September 02, 2010

Menentang Kapitalisme : The Electronics Slavery

Aku gi melepak mana-mana,mesti akan ada orang borak pasal personal teknologi.Masa aku bukak puasa dekat Cyberjaya aritu,belakang aku,satu meja berborak pasal iphone.What the hell?Ada sorang antara diorang tu dah memang macam salesman.

Satu masa dulu,aku pun kaki kejar teknologi jugak.Tapi aku tak suka dekat benda2 macam phone ni,aku kejar barang2 PC.Bila ada aje barangan PC baru keluar,mulalah gatal aje tangan nak update hardware,padahal,benda tu still lagi functional dan cukup untuk apa2 aje software yang aku pakai.Tapi lama-kelamaan aku tersedar dan ternampak seolah-olah sudah terjadi satu trend di mana;

Consumer dipergunakan seperti kambing dan akan menurut saja apa2 aje gadget2 terbaru yang dijadikan sebagai hot item yang wajib dibeli oleh kita semua.

Contohnya; para pembeli henfon.Mesti ada antara korang yang baru aje beli henfon tapi 3 bulan lepas tu dengan secara mengejutnya,henfon anda sudah out dated.Keluarlah satu henfon baru yang lebih cantik dan lebih canggih berbanding henfon anda yang baru aje berusia 3 bulan.Dengan kuasa pengiklanan yang hebat dan iklan mulut ke mulut,disamping ada beberapa orang member anda yang baru aje tukar henfon,anda rasa ketinggalan.

Lalu anda ke kedai henfon,trade in henfon anda yang baru berusia 3 bulan itu dan top up duit tu semata2 untuk keep up to date dengan "teknologi." Apa yang berlaku adalah,anda sedang menerima kerugian kerana kos trade in yang rendah dan anda terpaksa keluar duit lagi.

Cycle itu akan berterusan dan berterusan sehinggalah sampai satu masa anda tersedar,semua features henfon anda tu kebanyakannya tak dipakai pun.Tak pernah aku tangkap gambar pun pakai kamera fon aku.Call isteri aku,call family aku,call member,call awek2 aku dan sms.Henfon aku punya features yang paling perlu adalah alarm clock.Itu aje aku pakai.

Lihatlah,sekarang ini semua benda elektronik menggunakan taktik yang sama;menjadikan consumer sebagai "electronic slaves."

1. LCD TV
2. Compact Camera/DSLR
3. Hardware PC
4. Handphone
5. Laptop

Mungkin tak lama lagi,peti sejuk dan mesin basuh pun masuk dalam kategori tu.Cycle tu akan berterusan dalam memastikan pengguna rasa obsolete dan memastikan generated income syarikat2 elektronik ini terus menderu-deru masuk.Ada jugalah beberapa teknologi yang dipastikan dibiarkan untuk matang dulu macam cakera optik (DVD,VCD),konsol game (PS3,XBOX) dan software2 OS (Windows,Mac OS).

Tapi tak banyak dan apa yang lebih menakutkan adalah dengan berkembangnya teknologi hardware,teknologi software juga wujud kejar mengejar.Jika satu masa dulu Adobe Photoshop hanya dipatchkan sekerap mungkin tanpa perlu menukar keseluruhan software tapi kini software itu diganti setiap tahun.

Yang lebih menakutkan dengan perkembangan baru ini?

Setiap kali keluarnya penukaran software yang baru,hardware requirement untuk software itu juga akan meningkat.Pengguna terpaksa update hardware untuk mendapatkan prestasi yang stabil.Jadi,jika cycle ini berterusan,sampai bile sebenarnya hardware2 yang kita beli akan dapat dimaksimakan penggunaan sebenarnya?Sebab tu kat Malaysia kita beli software cetak rompak.Gila apa nak beli software belas2 ribu dan setahun kemudiannya software tu dah out dated.

Jika anda sudahpun terperangkap dalam cycle mengejar teknologi itu,agak susah untuk dihentikan pengaruhnya tapi cubalah kira berapa sebenarnya nilai kerugian anda.Banyak!Tak payah la kejar teknologi.Beli,pakai sampai rosak.Lepas tu usha la replacement dia.

40 ulasan:

mcjust.lol berkata...

aku bersyukur sebab aku mampu bertahan dengan henset aku. dah la henset cina, masuk dua tahun dah. hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

aku tak tau lah,aku rasa sekarang cara kau borak dh mcm bapak2.

dh mcm bebelan dah.

biasa lah remaja,kata pun remaja masa kini.

tak masa kini lah kalau outdated. :)

Mantot berkata...

hahaha,nak buat camne..mmg aku dah tua.aku rasa makin lama aku dah makin slow...jiwa aku makin lama makin ke arah tu kot

sastraboy berkata...

naseb baek gua tak termasuk dalam cycle tu, alhamdulillah! hehe.

Gen Fujita berkata...

Kebanyakan pengguna tak tahu yang apa yang mereka terkejar-kejar tu pun ada kemungkinan cuma test subject, barang belum complete, dah jual, kalau problem, ada warranty, padahal tu semua taktik je tu. Lepas tu tak lama lepas tu keluar pulak barang baru. Boleh terima ke orang jual test subject kat kita? Macam jual barang belum siap, tapi disebabkan ramai yang terkejar-kejar, benda ni tak dipedulikan. Duit kita keluar banyak, tapi tak puas-puas. Hmmm... sesuatu utk difikirkan.

Lann Shaukani berkata...

Setuju dgn Gen Gujita. Kadang-kadang item/gadget yg dikeluarkan sebenarnya alpha/beta testing.

Tak perlu pun sebenarnya nak upgrade ke nak update hardware ke software jika ia bukan diperlukan. Kalau beli bb or iphone, tak semua function nak guna. As u said bro, cukuplah sekadar call, sms. Kalau ada camera henfon, gunakanlah sebaik2nya seperti hal2 kecemasan eksiden boleh jadi bahan bukti ke apa, tapi jangan guna utk buat maksiat!

Gua nama je S.A, tapi gua tak kejar software/hardware. Gua kejar game.

Yg baik dtg drpd Allah, yg buruk dtg drpd gua.

Tanpa Nama berkata...

gua pon setuju.. gua pkai bb,tp dkat rumah ade streamyx,so bb internet gua xpkai pon... hahaha.. pkai bb utk call,sms je....

damme damiah berkata...

aku jenis suka kejar teknologi jugak. tapi nasib baik ah duit tak banyak dan aku (mungkin) kedekut gila.

jadi beli sekali, guna sampai rosak, ketuk-ketuk sampai okay balik, tak tahu bila nak beli baru :)

handphone aku dah lima tahun. rosak tak pernah hantar kedai, aku main baling-baling ke dinding je LOL

tapi TV kat rumah aku memang cepat betul kitaran hidup dia, kata mak aku sebab banyak tengok tv sangat, cepat rosak. cerita lain.

Tanpa Nama berkata...

kat rumah still pakai pentium 3 lagi..os windows 98...office 2001..win98se yag sudah dipatchkan sebanyak mungkin...boleh main dvd...vids card fx5500 256 megs..

Nerzhul berkata...

game pun macam tu. makin lama makin tinggi hardware requirement. gua masih pentimum4. tak terkejor weh.

Tanpa Nama berkata...

Henpon aku masuk mesen basuh 2 mggu lepas...bertakung air kt dalam...henpon murah nokia harga 400 dah umur 2 thn...2 ari aku merayau kt kedai cari henpon...mcm2 jenis rupanya dah maju dr setahun lepas...mmg aku ketinggalan zaman...pakai 2 ari henpon lama bini aku...pas dah kering henpon aku tadi..aku try on...screen agak teruk tp masih bole digunakan...nak raya ni kena beli baju anak2, bini, mak ngan ayah aku...dan anak2 buah yg takde bapak...syukur aku ada alasan tuk tidak beli henpon baru...sebagai manusia yg lemah...kalo takde alasan2 tu..sure aku dah tergoda nak beli henpon2 terkini....
duke hiway

Tanpa Nama berkata...

sekatila dorang nak beli ke hape...tu namanya tekno..kalo tanak dok diam2 jer la..takkan nak outdated sgt lak kan..kepuasan memasing..

Tanpa Nama berkata...

tak semua consumer suka nak updated aje.bg yg mampu,mgkin la.pd aku, as long as masih boleh guna,x yah tukar2.zaman eko-no-money ni, kena tahu jimat2 sikit

eRaY berkata...

huh aku terjebak gak tahun lepas, hp still ok lg, tp sbb tertarik ngn exhibition yg derang buat, trus aku beli
penyudahnya aku nyesal....buat habes duit jek
chasing the technology will drive you crazy :D

Lina Rahim berkata...

Mak ayah baru beli LCD TV tahun lepas,rosak kemudian repair sebab masih dlm warranty. Pomen yang repair tu pun cakap, LCD TV ni manja, tak boleh tidur tengah2 malam dengan TV terpasang, jangka hayat TV LCD ni sekejap je, tak sama macam TV biasa tu.. patutlah jiran saya ynag dah 3 kali tukar LCD TV last2 skang ni beli TV biasa je, sbb diorang kaki TV..

DarkSky berkata...

biasenye budak2 skang ni gian tukar henset je.. tapi kalo da kene rompak atau hilang beberapa kali, mmg tobat ar, takde ar nk pakai mahal2 lg..

mamdoh berkata...

.: nak sokong piracy ke tidak, nak sokong piracy ke tak, nak sokong ke tanak sokong? hadu haduu.. pakai yg free dan open source aja, sedihnya daku.. rasa zalim bila teringat dulu2 buat assignment agama guna word pirated. agak tdk berkat rasanya assignment daku itu. ape boleh buat, takde duit nak beli software. pc pun maen pinjam kat bilek kwn je. haduu haduuu.. (tp pdn muke kat microsoft?) :.

Blood Seeker berkata...

Mantot, pernah tengok "Fight Club"?

"We dont own our possessions, our possessions own us"

FUCK IPHONES

Syafrizal berkata...

Setuju sangat dengan tajuk Mantot.. Hamba Elektronik.. memang tak terkejar kita.. dan jika anda menjadi mangsanya. Fikir2 kan lah.

makcikorange. berkata...

bro;
aku rasa fenom ni bukan terjadi pada gadget je, kereta & fesyen pun sama. aku rasa orang sekarang ni macam lumba lumba dalam semua hal.

lebih lebih lagi kereta, baru pakai 6 bulan, rasa xsedap, nak tukar yang baru.

okey, i can't admit yang aku ni seorang fashion lover, tapi aku beli bila perlu dan mampu sahaja, kalau tak, takat window shopping ajelaa. hehe.

Tanpa Nama berkata...

Kes Duri dalam Daging No 1:

Sebahagian besar premis Pavillion tiada logo halal

Melihat pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di medan selera di pusat beli-belah Pavillion, beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.

Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim Amri Abdullah berkata tindakan itu dipercayai untuk mengelakkan premis berkenaan diambil tindakan kerana penggunaan logo dan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim.

Beliau berkata keadaan menjadi kecoh seketika apabila Jakim disertai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memeriksa premis menjual ayam dan itik panggang kerana cara penyembelihan diragui.

"Apa yang menimbulkan tanda-tanya, semasa tinjauan awal, kami mendapati adanya logo halal yang dipamerkan. Tetapi ketika pemeriksaan berikutnya, logo berkenaan sudah tiada lagi dipamerkan," katanya kepada pemberita selepas selesai memeriksa premis-premis di medan selera berkenaan.


Komen:

Bermakna ada orang dalam JAKIM, KPDNK atau PPIM menjadi 'informer' kepada peniaga disitu akan berlakunya permeriksaan/pemantauan logo halal tersebut. Nampaknya ramai diantara kira dok makan bangkai kot...

Tanpa Nama berkata...

Kes Duri dalam Daging No 2:

Kamera intip berjaya rakam wajah dalang

Beberapa individu dikenal-pasti dalam rakaman video yang dijumpa dalam 'kamera intip' yang ditemui di pejabat menteri besar Selangor pada awal bulan lalu.

Pada sidang media di Shah Alam hari ini, setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin berkata mereka yang dikenalpasti itu bekerja di tingkat yang sama dengan pejabat menteri besar di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

“Daripada siasatan dalaman, terdapat beberapa wajah dan suara yang dikenal-pasti dari rakaman video itu. (Tetapi) kita tidak bercadang mendedahkan butirannya (sekarang),” katanya.

“Sesetengah mereka sepatutnya berada di sana, tetapi ada juga yang tidak sepatutnya berada di sana.”

Pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat penemuan 'kamera intip' itu akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim esok untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Faekah berkata pasukan petugas itu perlu mendapatkan kelulusan daripada Khalaid sebelum boleh menyoal-siasat mereka yang dikenal-pasti dalam rakaman video itu.


"Kami perlu menyiasat mereka bagi menentukan siapa di sebalik perkara itu,” katanya


Komen:

Agak2 siapalah yang menjadi perakam curi tersebut?

Ann berkata...

usia hp aku dh 4 tahun..dan hp skng ni yg hp yg kedua...aku bukan jenis giler gadget..

tp nti tgu dh rosak, nk tkr BB kot, dh alang2 nk beli baru kan, senang nk check emel n live blogging..

The Poyo Me berkata...

sesungguhnya aku terasa sebab aku kaki gadget. pantang gaji satu gadget mesti beli. aku rasa dah terjangkit dari ayah aku la. kat rumah semua jenis pc ada. dari yang amstrad hitam legam besar gajah smpi yg pling bru mgg lps. not to mention dia tukar hanset beberapa kali dalam setahun. FFFUUUU

p.s. anon jangan jadi kanser pls...
lari topik la.

Tanpa Nama berkata...

Berita sahih, terkini lagi sensasi:

Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim TC akan 'menyumbangkan' pelajar pertama kepada sekolah pelajar hamil/bunting yang bakal dibuka secara rasmi 16 September ini d Jasin, Melaka.

Kesemua ini adalah gara-gara sekolah tersebut tidak mendapat sambutan ketika pra-pembukaan minggu ini.

Menurut Rahim, beliau terasa sangat kesal dengan sambutan dingin tersebut dan berjanji akan menyumbangkan pelajar kepada sekolah tersebut kerana 'kepakaran' beliau dalam bidang itu dan juga pengalaman 'bersama' pelajar berusia 16 tahun suatu ketika dulu.


satira melaka

makcikorange. berkata...

opps, typo kat atas,

i can't *deny*

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong DarkSky..
Sebab aku pernah berada disituasi tersebut..huhu..
hp aku dah 2x kena curik!! :(
last2 aku pakai hp sony K610i je..dah 4 thn aku pakai hp nie..
still ok je..ehehe..
mcm adik aku, dia pakai BB tp dia xguna pun function yg ada dalam tu..just call, sms, snap pic..tu je..haha..

-punk princess-

Sopek berkata...

can't agree more.
we're living in a damn materialistic world. yang lebih menjelekkan apabila ada masyarakat yang melihat status diri based on bende2 ni. lu pakai iphone, lu kaye, lu stailo. ni memang faking. pe jadahnye? gua penah nampak apek pakai singlet, suar pendek tengah cocok ATM. gua usha resit die yang die tinggal merata, ada balance 3 JUTA!!

JePh berkata...

agak2 ko pekerja kilang yg bikin bahan2 gadjet ni, berapa pendapatan diorang setiap bulan?

kompeni dah tentu untung kaw2 kalau nak diikutkan trend remaja yg setiap masa nak up to date gadjet2 tu kan?

tapi cuba kita pikir tentang nasib pekerja2 kilang ni.

aku ada kawan yang kerja dekat satu kilang barangan buatan henpon + gadjet2 canggih dekat ipoh. 7 tahun kerja gaji lebih kurang rm 650 tiap bulan. sampai sekarang.

kompeni untung juta2 tiap bulan, tapi pekerja diorang gaji ratus2 je..ada balance ke camtu?

kapitalist!

tanpagraviti berkata...

"Henfon aku punya features yang paling perlu adalah alarm clock.Itu aje aku pakai."

Haha.. sama weh!

Tanpa Nama berkata...

tak payah la nak update-update ni...sederhana dah le...aku muda dulu pun sama la taknak outdated...dah tua...mengah nak kejar la yop...

aku cuma update pada barang2 yang aku betul2 minat sahaja bila dah tua ni...henset is not one of them.PSP aku dah cukup ade wifi.twitter ke blog ke...semua psp aku...itu pun dah lama...sekarang dah ada psp go la...3000 la...takyah la...sedar2 ps3 pun dah kalah dgn game computer....lawa lagi graphic comp aku dari ps3...

technology dan harta dunia ni treadmill bg hamster je...jgn kutuk org outdated sbb nanti satu hari ko dah tua sok, aku dgn mantot dah meninggal...engkau jugak yang tak langgan Astro 3D+Ultra HD!!!

brat2104 berkata...

suka hp basic.. bateri tahan lama. tapi skrg aku nk hp yg ada kamera lak..

alhamdulillah.. aku ni setia orgnye.. gadget2 aku lak kebanyakannya jenis tahan lama..

Cik Agogo berkata...

oh, lect aku ada bincang bende ni dalam kelas...

tapi sikit menyimpang la sebab dier sikit worship china dalam wat mende2 duplicate/piracy yang original, cthnye gadget.

tapi idealogi dier kat situ adalah... china boleh produce bende yang almost 80% exactly as original at the lowest price and affordable by ordinary people. bukan nak support piracy...

tapi bende2 electronic sekarang makin lama makin kecik, benda kecik2 ni power capacity dier takkan sama dengan benda besar gabak zaman dulu2...so, kalo boleh cecah 3-4 tahun tu kira ajaib lah...

macam entry ko lahh... macam jarang gila kot nak jumpa orang guna satu2 bende dalam jangka masa yang lama macam barang dulu2...

yang penting affordable dan asalkan ada. haha... apa aku nak citer ni? lari tajuk je aku rasa...

Mantot berkata...

aku paham.
ambik cth kereta..

comparekan dengan material kereta zaman dulu dgn skrg.kemudian comparekan harganya.

satu masa dulu salutan interior kereta dari kulit skrg ni dari plastik.kos makin murah tapi harga dia makin mahal.dulu besi padu,skrg besi..nipis.

'aisyah berkata...

dgr satu talk dulu, penceramah tu kate apple tak jual gadgets. tapi dorang jual human's desire. huhu

nnti peti sejuk ngan mesin basuh pun akan masuk gak kot, sebab skang ni byk research tentang ambient intelligence..

sebagai pengguna, pandai-pandailah mengguna. Islam kate jangan membazir.. :D

hyde berkata...

tak minat orang yang device kelas pertama tahap gempak updated tapi mentaliti, jati diri, pengetahuan, macam hape2 ntah outdated.

Kap berkata...

handphone serat dua rat tak apa.
tapi pc wajib power house.

Tanpa Nama berkata...

jgn la trkjr2 ngan dunia ini, nnt msk kuboq xleh bwk msk pon bnd2 ni

Fontonk berkata...

GEMPAK JUGAK SIAPA YANG KELUARKAN IDEOLOGI NI.

SELF INTEREST. PENINDASAN KAUM PROLETARIAT.

MACAM CILAKA. NASIB AKU TAK KEJAR SGT BARANG2 MEWAH. AKU KESIAN TENGOK ORANG YANG TUKAR2 HENSET TIAP2 BULAN. PADAHAL, LAGI MEMBANTU KAPITALIS ADA LAH.

BELI HANDSET SEKADAR UTK BERHUBUNG SUDAH.

AH, AKU MEMBEBEL SINI, BUKAN DAPAT UBAH DUNIA PUN.

AKU SETUJU DENGAN POINT KAU.
KILL KAPITALIS

RAN berkata...

Your opinion is that, and that's cool.
Mine is, let them be, they have the money, they have the power, and they can have (and do)(and make) anything they want. The thing is, IPhone 4 is not that bad, I mean Steve Jobs had outdone himself, again. The features are much (much, much) better than the third generation, so no harm done. Blackberry, too, has its own specialities, especially for businessman who are always on the run. Things are made (and upgraded) with purposes; for the consumers' own sake and the providers' own profit. Either way, you have to admit that somehow, it's kind of a win-win situation. Whether or not it is worth the dollar (ringgit, for that matters), it's up to the buyer himself.

People are people, and we will constantly search for the best of everything; I call that nature. :)

Cheers, mate. Salam.