September 20, 2010

Surat Dari Pembaca dan Jawapan Yang Tidak Berhati Perut

Salam encik Mantot,

Suka entry ni..sedang elok dgn masalah saya dgn diri saya sendiri...sebab sekarang ni selalu tny diri sendiri...'Is He The One?'Dari point 1-5,saya rasa da cukup lega da..tp saya down bila baca point 6-7...but all i can say we never had sex..saya admit saya mmg rasa bersalah tp saya xtau kenapa saya suka bila die pegang tgn saya ke peluk saya...and die pun vice versa...
tp haritu,yg wat saya saket hati skrg, saya tersasul ckp kat die bila die tny saya,'U nak apa?'...and saya luahkn apa yg saya pendam slama ni, 'Nak kawen...'..and tbe2 die gelakkn saya n cakap saya ni miang da ke? sedey sgt...skrg saya xe motivation da..xtau nak wat ape..jumpa die pun xnak..saket hati sgt2..sbb die paling xlayak nk ckp camtu kt saya...ke saya ni bodoh sbb berangan?

saya harap encik mantot bley kasik jawapan paling jujur...kutuk pun xpe da biasa...agar saya dapat muhasabah diri...

.....................


Kau tanya aku jawab,tapi kasar la,ready aa,jangan nangis,aku bukan tukang kaunselor yang sedaya upaya menjaga hati org yang mintak nasihat.


1. Aku tak pernah jumpa lagi lelaki normal yang tak suka peluk perempuan.

Aku rasa lelaki gay pun kalau peluk perempuan nafsu dia ada naik sket walaupun mungkin tak berapa jelas ke-buasannya.Masalah dia skrg,kau pun suka.Mesti masa mula2 tu kau tak nak kan?(Lainlah kalau sblm2 tu kau mmg dah biasa camtu) Mcm member aku,seorang gadis yang agak hot,mengaku..."Aku silap sebab first boifren aku,aku terbagi dia peluk aku.Bila dah ada boifren lain,aku pulak yang offer diorang peluk aku sebab aku dah rasa mcm mana kena peluk.Addicted."

Kau dah bagi..agak payah la kau nak stop kecuali kau betul2 kuat.Aku tak berapa pandai bab2 agama jadi aku takde la nak suruh kau pegi solat ke,mengaji ke,ambik wuduk ke tapi kalau benda2 camtu membantu kau,try la.Mcm mana pun fikir camni,apa akan jadi kalau kau tak kawin dengan dia?Adakah kau mampu tanggung rasa bersalah satu hari nanti bila kau tengok muka laki kau mengenangkan apa yang kau dah terbuat sblm kau kahwin dengan dia.

Lagi satu,kalau kau dah kahwin dan ada anak,fikir la kalau anak pempuan kau nanti buat benda yang sama mcm kau buat tu,apa kau rasa kalau kau dapat tau anak kau berpeluk2 dengan boifren dia.

2. Dia gelakkan kau sebab dia kata KAU YANG MIANG?WAHAHAHAH!

Ini taktik buaya darat dan lelaki durjana.

Cik....masalah paling besar dlm masyarakat Melayu kita skrg khasnya anak2 gadis mcm Cik adalah anda semua lebih mempercayai Lelaki2 Miang mcm tu berbanding dengan Tuhan anda sendiri.Ramai yang sanggup serah tangan serah tubuh semata2 nak memastikan ada lelaki yang nak kahwin dengan dia.Ramai benar yang takut nak tegas dalam bab nafsu serakah ni sebab takut kehilangan boifren.

Entahlah.Aku bukan orang kuat agama.Semayang pun selalu jugak aku miss.Tapi satu benda yang aku percaya mati-matian adalah "kalau Tuhan kata kita ada jodoh,datanglah jodoh kita tu nanti." Jangan paksa diri dan serah aurat anda kepada seorang lelaki hanya semata2 sebab takut staying single.Kalau berperangai baik sebelum kahwin,Insya Allah dapat jodoh yang baik yang hanya miang selepas berkahwin dengan anda,dgn harapan miang dgn anda sahaja,hehehe.

Macam mana nak dtg motivation kalau boifren sendiri yang kau dah bagi peluk2 panggil kau miang masa kau tanya pasal kahwin kan?Kalau kau tanya aku,aku jawab secara jujur,mamat tu bukan calon yang baik untuk jadi pilihan kau.Kalau dia tak puas hati nak pukul aku ke,datang la Cyberjaya.Aku ada kat Terminal bas situ selalu.

3. Okeh,kau kena ready,aku nak tulis satu benda yang sangat2 menyakitkan hati kau.

Buat apa seorang lelaki pegi kedai beli susu lembu kalau kat rumah dia dah ada lembu yang bila2 masa boleh diperah susunya?Sama lah jugak kalau kau ajak dia kahwin,buat apa dia nak kahwin dengan kau?Sebelum kahwin dah boleh peluk2,jadi buat apa kahwin?Lesen dah dapat,takkan tak nak bawak kereta?Mula-mula drive slow2,lama2 nanti mula la memecut.

Percayalah cakap aku,nafsu lelaki ni tak mudah dipenuhi.Sama lah jugak mcm keinginan perempuan nak rantai emas lebih walaupun kat lengan dah penuh sampai ke siku.Kau bagi lengan,dia nak pinggang.Kau bagi pinggang,dia nak bibir,kau bagi bibir,dia nak memanjat dua bukit tu.Dah bagi bukit,mesti dia nak yang bawah pusat kau,depan ke belakang tu aku takut nak imagine,hahahaha.Satu aje cara nak stop benda ni...JANGAN BAGI DIA START!

4. Carik la lelaki yang menjaga maruah kau.

Sebab nanti2 dia nak kena jaga kau dan anak2 kau.Kalau maruah kau sendiri dia tak nak jaga sebelum kahwin....orang macam tu ke yang kau nak jaga kau sampai ke tua nanti?Sehensem mana pun dia,biarlah.Tak berbaloi untuk kau tanggung rasa bersalah seumur hidup kau,dengan Tuhan dan suami kau (kalau kau kahwin orang lain).

Orait.Aku nak tengok The Twilight Saga : Eclipse.
Robert Pattinson,here I come!

36 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

jawapan yang tepat bagi soalan yang mungkin kurang tepat

Unknown berkata...

best2, sape yang tak terasa, memang jenis keras kepala..

Tanpa Nama berkata...

aku suka bawak kereta walaupun xde lesen..

zalizalu berkata...

apa kaitan gambar tu? :P

Tanpa Nama berkata...

tido tido paklah, dia ada nafsu jugak. tak la macam nuar " are you ok? " berahim

Aslina berkata...

kah kah kah...

aku memang da malas nak percaya lelaki SEBELUM kawen...

sebab aku agak menjaga tatasusila camtu la laju je ex2 aku yang dah berbelas2 orang tu dump aku...

yet i'm still happy with my life. sebab dorang yang dump aku tu bukan la calon yang tepat menurut apa yg ko tulis...

Tanpa Nama berkata...

waaaaaaaaaaa!! no 3 terbaek ah jawapan.. ak ske gler jwpn nih..
hahahahahaaaa~~

Tanpa Nama berkata...

huh,very sarcastic but yet so nice to read..

Tanpa Nama berkata...

peh..robert pattinson mmg bole buat ko jd gay skejap la tot...isk isk..

Hey ladies,
Jaga2 ye cik salmah..ni pesan terbaik dr hati seorg lelaki.

Ebichu berkata...

hmm point mantot tu sme nye betul. walaupun disampaikan dlm gaya yg agak pedas, tp amek la isi2 nye tuh...

tp gmbr tu mmg lawak la, mati2 la aku ingat kn entry psl politik, tot... i got punk'd~

situkanghambar berkata...

di sini saya bersetuju dengan nasihat itu.
sementara masih lagi bole patah balik, ayuh la gostan ke depan.

dan kepada balak2 yang agak hangen lihat mat2 rempit bonceng awek2 ke hulu ke helyor tu. usoh le deme hangen. deme adalah gang2 yang cool kerane tidak merosok kan anak2 gadis orang.

cool ape, bawak motor sorang2...

**waa.. saudara mantot. lu dh mcm brader2 skang ek. ahahah.

nadz ruslan berkata...

hohoho

awal2 lagi mak aku pesan dah bila aku nak blajaq di pekan ni, jangan mula... jangan mula buat dosa.... ketagih!!

Tamu Senyap berkata...

la taqrabu zina..even the muqaddimah of the zina...huhuh..
muqaddimah > ehem2 > khatimah > munyesallahnanti...hee..

Siberkop berkata...

Jagalah kemaluan anda semua.

Jangan nanti anda dan seluruh keluarga anda pun mendapat malu kerana tidak menjaganya.

Tanpa Nama berkata...

aku terpana tapi bersetuju. aku dah lalu semua yg tot cakap. in progress to fix the damages (too late but fix them anyway). cross my heart, sapa yg belum mula, plz plz plz jangan mula. u'll have no slightest idea how to cope with 'the feeling' (maybe) for the rest of your life. it affects u in every way.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju. kalau betul laki tu sayang seorang perempuan dan betul betul nak buat dia jadi bini, aku rasa dia akan jaga perempuan tu elok elok sebelum kahwin.

hideYUShi nakata berkata...

quote "Orait.Aku nak tengok The Twilight Saga : Eclipse.
Robert Pattinson,here I come!"

dah baik punye bg ayat motivate, maka ayat yg last nih agak gampang skali..

hoi team edward..meh lawan ngan team jacob..wakakaka...

Fathi Roseli berkata...

ko leh jd konselor la mantot...seswai sgt dh ayat ko 2...org zaman skg mane mkn ayat baik2...kne bg ayat menusuk kalbu br sedar...

Tanpa Nama berkata...

haha..kalau wanita jaga tatasusila dengan boipren,tapi dengan kawan2 laki lain duk huha2 lebih dari dengan boipren,baik tak payah...

Tanpa Nama berkata...

Aku taknak komen apa yang mantot cakap sebab memang dah betul pun. Aku cuma nak tambah sikit je, jawapan untuk cik yang bertanya.

Aku belajar, the hard way, cara paling bagus untuk mengelakkan diri daripada terjebak lagi adalah dengan kurangkan keluar date. Kalau kau kuat iman, mungkin tak apa. Tapi mungkin kau tak (sebab kau suka berpegangan tangan, dan selemah-lemah iman ialah membenci dengan hati, kan?) tinggalkanlah dia. Bersyukurlah kau dah disedarkan.

Aku suka satu nasihat, aku quote ayat kawan aku yang beriman ya, "Allah jauhkan kau dari dia sebab Allah nak sucikan kau balik."

Okay, cepat lari :)

Tanpa Nama berkata...

lelaki bukan ade satu je dlm dunia ni.motivation ke hape. tu semua alasan je. if it's not worth a fight, then don't sacrifice your pride.sekian terima kaseh

MeWithNoNames berkata...

biasanya perempuan2 yg rela diperlakukan sedemikian @ menurut saja boifren dia nk buat apa adalah perempuan yg takot kehilangan boifren dia & takot nk jd single..

"there is nothing wrong with being alone...." xmatinya kalau hidup sorang2...

cauuuuu....

aizat encem berkata...

agree with da answer.. xpyah2 ssah payah kelam kabut bab2 crik pasangan ni..

mesti ad punye~.........

cme mse yg akn menentukan ;D

mummy_icha berkata...

nak selamat, ikut garis panduan syariah, baik nak cari calon, mahupun nak kluar dating.calon yang terbaik tentu2 yang ada 4 ciri tu. pastu nak keluar dating, bawak seorang mahram.tempat yang elok.perbualan yang baik dan ada tujuan.pendek kata, nawaitu kena bersih, insyaallah nanti hasilnya pun baik - ni janji Tuhan, bukan janji sesama manusia

m!zZ tuRa berkata...

suke p0int2 yg anda berikan...

alhamidi berkata...

Lelaki ni senang je wahai pompuan di luar sana..

Cuba tanya dia pasal plan kawin, bila nak tunang? Berapa bajet kawin? Lepas tu mintak dia serius jumpa dengan makbapak. Kenalkan dengan sedara-mara, "Ini bakal suami aku.."

Kalau jawap pun nak tak nak. Lepas tu mintak serah dara pulak. Tinggalkan je. Jangan kesian-kesian dah. Kesian kat diri ko dulu..

Tanpa Nama berkata...

lelaki x salah. mereka hanya nk uji. kalau perempuan tu serah, perempuan tu la yg bacul. mereka x salah apa2. mereka rugi apa? perempuan tu yg dh xda apa. mereka raja. tanpa tulang rusuk mereka, x ada la perempuan.

kenapa? mereka tuhan ker? mereka x perlu tanggung dosa ker?

dayusnyer mereka. tunduk pada nafsu yg satu. mereka lupa mereka adalah pemimpin. mereka diberi 7 akal untuk berfikir satu fakta penting bahawa sebagai pemimpin, adalah tugas mereka untuk melindungi pengikutnya. memimpin membuat kebajikan dan memimpin agar terhindar dari dosa.

merekalah pencabul sebenar. mereka mencabuli hak mereka sendiri. hak yg hanya jadi milik mereka selepas terjadinya ijab kabul. hak yg sepatutnya kepunyaan pengikut mereka sendiri sebelum ijab kabul.

namun mentaliti masih menyalahkn sang pengikut. menyalahkn sang perempuan. perempuan x pndi jaga.

orang perempuan pndi2 la jaga diri kamu okey. hilang boifren xpa.bukannya hilang suami. yg laki tu pulak aku leh faham la kalo dia nk benda2 ni.tp bila dia salahkn perepuan ..hello pikir sendiri.

aina

situkanghambar berkata...

antara:--

1)Meh la terjun longkang dengan aku, dalam longkakng tu busuk, air kotor, banyak kuman. kalau terjun ko bukan saja boleh luka-luka, silap-silap boleh patah tangan atau kaki.

..dan..

2) meh la terjun longkang dengan aku, dalam longkang tu baua wangi, air dia suci & bersih, kalau terjun ke dalam ko akan gembira, riang dan tenang.

masa nak terjun longkang, agaknya mana janji-janji yang di tabur?

anda rasa, anak-anak gadis kita yang sedang, telah dan "akan"[harap ini tak akan berlaku]lombok tuh semua di janjikan dengan janji yang mana ya?

reeza berkata...

memang terbaik lah mantot!!! giler best nasihat ko. ayat2 ko mmg sesuai utk ko jd kaunselor zaman skrg. ckp lembut2 pon bukan org nk dgr. kasi ayat panas telinga je..biar menusuk sket.

lgppon org Islam skrg ni ramai yg tak percaya..jodoh, rezeki, ajal dah lama ditentukan..sejak dlm perut ibu lagi. so, just berserah sepenuhnya pada Yang Berkuasa. DIA dah tetapkan jodoh yg terbaik utk kita. percayalah...

last reminder, jage maruah n diri anda sebaik mungkin wahai kaum hawa..walau anda diperli single n x laku..kerana dirimu begitu berharga. n kpd kaum adam, sabda nabi; "tidak aku tinggalkan fitnah (bahaya, cubaan, godaan) ke atas kamu selepas kewafatan aku yg lebih besar selain fitnah seorg wanita." *klu x yakin anda boleh tanya ustaz2 yg pakar dlm bidang hadis.*

ape2pon, "la takrabuzzina." n "setiap amal baik n jahat yg dilakukan walau seberat zarahpun akan dihitung."

Tanpa Nama berkata...

tima kasih mantot, nasihat hang cukup kasaq tapi sapa nak marah hang memang bongok sebb hang dah boh logik & ideanya...

sbgai perempuan, aku simpati baca anon yg mintak nasihat...camni dik non oiiii aku nak habaq blambak prempuan problem cam hang nihhh aku dpt bayangkan luluh/pedihnya hati bila dituduh miang, hang ajak dia kawen bukan duk bgesel slamanya....kita prmpn slalu berangan konon dia lah utk kita tapi huhhhhh dia lelaki durjana.sedih lagi ke?? aku percaya hang baca ni...aku doakan kbhagiaan utk hang lepas ni :)

Tanpa Nama berkata...

salam tuan tanah...

soal jaga maruah diri dan lebih percaya kan tuhan dari pakwe sendiri tu aku sokong kau 100 persen....
tapi bab rasa bersalah pada suami,jika kita tak berkahwin ngan pak we tuh...lupa kan jer lah....
suami tak der hak utk tau masa silam kita...tanggungjawab dia hanya bermula once dia jadi suami kita....wallahualam....

Tanpa Nama berkata...

Masa kena tipu mmg X sedar, tp lps da diberi kaedah utk selamatkan diri pun masih X sedar lg (enggan bertindak). Mmg bongok!
Mmg susah, bila benda dah jadik masalah nak diperbetolkan semula. Pasang niat, buat aje apa ug patut, jauhi bibit2 maksiat, jgn bg peluang pd nyamok durjana.
Thanks a lot En. Mantot. Teringin rasa nak bertemu Tuan punye blog ini...(bersemuka/lepak2/borak2 kat Saba' cyberjaya ke, bleh?)
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

Hyde berkata...

Terbaik, tot. Aku pun dah semakin risau calon untuk jadi spouse baik makin kurang

kucai berkata...

hang bleh jdi konseler la mantot...da register ker blom..

miss lawang... berkata...

hmmm.. setuju sgt ngan encik mantot.. perempuan pandai2 laa bawak diri.. utk jadi emak yg baik, kamu kene jadi anak yg baik.. kan? cuba pikir perasan seorang emak bila ank die BUAT HAL..
lelaki. kebanyakannya nk kan awek yg easy n daring, tp, nk cari calon isteri nk yg baik2.. x bagus laa mcm tuh kan? kalo x de niat nk dijadikan teman hidup x yah laa nak merosakkan ank org pulak.. sbb korang pon bakal ada anak, ank perempuan.. pikir la, Allah kadang2 pakai guna CASH jer.. and, kesian laa kt isteri kamu nnt (kalo kamu berjaya dpt isteri yg baik laa).. die mengharapkan dapat suami yg suci gak, mcm mana kamu mahukan isteri yg suci.. same jer semuanye.. yg penting, back to basic laa.. lelaki ke perempuan, dosa tetap dosa..

Tanpa Nama berkata...

Salam endik mantot.maaf kalau lmbt memberi respon lambat...

1) saya berterima kasih sbb encik mantot sudi post soalan saya dan saya da banyak kali baca blk..terima kasih dgn komen anda dan sahabat anda yg komen,mmg memberi saya semangat..lepas encik mantot wat pos tu, saya mmg pk jauh dlm perhubungan kami dan even ke tahap p kursus kawen,jus to make sure what i feel is in the right place..mmg btol bila da stat tu susah nk let go...dan saya rasa lepas ni saya akan lebih berhati2 kpd diri sendiri terutamanya

2) Alhamdullilah,saya da xbersama laki tu lagi..dah nk masuk 3 bulan single dan 5 bulan berpisah..saya admit mmg awal2 sedih tp sekarang saya lega suma dah berlalu..mmg btol bila saya pk blk suma ape yg da dibuat,rasa sedih dan hina sgt...tp alhamdullilah jugak saya tak melebih dr apa org sangka..saya percaya,setiap apa yg berlaku ada hikmahnya


3)saya harap encik mantot dapat teruskanlah segala apa yg dilakukan sbb mmg bagus ada blog2 camni...saya admit memula baca tu mmg sedih dan xdapat terima hakikat lepas baca2 komen tp apepun apa yg dikatakan tu btol dan masuk jugak kepala ni..

all in all,
terima kasih sangat2,hanaya Tuhan sahaja yg mampu membalas