September 20, 2011

Filem Itu Sekali Tengok,Gelak-Gelak Sekali Dua Sudah La,

Aku tak tengok lagi filem Hantu Bonceng lagi yang baru keluar dan sedang hangat diperbincangkan sekarang ni.Cuma ada beberapa benda yang aku tak paham mengenai industri filem kita;Kenapa kita obses benar nak buat cerita hantu.Berlambak-lambak cerita hantu.Sama ada cerita hantu takpun cerita cinta.

Dari tahun 80 an sampai sekarang,trend bikin filem tu maintain aje..

Siapa yang tengah top sekarang? Ambik dia berlakon.Kalau dia pelakon,over used kan dia,biar semua filem muka dia.Jadikan dia hero Malaya.Kalau dia penyanyi,tak payah screen test ke apa ke...tanya dia dulu dia nak berlakon ke tak,kalau dia nak, buat skrip. Berlakon ok ke tak,tak kisah...janji time tu dia tengah hangat. Sebab tu Cikgu Shida pakar miming lagu pun dapat tawaran berlakon....

Kah kah kah kah.Bila dia tengah hangat...penonton akan datang. Bila penonton ramai nak tengok artis kegemaran diorang berlakon...yang kaya nanti sapa?

Kalau aku jadi pembuat filem sekalipun aku mesti keliru dengan taste penonton Malaysia khasnya taste Melayu ni...

"Aku buat filem serius..konfem modal  tak balik...memang rugi besar aku...aku jaga la camera angle dinamik macam mana sekalipun...aku jaga la conti filem kaw2 sampai takde langsung flaw..aku pastikan cerita yang aku sampaikan tu loophole kena cover baik-baik dan mesej yang nak disampaikan tu punya la mendalam..risiko untuk aku digelar pengarah gagal tu agak besar kalau tak diterima penonton.."

Ataupun..

"Aku carik siapa hero yang paling hot,aku beli Mangga tengok ada tak heroin aku berkenan..buat skrip lebih kurang,cerita cinta ke,cerita hantu ke..konfem lepas habis showing aku pakai BMW.Peduli hapa review kondem aku...penonton suka maa.."

Bila kali terakhir anda menonton sebuah filem Melayu yang akan anda bincangkan tema dan mesejnya?Bila kali terakhir anda keluar pawagam setelah menonton filem Melayu dan dalam kepala otak anda berfikir mengenai filem yang baru anda tonton?

Se-best filem "KL Gangster" sekalipun filem itu masih boleh dikategorikan sebagai filem yang sangat ringan walaupun filem itu masih cuba menyampaikan mesej melalui jalan ceritanya.

Terlalu banyak filem kita boleh dikategorikan sebagai "filem pakai buang dan lupakan" ni. Tengok sekali dah...susah nak jumpa filem Melayu yang kau nak tengok 2-3 kali untuk fahamkan kembali apa yang pencerita cuba sampaikan.

Topik perbincangan kita hari ini;

1. Kenapa orang Melayu suka menonton filem "pakai buang dan lupakan"

2. Ke mana perginya penonton yang menonton filem "Hantu Bonceng" ni yang mampu memberikan kutipan 8 juta (sehingga setakat ni) bila ada pengarah filem cuba buat filem yang lebih serius?

3. sejak bila industri filem kita stuck dekat "cinta dan hantu"?

4. Wujudkah pengaruh atau campur tangan pihak lain, yang cuba memperbodohkan masyarakat kita dengan filem yang kurang cerdik?

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

duit itu penting

tunggula sampai bila buat filem tak payah fikir pasal duit


wah first!!!!

LS berkata...

aku suka filem Afdlin Shauki n arwah Yasmin Ahad. filem diorg memang power.

Ninie Simmons berkata...

It's all about business. Producer sekarang invest untuk film supaya boleh pulang modal. tak kisah lah film tu berkualiti ke tak. Besok2 dah dapat untung boleh beli FERRARI. :)

LS berkata...

@Ninie Simmons

lepas tu buat majlis bagi bonus kat pelakon kalau filem meletup kawkaw punya. bagi kereta, duit, lepas tu pelakon senyap. :D

Tanpa Nama berkata...

kalau aku nak tengok yang serius2, berat2 meruntun jiwa baik aku tengok cerekarama

x payah bayar sesen. buat apa bazir 8-10 hengget menonton citer serius2 berat2 kalau kat tv drama2 pun dah best seriusnya?? free lagi tauuu

Macam Betul berkata...

nak tunggu malaysia buat filem mcm inception memang mustahil.. heheh

zamtercinta berkata...

bagi filem aziz m. osman paling power. kalo tgk filem xx-ray II.. cam x sangka ada idea yg memang lain dr filem melayu yg lain.

sebab org melayu maleh nk pikir.. tgk filem sbb nk berhibur je.

Tanpa Nama berkata...

Mr. Carbon~
Itu menunjukkan orang melayu banyak yang malas pikir...coz kalu tgk drama berat kene pikir itu dan ini...kalo tgk antu Bonceng bole tgk betis dan peha Juliana Evans..kahkahkah :D

Marhaen Kacak berkata...

segala2nya zaman duit skang..even yg da kaya pun nak jadi kaya kuasa empat lagi

Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

emie berkata...

Filem melayu yg masih meninggalkan kesan aku rasa adalah Sepi.. Cerita tu mungkin dah lama, tapi aku suka.. Ingat lagi dialog dia 'Awak lari dari sesuatu atau lari kepada sesuatu..'

Yg lain, aku tengok dan aku lupa... Kurang2 dapat gelak.. ok per, hilang stress..

Tanpa Nama berkata...

1. Sebab org kita tak suka berfikir.

2. Mereka tgh berebut2 beli tiket Bini2 ku Gangster.

3. hmmm..tak silap aku lahir thn 77' aku mula celik tgk tv dlm thn 83'..sejak tu kot..teringat lak drama pokok pisang berdarah.

4. Secara tidak lansung mmg terwujud sbb bla pengarah spt Prof Dr Madya RAzak Mohideen n brothers buat filem cincai tba2 boom apalagi copy paste je konsep filem yg meletop tu. Tdk dinafikan kisah spt Sembilu yg dpt RM6 juta masa tu pun diantara penyumbang kisah cinta yg msj nya hanya pengarah dah followers Awie, Era dan Ziana je yg tahu.

itu lah jwpn aku Tot.

Pires7 berkata...

Sepi dan Cinta bagi aku sgt best even dalam ketegori jiwang punye movie. Skrip and camera angle mmg tip top.

Balqis Riza berkata...

cerita22 kabir bhatia aku on lagi..mcm sepi n cinta..

eh lagi satu..cerima melayu byk adegan cium n peluk..iklan pon sama..esp iklan raya..

CELIK berkata...

cinema melayu bodoh sejak zaman umno sarkas lagi..nasib baik ada P.Ramlee

sifat kerajaan yang sering menjumud dan memomokan melayu mengakibatkan otak orang melayu tepu

mampos lah survival dorang kalau orang melayu ni bijak dan berilmu

melihat perkembangan cinema melayu rasanya kerajaan boleh menarik nafas lega

Master Yoda berkata...

Setuju ngan komen zamtercinta...

Last aku tgk filem Melayu kat pwgam ialah cerita Cinta..

Tu pon org umah aku beriya nak tgk and celebrate last day aku utk pengajian kat U...

Ok la kot, ade pengajaran jugak...

Tuk filem2 Melayu yg lain, baik aku suh je adik ipar aku download..Ye, aku bukan lah penyokong industri filem Malaysia since aku se memang TAK BOLEH BLAH...Terus terang saja sudah...Lagipon,tema asik dok pusing lagu tu je...

Nak maki hamun aku psl tak support,silakan..

Better aku perabihkan tgk filem2 Barat kat wayang lebih2 lagi Sci-Fiction...Ade la gak kene mengene ngan jiwa aku...

Asyiqin Yunos, berkata...

last time tengok movie and tersentap kejap sebab ada cerita melayu macam ni- AKU TAK BODOH.

tak tau cerita bila keluar and tengok kat laptop kawan je pun. cerita tu ending cliche tapi pengisian dia bagus. simple story yg bawak great meaning.

tapi seriously the best malay movie came from the late yasmin ahmad.

zaminc berkata...

mantot, ko tau tak cerita hantu bonceng ni ada skrip yg menyalahi akidah. Pemuda Pas dah buat memorandum rasanya...

dah la filem cam lahanat, menyalahi akidah pulak...

fingerkontot berkata...

8 juta orang tak semestinya malaysian maa.

indonesian ada maaa, bangladeshi ada maaa etc. keh keh.

sedapkan hati saja.

Tanpa Nama berkata...

bangla pun rakyat malaysia maaaa...tak percaya ka? mari cik IC maaaaa

PELiK berkata...

filem "Aku Tak Bodoh", bukan filem hantu mahupun cinta. Memang buat aku berfikir. Cuba bagi mak bapak tengok filem tu, mesti terasa gila baba punya.

takde filem serius sebab penonton kat malaysia malas nk berfikir.pengarah lak taknak kena kondem.

agak2 org melayu terima tak kalau ada pengarah melayu buat fenomena sendiri sebagaimana george lucas buat?

melayu murtad berkata...

memang dah natijah bangsa melayu.

malas berfikir (aku kata bodoh, kasar sangat)

percayakan tahyul

angau

suka buang masa

suka hiburan melampau

ngabehkan boreh

dan ...malas :)

kat sini laa kita dapat tengok pembikin filem nak ambik kesempatan kaut untung. contohnya macam ahmad idham, yusof haslam, prof madya razak mohaideen dll.

kalau era 80'an dulu umpan penonton dengan pelakon seksi (sila tanya badul dan julie dahlan).

kalau dengar lagu pun asyik yg bercintan cintun (rock kapak, rock gum gum pak!!)

hehehe.. pemikiran tak berkembang, mcmana bangsa nak berkembang. habih sangat pun tumpang bangga dengan sheikh muzaffar (sebab dia melayu)

... ntah la :)

siti kus berkata...

kau nak suruh melayu tengok filem mcm Johnny Bikin Filem?????????

GILA!! MAU MUNTAH HIJAU DALAM PANGGUNG WAYANG!!!!!

Tanpa Nama berkata...

saya sokong pendapat anda.

ann berkata...

nasi lemak 2.0 best kot..
ak dgr, dlm lawak2 n bergelak ketawa pun de pgjaran gak...

kueh bakar berkata...

1.mostly,penonton pawagam berumur 18-35.jdi memang topik ringanlah.

2.filem kena ada peminat fanatik.macam lisa suri ada 1juta fans kat fb.kalo 10% JE peminat dia, bukan peminat org lain..dumm! dah box opis!

3.citer hantu boleh dipeluk awek kalo dia terkejut dlm pawagam.sambil2 seram boleh pulak ketawa2..

4.tapi aku rasa filem dah makin baik..cuma rzak mohiden jer masih ktinglan..haha.RTJ mungkin pengubat..

5.mat rempit kelas a (along rl dalam adnan sempit) ramai tgk wayang.

6.melayu suka jadi pengguna. wayang cina punya.melayu kena supot maa..hahaha

Tanpa Nama berkata...

wow ini dah ala2 soalan exam kt uni. nih kena bincangkan & karang esei hehe.

1. Mentaliti org Melayu yg masih sukakan hiburan ditambah dgn sokongan media serta pemimpin negara (cth: DS Najib siap pergi ke konsert Suara Kami bagi support. Ditambah pula memang melayu mudah lupa, mmg kena sgt la filem tengok sekali & lupa hehe

2. Jika David Teoh/ Razak Mohaideen tak buat cerita utk memenuhi kehendak mereka, pasti akan ada pihak lain tak advantage.

3. Maybe zaman 70an kot. Tak berapa minat genre cinta & hantu. Cinta boleh jadik elemen sampingan, not the main story. Kalau hantu, patut ban terus hahah

oni berkata...

gua berani kerat jari bodoh2 pun 50% yg komen sembang kencang dalam ni orang yang sama dah pun tengok filem2 yang dikatakan tak elok ni kat panggung. kamon la weh tak payah nak berdalih. 8-10 juta tu bukan sikit2 penonton tau. tak sedar mengutuk diri sendiri agaknya.

filem karipap karipap cinta adalah filem ringan yg bagus dan tak memperbodohkan orang. tapi takde komentar pun daripada korang kan sebab korang sendiri pun tak tengok. mula la bagi alasan pelakon tak boleh jual la, promosi ketinggalan la. macam meludah ke langit kan?

kisah hati berkata...

aku student so bile tgok wayang kene pilih betul2 yg rase berbaloi.raya lepas aku pilih tgok cter final destination drp hantu bonceng.hantu bonceng tgok online je.filem melayu yg betul2 buat aku teruja n nak tgok ulang2 ialah anak halal,setem,susuk,n mantra.lain2 ntahlah biase2 je..kl gengster mmg best tp umpama jigsaw puzzle yg hilang satu keping puzzlenya bg aku.

Annabilah berkata...

filem melayu yg best:

1. Laskar Pelangi

2. Sang pemimpi

(buatan indonesia)...
aku rs kene perbetul, bukan filem melayu takde quality, tapi filem melayu malaysia. filem melayu indonesia okey je..mcm cth dua2 di atas ni.

mantot, ku cadang kau tonton Sang Pemimpi, babk paling bestm waktu Arai nyanyi Fatwa Pujangga utk Normala. cer kau wat review sket filem ni

http://www.youtube.com/watch?v=S5peRhsU8-Y

Malek berkata...

Salam Mantot,

Ada juga filem Malaysia yang bagus tapi mungkin tak berapa famous.

1. Aku tak bodoh
2. Gadoh

KISAH CINTA NASI LEMAK berkata...

ada filem melayu yang boleh buat kite ingat sampai ke tidur..

FILEM JALANG
sebuah filem keluaran DR ROZMEY

ko kena tengok movie tu sambil minum air super power root...

fara abdul berkata...

Aku tau apsal penerbit takmau buat filem serius selain faktor kapitalisme dan selera penonton suka hiburan ringan dan tak banyak fikir.

Kalau buat filem serius nanti banyak pihak suka nak cantas. Cakap itu tak bolehlah, sensitif kaumla, sensitif agama la, mengagungkan musuh la, berpotensi mengganggu keamanan negarala dan macam2... macamla kebanyakan rakyat malaysia ni budak2 bawah umur dan tak reti nak fikir

Master Yoda berkata...

oni: gua bukan antara golongan 50% tue, hahaha, sekian terima kasih

ann berkata...

citer kite yg bijak n bawak penonton bfikir xbyk..nk kate penonton xsuka bfikir, ramai jer yg suka tgk filem2 luar yg berat jln citernye...

SHE berkata...

AKU HANYA SUKE FILEM ALLAHYARHAMAH YASMIN AHMAD SBB FILEM2 BELIAU SENTIASA ADA MSG DAN PERLUKAN KITA DIGEST SNDIRI CERTAIN PART. OWHH... HOW I MISS HER MOVIE. PENGARAH M'SIA MN YG BLH GNTIKAN BELIAU AGKNYE? STKT NI XDE FILEM MALAYSIA LAEN LG YG BERJAYA SMPAI DLM HATI AKU ESP CITER2 KEMASYARAKATAN.

gman berkata...

serius aku x faham apa appealnya filem afdlin shauki. aku rasa filem dia up sikit je dr razak mohaideen. still mindless laughter, but quality elok sikit je. other than that, dr segi jalan cerita, kamera, pemilihan pelakon, nothing's different.

oh susuk. itu filem mainstream melayu komersial yg paling bagus aku rasa. yasmin ahmad punya filem bagus, cuma kurang nilai komersial. dan cinta dan sepi, but then again, khabir bhatia bukan org malaysia pun....

Iera Fakhira berkata...

Dah banyak kali isu yang sebegini dibangkitkan. Tetap juga tidak berubah. Kadang-kadang sampai penat kita cuba tolong cari jawapan kepada setiap permasalahan. Bukan setakat dunia perfileman sahaja, bahkan dunia muzik sehinggalah ke dunia politik sekalipun, setiap persoalan yang diperbincangkan itu, kita tetap akan jumpa pada satu titik jawapan yang kita tak mampu nak ubah sampai bila-bila melainkan dengan keajaiban dan izin dari-Nya! Apa dia? "KITA HIDUP DI MALAYSIA.". Saya ulang, MALAYSIA ya kawan-kawan? Malaysia boleh! -_-"

Punaise berkata...

Aku kalu nak tengok citer melayu yg berkualiti time raya lah kat tv. Best2 la pulak tak rase ke? Free pun free

Tanpa Nama berkata...

BUNOHAN...

Tanpa Nama berkata...

Salah satu filem paling aku nyesal tengok ialah filem arahan Farid Kamil: p3 tah benda tah (tak ingat tajuk penuh)

Nyesal sbb ikut kawan tengok. Mula2 ikut r sbb diorang nak belanja. Dgar2 rupanya belanja nak tengok citer melayu. Dalam kepala aku pikir, mesti tak best punya.

Sampai kat dalam panggung, tengok punya tengok memang HAMPEH, langsung tak best! Lawak bodoh sarat... Aku langsung tak gelak. Tak lawak lansung. Mesej pun hampeh, zero wa cakap luu... ZERO.

Aku rasa aku dah buang umur aku dalam sejam dua lebih sbb tonton benda haram jadah camni. Aku rasa lebih berbaloi habiskan berbelas ringgit tiket tonton filem Hollywood. FIlem Hollywood, walupun sesetengah tak de mesej sgt, tapi kita boleh dapat kebaloiannya macam contoh pengetahuan baru dalam bidang sains, atau hiburan tengok grafik canggih seperti transformers.

Filem melayu? ntah lerr...kalau nak yang filem orang cerdik, tengok sesetengah pengarah laa.... KRU pun bagus jugak filem, cuma lebih kepada CGI instead of storyline.