebab terasa ada benda berdiri luar rumah. Bila pegi berubat, pengubat secara Islam ni (yang hanya pakai Al-Quran) beritahu, "memang ada gangguan berlaku untuk buatkan kita hidup tak tenang." Ini cerita dua.
Pengakhiran kedua-dua cerita ni selalu dia sama aje. Keluarga pesakit tu akan tanya, "Ini buatan orang ke? Kita boleh tau ke siapa yang hantar? Kenapa dia hantar ye?" Jawapan dia, bergantung kepada setakat mana betul atau salah ilmu pengamal perubatan tersebut.
Ada bomoh yang tanya balik, "boleh tau siapa. Malah kita boleh hantar balik benda dekat dia.Nak saya hantar balik? Tapi pengerasnya mahal sikitlah..." Yang suci ilmunya ni, selalunya dia akan sengih aje dan kata " Asalkan dah sembuh jadilah. Buat apa kita nak balas dendam?" Selalunya, darah Melayu yang gemar mengamuk ni, akan pilih opsyen satu. Baru puas hati, kan? Orang dah buat kena la bagi dia rasa balik!
Tapi walau bagaimanapun, ada satu persamaan yang terjadi kepada pesakit dan keluarga pesakit tu adalah sama. Mereka akan still wondering dan wondering, "siapa yang hantar? Kenapa dia hantar?" dan yang lebih bahaya, mereka akan bincangkan sama ada mereka mempunyai suspek atau tidak. Syak wasangka itu akan wujud dan melarat dalam keluarga sehingga mereka akan buruk sangka terhadap ramai kenalan mereka. Di situlah Iblis ni gelak besar. Dia dah menang. Anak Adam dah buruk sangka dengan orang lain. Boleh gi joli.
Pernah tengok orang keluarkan jin dari badan secara live?
Ada ketikanya, apa saja yang kau tanya dengan Jin tu, Jin tu akan jawab dengan lisan. Dia akan sebut betul-betul apa yang kau tanya cuma persoalannya, betul atau tidak apa yang dikatakan itu? Kalau yang tukang mengubat tanya," siapa yang hantar kamu ni?" dan dia jawab "Datin Seri Rosmah Mansor Handbag Birkin!" apa reaksi anda? Nak percaya? Kalau hati dah menyampah dengan Rosmah, memang akan percaya aje kan?
Dalam masyarakat Melayu, kita mudah terpengaruh dengan seseorang hanya kerana dia sebangsa kita dan tutur kata dia adalah kata2 dan ayat2 yang memang kita nak dengar. Kita obses benar dengan gosip, sama ada gosip di dunia nyata atau gosip di dunia lain. Dan sayangnya, setiap hari kita terdedah dengan dilema ni.
Jin,syaitan dan iblis ni, diorang nak kita percaya apa yang diorang kata tapi kita dah diajar, sebaik-baik jin adalah seburuk-buruk manusia tapi kenapa, ada jugak manusia yang percaya dengan cakap2 jin ni?
Kalau Nabi kata jangan balas dendam, kita pun janganlah berangan nak hantar balik benda dekat pihak yang hantar. Kalau Nabi dah pesan jangan buruk sangka sebab mampu memecah belahkan masyarakat, kita pun janganlah assume ada orang di luar sana yang memang sengaja hantar2 benda2 sial ni dekat kau. Pecah belah la masyarakat kalau camtu, kan?
Hidup kita nanti akan wujud dalam pra sangka setiap masa dan itu adalah sesuatu beban yang amat berat untuk ditanggung. Lagilah berat kalau perasaan bersyak wasangka ni ditanggung oleh sesebuah masyarakat atau komuniti.
Contohnya bila ada kes curi, mesti ada orang kita yang sebar cerita kononnya anak dia ni, anak dia tu la yang mencuri. Betul atau tidak bukan dia tau pun, kan? Tapi Iblis dan Syaitan ni dah puas gelak sebab orang lain yang tolong buat kerja dia.
Dalam banyak2 jalan ada satu aje jalan betul dan cara nak ikut jalan tu lah yang paling susah untuk diikuti oleh umat akhir zaman ni. Selamat Hari Israk Mikraj semua.

20 ulasan:
masa mak aku sakit kanser dulu, tetiba datang seorang pakcik (kitorang kenal, tapi tak expect dia nak datang) ke rumah dah tabur beras keliling rumah. kemudian menggelupur dekat ruang tamu. lepas dia sedar dia datang hisap ibu jari kaki arwah mak aku.
"Dalam rumah ini ada hantu"
Itu yang dia cakap.
Kami semua tak percaya dia cakap apa. Sebab mak aku memang sakit kanser.
Kemudian dia merajuk (kot) sebab dah tak nak datang rumah.
Macam-macam.
kita dah diajar, sebaik-baik jin adalah seburuk-buruk manusia...
tu dhaif....x blh pkai mahupn percaya....langkah pertama lau nk melayu sedar...
http://amekaw.com/2013/06/misteri-klia-dikatakan-berhantu/
What? hari ini hari israk mikraj??? tAK TAW lak.
Mantot,
mungkin benda2 mcmni x pernah kena dekat diri kau atau family kau. So kau bolehlah rasional dlm hal2 begini.
Cuba kalau kau jadi org yg terkena buatan org tu, xpun isteri org yg terkena tu, xpun mak/anak dia?
Kau takkan dpt lari dari mempersoalkan byk benda. Terutama kalau kau yakin, kau, dan family kau tak buat apa2 kat org lain. So atas dasar apa org kenakan kau?
Mesti kau nak tahu. Setidak-tidaknya dpt hint pun jadilah, mengapa kau atau family kau dikenakan.
Ini bkn soal suka bergosip ke apa. ini soal maruah. kau deal dgn siapa setiap hari, apa yg kau dah buat dan mcm2 lagi.
kalau kau kuat iman, kau akan maafkan dan xkan hantar blk. kalau sebaliknya, itu barulah jadi hantar menghantar, tuju menuju x sudah2 ni.
aku menulis sbb aku adalah seorang manusia yg pasangannya dihantar tuju-tuju oleh seorang hamba Allah tanpa motif jelas. Sebagai pasangan yg sah, aku rasa aku berhak tahu detail perbuatan tersebut.
Tapi aku sudah memaafkan sesiapa shj yg buat benda tu pada pasangan aku dan aku juga telah memaafkan pasangan aku sendiri atas perbuatan2 dia yg lepas.
Allah shj yg dapat membalas semula jasa2 baik manusia2 tersebut.
Siapalah aku ni utk menghukum..
tapi yang menghairan saya selama ini, kenapa orang melayu yang jenis bela hantu dan benda2 yang sedemikian ni, paling terer pun takat hantu tu kacau orang lain jer...
lemah betul pemikiran orang melayu ni... kan lebih baik suruh hantu tu buatkan kilang kereta ker.. kilang tv ker.. then kerah hantu2 tu kerja kat kat kilang kereta/tv tu.. sure kereta boleh murah sebab tak payah mesin dan pekerja...
tak pun suruh hantu tu tengok kompeni kecik mana sekarang boleh melatop dalam 20 tahun. boley masuk saham skrg dan jadi kaya dimasa depan...
Bukan hukuman di dalam Islam bagi melakukan kerja sihir adalah mati ke? Tapi tak tahulah macam mana bentuk hukuman tu... kena tanya Ustaz ni... sama ada perkara hantar semula jembalang setan tu masuk dalam kategori hukuman mati juga.
yang menghairankan jugak... knapa melayu yang bela hantu ni banyak kita dengar kes antara melayu aje... dah kalau melayu bela hantu sepatutnya kalau ikut ajaran ibrahim ali, kene hantar tuju-tuju kat cina dan orang kristian baru la betul ketuanan melayu. keh keh keh
cerita2 mcm ni aku start dengar time datang semenanjung. Yg herannya, ada la segelintir org2 semenanjung yg takut datang sabah (aku orang sabah) sebab dorang cakap black magic di sabah kuat, takut terkena. aikk? aku sangka org melayu yg bela2 ni...siap ada satu orang tu takut gelfren dia kerja disabah sbb nanti diguna2, tu main point dia sbb xmau gelfrennya krja di sabah..aihhh menyampah aku..baru gelfren, belum wife, yg x bole tahan tu part yg dia betul2 takut dtg sabah sbb nanti kenak buatan orang...wtf
aku dengar org sabah ok, org sarawak yg kuat main tuju2 ni...
dude....aku org kelantan yg xsuka bnda gila cmni pun ada gak 'stgh' org luar ckp org klntan suka bomoh...ada tu ada..mcm cita sama gak...terkena buatan org..n tuju2...bodo sume ni...hidup la dgn aman....tp bkn keamanan yg d janjikn tu..hahaha....yg tu bullshit...
Aku suka kartun Aladdin walaupun ia sikit2 kritik Islam Arab. lol
Cbe test hntr jin kasi bunuh semua org yahudi
Kenapa benda tuju-tuju ni tak ada kat negara orang putih?
selalu jugak aku tertanya-tanya hal ni tapi masih belum jumpa jawapan.
Ada kat negara orang putih ada juga dikenali sebagai vodoo.. :)
Pontianak kat sini kat sana dikenali sebagai vampire..
Kat memana ada je jin iblis syaitan ni semua..
aku dok sarawak setahun ok jer.. siap pegi ke ulu2 sarawak lagi. xde pulak orang nak tuju2.
asalkan kita jaga kelakuan dan percakapan kuranglah risiko buatan org.
Islam ajar kita fikir pakai akal bukan pakai tahyul. bilA benda2 yg x elok berlaku, selidik dgn logik bukan sikit2 buruk sangka dakwa kena buatan org. apara... padahal, buruk sangkalah yg syaitan suka sangat. biar anak2 adam bersengketa sbb benda yg xde bukti kukuh. elok pulak ada bomoh2 yg tolong semai benih prasangka tu.
tp mmg sukar nak pisahkan melayu dgn tahyul. masyarakat melayu kuat dgn adat dan kepercayaan yg berasal dari agama hindu, buddha dan animisme. bila Islam masuk, kepercayaan itu masih ada cuma diubah seiring dgn agama islam e.g. pakai ayat quran ganti mantera
yang belum kena boleh la cakap lebih.
Aku percaya wujud alam ghaib..tp dlm islam xde plak ckp ada jenis2 hantu..yg ada cuma 2 benda shj..jin dan setan..jd apa yg org nmpk tu sebenarnya 2 benda yg aku sebut td..jd kita sbg manusia x perlu tkt dgn mereka sbb kita ada Allah yg satu..peace

jujurlah. aku ambik option 1 tapi aku just nak tau siapa je dan aku cuba muhasabah diri aku apa salah aku dekat dia. Klau boleh, face-to-face aku minta maaf dulu lah. betul tak? buat apa simpan dendam do.. sumpah sakit hati kau. cuba belajar let go bnda tu.. insya'allah. hati tenang. aku dh praktik kan. hehehe
Catat Ulasan