Februari 24, 2011

Sedarkah Anda,Gerakan Menghalau Rakyat Kerana Pembangunan MRT Sedang Giat Dilakukan?

Bayangkan,anda sudahpun memiliki sebuah rumah idaman.

Bertahun anda bekerja suami isteri dan mengumpul duit untuk membeli rumah membesarkan keluarga yang makin besar.Selepas bertahun berlalu,anak anda semua sudahpun selamat bekerja dan anda,sedang memasuki zaman emas anda,berharap agar dapat duduk di rumah,berehat dan jika ada rezeki,bermain dengan cucu.

Kemudian,pada satu pagi,anda bangun dan ingin menyiram pokok di halaman rumah anda,anda nampak ada notis di tampal di pokok depan rumah anda.

"Sila kosongkan rumah anda pada tarikh-tarikh berikut,kami nak buat MRT kat atas rumah anda."

Anda Melayu....mana ketuanan Melayu?
Tiap2 kali pilihanraya,anda pangkah BN.
Macam mana orang Melayu nak duduk bandar?

Apa yang anda akan buat?
............

Aku sendiri tak sedar mengenai masalah ni pada mulanya tapi bila isteri aku balik dan bercerita mengenai debate dalam Business FM (BFM) mengenai masalah penduduk Taman Tun Dr.Ismail yang sedang dihalau keluar dari rumah mereka.Kebetulan pulak,kawan isteri aku mengadu dekat dia,rumah dia diarahkan dikosongkan sebab nak pacak tiang MRT.Semua tau sebab ada notis tampal dekat pokok depan rumah.

Kawan isteri aku ni mengadu sebab selama ni dia duduk dalam satu kawasan rizab Melayu yang jiran dia adalah mak dia sendiri.Sekarang ni semua tu akan hilang..sebab projek MRT tu.

Jika anda ada saudara yang tinggal berdekatan dengan Kampung Sungai Sekamat Kajang atau Kampung Sg.Balak Kajang,cuba tanya2 sama ada rumah mereka akan dirobohkan atau tidak.

..........

Dan,aku nak kaitkan hal di atas dengan satu laporan yang aku tengok dalam RTM mengenai keluhan penduduk mengenai taraf kesesakan di Putrajaya tempohari,aku tak ingat bila punya berita.Dalam laporan tu ada lah seorang dua penduduk yang berharap akan ada projek MRT di situ untuk mengurangkan kos.

Jadi aku tanya balik,Putrajaya kononnya adalah sebuah bandar terancang dengan pelan pembangunan yang memikirkan masa depan.Tapi bila ada masalah kesesakan,langkah2 yang diambil selalunya sangat drastik tanpa berfikir panjang.Adakah diorang tak pernah fikir yang Putrajaya akan jam?Kenapa tidak diwujudkan fasiliti untuk membina MRT bawah tanah ke,atas tanah ke,terlebih dahulu sebelum Putrajaya jadi sebegitu rupa sekarang?Jam lagi nanti,bising satu hal..tak selesa lagi satu hal.Takkan ada kontraktor berani longgok batu depan Seri Perdana.Rakyat takde title tak selesa...takpe!

Dan berbalik kepada topik asal,projek MRT dah start tapi nampaknya projek ini juga sebuah lagi projek serkap jarang Kerajaan Barisan Nasional kerana planningnya agak bodoh.Kenapa bodoh?

Selagi projek2 di Malaysia masih lagi memerlukan pengorbanan orang Melayu untuk keluar dan meninggalkan rumah dia,projek2 mega ini hanyalah sebuah projek jangka panjang yang dibuat oleh pemikir yang berfikiran pendek.Menghalau orang keluar dari tanah yang mereka dah duduki berpuluh tahun hanyalah menunjukkan kependekan akal kerajaan BN yang dah memerintah 50 tahun lebih.Jika pembangunan Malaysia dirancang dari zaman 60 an dulu,masalah pengambilan tanah dari penduduk pasti dapat dibasmi.

Jika ini adalah cara Kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah dengan mengambil langkah "situ takde ruang,kita cucuk kat sini aje lah" tak mustahil bila kesesakan di Putrajaya bertambah teruk,akan adalah penduduk Putrajaya yang bakal dihalau rumah.Tak mustahil selagi pelan pembangunan Malaysia ni rancangannya main tembak asal mana kena!

Sebarkan berita mengenai arahan mengosongkan rumah yang sedang dialami oleh ramai penduduk Lembah Klang ni sebab kita takkan nampak berita ni dekat media massa.

Ps. - Ada sesuatu yang tak kena mengenai projek MRT ni.Pelan tak siap lagi tapi ada kawasan yang tanah nya dah ditolak.Kata pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia,notis tu sebenarnya nak bagi peluang kepada penduduk untuk berbincang dengan developer dan kerajaan.

Tapi kenapa,ada sesetengah kawasan,projek dah pun dimulakan?

Kisah penduduk Taman Tun diarah keluar 

49 ulasan:

Kudut berkata...

rasanya putrajaya memang dah ada plan utk MRT cuma ditangguh atas ekonomi, jambatan pn dah siap. tgu je la mana tau pelan jangka panjang nanti.

mr edz berkata...

duit duit.. dI mana kau duit.. duit duit

woits berkata...

kesimpulan = corrupted

ZR berkata...

ngeh...ngeh...ngeh...tu la magik namanya...ngeh..ngeh...

Nerzhul berkata...

bumi dipijak milik orang...

amywammy berkata...

nak tahu apa lagi sedih?

mangsa (kami penduduk TTDI) digambarkan sebagai "orang kaya pentingkan diri sendiri". Bukan satu, tapi dua stesyen yang dia nak letak kat TTDI (dua-dua dekat tempat keluar masuk TTDI).

Ramai sangat ke orang yang nak masuk/keluar TTDI pakai MRT?

Tanpa Nama berkata...

ye la...nk wat kawasan bukan bumi yg mata x besar sangat tu...dieorg bising2 sume...last2 wat kawasan melayu la...melayu ni kan senyapppppppp jekkkk

Kap berkata...

bak kata Madey, "Mereka Boleh! (Buat Apa Saja!)"

Khairi Mohd berkata...

kalau ikut bajet tempoh hari najib ckp 36 bil tu mungkin lebih depend pada variation cost pada land acquisition.

so, utk public interest, depa patut korbankan kepentingan diri, lagipun pasti ada compensation untuk rumah tu semua. sama mcm kat kelantan, byk rumah member2 aku yg diduduki sebelum zmn penjajah kena pindah ke lain sebab nak besarkan jambatan sultan yahya petra.

din leman berkata...

aku rasa kerajaan sekarang patut dengar juga pendapat rakyat...
buat satu slot kat tv khas untuk kerajaan, "suara rakyat kepada kerajaan"...
tapi dengan syarat pemilik stesen tv jangan bias, nak lebihkan kerajaan, kang sikit2 censored, sikit2 censored, macamana nak dengar suara rakyat kalau asyik ditapis...
kerajaan kena fikir, adakah untuk projek mega ni, maka minor rakyat terpaksa berkorban...
btw, memang aku ada sedara kat kampung sg balak

Tanpa Nama berkata...

cuba pikir tana & rumah yang dah diduduki sejak zaman pokok getah lagi oleh nenek kita terpaksa dikorbankan..

oh lupe..ape slogan tu? rakyat didahulukan?

Ann berkata...

prihatin betul gov ni yer......

wootwoot berkata...

napela gov ni mken ari mken bodo.dorg xde otak ke nk brfikir? c'mon la klo ye pon corupt xyh la bodo sgt.knp la org2 cmni yg dipilih jdkn pemimpin.aku berharap sgt rakyat malaysia ari ni sedar.sedih aku.

Aslina berkata...

kalo nak rancang... rancang btol2. lepas tu bincang elok2... dengar pendapat kalo ade alternatif lebih baik.

masalahnye pernah ke kerajaan nak pikir alternatif lain untuk keselesaan rakyat?

owhhh... patut laa... pencapaian diutamakan...

huhu...

Khairi Mohd berkata...

apsal la korang ni cepat sgt bodohkan kerajaan. komen ntah apa2.

land acquisition itu benda common mana2 pun, yg mtd ngn plus ngn jkr duk buat jalan tu, basic ja.

utk MRT ni, that's why kerajaan buat forum untuk discuss, selesaikan masalah. At least AT WHAT COST?

compensation itu pasti ada,

Kalau rumah AMirul tu dulu RM55k, + renovation RM40k, so apply la RM95k+ appreciation around RM30k dekat gomen. itu pun tak bleh pk ke?

Take note aku dulu (dan sekarang) undi PAS bukan umno, tp kot ya pun nak jadi pembangkang janganla bingai. puak2 bingai ni la yg lemahkan parti.

yg perlu kita tengok apakah projek ni jd mcm bakun, kampung org asli berusi 2000 tahun tu kini jd dasar tasik, elektrik sepercik pun tak kuar lagi. mangkuk.

Khairi Mohd berkata...

komen wootwoot mangkuk gila.

annoyed ktm komuter rider berkata...

nak buat macam mana. dah planning kerajaan semua x pikir panjang. yg diorg pikir, duit. jalanraya cukup 4 5 tahun, rosak. lepas tu tabur janji manis nk repair jalan yg sepatutnya boleh tahan lebih dari 5 tahun.

bab dah duduk kt rumah tu berpuluh tahun then sekarang ni kena suruh pindah, terima je la kot kalau pampasan yg dibagi tu ok. kalau nk ikut x nak pindah atas dasar dah lama duduk situ, memang agak benar la kata khairi kat atas nih. it is for greater good kan. sacrifice la sikit.

aku cakap camni mungkin korang kata aku x rasa camne kena halau keluar. tapi consider la sikit kan. jangan la marah x berasas.

at the same time kalau aku kena halau camni and then pampasan yg dibagi x setimpal, aku pun ngamuk.

Farah berkata...

Betul ke tetiba dpt notis 'sila berambus'? Takkan penduduk tak dpt official letter berserta perjainjian pampasan dulu? Konpius saya.. O_O

Nur Hani berkata...

blog blh dijadikan landasan untuk menyuarakan suara kecil rakyat kepada kerajaan, hopefully diorg baca ni.

Tanpa Nama berkata...

Melayu yang kurang ilmu (Bodoh) Akan terpinggir. Tanpa ilmu melayu Akan terbenam Dan menjadi urban poor! So anak-anak melayu timber lah ilmu Dan jade yang terbaik in your field.

Raden berkata...

BERKORBAN...BERKORBAN... BERKORBAN...

tu jer la yg rakyat kena buat... hahahahahahahaha... sampai dh x tau nak korbankan apa...

pampasan??... maaf ckp... mana ada pampasan yg setimpal... sbb apa x setimpal??... org wat bissness mana nak rugi...

Raden berkata...

baik2 dh duk situ... umah dh abis bayar.. tmpat keje dekat... tetiba kena pindah... mmg la dpt pampasan... ngan duit pampasan tu la... nak crik umah baru... kawasan sesuai ke x... dpat lak yg jauh ngan tmpat keje... kos pengangkutan lagi... kalau fikir2... ayat "taktik menghalau melayu drpd bandar" ada betulnyer... atas nama pembangunan kononnyer... hahahahaha... sacrifice konon... x kena batang idung sndiri... x rasa susah sbb kena pindah... kena carik umah baru... dapat lak jauh dari bandar... sacrifice ker tu??... tu namanyer kena aniaya...

amywammy berkata...

Khairi, get your facts right. Derang beli Market Value. Market Value: current price market, tak campur renovation.

Macam kes mamat tu, rumah dia lepas renovate segala, mungkin 850K. Market value rumah kat Zaaba? 650K-800K. Rugi 50K, sapa yang nak tanggung? Kalau rumah awak, mulia sangat ke nak kasi demi kepentingan awam?

Kalau nak cakap pasal kepentingan public, TTDI residents cadang buat satu stesyen kat Persiaran Bandar Utama. Kalau letak kat situ, kita tak perlu buat 3 stesyen (TTDI1, TTDI2, Mutiara Damansara); cuma letak feeder bus je. FYI,satu stesyen RM700 juta. Do the maths.

amywammy berkata...

Oh, lagi satu. Rasanya warga TTDI bukan nak halang projek MRT, cuma kami rasa, elok buat lagi banyak kaji selidik. Pihak yang terlibat pun, rajin-rajinlah communicate info, kasilah masa lebih sikit untuk rakyat faham pastu adjust. Mana sempat nak cari rumah dalam masa 3 bulan. Ramai warga tua yang duduk kat Zaaba tu, ni bukan pasal buat untung pampasan, tapi sentimental value kena fikir jugak.

Mantot berkata...

kau duduk sana amy?
boleh tangkap gambar notis tu?

aku tak sempat nak pegi round carik notis tu kat area kajang arini

Tanpa Nama berkata...

hehe..

aku sejak thn 1990 lg dh anti-BN. bende2 gini lagi mengukuhkn pegangan anti-BN aku..

diorg ni kalu dh nmpk $$ dpn mate pedulik hape diorg dgn rakyat. janji $$ masyuk..

amywammy berkata...

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/2/24/central/8122695&sec=central

Tak duduk kat Zaaba, tapi duduk Rahim Kajai(area dekat One Utama). Bukan kat newslink tu ada gambar ke?

MrKon berkata...

pelik betul ak dgn bn ni...ak pergi singapore aritu...lalu little india...sgt kagum dgn dorang tgh bina stesen mrt bawah tanah tu...x kacau pun bangunan lain...

ape salahnye kalau nak buat jugak kat ttdi tu...buat bawah tanah...engineer kita hebat2 ape.rasa nye pasti leh dilaksanakan...

ini tak abis2 robohkan rumah org...buat projek baru...

ak rasa sedih tgk engineering expertise kat malaysia ni hanye tau robohkan...bina baru...tu je...xde innovation langsung...

gebang lebih je najib ni cakap pasal innovation...mmg xle guna punye PM...

Tanpa Nama berkata...

bangap, bg notis cam buat iklan hutang along jer. harap penduduk ttdi tak jadi mcm penduduk kat terangganu yg di arahkan pindah kerana kerajaan nak besarkan jln dan buat bangunan kerajaan. mmg dpt pampasan, tp pampasan tu dpt buat rumah lain mcm reban ayam buat apa. aku ckp sbb kwn aku yg kena. last berita yg dia dpt, kerajaan bn tak jd buat plan asal tp akan bina apartment pulak. mmg bn jahat gile. fuck kpd sesiapa yg undi bn.

saya bukan najib berkata...

btw,sblom projek ni di approvedkan,pihak yg terlibat takde ke gi ke tempat2 yg mrt ni bakal lalu utk discuss dgn penduduk setempat utk dptkan persetujuan bersama.bincang pasal pampasan ke ape2 lagi.barulah ada win win situation.takkan main letak notis mcm tak berapa nak pandai mcm tu je.mcm tak profesional.kehairanan aku didahului dgn maaf.aku jahil sket/byk ttg benda2 ni.

milo boyd berkata...

oh no wonder ramai yang bantah. no other way ke nak kasi projek mrt nih berjalan lancar without halau-menghalau org..sedih nyer.

Tanpa Nama berkata...

xyah ckp byk la...kalu kena kat ko aku rase ko pon melalak meracau cam org gila...(utk khairi)

mmg la dpt pampasan tp cukup ke pampasan tu utk beli umah baru & tanggung kos2 sara hidup lain sbb surrounding umah dah x sama cm dulu?

rata2 umah kat kl ni dah la harga x masuk akal...last2 org non bumi yg untung

buruh berkata...

"saya bukan najib"

Aku tau ko bukan Najib, ko Rosmah kan?

pak jid berkata...

lor
kamu ingat mudah ke nak angkut barang pi tempat lain
nak setel down dengan keadaan sekeliling
bukan maksudnya tak suka perubahan tapi boleh ke kamu terima perubahan dalam keadaan mendadak
mental, fizikal, kewangan semua kena bersedia
kalau pindah bagi rumah double dari harga sekarang pun belum tentu pakcik nak pindah
anak cucu pakcik yang jenguk
dah lah bini takda
tapi kot lah kat rumah baru esok dapat bini baru sekali tak tahu lah

Tanpa Nama berkata...

majulah sukan untuk negara.

blabla berkata...

Kehadapan Encik Khairi;

Aku harap umur kau panjang untuk merasa sendiri dihalau dari rumah yang didiami berpuluh-puluh tahun untuk satu projek kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

1. Buat apa menentang projek MRT? Bukankah itu pembangunan?

2. Kerajaan lebih tahu apa yang diperlukan rakyat.

3. Projek MRT bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi negara

4. Matlamat MRT ialah untuk mengurangkan kesesakan jalanraya

5. Banyak-banyak komplen pun, lu orang apa boleh buat?

6. Fikirkan kepentingan negara, bukan diri sendiri.

7. Rakyat mesti berkorban untuk negara dan pemimpin

Raden berkata...

1. Buat apa menentang projek MRT? Bukankah itu pembangunan?

Pembangunan ekonomi kroni

2. Kerajaan lebih tahu apa yang diperlukan rakyat.

Rakyat mcm ko??

3. Projek MRT bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi negara

Again... mengukuhkan ekonomi kroni

4. Matlamat MRT ialah untuk mengurangkan kesesakan jalanraya

Punca kesesakan jalanraya kat M'sia ni bukan sbb kurang MRT... harap maklum

5. Banyak-banyak komplen pun, lu orang apa boleh buat?

Sbb tu la ko terima je... ye x??

6. Fikirkan kepentingan negara, bukan diri sendiri.

Again... kepentingan kroni

7. Rakyat mesti berkorban untuk negara dan pemimpin

Rakyat mcm ko la yg selalu buat rakyat yg lain terkorban

Tanpa Nama berkata...

Tunggu Je La Bila PAKATAN RAKYAT MENTADBIR negara..Perkara sama Juga yang akan berlaku..senang mencari salah orang, tp susah nak nampak kebaikan kan.??

Masa Recession dulu..
Siapa yang selamat kan kewangan malaysia.?
Anwar buat ape.?Anwar siap nak serahkan masalah kewangan negara kepada satu badan dunia.
mmg satu kesilapan la kalau kite terjebak dengan pertubuhan tu..

Mahathir buat ape?
Mahathir create satu CARA yang boleh selamatkan negara dr recession.
the best part is...US jugak follow cara itu..
Cara APE??? Sila Cari Sendiri..

Kau kan serba tau.!

peace.!

Tanpa Nama berkata...

Anon,
bailout syarikat2 kroni dah nak bankrap. Haha. Memang bijak mahathir kan sampai USA ikut jugak. Kau tak tahu apa yang mahathir buat tu sebenarnya tak betul. Rakyat yang merana. Tengok kat USA, bila kerajaan dorang nak bailout syarikat2 yang dah nak bankrap ramai rakyat sana bantah wei. Kita? Rakyat malaysia takut nak melawan kerajaan. Apa yang kerajaan buat semua betul tak ada cacat cela nya. Go figure!

Tanpa Nama berkata...

sesiapa yang kata MRT ni akan kurangkan kesesakan jalan raya...dan ini adalah pembangunan negara.....fikir baik2 dulu....apa gunanya bina MRT, kalau perkhidmatan bas masih sama je...KTM masih sesak je....kalau stesen MRT/KTM, kenalah ada bas dari tempat2 perumahan ke stesen terdekat...kalau tak takde gunanya.....tapi sampai skaran....takde pun pelan nak upgrade perkhidmatan bas

Raden berkata...

tuuu diaaaaa... alih2 citer pasal PR ni apa hal lak??... kita citer pasal tanah kena amik... kena pindah carik tmpat baru... nak sesuaikan lagi... alih2 ada mangkok citer pasal recession la... anwar la... mahathir la...

wei... ko tunggu topik yg sesuai la wei... lari tajuk la...

Raden berkata...

and btw... ayat mangkok ni
"Tunggu Je La Bila PAKATAN RAKYAT MENTADBIR negara..Perkara sama Juga yang akan berlaku"

aku tekankan... "PERKARA SAMA"

mengesahkan yg k'jaan skrg mmg sama mangkok... tapi mangkok ni tetap terima bulat2 apa yg k'jaan skrg buat...

and sejak bila lak org UMNO ni dh terrer baca future??... bole tau apa yg PR buat/tak buat...

but... as i said earlier... tunggu topik sesuai la wei

Tanpa Nama berkata...

Raden,
itu lah orang melayu yang berfikiran apa yang kerajaan buat tak perlu nak complaint apa yang kerajaan buat. Bersyukur jela apa yang ada. Haha. Kerajaan dah buat yang terbaik untuk kita. Bersyukur ye. Haha. Entah2, Nak complaint pasal Proton dia sakit hati je tengok orang lain complaint. Kau tengok jela kat paul tan ramai yang marah orang lain complaint pasal Proton kebanyakkannya orang Melayu. Orang cina rilek je. Macamana orang melayu kalau asyik bersyukur je. Tak nak usaha kearah lebih baik.

anti-geng-songkok tinggi berkata...

uiiiiiikkkk..katanya ketuanan melayu..takleh ker guna power tuan melayu time kalu orang nak roboh rumah korang?...heyyy jangan roboh rumah ini.ini rumah ada ketuanan melayu..muakakakkaa

padan muka orang TTDI..wkhakhkaa,terima kasih UMNO/BARISAN NASIONAL sayang sebab menyusahkan rakyat

PRU 13.kita pangkah UMNO/BARISAN NASIONAL lagi untuk jadi kerajaan malaysia..wkahkahkaha

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
amywammy berkata...

encik anti-geng-songkok-tinggi,

orang TTDI pangkah PKR.

Tanpa Nama berkata...

Tengok berita TV3 tadi? Astagfirullah.. Tak sangka berani beliau menuduh seorang Islam (Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat - MB Kelantan) sedemikian. Lebih kurang begini kata-katanya (agak lupa setepatnya), berbunyi politik "Dia nak tarik undi semua orang, jadi dia cakaplah dia tak bangga jadi orang Melayu. Saya tak pelik kalau satu hari nanti dia cakap dia tak bangga dia orang Islam."

Dialog ini tidak setepat dicakapkannya, tapi inilah beliau maksudkan (sebaiknya cari balik video berita TV3 tadi). Apapun, siapa beliau untuk mempertikaikan iman seseorang. Melayu tiada dalam Al-Quran. Sedarlah wahai orang yang terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup mempertikaikan nilai agama seseorang, Melayu hanya sementara. Saya malu ada pemimpin yang mengaku dirinya Islam tetapi sifatnya begini.

Tanpa Nama berkata...

salam semua,

ayat bersyukur apa yg ada tu tak leh blah....

selagi belum kena kawasan umah sendiri kena amik tapak, boleh cakap la....

patut la melayu senang kena jual sebab "bersyukurlah apa yg ada " tak kena tempat.....