September 21, 2011

"Ahmad, Awak Bodoh, Jadi,Saya Rasa..Awak Perlu Kekal Bodoh"

Ada dengar atau baca pasal kisah sebuah sekolah kat Sabah yang tahan 3 orang budak sekolah rendah yang agak "lembap" daripada menduduki UPSR,semua semata-mata sebab takut nanti precentage prestasi sekolah merosot?

Semalam dekat radio Bernama 24 (93.9 mhz) ada perbincangan mengenai benda ni.Tajuk perbincangan dia "Wajarkah 3 pelajar tadi di tahan daripada menduduki UPSR semata-mata kerana memastikan prestasi sekolah tidak jatuh?"

Agak bangang tajuk perbincangan dia.Pada aku, tajuk perbincangan tu dah salah tapi nasib baik respon pendengar semua jenis orang yang berfikir.Takde apa lagi yang perlu dibincangkan lagi,benda tu memang tak wajar. Apa yang diorang patut bincangkan adalah "Apa tindakan yang patut diambil kepada sekolah itu yang telah menahan pelajar itu mengambil UPSR dan besar kemungkinan membuatkan masa depan 3 orang itu berisiko besar untuk jadi lebih gelap?"

Mungkin ramai yang tak tahu beberapa fakta menarik mengenai education sekolah rendah di Malaysia ni. Percayakah anda jika aku tulis kat sini,ada budak darjah 6 mengambil UPSR tanpa reti membaca? Ada tuan-tuan dan puan-puan. Ada.

Hanya apabila kes-kes pelajar itu jadi terlalu kronik seperti itulah pelajar-pelajar akan dimasukkan ke kelas pemulihan. Tapi selalunya kelas pemulihan di Malaysia ni takkan hold back budak-budak tu lama,paling lama pun setahun, jadi apa improvement yang dapat diharapkan?Tak banyak...tapi minda manusia tak lagi matured waktu tu kan?

Early education,especially primary schools result shouldn't be a percentage/result based driven untuk mengkaji result dan keberkesanannya. Tapi apabila wujud desakan daripada pihak atasan, khasnya daripada bahagian Jabatan Pelajaran dan lebih buruk lagi daripada Kementerian Pendidikan itu sendiri, itulah yang menyebabkan akan terjadi kes-kes sebegini.

Pernah dengar pasal Menteri Pendidikan tukar sistem pendidikan Malaysia semata-mata nak memastikan diri dia nampak pandai? Keh keh keh.

The higher ups will be looking at result and numbers to see which schools perform best,which headmaster is the most efficient in delivering good statistics dan inilah yang akan mengakibatkan wujudnya pressure kepada pihak guru di sekolah.Membuatkan guru-guru yang selama ini tugasnya mengajar murid membaca kerana hendak muridnya membaca, menjadi guru yang mengajar kerana takut keputusan muridnya teruk.

Sekolah takut murid fail bukan sebab takut muridnya tak reti membaca,tapi takut sekolah dicop sebagai sekolah yang tak bagus.

Jadi, apa consequences nya kalau kes ini tak dapat didedahkan. 3 orang pelajar ini akan terus tertutup sedikit pintu masa depan mereka. Just for the sake of good statistical numbers.

Adakah budak-budak ini boleh dikategorikan sebagai no hoper,useless...seseorang yang bakal menyumbang nothing kepada negara sehinggakan guru-guru mereka sendiri sanggup berbuat begitu? Aku akan terus menanti apa tindakan Kementerian kepada sekolah terbabit. Berdasarkan apa yang aku tau, normally...tindakan yang agak drastik tidak akan diambil,sebab Kementerian kekurangan guru.

Kementerian pasti akan memandang kes ini sebagai kes-kes normal kerana mereka lebih arif, bilangan guru kurang. Apatah lagi guru di Sabah dan Sarawak...jadi you have to use whatever you have. Target Kementerian, 1 guru mengajar 25 murid masih lagi jauh tersasar.Kalau kanak-kanak di situ terpaksa pergi belajar di sebuah sekolah yang cikgu-cikgunya tergamak berbuat demikian...it's better than having no teacher at all to teach there? Kan begitu, orang-orang Kementerian Pendidikan? Statistical driven result.

Stop playing the statistic games. Primary education is a time based practice. Ada budak yang akan excel awal,ada budak yang tak excel masa sekolah rendah tapi akan improve masa secondary education. Apa yang perlu dilakukan hanyalah bagi diorang masa, bagi diorang peluang. Once dah tertutup peluang, apa gunanya kau ajar dia dari darjah 1 sampai darjah 6 semata-mata sebab takut diorang fail.

It's better for them to learn a little than not to learn nothing at all.

Murid yang gagal tak semestinya terhasil daripada guru yang gagal.Tapi bila guru tu sendiri gagal...apa akan jadi pada masa depan budak-budak sekarang ni? The problem is not the student. Diorang datang, nak ambik exam UPSR. The problem is you, the education system.

Don't call yourselves a teacher if you like achieving a good grades more than the student themselves.


37 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

good commentary

Master Yoda berkata...

Nice one bro...Hahaha...

"Ditahan dari ambil exam sebab takut imej sekolah jatuh" Kah kah kah

Macam2 lawak kat dunia ni...

LydSunshine berkata...

Kat Sabah ke Sarawak?

Mantot berkata...

sabah tak silap aku...paper aku tinggal dalam kereta la,takleh nak cek

Tanpa Nama berkata...

what if..
budak 1 taon xdtg sekolah sbb xmo dtg sek..
ayah die mintak cuti 2 bln pastu tros xdtg smpai abis..
smpai exam upsr die nk amek..
patotkah budak tersebut diberi peluang??? haha..

kueh bakar berkata...

ko cakap ada org tak tahu membaca pun ada ambik upsr..

kebenarannya kalo amik pun tiada guna juga kalo sejam hanya tulis nama dan tido dalam dewan periksa..
buat habis bayar yuran periksa saje. :p

tapi hakikatnya, tidak membenarkan budak amik periksa, bermakna menafikan hak seorang budak di negara merdeka.

malaysia suka pada nama.jika sekolah ko cemerlang ko sekolah ada nama..dipuji dan dibagi apa-apa bentuk reward oleh kementerian..kalo sekolah ko teruk, teruk juga ko kena jawap dgn kementerian...kan.kan..

Cik Siti Fairuz berkata...

memang ada budak yg dilahirkan lembap.. tapi kalo dr darjah 1 sampai 6 tak berjaya jugak di'pulih'kan walau pun sedikit.. sapa yg sebenarnya lembap?? cikgu. (makpak yg kt kaw pendalaman susah kite nk persalahkn)

kesian budak 3org ni, digelapkan masa depan sejak kecik lagi.. semua sistem pun korupt!

cikbedahlaser berkata...

selama ni just dtg membaca je.. arini terasa nk komen..

satu entry yg bagus.. org kdg2 x pandang sgt kes2 camni.. bg dorg.. takde mendatangkan duit byk pd negara.. tp tu masalah skolah kdg2... cikgu2 lbh penting kan prestasi skolah dr pendidikan pelajar2 sndri...
sibuk nk jd juara 3K (dulu nye musim la kan.. ).. cikgu habis kan masa ngajar dgn menghias skolah... sedangkan anak2 murid terabai...
sokong incik bakar nye pendpt...

nama gah lebih bgus dr ilmu gah...

kanak2 memula masa skolah slow.. tp dh keje.. amik ko.. CEO...
sy dlu top 5.. glemer manjang.. dh tua.. jd kerani cabuk je... kwn2 bwh dr top 10... skrg dh ade master.. kereta besar lg... huahuahua

Zonkers berkata...

Aku suka baca komen2 bernas ko mantot.

Tapi boleh tak ko jgn campur sgt ayat BM ngan BI dalam penulisan ko. kadang2 bila baca timbul rasa geli..haha. Feel (ha! BI) pembacaan ada sikit terganggu gitu.

hamba_Allah berkata...

kalau budak tu mase skolah x leh nak perform very well dalam pendidikan...why not kite atau guru2 galakkan student2 tu perform slain dari pendidikan..contoh sukan bolasepak ke memasak ke main badminton ke dan lain2 bidang cth mcam safee sali,,lee chong wei..x semestinye pandai dalam pendidkan atau dapat straight A's menjadi budak2 tu berjaya pada mase depan..atau pun asahkan bakat budak tu dalam bidang agama dan Al-quran(bg yang beragama Islam)..btulll x?? kalau pandai geliga otak sekali pun tinggi tahapa level education sampai Phd pun...kalau jahil agama...X GUNE jugak...dalam kubur malaikat x tanye 'ko mase upsr,pmr,spm,cgpa dapat brape"??? ade malaikat tanye mcm tu??? of koz NO....so rezeki manusia ni Allah S.W.T dah tentukan...do u agree with me mantot???ni 1st time aku komen blog ko...serius mmg aku suke blog ko...assalamualaikum :)

adanaberkat berkata...

kpi sekolah di jaga..kpi dgn Allah kita buat acuh tak acuh..kesian

Tanpa Nama berkata...

aishah na'ai said...

what if..
budak 1 taon xdtg sekolah sbb xmo dtg sek..
ayah die mintak cuti 2 bln pastu tros xdtg smpai abis..
smpai exam upsr die nk amek..
patotkah budak tersebut diberi peluang??? haha..

***********************************
Isunya di sini bukan budak tu tak nak pegi sekolah...atau ponteng tetapi dinafikan hak untuk menduduki peperiksaan atas sebab kurang cerdik...dan nak jaga prestasi sekolah...

Sekiranya anak anda lembab@tak cerdik macam tu ....then kena kurung ngan cikgu bila time exam besar cam tu....U rasa ok tak?

jiwa sifar berkata...

education system malaysia mmg hancuss.pendita la ape la.sume tu utk org 'pentadbir' sekolah.mcm sekolah bini aku.arah buat itu la ini la.last2 pengetua mkn angin ms xtvt di lakukan.wadefak.

bukan cikgu berkata...

ehem. budak2 yang nak spm pun ade yang tak pandai baca. REALITI.

aku nak p bace balik ape ko cakap, lepas tu aku komen lagi. aku cuma nak cakap tu je.

budak2 yang nak spm pun ade yang tak pandai baca. REALITI.

bukan cikgu berkata...

kesimpulannya, memang something wrong ngan education system kita. menteri2 kita buat education system untuk rakyat semata2, padahal anak diorang, diorang anto oversea. tak percaya dgn education system yg diorang buat.

takkan lah dalam masa nam tahun kat sekolah cikgu2 takde inisiatif nak ajar bebudak tu. benak benor ke deme tu? ke cikgu yang benak tak gheti ngajor?

dan sebenarnya pada aku lah, education system kita banyak menyekat perkembangan student lelaki. education kita lebih kpd exam, yang sebenornya bagi advantage kpd budak pempuan. lepas tu bila budak laki takde kat u, dok bising lelaki byk masuk pusat serenti blablab.

sepanjang hidup aku, lelaki yg aku kenal takde sorang pun masuk pusat serenti. cuma pada aku, education kita yg sekat kebolehan lelaki. bias.

aku nak ulang ayat ko mantot, The problem is YOU, THE EDUCATION SYSTEM.

dan aku nak bagitau lagi sekali,

budak2 yang nak spm pun ade yang tak pandai baca. REALITI.

sekian.

Gua berkata...

Aku rasa dah ade orang pernah sebut ni. Education system Malaysia digubal untuk memebentuk ROBOT dan PENGIKUT tanpa soal, taat kepada perintah, walaupun pemberi arahan tu HAMPEH! Sampai dewasa sentiasa taat kpd pemimpin busuk.

Tanpa Nama berkata...

itu yg xbagi jwb exam... ade jgk sekolah yg sengajae langsung xdaftarkn name murid yg kononnye akan menjatuhkan percent sekolah. yg daftar pulak konon2 xhadir. nasibla ddk dlm negara yg education oriented terlebih ni.. sume kejar bilangan A.. tp akhlak n akidah bdk2 xreti2 nk kejar plak..

Tanpa Nama berkata...

@bukan cikgu

mcm nk cari alasan jer nape laki kurang masuk U hehe

Tanpa Nama berkata...

bukan semua salah educational system.ada juga faktor2 lain terlibat.guru,family,individu,persekitaran semua memainkan peranan.statistic is good.it use as a guideline.the problem is how the teacher/school react.

free compass berkata...

pasal budak tak reti membaca 2-3 orang jangan salahkan sistem pendidikan. yang patut disalahkan cikgu sekolah dan budak itu sendiri. di sabah dan sarawak kadang-kadang keluarga tak support pun pendidikan anak-anak sebab yang disibukkan periuk nasi mereka. kadang-kadang sibuk mencari makanan dalam hutan sampai 2-3 minggu tak datang sekolah. begitu juga yang keluarga daripada nelayan dan petani. jangan cerita sabah sarawak, di semenanjung pun belambak budak tak reti baca. cuma kita yang jadi cikgu kat kawasan bandar ni tak lah tahu sangat. hanya pandai kondem itu ini, bila disuruh pergi keluar bandar ajar anak bangsa mengada tak nak pergi. demand itu ini. bagi aku cikgu yang salah. bebudak kadang2 ada masalah psikologi dan mental. jangan salahkan mereka. jangan salahkan sistem. salahkan cikgu sekolah tu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

salam, . I ajar bdk pendidikan khas, murid tak kenal huruf kena gak ambik UPSR, berjam2 tunggu dorg 'mewarna' kertas upsr. Sian dorg, what to do..kiter ni kuli bali jer,I lg taw kemampuan bdk tu mmg tak boleh jwb, nama sendiri tak taw tulis, nak buat UPSR? tp ada kita bantah,hak dorg ambik jer UPSR (tp bungkus la pastinya!)
p/s Yg menyalahkan cikgu,murid,ibubapa tu tngk cermin sila...u taw ker situasi guru skrang?I boleh tawlah dah ade pengalaman mengajar SJKC 3thn kot,msalah bhas beb..inikan plak kalo di zon C sana..Apa pun all the bes..tak semua manusia perfect..yg perfect tu hanya yg Esa!

Tanpa Nama berkata...

ape xcukup guru..duit je yg xcukup..cikgu2 KPLI ramai yg xposting lg nie..semata2 nk suck up cikgu2 gstt,dorg serap dulu.kendian cikgu2 kpli neh kene tahan/delayed postingnyer..mayb semata2 nk tunggu budget next year..

~rakyat marhein yg terseksa~

bukan cikgu berkata...

hehe bukan cari alasan. tapi itu dari pendapat aku lah. banyak je budak laki kat politeknik misalnya. kat institut veterinar misalnya. budak2 yg kat tempat2 macam tu ade masuk statistik tak? ini tak habes2 nak cakap budak lelaki tak masuk u, banyak masuk serenti.

kepada bekas cikgu SJKC, tahniah atas semangat anda.

benda lain aku nak tambah:

mak bapak zaman sekarang ni sibuk nak cari duit, anak2 terbiar sampai tak pandai membaca.

cikgu pulak, terlampau banyak komitmen. ngajar, kerja2 kerani, kokurikulum kejadah, meeting, kursus, family dia lagi. banyak benda nak cover so tak dapat nak bagi komitmen mengajar 100%

tivi pulak, tak habes habes nyanyi nyanyi nyanyi. ade al-hijrah tapi tak cover 1 malaysia lagi.

kerajaan, kementerian. aku no komen. sebab aku tak tahu ape yang diorang buat. mungkin diorang ade inisiatif nak memperbaiki benda ni, cuma belum implement. (berhusnuzon) tapi diorang memang kena revised balik education system.

kita punya educational system tiru mana? barat ke timur? aku pegi google sekarang. sekian.

hafiz CHouJi berkata...

I would say, the blame goes back to the ministry. Berdasarkan the new guidelines to gauge schools based on their GPS and SKPM. Sekolah akan terima akibat yg teruk jika GPS dan SKPM tu jatuh. Ini menambahkan tekanan pada pihak sekolah yg kemudiannya akan mengalihkan tekanan tu pada guru-guru. Jadi salah siapa sebenarnya?

Kesimpulannya, walaupun saya menyatakan we should shoulder the blames back to the ministry, I still think that we should analyse this matter more critically before simply condemning others.

Tanpa Nama berkata...

kesian itulah ceritanya malaysia jalur gemilangku sibuk ngan bukit kepong macam lah boleh hidup balik dorang tu...pikir masalah anak anak kita nak mencari ilmu susah ni kan lagi bagus

Tanpa Nama berkata...

kalau duit peruntukan PLKN disalurkan bagi memansuhkan yuran pendidikan agak agak cukup tak?

ada lagi tak boleh diperbaiki...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong apa yg hafiz chouji said.. salah kementerian.. tekanan dari kementerian akan bias pada ketua sekolah..dan seterusnya pada guru dan langsung salur pada murid.. pernah satu ketika kementerian low kan gred lulus pada setiap subjek sbb nak semua sekolah dapat gred cantik.. dan byk sekolah jadi sekolah cemerlang. Walhal budak yg dapat smp 19A's tu dia x tau pon.. A dia tu gred A berapa.. markah untuk lulus subjek matematik pada taun 2008 ialah 16markah..leh congak x gred A plak berapa? mana la x ramai budak2 yg pandai skang.. dapat berbelas2 A.. bila dah keje..jadik PTD di kementerian..bingai.. nak fotostate pon x pandai.. sbb ni la.. digula2kan.. sorry ye.. perumpamaan agak berbaur kasar..LOL

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn bukan cikgu..
dlu kt skolah sy ade student yg nk ambk spm still xblh mmbce..puas cikgu2 bantu dia..sy prnh tnye student tu cmne exam klau xreti bce lgsg..dia kte kertas soklan dia biar kosong j sbb nk membce arahan soalan pn trkial2 n da ambk byk mse apatah lg nk mnjwb soalan..tp dia ni pn satu..da tau xreti bknnye nk tlg diri sndri..buat xtau j seolah2 xreti membce n menulis tu adalah prkare kck j..xtau la cmne life dia skrg..
-mast-

Tanpa Nama berkata...

a chain of reaction

Henzy berkata...

Semua ni agenda Yahudi! :-p

(Gurau jer).

SECRET berkata...

kesian dowh ngan budak2 tu... aku mmg sumpah seranah kat cikgu dan geng2 cikgu yg bepakat kurung student. cam lahanat punya cikgu. member2 aku ade je jd cikgu. gain no respect to SOME teachers because of their personal thing. cikgu zman sekarang kerja sebab nak makan gaji je. tepuk dada tanya iman ar. skrg nk tuisyen tambahan pun, KENA BAYAR KAT CIKGU........

GTR berkata...

aku dulu byk membe cikgu masa belajar dulu.diorang assignment pun meniru. banyak copy paste, macam mana bleh jadik cikgu kalao cikgu sendiri pun malas nak fikir

FarizDanialz berkata...

ni sume konspirasi freemanson.. nampak tak segi tiga kat lambang kementerian pendidikan tu...?


(weeeiii percaye la cakap aku... abes la korang sume ni hahaha!!!)

mushroom berkata...

this is rubbish.. x patut buat cmtu.. kita kena bagi peluang

Nurul Azuwin berkata...

Memangla cikgu kerja makan gaji, habis tu nak beli nasi dengan apa plak...ceh gurau jer. Cikgu-cikgu pun tertekan gak sekarang...banyak perlu diuruskan selain masuk mengajar..belum masuk dengan perangai pelajar sekarang yang makin kurang ajar...tapikan mana boleh salahkan pelajar, ye tak.

Tanpa Nama berkata...

kwsnnya kat Sarawak kat area Bintangor. Jauh jarak Sabah dgn Sarawak tu...Kesian negeri Sabah, kat Sarawak buat onar, palitnya kena kat negeri Sabah.

ahLong berkata...

Sarawak la.. Sabah dengan Sarawak pun x tau beza.. Ko pun bodoh jugak..