Jun 13, 2013

Makin Ramai Melayu Yang Mampu Pakai Smartphone Ribu-Ribu Menandakan Kuasa Ekonomi Melayu Mantap!

Aku geek.

Dari aku umur darjah 4 sehinggalah sekarang aku dan hardware komputer takleh nak dipisahkan. Aku rasa aku dapat benda ni dari ayah aku.

Ayah aku kaki main game. Zaman 70 an, 80 an dulu, game dulu2 bukannya kompleks mana pun, bukan macam zaman sekarang ni. Start dari zaman Nintendo ada barulah game ni berkembang sikit demi sikit. Aku rasa bapak aku cuba try encourage aku supaya dekat dengan komputer dari aku darjah 3 bila satu hari masa aku tengah tunggu bas gi sekolah kat rumah, posmen datang, hantarkan majalah yang bernama "Infoland." Aku tengok majalah tu dialamatkan dekat aku. Pelik jugak aku macam mana aku, budak darjah 3, boleh langgankan majalah...

Balik bapak aku malam tu, aku tanya dia, haram dia nak ngaku. Aku tau dia yang langgankan. Sayangnya majalah tu tak laku, maklumlah masa tu baru tahun 89-90, berapa kerat sangat orang yang ada komputer. Aku pun kena join Kelab Komputer sebab nak merasa macam mana pakai PC. Sempat jugak aku belajar Lotus 123 dan Wordstar....klasik gila software ni untuk orang2 yang start kenal komputer zaman ni.

Mesti kau pun ada main Karateka guna disket besar dulu. Mungkin masa kecik2 dulu, aku dah dilatih untuk kenal dengan komputer ni sehinggalah aku besar, aku dengan komputer dah macam member kamcing.

Aku tengok dan lalui sendiri macam mana membangunnya teknologi, daripada zaman kita punya monitor satu kaler aje (hijau background hitam) sehinggalah sekarang, bila semua hardware yang kita gunakan selama ni...telefon,kamera,buku nota,jam,radio,televisyen,dvd player,pemain kaset,disket,globe dunia,buku komik,jam loceng,kalkulator,kalendar,suratkhabar,surat,lampu suluh,Al Quran, sketchbook, buku, majalah dan bermacam2 lagi kegunaan...

Semua ada dalam satu hardware yang muat dalam poket kita. Menakjubkan bukan? Aku pun tengah tunggu kalau2 lepas ni ada smartphone yang ada dapur gas kat belakang dia...boleh goreng telur masa tengah kerja buat lauk.

Tapi dengan kemudahan teknologi yang ada ni datang satu komplikasi lain iaitu komputer yang kau simpan dalam poket kau sekarang ni, yang kau panggil smartphone dah jadi satu benda yang sangat2 kompleks sehinggakan...time kau nak beli mana satu, proses dia dah jadi macam proses beli PC.

Sebab untuk orang2 yang paham, beli PC sendiri adalah satu proses yang sebenarnya banyak menjimatkan berbanding beli PC dah siap ni.

Tapi untuk beli smartphone ni, kita dah boleh nampak jargon2 pelik2 macam dual core,quad core,Tegra, megapiksel, prosessor,ram, ppi, gorilla glass dan macam2 lagi la benda yang membuatkan beli fon jadi komplikated. Padahal sebelum ni, nak beli fon, kau beli sama ada ikut brand yang kau nak atau kau beli mana yang kau rasa cantik. Semua boleh buat dah. Tapi sekarang kena tau support GSM mana, 2G,3G dan kalau nak pakai LTE....kena beli fon yang support LTE. Nak NFC? Kena beli yang ada NFC.

KOMPLIKATED GILA!

Sebab itu aku kesian bila aku lepak tengok orang beli fon, diorang beli fon ikut mana yang ramai pakai. Ramai pakai Samsung Galaxy S4? Semua pakat beli. Padahal, kau tak perlu pun spend RM2000 semata2 untuk beli fon yang hanya untuk bukak web,call orang dan sms.

Tapi yang aku perasan, semua salesman ni dia dah kenal sama ada customer dia ni boleh dicekik atau tidak. Jadi kalau takleh cekik, dia takde la eager sangat nak push sales tapi macam hari tu aku nampak seorang makcik yang datang dengan anak dia (budak sekolah lagi) nak beli fon...aku jadi kesian la pulak tengok. Sebab makcik tu datang dengan tak tau apa2 dan budak tu sendiri takleh nak bezakan ipad dengan tablet lain2. Kalau kena kencing dibaginya tablet2 cap ayam yang harganya RM150 tu dikatanya ipad...apa cerita?

Aku paham memang proses membeli smartphone sekarang ni payah bagi ramai orang. Sebab tu ramai ambik keputusan ikut aje mana yang popular. Keluar iklan Samsung dekat TV banyak kali...itulah yang dia beli. Spend RM2000 untuk satu henfon yang dilabelkan sebagai "essential" untuk semua orang.

Tapi sebenarnya tidak.

Bukan semua orang perlu beli high end smartphone sebab....smartphone punya marketing dah jadi sebijik macam PC punya style. Benda high end adalah untuk orang yang nak barang high end, untuk orang biasa macam aku dengan kau...yang murah2 pun sebenarnya dah cukup. Dan berdasarkan pandangan aku, hanya 10% ke 15% orang yang beli smartphone ribu2 ni yang utilize benda tu betul2. Selebihnya ramai hanya pakai untuk benda2 yang tak memerlukan prosessor yang kuat, macam Whatsapp..Wechat...bukak Pornhub.

Memang sedap dengar iklan kata "Smartphone ini adalah satu2 nya smartphone yang anda perlukan." Marketing bullshit semata2 semua tu...sebab kau tunggu 6 bulan, akan keluar lagi satu smartphone yang upgrade kepada smartphone yang juga dilabel "satu2nya phone yang kau perlukan." Ini semua consumerism trap yang susah nak dibuang selagi mental kau masih lagi tak puas dengan apa yang kau dah ada! Macam iklan di atas, "Life Companion.."

Wahahaha.

Bagaimanapun, kita perlu belajar make an inform decision. Aku perasan orang Melayu memang ramai kena cekik masa beli barang2 hardware ni sebab ramai main bantai aje beli.Beberapa minggu lepas...aku pegi Mines, jumpa satu couple tengah duduk tanya dekat kedai henfon tu, mintak tolong dia uploadkan ringtone yang kedai tu jual...RINGTONE! Dibayar dengan duit!

Henfon minah tu? Smartphone yang harga 4 angka.
Aku tak tau berapa kedai tu caj couple tu satu ringtone.

Belajarlah wahai Melayu,
Jangan sebab kau rasa mampu
Kau usaha nak yang beribu
Padahal kau sebenarnya tertipu...



31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pakai handphone cap ayam je, dumbphone yang hanya boleh call ngan sms.MMS pun tak lepas...ngeee...ada kredit sepanjang masa, dah cukup bagi aku.Aku tak terjebak dengan sosial networking ni. aku boleh hidup takde handphone. kalau bini aku, dia rela tinggal purse dia dari tinggal smartphone. heh...

tapi ngan pc aku tak kompromi. guna Mac Pro + MBP. aku perlu sangat2 untuk kerja aku. dah beriban2 aku perabis kat hardware. software lum cerita lagi.huh.. ni nak try OS X Maverick pulak.. adussss....

PELiK berkata...

Dekat smartphone aku tak layan benda mainstream ni. Apa yg aku carik adalah rare features yg handphone lain takda. Macam sekarang ni pakai phone skrin dia 3D. Hahaha. Member tanya boleh buat riak wooo.

PC? Aku dah berhenti main custom build ni 3 tahun lepas sebab tiap tahun teknologi bertukar jadi tak larat nak kejar. 3 4 tahun awal boleh la kejar tapi bila kau dah sampai 1 tahap ni kau akan pikir dah penat. (Sekarang boleh kot sebab sekarang ni teknologi tengah standstill).

mdazlnshkni berkata...

I miss this kinda entry mantot.

mr edz berkata...

porn hub? yang lain tak nak cuba ker? hahahahahah

Prince of Noob berkata...

nak lagi best download android app pornhub kat sini...

Tanpa Nama berkata...

so sekarang.. smartphone ape yg berbaloi dgn harga..

Tanpa Nama berkata...

hoho Noob lacurkan buarsir :)

apapun ikut la.. ramai sebenarnye addict/ketagih dengan pasaran bukan perlu sangat tablet pun.. aku beli tablet tak pakai pun pc laptop ada..

hidden cost yang ramai tak tau ialah akses.. dah ada phone kana ada 3g dah tentu 3g cost pulak atau internet wifi line tapi bila orang dah addict nak kena online 24 jam tak semua wifi internet boleh pakai so kena ada 3g.. di sini syarikat talekomunikasi buat untung..

Macam dadah.. mula orang bagi free dah ketagih cas dan orang akan bayar.. :) sebab mereka rasa benda tu perlu padahal takat layan facebook web apabenda sangat..

nampak simple tapi bila dah ketagih boleh jadi teruk leh demam meracau etc.. dan perlukan terapi nak pulih..

nasihat aku nak surf nak pakai teklogi pakai la ikut keperluan.. jangan sampai ketagih.. kalau rasa macam ketagih tak boleh hidup kalau takda hp laptop internet cepat2 elakan diri..

Tanpa Nama berkata...

tu org jenis bangang+bodoh..terikut2 dgn perkembangan konon,tapi tak tengok poket..org2 cmni la point bising, konon org melayu nk kemudahan free2,murah,tapi duit tak reti nk simpan..beli fon mahal2,gadget bagai, pastu takdr duit nk bayar hutang..

memang ada ramai camni, sebab mentaliti tak berubah..org ada ipad,kau nk beli ipad..org beli tablet,nk tablet..de plak galaxy s4 bru kuar,nk keep up,beli plak

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn kau. Tp kalau aku nk bli smartphone aku tgk harga dlu, pastu tgk specs/ features. Kalau specs/features tu aku rase dah cukup memuaskan hati aku, aku angkat je asalkan dlm range budget aku. Yg penting aku takkan beli smartphone yg same harga dgn laptop baru, membazir je...baik beli laptop terus.

Tanpa Nama berkata...

Pada aku la, smartphone Nokia (asha/lumia) berbaloi gak harga dia, nk lg berbaloi ninetology black pearl, Samsung pun ade jugak yg murah2, senang cite byk la..

Shahrul Yusof berkata...

Part mintak kedai taruk ringtone kat smartphone tu memang kelakar. Aku ingat zaman internet dah senang guna kat phone macam sekarang ni dah tak laku kot bisnes jual ringtone ni. Rupanya hidup lagi. Lawak betul, ramai lagi Melayu noob rupanya.

Shahada Fauzi berkata...

tu yang bajet konon gila gadjet..hoho..:P

Tanpa Nama berkata...

kah kah memang bangang klau stakat beli hset mahal2 2k atas hanya nak bukak fb nak mengecet woo memang bodo wka wka.aku cadanka sebelom beli hset yang kita suka seach dulu kat u tube belajar kat sana ok

hoya berkata...

aku masih pakai hp biasa huhuh..walaupun minum dgn geng saint...masih tidak berminat nak upgrade walaupun whatsapps byk digunapakai...huhuh...aku teringatkan game karateka dan golden axe....huhuhu..vga tu....

just azura! berkata...

orang beli henfon canggih sebab nak menunjuk-nunjuk. lepas tu kira nak selaras dengan perkembangan terbaru. tak kisahlah ilmu henfon zero asalkan henfon paling maju. lain time boleh belajar. tu pun kalau nak belajar.

takkan lah kalau kau dengan member, sementara tunggu makanan sampai semua keluarkan smartphone, kau sorang ternganga-nganga tengok kiri-kanan tumpang member tanya eh kau tengk apa tu? mehlah share sekali.. tak cool la camtu..

Tanpa Nama berkata...

yeaa... aku ingat main karateka, menang sampai habis dpt puteri jepun... siap ada burung helang (kot) serang dlm perjalanan tu...

Tanpa Nama berkata...

aku beli xperia yg boleh kena air dan tahan lasak.... mmg berbaloi dlm rm700.... 7 bulan lepas... dah byk kali anak aku baling termasuk baldi pun ada ... ok je...

Tanpa Nama berkata...

Orang jaga imej (dalam hati nak tunjuk) ada gajet cangih.. boleh akses fb /tweet kat mana2..

lagipun apa susah boleh utang bayr kad kredit bulan2.. :D untuk gadget yang ribu raban..

Tanpa Nama berkata...

dulu kwn2 aku mintak "whatsup"..aku balas dgn pelik "sms bole". ahahhaha taktau pasai aku pakai fon yg cuma ada sms, mms & call saja

MIDNIGHT berkata...

bapak kaya gila bapak ko mantot bleh pc tahun 90. aku dari aku lahir... sampai la umo 23tahun baru aku kenal apa itu komputer. tu pun kna masuk kelas blajar ms office. kah3

Unknown berkata...

paling bangang pengguna smartphone,

bila orang depan mata tengah bercakap ngan dia , dia duk main phone..seyes paling menyampah.. langsung takde respek orng.

pastu yang lagi satu,
orang yang pakai smartphone harga beribu, ingat bila tgk dia, mmg kaya lah kan,

bila mesej tanya hal2 penting tak reti2 nak balas mesej..

bukan nak kata pa la..kalau dah melayu tu suka membazir, and suka show off je lebih... bagus pakai COKIA je..

Tanpa Nama berkata...

Aku pun bolehlah dikategorikan seorang yg gila gadget. Masa kecik2, ayah aku yg perkenalkan game sega yg tape tu, time tu darjah 1...balik dari sekolah tgk2 ada game kat depan tv....gila syok. Sejak daritu aku mmg minat gadget2 ni. Lepastu pula ayah aku belikan PC masa darjah 4. Perghhh...ngadap PC main duke nukem n doom sampai lebam. Lepastu tingkatan 1, tahu pulak ada ps...pakat kumpul duit adik beradik pi beli. Same goes to ps2, kumpul duit beli sama2. Dalam masa yg sama, beli lagi PC utk keep up dgn technology semasa time tu. Bila masuk matriks, ibu lak belikan laptop, utk kegunaan belajar supaya xyah g cc selalu. Henpon pulak...asik bertukar aje.Bila masuk U, minat pulak kamera tapi tak sampai hati minta ibu ayah kamera. Kwn2 pompuan aku sibuk kumpul duit beli beg, kasut, baju dsb. Aku pulak sanggup berlapar utk sebuah kamera dslr. Bila dah masuk zaman U, masa tu sibuk dgn kwn2 n study....so tak keep up sgt...tapi ambil la tahu jugak. Dalam hati mmg rasa nak angkat je gadget2 terbaru ni...tp apakan daya...takde duit. Bila dah abis belajar n masuk alam pekerjaan...mmg excited sbb fikir boleh beli mcm2 yg aku nak. Tapi lama kelamaan aku terpikir sampai bila aku nak keep up dgn technolgy terkini yg kdg2 aku tak guna pun. Biarlah kalau orang lain pakai s4 ke, note 2 ke, iphone 5...aku lebih suka cari ciri2 phone yg aku tahu aku perlukan dan akan guna. Akhir kata, terpulanglah pada individu dan keupayaan utk membeli cuma beringatlah, jgn sampai membazir dan cari phone yg sesuai dgn kegunaan harian anda.

Tanpa Nama berkata...

its the power of marketing.2000 gadget ko sbnrnya dah dimasukkan kos iklan dalam tv.phone sudah jadi phoney dude.

btw,aku selesa dgn corby II yg aku jadikan flashdrive,jam,paperweight dan kadang2 penyendal lappy.features yg aku sgt suka ialah build-in document reader(pdf,word dan spreadsheet) dan kamus.just i wish samsung will make black and white screen corby sbb aku x suka powersave mode.

sorensen berkata...

bila baca post ni aku rasa perkara ni sgt dekat dgn diri aku. aku taklah kenal komputer seawal zaman lotus 123 & wordstar, masuk kelas komputer belajar word & windows 3.1 pun masa umur 12 tahun (mgkn aku muda sket kot dari penulis), dan aku bukanlah geek sgt tapi pengetahuan aku agak intermediate dlm hardware dan aku mmg dah lama fikirkan benda yg sama.

apa yg aku nmpk, org2 kita walaupun tak semua.. mmg kebanyakan jenis pakai brg nak menunjuk. bila tgk device2 high-end yg dorg guna, aku telan air liur je. aku fikir, kalau akulah yg punya device yg dorg buat utk bergayut & bercamwhore instagram tu, alangkah advancenya kegunaan dia. sygnya aku belum mampu.. tapi aku tetap belajar secara tak langsung bila dorg mintak tolong utk repair, tweak & install benda2 kat dlm tu. kat sini aku nmpk beza cara geek dan org buta teknologi berfikir. geek dpt kepuasan dgn mengkaji dan belajar sesuatu yg baru dpd teknologi yg ada.. manakala yg buta IT dpt kepuasan dgn MENAYANG kemampuan mereka mengejar teknologi yg ada wpun org sekeliling tau dorang tak tahu apa2 pun. dan yg sedihnya ramai yg mcm tu melayu.

aku sendiri cuma tukar device yg ada bila dah mendesak sgt. hujung tahun 2008 aku beli SE P1i sbb itu je device yg aku blh guna utk menaip dokumen secara mobile. tu pun 2 bulan lps aku beli, company UIQ yg develop OS dia terus bangkrap. 3 tahun lps tu baru aku beli blackberry curve 9300, itu pun sbb keperluan mendesak nak guna messanging apps yg semakin trending gara2 attitude spesis melayu buta IT yg terlampau terikut2. itu la yg aku still pakai smp skrg, dan itu pun rasanya dah lebih dari cukup bg aku. membuatkan aku tertanya2.. adakah semua yg pakai handset harga 2000 tu, pandai utilize kegunaan gadget secara maksimum spt aku?

Tanpa Nama berkata...

I feel you, author. Aku pun dulu blajar Basic dekat kelab komputer sekolah hehe. Game pertama : moonbug & load runner. Komputer ayah brand 'pineapple'.

Smart consumerism. Mula didik dari keluarga terdekat. Aku mula dengan pujuk bini pakai Lumia 620 je walaupun orang keliling dia pakai ip4s & galaxy s3. Ajar dia dengan fon cikai pun bole dapat function yang dia nak. Stress jugak dia mula2 sebab dia bukan minat IT. Bila ada itu ini tak kena mesti salah phone tp lama2 knowledge tu datang, dia puas hati & selalu puji phone tu berbaloi. Lepas bini, ajar mak ayah, adik beradik lain. Aku sendiri walaupun kije circuit design untuk cip2 fon tu pakai nokia lama je sebab bateri tahan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Melayu bodoh. Tak boleh brain sendiri.

Nur Nabilla binti Sazali berkata...

Kawan kawan aku semua pakai smartphone ribu-riban tapi nak balas msg kemain susah sbb kredit haram nak ada. Semua bergantung dengan wi-fi kolej yang macam jilaka semata nak reply guna whatsapp/wechat or etc. Puiiii.

Unknown berkata...

Ninetology BP II pon ada custom firmware sekarang. For MYR300 dapat 1 ghz processor. Berbaloi!

Tanpa Nama berkata...

Aku teringat sorang cikgu aku masa sekolah dulu. Dia kata ada handphone bole sms dan call, itu sudah lebih dari cukup. Tak lama lepas tu, dia pakai handphone canggih bole mms bagai. lol

Aku start ambil port pasal komputer dan smartphone sejak akhir 3 tahun ni..walaupun aku sendiri tak pakai smartphone. Bagi aku nak ikut trend semasa ni tak semestinya kena ada benda yang tengah trend tu. Apa guna ada barang trending kalau zero knowledge pasal benda tu? Aku lagi respek mereka yang tak trend dari segi barang tapi trend dari segi knowlegde. Yang lagi tahu pasal sesuatu barang tu daripada onwer barang tu sendiri.

shida idris berkata...

haaa...entry ni aku suka sangat. sbb kenapa, ada kena mengena ngan hidup aku. aku keje telco dah bertahun (x yah taulah telco apa).

cust2 aku semuanya pakai hp plg canggih dan latest. tapi sian x tau function. ada satu cust guna iphone 4s merempan sebab ada button voicemail kat keypad, so dia selalu kena charge voicemail. bila offer suruh deactivate voicemail, dia x nak pulak. dia beria-ia suruh bantu macam mana nak buat, kalau aku senang je, buang je iphone ko.

benda plg kelakar pengguna smartphone, beli phone kemain mahal tapi no internet access. sorry to say, bg aku org yg pakai phone canggih tapi kalau harapkan wifi percuma je mmg loser. last2 kena charge data lebih, salahkan telco

u baru 2 contoh je, banyak lagi yang lawak tp x tertype aku

Tanpa Nama berkata...

Shida Idris

Tahu takpe, aku pakai Ninetololgy je. Hahha