September 29, 2011

Gaji RM1500 Untuk Anda Kerja Sebagai Apa Saja Di Selangor

Skim gaji minima RM1,500 yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri Selangor pada 2012 mendapat restu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, ketelusan sesebuah kerajaan dapat diukur melalui penetapan gaji minima seperti ini yang diiktiraf kesatuan itu sebagai langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat. ”Kami merasakan itu adalah pemangkin bagi kerajaan persekutuan dan amnya kerajaan negeri (Selangor) sendiri kerana ketelusan yang dilaksanakan berlaku kerana (percambahan) ekonomi,” kata beliau dalam wawancara Fokus Berita bersama Tv Selangor.

Abdul Halim berpendirian perlaksanaan gaji minima harus dititikberatkan mana-mana pemerintah dan diselaraskan secepat mungkin untuk penambahbaikan status masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan. (Link)

.............

Gaji minima Rm1500.Ok ke? At least satu permulaan dah.Nak tunggu UMNO...kita kena tunggu orang-orang macam ni bersara dulu.

Sebelum ni aku rasa gaji minima kita RM700.Macam mana diorang implementkan? Entah. Tunggu la 2012. Tengok macam mana, sama ada sektor swasta nak ikut sekali ke tidak atau hanya tertakluk kepada sektor awam.

Kadang-kadang,kalau kau dengar gaji orang yang kerja, seolah-olah tak berbaloi. Aku jumpa staff gomen,umur dah 40 an..gred baru 17. Aku rasa 17 total gaji masuk elaun ada la dalam RM1300 camtu.Aku ada kenal seseorang..gaji dia Rm400 tapi dia kerja kawasan kampung la,dalam ladang.Gila..tak balik modal pegi balik kerja. Tak kisah la duduk kampung ke angkasa ke..RM400 kau beli barangan anak  2 orang sebulan dah habis.

Aku sendiri pernah interview dengan satu syarikat animasi bertaraf "MSC Status Company" (this is the biggest bullshit in the world) yang nak bagi aku gaji RM850. Alasan dia? Staff dia ramai...

Kalau kat Selangor dah dilaksanakan gaji minima ni..apa kata selepas ni kerajaan Selangor laksanakan peraturan overtime itu optional pada pekerja dan overtime WAJIB dibayar,takde alasan2 langsung.

Apa-apa pun, kebajikan pekerja haruslah dititikberatkan di Malaysia. Dalam bab pekerja vs majikan..selalunya pekerja selalu mengharungi arus deras yang takkan mampu dia redah. Yang mampu tolong pekerja? Akta pekerja yang protect rights pekerja...dan memastikan pekerja kerja dan dibayar.

Berapa orang pernah kerja secara free kat sini? Dulu aku tiap2 hari kerja free. Masa aku kerja "MSC Status Company" la....bullshit.

Kembalikan middle class people.Dan kembalikan hak bekerja orang local yang dah diambik orang luar. RM1500 untuk jadi tukang sapu di Selangor adalah satu prospek kerjaya yang agak menarik.

Wujudkan senario itu.

28 ulasan:

NaniE berkata...

tiba-tiba teringat masa dioffer jawatan pensyarah, tapi nak bagi rm 900 je..

dark berkata...

enough said mantot!..
betul tuh..
gua sokong...
yg aku hairan skang, ade gak SEGELINTIR graduan uitm masih nk bersyukur dengan kerajaan pusat atas kemajuan yang telah diberikan pastu kondem kerajaan negeri..dowh tul!!

Dr. Ben berkata...

Nanie,

pensyarah kat mana dan tahun berapa masa apply tu?

NaniE berkata...

kolej swasta. tahun 2006

abg din berkata...

aku rase kalau syarikat swasta nak implement gaji minima 1500 susah sket kot...especially company2 kecik yg kdg2 bos tiap bulan pun x de amik gaji, yg kdg2 income hanya lepas utk byr staff 2-3 org (YG KERJA MAIN2!!!! TAK PERNAH KERJA FREE PUN MALAH DATANG OFIS PUN LAMBAT), yg kdg2 byr bil2 utiliti selang sebulan (sbb klu byr bulanan nnt x lepas byr staff pulak)...kalau takat kerjanya masuk ofis, angkat tepon, jawab tepon, pass kan line, update blog, chatting YM, takkan nak byr 1500...

Kapultek berkata...

Jangan jadi mcm filipina, middle income group lenyap.....ada org kaya n miskin shj......

Adlilatun Nur berkata...

... Betul tak betul raja nong tu nak suh org dok bandar takyah pakai keta. Baik lg bg option turun harga keta.

Che Lin berkata...

kalau 1500 bg kat tukang cuci, kira berbaloi dgn keje diorang.tp tak berbaloi kalau tukang cuci adalah warga asing...especially jenis yg masuk mesia konon nk jd maid, tp lepas sehari keje terus cabut cari keje tukang cuci dgn company, pastu demand byrn tinggi.fuhhh

Tanpa Nama berkata...

tot aku rase staff gomen yg ko knal tu dia kene tindakan tattertib kot sbb tu gaji menten Rm 1.3k campur elaun walo dah 40an. hahaha..

aku dlu 8 tahun jdk gred 17 sblm naek 41.. dr gaji basic RM 600 hingga slps pelarasan dan gaji last aku kt gred 17 ialah RM 2300++ campur elaun

berkata...

Kaya juga kerajaan Selangor ya. Kalau produktiviti meningkat bila gaji minima ni dilaksanakan, bagus la.

For the sake of simplicity, aku rasa ada dua perspektif untuk bincang gaji minima untuk sektor swasta:
1. Pekerja
2. Majikan

Sebagai pekerja, sesiapa yang makan gaji pun seronok bila dapat gaji minima macam ni. Tak kira la despatch ke, atau executive, kerja cikai pun bulan-bulan minimum RM1500 masuk poket, siapa tak suka.

Tapi sebagai majikan, bergantung pada saiz syarikat, gaji minima RM1500 mungkin membebankan. Contohnya, syarikat multinational dengan income juta-juta tiap suku tahun, memang la takde masalah. Tapi kalau syarikat yang income lebih teruk dari kontraktor kelas F, apa cerita?

Takkan overhead cost lebih tinggi dari sales/income? Lama-lama semua bungkus.

Aku rasa cuma perlu common sense. Gaji minima pukul rata tapi tak consider kemampuan syarikat-syarikat kecil nak menampungnya, takkan ke mana jugak. Tapi, kalau syarikat untung besar masih taknak kongsi keuntungan dengan pekerja, tu cerita lain.

Pekerja tak boleh dengan mentaliti tunnel vision. Nak dia je menang. Majikan pulak tak boleh tamak. Kena win-win. Common sense. Tak perlu kerajaan masuk campur pun, semua boleh prosper.

Sikit-sikit nak harap kerajaan masuk campur. Tak perlu kot.

Oh tu baru pekerja/majikan. Belum lagi ambil kira perspektif investor.

kueh bakar berkata...

swasta tak boleh buat.sebab level untung tak sama.ada company untung banyak.ada kompany untung skit.ada juga rugi tapi terpaksa teruskan operasi...

tanda dia satu, kerajaan selangor pandai cari dan jaga duit.berebut2 la orang mahu cari kerja dengan gomen selangor..

cuma, kualiti kerja.produktiviti. tidak 'mengular'.satu persoalan..

Edward Khil berkata...

BRO BRO KALAU NAK JADI BUDAK BANCUH KOPI ATAU SETIAUSAHA PERIBADI TAKKANLAH SERIBU STENGAH JE BRO

APE NI BRO

bakaruddin abu berkata...

bagi aku..
bagusla klu kerajaan selangor nk buat langkah cmtu at least dorg dh buat satu bench mark yg bagus dan dpt memberikan kelebihan buat rakyat..

ape yg aku xphm dgn sikap berpolitik masyarakat kita..
kite kadang2 terlampau taksub smpaikan kita lebihkan parti politik dr nasib rakyat tu sendiri..
contohnya, bila kerajaan pusat umumkan psl skim rumah pertamaku..org2 PR dok sebok nk balun kerajaan ckp mcm2 dan ble kerajaan selangor plak buat approach ni..org kerajaan plak ckp mcm2..

kamonla..ape yg kte kene buat adalah memperjuangkan naseb kite, bkn naseb ahli politik kite..

Tanpa Nama berkata...

nak gaji bnyk productivity kena tinggi! kalau tukang smpah misalnya - gaji tukang sapu dgn gaji driver lori sapu, ada beza tak gajinya? skillnya? productiviti nya? mesti la ada.
tapi kalau si tukang sapu tu dah yg tak pernah nak tunjuk enthuthism utk upgradekn diri jadi tukang bawa lori sapu - bolehkah dia di-upgrade jadi driver lori sapu?

*upgrade diri*
*jgn sentiasa di takuk lama*
*jgn berenti belajar*

Tanpa Nama berkata...

boleh ke letak minimum gaji nie?takut janji manis

wootwoot berkata...

banyak yg x setuju dgn idea ni sume pkerkn psl sektor swasta.n btol ia sgt mmbebankn bg company yg kcik.

so idea gaji minima 1500 ni perlu dikaji blek.ni bkn idea yg buruk, tp idea yg kurang sesuai bg cmpany yg kcik.tapi haruslah waji dilaksanakan utk yg bkerja gomen.

Tanpa Nama berkata...

nasib majikan yg kena tipu dgn pekerja macam mana pula?

cth:
datang kerja tapi buat kerja 'lain' - freelance jurugambar orang kawin

datang kerja tapi lepak kat pantry sampai berjam2 dan borak2 tak habis dari masuk kerja sampai kat car park bila balik kerja


tipu syarikat-client patut order dgn syarikat tapi dia potong jalan jadi client order dgn dia

hari ni cuti sebab nenek kawin, esok cuti sebab atuk kawin, lusa cuti maid kawin, tulat cuti sebab atuk kawin lagi satu

patut waktu kerja, kerjalah tapi asyik berfacebook, bergayut dgn tunang munang kat hphone, berblogging, bertwittering, berediting gambar tunang utk letak kat desktop dll

1500?? berbaloikah? siap dgn kwsp n socso lagi.berbaloikah?

Mantot berkata...

gaji minima ikut jam..camna?

berkata...

Tak perlu gaji minima.

Aku rasa, yang terbaik masih lagi gaji ikut prestasi. Bergantung pada prestasi pekerja dan prestasi majikan/syarikat.

Dan yang ni bukan saja applicable pada swasta, sektor awam pun boleh. Tapi sektor awam kena tadbir ikut sistem swasta la.

Kerja tak elok, warning. Kalau berterusan, buang. Buat apa nak simpan sampai pencen kalau kerja tak betul?

Bukan ke gaji ikut prestasi ni lebih adil bagi kedua-duanya? Kenapa nak gaji minima yang belum tentu adil pada semua?

Kebajikan perlu adil. (Perlu ingat, adil tak bererti samarata) Kalau tak adil, sia-sia lah.

Walaupun hidup makan gaji, tapi tak semestinya mentaliti pun makan gaji jugak. Tak suap, tak jalan.

norshakeela berkata...

aku dgr gred 41 naik 25 peratus hahhaha

Tanpa Nama berkata...

Banyak syarikat tidak telus mengenai akaun. Ada syarikat kecil yang bayar gaji kecil kepada pekerja. Tetapi pemilik syarikat tinggal di Singapura atau London. Kalau Mercedes mampu dibeli, maknanya berduit lah tu. Majikan perlu adil. Pekerja jangan curi tulang sambil terlalu mendesak dan bodoh sangat sampai tiada inovasi kepada proses.

saya berkata...

tang Raja Nong Chik cakap pasal kereta tu, mmg xsetuju. kereta sekarang ni 1 keperluan.

sebab apa?

sebab pengangkutan awam terutama kat bandar sesak mcm KL ni, sgt2lah teruk!

cuba public transport bagus, on time, convenience, sure org xbeli kereta. naik public transport kemana2 je..

eh, Raja Nong Chik tu, Menteri WP kan?cuba 1 hari dia g office naik public transport mcm rakyat biasa.

Laici berkata...

gaji minimum ikut kelulusan la..takkan cleaner tak ada spm, nak bg minimum smpai rm1500? takkan keja pizza hut, gaji minimum rm1500..kalau kerja kerajaan pn sama..ikut kelulusan yg ada..skrg nih, ada diploma, mnta kerja,tpi bagi gaji,rm1100, rm1200..

Henzy berkata...

Gaji minimum ikut sektor la.

Kalau sektor sapu menyapu, pembersihan ker atau kerja2 buruh ni maybe boleh buat ikut jam atau ikut keluasan kawasan yg dia cover.

Kalau sektor swasta dlm ofis lak mmg boleh ikut kelulusan. Tapi mmg kena ada gaji minimum la. Pastu kenalah bergantung kepada taraf company tu, besar ker kecik ker utk set gaji minimum.

Company plak tak perlula simpan biawak hidup atau mereka yg tak perform.

Gaji minimum ni patut dilaksanakan sebab apa? Sebab kos hidup dah makin tinggi kat mana2 pun dan ini salah satu cara utk menghapuskan kemiskinan dan hidup gelandangan.

Rumusannya, saya sokong tapi ia perlu diperhalusi sbb kat Malaysia ni rakyat dia mcm2 hal!

Tanpa Nama berkata...

nant rakyat selangor kolah takat darjah 6 jer...coz dah kompom gaji 15...apa cer

Tanpa Nama berkata...

ah..kalau nak gaji min 1500 senang je, tapi pembancuh kopi ke mat despatch ke kena upgrade lah kerja...kena buat mcm2 kerja baru layak dpt 1500...lepas tu jgn konplem sbb byk kerja...

Aslina berkata...

aku baru lepas kene saiko smalam dengan sorang lecturer yang cakap...

mana2 company skang slambe badak je hired org2 dari negara lain yang sama level ada degree dan pengalaman lagi gempak lagi best mcm kitorang dengan bayaran RM900 (separuh dari kos nak hired kitorang)

seriously aku dah rasa terancam.

bila gov kita nk betul2 strict dengan warga asing nih???

buat aku terasa nak migrate pi negara lain plak. tapi kalo dah education aku dalam malaysia je... takleh nak mimpi la keje gempak sangat standard skill ngan education yang aku ada.

maybe dapat jadi tukang sapu jalan kat mana2 negara best2 pon dah besar rahmat agaknya aku nih...

bengang plak aku dengar ada golongan yang taraf hampir professional dari negara2 miskin yang sanggup susup2 masuk malaysia pastu offer diri keje ngan gaji lebih murah.

ahh... memang tak adil. huhu.

cekgu skema berkata...

aku ade terbace pasal bende ni...S/U menteri besar selangor, puan faekah bgtaw pelaksanaan gaji minimum ni untuk anak syarikat kerajaan negeri selangor...betulkan aku jika salah...

http://www.kl-today.com/2011/09/mtuc-puji-usaha-gaji-minimum-selangor/

http://www.nescafeais.com/selangor-laksana-skim-gaji-minimum-awal-tahun-2012/

http://www.harianmalaysia.my/berita-terkini/selangor-laksanakan-gaji-minimum-rm1500/