September 15, 2011

Film Review : Remember Me

Rasa untuk menonton sebuah filem yang dari awal lagi diberikan komen-komen negatif dari media hanya kerana pelakonnya adalah watak utama sesuatu filem yang boleh dikategorikan cheesy dan memualkan adalah sesuatu yang agak sukar kerana minda sudah tetap,filem ini suck kerana pelakon itu suck.

Begitulah juga yang terjadi pada aku pada mulanya aku menonton filem "Remember Me" lakonan Robert Pattinson.Robert Pattinson dalam sebuah filem drama keluarga? Agak payah dan skeptikal aku pada mulanya untuk menerima pelakon watak Edward Cullen dalam Twilight dan Cedric Diggory dalam Harry Potter melakonkan watak manusia normal.

Begitulah juga rasanya bila aku nak menonton filem lakonan Zac Efron seperti "17 Again" atau "Charlie St Cloud." Macam mana harapan anda kepada sesebuah filem kalau kumpulan Senario berlakon dalam sebuah drama berat?

Aku agak terkejut dengan Robert Pattinson. This guy can really act. Agak menarik untuk melihat bagaimana dia mahu lari dari cliche filem Twilight untuk menjadikan dirinya seorang aktor yang diangkat lebih serius oleh media.

Macam tu lah aku rasa bila mula menonton filem Remember Me ini.

Filem Remember Me ini mengisahkan mengenai sepasang kekasih,Tyler (Robert Pattinson) dan Ally (Emillie De Ravin,salah seorang daripada 3 awek hot daripada siri klasik Roswell) yang bertemu selepas masing-masing dalam hidup mereka mengenali tragedi buruk dalam usia muda.Tyler kehilangan abangnya akibat bunuh diri dan Ally kehilangan ibunya dalam kes rompak dan bunuh yang berlaku di depan matanya.

Ada elemen filem "She's All That" apabila perkenalan mereka bermula kerana suatu dare betting tetapi pada aku itu sajalah unsur-unsur filem ini yang agak ganjil.

Apa yang cuba dipertontonkan dalam filem ini adalah lebih kepada nilai-nilai kekeluargaan di mana Tyler cuba untuk memperbaiki hubungan keluarganya yang telah berpecah belah selepas ibu bapanya bercerai dan adiknya,Caroline merasakan bapa kandungnya,Charles lakonan Pierce Brosnan (James Bond) seolah-olah melupakan keluarganya kerana terlalu menumpukan diri pada kerja.

Ally pula cuba untuk hidup dalam satu dunia yang dikongkong teruk oleh bapanya selepas bapanya jadi skeptikal dengan dunia luar akibat daripada kehilangan isteri dalam insiden bunuh di stesyen keretapi bawah tanah.

Ada beberapa adegan  standard untuk drama cinta yang cuba ditonjolkan tetapi secara dasarnya filem Remember Me ini adalah filem drama keluarga yang mempunyai mesej yang agak kuat dan menonjolkan kehidupan sebuah keluarga Amerika yang selalu kita lihat pada filem-filem drama yang lain.

Tragedi boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita sedari.Walau bagaimanapun kita cuba mengelakkan diri dari kejadian buruk, akan terjadi sesuatu yang di luar jangkauan kita.Satu-satunya benda yang kita mampu teruskan adalah hidup sebaik yang mungkin tanpa ada rasa takut. Aku rasa itu mesej filem ni.

Highly recommended jika anda suka dark drama mengenai kekeluargaan dan Robert Pattinson.

Yang terrakhir, jika anda ingin menonton filem ini, tontonlah tanpa membaca apa-apa ulasan atau perbincangan mengenainya. Tontonlah dari mula dan perhatikan tanda-tanda yang wujud dalam filem ini dan pasti, bila penamatnya muncul, Remember Me akan menjadi sebuah filem yang akan duduk di dalam kepala anda sampai bila-bila.

ps - please..jangan spoilkan filem ini untuk mereka yang belum menontonnya. 

17 ulasan:

mr edz berkata...

cerita porno ada?

belogkiter berkata...

cerita ini memang sangat best.. ada kisah cinta.. tapi mesej yang ingin disampaikan ialah sebenarnya kasih sayang seorang ayah tu...

Darus Interferon berkata...

aku ada perasaan bercmpur2 jugak masa tengok filem ni. sudahlah pacing slow, rebel, tak puas hati, dlm masa nak jadi abang dan kekasih yang baik. tapi ku lyankan lah sehingga babak akhir. hehehe.

aku teruja jugak bila dpt tau yang dia terlibt di belkng tabir untuk movie nih.

Tanpa Nama berkata...

bukan ending die.. die mati runtuh mase wtc hancur ke? =.= wakakka

intan izani berkata...

jalan cerita agak boring. tapi ending nye buat the whole story jadi not bad.

and yes, robert pattinson can really act.

Solahuddeen berkata...

banyak kali gak tengok.

just azura! berkata...

saya suka cerita ni. first time tengok sebab rob pat of course, second time tengok sebab cerita ni best. third time tengok sebab rob pat and cerita ni best. hehe..

spanardotorg berkata...

crite ni bila kuar sbnrnye?aku donlod lama dh tp bru tgk..btl2 11 sept..haha.kebetulan kot

overall acting = 7/10
storyline = 7/10
buat aku engage = 6/10

bleh ler thn..hehe

aku nak rekemen ko tgk columbiana mantot..cer try

sapphire berkata...

setuju.watak Robert Pattinson menjadi. dan tak sangka ending dia pasal september 11 :)

KePOchi LaTTe berkata...

pernah tengok cerita ni tapi x habis...lupa lak kenapa x tengok habis... tapi satu lagi filem yang berunsurkan kekeluargaan dan cinta yang memang melekat kat kepalaialah 'A Walk To Remember'.... sangat best n bisa buat menangis....

Amoi berkata...

cerita ni memang best weh. I can still remember ever scene in this movie.

paling tak best, kesian adik dia eh masa rambut adik dia kena potong :(

but then I am touched bile Tyler protect adik dia dari kena buli dalam kelas.

This guy can really act!

[AMR]ReenaRawee berkata...

cerita ni memang best..
tapi ending, giler terkezut den..

zaty hanyut berkata...

aku ada certa nak share gak Mantot.. Sunshine Cleaning,kalau ko tak tgk lagi memang kena tgk sbb best sgt, pelakon pun mmg hebat2 .. B

ephol berkata...

aku tak perasan langsung 'hint' tarikh kat papan hitam kelas adik dia tuh... sampai la part ending....

Asyiqin Yunos, berkata...

I think the best part of the whole story are when robert pattinson sgt protect adik dia. The way he's so mad when her sis kene buli and the way he always cheer her sis up and always be there for her. Inspiring, lovely, sweet.

mushroom berkata...

kat mana aku leh download citer ni? eheh

ayunda maajis berkata...

dh tgk citer ni..rs mcm watak robert dlm citer ni lebih kurang sama jer cm twillight iaitu byk diam..tp ok la..