September 14, 2011

Awek Berbaju Merah Yang Lazat dan Kentang


“Ya, wanita itu adalah bekas teman wanita saya dan lelaki dalam gambar itu adalah saya. Gambar ini diambil sekitar 1 tahun lepas, sebelum saya membintangi drama Juvana.”

“Saya hairan bagaimana gambar peribadi saya boleh tersebar begini. Tetapi saya tidak mengesyaki sesiapa lagi buat masa ini.”

“Saya masih menyayangi dia dan kalau boleh saya teringin nak jumpa dia semula.”


...................

Aku tak kenal pun siapa dia ni,yang aku tau dia pelakon drama.Tidak ada langsung perasaan malu dan rasa bersalah apabila gambar begitu tersebar. Baca balik ayat dia..cool aje. No harm's done. Mungkin taktik sama digunakan oleh pelakon-pelakon kita yang dah terkantoi video blue. Buat rilek aje macam takde apa dan salahkan benda atau orang lain.

Aku pelik kenapa orang Melayu ramai yang "terkejut" apabila ada orang nak keluar agama. The signs are everywhere.Islam itu tidak cool.Islam tidak membolehkan seorang lelaki cium gelfren dia.

Berapa ramai orang Melayu nak cium gelfren dia?Berapa ramai gadis Melayu nak jadi gelfren "celebrity" ? Ramai..Mana lagi senang? Peluk cium gelfren atau cuba tahan diri dari peluk cium gelfren? Mana lagi sedap?

Dan orang2 macam lelaki kat atas tu la yang akan diangkat sebagai idola oleh media kita.

Pandang sekeliling...Cuba kira...berapa ramai artis yang dapat pangkat sebab sumbangan kepada industri hiburan?Sangat ramai....aku boleh sebut beberapa orang Senator, beberapa orang Pengarah filem berpangkat Datuk..beberapa penyanyi berpangkat Datuk...

Cuba bagitau aku,siapa tokoh yang dapat pangkat sebab sumbangan dia kepada agama orang Melayu?

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ayat pertanyaan last tu ,terbaek... gambar bik mama mase mude ade tak??

Adlilatun Nur berkata...

:)

Cik Siti Fairuz berkata...

macam ni la org malaysia.. artis dijadikn idol. artis buat apa semua pn betul.. kalo pelakon wanita mcm si fida & lisa di lamar mat trompet/badut..satu malaysia frust!
ada ke korang sedih bila perempuan2 solehah lain yg bukan artis dikebas org? tak sedih ke kalau golongan yg baik2 kat malaysia ni semakin berkurangan?

Tanpa Nama berkata...

Sgt lazat awek berbaju merah itu.bernafsu juga aku melihatnya.

Muhyiddin Yasin berkata...

Dua2 ekor jantan betina ni sama2 haprak tak endah dosa pahala. Bangga lak tu berpeluk. Macam mana mana mak bapak dia orang agaknya?

Fadhelectraz berkata...

ayat statement buat aku facepalm. =.='

LS berkata...

adehh.mana malu dia weh?

fuad ansari berkata...

bila yg haq kelihatan seperti batil.. dan yg batil kelihatan seperti yg haq...

Encik Khairi berkata...

Ada bro, Datuk Tn G Nik Aziz.

ZON152 berkata...

ada mantot..Datuk Ismail Kamus

Tanpa Nama berkata...

ni ghibah (mengumpat) namanya ni..menceritakn ttg keburukan org..

me-layu berkata...

Mantot, agama orang melayu?
yang mana? asal nya atau converted ?

Miss Red berkata...

biasala..ramai orang mcm2..islam hanya pada nama..So kena muhasabah balik..

Tanpa Nama berkata...

sangat betul! there are so many people deserve such appreciation. doctors, engineers, teachers, even tukang sapu sampah sekalipun, bukan desperate nak penghargaan, sekurang2nya inspire orang lain untuk lebih berjaya. peace :) -ana-

Master Yoda berkata...

Tepat dan padat lu bagi mantot..hahaha...

Dr. Ben berkata...

well said

Tanpa Nama berkata...

knp tlg sebarkn gmbar xelok die??at least blur kn muke die ke ape ke..ini care menasihat yg bek ke?atau care mnyebarkn aib org len?