April 30, 2013

Melayu Bukan Islam dan Islam Bukan Melayu

Masalah utama orang Melayu ketika ini, atas kesan pencucian otak dan bermacam lagi dakyah yang kita tak tau betul atau tidak bakal melahirkan orang yang tah hapa-hapa. Orang yang tah hapa-hapa pada aku adalah orang2 yang menentang penggunaan nama Allah mati-matian....tapi dia tak lengkap fardhu ain dia. Orang Melayu yang ada sekarang tidak tahu apa bezanya Melayu dan apa bezanya orang Islam. Tidak ada jurang antara kedua-dua benda tu sehinggakan ada yang jadi seperti contoh di bawah. Ini salah satu antara komen yang banyak aku terima bila aku pertikaikan mengenai "Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969."

hahaha..aku xtau cmne la gnerasi melayu zaman skrg neh...menidakkan sesuatu yg mmg wujud..aku xterlalu percaya pasal ilmu2 neh..tpi aku just percaya dgn kuasa tuhan apa2 bole jadi.pasal perang jepon,ko xtau baik ko ddk syp2..xpyh nk JADI BEST!....perang zaman jepun bukan setekat parang terbang,macam2 ada..smua nya berasaskn ilmu alquran.kalo x mne dtg nye lagenda pahlawan2 melayu spt dato bahaman,tok siak.dan lain2..dorg ada ilmu islam yg kira nya lbh tggi dari ko yg otak kosong.hanya nama pasal islam tapi xmenghayati apa itu islam dan segala isi alquran..tu la jadi nye.bodoh xbertempat...tau memekak je..jepun sndri pernah akui kes parang terbang mase bperang...lagi 1..siapa kata masa berperang Nabi x guna ayat2 alquran..kalo x mana datg nya askar2 malaikat..tu semua atas izin Allah..len kali habeskn khatam n tafsir alquran.baru cakap..ko yg komen mnjatuhkn mlyu ni layan dpnggl melayu lembap!

Satu ; Jangan samakan kita dengan Nabi. Dua ; Kalau itu adalah ayat orang yang betul2 memahami Islam, jelas benar kenapa Injil berkuasa solar pun ramai dah takut menggelabah Melayu murtad.

"Atas izin Allah..Atas izin Allah...." itu ajelah ayat yang aku dengar tiap2 kali cerita pasal parang 13 Mei ni. Taksub betul orang Melayu nak membuktikan parang tu betul2 wujud.

Aku bukan nak menidakkan kuasa Tuhan mampu buat sesuatu yang mustahil ; dah Dia Allah..dia yang cipta aku. Tapi aku hanya menidakkan yang Tuhan akan tolong kita bunuh orang Cina atas sebab Parti Perikatan hilang majoriti masa pilihanraya. Parti Perikatan boleh dikatakan mengalami kemerosotan yang agak besar dalam jumlah kerusi malah buat pertama kalinya mereka hilang 2/3. Lagipun....PAS juga menang besar ketika itu.

Kau nampak tak apa yang tak betulnya kat situ?Parti perikatan hilang kuasa majoriti. "Cina berarak. Melayu merusuh.........Allah tolong?"

Ada sesuatu yang tak betul kat situ. Dengan kuasa Allah, Perikatan tidak kalah tapi prestasi menjunam teruk. Mesti ada sesuatu yang membuatkan separuh dari semua pengundi vote pembangkang ketika itu. Tapi orang Melayu disogokkan dengan kisah parang terbang 13 Mei 1969, pasal kisah penyapu, pasal kisah Lim Kit Siang dan bermacam-macam lagilah sehingga hilang judgment waras mereka.

Aku Islam. Ilmu aku tak tinggi. Tapi aku tau, untuk jadi Islam yang baik, kita ada dua perkara  kena buat. Rukun Iman dan Rukun Islam. Apa rukun Iman? Percaya dengan Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Qada' Qadar dan Hari Kiamat. Rukun Islam ada 5, syahadah, solat,zakat, haji dan puasa. Tapi orang Melayu seperti orang yang aku quotekan komen dia, selalu letakkan bab-bab Melayu dalam Islam ni mixed up.

"Apa kau tak percaya parang terbang 13 Mei? Kau layak dibunuh! Kau murtad bangsa! Kau pengkhianat!"

Bila masa pulak "Percaya kepada parang terbang 13 Mei" adalah satu rukun Iman? Suka hati aku la nak percaya atau tidak sebab aku tak wajib percaya benda tu jadi kalau kau betul2 perjuangkan Islam, kau perlu terima yang ada orang tak percaya dengan benda2 camtu.  Adakah aku nampak Allah? Tak nampak. Wajib aku percaya? Wajib. Malaikat ada kat bahu aku, wajib aku percaya. Parang terbang aku tak pernah nampak...tapi jangan la kau wajibkan semua orang Melayu percaya benda tu.

Itu bukan perangai orang Islam. Itu perangai orang Melayu. Janganlah wajibkan aku percaya satu benda yang tah betul entah tidak. Semuanya datang dari mulut orang aje.

Kita boleh tengok sendiri ; ramai yang berapi2 memperjuangkan agama menentang Kristian. Aku tidak ada masalah langsung kalau diorang nak menyebarkan Kristian sebab pada aku itu adalah salah satu bentuk godaan yang umat Islam kena tempuh. Penyebaran agama adalah satu perlumbaan marathon. Bukannya peperangan. Jika kita takut dengan pengaruh diorang, kita kena persiapkan dulu diri kita sendiri. Dan sebagai orang Islam, kita memang dah ditakdirkan, kita adalah orang yang paling vulnerable dan paling banyak akan tempuh dugaan kat dunia ni. Dah memang itulah tujuan kita hidup ni, kan?

Mana lagi best...makan rasuah atau tolak rasuah?
Itu la dugaan kita.

Cuba tanya diri kau sendiri, kat mana diri kau? Adakah kau cukup ilmu untuk lawan pengaruh Kristian? Majoriti kita tak layak lagi nak berdebat benda2 camni sebab ilmu kita, kecik aje. Kita sepatutnya biarkan mereka2 yang lebih tahu mengenai benda ni berhujah, termasuklah Menteri2 kita yang aku rasa lebih baik jangan politikkan benda ni.

Tapi apa yang kita boleh buat?

Ada pelbagai cara nak menegakkan agama. Allah takde pun mewajibkan kita perjuangkan nama Dia melalui demonstrasi pelbagai. Apa yang Dia minta dengan kita, hanyalah dua perkara utama, rukun Iman dan rukun Islam. Tak cukup "Islamkah" kita kalau kita hanya amal dua benda tu?

Kalau kau pembaca apa yang aku tulis, aku rasa majoriti korang sama aje macam aku. Fardhu ain sendiri kita tau terkapai-kapai dan aku sure korang semua tau, fardhu ain adalah benda wajib. Memperjuangkan nama Allah ni, aku tak nak masuk campur. Aku tak layak sebab aku still tak setel lagi potongan zakat aku yang dok bertangguh berapa lama. Subuh kadang2 miss dan Isyak kadang2 aku terlelap.

Jadi, kepada orang Melayu....sebelum kau nak memperjuangkan yang Allah memang tolong orang Melayu masa 13 Mei 1969 dan kita perlu pertahankan nama Allah dari serangan pihak2 lain, tanya diri sendiri, bab2 wajib kau macam mana? Itu la part yang Dia akan nilai. Bukannya kau percaya atau tidak parang terbang ni.

Katakanlah, kau percaya mati-matian ada parang terbang masa 13 Mei 1969 dan Allah memang tolong orang Melayu masa tu...tapi sebenarnya semua tu dongeng, macam mana bang? Kalau lebih teruk lagi, kau percaya itu kuasa Allah tapi itu sebenarnya pertolongan makhluk ghaib yang tak sepatutnya kita mintak tolong dia. Untuk lebih selamat pada aku la, aku stick with the basic. Allah itu Satu, Rasul itu Muhammad, Malaikat ada tugas2 dia, Qada' dan Qadar itu betul tersurat dan akan ada hari pembalasan.

Sebab aku takut aku terpercaya benda tahyul.
Dan kau pun sepatutnya begitu.

Kenapa perlu confusekan diri dengan pelbagai benda lain yang kau sendiri tak tau hujung punca dia? Itulah dia masalah Melayu dan Islam. Kita tidak punya barrier yang mengasingkan kepercayaan orang Melayu dengan nilai Islam, sehinggakan ada sesetengah orang sudah tidak dapat membezakan mana satu Melayu dan mana satu Islam.

Yang paling jelas dan membuatkan aku tertawa kadang2....kenapa semua orang yang percaya wujudnya parang terbang 13 Mei memberikan komen2 yang berbentuk ugutan,makian dan cacian? Mana nilai Islamnya? Ada orang Islam tak setuju dengan kau, kau kafirkan dia. Malah ada yang ugut aku dengan itu ini. Ini orang yang pejuang Islam?

Yang lebih kelakar lagi....ada yang kata parang terbang tu wujud kerana kezaliman. Memang ada kezaliman berlaku tapi aku tak nak cerita hari ni, esok kot..tapi aku ulang lagi sekali, hakikatnya, Parti Perikatan atau Barisan Nasional sekarang ni, hilang 2/3 kerusi pada pilihanraya tersebut. That's the fact dan mesti ada sebab kenapa. Bacalah sendiri. Carilah sendiri sebab isu itu jarang disebut setiap kali isu perkauman dimainkan.

Fakta ringkas adalah begini, semua yang komen berapi2 mengenai parang terbang tak pernah tengok parang terbang depan mata sendiri, betul? Itu tahun 1969...di mana tak ada internet dan tak ada alat komunikasi instant. Masa Bersih 3 hari tu, polis mati2 percaya ada anggota diorang mati kena belasah dengan peserta perhimpunan membuatkan ramai naik minyak. Itu dalam zaman teknologi dah canggih ni bang! Bayangkan tahun 1969!

Kau tengok sendiri sekarang, tengok orang Melayu kita yang terumbang-ambing kadang2 dalam bab basic sendiri. Sebab kita terlalu taksub dengan benda2 yang kita tak tau benar atau tidak sehinggakan core Islam tu sendiri kita lupakan. Ada dua yang kita perlu percaya benar, rukun Iman dan rukun Islam.

Kalau kita adalah bersaudara seagama, kenapa orang Melayu terbahagi kepada "percaya dengan parang terbang" dan "skeptikal dengan parang terbang" padahal kita semua sebenarnya hanya perlu percaya yang Tuhan kita sama?

Ni lah masalah Melayu. Parang terbang, percaya tapi zakat  tak bayar.

April 29, 2013

Pantun-Pantun Politik Sambil Mendidik "Kenapa Model Underwear Itu Kelihatan Sangat Gembira?"


Tiap hari bukak The Star
Ada saja iklan dusta
Cina kena ditakutkan maa!
PAS naik Islam kuatla!

Pada mereka ini kisah dusta
Pada aku, aku cukup suka maa!



Peliknya ada Melayu percaya
Agaknya MCA ada sedara dia
Tak sedar ke hiburan di dunia
Silap berhibur, masuk neraka?



Haron Din dah jawab hari-hari
Kenapa PAS dengan DAP
Dihulur Harakah kau kata geli
Utusan jugak kau anggap suci


Siapa bising nak Anwar bersumpah?
"Kenapa tak jawab liwat punya kisah?"
Tukang fitnah sendiri berceramah
Azhar Sulaiman, kau tak baca Harakah?


Inilah bakal masa depan kita
Bila semua nak di "1Malaysiakan"
Lagi sepenggal kepada mereka
Tuala wanita pun berlogo Barisan

Barulah fresh barulah nyaman
"Senang nak terkinja,"  kata Norman.

April 27, 2013

Aku Syorkan Jumaat Depan, Semua Khutbah Jumaat, Pemimpin UMNO Ajelah Sampaikan

Kita dah sampai di satu tahap di mana khutbah sendiri telah dimanipulate untuk mempengaruhi minda. Untuk sebuah kerajaan yang selalu kata agama asing, politik asing...ini adalah sesuatu yang sedikit hipokrit rasanya. Tapi apa yang JAKIM cuba lakukan sekarang bukannya cara yang betul mengadunkan politik dengan agama..tapi lebih kepada menggunakan agama sebagai alat kepada politik. Banyak isi khutbah syok sendiri dan menunjukkan kebesaran Barisan Nasional.

Beberapa Contoh ;

Khutbah "Menepati Janji, Membawa Harapan"

1. Yakinlah bahawa menepati janji dan berkata benar merupakan bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang pemimpin itu kerana bukan semua pemimpin mampu mengotakannya dan hanya pemimpin yang bertanggungjawab serta sayangkan rakyatnya sahaja mampu menunaikan janjinya.

Come on JAKIM. Semalam kau bercerita mengenai sistem demokrasi yang "Islam" tapi kau cuba mempengaruhi orang ramai supaya skeptikal dengan pihak yang tidak terbukti menepati janji. Kalau satu pihak tidak diberi menepati janji macam mana dia nak memenuhi janji?

Lagipun, "bukti kesempurnaan" ? Agak menakjubkan. Sama menakjubkan seperti konsep "Maha" yang dilabelkan ke atas Sultan2 sebelum ni.

2. Justeru sebagai rakyat yang bijaksana, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat ini dan menghargai pihak pemerintah dan bandingkanlah keadaan kita dengan umat Islam di negara-negara jiran.

Bro, please...sure nak compare dengan Brunei?

3. Percayalah, ketaatan kepada pemerintah negara hari ini yang terbukti sentiasa mempertahankan agama Islam terutamanya dalam isu Kalimah Allah dan berjaya membela nasib rakyat sangatlah dituntut.

Ini ayat paling direct politically motivated.

Khutbah "Kesahihan Pemerintah"

1. Oleh itu, mimbar ingin menyatakan bahawa demokrasi yang diamalkan di negara ini dalam pemilihan ialah sepertimana yang berlaku di zaman khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA dan Umar al- Khattab RA, dimana mereka diputuskan oleh Jawatankuasa Syura dan kemudiannya diadakan pemilihan umum untuk mendapat sokongan rakyat. 

Jawatankuasa Syura kita adalah ahli Parlimen. Sistem pentadbiran kita diambil daripada British. Kita adalah negara sekular. Mungkin caranya nampak sama, tapi spirit dia lain. Baca mengenai keburukan sistem Westminster ni dan kenapa ia tak selari dengan Islam. Sistem ini melahirkan pemimpin yang bermentaliti sama ada you are with us, or against us. Tidak mampu melahirkan pemimpin yang ambil kira pandangan dua2 pihak untuk dijadikan pertimbangan. Ada ke PM kita pernah setuju dengan pihak pembangkang? Ada. Itupun lepas Manifesto Pakatan keluar. Tiba2 boleh pulak Kerajaan turunkan harga kereta...sebelum tu kata negara akan bankrap.

2. Oleh itu, langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu: Pertama: Tidak mudah menerima hasutan dan fitnah daripada musuh-musuh Islam dan pengkhianat negara bahkan semakin kuat kita bersatu mempertahankan dasar, kedaulatan dan prinsip demokrasi negara.

JAKIM, tolong jelaskan siapa pengkhianat negara? Siapa musuh2 Islam? Mudah kalau nak sebut tapi khutbah perlu clear dan jelas, pada aku ini satu percubaan yang menghampiri fitnah tapi fitnah yang tidak jelas. Jika JAKIM sendiri hendak orang ramai serkap jarang dan assume "pengkhianat negara" adalah parti pembangkang, mana semangat Islam kau kat situ?

Khutbah "Pemimpin Berwibawa Negara Sejahtera"

1. Strategi memanipulasi emosi dan menjanjikan kuasa kepada rakyat adalah doktrin yang telahpun berjaya digunakan oleh pihak musuh untuk menjatuhkan beberapa negara Islam. Ia bermula dengan mewujudkan bayangan palsu kepada pemerintah yang sedia ada dan seterusnya bayangan palsu itu dijadikan persepsi supaya dipercayai oleh rakyat yang akhirnya ia dimanipulasi untuk menjatuhkan negara dan pemerintah. 

Justeru, selari dengan perkembangan semasa ini, maka mimbar menyeru seluruh umat Islam agar berlaku adil dan bijak dalam menentukan kepimpinan dengan mengambil kira ciri-ciri yang telah di sebutkan tadi. Yakinlah, negara yang diperintah oleh kepimpinan yang berwibawa dan konsisten akan menjamin segala dasar dasar dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan beramanah lagi adil serta saksama. Sebaliknya, kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara tidak akan dicapai jika negara diperintah oleh golongan yang tidak mempunyai sifat sedemikian.

Ini adalah penutup khutbah ni. Lihat bagaimana mereka cuba mengawal pemikiran orang dengan perenggan pertama tu. Ini ke sistem demokrasi Abu Bakar As-Siddiq?
.............

Khutbah untuk 19 April 2013 yang bertajuk "Bahaya Lidah" adalah yang paling balance dan fair. Sebab dalam itu tidak langsung wujud perkataan kerajaan. Khutbah tersebut juga menyeru kepada kedua-dua pihak dan yang lebih penting lagi, khutbah tersebut menyeru ;

a. Jangan mendedahkan keaiban seseorang atau menyebarkan keburukan seseorang atas alasan demi kebenaran

b.Janganlah mengelar seseorang dengan gelaran yang buruk terutamanya sesama umat Islam kerana ianya boleh mendatangkan dosa dan membawa kepada kefasikan.

c. Jauhilah dari berprasangka buruk kerana ianya mendatangkan dosa, seandainya sesuatu berita itu sampai kepada kita, maka hendaklah ianya disemak terlebih dahulu tentang kesahihannya.

d. Janganlah kita mengintip dan mencari kesalahan orang lain. Ingatlah bahawa Islam menyuruh mencegah kemungkaran seiring dengan suruhan melakukan kebaikan.

...............

Khutbah bukanlah alat politik. Khutbah juga bukanlah alat untuk menghukum pihak masjid yang tak nak mendoakan Sultan.  Khutbah should be fair dan non partisan. Kenapa perlu ditumbangkan aje kerajaan Barisan Nasional ni? Khutbah dah dikawal diorang untuk sampaikan mesej yang diorang nak. Lama kelamaan khutbah akan jadi macam RTM, TV3 dan orang ramai pun malas nak dengar khutbah.

Kalau kita dah malas nak dengar khutbah, apa jadi dengan masyarakat kita? Nik Aziz bagi khutbah ada dia sebut suruh sokong PAS? Kenapa JAKIM pulak yang berebut2 guna khutbah untuk jadi senjata politik? Kenapa biarkan diri dikawal? Kalau ada tekanan menteri suruh masukkan mesej2 yang diorang nak sampaikan, solusi dia senang, suruh pemimpin UMNO sendiri la bagi khutbah.

Tapi jangan la tipu diri sendiri kalau dalam hati ada terasa,"eh..kelakar la pulak kalau dia ni yang bagi khutbah.."

April 26, 2013

Awkward Agama : Dia Claim Dia Islam Tapi Bila Ditanya Bab Fardhu Ain Dia Suruh Rujuk Ustaz

Minggu lepas, bila aku tulis pasal jodoh dan kau kena yakin aje yang "orang baik untuk orang baik, orang tak baik dapat orang tak baik" ada beberapa orang yang mempersoalkan benda tu. Jadi aku letakkan mana aku dapat benda tu dan kemudian ada yang letak letak balik link satu explanations panjang yang merungkaikan apa yang sebenarnya maksud benda tu. Dengan harapan aku baca. Haha.

Aku secara jujur, aku cakap, kalau dengar ceramah agama yang sikit2 ada hadis, sikit ada penerangan panjang lebar, aku malas nak dengar. Bukan sebab aku tak suka, tapi sebab bila aku dengar ceramah, aku expect isi dia direct, simple dan senang nak paham. Kalau dia quote hadis dan baca tafsiran ayat Quran bermacam2 pun tapi cara penyampaiannya berbelit2...kurang kan minat kita nak dengar?

Sebab itu Azhar Idrus sangat refreshing. Dia direct...menghampiri kasar kadang2. Tapi untuk orang macam aku, itu lah dia cara yang berkesan. Sebab aku tak suka benda2 pasal agama ni dicomplicate. Hidup kita sudah sangat complicated hasil daripada pelbagai jenis distraction lain, benda pasal agama, aku nak dia simple dan mudah faham. Bila kita complicatedkan, kita jadi la macam orang kita sekarang ni.

Kenapa kita suka complicatekan hidup kita? Terlalu besar tajuk tu jadi aku kecikkan skop gunakan perbincangan pasal jodoh dan kahwin.

Jodoh. Kahwin. Sebenarnya benda tu simple aje kan? Apa benda yang wajib masa kahwin? Rukun nikah. Apa dia rukun nikah tu? Sepasang lelaki dan perempuan yang nak kahwin,Wali, Akad dan Saksi. Tapi apa yang orang kita buat sekarang? Kita letak beberapa step yang kita "mesti" kan. Mesti ada. Mesti buat. Mesti penuhi.

Sebelum kahwin ;

1. Mesti try couple
2. Dah couple, mesti dating.
3. Dah dating, mesti boifren belanja makan.
4. Dah lama couple, mesti ringan2 (sesetengah orang)
5. Dah nak kahwin, mesti propose dulu.
6. Dah propose, mesti kena set up proposal macam orang putih.
7. Dah propose, kena ada hantaran.
8. Dah siap hantaran, kena inform kat Facebook.
9. Mesti ada sesi photoshoot pre-wedding.

Time kahwin ;

1. Mesti grand.
2. Mesti ada pelamin.
3. Mesti makeup tebal.
4. Mesti ada keris.
5. Mesti ada karaoke.
6. Mesti ada tepung tawar.
7. Mesti tukar  baju ikut event.
8, Mesti ada photographer ikut untuk 3 hari.
9. Mesti itu, mesti ini.

Nak berkahwin ikut Islam ;

1. Berkenalan. Takleh dating.
2. Bertunang melalui ibu bapa wanita.
3. Kahwin ikut basic 5 rukun nikah
4. Malam pertama.

Kau nampak tak macam mana complicatednya kita jadikan hidup kita dan betapa senang sebenarnya hidup kita ni kalau kita ikut betul2 apa yang agama suruh?

Sebab itu aku cukup terkejut bila ada yang mempersoalkan mengenai ayat 26 Surah AN-Nur tu. Maksud ayat tu ; "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."

Kau boleh baca sendiri apa benda kisah di sebalik ayat tu dan kenapa ayat tu diturunkan. Tapi lihat betul2 ayat2 tu dan buang segala emosi, buruk sangka dan apa lagi yang bersarang dalam kepala kau. Nampak tak kenapa ayat tu diberi dekat kita untuk baca? Kau tak perlu ilmu agama dalam2 pun untuk faham mesej paling ketara ayat tu.

Ayat tu nasihatkan kita supaya jadi orang baik! Itu ayat Quran. Kalau semua benda kau nak kena rujuk Ustaz, parah la kalau orang Melayu benda senang camtu tak reti nak fikir sendiri.

Kalau semua orang cuba jadi baik, pilihan jodoh dikalangan orang yang baik akan jadi lebih ramai. Kalau ada 3 laki dan 3 perempuan dan semuanya berusaha ke arah kebaikan, jodoh diorang adalah antara 3 orang dalam tu la. Tapi dunia ni tak semuanya macam tu. Ada orang baik dia rasa tak fair suami dia cilaka. Ada suami buruk rasa diri dia bagus. Ada isteri yang tah hapa2 tapi kuat complain pasal suami dia dekat orang ramai...kemudian pertikaikan ayat tu.

Cuba la kau tunjuk ayat tu dekat suami kau, isteri kau yang kau tak puas hati dengan dia. Tengok respon dia. Kalau respon dia adalah "kau ingat kau baik sangat?" itu maknanya, dengan kau sendiri ada something wrong.

Kesimpulannya, jadi baik. Kalau kita semua berusaha ke arah tu, Insya Allah jodoh kita dan paling penting  jodoh anak2 kita datang dari orang yang baik sebab orang keji ni dah berkurangan.  Kenapa perlu complicatekan pemikiran? Kenapa perlu susahkan semua benda dengan bermacam perkara tak perlu? Yang paling pelik, masa kahwin baju "mesti" cantik. Tapi baju kahwin yang "mesti" cantik tu la terdedah sana-sini. Suami pun sengih aje memanjang sambil usap2 keris duk bersanding atas pelamin.

Yang "mesti" kena buat dan diberikan perhatian. Yang "Wajib" diabai dan tak ambik peduli. Itulah dia perangai sesetengah Melayu sekarang. Benda senang pun tak dapat nak difikirkan sebab duk ambik kira emosi dan kemahuan sendiri. Last2 semua benda pasal agama, jadi complicated.

April 24, 2013

Kau Melayu Kan? Kau Benci Orang Cina Kan? Kenapa? Sebab Dia Makan Babi Ke?




Kalau dah lidah tidak rasmi MCA sendiri tulis dan iklan macam ini, apa lagi alasan orang Melayu tak nak pilih Pakatan Rakyat?

 Melainkan, orang Melayu itu ;

1. Suka tengok perempuan Melayu terkangkang menari
2. Suka tengok wayang dengan gelfren dalam gelap
3. Suka  join rave party!
4. Suke benda2 hiburan
5. Suka layan Beyonce
6. Suka layan video klip PSY

MCA sendiri dah kata, siapa sokong Barisan Nasional, dia suka benda2 takde faedah ni. Cina sokong DAP bermakna dia sokong hudud. Apa pandangan orang2 intelek dalam UMNO pasal ni?

Cuba nilai balik hidup kau selama ni, kenapa kau benci dengan orang Cina? Jangan tipu! Kau memang ada rasa camtu. Tapi ikhlaskan diri dan cuba jawab, kenapa? Tak ada sebab sebenarnya kan? Tapi kau still benci sebab orang Melayu selalu kata Cina tu racist. Padahal Melayu pun sama. Kita pun racist motherfucker.

Jadi, kenapa orang Melayu diajar untuk benci dengan orang Cina? Kenapa orang Cina pulak diajar untuk anti orang Melayu? Orang India pulak diajar untuk anti semua kaum lain dan diajar supaya rasa seolah2 terpinggir? Jawapan dia mudah.

Untukm mengekalkan kuasa pemerintahan adalah lebih mudah jika pemerintahan berdasarkan kaum diamalkan. Ini sistem kesan pecah dan perintah British yang masih lagi BN rasa relevan sekarang. Lebih senang nak control sesebuah kaum dengan hatred terhadap a common enemy, dalam hal ni, Melayu dengan Cina..Cina dengan Melayu..India rasa terpinggir sebab rasa marginalized by these two other races. Bila kita ada common enemy based on bangsa, kita akan bersatu dan parti yang memperjuangkan semangat bangsa tu akan dilantik sebagai pemerintah dan yang membantah mereka..labelnya...pengkhianat bangsa la.

Senangnya, kita pilih pemerintah bukan sebab dia layak, tapi sebab dia sama bangsa dengan kita.

Kita dibahagikan supaya sistem sekarang dikekalkan. MCA setuju jadi number 2 BN sebab dia ada kuasa kepada orang Cina dan begitu juga MIC. UMNO dah janji, hal2 MCA dan MIC dia takkan masuk campur asalkan, MCA dan MIC tak pijak UMNO. Masing2 pegang kuasa dengan agihan kuasa ikut kaum.

Itulah dia dasar pecah dan perintah Barisan Nasional. Bila semangat kaum dijadikan kriteria pertama pemilihan pemerintah, senanglah diorang nak menang dan kekal berkuasa guna emosi dan sentimen semangat bangsa ni.

Tapi yang menariknya, wujud perubahan mentaliti, the race barrier telahpun dipecahkan. Bila Melayu boleh sokong Cina dan India boleh sokong Melayu...bagaimana pulak nak kawal emosi orang ramai? Guna elemen bangsa dah tak boleh. Nak main sentimen mempertahankan bangsa dah tak jalan.

Itulah masalah besar Barisan Nasional semenjak sedekad lalu. Semenjak ada ura-ura DAP dan PAS akan bekerjasama, memang diorang cukup risau kalau perikatan tu kekal lama dan start satu bentuk perubahan revolusi minda dan budaya Malaysia. Untuk counter ni, diorang perkenalkan 1Malaysia. Katanya, itu dasar nasional..bukan parti.

"This is not a political agenda. It's our national agenda," kata Najib. Tapi kau cuba tengok ada tak BN gunakan logo 1Malaysia dekat barisan Nasional punya bahan kempen? Nasionalisme my ass.

Yang jelas, kita sedang mengalami proses revolusi. Satu masa dulu, orang Melayu cukup takut dengan DAP. Orang Cina cukup takut dengan PAS. Sekarang, haha...ini satu revolusi yang perlu sebab pemerintahan berdasarkan racial hatred dah lapuk dan tak layak nak digunakan lagi.

Sampai bila kita nak saling benci membenci? Benci macam mana pun, bumi Malaysia ni kita duduk sama-sama kan? Kau nak halau orang Cina balik China? Nak halau orang India balik India? India Muslim kau nak halau sekali? Banyak la pulak calon BN kena hantar balik karang, siapa nak bertanding?

Berapa lama lagi nak main sentimen bangsa?
Sampai bila nak ugut hantar balik China, India ni?

Kita yang Melayu ni pun tak tentu asal-usul kita. Tah tah ada darah North Korea.

Aku beritahu kau, selagi Barisan Nasional memerintah, selagi tu lah rasa benci kepada kaum lain akan terus diajar dan pada aku benda tu tak betul. Aku Islam...walaupun aku Muslim yang 50-50 tapi aku nak orang bangsa lain agama lain tak benci agama aku. Tapi kau cuba lihat sendiri bagaimana warlord2 lama ni mainkan sentimen bangsa..kalau tak berjalan, diorang mainkan agama.

Sebab itu aje taktik yang diorang tau.

Aku wish orang Cina tidak takut dengan undang2 Islam sebab Islam sangat adil malahan sebenarnya undang2 Islam jauh lebih berat dekat orang Islam sendiri. Orang Cina dan India nak gi karaoke berdua-duaan? Tak ada masalah. Orang Islam? Takleh. Tapi amatlah digalakkan kalau orang bukan Islam pun ikut benda yang sama. Sex before marriage bukan ke sesuatu yang dilarang oleh semua agama?

Aku syorkan lepas ni kalau Pakatan naik, banned aje orang Islam dari mana2 tempat2 mengarut ni kalau dua orang aje dengan awek. Cek dulu ada kad nikah atau tidak sebelum bagi masuk. Kenapa perlu takut kalau PAS memerintah semua benda2 hiburan ni tak ada? Semua masih berjalan macam biasa tapi restrictions nya lebih kepada orang Islam sendiri.

Jadi, tugas kita, adalah yakinkan orang bukan Islam yang ada sekeliling kau, yang kau tak nak lagi rasa benci yang tah mana datang ni. Kau tak nak lagi rasa iri hati orang Cina banyak duit. Orang bukan Islam perlu dipahamkan yang Islam ni adil.

Lihat sendiri sekeliling kita. Kalau ada restoran atau kopitiam yang tak paham apa itu syarat2 halal, kenapa selalu tauke restoran Cina yang disalahkan? Memang dia ada tanggungjawab mematuhi benda halal tapi memahami benda pasal syarat2 Islam bukan tugas dia. Itu tanggungjawab orang Islam tunjukkan dia macam mana.

Kita la yang kena ajar, bukan diorang yang kena belajar.

Kau takkan dapat sebarkan Islam kalau kau tunggu orang bukan Islam datang jumpa kau, kan? Macam mana la kita nak yakinkan orang bukan Islam yang Islam ni cantik, kalau dari awal dia tak reti dan tak tahu, bila dia tersilap, kita gelarkan dia kurang ajar? Dah berapa puluh tahun memerintah, masih ramai yang confuse pasal syarat2 halal. Termasuklah yang Melayu.

Kalau Melayu sendiri tak tau halal haram boifren gelfren, kenapa kau expect orang Cina nak paham pasal hukum sembelihan?

April 23, 2013

Biarlah Apa Cara Sekalipun Yang Penting Melayu Kaya!

Bayangkan; pada satu hari, sedang duduk sendirian, ada gadis yang hot datang kat aku, kemudian dia kata,"Mantot, I want you inside me. Now!"

Katakanlah, senses aku masih waras, aku tanya la dia,"Kau tak takut mengandung ke?" Gadis itupun jawab, "Tidak..kalau ditakdirkan aku termengandung anak kau, aku puas hati sebab kau adalah lelaki yang aku nak sangat2." Kebetulan pulak waktu tu memang ada aku dengan dia aje dalam ofis. Semua orang dah balik. Tak ada CCTV dan ada spot baik untuk berasmara.

Apa lagi nak tunggu? Kalau gadis dah merelakan, dia tak mabuk, dia sedar dan anda berdua masih lagi waras, apa salahnya balun aje "rezeki" depan mata? Betul tak? Apa lagi nak ditakutkan? Gadis dah rela. Anda pulak horny 18 jam sehari.

Apa salahnya?
Dah dia rela.

Kalau kau cuba fikir balik, banyak gila benda yang kita hadapi hari-hari, status dia "apa salahnya?" Seperti hulur duit kopi dekat polis yang nak saman kau, tengok porno, pegang tangan awek yang merelakan, onani kerana terlalu horny selepas membaca majalah Mangga dan bermacam2 lagilah benda2 yang manusia relakan, sebab by human right, benda tu tak salah, kan?

Apa salahnya kau gi disko? Tak salah. Undang2 tak salah. Aku boleh gi disko. Kau pun boleh gi disko. Undang2 hanya akan tangkap kau kalau kau makan pil atau kau minum arak (kalau kau Islam) jadi apa salahnya?

Jadi, apa sebenarnya yang kekang kita daripada buat benda2 camni?Agama. Kita takut nak take advantage of any situation yang menguntungkan kita. Perasaan takut tu datang dari mana? Agama.

Kau cuba bayangkan, kalau kau seorang Atheist, apa yang halang kau daripada cuba try dan balun mana2 awek Melayu yang kau nampak? Apa salahnya kan? Kau tak perlu risau pasal syurga neraka, kau tak perlu takut dengan Malaikat pencatit amalan kiri kanan dan kau tak perlu risau pasal Tuhan. Kalau kita tak ada agama, satu2 nya elemen yang kawal hidup kita adalah morality kita dan berdasarkan kepada morality, mutual sex antara dua orang lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dibolehkan.

Betul kan? Dah dua2 setuju.

Jadi, cuba kita tengok cara hidup kita sekarang ni, nilaikan sendiri, adakah kau bersyukur dengan agama kau atau kau hanya anggap agama ni adalah sesuatu yang menakutkan kau, menghalang kau dari buat itu ini? Jika kau bersyukur kau ada agama, kau memang bagus. Jika kau anggap agama ni macam rantai yang ganggu kau sebab kau tak dapat nak buat itu ini, kau juga bagus.

Sebab kedua-duanya betul.
Ikhlas atau tidak bukan problemnya.

Masalah orang kita, kita suka letakkan syarat, "kalau nak amal agama kena ikhlas." Sebab tu kita boleh dengar ayat "buat apa bertudung kalau aku tak ikhlas" atau "buat apa solat kalau sekadar terpaksa buat?"

Tengok betul2, adakah kita ada choice nak bertudung? Adakah kita ada choice nak solat atau tidak? Mana ada. Kita mana ada choice! Sebab Islam itu cara hidup dan itu adalah perkara2 yang diwajibkan oleh Islam. Jadi kenapa mahu berkompromi?

Semua benda yang kita buat di dunia ni kau boleh kaitkan dengan agama. SEMUA BENDA. Minum air? Elok duduk, kalau berdiri, elok luahkan balik air tu. Makan? Baca doa dulu! Kahwin? Kena cukup 4 syarat sah nikah. Baca buku? Baca Bismillah dulu. Semua benda baik yang kita buat ada kaitan dengan agama. Semua benda tak baik yang kita nak buat, kalau hati kita tak cukup nak lawan, kekangan dia akan datang dari agama.

Kalau kau tak ada agama, semua benda dekat dunia ni halal bagi kau, as long as benda tu tak menyalahi undang-undang. Betul?

Oleh sebab itu, aku cukup pelik, kenapa orang kita ramai benar perjuangkan sebuah parti yang setuju politik dan agama perlu diasingkan? Adakah orang2 yang sokong perjuangan parti tu orang2 yang tak kisah pasal halal haram hidup dia? Sebab itu kot mereka puja seorang bapak yang biarkan anak dia jadi pemegang saham syarikat arak padahal kalau ikut agama....benda tu dah salah. Sebagai seorang bapak, nak pulak dia menasihati orang parti mana nak dipilih...tapi anak sendiri, huh?

"Apa salahnya anak dia ada saham dalam syarikat arak?" tanya kau. "Bukannya mati pun, dah la menjana ekonomi orang Melayu. Orang Melayu jugak nanti yang kaya..apa salahnya anak dia buat camtu?"

Walaupun aku pervert tapi aku still percaya ada benda yang takleh aku buat sebab aku hormat agama aku. Ilmu aku seciput aje, tapi amat bahaya kalau kita terus membiarkan sebuah kerajaan yang masih lagi mengasingkan agama dengan politik. Kalau itu berterusan, kau cuba lihat masyarakat kita sekarang. Pakai seksi kita tegur, diorang hujah balik. Buat adegan seks, kita tegur, diorang lawan balik. Kadangkala, pemberian rasuah pun ada yang try nak justify, seperti contoh bila kau nak kena saman."Asalkan tak kena bayar ratus2 bro!"

Masyarakat kita takde prinsip. Kita takde pegangan. Semua benda dibolehkan asal hidup kita jadi mudah, senang dan ada untung. Sedar tak sedar, itu sebenarnya kesan pengasingan agama dengan politik. Mungkin kau tak peduli pasal politik...tapi sedarlah....politik ni la yang mencorakkan masyarakat jadi macam mana.

Pendirian aku senang aje, kita hidup takde agama, kita tak ada halal haram. Agama dan politik sama juga, kalau dipisahkan, semua benda "apa salahnya?" boleh dibuat. Tak nak aku pilih pemimpin yang pisahkan cara kerja dia dengan agama dia sendiri.

April 22, 2013

Budak-Budak Solat Nak Buat Apa? Bukannya Wajib Pun!

Siapa sini anak dia sekolah petang? Ada ke? Kalau ada, cuba tanya anak kau, bila dia solat Zohor dengan solat Asar? Kalau anak kau jawab tak solat la....ada sesuatu yang tidak betul dengan kau.

Cuba tengok betul2 jadual persekolahan kita, cuba fikirkan bila budak sekolah rendah nak solat? Waktu rehat aje la tinggal. Zohor tak sempat melainkan zohor masuk betul2 awal. Asar petang benar lepas waktu rehat. Mengakibatkan budak2 terpaksa guna waktu rehat untuk solat.

Mungkin kita ambik benda ni macam tak penting, sebab budak2 sekolah.."apa sangat la solat.Budak2 lagi. Lagipun kalau bagi diorang masa solat, berapa orang la yang pegi solat...mesti lebih ramai yang main guli." Itu mentaliti kita Melayu ni...IC dicop Islam.

Apa yang kau boleh tengok sekarang ni adalah budaya budak2 sekolah rendah yang kelam kabut makan waktu rehat...kemudian gelabah pegi solat dan akhirnya lambat masuk balik kelas sebab solat punya pasal. Mengakibatkan dia ada terlepas kelas.

Mungkin pada kau benda ni kecik; tapi kenapa agama suruh mak bapak paksa budak umur 8 tahun ke atas solat? Kenapa sistem sekolah kita tak mampu nak terap benda tu? Even cikgu2 pun kadang2 terpaksa kelam kabut solat sebab waktu sekolah petang ni agak tak sesuai aturannya.

Mentaliti kita jadi tak kisah sangat pasal benda ni sebab dah budaya kita camtu. Kita accept budak2 takyah solat. Kalau diorang solat pun diorang solat main2. Gelak-gelak sambil cuit-cuit. Tapi tak ke kau rasa benda tu salah? Bukan ke sepatutnya kita mula galakkan budak2 sekolah solat dari sarjah satu, darjah dua ni?

Macam mana nak solat kalau waktu nak solat pun tak berapa ada.

Akhirnya, kita jadi la macam sekarang. Budak2 sekolah rendah takde rasa langsung tekanan nak solat sebab suasana dah bentuk kita camtu. Yang lebih teruk lagi, akan ada budak2 yang anggap solat tu menyusahkan dia sebab dia nak rehat dan dia nak main dengan kawan-kawan.

Dalam Islam, umur 1-7 tahun adalah waktu di mana kau kena didik anak dengan kasih sayang. Start umur dia 8 tahun, dia kena didisiplinkan. Macam mana kita nak terapkan budaya suka bersolat kalau budak2 sendiri terpaksa pilih nak solat atau nak rehat?

"Benda kecik aje ni, kan? Budak2 nak solat...alah..cincai2 dah la.Takyah la rombak sistem persekolahan. Menyusahkan aje, bukannya penting pun... " Itulah dia mentaliti kita.Aku harap Menteri Pendidikan baru lepas ni cuba masukkan unsur2 "galak budak 8 ke atas solat" ke dalam jadual persekolahan kita, dapat sparekan masa sikit dan wujudkan giliran Ustaz2 kena jadi Imam....sekolah petang budak2 bukan ramai pun.

Apa-apa pun, benda yang paling penting sekali yang kita kena ubah, adalah mentaliti kita.

Kita perlu ubah mindset supaya kita ambil serius jika ada kanak2 yang nak solat.  Bukan dengan kutukan, bukan dengan ayat "takpe, kau kecik lagi, tak wajib solat." Apa salahnya kita galakkan dia solat? Dia main pun main la. Kalau benda hari2 dia dah buat, dia akan kekalkan benda tu hari2. Bila dah kekal hari-hari solat, percentage untuk dia jadi tak senonoh berkurangan.

Barulah relevan agama dalam IC yang tertera Islam dengan cara hidup kita.



April 19, 2013

Buruk Sangat Ke Wajah Kau Kalau Kau Tak Makeup, Kak?

Aku cukup pelik dengan satu benda. ; Kenapa perempuan perlu make up berbagai-bagai sampai rupa diorang dah jadi lain daripada wajah asal dia? Adakah sebab dia rasa ;

1. Ttak lawa jadi dia gunakan make up untuk tutup apa yang dia rasa ketidak lawaan dia?
2. Rasa wajah dia ada imperfection, jadi dia guna makeup untuk menutup jerawat contohnya?
3. Terpengaruh dengan artis2 jadi dia makeup sebab dia nak rupa ala-ala Najwa Latif?
4. Memang sengaja nak tukar-tukar wajah?
5. Memang rasa lemah dan rendah diri kerana wajah dia sedemikian. Jadi dia gunakan makeup untuk naikkan semangat dan motivasi diri dia?

Entah, aku tak tau kenapa. Tapi kalau kau fikirkan, kenapa lelaki takde makeup pulak? Adakah lelaki tidak peduli pasal wajah diorang? Tapi tolong, janganlah samakan dengan bau badan pulak ye? Bau badan datang sebab peluh. Muka kau pun berpeluh tapi aku tak pernah pulak nampak perempuan letak deodoran kat muka.

Aku rasa, perempuan yang bergantung kepada make up, untuk buat diri dia rasa cantik, adalah orang2 yang tak bersyukur dan tidak suka dengan apa yang dia ada.

"CILAKA PUNYA MANTOT! DIA BUAT LAGI! KEJAP LAGI MESTI DIA KUTUK MAK-MAK NIPS! "

Sabar.Sabar!

Kau harus sedar, aku tulis bukan untuk kutuk kau. Aku nak kau sedar yang kalau kau rasa diri kau tak cantik dan kau rasa low sebab itu....kau sebenarnya tak sayang dengan pemberian Tuhan. Dan ciptaan manusia yang paling sempurna adalah manusia. Ciptaan manusia yang sempurna dan cantik?

Perempuan.

Hawa dijadikan supaya Adam suka dan tertarik dengan Hawa. Hawa pakai Revlon ke? Hawa ada pakai Beauty Umaira ke? Mana ada! Naturally, perempuan takyah makeup pun lelaki dah suka! Adakah kau lahir-lahir aje ada make up kat wajah kau? Mana ada. Takde pun dalam Quran kata "Makeup lah, kerana makeup itu perlu untuk menaikkan seri wajah mu wanita dan Allah suka akan wanita yang mengenakan bahan kimia di wajahnya."

Itu semua bullshit marketing aje.

Kenapa kau perlu make up bermacam-macam? Cuba terangkan dekat aku apa yang kau tak suka sangat dengan wajah kau sampai kau makeup untuk tutup wajah natural kau? Sama jugak macam orang yang nak kahwin....makeup punya la tebal sampai muka dah nampak macam orang lain, habis semua orang puji kau "hui..cantik la kau hari ni Zah. Nampak macam orang bunian!"

Melambung-lambung lah jiwa kau hari tu sebab semua orang puji kau lawa.

Tapi mana pegi semua orang tukang puji tu bila wajah kau tak makeup? Yang pelik, kenapa sehari tu aje diorang puji kau? Hari lain kau tak lawa ke? Tak ke sedih kalau kau fikirkan.

Buruk benar ke wajah natural yang Allah kasi kat kau?

Makeup hanyalah temporary. Psikologinya diorang buat kau nak pakai makeup sebab diorang nak kau rasa lawa. Tapi kalau fikir-fikir, sebenarnya diorang buat kau pakai makeup sebab diorang nak kau beli makeup. Kau bukannya jadi lagi cantik lepas makeup pun tapi sebab masyarakat dunia sekarang ni "kalau makeup baru cantik" jadi ramailah yang terikut-ikut.

Kau pakailah apa-apa pun, sebenarnya, wajah kau still sama kan? Jadi, kenapa malu dengan wajah sendiri?
Aku prefer orang perempuan tak makeup. Aku suka wajah natural. Kalau kau dijadikan antara jodoh-jodoh aku pun, aku prefer kau tunjuk kat aku wajah sebenar kau. Bukannya wajah yang kena ada Maybelline atau Simplysiti baru nampak berseri.

Gejala suami berat balik rumah sendiri, sebab rasa isteri orang lain lagi lawa sangat berleluasa di negara kita. Mengikut kajian, 70% suami lebih suka tengok bini orang berbanding bini sendiri. Tapi nak buat macam mana, dah semua perempuan gemar sangat bermakeup lawa-lawa bila keluar. (fakta ini datang dari seorang Ustaz kat TV)

Kau sendiri tau apa fitrah manusia, laki suka perempuan hot, perempuan suka kelihatan hot. Tapi, kenapa seolah-olah wujud kontradiksi dalam fitrah dan ajaran dalam Islam? Maksud aku; fitrah manusia, lelaki suka tengok benda cantik dan perempuan suka jadi cantik, kan? Tapi....kenapa lelaki tak boleh tengok perempuan cantik yang bukan mahram dan kenapa isteri tak boleh berhias untuk orang lain?

Apa sebab camtu?

Sebab Allah berharap Dia jadikan manusia camtu supaya lelaki suka tengok isteri sendiri  dan perempuan suka berhias untuk suami. Itu rahsia fitrah kita. Tapi orang kita sekarang kita langgar ajaran, suami suka tengok bini orang, isteri hanya berhias bila keluar rumah. Tengok bini orang..."Humm..MILF....." sambil air liur meleleh. Balik rumah horny layan bini ajak "making love" padahal dalam kepala terbayang bini orang atau penyanyi K-Pop.

Jadi, kepada lelaki, galakkan isteri kau tak makeup. Dah la save duit. Lagipun, aku selalu wondering adakah wajah perempuan cepat tua berbanding lelaki sebab terlalu banyak chemical yang diletak kat muka masa muda? Senatural macam mana pun claim sesebuah produk kecantikan, wajah yang lebih natural  adalah wajah kau tak pakai makeup. Itu natural.

Kalau nak makeup jugak, makeup dalam rumah. Keluar rumah, takyah makeup. Pakai bedak sikit-sikit dah. Kalau isteri nak makeup jugak, kau cakap dengan dia, "kalau awak makeup membuatkan ada lelaki lain tengok awak, saya rasa tidak fairlah kalau saya tidak sama menikmati isteri orang lain."

Kalau kau adalah wanita yang memerlukan makeup untuk rasa diri anda cantik, stop. Anda tidak perlu. Itu semua adalah kesan daripada marketing dan tekanan masyarakat kepada wanita yang beratus2 tahun dah diajar, untuk wanita jadi cantik, mereka perlu bersolek.

Sebab itu aku pelik, punya la banyak gerakan mempertahankan wanita ni, tapi tak ada pun yang aku tau ajak wanita supaya be all natural. Semangat wanita? Ramai. Girl power? Ramai. Hak wanita dalam kerajaan? Ramai.

Tapi sehingga sekarang, semua wanita masih lagi diajar, kalau tak pakai makeup, "tak lawa lah kau, tak cantik lah kau, tak menarik lah kau." Untuk siapa sebenarnya? Untuk wanita itu sendiri? Atau untuk kepentingan syarikat peralatan makeup?

Kalau kau percaya agama kita sempurna dan kau adalah makhluk ciptaan yang sempurna, lose the makeup. Carik suami yang sayang kau bila kau tidak makeup.Dan carik suami yang kau rasa berbaloi untuk kau jaga diri cantik untuk dia. Janganlah jadi penagih. Kalau kau keluar rumah dan kau rasa tak sah tak makeup, itu maknanya kau dah addict nak makeup.

Lelaki ramai addict hisap rokok. Sia-sia kan merokok ni pada kau? Tapi perokok cuba justify yang merokok give him the satisfaction yang benda lain takleh bagi. Makeup? Apa kau dapat dengan makeup? Beritahu aku.

Mulakan hari ni. Keluar rumah tanpa makeup.

Kemudian ingatkan diri anda, lelaki juga ada masalah yang sama. Kami dipressure untuk accept yang zakar yang lebih besar adalah zakar yang dimahukan perempuan. Siapa zakar kecik, tak power. Berapa banyak iklan makeup dalam TV? Sangat banyak. Berapa banyak iklan besarkan zakar kau boleh nampak dalam TV? Tak ada. Tapi dalam majalah banyak gak.. Cuba kalau ubat dan alat besarkan zakar boleh keluar dalam TV, kau bayangkanla betapa tertekannya lelaki2 ni.

Aku rasa iklannya lebih kurang camni, kau bayangkan Fahrin Ahmad sambil ada model pempuan peluk dia kononnya bini dia...."Selepas menggunakan Abang Power dan mengalami kenaikan sebanyak 3 inci panjang dan 2 inci lebar, isteri saya sentiasa melekat dengan saya. Sehinggakan hendak ke pejabat pun susah! Gunakanlah Abang Power!"

Kalau aku tengok iklan camtu pun aku rasa rendah diri dan nak mencuba. Padahal aku punya ok aje sebenarnya, kan? Itulah situasi perempuan Melayu hadapi sekarang. Bukak TV iklan kata kau tak lawa sebab kau tak pakai produk kecantikan. Inilah mentaliti yang dicipta supaya kita terus teringat mengenai "kekurangan" diri kita.

Tapi Islam dah ajar kita, kita tak perlu pun rasa rendah diri.
Itu semua anugerah, kan? Buat apa kejar lawa sintetik?

April 18, 2013

Rata-Rata 90% Pembaca Tegar Harian Metro Adalah Penyokong UMNO



Aku duduk dalam negara di mana Emma Maembong tak pernah ambik SPM
adalah material untuk muka depan akhbar.

Kelakar, kan?

April 17, 2013

Food Review : KFC North Korean Spicy Chicken

Apa kena dengan KFC ni?

Aku boleh pejam sebelah mata kalau diorang try ambik kesempatan nak bergantung dengan populariti K-Pop dan bahana demam PSY yang melanda Malaysia tempohari, membuatkan KFC joining the bandwagon introduce ayam Korean ni. Tapi, jangan menipu. Dalam gambar, punyalah luas liputan sos atas ayam tu. Sekali dapat? Mak aih. Cover seciput je.

Pada aku, ayam tu sedap dah . Aku suka sos yang dia letak tu. Mulut aku suka benda manis ni. Tapi, bila kena top up dua posen seketul untuk dapat seciput aje sos atas ayam hot n spicy biasa, baik takyah re-branding balik ayam Hot n Spicy tu. Ini macam hal assed effort KFC yang hanya nak create gimik untuk tarik pelanggan. Semua benda baru yang KFC introduce, macam Tangy Zinger tu pun macam benda main-main.

"Oh, ini ayam ada sos Korean, kita up 20 sen. Ini burger ada sos cheezy, kita upkan harga 50 sen."

Untuk orang macam aku yang berkira, 20 sen seketul untuk sedikit sos adalah harga yang aku tak nak bayar. Tapi aku takleh nak order ayam hot n spicy biasa sementara ni sebab ada dua aje choice, original dan "Korean" spicy.

Apa yang Korean-nya? Mana satu Korean-nya? Korean ada dua. Dengan tambahan 20 sen tu, aku rasa menu ni lebih ke arah "North Korean Spicy."



Gambaran Ayam Untuk Rujukan. Nasik, petola dan pucuk ubi tidak termasuk dalam hidangan.

Tapi, dengan nada serius...

KFC perlu mencipta menu yang mampu kekal lama bukannya seperti KFC Golden Chicken Wrap sebelum ni yang kosnya mahal pada pembeli dan tak berbaloi. Produk macam Krushers yang aku suka dah tak ada pulak, agak affordable tapi mungkin kos dekat KFC untuk maintain machine besar kot atau mungkin aku aje yang suka Krushers ni sebab aku tak pernah tengok orang order. Banyak aku minum Krushers blueberry dulu.

Berbalik kepada kisah ayam "North Korean Spicy" ni, pada aku, tak berbaloi. Jika aku seorang consumer, Rm15.80 (tidak termasuk tax) untuk 3 ketul ayam Korean hot n spicy, corn salad dan wedges beserta air gas ni tak berbaloi. Lebih baik aku beli dinner plate biasa takde air. Masalahnya , menu KFC seminggu dua ni dah bercanggah.

Aku takleh nak order Dinner plate dengan ayam Hot n Spicy biasa sebab ayam tu ditiadakan dulu. Jadi aku terpaksa top up 60 sen kalau aku order Dinner Plate. Forcing a customer to pick a sub par product is a good way to make your business go down under.

Aku tak nampak mana valuenya sos seciput harga 60 sen.melainkan sos tu cover seluruh ayam....itu terbaik. Aku bungkus bawak balik ayam ni dengan harapan agar makan sambil nampak Yoona, tapi aku nampak Kim Jong Il sedang ketawa.

April 16, 2013

Kenapa Kau Masih Berdoa Walaupun Satu Pun Kau Tak Pernah Dapat?

Minggu lepas, buat pertama kalinya, rekod komen paling teruk yang aku dapat telah dipecahkan oleh seorang Anon. Aku tak tau siapa sebab dah namanya Anon. Tapi komennya macam ni;

"Selama-lama hari-hari puluhan tahun menangis dan meminta bercucuran airmata. Airmata siapakah itu ? Nik Aziz.... airmata siapa lagi? Hadi Awang...... lagi.. Dr Harun Din. Kamu semua solat tahajjud setiap malam mengigil-gigil dan menangis tatkala berdoa. Puluhan tahun kamu lakukan tapi aku hairan kenapa Allah Tuhanku tidak sayang sama kamu"

Yang best..dia ada penyokong;

aku suka puisi anon ni..tapi weh!! sapa kata Tuhanku tak sayang mereka.. kerana sayanglah permohonan dlm solat hajat mereka ditunaikan Allah..berapa byk solat hajat mereka? berapa bayak doa pecah perut mereka? beerapa banyk doa hancurkan Tun M? berapa banyak doa hancurkan bn dan pemimpin2nya mereka buat?sumpah laknat saiful? tapi bila sikit demi sikit tuhan tunjuk kebenaran hati mereka buta untuk terima semuanya.. hati mereka hitam busuk! yang di doakan sihat, selamat sejahtera.. yang mendoa makin terdesak..makin busuk lagi hancing!

Aku tergelak besar masa baca komen tu dan aku merasakan aku bertanggungjawab menjawab balik kepada komen yang aku isytiharkan " respon paling teruk dari pembaca yang aku pernah dapat." Jika kau adalah orang yang tulis komen tu, posting hari ini adalah untuk kau. Aku try jawab soalan kau tapi aku tak pandai sangat bab agama ni, tapi aku rasa aku boleh jawab persoalan kau.Kalau kau sybertrooper yang dibayar oleh pihak2 tertentu, aku nasihatkan kau gi carik kerja lain yang lebih mulia. Buruh kasar Indonesia pun rezeki dia jauh lebih baik berbanding kau, bro.

Aku ulang balik dan tegaskan, aku tak pandai bab2 agama ni tapi sebab agama aku Islam, aku try. Kalau aku salah, betulkan aku sebab aku rasa kalau suruh si Anon ni gi carik Ustaz (macam kebanyakan orang selalu buat) aku tak membantu langsung sebenarnya.

.............

Kenapa Allah jadikan BN kerajaan Malaysia? Kenapa Allah tak makbulkan doa Nik Aziz dan orang2 yang solat hajat dekat stadium ramai2? Kenapa Allah tak jadikan parti PAS sebagai pemerintah walaupun diroang yang berkobar-kobar nak mempertahankan agama?

Aku tanya kau balik ;

Kenapa Brad Pitt lebih banyak duit dari aku, dapat layan Angelina Jolie tiap-tiap malam, sebelum-sebelum  tu layan Jennifer Aniston, kereta lagi mewah, rumah lagi besar dan kebanyakan perempuan generasi aku tergilakan dia lepas tengok aksi dia menjinakkan kuda dalam "Legends of the Fall". Dah la sah-sah Brad Pitt hensem sikit aje dari aku. Mungkin bulu mata aku lagi lentik sikit berbanding dia.

Adakah kerana aku bandingkan diri aku dengan Brad Pitt, perlu aku stop berdoa mintak Allah murahkan rezeki aku hanya semata-mata sebab sebab Dia jadikan Brad Pitt ada segalanya? Perlu ke aku rasa Brad Pitt adalah pilihan Tuhan berbanding aku? Tak. Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Lagipun, Brad Pitt bukan Islam.(masa depan kita tak tau)

"Tapi, kenapa doa orang PAS solat hajat ramai2 tak dimakbulkan?" tanya kau.

Cuba kau doa mintak gaji kau naik. Ada ke kau terus dapat kenaikan gaji secara tiba-tiba? Mana ada. Semua benda kena usaha dulu. Kau kena jaga performance, kau kena rajin, maintain level kerja, effisien dalam kerja, Insya Allah akan datang la kenaikan gaji kau. Jadi teori tu sama la dengan apa yang orang PAS buat, solat hajat tu adalah satu cara untuk diorang luahkan permintaan diorang dengan Allah.  Walau bagaimanapun, kalau berdoa menangis macam mana pun tak usahakan, tak dapat la jugak.

Setiap doa kena ada usaha. Kau doa dilindungi Allah tapi kau bawak motor tak pakai helmet pun takde guna jugak kan?

"Jadi, Tot, adakah kau ingin mengatakan Tuhan lebih menyayangi Barisan Nasional?"

Aku tak tau. Ini tak ada manusia boleh jawab. Tapi pada aku, kita takleh ambik benda tu direct camtu aje. Anggapkan jugak seperti "Kenapa Allah jadikan orang Kafir kuasa besar dunia sekarang? Adakah Allah tak sayangkan orang Islam? Adakah Allah tak nak dunia ni penuh dengan orang Islam?"

Suruhan Allah SWT adalah menegakkan Islam, meramaikan umat Muhammad. Allah nak satu dunia kita penuh umat Islam. Allah nak Brad Pitt jadi Brad Pitt bin Abdullah dan Angelina Jolie jadi Angelina Julia binti Abdullah. Kita perlu tegakkan agama Dia kat bumi ni. Tapi kalau Dia bantu kita jadikan automatik semua orang Islam dan semua manusia alim dan baik, macam mana dia nak nilai kita?

Buat apa kau ambik exam kalau kau dah tau kau akan lulus cemerlang secara automatik?
Dunia ni exam kita. Kita dibagi kuasa, kita dinilai. Kita tak diberi kuasa pun, kita dinilai.

kita kat dunia bukan untuk hidup senang semata-mata. Kita orang Islam sebenarnya ada kat dunia ni untuk hidup dan menghadapi ujian. Kalau dapat hidup senang, itu bonus. Tapi kita juga dah diajar, kalau kita dapat sikit kita terima. Kita syukur. Tapi bukan syukur dengan BN, jadi segala ayat yang Bn guna untuk kempen seperti "mesti syukur dengan nikmat kerajaan" tu salah, pada aku. Dah dekat dengan nak jadi Tuhan.

Kalau kau tengok balik nilai2 Islam ni, makin kaya kita, sepatutnya makin syukur, makin rajin solat dan doa serta makin rendah diri la. Bagaimanapun, sedihnya, realiti orang Melayu makin kaya dia jadi makin sombong, makin bongkak dan makin takbur.

Tak percaya?

Cuba fikir balik apa kau rasa kalau kau ada terdengar kisah seorang Melayu kaya tapi dia rajin berderma, rajin solat dan tidak menunjuk-nunjuk, malahan kereta Proton aje dia pakai? Berpusu-pusu lah orang Melayu share pasal kisah ni dekat Facebook sebab ramai yang kagum dengan kisah dia dan nak share sebagai renungan bersama.

Kau jadi kagum dengan dia kan? Takyah tipu. Kau kagum, sebab kau rasa walaupun kau tau dia kaya, dia still kekal sifat baik dia. Persoalannya, kenapa kita kagum?

Sebab kes tu rare, ganjil.

Tak nampak apa masalahnya di situ? Kita kurang contoh yang baik sebab itu bila ada seorang dua yang rendah diri dan menepati ciri2 Islam, kita sangat gembira. Sama seperti orang yang angkut tray lepas makan kat KFC, pelik tak tengok? Sifat baik sangat jauh dengan kita sebenarnya walaupun kerajaan claim kita ni "friendliest country in the world with a diverse and multi cultural people."

Jadi, untuk menjawab persoalan adakah Barisan Nasional lebih diberkati berbanding parti Pembangkang yang setiap bulan solat hajat tapi tak pernah dimakbulkan Tuhan...aku cuba jawab sebaik mungkin di bawah ini;

Dalam agama kita, kita diajar meminta pertolongan daripada Dia dan kita dah diajar untuk buat solat hajat, solat istikharah dan berdoa setiap hari supaya Allah dengar permintaan kita. Soal Allah makbulkan atau tidak doa, itu terpulang kepada Dia. Dia yang aturkan hidup kita ni. Even doa Nabi pun pernah ditolak Allah SWT.

Jadi, sebagai seorang Melayu Islam yang diletakkan di dunia untuk menghadapi godaan dan dugaan, aku selalu nampak dua benda yang sangat obvious.

Di satu pihak, mereka suka anjur konsert hiburan dan festival belia di mana laki perempuan bercampur, artis Korea datang dan ajak orang Melayu terkinja-kinja macam beruk mat yeh, ramai2 menyanyi lagu IM4U sambil bergoyang2 buah dada. Mereka ni kaya, banyak duit dan pegang kuasa. Selalu puji diri sendiri dalam TV. Masih lagi membenarkan majalah Mangga diterbitkan untuk menjana pemikiran kritis masyarakat dan membangunkan akhlak orang ramai.

Lagi satu pihak selalu anjur solat hajat tapi tak pernah dapat permintaan mereka. Kadang2 anjurkan konsert hiburan, ada la Ito Blues Gang nyanyi sikit atau A.Samad Said baca sajak. SAPA NAK TENGOK? BELIA MANA SUKA! BELIA MAHU PSY WALAUPUN TAU SATU AJE LAGU DIA SEBENARNYA! Diorang ni jugak selalu doakan supaya dapat bertukar kerajaan tapi dah berapa tahun doa tak makbul-mabul jugak. Duit tak ada jadi selalu kena kutip derma.

Lihat dua pihak tu baik-baik. Itu perpecahan Melayu sekarang ni. Kau rasa, aku berat sebelah ke tulis camtu? Salah ke cara aku terangkan Barisan Nasional atas tu? Kalau salah dan tak tepat, tolong betulkan manalah tau ada yang tak betul kalau ada yang tak setuju?

Tak ada. Ok, bagus. Apa dia doa Rasulullah yang tidak dimakbulkan?

Rasulullah minta semua umat Islam bersatu dan tidak akan berperang antara satu sama lain. Allah SWT tolak doa tu. Kita akan berpecah. Kita akan bertelagah.Aku tak ada masalah langsung nak bertelagah pasal politik kalau point dua2 side betul.

Satu side cadangkan pelajar sekolah punya baju kurung kena tukar biru gelap sebab baju kurung putih see through bila berpeluh. Tapi satu side lagi bangkang dan cadangkan supaya baju kurung warna hijau lebih sesuai sebab Nabi suka warna hijau. Tapi kerajaan counter balik; warna biru gelap sesuai sebab nampak kemas dan  kain biru gelap mudah didapati. Ini baru contoh kerajaan terbaik! Aku nak undi pun susah sebab dua2 perjuang benda yang betul. (walaupun contoh aku remeh tapi ko paham la kot)

Orang Melayu balik2 modal dia seks,cina dan duit.
Repeat dan rewind. Sekali sekala selitkan Kristian.

Untuk doa jadi makbul, kita kena usaha. Allah takkan bagi umat Islam sesuatu nikmat tanpa ada dugaan dia terlebih dahulu. Jadi, solat hajat adalah satu bentuk usaha. Meminta rakyat undi dengan bantuan duit atau konsert yang melalaikan belia sambil puji diri sendiri bukan cara usaha betul pada aku.

Allah tidak memakbulkan doa bukan bererti Allah tidak sayang.
Allah sebenarnya suka kita doa, jadi Dia nak suruh yang berdoa tu doa lebih kuat lagi.

"Kalau dah dapat jadi kerajaan sampai terlupa nak ajak orang ramai solat hajat kang macam mana, nanti diorang jadi sama aje macam BN ni?" tanya kau.

Kalau kau dah sedar yang kerajaan sekarang tak menjurus ke arah agama, malah menyimpang jauh kadang2, kenapa perlu takut nak ubah dia? Sebab tak terjamin? Pakatan Rakyat tak terbukti boleh memerintah? Takde guarantee Malaysia takkan bankrap dan kucar-kacir? Takut Cina naik?

Tak sangka pulak aku ada orang dalam Barisan Nasional yang mampu tengok masa depan.
Hebat2 belaka.

April 15, 2013

Manusia Bertopengkan Kuda Zebra dan Harakah Sebagai Ice Breaker


Satu benda yang orang duduk bandar kena terima adalah, macam mana hebatnya pengiklanan yang mengatakan produk di pasaraya sangat lah fresh, kau pegi jalan kat pasar tani kampung, barulah kau sedar orang bandar ni sebenarnya makan makanan yang dah lama.

Aku agak jeles tengok orang2 yang duduk pekan2 kecik ni mampu beli barang yang jauh lagi berkualiti berbanding orang2 yang beli barang dekat pasaraya. Dah la lagi murah.

Pasaraya punya barang fresh...suck gila babi. Sayur pun layu aje. Kalau nampak fresh pun sebab baru spray air. Fresh sintetik. Ikan, ayam, daging...semua label aje "Fresh" tapi pembohong semata2. Tak ada level fresh yang lebih fresh melainkan kau tengok sendiri depan mata kau penjual ikan cekik ikan sampai mati. Itu fresh. Sadis, tapi fresh.

Jalan punya jalan, aku jumpa balik satu gerai yang bukak wakaf Quran untuk diedarkan ke seluruh Malaysia. Satu lot , RM5. Hari tu aku dah sedekah RM10 untuk dua lot. Semalam aku sedekah dua lot lagi. Aku sekarang dalam proses nak sedekah sikit-sikit sebab aku cukur dulu rambut anak aku sebelum akikah dia setahun lepas, jadi ada tuntutan agama yang galakkan kau bayar ikut nilai berat rambut anak kaudikalikan dengan harga perak. Tak wajib tapi apa salahnya, kan? Lagipun, rambut anak aku, berapa gram la sangat? Tapi benda ni tak wajib. Even akikah tu pun tak wajib.

Sambil duk baca akad dengan abang tu, dia perasan aku pegang Harakah kot. " Orang mana ni dik?" tanya dia. "Kedah bang," jawab aku.

"Tak balik ngundi?" tanya dia lagi. "Kena balik. Kedah 50-50, lagipun PRU ni penting, " jawab aku.

"Tu la. Sini ni pun Alhamdulillah la dah jadi 50-50. Kalau tak sebelum ni...." kata dia sambil geleng2 kepala, merujuk kepada masyarakat Negeri Sembilan yang agak hardcore BN dia.

"Semalam, tak gi ceramah?" tanya aku. Sabtu malam tu ada ceramah Pakatan dekat pekan Kuala Pilah. Abang tu geleng. "Saya kerja kerajaan, saya takut sikit nak pergi..." kata abang tu.

"Boleh tahan ramainya, saya pun terkejut tengok," beritahu aku. Memang ramai malam tu, aku rasa dalam 5 ribu, 6 ribu yang datang. Untuk Negeri Sembilan, itu sesuatu yang agak mengkagumkan.

"Harap-harap kali ni dapat la menang sikit, tak banyak pun tak apa dekat Negeri Sembilan ni," jelas dia. "Lepas Bersih hari tu, dah melampau sangat kerajaan ni. Dah tahap belasah orang ramai, perguna polis..adik saya kena.."

"Kena apa tu?" tanya aku.

"Dia kena belasah ramai-ramai dengan polis. Polis seret muka dia dekat bahu jalan..habis tersagat muka dia..." terang dia. Nak kata marah pun ada jugak bunyi dia tapi dia sengih aje." Saya cukup pelik kenapa diorang tak ada nombor polis dan tak pakai name tag.."

"Keluar papernya benda lain, semua salahkan orang ramai," kata aku dalam bahasa yang cuba sedaya upaya cakap nogori. "Ada saya jumpa seorang Ustaz yang kena belasah beramai2. Sempat la berborak dengan dia tanyakan cerita. Seram jugak la mendengarnya."

Tengah khusyuk cerita2, aku pusing carik wife aku. Nampak dia tengah beli peria. Banyak pulak barang yang dibawaknya.

"Bang, saya mintak diri dulu. Tu isteri saya nak angkut barang," kata aku mengundur diri. Aku  hulurkan salam lalu bangun beredar. Dalam hati aku, penjawat awam perlu jadi lebih berani, lebih lantang bersuara menyuarakan pendapat mereka. Lagipun sepatutnya, jawatan mereka bukannya dipanggil pekerja gomen...mereka di bawah sektor awam. Jadi mereka bukan government servant, mereka public servant. Penjawat awam!

Tapi orang kita gelarkan mereka ni, pekerja kerajaan. Lama kelamaan sampai ada yang ingat mereka pekerja kerajaan Barisan Nasional! Hahaha.

Bila muka seseorang kena seret dekat bahu jalan oleh polis....untuk bersangka baik, aku assume, mungkin polis cuba melakukan eksperimen; sama ada boleh atau tidak menukarkan seorang manusia menjadi seekor zebra menggunakan teknik tenyeh muka atas cat putih dan hitam yang berselang-selang.

Aku berharap dapat jumpa adik brader tu sebab aku nak tanya dia, "PRU ni nak pangkah parti mana?"

Agak-agak aku, jawapan dia camni; "BN LA BODOH! DIA NAK TUKARKAN AKU JADI ZEBRA! KITA KENA BERSYUKUR LA! TAKBIR! SYUKUR PADA BARISAN!"


April 13, 2013

Sesi Soal Jawab Politik dan Kehidupan Bersama Blogger Terkenal, Mantot (Part 1)

1. Kau mesti anti gila kerajaan sebab kau tak dapat apply kerja gomen dulu kan?

Jawapan  : Mungkin kau juga anti Anwar Ibrahim sebab kau try apply sekretariat Pakatan, tapi tak dapat. Lebih teruk lagi, lepas dengar ura2 Anwar gay dan kau approach dia, kena rejek, membuatkan kau benci Pakatan.

2. Aku tak setuju kau kata Wan Azizah mencerminkan sifat suami dia, yakni isteri cerminan suami. Nabi Noh pun isteri dia tak ikut dia dan masuk Islam bro!

Jawapan : Kau ingat kau Nabi? Yakin aje lah hadis yang mengatakan, lelaki yang baik akan dapat perempuan yang baik. Jadi, berdasarkan pandangan kau dan menggunakan hadis tersebut, aku rasa kau assume Nabi Noh adalah seorang yang tidak baik.

3. Kenapa kau tak percaya itu Anwar dalam video?

Jawapan : Kalau kau sebagai Islam, tau ada orang Islam lain nak buat maksiat dekat tempat dan masa yang kau tau, kau buat apa? Pasang hidden camera atau gi tegah dia? Aku lebih berminat nak tau...siapa yang mastermind projek2 hidden camera ni.

4. Kenapa kau suka sangat tengok Melayu berpecah belah?

Jawapan : Rasulullah dah pesan, Islam akan terpecah kepada 73 aliran di akhir zaman. Melayu berpecah ikut politik bukan satu masalah pada aku, aku tak heran. Melayu berpecah kepada yang jaga agama dan tidak peduli pasal agama, itu masalah aku dan kau semua.

5. Aku tau kau tidak percaya dengan parang terbang 13 Mei 1969! Kau takkan tak tau Allah hantar bantuan ghaib untuk tolong tentera Islam semasa perang dulu-dulu?

Jawapan : Aku percaya ada benda ghaib. Tapi aku tak percaya Allah akan tolong kita, orang Melayu Islam kalau niat kita tak betul. Masa tu, pergaduhan berlaku atas dasar bangsa. Bukan atas dasar agama. Tolong jangan samakan tentera Islam zaman Nabi dengan pejuang2 Melayu sekarang ni. Mungkin betul, mungkin tidak. Tapi....janganlah sampai percaya habis-habisan benda ni.

Lagipun, macam mana Lim Kit Siang boleh terlepas? Kata dia berak atas poster pemimpin Melayu? Blogger UMNO dan Zul Kulim claim dia dalang 13 Mei.

6. Kenapa kau anti kerajaan?

Jawapan : Dekat luar sana, maksud aku negara lain, walaupun diorang kafir, satu sen diorang curik dari duit cukai pun boleh membuatkan diorang kena pecat. Ada yang lebih bermaruah, diorang resign sendiri. Tapi kita kat sini? Bertambah kuat diorang defend. Kerajaan kita memerintah menggunakan teknik tolong member. Kalau member buat salah, kena tolong tutup.

Kerajaan BN sekarang hanya mampu buang orang ketika pencalonan PRU. Takde maruah dan rasa bangga nak mentadbir dengan ikhlas dan amanah. Amanah tu tah ke mana.

7. Apa bukti semua yang blogger UMNO ni tulis fitnah?

Ada blogger UMNO start cerita tulis Rafizi Ramli kena buang kerja sebab menyeleweng duit Petronas. Aku ada ramai kawan kerja Petronas. Benda tu semua fitnah belaka dan tuan punya badan pun dah jawab. Itu modus operandi blogger upahan UMNO ni. Reka cerita sudah cukup. Asal ada orang percaya dan kredibiliti lawan jatuh. Itu baru satu. Ada banyak lagi yang malas aku nak list down.

8. Kau percaya benar dengan Pakatan?

Tak dinafikan akan ada bad apple antara diorang. Tapi diorang is a better option pada aku sekarang. Kalau diorang jadi macam BN sekarang, aku akan berubah. Aku lalang. Tapi kalau nak jadi lalang, jadi la lalang yang berayun ke benda betul.

9. Ala Mantot, berdasarkan entry2 kau, aku tak rasa kau ni kategori beriman pun. Kalau beriman pun takat sekerat sekerat. Mana yang rasa sedap dengan nafsu kau, kau amik, mana rasa tak kena ngan nafsu kau, kau kutuk habis-habis. Cara kau kutuk pun dah menunjukkan tahap keimanan dan kesabaran kau macam mana.

Jawapan : Ya, betul. Aku cukup suka tengok perempuan menyusu di khalayak ramai sebab tu aku cukup gemar galakkan supaya ibu2 hot berhijab bonggol unta menyusu di depan aku.

10. Ikut kisah kau, senior kau ditangkap oleh warden ketika sedang meliwat. Ada berapa saksi tu? Kalau ikut syarak, dah dikira fitnah ni!

Jawapan : Apasal perlu saksi lagi kalau diorang sendiri dah mengaku tengah melakukan hubungan songsang.

11. Kenapa kau sokong benar Cina dan komunis DAP?

Jawapan : Kalau DAP itu komunisme, dah lama polis tangkap diorang. Yang aku paling pelik, kenapa kau kata kau akan sokong PAS dan PKR kalau DAP dibuang keluar tapi kau still sokong Barisan Nasional yang ahli2 nya adalah gabungan majoriti 3 parti berasaskan kaum.

12. Kalau kau jadi aku, kenapa aku perlu pangkah Pakatan?

Jawapan : Jika kau nak aktif memperjuangkan Malaysia, kau perlu pilih Pakatan. Sebab dalam sistem BN, choice kau terhad kepada bangsa kau. Kau takkan nak join MCA atau MIC kalau kau tak suka hala tuju UMNO. Samala macam orang Cina dan India, diorang tak suka Samy Vellu, apa lagi diorang mampu buat? Terhad gila. Jadi, walaupun kau tak suka, kau kena angguk jugak.

Tapi Pakatan.... aku Melayu, aku boleh masuk mana2 parti yang aku nak. Mungkin Cina dan India agak limited sikit tapi ada pilihan. Aku tak suka hala tuju PKR? Aku boleh masuk DAP.

Sistem BN sekarang membuatkan rakyat sangat bergantung dengan kepimpinan parti. Melayu nak mintak sokongan anak dapat biasiswa sebab result baik? Carik wakil rakyat UMNO. Tapi cuba bayangkan masa depan Malaysia kalau anak Melayu boleh disokong oleh pemimpin Cina dan anak India, Melayu yang endorse? Sokong 1Malaysia...tapi penghayatan tak betul dan masih bersifat perkauman apa cerita bai?

Itu baru sikit. Nanti aku sambung.



April 12, 2013

Awkward Agama : Kenapa Ramai Budak-Budak Sekarang Muka Diorang "Punchable" ?

Cikgu Zaman terus menulis di papan putih. Hatinya berang betul melihat kelakuan Azlan. Sudah berbuih mulut dinasihatinya remaja itu tapi remaja itu langsung tak endahkan tegurannya.

Azlan berdiri mencuka. Hatinya panas. Sangat panas. Sudah la semalam kekasihnya minta putus, hari ini baru aje masuk waktu kelas kedua sudah diarah berdiri atas kerusi. Ada mulut yang sedikit ketawa. Rakan-rakan dia hanya mampu tunduk. Ketua kelas mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Azlan betul-betul panas hati hari tu.

"Hoi jahanam!" Satu kelas senyap.

"Hoi lancau!" Cikgu Zaman berhenti menulis. Dia berpaling ke belakang. Dia kenal suara siapa itu. Azlan. Kawan-kawannya cuba menenangkan Azlan yang sudah memburai kemarahannya. "Pukimak punya cikgu.." cakap Azlan perlahan. Cikgu Zaman berpusing memandang Azlan.

"Kenapa ni Lan? Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya?" tanya Cikgu Zaman tegas.

"Kalau kau tak bagi aku turun, aku rogol bini kau.." jerit Azlan. "Ya Allah, apa ni Lan?" Haris, ketua kelas cuba menenangkan keadaan.

"Woi bapok, kau pegi mampos. Kaki jilat bontot aje kau ni," Azlan turun dari kerusi. Wajahnya merah saga. Cikgu Zaman melangkah mendekati Azlan. "Kau ingat aku tak tau rahsia kau?" bisik Azlan.

"Rahsia apa ni Lan? Apa awak merepek ni?" tanya Cikgu Zaman terpinga-pinga.

"Kau ingat aku tak tau apa kau buat setiap hari?" jawab Azlan sambil sengih. "Kimak punya manusia...dia sendiri tak betul nak nasihatkan aku."

Cikgu Zaman terkejut mendegar ayat Azlan. "Apa awak cakap ni Lan?" tanya Cikgu Zaman. "Gelabah ke bang?" Azlan sengih. Sudah lama dia menunggu saat ni. Saat dia mencapai kebebasan sebenar.

"Lan...kau bior betol bro? Kan kita dah janji hari tu? Nak dekat SPM dah ni..." pinta kawan-kawannya. Azlan penuh dengan emosi. Nasihat langsung tak didengarinya. "Cikgu..boleh cikgu ikut saya sekejap?" minta Azlan kepada cikgunya sendiri. Cikgu Zaman terpinga-pinga. Mereka keluar sebentar, satu kelas meluru keluar melihat mereka. Cikgu Zaman dan Azlan berjalan seiringan ke satu jarak yang agak jauh dari kelas mereka. Beberapa saat kemudian, mereka hilang dari pandangan. Kedengaran bunyi orang menjerit.

Habis semua kelas meluru keluar apabila kedengaran suara kuat menjerit sakit. Ramai yang nampak Azlan terbaring. Seolah-olah ditumbuk oleh Cikgunya sendiri.

"Cikgu dah gila ke?" tanya Azlan. Cikgu Zaman tunduk lalu mencekak kolar baju Azlan. Mahu saja dihumban budak itu supaya kepalanya terhentak di simen. Wajahnya bengis tidak simpati. Diayun tangannya dan bertubi-tubi wajah Azlan dilanyak oleh buku limanya.

"Cikgu, sudah cikgu, bawak mengucap!" jerit beberapa orang cikgu lain yang berlari ke tempat kejadian. Pengetua, Cikgu Basir hadir. Wajahnya sugul melihat Cikgu Zaman meradang. Darah merah mengalir membasahi baju putih Azlan."Ya Allah,Man. Kenapa ni Man?" Cikgu-cikgu lain membuat sekatan supaya tidak ada orang lain masuk campur. Cikgu Basir melangkah ke depan mendekati mereka berdua.

Cikgu Zaman tunduk sayu. Di atas rumput ada sebuah telefon pintar. Pengetua mengutip telefon tersebut. Ditekan butang ditelefon dan kelihatan gambar seorang perempuan tidak berpakaian mengangkangkan kaki. "Ya Allah!" Cepat-cepat Cikgu Basir memalingkan mata. "Kenapa awak bawak gambar lucah dekat sekolah ni? Dah la gambar lucah orang Melayu? Tak malu ke?" Tanya Cikgu Basir kepada Azlan senyap-senyap. Tidak mahu orang lain dengar.

"Itu gambar anak saya cikgu.." Cikgu Zaman menggeletar pabila menyebutnya pada telinga Cikgu Basir. Cikgu Basir menepuk dahi.

"Dah puas kau tumbuk aku Cikgu? Hahaha.Anak sendiri bohsia pun tak tau!" Azlan bangun dari jatuh. Semua rahsia kau aku dah tau la bodoh! Bapak bodoh, perangai macam anak haram! Anak pulak bohsia...sesuai sangat la tu." Cikgu Zaman hanya mampu menggeletar menahan sedih bercampur marah. Mahu dipancung kepala si Azlan pada ketika itu tetapi perasaan kecewa melihat anaknya sedemikian rupa membuatkan dirinya hanya mampu kaku di situ.

Cikgu disiplin hadir sambil berlari-lari anak. "Cikgu Ahmad, tak apa. Ini kes pelajar dengan guru. Biar saya selesaikan," jawab Cikgu Basir kepada guru disiplin. Beliau mengangguk tanda setuju. "Mari kita ke bilik saya," ajak Cikgu Basir kepada Cikgu Zaman dan Azlan.

Pelajar-pelajar mula tertanya-tanya apa yang terjadi. Rakan-rakan Azlan hanya mampu mengeluh kerana sedar walaupun apa yang Azlan lakukan adalah keterlaluan, Cikgu Zaman mungkin akan dikenakan tindakan disiplin. Mungkin juga mereka bakal hilang khimdat guru untuk menghadapi SPM yang tak lama lagi.

Sejuk udara di bilik Cikgu Basir. Biliknya dipenuhi dengan poster-poster motivasi diri dan sijil-sijil yang pernah diterimanya sepanjang kariernya. "Saya rasa awak bertindak keterlaluan.." jelas Cikgu Basir. Azlan tunduk. Wajahnya langsung tidak ada rasa kecewa walaupun Cikgu Zaman sedang teresak-esak di sebelahnya.

"Saya terpaksa laporkan apa yang terjadi ni ke pihak polis. Azlan, apa yang terjadi antara awak dengan anak Cikgu Zaman itu antara awak dengan pihak polis nanti,tapi apa yang terjadi tadi, saya akan ambil tindakan mengikut bidang kuasa saya," terang Cikgu Basir.

"Cikgu..." panggil Azlan. "Apa dia?" tanya Cikgu Basir.

"Boleh saya berbual dengan cikgu berdua sahaja?" tanya Azlan, sopan. "Man, harap maaf,mintak tolong kerjasama cikgu." Cikgu Zaman melangkah keluar sebentar. Raut wajahnya sugul tidak bernyawa. Hampir 10 minit Cikgu Zaman termenung keseorangan sambil diperhatikan oleh kerani-kerani sekolah yang buat-buat sibuk menaip, padahal mereka ingin sangat nak tahu apa yang terjadi.

Azlan membuka pintu lalu keluar dari bilik pengetua. "Turn kau pulak bapak tak guna!" Herdik Azlan. Cikgu Zaman melangkah longlai sambil imej anaknya terus melekat diimaginasi. Tidak disangka-sangka anak perempuannya sebegitu. Entah sudah berapa kali diceroboh oleh Azlan, tidak diketahui pula.

Cikgu Zaman duduk. "Saya minta maaf sebab lama pula perbincangan tadi Cikgu. Beginilah, lepas mendengar kisah dari si Azlan tadi.." Cikgu Zaman merenung lantai.

".....Saya rasa tindakan terbaik untuk pihak sekolah adalah untuk buat siasatan hanya diperingkat sekolah. Tapi untuk apa yang terjadi tadi, saya akan serahkan kepada Lembaga Disiplin Pejabat Pendidikan Daerah. Kita tunggu respon dari pihak Nazir sekolah nanti,"

Cikgu Zaman terkejut. Dia tak sangka sekelip mata berubah kedudukannya. "Kenapa cikgu?"

Cikgu Basir mengelap peluh didahi walaupun suasana dingin. "Saya takut reputasi sekolah terjejas. Lagipun kalau boleh saya mahu Azlan ambil peperiksaan SPM ni.."

"Macam mana pula dengan anak saya Cikgu?" tanya Cikgu Zaman kecewa.

"Cikgu..." Serius wajah Cikgu Basir. "Jika cikgu ingin bawa kes ni ke balai, cikgu boleh buat. Tapi.." Suara Cikgu Basir terhenti.

"Tapi apa Cikgu?" tanya Zaman berang.

"Azlan kata kalau perkara ini sampai ke pihak polis, dia akan sebarkan gambar anak perempuan cikgu," jawab Cikgu Basir.

"Ya Allah.." Sayu hati Cikgu Zaman.

"Sabar Cikgu, tapi..... bagaimanapun, sebab kes tumbuk menumbuk tadi berlaku di kawasan sekolah, saya terpaksa buat internal investigation tapi pihak nazir akan tetap dimaklumkan," terang Cikgu Basir. "Lagipun, saya tak mahu media tau benda ni, kita pun tahu siapa ayah si Azlan tu."

"Humphh..." Cikgu Zaman mendengus.

"Mulai esok, cikgu akan digantung kerja sementara penyiasatan dan keputusan dilakukan. Mintak tolong berikan kerjasama kalau pihak sekolah atau lembaga disiplin telefon untuk dapatkan maklumat," beritahu Cikgu Basir. "Cikgu boleh balik ke rumah sekarang."

Cikgu Zaman longlai menolak pintu. Macam mana dia mahu menghadapi keluarganya. Apa perlu dia katakan pada anaknya apabila anaknya pulang dari sekolah nanti? "Mira, kenapa bagi si Azlan dara Mira? Kenapa bagi budak lelaki tangkap gambar Mira sebegitu?"

..............

Azlan melangkah bergaya ke dalam kelas walaupun bibirnya pecah dan bajunya merah kesan darah. Semua orang tertanya-tanya kenapa dan apa yang terjadi. Azlan duduk dikerusinya yang terletak di belakang sekali lalu tersandar, sengih kerana puas.

"Lan Togak, lu kasi setel pakai gambar awek lu ke? Yang lu pegi tayang gambar si Mira dekat bapak dia kenapa bro?" tanya Hasanudin atau lebih dikenali sebagai Hasan Miguel.

"Puas hati aku, berlagak sangat. Menangis anak haram tu tadi. Puas hati gua," lagak Azlan menjijikkan, tapi rakannya semua bertepuk tangan. "Hei pondan, kau pandang2 belakang tu pahal?" herdik Azlan kepada ketua kelasnya. Cepat2 ketua kelas memandang ke depan."...Tadi guru besar nak bawak kes ke polis. Aku terpaksa guna secret weapon aku," bisik Azlan.

"Kau dah gila ke Lan? Kan kita dah janji video tu kita nak tayang kalau dia ada carik pasal dengan kita?" tanya Hasan Miguel lagi.

"SPM dah dekat dah bro! Lepas ni dia mana boleh sentuh kita lagi dah! Lagipun aku tak tunjuk pun, aku cakap aku ada bukti dia selalu dating dengan cikgu praktikal tu...." cerita Azlan, bangga berbaur suka hati.

"Dah tua pun nafsu liar bro. Nak gak carik gadis muda ni," terang Hasan Miguel. Azlan sengih lebar."San, lu ada dunhill?"

Hasan menepuk beg. "Ada lagi, tapi tak banyak..cukup la nak celebrate."

"Jom!" ajak Azlan melangkah bangun."Cantik, port biasa?" Hasan Miguel bangun menurut disertai oleh Joe Kambing dan Yoe Unta. "Ciow dulu semua!" kata Azlan sambil membuat gaya seperti seorang konduktor orkestra menamatkan persembahan.

"So sekarang ni, awek mana pulak lu nak try Lan? Mira dah off limit. Berair la kepala lu sehari dua ni?" tanya Yoe Unta, sambil tangan menyeluk mencari lighter yang disorokkan dalam beg.

"Takpe. Aku ingat nak stay single dulu, betina Mira tu kalau lu nak sebat, lu sebat.Aaku ingat malam ni aku nak celebrate, bapak aku ada bagi dua ratus. Jom singgah 7-E dulu beli six pack," jawab Azlan.

"Alhamdulillah!" Sahut kawan-kawannya sambil tangan diangkat tanda bersyukur yang amat sangat..

April 11, 2013

Pengalaman Mengutuk Gay Bersama-Sama Rakan Sekolah, Cikgu-Cikgu dan Tukang Kebun Sekolah

Apa yang kau akan baca mungkin berbunyi pelik.

Tapi untuk budak sekolah asrama, khasnya asrama yang sekolah lelaki semuanya yang sekolah zaman 90an dan ke bawah, benda ini aku pasti sangat similar dengan kehidupan diorang. Just ingat, ini bukan artikel lucah.

Aku mula belajar mengenai apa itu homoseks, liwat dan gay ketika umur aku 13 tahun. Waktu tu, aku baru aje masuk sekolah asrama dalam sebulan dua, datang senior aku borak2 pasal siapa yang jambu. Jambu ini bermaksud...junior mana yang comel dan boleh dijadikan "jambu." Aku tak termasuk. Sedikit frust aku waktu tu.

Tapi perlu difahami, ada beza antara gay dengan jambu ni. Senior ambik junior buat jambu diorang, tapi tak ada la diorang pegi tala main belakang. Saja suka-suka. Mungkin sebab nak memenuhkan masa yang terluang lagipun bila kau sekolah semua lelaki ni, memang kadang2 kau akan mendambakan ada wanita. Jadi aku assume, diorang carik jambu sebab diorang nak pempuan sebab yang mana diorang claim jambu, muka comel-comel. Ada la sesetengah dua member2 aku yang pada aku tak jambu tapi still diclaim jambu membuatkan aku tertanya2 "kenapa dia?" Seperti biasa, aku, tidak ada senior berkenan. Aku tidak jambu. Bagus sebenarnya tapi ada antara member2 aku ayng bangga ada senior claim dia jambu. Buwekk rasanya, nak muntah gua.

Kat sekolah aku, senior ambik junior jadi jambu ramai tapi setakat tu aje la hubungan "songsang" diorang ni. Tapi bila dah dua tiga bulan sekolah, bila dah faham apa itu liwat....aku dengar ada senior aku dua orang kantoi buat gayseks malam tu dengan warden. Keesokannya, tengah ramai2 beratur untuk perhimpunan lepas habis aje nyanyi lagu Negaraku dan sebagainya...warden sekolah aku buat pengumuman. Dia panggil seorang senior aku ke depan.

"Korang semua mesti tertanya2 kenapa dia ni dipanggil ke depan.." tanya Warden aku. "Dia ditangkap ketika sedang beraksi liwat dengan seorang pelajar lain." Nampak la cikgu bisik2, ada yang buat muka jijik. Yang mana cikgu dah tau terpaksa la kontrol wajah tapi mana yang baru tau dan baik dengan senior aku tu, muka jadi tak percaya. Lepas tu tah hapa lagi warden aku cakap dan dia nasihatkan kitorang semua supaya tak buat macam tu.

TIme tu, sebab pemikiran budak2 lagi, aku rasa apa yang kitorang fikir, adalah "MASYA ALLAH DIA NI! KENAPA KAU PEGI TALA JUBUR LELAKI LAIN? KAU TAK RASA GELI KE? MALUNYA AKU KALAU AKU JADI KAU!"

Bila difikirkan balik, apa yang sekolah aku buat dekat dia, panggil dia ke depan, announce untuk satu sekolah dengar apa yang dia dah buat, adalah satu tindakan yang sangat2 memalukan kedua pihak, senior aku tu dan juga pihak sekolah. Memang tindakan dia amat memalukan, tapi tindakan sekolah aku pada ketika itu, turut sama memalukan. Dah la dia sorang aje terpaksa ke depan sebab yang "pondan" yang diliwat tu dah dihantar balik, jadi dia terpaksa tanggung malu sorang2 dengan 600 pasang mata tengah tengok dia, judge dia dan herdik dia dalam hati.

Even member2 dia pun takut nak tegur dia lepas dia disuruh masuk balik dalam barisan ikut tingkatan. Dalam beberapa minit, dia dijadikan sampah masyarakat.Yang tau, jadi benci, yang tak tau jadi tau. Ada la sorang member dia tepuk bahu dia sebab senior aku tu menangis masa beratur balik tu.

Tindakan yang diambil sekolah aku sebab terbukti dia dah salah, kantoi red handed tengah meliwat oleh warden dan pasti kena buang sekolah seolah-olah tak cukup, jadi ditambah lagi dengan aksi public humilation yang berlaku untuk semua orang tengok siapa dia. "Dia peliwat, kutuk dia jom!" kata pentadbiran sekolah aku dengan alasan nak dijadikan pengajaran untuk semua.

Cuba fikir kalau kau kat tempat dia. Tak kiralah kau meliwat, ditangkap mencuri, kantoi tangkap basah dan segalanya, orang kita suka benar tambah perencah dan perasa supaya mangsa jadi lagi miserable.

Sebab itu, aku cukup hormat dengan keluarga Anwar Ibrahim. Bukan setakat dia kena, isteri dia kena, anak-anak dia kena, menantu pun dah kena, aku rasa tak lama lagi cucu dia pun kena. Satu family kena kutuk, kena caci, kena maki. Sebab apa? Sebab kerajaan kata bapak diorang peliwat. Tapi cuba tengok balik respon daripada family tu. Tengok apa yang isteri dia buat. Tengok apa yang anak-anak dia buat.

Dan disinilah aku ingin menyatakan kenapa pada ketika ini, aku langsung tidak ada sekelumit pun rasa hormat dan respek aku kepada orang yang bernama Mahathir Mohamad. Siapa tengok pembentangan manifesto hari tu? Kan ada satu part Najib kata Mahathir ada 18 keping surat Wan Azizah menceritakan mengenai kelakuan jijik Anwar Ibrahim? Najib announce benda tu sebab beberapa hari sebelum tu Mahathir ada buat announcement kata dia ada surat tu.

FIkirlah, dalam pembentangan manifesto, mereka boleh bincangkan benda tu dekat khalayak ramai. Bagi satu Malaysia tengok dan dengar yang diorang ada bukti Wan Azizah tulis surat pasal suami dia dan ada dalam tangan Mahathir. Perangai syaitan mana ni?

Orang tu kau dah herdik kau dah kutuk kau dah caci, kemudian kau gunakan isteri dia untuk caci dia, hebohkan satu negara yang isteri dia pun sebenarnya kutuk suami sendiri. Apa tujuannya kau attack dia sampai cam gitu sekali? Perangai apa ni? Ni bukan perangai orang Melayu dan sah-sah ini bukan perangai orang Islam.

Kesan daripada pengumuman pemimpin Melayu dua orang ni tujuannya amat mudah sekali ; diorang nak burukkan Anwar, diorang nak burukkan Wan Azizah dan diorang nak wujudkan rasa sangsi orang ramai terhadap dua orang suami isteri ni. Tapi kita tak pernah nampak Wan Azizah tinggalkan suami dia. Kita juga tak pernah nampak ada kerenggangan antara Anwar dengan Azizah. Itu satu fakta.

Kalau betul Azizah tulis 18 surat kepada Mahathir dulu, kenapa Azizah bangun pertahankan suami dia?

Jadi mana satu kita nak percaya? Aku lebih suka menilai menggunakan mana satu yang cuba menonjolkan nilai lebih baik. Pakatan diselubungi skandal Anwar. Salah atau betul tak ada orang tau. Mungkin Saiful Bukhari betul, mungkin Saiful Bukhari salah. Tapi semua yang dikatakan diliwat Anwar dalam kes 1998 dah kata diorang dipaksa. Cuba baca sendiri. Semuanya termasuklah yang paling tak logik sekali...Dr.Munaweer Anees.

Aku simple aje. Aku takut dengan apa yang Barisan Nasional lakukan. Satu gerombolan kerajaan hentam,herdik,kutuk,caci maki satu family Anwar Ibrahim, kata dia gay,homoseks,biseksual, peliwat,penala jubur dan macam-macam lagi. Semuanya sama.

Tapi Anwar tak buat apa yang senior aku yang meliwat tadi buat. Lepas dia kena tangkap meliwat, dia kena buang sekolah. Kemudian dia hilang terus. Tak tau la dia jadi apa. Padahal lagi setahun aje dah nak ambik SPM. Dia hilang. Anwar dan Azizah tak duduk diam. Diorang bangun. Lawan.

Itu bukan sesuatu yang orang salah akan buat. Lagipun, kalau kau tanya mana2 supporter BN ni, "berapa percent kau sure Anwar liwat?" Tak ramai yang berani jawab 100% sebab tak ada orang tau. Semua benda berdasarkan khabar angin semata-mata.

Tapi aku nampak Najib dengan Mahathir berusaha keras nak jatuhkan keluarga Anwar Ibrahim. Aku nampak dengan jelas senyuman bangga Mahathir bila Najib kata dia tunggu 18 surat Azizah keluar. Aku tengok dengan mata aku dalam TV, Perdana Menteri aku fitnah "Anwar Ibrahim suka tikam belakang."

Betul atau tidak Anwar Ibrahim liwat, itu bukan masalahnya. Masalahnya, betul atau tidak tuduhan kerajaan itu? Kalau betul, seret la dia ke mahkamah. Kemukakan bukti lagi sekali. Tapi cuba fikir benda ni bila kau ada masa, kalau kau pangkah Barisan Nasional dan segala apa yang jadi dekat Anwar Ibrahim adalah rekaan kerajaan semata-mata, kau sanggup terima hakikat tu?

Aku ulang lagi sekali.

Betul atau tidak Anwar Ibrahim liwat, bukan masalah kita sekarang ni. Betul atau tidak apa yang Mahathir dan Najib cakapkan tu, itu masalah kita rakyat Malaysia. Sebab kalau nak tuduh orang, kita kena ada bukti, kena ada saksi. Selagi tak terbukti, selagi tu janganla kita jatuh sebarang bentuk hukuman pada keluarga dia.

Melainkan...kau dapat tangkap dia red handed. Ada sapa2 dapat tangkap Anwar red handed tengah meliwat macam senior aku? Tak ada. Ada Anwar cuba liwat kau? Tak ada.

Jadi, kenapa kau perlu join orang ramai kutuk dan maki satu family dia?

Kalau aku kena sama macam Anwar dan Azizah, mau gila aku. Tapi kau cuba tengok muka Azizah. Kau nilaikan la sendiri macam mana dia rasa dekat suami dia. Ada nampak benci dia? Tengok la berapa lama pun, kau takkan nampak, bro. Dah 14 tahun, Wan Azizah masih lagi senyum, senyum dan terus senyum. Macam mana kau nak hidup, kalau satu Malaysia kata suami kau peliwat? Satu sekolah tengok senior aku pun dia malu amat sangat. Ini satu Malaysia.

Isteri adalah cermin suami dia.

Bila kau tengok isteri, kau boleh nampak suami dia macam mana. Benda tu betul. Sebab tu, aku ajak korang, jom kita pangkah Pakatan ramai-ramai dan cipta sejarah untuk pertama kali, Malaysia ada isteri Perdana Menteri yang tutup aurat! Yeah! Tak kiralah dia Azizah, Sabariah ataupun Zainab dan Norzita. Hehe.