September 28, 2011

Gua Sudah Pasang Cable Baik,Asal Gua Dapat Habuan,Gua Gembira dan Senang Hati

Semenjak dua menjak ni aku jarang ada rumah,aku selalu ulang alik ke kampung isteri aku,tengok anak. Jadi kadang-kadang bila duduk lepak-lepak dengar orang-orang kampung dan saudara mara mara diorang bercerita agak kelakar. Selalunya topik takkan lari dari politik.

Macam kampung aku, dulu memang tak ngam. Semayang Jumaat pun lain-lain Masjid,lain-lain Imam..Salah satu benda yang aku paling tak suka dengan orang PAS adalah benda ni. Taksub benar dengan kepartian sampai solat kat Masjid yang Imam dia Kerajaan BN lantik pun dia kata tak sah.

Tapi ni cerita dulu la..sekarang ni dah lain pulak cerita dia lepas PAS pulak perintah Kedah. Aku tak tau pulak macam mana sekarang ni sebab last sekali aku balik Kedah adalah bulan 3 aritu,ada kenduri sket.

Kampung isteri aku pulak adalah kawasan kubu kuat Barisan Nasional tapi aku tak bolehlah nak kutuk lebih-lebih sebab ADUN situ pakcik member aku. Tapi macam biasa,semangat kepartian tu akan still wujud sehinggakan masa solat sunat Hari Raya hari tu pun...sebelum solat sempat wakil rakyat situ bagi sepatah dua ucapan ingatkan penduduk situ..pangkah BN.

Takpelah...dengar aje la.

Politik kampung ni sebenarnya agak kelakar. Selalunya pertelingkahan tu jadi sebab berebut jawatan Imam,berebut nak jadi JKKK Kampung.Tapi hari tu aku dengar satu kes yang aku rasa kerapkali terjadi di kalangan orang Melayu.

Ada seorang pakcik...seorang penyokong tegar Wakil Rakyat situ yang teringin nak pegi haji tahun ni. Dia punyala kepingin sangat nak pegi haji sehinggakan dia sanggup pegi jumpa Ketua Pemuda UMNO situ mintak recommendation.

Masalahnya....Pakcik tu dah pegi haji 3 kali sebelum tu jadi tak logik la dia dapat pegi tahun ni.

Jadi pakcik ni pun merayu-rayu...mintak tolong ketua pemuda UMNO kawasan tu bawak Pakcik tu pegi jumpa ADUN tempat tu sebab dia nak pegi jugak,tak kira apa cara sekalipun. Ketua Pemuda UMNO itupun bawak la pakcik tu jumpa dengan ADUN dan mintak sokongan beliau.

Tup tup tup...pakcik tu pun dapat la pegi haji untuk kali ke empat,kemungkinan besar membuatkan satu nama yang selama ni dalam waiting list akan dicicirkan oleh Tabung Haji semata-mata sebab Pakcik ni mendapat recommendation daripada ADUN kawasan tersebut.

Ketuanan Melayu bukan sekadar berlaku antara Melayu dan bangsa lain...ketuanan itu juga sebenarnya berlaku sesama Melayu sendiri.

Aku cukup anti orang macam tu.Selalu membuatkan aku tertanya...adakah kita perlu kenal "somebody" untuk membuatkan hidup kita berjalan lancar?

23 ulasan:

ejaMaria berkata...

berkat ke hidup macam tu?

azizol berkata...

entry best arini, terima kasih mantot..
kalo khutbah or kuliah kat masjid lebai putih lg best dr songkok hitam.. lebih straight to the point n topics yg dibincangkan lebih meluas serta xterikat ngan duniawi sgt.. asyik2 permuafakatan dan ulang psl kpentingan bersyukur je pun xbest gak..

bab org dalam tu kadang2 tu baik, tgk pada tempat.. tu xleh dinafikan..

Unknown berkata...

itu dah kira menganiaya.. melampau tu..

fatinizzati berkata...

macam tak berkat je pergi haji cara tu

PELiK berkata...

tak suka pakai orang dalam, bagi aku tak berkat. beribu orang yg lebih layak dan mampu tapi orang2 camni senang2 je dapat.

onlajer berkata...

Sekali aku terbaca catatan kau nie dalam hati terdetik rasa marah,terkilan,terkedu tak ada perkataan yang dipikir sesuai untuk bab pergi haji tuh,Kiranya orang dalam tabung haji atau yang menguruskanya sunguh tidak amanah.Tak terpikirkah tentang orang yang menungu giliran ketanah suci tuh.Mungkin daftar tahun nie dapat pangilan tahun 2030.jadi kalau dah berberapa mangkuk buat kerja macam ni,daftar 2011 jawabnya pergi 2050.Tapi sangka baiknya mungkin pakcik tu selalu buat sembahyang hajat untu ketanah suci

kak nini berkata...

kat kawasan rumah parents aku masih ada lagi benda2 ni...masjid umno, surau pas, surau wahbi, surau tabligh....

ps: aku pelik kenapa pas & tabligh macam tak ngam pendapat diorang..tolong explain.

mummy_icha berkata...

ya allah memang gitu la hakikatnya sekarang.selalu berlaku depan mata, dan setiap kali berlaku hati terdetik - sampai bila la nak mcm ni. penjenayah besar2 byk yg terlepas sebab ada 'somebody' yang cover.ikan bilis la yg akhirnya jadi mangsa sbb takde connection dgn somebody...

Tanpa Nama berkata...

orang yang guna "orang dalam" memang rasa seronok bila semua benda boleh setel.
Tapi suatu hari mesti kena jugak bila ada orang lain guna "orang dalam" yang lagi besar.
Baru padan muka.

LS berkata...

pathetic habis.
potong Q orang lain utk pergi haji. sedih! (kata Jai KL Gangster)

Paolo Balam berkata...

teori 'link' selalu disalahgunakan...seribu tahun kau meredah belantara, belum tentu temui setitis keberkatan

Master Yoda berkata...

Mcm ni pon ada ek?? Pelik...!!!

Dah 3 kali Yob..cukup la tu, bg la org lain plak...Appa da...

Org lain pon nak usaha dptkan haji mabrur...Bkn hang sorg saja pakcik oi...

Tanpa Nama berkata...

aku pun agak berapi bila ada sesetengh manusia hidup die sangat lancar dengan orang dalam,,,da la orang senang nak mohon JPA pun nak kene orang dalam ke?...serius shit!

Master Yoda berkata...

skang ni, dlm menjalanis urusan2 hidup duniawi, kalau takde org dalam, umpama beratur bayar tol kat lorong tunai...yg ade org dlm tu umpama pakai smart tag..

Tanpa Nama berkata...

jangan takut semuanya ada balasanya... pakai lah kabel besar mana pon besok kat hari pembalasan biaq dia kena libas ngan tali kabel api neraka lak...hermmm

Tanpa Nama berkata...

kenapa tabliqh ngan pas tak ngaM....tabliqh tak mengundi k...no demokrasi dalam istilah kehidupan dorang so...pada pas ini satu kerugian kerana kalau puak puak tabliq ni mengundi kompom undinya ke PAS tak tau la kalau ke UMNO lak...

ni pendapat aku ler kalau tak betul tolong betulkan ek....

Tanpa Nama berkata...

mana pas ngam dgn tabliqh

pas bab agama hanya pd teori je, tapi tabliqh teori + amal

klu tabliqh join pas, hbslah org2x pas yg ckp agamanya putar belit, kena bidas balik dgn org tabliqh

klu pas join tabliqh, mereka takde mase nak berpolitik

klu pas join tabliqh, pasti solat lima waktunya di masjid seperti org tabliqh bukan sibuk berkempen/berpolitik

org tabliqh kan keluar berdakwah selama berhari2x, mana ade org pas yg ade mase nak buat mcm tu

Tanpa Nama berkata...

oh lg 1

klu org tabliqh dgr ceramah di surau/masjid & penceramah tu berceramah politik,mmg mereka angkat punggung

Johann berkata...

Tabligh ada pahaman yang betul ada yang tidak. Diorang mengaku islam tapi tidak iktiraf politik dalam islam kat situ silap diorang. Islam kan agama yang syumul/lengkap, kalo bab kencing berak pun Islam gariskan panduan macammana nak sucikan apath lagi bab yang penting macam politik. Poltik ni isu besar melibatkan pemerintahan negara, melibatkan kedudukan agama dalam satu2 negara.

Bagi aku memang aku x suka tabligh yang berfahamn salah gini. Pastu ada jugak yang fardhu kifayah di fardhu ainkan contohnya solat jemaah. Kalo ikut hukum solat jemaah tu fardhu kifayah tapi diorang memerangi habis2an orang yang x solat jemaah. Berdakwah pun diorg kata wajib tapi aku x pernah plak nmpak apa kesan dakwah tabligh kat Malaysia ni. Drg nak berdakwah pada kelompok2 kecik yang belum tentu jahat contohnya pelajar2 universiti tapi x pernah pun nak berdakwah kat pemimpin2 jahil, ahli2 maksiat kat night club dan sebagainya.

Pun betul jugak diorang ni kalo time bagi ceramah macam paksa orang dengar ceramah dia padahal bila orang selain tabligh ceramah dia cepat2 lari pulak apahal?

Tanpa Nama berkata...

eh nik aziz kan karkun jugak.ada jer ahli PAS yg berkarkun.dan ada je ahli tabligh yg menyokong PAS.aku pernah borak dengan sorang brother tabligh ni.cita-citanya tinggi,mahu jadi ahli UMNO dan berdakwah tiap-tiap seorang ahli UMNO tu.*kagum* entah boleh tercapai entah tidak *geleng kepala*.

Toman berkata...

Selama ni adakah kita rasa hidup kita lancar? Kalau ya, adakah sebab kita kenal somebody?

Tanpa Nama berkata...

ahhaaaaa aku baru je td bengang ngn sorang client kt opis aku ni... pakai cable utk kepentingan diaaa...

pape pon aku mmg BENCI org yg suka pakai cable ni

Tanpa Nama berkata...

Johann - berdakwah memang wajib. dan x semestinya kena dakwah kat orang jahat je. orang baik pun kena dakwah. manusia iman turun naik. lagipun, dakwah kat orang pergi night club tu tak praktikal. kita nak ubah manusia dalam zaman sekarang ni, ubah dulu manusia yang berkualiti. macam nabi buat masa kat mekah dulu. bina a group of people yang jadi tulang belakang Islam. dakwah is a strategy.