Aku lahir zaman Mahathir.Aku lahir sehari selepas Mahathir naik jadi PM.Majoriti hidup aku,aku hidup zaman Mahathir,setakat ni lah.
Dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia,ada satu badan yang menjaga hal ehwal agama,yang menjaga hukum hakam pentadbiran Kerajaan supaya sesuai dengan konsep agama.Malaysia pula adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Kita mempunyai Agung dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan jelas serta terang,agama Islam adalah agama rasmi negara kita.Perdana Menteri kita semuanya tidak pernah datang daripada mereka yang beragama lain.Semuanya Islam. Jelas benda tu dan aku sure semua orang tau.
Bila menjadi seorang Perdana Menteri,aku tak rasa salah jika aku simpulkan,tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang memimpin sebuah negara beragama rasmi Islam tidak lari jauh jika dibandingkan dengan tugas seroang Khalifah atau dalam englishnya,Caliph.
Sayangnya,sepanjang hampir 30 tahun aku hidup,aku tak pernah dengar,lihat atau baca mana-mana statement PM kita yang mengajak kita solat,puasa atau menunaikan haji.Part Islamic yang selalunya ada pada ucapan PM kita hanyalah pada permulaan bila dia bagi salam atau cakap, "Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. saya merasmikan (something-something)....." Mungkin Pak Lah sebelum tu ada dan aku tak perasan.
Bayangkan.....anda sebagai rakyat Malaysia yang beragama rasmi Malaysia bertanyakan perihal agama kepada Najib Razak.Situasi yang sangat awkward bukan?Pasti berbicara soal agama dengan Najib atau Mahathir adalah satu benda yang boleh dikatakan sangat janggal.Pak Lah? Dia ok kot tapi sayang dia tak pandai perang politik.
Pasti akan ada yang berkata,dia PM,agama bukan bidang dia,agama bukan specialty dia,itu semua kerja JAKIM ke mahkamah syariah ke.Tapi aku tanya kau balik....kenapa bila bab agama kita lebih percaya dengan Ustaz kita atau badan-badan tertentu yang menyelia agama?Kenapa dalam bab agama,Perdana Menteri kita bukanlah calon yang paling layak untuk dijadikan rujukan ilmu orang Islam? Kenapa Perdana Menteri kita agama dia sendiri bukan bidang dia? Logik ke?
Jika dikata agama adalah satu benda yang personal,pemimpin adalah satu tugas yang public.Dia mengepalai 15 juta orang Islam. Dia buat salah,langgar hukum agama,kita juga tanggung silap dia.Mungkin di situlah sebenarnya kesilapan kita,memilih pemimpin yang jika ditanya hal agamanya perlu merujuk ke satu badan lain yang lebih layak berbicara mengenai agama Islam,agama dia juga.Dia bukan Hindu,dia bukan Buddhist.Dan kita pilih dia jadi pemimpin kita (technically ahli UMNO pilih dia jadi pemimpin kita,aku tak setuju pun).
Jika seorang pemimpin negara umat Islam perlu dipimpin tangannya,dalam bab agama sendiri,salah siapa di situ?
Salah kita lah..sebab kita dipimpin oleh seorang pemimpin yang jauh hebat berpolitik tapi tak berani nak mengingatkan kita mengenai kematian.Tapi sayanglah,badan yang ditugaskan menjaga agama tu pun kadang-kadang sesetengah isu tutup mulut,mendiamkan diri. Semua sebab politik dah diletak atas Tuhan.
Takkan nak tunggu rakyat nak pimpin PM kita pasal bab agama?
Gambar hiasan - Perdana Menteri Malaysia berkunjung ke Oman dalam rangka lawatan bershopping