September 13, 2011

Robert Pattinson Datang Menemani Tidurku


Semua pembaca lama mesti tahu yang aku ada "guy crush" dengan Robert Pattinson.Semalam sebelum tidur,aku pun melayan filem "Remember Me" lakonan Rob (nama manja aku berikan kepada hero Twilight itu)

Sehinggakan aku termimpi mengenai Rob.

Dalam mimpi itu aku dan dia adalah kawan baik.Aku dan dia berjalan-jalan di taman,aku dan dia berborak-borak dan berbual mengenai macam-macam. Aku rasa ada kitorang gi shopping sekali kat kedai runcit. Anehnya,Robert Pattinson dalam mimpi aku pandai berbahasa Melayu.Mungkin itu terjadi kerana aku adalah seorang penyokong penuh PPSMI dihapuskan di sekolah rendah.

Agak lega bila aku terjaga kerana tidak terjadi apa-apa adegan hangat antara aku dan Rob dalam mimpi aku. Bagaimanakah perasaan aku kalau aku mimpi aku berpegangan tangan dengan Rob? Nasib baik tak terjadi dan kami berdua dalam mimpi aku tau sempadan pergaulan masing-masing.

Duduk bersendirian menunggu isteri habis cuti bersalin kat kampung memang sesuatu pengalaman yang agak lonely dan pelik-pelik. Kaum isteri, jangan dibiarkan suami anda berseorangan lama-lama.

36 ulasan:

Fadhelectraz berkata...

sabar je la tot. ha3

SembangKongkang berkata...

congratz mantot for the new born ;)
jadi bapa jiwa kene kental bak kentang goreng mc d

Marhaen Kacak berkata...

haha..takpe bro..tak lama lagi beraya la tu

Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

mr edz berkata...

kena puasa 100 hari la jawabnya

Kim J berkata...

da jd bapa ye..congrats!

Apalagi mantot..ajak bini balik.belajar jaga ibu dalam berpantang dari mak mertua.mesti boleh punya...

Hikari berkata...

sebenarnya nk bgtau "isteri saya dah selamat bersalin" hehe..

congrats anyway.. jagalah 'amanah' itu sebaiknya

LS berkata...

congrates bang dah jadi abah.
apa nama anak tuh?

anaid berkata...

anak lelaki ke puan?..
TAHNIAH...!

isopto berkata...

terima kasih membantu menyelami
perasaan suami2 yang isterinya sedang berpantang!

bujanglagi.. berkata...

bersalin normal ke atau operate?
tlng jaga pantang bro.. skang pelik la.. knapa ramai pmpn bersalin secara pembedahan?

Tahniah! :)

aishah jamrek berkata...

kenapa lelaki suka hantar isteri balik kampung masa berpantang? jaga la sendiri kat rumah..

perempuan melayu islam berkata...

to aishah jamrek..

aku rs ko ni x kawin lg dan tak beranak lg.bg aku pompuan kalo bsalin anak 1st especially nya mmg sgt memerlukan bimbingan mak yg dok kat kg tu.ank 1st..takde pengalaman lg beb.ko ingat sng nk berpantang sorg2 tanpa ada guideline org tua??kalo ank dah 2-3 org lainla dh tau pantang larangnya.nk suruh laki jg camne..laki sendiri keje.bknnya laki blh ikut sama cuti mcm isteri dlm pantang.takde salahnya pantang kat kampung.lg pun ada baiknya duk jauh2 time pantang ni.jumpa seminggu sekali..rindu-rinduan jd mainan..dah mcm org bercinta balik.ni pengalaman aku la..

buruh berkata...

bukan suka-suka nak hantar. dah bini nak balik kampung. lagipun mak dia nak jaga. banyak pulak pantang larang. apa salahnya?
kalo ikut hati, memang aku nak jaga sendiri. tapi hati lebih tenang kalo ada orang tolong jaga (guide) bini , anak sementara pantang. ulang alik balik kg pun tadahal, asal anak bini selamat.

Cik Siti Fairuz berkata...

takut juga dpt mak mertua yg garang, nk tumpang berpantang takut hati tak tenang...
sbnr takut kena tegur "asyik tido je menantu aku ni" kihkih

aishah jamrek berkata...

wah, perempuan melayu islam marah betul ya.
maaf la, nama pun beri pendapat kan. for me, it depends on individual jugak kan.. yelah cuba bayangkan perempuan takde mak, how? i think man boleh jaga wife if he wants to.. tentang ilmu, boleh dicari..dalam mags, internet, books..
oh by the way, my daughter already 1 year plus.. and of course im married.. =D masa pantang, husband taknak hantar balik kampung, he managed himself.. chill!

aishah jamrek berkata...

en buruh, maaf ya cakap.. memang bukan senang nak jaga perempuan dalam pantang.. so, untuk keje yang bukan senang tu, kita pass kat mak yang mungkin dan tua..hurm....

Cik Siti Fairuz berkata...

@aishah jamrek

setuju ngn ur statement utk yg takde emak & emak pun dah tua..my sister tu berpantang sorang2 dia je suami-isteri 1st child masa kt UK dulu..ok je sihat. cute je tengok husband dia masak pagi2 sblm pi kerja, petang blk cucikn baju..Alhamdulillah

'perempuan melayu islam' takpayah la guna word islam tu..hang pakai je 'perempuan melayu normal yg tahu nya nak susahkan org tua kat kg' chill!

aishah jamrek berkata...

thanks cik siti fairuz coz memahami maksud saya :)

Hikari berkata...

ala takyah la nk gaduh..

ikut la kesesuaian masing2.. peace!

buruh berkata...

oh ok. weekend ni aku nak gi amik bini aku.
mantot, bila ko nak gi amik bini ko & jaga sendiri?

Tanpa Nama berkata...

hahaha..biar ajela kat umah mana2. kasi rehat cukup2. kang bentan lak kang..adoi!

JR berkata...

bahaya2..rob patty ni pn bleh jd mmpi. mmg kritikal nih

Tanpa Nama berkata...

haha.aishah jamrek power.tabik.suami lu mmg power.tabik.

Faceberuk berkata...

SEMUA LELAKI GAY, YG MEMBEZAKAN HANYA TAHAP KRITIKALITI.

perempuan melayu islam berkata...

emonye cik siti fairuz..salah ke sy ltk nama sy perempuan melayu islam?habis tu takkan nak ltk nama perempuan melayu kristian kot.dh mmg agama sy islam.lg satu sy nk tanya ni..adkh awk menganggap semua yg pantang dgn mak kt kg tu menyusahkan org tua?kalau mcm tu mmg ramai la org kat dunia ni yg menyusahkan org tua ye.baguslah awak ni cik siti fairuz,anak yg baik..beruntung mak bapak awak ye.

perempuan melayu islam berkata...

emonye cik siti fairuz..salah ke sy ltk nama sy perempuan melayu islam?habis tu takkan nak ltk nama perempuan melayu kristian kot.dh mmg agama sy islam.lg satu sy nk tanya ni..adkh awk menganggap semua yg pantang dgn mak kt kg tu menyusahkan org tua?kalau mcm tu mmg ramai la org kat dunia ni yg menyusahkan org tua ye.baguslah awak ni cik siti fairuz,anak yg baik..beruntung mak bapak awak ye.

Siti Syawal berkata...

tahniah mantot =)

paknusia berkata...

tot, rilek ar.. lgpun kena pantang 'bersama' 100 hari. tp takpe, cara lain kan bole buat hehe!

anyway, tahniah ye. bwk2 besabar ye takut kang binik kena pantang lagi taun depan lak huhu

ina berkata...

alah pantang mana2 sama je...yg penting tau jaga diri n baby..

aku, anak 1st..mak yg jaga...tapi aku sbg anaknya byk kecil hati...laki aku pun kecik hati...sampai aku sendiri belah bagi nak jaga hati mak or laki?

anak 2nd? duk umah sendiri....pantang sendiri2 lah....pagi2 sblm laki aku gi keje, die tungkukan, die masak lauk utk malam, die basuh baju baby, setelkan anak 1st, siap pakaikan bengkung aku....aku rase ok lah...tak se-stress mase anak 1st sbb nak jaga hati byk pihak....maklumlah org dlm pantang pun emosi nye semacam....

apapun tahniah mantot...selamat menjadi bapa...semoga anak menjadi soleh/solehah....

Tanpa Nama berkata...

gay ke apa.

sherliza berkata...

pendapat aku, ikut sukalah siapa nak jaga taim pantang...kekadang ada mak yg offer nak jaga, kekadang kita tak sampai hati nak menyusahkan mak bapak...itu pilihan masing2.

takyahlah masing2 nak tunjuk ego siapa hebat plak taim jaga pantang. kalau bini mantot suka nak balik kg, sebab mak dea nak jaga biarlah...y do u have to question their decision.

atau bila husband dea seorg istimewa bila sanggup nak jaga time pantang itu dah kira best dah tuh. y being synical towards that.

haih..macam2, mantot - tahniah utk ahli keluarga yg baru :) kalau sudi uploadlah gambar permata hati.

rob berkata...

kadang2 org tua kita ni bukan nye kenal erti susah penat, diorang lagi gembira sbb dpt jaga anak dan cucu diorg..xde salahnya pon hantar isteri balik kg. unless kalau org tua kita dah sakit tenat, tu mmg digalakkan la nk anta isteri n anak balik kg.

And please jgn selalu sgt condemn tindakan org lain just sbb cara korg berbeza. semua bnda ada pro n kontra die. yg penting in the end, isteri n anak selamat dan sihat.

Tahniah mantot, lpas 21 tahun, jgn suro anak kau pangkah BN kalau kerajaan Malaysia skarang ni jadi semakin TERUK.

rob berkata...

ops typo, TAK digalakkan!

Mantot berkata...

kau kah itu robert pattinson?
aku lonely...

star berkata...

kerana baca entri mantot psl robert pattinson (start dr review twilight),aku pun jadi minat kat dia...haish...

Tanpa Nama berkata...

celaka abis muntah nasi lemak yg baru aku telan tadi.hahah