Januari 31, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang Bab 06 : I'm Behind You

Aku selalu fikir, aku ada sorang anak sekarang. Tapi kalau tambah lagi sorang,mampu ke aku divide kasih sayang tu. Admit it...kalau kau ada 2 anak atau lebih, kau takkan mampu sayang dua2 sama rata, kan? Benda tu memang terjadi. Kalau kau ada 2 anak, akan ada seorang yang kau pilih jadi favorite kau.

Favouritism dengan anak sendiri. Mampu ke aku menghadapi benda ni satu hari nanti?

Apa nak buat macam tu? Macam mana? Paling teruk sebenarnya macam mana kau nak jaga hati kau daripada admit yang ada seorang anak kau yang kau lagi favour dari seorang lagi. Berat kan nak admit dengan diri sendiri "Ya,aku sebenarnya sayang anak A lebih berbanding anak B dengan C."

Lama jugak la aku berfikir pasal benda ni. Jawapan2 yang aku baca kebanyakannya datang dari segi perspektif hidup..common sense. jawapan yang praktikal. Aku nak jawapan yang spiritual, yang jawab ketakutan dalam hati. Aku tak dapat sangat nak terima jawapan tu sebab yang takut jadi tidak adil itu sebenarnya dalam hati ni.

Kemudian aku tengok TV rancangan Tanyalah Ustaz...
Ada makcik sorang tanya soalan yang sama dekat Ustaz ni.

Jawapan dia...

Kau tak payah takut sebab perasaan tu normal. Tuhan ciptakan kau memang macam tu. Memang kau akan favour seorang daripada semua anak kau.

" Anda ada banyak2 baju pun mesti ada sehelai yang jadi favorite kau," kata Ustaz tu.

Tapi jangan tunjuk.Jangan sampai anak tau. Biarkan benda tu simpan dalam hati dan jangan mengaku. Sebab hati kita...takkan dihisab. Tapi perbuatan kita akan dikira. Jadi, kau tak perlu risau kalau kau sedar dalam hati kau, kau sebenarnya sayang anak kau sorang ni lebih sket berbanding anak kau yang lain.

Cuma jangan tunjuk benda tu dengan perbuatan.

Aku harap sekurang2 nya benda ni mampu menenangkan bapak2 yang risau nak mengaku dalam hati dia..yang dia ada favouritism dengan anak sendiri.


Januari 30, 2012

Khabar Angin Mengenai Robert Kuok dan Tepungnya

1. Ada email kata "JANGAN BELI PRODUK MASSIMO SEBAB MENGGUNAKAN PRODUK BAHAYA!"

2. Email tu juga kata "ORANG MELAYU MESTI BELI GARDENIA SEBAB PRODUK ROBERT KUOK BAHAYA!"

3. Email tu jugak kata "ANAK HARAM PUNYA ORANG CINA SEBAB NAK BOIKOT ROTI GARDENIA SEBAB DAH POTONG BISNES ROBERT KUOK!"

4. Jadi, summary email tu adalah ; Orang Melayu kena beli Gardenia,Orang Cina kena beli Massimo.

5. Tapi, Melayu claim jangan beli Massimo sebab bahaya untuk kesihatan.

6. Habis, kalau orang Cina pakat ramai2 boikot Gardenia dan support Massimo, adakah penulis email tu mengatakan sebenarnya orang Cina sedang cuba diracuni oleh Robert Kuok?

7. Email tu jugak kata...tepung yang Robert Kuok keluarkan beracun dan mengandungi bahan haram.

8. Adakah anda salah seorang yang mudah dibangangkan?

9. Nampak logo halal JAKIM Kat plastik dia? Tak percaya jugak? Cuba cek dekat website JAKIM? Blom cek lagi? Pegi cek sekarang.

10. Dah cek? Ada kan pengesahan sijil halal JAKIM kat situ? ADA...



11. Sekarang ni cuba tanya diri sendiri balik....apasal anda boleh percaya dengan email dan imej yang tah sapa-sapa keluarkan tanpa sesiapa pun claim dia yang mengeluarkan info tu.

12. Senang kan percaya benda2 camtu? Apasal orang Melayu macam tu haa? Ada mangkuk buat sendiri gambar Lego kononnya Lego keluarkan permainan Nabi Muhammad...berduyun2 yang berapi nak boikot Lego...

13. Senang gila nak kawal orang Melayu. Buat aje email berantai yang menghasut orang Melayu benci dengan orang Cina.

14. Apakah kau ingat semua orang Cina busuk hati?

15. Jangan percaya dengan benda takde source.

16. Kalau kau percaya dengan berita2 dan khabar angin yang tersebar dalam Facebook dan dalam email... kenapa kau tak percaya dengan JAKIM?

17. Aku salute JAKIM sebab sudah ada telur sekarang. Semua projek kroni yang menswastakan logo Halal sendiri mesti dihentikan. Menyusahkan orang. Logo halal tidak patut jadi bisnes pihak swasta. Setelah berapa tahun...akhirnya kita hanya ada satu aje logo Halal Malaysia yang tulen.

18. Pilihanraya dah dekat. Isu2 macam ni makin lama akan makin banyak timbul. Guna akal anda fikir secara rasional.

19. Sekarang ni, UMNO kata "PAS tunduk kepada DAP" untuk takutkan orang Melayu.

20. MCA pulak kata "kalau Pakatan menang, PAS akan kawal kerajaan" untuk takutkan orang Cina.

21. Sekarang kau gabungkan point nombor 19 dan 20 aku.

22. Okeh..lastly..cuba kau baca apa yang tertulis dalam gambar Robert Kuok kat atas tu. Ada sebut pasal Benzoyl Peroxide kan? Google kan Benzoyl Peroxide.

23. Kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia...tolong jangan letak email2 bangang macam ni lagi dekat website official anda. Kepada anda yang menyebarkan benda ni, cuba baca dulu dan kaji sebelum sebarkan.

24. Itu hanya menunjukkan anda malas nak berfikir dan tau makan suap aje khabar angin.

25. Macam mana orang Islam tak digelar terrorist?


Januari 20, 2012

Kaki Pau Dalam Bentuk Organisasi Kerajaan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

Lim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment. “Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal. (Link)

..............

Come on Pak Menteri,sahut cabaran dia.

Alang2 nak melakukan transformasi negara, jadikan budaya berdebat secara open dan live satu benda yang common untuk membuktikan kepada rakyat yang menteri tahu apa yang dia buat dan bukannya sekadar jadi menteri kerana gagah berpolitik semata-mata. Gunakanlah rancangan debat dalam RTM tu sebagai pentas nak "counter" balik pembangkang. Ajak pembangkang share pentas. Setakat lawan balik pembangkang dengan ayat "diorang tu bukan tau apa, nak lawan kerajaan aje tau" takkan berkesan nak tarik sokongan orang ramai.

Personally, aku mahukan content. Tapi menteri kebanyakannya bila bercakap, angin aje keluar. Aku berharap benar dapat dengar menteri bercakap dan berhujah guna akal diorang sendiri dan bukannya teks ucapan yang disediakan oleh orang lain untuk dibaca menteri.

Kalau benar apa yang pembangkang kata tu salah..sila buktikan. Cakap kosong takde guna. Cakap dalam RTM aje pun takde guna. Kau nak yakinkan orang2 yang skeptikal macam aku? Nak suruh aku undi dacing? Dah berapa tahun kerajaan pakai "anda mesti menyokong Barisan Nasional kerana anda PERLU menyokong Barisan Nasional sebab takut nanti Malaysia nanti Cina pegang" ?

Itu alasan anda nak berkuasa dan take control.

Bukan sebab munasabah untuk aku pangkah BN.

If you felt you are better because that Chinese DAP Dude or Anwar the bi-sexual Malay traitor can talk cock only and UMNO Malay minister are the guardian of Malaysia...show us prove that Malay minister from UMNO is actually better compared to the opposition, intellectual and governing wise.

"Look at what UMNO have bring to Malaysia since independent is not a valid answer" for the question.

Translation "MINDEF style" untuk anda yang Englishnya kantoi :

Jika anda berasa anda lebih baik kerana itu Cina DAP Dude atau Anwar pengkhianat Melayu bi-seksual boleh bercakap zakar sahaja dan Melayu menteri UMNO adalah penjaga Malaysia ... yang menunjukkan kepada kita membuktikan bahawa menteri Melayu dari UMNO sebenarnya lebih baik berbanding dengan pembangkang, intelektual dan mentadbir bijak.

"Lihatlah apa yang UMNO telah membawa ke Malaysia sejak bebas bukan jawapan yang sah" untuk soalan.

Kesimpulan aku senang aje..

a.) Menteri Kerajaan sekarang = Sokong tol diteruskan

b.) Menteri Pembangkang = Nak mansuhkan tol

c.) Aku = Tak suka bayar tol

d.) Aku = Takde nampak reason perlu sokong kerajaan sedia ada

Sebagai rakyat biasa, perlu ke aku risau dengan masa depan kalau menteri yang pegang ekonomi kata "mansuhkan tol tak masuk akal" padahal main target dia sepatutnya adalah "carik jalan untuk orang tak payah bayar tol sebab tol is a privilege to be paid by those who want and can afford it, not a necessity"?

Januari 19, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang Bab 05 : Miracle of Survival

Dua hari lepas isteri aku bersalin,anak aku masuk ICU sebab demam.Tak banyak,dalam 37.9 camtu tapi memandangkan anak aku baru berumur 2 hari...tak baik ambik risk. Hari tu hari bekerja aku jadi aku pun kena balik ke kampung tengok anak aku petang tu, lepas habis kerja.

Sampai aje kat hospital aku terus masuk ICU tengok isteri aku tengah susah payah cuba menyusukan anak aku sambil seorang nurse tolong tunjuk ajar. Aku masuk tengok,usha sebelah ada seorang kakak lain juga sedang menyusukan anak dia.Cepat2 aku patah balik dan buat2 pandang tempat lain.

Aku pandang sekeliling aku. Ada seorang baby tengah duduk bawah inkubator. Kecik gila saiz dia. Ada la seorang dua lagi yang nurse kat situ duk mandikan.Nurse tadi tu panggil aku suruh tengok anak aku camne. Borak2 kejap aku pun dihalau la balik sebab itu bukannya time melawat pun.Malam tu aku tidur kampung dan esok paginya aku balik semula ke Cyberjaya sebab kerja dan petang tu aku balik lagi.

Mujurlah tidak ada kejadian awkward lagi sebab waktu aku sampai, semua ibu2 tidak menyusukan anak diorang. Sebelah katil isteri aku ada seorang perempuan berbangsa Cina. Diam aje dia tapi dia still senyum jugak dekat aku bila aku masuk.

"Jom jalan2 kat luar..." isteri aku ajak aku jalan sebab anak aku tengah dimandikan waktu tu.

"Abang perasan tak semalam ada baby kecik gila dalam inkubator?" tanya wife aku. "Abang nampak yang.." jawab aku.

"Tu la anak kakak Cina sebelah saya tu.." beritahu isteri aku. "Premature benar anak dia...6 bulan camtu rasanya..kan?" tanya aku."Dia dapat anak kembar..." bagitau isteri aku lagi.

"Mana lagi sorang?" tanya aku.

"Meninggal dalam kandungan..jadi terpaksa operate keluarkan dua-dua. Mintak2 yang sorang tu selamat..." terang isteri aku.

"Sepanjang malam kakak tu menangis...dah tiga minggu dia duduk sini teman anak dia yang duduk bawah inkubator tu...." sambung isteri aku lagi.

Aku diam aje la.

Sebelum detik tu aku ingat kejadian bila doktor tersalah pasang spekulum kat isteri aku sehingga membuatkan spekulum tu terlepas dah cukup seksa. Aku ingat lagi aku meluru masuk sebab dengar isteri aku jerit macam nak mati dan doktor tu gelabah2 bila aku tanya dia apasal. Punyalah marah aku masa tu nak aje aku hentak doktor tu sedas dua...

Tapi bila dengar apa yang jadi kat kakak tu...membuatkan aku fikir balik apa yang jadi kat aku. Apa yang isteri aku lalui itu dia aje yang rasa...tapi psychologically waktu isteri aku nak bersalin, aku tak berapa betul sebab banyak benar complications yang timbul. Suami mana mampu tengok isteri terseksa, kan?

Tapi aku tak boleh bayangkan kalau aku yang diletakkan dalam situasi di mana seorang anak aku dah meninggal dan seorang lagi anak aku yang survive ni chances untuk hidup adalah 50/50 dengan bantuan machine dan pelbagai tiub. Situasi di mana mak dan bapak dah memang tak mampu nak buat apa-apa lagi.

Membuatkan semua benda yang aku lalui beberapa hari sebelum anak aku lahir seolah-olah macam melancong ke Disneyland.

Harap cerita ini membantu memperkuatkan psikologi anda.Diharapkan anda jangan percaya dengan adegan bersalin di dalam filem atau drama. 

Januari 18, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang Bab 04 : Isteri Mengidam Boleh, Suami Mengidam Tak Boleh?

Semalam, borak dengan member2 aku, aku baru sedar...saiz anak aku memang besar. 6 bulan, dah 10 kilogram. Hehehe..BMI dah terkeluar carta...tapi sekarang dah normal balik dah sebab dia dah makin tinggi.Lagilah menakutkan aku bila member aku bagitau,"anak aku setahun 2 bulan...baru 12 kilo!"

Waktu isteri aku mengandung dulu aku rasa aku dah boleh nampak kot. Dari seseorang yang tak pernah makan lebih sepinggan, dia makan banyak. Problemnya waktu tu, semua benda yang dia nak makan, adalah makanan yang aku suka makan. Ayam, ayam dan ayam. Tah berapa kali beli KFC aku dah lost count waktu tu. Memang ikut genetik aku anak aku ni.

Dalam sebulan lepas aku gi kenduri member aku, jumpa member aku yang anak dia lahir 2 bulan lagi awal daripada anak aku. Air liur meleleh. "Mengidam masa mengandung tapi tak dapat," admit member aku. Scientifically, aku tak tau betul atau tidak mengidam tu boleh membuatkan anak kau meleleh air liur lepas lahir. Tapi aku tak sangka mengidam tu betul.

Pada suatu hari sewaktu mengandung isteri aku bukak cerita, dia pernah makan mee siput masa sekolah dulu. Aku layan aje la cerita dia..."mee siput sedap,mee siput terbaik,mee siput patut dijadikan makanan ruji rakyat..." Aku tak pernah dengar pun ada mee lain selain daripada mee kuning,mee kering dan maggi. Tapi bila dah banyak kali sangat cerita, aku ada terasa lain macam.

"Eh, ini macam craving...."

Jadi aku pun tanya la dia mana nak dapat mee siput ni. Isteri aku pun cerita la mee siput ni adalah makanan istimewa orang Muar. "Susah nak jumpa kat tempat lain...lagipun yang lain tak sama...dia kena yang Muar jugak..baru sedap."

Aku pun Google la mee siput. Ada la keluar info orang jual mee siput secara online. Tapi aku tak berani nak beli online sebab aku takut nanti sampai2 dah basi ke (waktu tu aku still tak paham apa sebenarnya mee siput ni) jadi aku pun merayau la dekat hypermarker keliling rumah carik. Takde jumpa. Aku ada terfikir,"ni nak kena pegi Muar ni..." tapi haram satu hapa pun aku tak tau pasal Muar sebab kalau aku pegi, aku kena gi sorang2. Aku tak bagi wife aku jalan jauh2 time tu.

Tiba2 aku teringat aku ada member orang Muar dan aku call dia pesan kalau2 dia balik Muar. Nasib aku baik dan dua hari lepas tu aku pun pegi ambik mee siput Muar yang super special ni khas untuk isteri aku. Sampai aje rumah, isteri aku dah tercongok depan pintu. Aku nampak air liur isteri aku meleleh tengok mee siput tu.

Dia pun ambik dan goreng mee tu sampai garing. "Hui sedapnya..hui sedapnya..." sambil goreng tu. Selesai goreng dalam 3 keping camtu dia pun duduk kat meja makan lalu makan satu. Krupp krupp krupp... Aku waktu tu masih terpinga2 sebab aku tengok mee tu lebih kurang macam Mamee aje. Habis makan sekeping, dia rasa ngantuk. Terus masuk bilik dan tidur.

Esoknya, aku la yang kena makan mee siput tu dan hari seterusnya, aku jugak yang makan mee siput tu. Dia makan sekeping, sekali aje malam tu. Yang penting, dia dapat makan. Tak ramai yang tahu tanggungjawab menghabiskan makanan yang isteri tak habis dan tak nak juga adalah satu tanggungjawab suami yang agak penting.

..................

Beberapa bulan kemudiannya, waktu isteri aku  tengah pantang, aku jalan2 beli barang kat kedai yang aku selalu pegi. Aku ternampak atas rak satu bungkusan yang aku sangat familiar."Mee Siput Istimewa Muar" atas rak tu.  Jarak kedai runcit tu dengan rumah aku? Ada  la dalam beberapa kilometer. Memang hukum alam agaknya, bila ada benda yang kau cari2, kau susah nak jumpa tapi once kau berenti cari, benda tu akan muncul dekat kau dengan sendirinya.

Mungkin dah tiba masanya aku stop kejar Maya Karin dan biarkan nature work its way.

ps : Mengidam tak dapat, betul ke anak meleleh air liur? Dan apa benda mengidam yang paling pelik kau lalui atau kau dengar?

Januari 17, 2012

Satu Soalan Mudah Untuk Hari Ini.



Apa yang akan kau buat kalau kau nampak benda jahat jadi depan mata?
Cthnya...ada orang kena ragut,minah tgh dirogol atau ada kes kena pau duit.

Apa yang kau akan buat?
Adakah kau akan jadi superhero,supervillain atau kau
akan jadi orang biasa yang buat2 tak nampak?

Kalau kejadian buruk camtu jadi kat kau,
apa pulak yang kau akan buat?



Januari 15, 2012

Adakah Anda Mahu Melabur Dalam Skim Amanah Rakyat 1Malaysia?

Takde ke alim ulamak dalam UMNO yang berani suarakan status skim Sara 1Malaysia ni. Hujah dia senang;

1. Income tu Najib announce dah tetap,mesti untung, kau takkan rugi.

2. "Pasti ada income,"kata Najib.

3. "Anda tidak akan rugi.." sambung dia lagi.

4. "Pelaburan anda pasti mendapat pulangan.." tegas Najib.

5. Najib boleh announce projected dividend dan berapa income kau after 5 tahun.

........

Bagus kalau kerajaan suruh orang melabur. Tapi kalau pelaburan tu diragui tak bersihlah income orang ramai.Nak suruh orang jadi kaya...bagus. Tapi nak suruh orang ramai kaya dengan cara yang tak betul... tak baiklah dilakukan macam tu.

Tunggu dalam seminggu dua,aku harap akan ada alim ulamak dalam UMNO yang tolong clearkan hal ni kepada orang ramai sama ada halal atau tidak status pelaburan tu. Kalau orang pembangkang yang kata nanti dikata "bermotifkan politik" dan "berniat nak menjatuhkan BN." Sennag orang UMNO sendiri clearkan.

Daripada apa yang Najib sudah cerita...benda ni dah lebih kurang haram, sebab pelaburan dalam Islam..there is no such thing as guaranteed returns and guaranteed profits. Kita bukan sepatutnya hanya tengok status halal pelaburan dari segi ke mana duit tu dilaburkan...tapi cara dia dilaburkan juga perlu diambik kira.Kepada orang ramai khasnya yang Melayulah...aku nasihatkan, jangan join dulu sebab pelaburan ini amatlah meragukan di sisi syariah. Tapi kalau kau tak peduli..silakan.  

Persoalannya, bagaimana benda sebesar ni boleh Kerajaan terlepas pandang?Kita tunggu pakar agama UMNO jawab isu ni.Kepada yang minat tapi ragu2, do demand an answer.




Januari 13, 2012

Wardina Saffiyah Kena Rompak Dan Zombie Politik

Ini adalah antara beberapa komen orang Melayu yang aku kumpul bila aku baca pasal benda ni.

1. padan muka ko wardina... kutuk lagi polis.. depa jugak yg ko harap. kenape tak panggil azmin si kepala hatok tu tolong ko?

2. Polis mana boleh percaya kan wardina, kan semua rasuah? Panggil aje abang nuar mesti setel hihi

3. Klu kena rogol pun bagus juga. biar dia rasa apa yg saiful rasa. Taklah dia sokong peliwat yg dah bebas tu.

4. jeng jeng jeng dalam laptop tu ada rahsia apa??? curi sampai 5 laptop mesti ada pape. motif?

5. Apapun walaupun tidak diapa-apakan oleh perompak-perompak tersebut, penulis percaya bahawa kini Wardina boleh menyelami bagaimana perasaan mangsa rogol/liwat dengan lebih baik.....

6. Wardina Kena Rompak??? Jangan Ada Yang Salahkan Umno Pulak!!!

7. biasnya kalau pak indon ni merampok.... nenek 60 tahun pun di....... lu nasib baik beb. kalau pak nuar yang merampok habis di rampoknya depan belakang.

8. Saya simpati tapi nak tengok sama ada dia pi repot polis yang puak-puak anuwar yang disokongnya selalu panggil polis sebagai anjing.

9. betul ke kena rompak entah entak saja buat cerita kot,atau mungkin dia ni tak penah bayar zakat. tak sedih langsung dengar berita betina ni kena rompak

10. tak byr zakat le tu 

.........

Terima kasih politik kerana membuatkan manusia hilang common sense.
Terima kasih juga diucapkan kepada sistem pelajaran kita
yang melahirkan ramai zombie politik.

ps : aku tak nak bubuh link asal.Kau boleh carik sendiri.Bukan kena
pegi carik kat library.

Januari 12, 2012

Gadis Cantik Cari Makan Dengan Terpaksa

Aku suka bila kadang-kadang ada satu malam,aku akan berjaga sampai subuh dan dengar lagu jiwang sambil membaca. Hari ni adalah malam mood aku nak membaca timbul jadi aku membaca pasal sex trafficking. Mungkin semangat nak membaca tu datang lepas tengok filem The Whistleblower dan layan dokumentari pasal penjualan manusia, rakyat Ukraine yang dijual di Turki dan Moldova.


Gila, tgk pempuan treat pempuan lain mcm anjing sbb duit.Kalau kat Europe..sex slave. Kat Malaysia pun sbnrnya ada kes ni.Tapi kita lebih kpd foreign general worker.Aku tak nampak sangat bezanya pekerja asing Bangladesh yang kerja kat kilang Hytex kat Malaysia dan gadis2 yang dipaksa melacur kat Turki tu. Dua2 dilayan macam anjing.


Layan la filem The Whistleblower tu.

Memang membuka mata sbb benda tu true story.
Tapi kurang promosi sbb skandal ni juga melibatkan kerajaan Amerika dan bakal membuatkan pandangan kau terhadap United Nations berubah.

Hari ni pengasuh anak aku gi hospital. Aku pulak tengah cuti panjang.
Jadi aku kena jaga anak aku sorang-sorang.
Good luck kpd diri sendiri.

Aku mengantuk sebab tak tidur-tidur lagi.

ps - Reaksi anak aku tgk video Panglima melayu ludah.

Januari 11, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang Bab 3 : Jadilah Bapa Sebelum Anak Anda Dilahirkan Lagi

"Sayang,saya tak period lagi bulan ni.."

Apa respon anda apabila mendengar ayat tu?Selalunya ada dua respon,gembira atau berduka. Yang berduka sebab terpaksa jadi bapa,yang gembira sebab dapat jadi bapa.

Detik paling menggembirakan bagi seorang lelaki adalah apabila tahu isterinya mengandung.Detik paling mengecewakan bagi seorang lelaki adalah mengetahui aweknya mengandung. Detik paling buruk seorang lelaki adalah tahu gelfrennya mengandung dan dia tak pernah sentuh pun gelfren dia.Tapi,aku kecikkan aje la skop posting ni pasal seorang isteri yang mengandung.

Tempoh paling kritikal apabila mengetahui isteri mengandung adalah 3 bulan pertama tu.Ada kes-kes di mana yang aku dengar, perempuan tumpah darah hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang biasa.Ada jugak yang aku tau,seorang wanita tolak pagar rumah mengalami keguguran janin yang tak sampai 2 bulan.

3 bulan pertama tu SANGAT KRITIKAL.
Time ni,untuk pengetahuan anda, isteri mesti :

1. Elakkan badan daripada penat

2. Elakkan diri dari melakukan kerja-kerja berat. Sesetengah perempuan, kerja ringan pun dia tak boleh buat.

3. Kurangkan travelling.

4. Orang-orang tua pesan...jangan menyapu sampah pakai penyapu lidi.Aku assume sebenarnya bermaksud "jangan bagi isteri buat kerja rumah."

5. Cuba elakkan berjimak sehingga lepas first trimester.

3 bulan pertama dalam pembentukan janin adalah masa di mana badan isteri baru nak adjust perubahan dalam badan dia jadi dia sangat memerlukan berapa banyak tenaga untuk tolong dia.Time 3 bulan pertama ni risiko untuk tumpah darah tu agak besar sebab dinding rahim yang bakal protect anak dalam kandungan masih berada dalam keadaan tidak matang.

Apa yang suami perlu buat time ni?

1. Buat semua kerja rumah.Yes...SEMUA.

2. Kalau boleh, hantar isteri ke tempat kerja.

3. Kalau tak dapat, usahakan supaya isteri senang ke tempat kerja.Kalau dia drive kereta, usahakan dia bawak kereta automatik.

4. Bagi isteri makan.Kalau pandai masak,kalau tak larat,beli.Jangan paksa isteri masak.

5. Larang isteri naik kereta Perodua Myvi.

...................

Time ni jugaklah perangai isteri anda akan menjadi sangat-sangat pelik. Kadangkala dia serupa Hitler, kadangkala dia jadi Rosmah Mansor, kadangkala dialah perempuan paling manja dalam dunia. Jangan marah dia. Hormone imbalance sedang berlaku dalam badan dia.Ini memang tidak dapat dielakkan.

Ada beberapa perkara yang suami boleh buat selain daripada membantu secara hands on menyenangkan hidup isteri, suami juga bolehlah mula membelikan beberapa supplement yang mampu membantu menguatkan badan isteri :

1. Susu tepung untuk pregnant mother.
2. Pil Obimin. Bukan mahal pun..Rm15 aje. Kalau banyak duit..beli Obimin Plus.
3. Pil kalsium
4. Apa jenis vitamin.
5. Asid folik dalam bentuk pil.

Apa yang paling penting ketika 3 bulan pertama atau first trimester ini adalah kepentingan memastikan isteri anda gembira dan bertenaga.Bila badan dia takde energy,pembentukan dinding rahim akan jadi perlahan dan dinding rahim akan jadi tidak cukup kuat untuk pegang janin.Time ni,isteri akan kehilangan selera makan. Anda mesti buat sesuatu pasal ni.Pastikan dia makan,minum cukup.Pastikan dia tidur cukup.Kalau dia tak nak makan sebab rasa loya ke, cuba carik makanan yang dia ada rasa nak makan sebab dia mesti makan.

Akhirnya,bila aku menulis mengenai dinding rahim..aku bukan menulis pasal dinding rumah seorang lelaki bernama Rahim atau dinding rumah pengerusi RISDA. Aku menulis mengenai rumah pertama anak anda.

Januari 10, 2012

Borang Permohonan Sodomy III Sudah Diedarkan



Sudah-sudah la tu pekena satu keluarga dia.
Kalau nak pekena sangat orang,
carik la satu family yang bapak dia tak reti ajar anak pakai tudung,
bini tak pakai tudung,anak minum arak,bapak pakai rantai emas..

Januari 09, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang Bab 2 : Suami Di Kala Mengandung dan Pantang

Sebelum menjadi seorang bapa, tempoh paling getir yang seorang lelaki akan lalui adalah tempoh di mana kena "berpuasa" tatkala isteri dah tak larat nak berjimak (sewaktu mengandung) atau lepas bersalin..yakni tempoh pantang.

Ingat beberapa minggu lepas aku letak pasal bapak liwat anak dia yang baru 20 hari semata-mata sebab wife dia tak nak beromen?Semua lelaki akan mengalami perasaan yang sama tatkala tu..cuma ada sesetengah lelaki boleh kontrol,ada sesetengah lelaki boleh kontrol sebab dia makan luar...dan ada yang extreme sampai liwat anak sendiri macam lelaki yang disebutkan tu.

Waktu tu sangat2 kritikal. Sangat2 kritikal. Sebab apa? Sebab kalau tersilap sikit aje...amat mudah lelaki akan jadikan alasan "isteri tengah pantang,aku tak tahan sebab tu aku gi pusat spa." Seorang kawan aku tewas masa bini mengandung.Ada sorang lagi tewas masa bini tengah pantang. Tewas dengan gadis pusat spa. Tewas dengan bini orang.

Sekarang dua-dua dah cerai.

Lelaki yang dah berkahwin ni selalunya ada duit dan berapa sangatla nak kena spend dekat pusat spa tu untuk melepaskan keluh kesah jantan dekat seorang minah yang willing? Ingat mahal ke harga diri minah pusat spa? Tak mahal. Happy ending, RM78. Full service ? RM130 dah boleh setel.

Ramai yang tak tahan dan time tu,ramai kaum suami akan carik jalan keluar. Jalan keluar dia pulak ada merata-rata (thanks BN!) jadi kenapa nak sakitkan hati dan diri sendiri layan muka isteri yang masam sebab suami ajak romen?

Pengalaman aku pulak?Aku under estimate perasaan tu dan bila urges tu menyerang, ada satu malam aku dah set nak gi pusat spa. Kalau aku buat pun bukan ada orang tau pun,aku duduk rumah sorang2.Isteri aku kat kampung. Kalau aku buat pun dia bukan tau,kan? Tapi last2 aku tak jadi pegi.Esoknya datang balik perasaan tu. an cycle tu pun berpusing-pusing untuk beberapa hari. Dalam kepala otak aku dah ada macam-macam benda tak betul yang aku nak buat. Tekel ofismate,tekel cleaner,try tekel makcik nasik lemak, jatuh cinta dengan kucing dan macam-macam lagilah.

Perempuan akan kata "lelaki pentingkan diri sendirilah,lelaki itu lelaki ini.." tapi fikirlah wahai kaum perempuan...kalau suami kau pegi main dengan perempuan lain yang willing,adakah itu berbaloi untuk kau berkeras tahan diri kau daripada gunakan tangan kau untuk bagi kelegaan pada suami kau? Bukan lama pun,seminit dua minit aje..

Ada suami yang berani ambik risiko buat jahat secara senyap dan golongan macam ni ramai gila kat luar sana.Kalau kau tanya diorang,alasan mudah aje "isteri aku sibuk jaga anak..isteri aku tak larat..isteri aku tak bagi.." Dengan alasan macam tu,ramai lelaki yang offer diri jadi pelanggan pusat spa dan perempuan pulak disalahkan.Kaum isteri pulak,menyalahkan suami yang tak mampu kawal nafsu dan jati diri.Mungkin ramai lelaki yang berani makan luar tetapi tak berani nak sound isteri sebab kesian tengok isteri yang tak larat.

Kesian kepala hotak kau...

Langkah terbaiklah...pada aku, sebagai seorang suami adalah dengan berterus terang dengan "mengugut" isteri.Ugut main-main.Ugut nak gi pusat spa.Ugut nak carik lain. Manalah tahu...tiba-tiba isteri jawab ikhlas,"takpelah..saya benarkan abang kahwin lagi sorang sebab saya memang tak larat nak layan abang.."

Berterus terang mengatakan "anda tak tahan" kepada isteri anda adalah langkah yang paling bijak dalam menguruskan masalah horny di kala isteri sedang pantang atau mengandung.Solusi itu adalah solusi yang paling baik berbanding melampiaskan nafsu membuak anda kat pusat spa atau rumah pelacuran atau mencarik arbok.

Jangan under estimate nafsu anda tatkala first time anda menjadi bapa. Ramai dah yang tersungkur time critical tu.Lebih baik anda berlaku kejam dengan isteri anda sendiri berbanding anda berlaku kejam dengan isteri anda kerana anda membutuh seorang horny bitches yang lain.

Pengajaran dia pada aku, aku sendiri tak expect akan jadi seorang horny bastard ketika isteri aku mengandung dan dalam pantang sebab aku rasa aku boleh control.Tapi aku still rasa perasaan tu membuak-buak sehingga satu malam aku dah siap pakai baju nak keluar pegi pusat spa.Bila fikir balik,pergh...kalau aku pegi,macam mana aku nak hidup dengan rasa bersalah pandang isteri aku dengan anak aku? Kalaulah aku pegi malam tu,macam mana aku nak tahan rasa malu dengan anak aku disebabkan dia wujud kat dunia ni,aku pegi tibai minah pusat spa yang jual badan dia setiap hari?

Gila susah nak hidup macam tu.

Ni baru anak first,anak second nanti camne pulak? Adakah aku akan mengalami pengalaman yang sama macam apa yang aku lalui?

Wahai kaum isteri,perhatikanlah suami kamu bila kamu mangandung dan perhatikanlah suami kamu bila kamu bersalin. Nak senang,perhatikanlah suami kamu setiap masa. Suami yang meminta adalah lebih baik daripada suami yang tak minta langsung. Bergembiralah kalau suami anda horny dan dia carik anda.


Januari 07, 2012

Alhamdulillah Ada Blogger UMNO Yang Solat Wajib 6 Kali Sehari

NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaki hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

Sama dan serupa..!
Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya.

...............

Mulai hari ini,siapa-siapa
yang tidak menyokong perjuangan UMNO,
anda diminta memilih sama ada mahu
dilabelkan sebagai "suka khalwat" atau pun "peliwat."

Hanya ahli UMNO sahaja dibenarkan menggunakan gelaran
"Kuat Solat" dan "Pejuang Melayu Berdaulat."

Januari 06, 2012

Awkward Agama : Menjadi Bapa Cemerlang Bab 1

Langkah pertama untuk menjadi bapa yang cemerlang,adalah dengan membaca doa nak bersetubuh;


Bismillahirrahmanirrahim,
Allahumma Jannibnasy Syaitona Wajanninab Syaitonna Maa Rozakhtana.

Mungkin ramai tak tau,doa ini adalah pelindung paling awal untuk anak yang bakal dilahirkan kerana kalaulah jadi benih ketika itu,doa inilah yang akan melindungi anak kau daripada sejenis syaitan yang kerja dia memang menyakat baby.Aku tak ingat nama dia tapi orang selalu cerita pasal susu awal ibu sebagai sangat penting kepada baby...doa ini juga sama pentingnya kepada baby.

Diharapkan kalau boleh jangan lah diamalkan oleh couple yang belum berkahwin untuk meminta kenikmatan lebih dari Tuhan.

Dah baca doa ni,buatlah apa kau nak pun.
Ini adalah insurans Tuhan untuk anda dan bakal anak anda.

Bolehlah diamalkan untuk mula membentuk anak-anak Melayu yang berguna dan tidak merempit.

Januari 05, 2012

Siapa Mahu Jadi Guru Sekolah Menengah?

Ada sesiapa nak jadi cikgu sekolah menengah? Salah satu benda yang aku pelik mengenai cikgu2 adalah kenapa kurangnya laungan cikgu sekolah menengah yang mintak gaji diorang dinaikkan sebab buat masa sekarang..gaji cikgu sekolah menengah dan sekolah rendah adalah sama.

Tapi beban tugas agak berbeza. Cikgu sekolah rendah kes-kes selalu didengari...berak dalam seluar. Cikgu sekolah menengah? Gaduh.Pukul.Ponteng.Melawan.

Masalahnya, kalau kau cuba tanya2 cikgu sekolah rendah sekarang ni pun, bermacam-macam kes yang jadi dekat budak sekolah rendah.Sekolah wife aku dulu,seorang budak pempuan sekolah rendah ponteng sekolah..pegi layan foursome dengan 3 orang budak form 3. Member aku kat Temerloh,10 budak laki..1 budak pempuan tepi air terjun.

Aku pervert jugak masa kecik tapi takde la kecik mana. Aku rasa aku start tengok cleavage dalam magazine start aku darjah 4. First time aku rasa lain macam bila tengok TV adalah bila aku tengok satu series dulu2 tajuk dia "Santa Barbara" sebab dalam tu penuh dengan cleavage shots dan sebagainya.

Tapi aku tak pernah pun terfikir nak ajak classmate aku masa darjah 6 gi beromen belakang stor sukan.

Masalahnya...apa yang aku nampak, benda2 ni mesti jadi dekat family yang mempunyai ciri-ciri berikut ;

1. miskin
2. mak bapak kurang berpendidikan

Kalau benda camtu jadi dekat family sebegitu, menangis tak berlagu la mak bapak dia.Tapi ada jugak kes di mana family itu;

1. middle income
2. mak bapak ada pendidikan tertiary

dan bila terjadinya kes-kes anak buat malu dengan family...sesetengah mak bapak tak percayakan benda tu jadi sebab dia lagi percaya dengan cakap anak dia.

Kalau kau tengok sistem sekarang ni, budak2 jadi berani melawan cikgu sebab cikgu dah hilang kuasa. Tahukah anda..cikgu tidak dibenarkan merotan anak murid sekarang ini? Jadi,budak-budak apa takut? Buat silap...salahkan cikgu.Buat silap..salahkan classmate. Sebab diorang tau mak bapak akan backup diorang.

Aku selalu kena penampar dengan cikgu. Aku pernah kena halau keluar kelas Biologi aku. Tapi takde pulak aku terfikir nak saman sekolah sebab buat aku camtu.

Budak-budak makin tak berkualiti atau segelintir mak bapak yang makin tak berkualiti? Adakah anda, sebagai seorang mak bapak, mampu memberikan kepercayaan kepada guru untuk mendisiplinkan anak anda atau anda merasakan, anak anda tidak patut dirotan atau dihukum di sekolah. Adakah patut larangan guru melempang murid terus dilaksanakan?

Kalau benda ni tak dibendung tak mustahil akan terjadi kekurangan guru sekolah menengah.

Bincangkan.



Januari 04, 2012

Komen Dari Pembaca : Tergoncang Hati Bila Ada Orang Suruh Turunkan Gambar Anak Ambik Degree

Komen Cik Kamoo

Sebagai contoh keadaan realiti saya pernah berhadapan bila saya pernah pergi ke rumah saudara seIslam yang memang sokong PAS. Gambar-gambar Tok Guru (Nik Aziz) pun dorang gantung dekat ruang tamu ... mcm mana cerita pula? Itu memang betul rumahlah. Hukumnya sama juga ke mcm perenggan ini ---

"Dalam agama kita..dah kata,kau hias rumah kau dengan gambar benda hidup yakni gambar kau atau anak kau sekalipun...perbuatan kau tu haram."

Kalau mcm UMNO tu gantung gambar pemimpin dekat PWTC yang dianggap "rumah (kalau betullah)" memang sah2 semua orang nampak, tapi yang gantung gambar pemimpin di rumah kediaman sendiri tidak kiralah penyokong kerajaan atau sebaliknya ... apa yang patut kita katakan pulak?? Sebab kita tak nampak ....

Komen Anon

aku slalu tengok kat umah orang2 pas...gambar nik aziz ngan org besar2 pas digantung dengan gah kat dalam umah....tu ko tanak bising ke mantot?

Komen Cik Siti Fairuz

ye ke HARAM letak gambo keluarga kt rumah?? biar betol simantot ni..

tapi memang berdosa la ko saja tayang gambo ahli keluarga perempuan yg tidak menutup aurat kpd tetamu yg dtg umah.letak gambo wedding kt kepala katil pn kira HARAM ke? walaupn ini gambo benda hidup, tp bkn ke bole meningkatkn kasih syg?

Komen Anon

semua org paham dosa puja-puja gambar pemimpin ni, yg jadi isu kat sini bila mantot sebut hukum HARAM untuk letak gambar member famili sendiri.. aku tak taula iamBIG ni sj nk menganjing..atau kau la budak mentah hidung beringus. nk sarcasm taik hidung la!

Komen Anon

Mantot..tlg explain psl sticker kete yg ade lakaran muke tuan guru nik aziz tu plak..nk gak aku tau hukum org yg kuarkan dan tampal sticker je..salu je aku nmpk..

.............

Isk isk isk.
Takkan la susah sangat nak paham.

Ada ke dalam agama ni hukum khas untuk PAS dan hukum khas untuk UMNO? Ada ke aku tulis PAS letak gambar Nik Aziz HALAL? Print besar2 poster Mat Sabu tampal itu HARUS? Apa pasal pulak kau nak tampal gambar Nik Aziz kat kereta kau? Siapa Nik Aziz kau nak sanjung idolakan sebegitu sekali?

Kalau gambar yang kau tampal adalah untuk mengagungkan seseorang...senang cerita...tidak boleh.

Aku bukannya kata siapa yang letak gambar Nik Aziz tu betul. Cuma gambar2 Presiden UMNO tu dibuat terang-terangan..penyokong Nik Aziz tu letak gambar dia kat ruang tamu tapi itu dalam rumah dia. Macam mana aku nak nampak? Lagipun....Nik Aziz bukan pemimpin aku. Orang2 yang bersidang kat PWTC tu la pemimpin aku...nak tak nak pun diorang jugak la PM aku...

Kalau kau sayang sangat UMNO kau pegi bagitau diorang pasal benda2 ni.Kau sayang tapi kau tak nak betulkan salah diorang,tu bukan sayang..tu pak turut. Ikut membabi buta. Kalau kau sayang UMNO, pemimpin kau buat kerja haram...beritahu dia sebab mungkin dia tak tau dia buat benda salah.

Kau fikir aaa...

Tiap2 kali pilihanraya apa yang parti2 ni buat? Print poster. Satu, benda tu dah salah, print gambar pemimpin supaya orang ramai teringatkan diorang. Kedua..poster2 tu memang membazir sebab habis pilihanraya bersepah merata-rata..

Tapi...kenapa kita still buat jugak benda tu sampai sekarang?


...............

Komen Yang Rasional Bukan Emosi


Agak2 la klau nk biadap pn, klau bnci sgt la dgn UMNO, tp rspect la ckit sbg pemimpin ngr, jgn jd bodoh buta tuli la bro!

Malaysia negara berdaulat dan tercinta sgt la berada dlm kerugian bla dpt opposition party yg x support untuk pembngunan brsama2, plisz la psl gmbr, sume org taw kot gmbr mcm mn yg kta nk kata haram, stakat gmbr potret islam x menghalng pun utk digntung.Pathetic bla trlmpau obses.



...............

Encik Rasional Bukan Emosi,
Anda yang obses.
Mungkin anda juga obese.




 
 
Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat.(Link)
............

Hanya kerana satu benda tu semua orang buat 
tak semestinya menjadikan benda tu betul..