Jun 10, 2013

Rahsia Yang Perlu Didedahkan Mengenai Urusan Jual Beli Kereta

Kadang-kadang aku terkaget jugak kalau aku dapat tau masih lagi ada orang terkejut bila aku kata, harga kereta yang kita bayar ni cekik darah sebab harga sebenarnya jauh lagi murah dari tu. Isu ni dah makin terbongkar dan sehingga ke hari ni, masih ada lagi orang kita yang tak tau hakikat pasal industri automobil Malaysia ni. Aku agak terkejut jugak la sebab aku ingat semua orang dah tau.

Tapi kalau dah hari2 baca Utusan aje...payah la.

Hakikatnya mudah, kita bayar harga ekreta mewah tapi kita dapat Perodua Viva dan we should be getting better. We should. Kalau kau redha dengan benda tu meh aku nak jual dengan kau macam2 benda.

Mentaliti kita dah terpahat yang Perodua Viva, RM40 ribu..murah! Apa kejadahnya masyarakt kita ni kena mind control macam gitu sekali? Kereta 40 ribu murah. Motor, 10 ribu, murah! Makan, RM15, murah. Air satu cawan, RM12 affordable. Cuba tanya mak bapak anda berapa dia beli kereta dulu. Bapak aku beli Toyota Corolla RM14 ribu lebih tahun 80an. Kalau lah kita masukkan inflasi, kita triplekan harga kereta dari tahun 80 an sampai lah sekarang, dapat lah dalam RM60 ribu.

RM60 ribu kau boleh ke dapat Toyota Corolla di Malaysia sekarang ni?

Itulah misteri yang ramai orang tak paham sebab diorang malas nak berfikir sebab ramai yang percaya dan bergantung harap dan tak peduli apa2 yang tak betul pasal kerajaan sebab diorang masih lagi pegang legasi UMNO dulu2 sampai sekarang. Diorang sendiri takut nak berubah tapi diorang tak sedar UMNO dah berubah...ke arah yang lebih "it's all bout me."

Kerajaan sekarang adalah kerajaan yang paling licik dalam bab-bab mengalihkan perhatian. Kau terlepas pandang aje memang kena kencing hidup2 lah kau.

Kau boleh nampak hari-hari kerajaan sebut pasal subsidi. Dalam bil elektrik ada tulis subsidi berapa, dekat stesyen minyak diorang wajibkan tampal berapa nilai subsidi. Itupun dah berubah lepas kes di mana harga RON97 jadi lagi murah dari RON95, membuatkan sekarang ni hanya RON95 dan diesel diorang paparkan berapa harga asal dan harga subsidi. Kelakar jugak masa tu....cuma berapa kerat sangat orang perasan kan?

Tapi bila bab rakyat subidikan kerajaan, semua benda cuba tutup rapat. Apa untungnya kerajaan berlaku jujur dengan rakyat kan? Banyak negara luar yang transparent dengan rakyat pasal kutipan cukai dan ke mana duit kutipan cukai ni dibelanjakan. Semua benda akan diwartakan dengan jelas dan sempurna agar mudah orang ramai faham dan jika ada isu, orang ramai ada saluran untuk menyuarakan ketidak setujuan mereka terhadap isu itu.

Tapi tidak di Malaysia. Kenapa? Entahlah. Aku pun tak paham kenapa orang ramai baru sedar pasal cukai kereta. Lonjakan internet barangkali sebab sebelum ni...informasi mengenai agensi kerajaan susah nak diperolehi.

Malah jika berlaku sesuatu yang pelik terhadap penggunaan duit cukai, seperti yang termaktub dalam Laporan Ketua Audit Negara, benda2 tu akan cuba ditutup. Mungkin ada yang dikenakan tindakan tapi mesti dia tu level2 cap ayam aje, kepala besar terlepas. Itulah cara Malaysia.

We need a more transparent and honest governmen dan salah satu benda yang pihak kerajaan boleh buat adalah be more transparent, clear dan honest pasal cukai kereta. Wujudkan akta di mana cukai kereta perlu dinyatakan dalam brosur jualan kereta. List downkan berapa percent sebenarnya jumlah cukai daripada jumlah sebenar yang dibayar oleh pembeli. Kita ada hak untuk tahu.

Nyatakan betul2 berapa harga asal kereta, berapa percent untuk duti eksais, duti import (jika ada), AP (jika ada) dan apa lagi jenis duti yang sebenarnya ramai orang Malaysia tak tahu.

Aku paham ramai tak tahu bukan sebab tak nak ambik tahu. Ramai tak tahu sebab mereka percaya dengan kerajaan dan mereka percaya apa saja yang kerajaan lakukan adalah untuk kebaikan orang lain. Orang kita ni masih lagi ramai yang  berserah kepada kerajaan 100% dan majoritinya ada dekat kampung. Diorang trust kerajaan habis-habisan sehinggakan banyak major decision in life, diorang biar kerajaan yang decidekan.

Mana tau, ada orang kampung, dapat BR1M bernilai RM500 sekali setahun, tapi hakikatnya tiap2 bulan, RM200 duit dia habis buat bayar duti eksais kereta. Berapa kita rugi setahun? Masih lagi gembira dapat bantuan BR1M?

Atau kau nak kata tak logik la orang dapat BR1M mampu beli kereta? Kalau betul nak dianggap jujur dan ikhlas...letak aje berapa total duti eksais yang dibayar oleh setiap pembeli kereta dalam katalog kereta. List downkan sekali berapa jumlah interest yang perlu dibayar oleh pembeli untuk jumlah duti eksais tu.

Barulah transparent.
Nak sokong BN pun senang la hati sikit. Hahaha.

22 ulasan:

mr edz berkata...

kalau tak tipu bukan UMNO namanya

just azura! berkata...

kalau semua nak tunjuk masa beli kereta, habislah takdak sapa sokong kerajaan la ni dah.. mesti dah tak rasa terhutang budi, tak bolehlah buat lagu 'kini masa balas budi'.. cadangan kau bernas. kau patut duduk dalam palimen suarakan pendapat. barulah rakyat terbela...

Forskning Beta berkata...

kita bayar tol, tapi tol punya kondition macam wtf bbq teruk.

selalu berlaku eksiden, sebab lebuh raya berlopak dan jalan beralun kat LPT.

soalan dia, pemandu yang eksiden boleh tak saman tol sebab tak maintain lebuh raya elok2.

just asking, sebab time hujan memang penuh ah orang kat casualty deprtment.

Tanpa Nama berkata...

Pernah nampak harga kereta dari kastam dulu? nampak berapa murahnya harga kereta sebenarnye tanpa tax.

Harga kereta luar terpaksa disembunyikan dari rakyat malaysia sebab kita nak selamtkan kereta nasional. demi bangsa dan negara :) dengan pengenalan AP dan sebaga cukai tax harga kereta luar nampak lebih mahal dari harga sebenarnya.

Harga kereta nasional tak dapat dijual dengan murah sebah sub kontrak peniaga tempatan .. sparepart etc. So tu la pasal.. jaga bisnes kita.. :) naikan barangan import..


Kadang aku fikir apa kita dapat dengan kereta nasional? yang kaya sebenarnye pemegang AP bawak masuk kereta murah dapat untung besar dalam AP.. Rakyat juga seksa dengan kualiti kereta nasional beli terpaksa beli kereta luar yang lebih mahal dari nilai sebenarnya.. ditambah dengan tol minyak dsb.. alahai Malaysiaku..

Mr Sylarius berkata...

Pengetahuan ada je dimana-mana, asalkan kita mau mencari. Masalah besar rakyat Malaysia(Melayu) ni adalah berpunca dari attitude mengenai satu-satu perkara, kita suka ambil mudah mengenai tiap sesuatu.

Tengok pada rating blog dan jualan akhbar/majalah bahasa Melayu. Kebanyakan rating/jualan tertinggi kebanyakan adalah benda-benda picisan yang tidak perlu banyak berfikir.

Sama ada bangsa Melayu malas berfikir atau kita sudah dilatih menjadi malas untuk berfikir. Baru tengok figure/graf/tajuk akademik sikit mula pening kepala.

-thethinker- berkata...

senang je.. check harga kereta kat Langkawi dan Labuan .. pastu banding ngan harga yg kita bayar.. lebihan tu duit cukai la
tapi biasalaa.. orang Msia , malas nak buat research , search Melayu 3GP pandai pulak..

yg paling tak bole tahan , biru totok.. terus dia cakap , hang tak suka bayar cukai , hang pindah pi negara lain , kena kat cina , dia kata , hang balik china laa

Mantot berkata...

harga langkawi tu pun dah kena cukai sbnrnya...

Tanpa Nama berkata...

Betul harga kereta kat langkawi dah termasuk cukai AP :) cuma cukai exsais je takda.. tu nampak murah sikit.. :D

Kalau takda cukai AP harga kereta memang murah dan afordable.. takda hal nak laksanakan peraturan yang hanya 5 tahun saja boleh berada di jalanraya..

tapi tu kalau kita nak benamkan projek kereta nasional la.. semua beli kereta luar negara yang berganda lebih murah :) atau kereta nasional dijual dengan harga asas tanpa keuntungan hahaha.. :)

Tanpa Nama berkata...

org kampung aku ramai bkereta hebat namun tetap dapat br1m..
kalu macai mmg semua benda dia kata affordable.murah..sbb org kuat umno biasanya mmg kaya..aku ckp bdasarkan situasi org kat tempat aku..keja dgn umno senang buat duit..ramai org susah yg dh kaya skrg ni (kat kpg aku) sbb rapat dgn adun bn..haha

Tanpa Nama berkata...

Tu sebab orang BN tak suka mansuhkan ptptn, tak suka mansuhkan tol, suka barang naik dan minyak pun takpe sebab diaorang mampu dan kaya-raya.. tapi masih dapat Br1M lol..

Cucuq Jagung berkata...

weekend lepas pegi tengok2 kete baru.Nampak belum ada changes in prices. Tanya adik tu bila harga baru nak start. Jwapannya best btul " ala kak macam biasa la tunggu mengundi lain kali plk"

Tanpa Nama berkata...

baca paper arini??proton rm2000 diskaun tu xyah bagi pun memang dapat doll,certain dealer bleh dapat lagi banyak..dia masukkan jugak kata rege turun,kaki kencing betul,hahaha

Prince of Noob berkata...

harga kereta dah turun wooii, jom tukar kereta anda sekarang juga

Tanpa Nama berkata...

pr telah membuka perkara yg lagi menakutkan selepas duti kereta.duti turun mmg sebahagian afta 2005 yg tidak dijalankankan.

urusan jual-beli kereta adalah urusan yg lebih rahsia dari jual beli daging hidup.pernah berurusan dgn salesman kereta?susahkan?bukan susah urusan,tapi susah hati.cakapnya bersimpul2.apa lagi 2nd hand car,lagi belit2.

lagi tinggi harga kereta lagi tinggi komisen salesman.lagi senyum bank dan insurans.

towing?insurans (ada satu bank tu) 40km je.kereta rosak?perasan x wira hitam belang2 kuning parking setiap kali ada eksiden@rosak.AAM?think again.belum masuk tukang tarik lagi.ada kawan tukang tarik?3 line?tapi konfirm bumi.

jika tak percaya,sila pergi ke bahagian pembiayaan kereta di jalan chan saw lin.naik ke pejabat.duduk je kat kerusi panjang disitu.ada 5 bank,pilih je."agen2" bank sedia membantu anda.

Tanpa Nama berkata...

aku kerja kilang pembekal untuk part kereta mcm spring, brek dan lain2. Aku ada dengar2 dari rakan sekerja dari group bisnes yang kereta proton nie sbnrnya dikenakan cukai sebanyak 200% dari harga asal kereta sebelum dijual kepada pembeli. so 200% duit cukai nie pergi kemana? kenapa kerajaan kenakan cukai sampai 200%? sedangkan dia tak terlibat pun dalam sektor pembuatan kereta tu.

Tanpa Nama berkata...

Pergh mantot.

Aku makin myampah ngan kerejaan pas baca entry ko nie. bukan xtau. tau sangat.

ko kasi lak bakar.. adoi.. mmg xleh nk besangka baik da ngan org atas kerajaan da pasnie.

penat beb camnie. akhir zaman n org lak terang² da tolak agama. jadik la sume boleh. Malaysia boleh.

Hudud wajib beb. aku da tanye ustaz. tetibe larik topik. hehe.

Tanpa Nama berkata...

Kalau duit tax itu ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam yg marveles i wouldn't mind. Bayangkn bertapa saturated.nya jalan kat malaysia kalau ianya terlampau affordable. Thanks bn. (ya ini sarcasm)

Tanpa Nama berkata...

Sape baca post kt SSTDM psl kenape harga proton dijual lg murah di luar negara dari dalam msia. Aku tak tau nak gelak ke nangis...kena kencing terang2 pun sokong....tak tau nak kata apa dah.

Dan salesman keta byk kata, yg turun tu bg diskaun bkn waive cukai...hadoi..Yg import tu turun sbb CKD-ensemble kt msia...kalo tak, harga CBU-dtg seketul dr oversea tu mmg mahal,itu usaha company luar,bkn kerajaan...

-mks-

Tanpa Nama berkata...

ada kwn aku like, aku pon p baca status tu kotla ada pencerahan..sekali...hmmm..

-mks-

Encik Ahmad berkata...

@Anonymous 12/6/13 1.47.00 AM GMT+8

page tu lah yang paling bangang sekali pernah wujud, dok bodoh-bodohkan budak2 baru habis belajar (umur dalam 20-an camtu) baru nak kenal mahathir, kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu sokong umno ni boleh dicucuk hidung dgn begitu mudah sekali biarpun hidup tertekan akibat kos segalanya meningkat. Harga kereta tak payah cerita la. Orang melayu nak beli perodua viva pun hutang sampai 9-10 tahun!! Lepas ni kena pula GST. Ambil kes mudah saja: Bil Astro kita akan sekelip mata naik 6% tapi macai umno akan spin seribu satu macam spin dan orang melayu yg menyokong umno akhirnya akan terima bulat2 walau poket makin berasap. Malang sungguh melayu seperti ini

wan kc berkata...

besok proton akan announce varian modelnya yang berharga lebih rendah... component yang mungkin optional...
1) engine - sebab selalu pun orang taruk engine mitsubishi potong.
2) tayar dan rim - orang pun asyik naik size rim dan pakai low profile tire.
3) hood depan - baik cari yang carbon fibre
4) radio/cd/speakers - beli kat kedai brother jer