Jun 25, 2013

Aku, Biffy Clyro dan Jiwa Korporat Yang Mahu Hidup Stabil Tapi Penuh Kreativiti

Aku jenis manusia yang tak berapa suka selection diverse dalam muzik ni. Apa aku start layan, itu aje la aku dengar sampailah penghujung dia sama ada band tu berpecah, penyanyi dia mati atau drummer dia mati. Setakat ni, selection lagu2 yang aku dengar, sangatlah terhad. Kalau ada material baru keluar, barulah ada muzik baru untuk aku.

Satu band yang aku dengar dari dulu sampai sekarang adalah sebuah band Scotland yang bernama Biffy Clyro. Aku tak tau sama ada korang pernah dengar nama band ni sebab bunyinya memang langsung tak komersial dan anggota dia pun dulu nampak macam Jesus main gitar. Tak mampu nak jual sangat muzik dia.

Dulu, sejak dari 2001 sehinggalah 2006 camtu (aku start dengar dari 2005) muzik dia lebih mirip kepada progressive metal tapi masih lagi mempunyai hook2 melodi yang dekat dengan pop. Zaman tu, band ni ada kontrak dengan rekod label kecil-kecilan jadi untuk 3 album first diorang, bunyinya sangatlah berbunyi pelik sehinggakan kadang2 aku pelik kenapa dia boleh tak sayang melodi.

Maksud aku, kalau kau dengar sebuah lagu, kau ada intro, verse,bridge dan chorus. Mungkin setengah lagu ada outro tapi basically sebuah lagu itu aje part dia. Tapi Biffy Clyro ni, lagu dia tak ada struktur tetap dan hasil daripada itu, kalau kau dengar mana2 lagu daripada album nombor 2 dengan 3, satu lagu tu seolah-olah macam kau tengah dengar bermacam2 lagu sekali.

Pada aku, kreativiti diorang seolah-olah tidak ada limit dan dalam first 3 album diorang tu, diorang takde langsung dikenakan sebarang sekatan ke atas bentuk muzik diorang. Kemudian, tak silap aku dalam 2006 camtu, diorang sign kontrak dengan rekod label besar, Warner Music, yang sedar Biffy Clyro adalah sebuah band yang ada potensi untuk jadi sama besar dengan Muse.

Dan dari moment diorang sign kontrak baru yang membawa imbuhan lebih besar, muzik diorang berubah. Lagu2 yang selama ni seolah-olah mash up 2-3 lagu sekali jadi lagu2 standard yang kau boleh dengar mana2 band main. Kreativiti diorang seolah-olah terkawal. Punyalah lama aku tunggu replacement Nirvana. Ada Foo Fighters, kemudian jadi benda yang sama. Sekarang, Biffy Clyro pun jadi benda yang sama....

Dengan suntikan kewangan yang lebih besar ni jugak datang faedah lain yang bawak Biffy Clyro ni ke arah commercialism. Video klip diorang yang selama ni nampak macam shoot pakai kamera home-made dah ada bajet besar. Photoshoot dah ada lighting dan imej pun berubah ke arah yang lebih smart dan ada konsep tertentu.

Aku boleh pejam mata tengok video klip diorang yang dah ala-ala komersial tapi bila promo diorang dah start jadikan penyanyi dia seolah-olah seorang simbol seks lelaki moden, aku agak menyampah sikit. Sebab nampaklah imej band ni dah berubah betul. Tapi aku akui, serius shit, penyanyi dia adalah antara orang paling hensem dalam dunia rock sekarang ni tapi aku dapat rasakan, dulu2 dia simpan janggut dan rambut panjang sebab dia segan, dia terlalu kacak untuk sebuah band yang main progresif metal. Tapi sekarang, bila aku bukak website art, aku boleh tengok gadis2 lukis muka dia...Aku rasa pelik la sebab aku ingat Justin Bieber aje yang dilayan camgitu sekali. Ini bukan band metal yang aku dengar satu masa dulu.

Jadi, kenapa aku ceritakan pasal band favorite aku ni?

Aku sendiri, kadang2 berada di persimpangan dilema dalam hidup. Serius shit aku suka apa aku buat sekarang tapi ada masanya aku nak lari aje, buat benda yang aku betul2 nak buat.

Aku nak jadi seorang penulis full time, tulis novel ke, tulis cerpen ke, buat seni, buat muzik, buat video, belajar programming balik, buat 3D...benda2 yang aku suka buat. Tak ada restriction, tak ada working hours macam sekarang. Tapi kadang2, ada masanya, aku kena tunduk dan ikut peredaran semasa, jadi macam orang lain, yang hari2 dia ikut kerja tetap, bangun pagi masuk ofis petang balik malam tidur.

Jiwa aku agak meronta-ronta beberapa minggu ni sebab aku dah nak habis kontrak aku. Walaupun diorang offer balik, tapi bila dah ada opportunity, hati aku terdetik jugak supaya jadi berani, go for things yang aku betul2 nak buat, tinggalkan semua kerja dan tanggungjawab yang buatkan semua orang ada jadual yang sama. Jadi sama macam Biffy Clyro masa awal2 dulu, masa dia masih independent.

Tapi ada masanya, benefit2 yang datang daripada a stable income, a stable life dan a stable situation negate semua faedah yang datang masa kau kejar independent itu. Supaya kita tau, hujung bulan akan ada gaji, satu perasaan yang ramai perlu tau ada..supaya jiwa jadi tenang.

Tapi dengan ketenangan itu datang pula rasa bersalah dengan diri sendiri sebab kita tau, this is not exactly apa yang kita nak buat. Macam Biffy Clyro lepas sign dengan major label. Aku tengok video diorang main live pun aku nampak diorang boring main sebab dinamik lagu diorang dah lain, shifting melody dah tak ada dan lagu diorang lebih kepada "arena rock." Senyuman kat muka vocalist dia pun dah hilang. Nampak lah seolah-olah dia sendiri tak enjoy main lagu2 yang dia buat sendiri.

Sebab wujudnya kontrak dengan record label yang menjadikan ada restriction dalam penghasilan album seolah-olah membataskan kreativiti. Ye lah, orang dah keluar duit untuk kau dan kau dah jadi "pekerja" dia, jadi outputnya kena lah berpandukan guideline yang dia tetapkan.

Kadang2 aku sendiri tak tau apa nak buat. Jiwa aku memberontak suruh aku ikut jiwa aku, tapi bila dah jadi suami dan bapak ni....kadangkala kreativiti tu terpaksa diarahkan kepada benda2 lain yang tak memenuhi tuntutan diri. Biffy Clyro, band yang aku dengar dari dulu dah berubah dari sebuah band prog metal kepada sebuah band yang sekarang ni dah replace Muse sebagai band nombor satu UK, dengan lagu2 cinta, jiwang dan meruntun perasaan.

Peminat makin ramai, video makin cun, kualiti recording makin cantik. Stage design makin gempak, ada pyrotechnics, props, dvd live concert pun terbaik. Peminat pun dah berubah daripada orang2 yang nampak macam jenis nak makan orang kepada gadis2 cun dan mamat2 yang reti mandi. Vocalist pun sekarang smart, rambut pendek, janggut berjaga.

Tapi kenapa aku merasakan semakin popular Biffy Clyro, semakin hilang soul muzik diorang? Betulkah desakan kestabilan membataskan faktor kreativiti? Paling penting, kenapa dalam hidup aku sendiri aku merasakan, semakin lama aku hidup, makin kurang aku bereksperimen? Adakah memang betul, semakin tua kita ni, semakin kurang kreativiti kita? Aku rasa ada masanya ya, ada masanya tidak...

Atau itu semua hanya sekadar mitos sebab sebenarnya yang kurang bukan kreativiti, tapi masa untuk jadi kreatif, makin terhalang, sebab kita kena kejar stability?

Fuck! Aku cukup takut jiwa aku tukar jadi "corporate soul."  Aku cukup takut aku jadi manager, yang kerjanya paperwork, meeting dan discussion semata-mata. Tipikal orang korporat yang kreativitinya hanya terhad untuk sediakan template untuk profit, agar angka besar wujud saban hari saban malam,

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tul tu Mantot, setiap hari kita sign perjanjian dengan Allah tapi banyak restriction kita masih langar :| gulp..

tu yang solat la kalau tak solat tak tau la macamana.. :|

Mungkin kita hanya strict dengan penjanjian dunia sebab duit want ringgit harta tapi kita selalu lupa perjanjian kita dengan yang maha kuasa.. mungkin juga kerana kita tak nampak terus imbuhan yang kita boleh dapat..

Kalau la kita boleh lihat dosa dan neraka.. hmm

Tanpa Nama berkata...

bosan gila cerita kau

Tanpa Nama berkata...

Mantot,

itu adalah norm bagi seseorang yang jiwanya memberontak especially those yg tak dpt buat apa yg dia nak sbnrnya. Aku percaya dlm diri setiap org, dia ada keinginan untuk jadi org lain, or at least utk buat benda lain selain drpd benda yg dia selalu buat.

aku contohnya, dah set awal2 utk jadi writer, musician, traveler, anything to do with arts basically.and i am willing to take the risk doing it, like takde gaji tetap, luxury dan class. I can cope. Because i love it.

Bila aku voiced up benda tu kat mak aku, dia pengsan.

dan aku end up buat benda paling membosankan, boring dan aku takde heart and soul buat. tambah2 bila ada anak, lagilah aku rasa berat dan terikat.

ada sorang kwn aku, adik beradik dia semua engineering grad, bapak dia lecturer.

tapi takde sorang pun adik beradik dia end up as an engineer. semua buat benda rebel, jadi musician, buat bisnes and ntah. but bapak diorang cool with it. best giler.

aku sgt suka post kau ni mantot. thank you sesangat.

Shahrul Yusof berkata...

Mantot, benda yang kau rasa ni pun aku pernah rasa. Even aku bukan kerja dalam bidang art, tapi jiwa aku lebih ke arah nak buat art. Tapi, tu la bila dah kena ikat dari segi kewangan, sama ada makan gaji atau berhutang, soul untuk buat art tu dah makin lama makin kurang.

Kena pulak aku sekarang ni kerja kerajaan. Macam mana nak rebel jiwa pun susah gila nak counter balik. Last-last, rasanya aku akan jadi sama tipikal macam orang keje gomen yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Jom join Program Hidup Luar Biasa Dr. Azizan. UBAH hidup anda sendiri tanpa langsung harapkan BN!

Tanpa Nama berkata...

Aku suka post kau ni mantot

Tanpa Nama berkata...

anon 3.14pm
I can feel u. Aku pn prefer buat benda2 tu smua; freelancer, arts..I know it's gonna be a tough life, but I'm willing to take the risk, cuz at least I know I'll love it. Tapi apakan daya, xsanggup tgk parents kecewa, biarla aku yg kecewa. & now, I have no one to blame but myself for this upsetting everyday life. hmm...smuanya ada hikmah kan, I'm still waiting what the hikmah is

Tanpa Nama berkata...

aku teringat crite Ramona & Beezus

Tanpa Nama berkata...

Apa yang aku dapat simpulkan sini. Kalau bapa kau dah punya kerja masyuk, duit berkepuk, kau bolehlah pursue whatever that you desire. Contoh mudah, anon kat atas. Bapa dia lecturer. As in gaji berkepuk. Org mcm aku yang bapanya biasa2 saja susah lah nak buat sebab kita lain.

Jadi supaya anak2 kau boleh buat apa yang dia suka maka kau kena kerja sampai jadi somebody dengan duit banyak. Sekian merapu

Tanpa Nama berkata...

tot,

aku dah start buat apa yang ko rasa ni since 3 tahun lepas and guess what? you're freakin' right my friend, aku BEBAS! aku lebih happy dan dan dan..... aku speechless, tak tau nak describe apa yang aku rasa.hahaha macam tali yang mengikat leher aku dah terlerai....ha, cam tu la rasanya.

dulu, aku kerja makan gaji 15 years. 3 tahun terakhir tu, gaji aku dah cecah 5 angka but still ada something yang aku nak tapi tak leh dapat selagi makan gaji dengan orang! dan aku kerja 1 opis dengan wife aku! walawei...

nak dijadikan cerita, aku dan wife aku jiwa rock n roll, 1 kepala, so senang sket nak wat apa2 decision. and after few years berbincang, pros and cons, last2 end of 2009 kitorang quit sama2! biggest decision ever! dan aku bersyukur, keputusan yang kitorang amik amat berbaloi.alhamdulilah.skang kitorang wat bisnes sendiri, kecik je tapi great! alhamdulilah.dari hati kot...

hints: make sure korang ada back up plan/plan b just in case apa yang korang kejar tak dapat. tapi yakin la, dunia Allah ni luas, rezeki ada dimana2 as long as korang rajin dan selalu bersyukur. Chia-yo!

Amir berkata...

pandai mantot boleh tau isi hati vokalis tu..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Itu mslh ko Tot . Bkn mslh I. Itulh... Yg nk khwin sgt tu npe? Pervert sgt .. Klu tk kwin kn ko tk yh spend duit.. :p

Tanpa Nama berkata...

aku dah rasa..aku dah quit...tak sanggup dah nak jadik Corporate Woman la bagai.aku dok umah jaga anak tolong laki wat business,tolongf mak aku bukak kedai..and yess..kitaorg pernah susah sangat sampai tinggal RM50 jerk dlm pocket..tu pun poket laki aku..but somehow kitaorg happy..ader masalah pun still leh gelak2 happy..beza time kerje gaji ribu riban dulu...but alhamdulilah..janji Allah tuh pasti kan..rezeki di mana mana..dan skang graf dah nampak naik..syukran

Unknown berkata...

mantot
ko try simpan duit..dn jd kan benda yg ko suka as a hobby.
tu je yg aku tau...duit simpan tu ko bleh labur kt hobby.
keje bulan ko maintain

mecha_praline berkata...

actually aku pun sedang rasa apa yang ko tulis bro. aku agak bersetuju limitasi untuk mencuba seiring peningkatan umur dan tanggungjawab.kalau dulu zaman remaja, sebelum berkahwin, atau sebelum mendapat anak lelaki lebih idealis dan optimis, tapi bila dah ada tanggungjawab otak makin banyak restriction. stability in real life sangat-sangat mengganggu perasaan. as a result kita rasa lame dalam perkara rutin.

Tanpa Nama berkata...

-Dari JW-

Aku ni dh msuk 42 thn. Aku pn selalu pikir mcm Mantot pikir walaupun tk brapa nak sma. Skrag ni aku tgh pikir keje yg aku suka ialah bkn keje opis. Leceh betul bila kna failing, meeting,task ada dateline smpai migrain pnya nk bgi siap.Hubby ckp elok jadi lecturer walaupn kntrak je.Tpi leceh la keje ngajar2 ni sbb mcm cikgu jgak la. Aku hnya tepikir keje dgn travel agency nak2 pulak keje luar Msia.Agkut smua anak2 pndah.Tp takut nk ckp hubby.Sbb nya dia tk tau bila aku usia mcm ni aku suka keje yg buat aku rasa free & enjoy. Aku nk tgok negeri org sbb masa muda2 dulu sibuk keje yg gila & anak2. Skrg anak dh besar bole la aku bwk anak2 sekali spya dorang tk teperuk mcm aku.. Mgkin ALLAH akn bgi jwapan lpas aku abes Master aku nti. ( Buat masa skrg teringin nk keje dgn travel agency yg bwk org gi umrah sbb sgt2 teringin nk gi mekah..Keje gaji RM800 pn sggup..)