September 17, 2010

Menentang Kapitalisme : Kerajaan UMNO Kerajaan Yang Gagal Dalam Bab Halal Haram

Kita hidup dalam Malaysia.Malaysia adalah sebuah negara yang diketuai oleh Sultan sebagai Ketua Agama.Agama Islam adalah agama rasmi.Perdana Menteri kita juga tidak pernah datang dari golongan bukan Islam.60% rakyat Malaysia adalah golongan orang Melayu,Muslim atau tidak wallahuallam .....tapi sayangnya kita masih ragu-ragu haram halal makanan kita.

 Tak pernah ke orang Melayu ni rasa was-was makan kat kedai kopitiam yang berlambak-lambak wujud sekarang ni?Atau kedai mamak yang depannya ada tulisan jawi tapi pekerjanya orang India yang datang dari India?Orang-orang Cina yang berniaga makanan juga tak pernah faham apa itu halal haram.Aku pegi satu kedai kat Cyberjaya aku tengok kat luar ada signboard besar "NO PORK." Cuba tanya pekerja kedai tu halal ke tidak,bet dengan aku dia tak paham apa itu "halal.".Bila aku tanya,dia hanya jawab kat aku,"No pork,no pork!Ada signboard luar tu abang!"

Orang Melayu tak peduli,orang Cina pun tak paham.Sebab bila Cina cuba belajar pasal Islam ada orang melenting.Melayu?Asal kedai tu nampak bersih dan ada pekerja Melayu,setel.Telan aje.Nampak ayat Quran gantung kat belakang cashier...setel!

1) Fakta : Mana-mana restoran makanan luar mewah yang menyediakan steak daging atau burger daging  ada menggunakan wain sebagai pemanis daging.Aku tak nak sebut mana tapi pandai2 fikir sendiri.Aku dah makan sekali sumpah aku tak nak pegi lagi dan aku tak pernah jumpa lagi makan daging semanis yang aku makan sekali tu kat mana-mana pun.Lembu baru sembelih sehari pun daging dia tak semanis tu.

2) Fakta : Sehingga tahun 2008,hanya ada satu saja Kopitiam yang disahkan halal.Sehingga 2010,hanya ada 2. DUA SAHAJA!Dan masih ramai orang Melayu yang selamba rock !

3) Fakta : Seseorang yang bekerja sebagai cashier yang menjaga transaksi penjualan arak mempunyai rezeki yang bercampur haram dan halal,kerana; terlibat dalam urusan jual beli dan juga penyusunan arak tersebut.Sila lihat mana2 sebuah francais 24 jam,adakah kerap anda terjumpa pekerja nya berbangsa India atau Cina? Melayu jugak pekerjanya.

4. Fakta Tidak Sahih : 7-Eleven di Kelantan tidak menjual arak.Betul ke?Jikalau betul kenapa Kelantan boleh buat,1Malaysia tak boleh?

..........

Ada bermacam cara untuk membendung masalah-masalah ni tapi tak pernah pun wujud gerakan2 yang serius dalam memantau dan menyelia benda2 camni.Mungkin pihak berwajib kurang kakitangan tapi takkan diorang tak nampak,sekadar keluarkan sijil aje tak cukup.Undang-undang negara perlu dirombak.

Media massa dah dikawal Kerajaan.Apa kata selain digunakan untuk meluaskan "propaganda bodoh" media massa juga mampu digunakan untuk memberitahu masyarakat mengenai perihal ni.Bursa saham boleh list tiap2 hari takkan tak mampu kot broadcaster keluarkan senarai syarikat mana yang sijil halalnya telah ditarik balik atau dah expired.Kalau sekadar bergantung kepada internet,macam mana jika seseorang itu tak ada perkhidmatan internet?

Selain tu,undang2 mengenai pekerja2 yang diambil bekerja di restoran2 perlu dikaji dan diperketatkan.Kadang2 kita tengok muka aje Melayu tapi agama lain.Rupa macam India Muslim sebab pakai songkok tapi....datang dari Bombay.Tukang masak orang Burma,tukang serve orang Vietnam.

Untuk menjamin ke "bersihan" pendapatan seseorang Muslim,undang2 baru perlu diperkenalkan di mana seseorang Muslim itu perlu diharamkan untuk terlibat dalam penyusunan dan transaksi mana2 produk yang dilabel haram.Sebuah kaunter khas untuk pembayaran barangan non-halal perlu diwujudkan di semua pasaraya dan kaunter ini perlulah dijaga oleh mereka2 yang bukan Muslim.Begitu juga kiraan stok dan penyusunan display perlu dilakukan oleh mereka yang bukan Muslim.Bayangkan nasib anak muda kita yang bekerja di supermarket terpaksa pegang daging babi mentah yang berbungkus.Takde ke orang fikir pasal diorang ni?

Agak sedih memandangkan sudah lebih setengah abad kerajaan orang Islam memerintah Malaysia tapi sayangnya masih wujud lagi perasaan was-was dikalangan orang Islam sendiri dalam perihal makanan dan minuman mereka.Terlalu banyak syak wasangka yang timbul walaupun banyak suara angkuh dari pihak kerajaan mengatakan "Malaysia ini orang Melayu yang punya!"

Jika benar Malaysia ini orang Melayu yang punya,buktikan.Aku,seorang Melayu sendiri kadang-kadang merasa ragu makan di negara sendiri.Tak taulah kalau pihak orang kerajaan sendiri tak peduli dan tak kisah halal haram,sebab ada juga banyak ADUN kerajaan sekarang yang dah sah pernah makan duit haram masih lagi jadi pilihan diorang.

Selesaikan masalah halal haram makanan dan minuman rakyat Malaysia yang Muslim sebelum menggelarkan diri mereka,pejuang Melayu dan pejuang Islam.Walaupun halal haram ni patut dijaga oleh individu itu sendiri tetapi peranan pemimpin yang Islam dalam mentadbir sesebuah negara juga sangat perlu dalam membantu rakyat menjaga pemakanan mereka.Badan yang dijaga baik buruk pemakanannya akan melahirkan individu yang baik.Mungkin akibat kurangnya penumpuan pentadbir negara dan mak bapak yang tak berapa peduli mengenai isu ini melahirkan generasi2 yang semakin lama semakin MENGARUT akhlaknya.

Jangan panggil UMNO pejuang Melayu jika benda basic tapi sangat penting ni pun tak mampu dikawal.
Ini adalah satu cabaran besar kepada kerajaan Najib Tun Razak sebelum 2013.

Bacaan Lanjut
Sue Anna Joe Terasa Jahil dan Kesal
Halal Directory JAKIM

49 ulasan:

Hellioz berkata...

fakta tidak sahih tu mcm mane?
thx in advance kalau jawab~

gyahahahahh~

Mantot berkata...

sbb tu tak sahih.
aku baca2 org kata camtu.aku harap ada org tolong sahkan

eszol raar berkata...

kah kah kah

kalau yg basic spt makanan tu pon x boleh nak control n asyik pkir nak untung je

better duduk diam2 mkn gaji

x pyah nak tanggung dosa rakyat islam malaysia yg bjuta-juta ni

dorg ni tkde otak ke?!

Zulfadli berkata...

Hmm... ak org kelantan. Takat ak pg 7 Eleven time nk amek air kat peti tu tgk mmg xde port tuk simpan arak pun.

Khairi Mohd berkata...

mungkin definisi arak tu kena ulas dan kupas balik kot mantot. aku nengok org kita makan tapai elok aje, tapai beras tu, katup pakai daun pisang daun getah tu, alkohol tau.

tapi nurut feqahnya, sbb dia ada bersama berasnya maka tiada kesan memabukkan maka ia halalan toyyiba, kalau diperah airnya dan diminum sudah dikira arak.

jadi, dalam dunia yang makin moden dan canggih dan kompleks, sepatutnya kita manusia Islam boleh melakar kembali hukum berkaitan alkohol ini tanpa ubah base hukum, tapi ubah yg pendapat furuk2 ni, mazhab2 ni.

kalau pergi saudi bersepah minuman seakan arak, botol mcm arak, nama pun beer, wain, tapi halalan toyyiba sbb ia hanya jus bukan peram punya. sedangkan hadith nabi kata, kalau kita minum air putih pun akan haram kalau cara dan gayanya macam kita minum arak.


see?

Tanpa Nama berkata...

haa...tau x pe....
mknn ni jd darah daging...
pastu anak2 wat hal...
buat anak, kuarkan anak pastu buang anak....

klu kopitiam mcm old town white coffee n seangkatannya mmg aku x gi...
lbh2 lg aku ade cite yg x elok (fakta x sohih) psl old town white coffee...

family aku penah masuk ice room kat bdr br nilai lps lawat sedara, bile kami masuk, tgk dlm tu yg mkn sume non muslim pastu menu nye tulisan chinese n eng (if im not mistaken), kami keluar balik....

kdg tu klu mee/keow teow/tauhu, lbh baik amik dr supplier muslim....aku dah ade pengalaman, non muslim ni cincai je...eeuuwww...

Khairi Mohd berkata...

bile tgk kes arak ni kan .

bila org moden/artis/politik duk sebut yg penting niat yg penting niat pe kejadah tu semua, nampak cam celake tak betul, tapi ekceli betul cuma manifestasi diorang tak betul kena tune kasi betul.

Tanpa Nama berkata...

kes arak ni pun tak selesaikan betul2x

muslim yang kerja di giant/tesco/7-e tu semua pendapatan dr hasil yang haram...

aku tak tahu lah betul ke tidak...aku dengar ada 10 golongan arak yang pendapatannya haram..

tu mereka yang kerja sebagai pramugara kat mas tu sama je...

mana lagi, haa...hotel2x...

aku ada soalan yang baru terfikir....orang cina tak boleh kerja sebagai jurutol ye? sebab aku tak pernah pula jumpa mereka jadi jurutol...

Aslina berkata...

extra:

7E kat shah alam pun takde jual arak. osmet aku la cakap. sepanjang dia buat pemantauan barang2 dalam area shah alam-kuala selangor ni...

7E kat shah alam je takde jual arak.

mamdoh berkata...

.: 7e satok, kuching, sarawak pun tak jual arak lg dah. dulu pernah keja situ. pihak DBKU (dwn bndaran kuching utara) tak bg lesen jual minuman keras dgn sembarangan premis. pressure je omputeh, Cina, dan budak2 melayu tua muda yg pergi situ tp takde arak djual, kah3 X-D (ada yg cari arak time bln puasa dan hr raya, melayu pulak, ok apa?) >:-(

fakta dr mulut2 org: 7e satok dlarang sbb pbt utamakan kedai2 Cina dan nonmuslim lain utk jual minuman keras. kedai2 diorg tak buka 24 jam, jd bila 7e nak jual, dia bengang sbb 7e 24jam. persaingan sengit. jd dlarang kacau bisnes org nonmuslim.

yg makanan campo2 arak tu, tak payahla nak dbengongkan sgt. apa sedap sgt ke kalau campo arak? sedap mcm api? tak campo arak tak sedap ke? gila sgt nak tiru omputeh campo2 arak. jgn karang, mula2 kata, arak berubah rasa, berubah rupa bila masak. lps tu apa lg arak nak dcampurkan? dgn air wuduk d masjid? lps tu nak ckp nak klua fatwa arak dlm air wuduk dah kurang rasa, dh berubah warna, boleh je campo dlm air wuduk kat masjid2 surau. lps tu pulak pakai arak je baru wuduk suci, takde arak tak suci sbb alkohol dlm arak boleh bunuh kuman. bengong betul la.

kalau nak sgt campo2 arak, baek minum arak terus! kan arak tu dah berubah jugak bila masuk perut? arak masuk mulut mmg arak, tp klua bila kencing dah tak rasa arak lg dah. kalau klua jd peluh dah tak rasa arak lg dah, masin2 je rasa peluh dr bdn yg minum arak. pikir siket kalau nak sgt campo bnda2 alah lg dtegah dlm makanan. tak semua apa yg omputeh buat wajib ditiru. kepandaian kemajuan mungkin, tp kalau tak Islamik, deny je terus.

fikir2kan, tp jgn lupa buat!

p/s: bagus la post mcm nih. baek utk kesihatan minda. bro Mantot, bgtau la (walaupun berkias) kat mana tpt tu. nnt tak nak pergi juga kalau jumpa kat Sarawak Sabah atau dah smpai kat Semenanjung. blh lah ye? tggjwb sesama muslim~~ :.

rudy berkata...

senang je kalau takut termakan barang haram ni.. semelih sendiri, prepare sendiri, makan sendiri. kalau kat luar pi la tanya dari tukang ambil order, tukang masak sampai la ke tokey kedai. kau jangan harap la kerajaan nak buat semua ni untuk kau. halal haram atas tangan kau, kalau malas sangat jangan makan luar. kau pun save duit. itu pun nak kena bagitau jugak ke?

Mantot berkata...

hehehe.

Mantot berkata...

rudy,
ada benda yang kita kena jaga sendiri.ada benda yang kerajaan kena jaga.

kalau semua benda kita kena jaga sendiri,kenapa perlu ada kerajaan?baik takyah ada kerajaan.

boleh aku buat IC aku sendiri pakai kertas.aku kumpul duit simpanan aku,bayar cukai dekat diri sendiri.

dah semua benda kena pandai2 sendiri.bagus Malaysia ada org mcm kau.sayang betul kerajaan.

Mantot berkata...

jgn makan luar?

bang,cakap tu pakai la akal sket.masak kat rumah pun kena beli barang kat luar.baru sebulan 2 lepas bising pasal ayam Tesco tak halal.

lu cerita psl sembelih sendiri?
kau mmg kelakar la bang rudy.

Alexia Aqram berkata...

'7-Eleven di Kelantan tidak menjual arak.Betul ke?Jikalau betul kenapa Kelantan boleh buat,1Malaysia tak boleh?'

betul. mmg takde. sebab kawasan2 kat kelantan lebih kurang 80%melayu islam. tak heran lah, even kat shah alam pun 7eleven tak jual arak sejak dari dulu lagi kerana shah alam kawasan melayu islam. cuma sampai kat kerajaan pakatan haram jadah je nak letak arak kat situ. lancau dua kali lima.

tapi, tu bukan point nya mantot. mcm mana plak dengan kawasan yang majoriti cina buddha yang minum arak. macam tempat aku yg 75% cina, nak tak nak arak di jual di 7eleven sebab bnyak permintaan. kita tak boleh nk pukul sama rata semua nk islam mantot. bukan kita sorang satu agama duduk dlm negara ni. kerajaan melihat situasinya macam tu lah.

bukannya tak boleh nak bertegas halal dan haram. setiap hari ada saja kedai makanan baru di buka sama ada halal atau haram, atau grand tak grand, atau berlesen dan takde lesen. kerajaan bukan boleh kawal sekaligus, mustahi lah. series mantot, kita sebagai rakyat kena bantu kerajaan dlm hal ni. jika kita nampak benda yg tak kena dalam halal haram dlm makanan, cepat2 adukan pada kerajaan melalui badan2 islamnya.

kan mudah kalau rakyat dan kerajaan saling percaya bantu membantu? masalah ni pun boleh diselesaikan. tapi tu lah, org islam kita ni banyak nak grand-grand jer. makan nk kat hotel, manhattan fish market dan bnyk lagi. semua tu sapu jer. warung nasi tengahari mak limah mana diorang nak jenguk, padahal kedai mcm tu lah yang 100% halal.

Tanpa Nama berkata...

en rudy...hahaha...en rudy...

Tanpa Nama berkata...

kt 7E kt shell bekas stesen minyak kuning yg dulu ada jual arak...kita boleh ke isi minyak kt situ...
tu la soalan bodoh manusia yg nak menyindir bila kita berdebat psl jual arak kt 7E..

admin@blogdiloz.com berkata...

Feqah kena luas.

Cuba kau duduk kat negara non-muslim.

Dengan feqah kau pakai kat Malaysia sekarang,memang kau mati kebulur kat negara orang.

Internet ada. Cari. Jangan cakap ikut emosi. Fakta + Hujah yang kita nak.

Tapi aku setuju, kerajaan berperanan besar dalam usaha improve handle benda-benda macam ini.

Mantot berkata...

Diloz,sbb tu la aku cerita pasal kat Malaysia.berapa kerat sangat orang Melayu ni yang berpeluang nak duduk oversea.

Malaysia bukan oversea.
Malaysia negara Muslim.

Bila masalah rasa was-was halal haram tu berlaku kat negara sendiri,tak ke teruk perasaan sebagai seorang rakyat yang Islam?

Jongkidin berkata...

"Untuk menjamin ke "bersihan" pendapatan seseorang Muslim,undang2 baru perlu diperkenalkan di mana seseorang Muslim itu perlu diharamkan untuk terlibat dalam penyusunan dan transaksi mana2 produk yang dilabel haram.Sebuah kaunter khas untuk pembayaran barangan non-halal perlu diwujudkan di semua pasaraya dan kaunter ini perlulah dijaga oleh mereka2 yang bukan Muslim.Begitu juga kiraan stok dan penyusunan display perlu dilakukan oleh mereka yang bukan Muslim.Bayangkan nasib anak muda kita yang bekerja di supermarket terpaksa pegang daging babi mentah yang berbungkus.Takde ke orang fikir pasal diorang ni?"

that genius bro..truly genius..

akak berkata...

ni lah yg laki aku dok slalu bising

katanya nak makan kat negara yang major nya ramai muslim pun susah

baru-baru hari tu keluar kes kerang dan babi bercampur kan

belum lagi campur email-email yang kita selalu dapat pasal orang cina pergi campurkan babi dalam daging burger

tapi yang aku pelik ada je orang-orang kita di kopitiam yang terkenal tu

memanglah kalau tak nak makan haram takyah makan kat luar, masalahnya barang mentah pun orang cina buat suka hati diorang je
contoh : tauhu, tauhu kering, mee, ayam dsb

dulu kerajaan kata nak buat halal hub kan? mananya?
lagi satu kalau buat halal hub, jangan sesekali kerajaan bagi pada peniaga bukan islam masuk halal hub

kadang-kadang aku rasa jakim/kerajaan kena ketatkan lagi undang-undang pasal benda-benda macam ni
contoh - pemeriksaan mengejut yang terlalu kerap atau bagi kursus dan exam untuk pemohon logo halal (termasuk orang islam sebab ada juga orang islam yang kurang ilmu agama macam aku)

Tanpa Nama berkata...

kerang babi ada...katak old town ada...fuiyoo...macam negeri asing siot..

aku mintak ampun dan halal la kat tuhan kalau termakan benda yang aku tak tahu...q-bistro ada halal tak?

Kap berkata...

tanam sayur, bela ayam, kerja sendiri, jaga halal sendiri.

Jasmin Hassan berkata...

7E seksyen13 shah alam ada jual arak. Kwn pnh keje situ kata mlm2 ada org rompak kedai semata mata nk curi arak kt situ. Xtau ada jual lg tak.

Tanpa Nama berkata...

7e kt shah alam xde jual arak...dgr cite sbbnye sultan selangor x kasi sbb student ramai kt shah alam...mber aku cite sbb dia kaki minum mse dia blaja dlu...dia cari kt seluruh shah alam tp xdpt...pdn muke dia...hehe...

nadz ruslan berkata...

wooo macam pak menteri da mantot!

bagus ni, type la anto kat surat khabar.

aku rasa rata2 org islam skang tak kisah, tau restoran tu serve dishes ber-wain, ada serve pork nak makan jugak. kuarkan hadis yg kata nabi makan di rumah yahudi etc. banyak restoran yg halalan & toyyiban tamau pi jugak..

kalau org takut dosa, tauke2 kedai emsti takut nak jual menda tak halal, takut diboikot, rugi. masa-elahnya komuniti islam kita kurang celik. wallahua'lam..

rudy berkata...

sapa suruh kau beli kat tesco? nih aku bagi news flash: jangan beli ayam kat tesco, sbb konfem tak halal, tokey pun yahudi. ai, apa salah semelih sendiri, hina sangat ke aku rekomenkan kau semelih sendiri. tak reti potong ye? tak pun gi pasar tengok sendiri pakcik tu semelih. "konfem-insyaallah" halal.

takkan benda makan yang kau nak masuk dalam tekak kau pun kau nak kerajaan tentukan halal 100%? takkan lah kau nak kerajaan micro-managekan kehidupan kau? apa kau makan, apa kau minum, apa spender kau pakai. kalau kau nak gomen micromanagekan hidup kau, boleeh. Korea Utara la contoh terdekat. silap2 makan rumput.

cukuplah kerajaan ada polisi tertentu di tahap federal dan negeri2 (ya, adat istiadat & hal ehwal Islam itu ikut negeri di Malaya ya adik2) dan tentunya ada pemantauan yang kerajaan buat (gila kerajaan bahasa aku, oh tarlupa aku, kan aku kesayangan kerajaan?). tapi gomen buat pemantauan macam mana pun tak cukup, ada jugak yang terlepas.

contoh: old town white coffee pun ada sijil halal, tapi dia serve jugak kaki katak. apa hal? btw, tesco pun ada halal, tapi aku tetap tak konfeden (sedara konfem kau la).

kalau nak buat gomen check/pantau 100%, tax rate kau 80% la. gomen tu je la kerja dia buat pantau apa kau makan. lain - lain tak payah buat.

boleh tak ada kerajaan? boleh:-
tak nak kerajaan, dok kat hutan.
tak nak IC, kau jadi pelarian.

tak nak bayar cukai pun boleh .. cara dia adik2 :-

1. niaga sendiri,
2. jangan declare pendapatan dan untung.

ini namanya tax evasion, salah dari segi undang2 - yang selalu kontraktor indon buat. sesuai kalau kau tak nak kerajaan dan tak nak pakai IC.

untuk adik2 yang ada IC, takut undang2, ada juga caranya.

1. kerja dengan orang atau niaga sendiri.
2. declare pendapatan / keuntungan
3. bayar zakat
4. impak maksimakan perbelanjaan yang boleh diklaimkan against taxable income. Contoh: belanja mak ayah sakit kat spital pun boleh klaim. pernah try? pernah belanja spital mak ayah kau? kalau pernah, simpan receipt.

ini namanya tax avoidance. tak salah langsung dari sisi undang2. tapi kau kena la baca sikit. kau malas, kau tanggung. lepas tu kritik habis-habisan y'know "till the cows come home"...


gamaknya, ek, kalau kau sembelit esok pagi pun kau akan salah kan kerajaan sebab tak micro-managekan apa kau makan.

rudy berkata...

Should I start blogging? Dayum..uih gatal sungguh jari jemari aku ini, better than masturbating kan Mantot?

Deslim berkata...

Seriously aku sgt kesal pasal kopitiam tu, Ramai sgt org Islam yg pegi! Akku xtahu la dorg xtahu atau buat2 xtahu. Btol mantot cakap, dorg sangat selamba, Usaha untuk me'warning' rakyat tentang isu halal haram kopitiam dijalankan dgn tidak bersungguh2.

Xmacam kes liwat Anwar, dikejarnya smpai pintu pagar kedutaan luar.

rudy berkata...

secara peribadi, aku tak gi pun kopitiam2 nih. sebab dodgy sangat. old town la, old boy la, old taste la, old apakelancau la. but it is a free market out there. kau sendiri yang akan buat pilihan, tepuk dan usap dada (kalau yang pompuan jangan arouse), tanya selera. ada akal - check, ada ilmu - check, then make your own informed decision. if unless you want your government to make decision for you.

kes liwat? Ditunda lagi Dik. okay la tu..

Khairi Mohd berkata...

lar nak makan babi makan aje lah. yg mudarat korang sendiri bukan orang lain. mati nnt itu antara korang ngn Allah. Ini byk lagi benda haram lain yg jauh lebih haram tapi orang meleis tengok biasa aje. benda haram yang mudaratkan orang lain, ramai plak tu. makan bwh meja, mkn riba, mkn atas riba awek (anak dara orang lain), makan penampar, makan daging sedar sendiri, makan rasuah, makan harta anak yatim, makan harta orang... ini semua 1000000 kali haram daripada makan babi.

tu lah korang pandang hina sgt pada bbi, babi pun ada perasaan dowh.

korang nak minum arak pun minum, sampai masa nak solat, solat. minum arak pun heran.


tengok ada orang nak marah aku dak hehehehe.

pokcik berkata...

http://edazman7376.blogspot.com/2010/03/siapa-kata-melayu-tak-makan-babi.html

Asrulsani berkata...

mungkin off topic sikit.. aku pernah terbaca yang pemilik francais 7e ni boleh pilih nak 7e diorang jual arak atau tak. 7e di kawasan majoriti melayu seperti di shah alam dan bangi yang aku pernah singgah memang ada yang tak jual arak.

anyway, UK yang majoriti penduduknya bukan Islam pun tau mengehadkan masa penjualan arak. lepas pukul 12 dah tak boleh jual walaupun kedai 24 jam.

tapi kalau ada yang beli banyak-banyak sebelum pukul 12 tu tak boleh nak kata apa lah.. at least pbt diorang ada inisiatif.

Tanpa Nama berkata...

xde.pihak berwajib mmg patot pantau slalu.tu keje diorng.
xkan kite before beli nk tanye semelih ke x.
kalo g mkn kedai org melayu, sure ke daging die yg die beli wat masak merah tu semelih?even penyediaan dah halal.
ni klua statement kedai ni halal kedai ni haram.
buat la tindakan.dah tau mmg tmpat org makan kan.
masyarakat dah mmg tau tmpt kite ni makanan sume halal.kate meleysia.
ni dah elok layan ayam,pastu klua stetment haram lak.cilakak.

umNO..!! berkata...

Kelakau..
Kepada yang defend gov pasal tak jaga halal haram nasihat saya , lain kali kelas agama jangan ponteng, ceramah ugama asal nampak ustaz kopiah putih terus tak caya pasal bukan ustaz non-umno.

Antara tanggungjawab kerajaan dalam islam menyediakan bekalan makanan utk rakyat..itu TANGGUNGJAWAB..!!!.
Kalau dah mengaku negara islam tentulah makanan yg disediakan tu kena bersih dan halal.Pantau betul2. Tax korang boleh kejar sampai lubang cacing, takkan certificate halal huram susah sangat nak check, rajin skit.

Takyahlah nak kecoh2 negara majmuk la, nanti org bukan islam kecik hati ker, abis tu sensitiviti org muslim letak dalam longkang jer. Sewel betul.

admin@blogdiloz.com berkata...

Jadi,
kau nak cakap,halal di Malaysia tak sama halal di oversea?

Atau.

Haram di Malaysia tak sama haram di oversea.

Sebab tu aku cakap,luaskan feqah. Sebab itu kerajaan hantar budak pergi study oversea,untuk buka minda mereka.

Was-was berlaku bila tak cukup ilmu. Dan was-was itu subjektif.

Dan aku tak suka kau guna istilah 'Melayu' untuk kaitkan halal-haram. Tujuan kau guna istilah 'Melayu' membolehkan kau nak kondem UMNO.

Tujuan asal pun dah terpesong,jangan senang-senang nak masuk bab agama.

admin@blogdiloz.com berkata...

Seriously, aku bukan PRO mana-mana kumpulan politik.

Aku sekadar nak menyampaikan idea.

Don't get me wrong.

Zuber berkata...

Mantot,

Adakah kau anti sistem kapitalis? kalau Pakatan Rakyat naik pun, aku bet dia pakai sistem ini juga. Kelantan yang ada sekarang ni pun bukan 100% Islamic Economic System - tapi aku setuju la sebab nak pakai dinar emas.

Ke engkau pakai taram je bubuh "Menentang Kapitalisme : bla bla bla .." . asal tajuk boleh bubuh colon ":" kira dah rupa macam serious academic study la tu..

kau paham ke Kapitalisme tu apa? this is worthy of a blog entry.

ninie berkata...

satu lagi nak bgtau.kedai pau yang kat selekoh tanjung malim yang konon glemer tu penuh dengan orang melayu.padahal kedai dah sah2 kedai cina.memang dapat tanda halal.cara buat mungkin halal.tapi sure ke periuk belanga yang mereka2 guna untuk buat pau tu tak pernah bersentuh dengan daging babi?ingat orang cina reti ke nak samak?bahan2 mungkin juga dibeli dari bangsa mereka sendiri.mungkin bahan tade gune babi or arak,tapi alatan yang diguna mana tau kot2 pernah letak babi dalam bekas tu.kita tak tau.bila dah was2 makanan jadi syubhah(tah betul ke tidak ejaan).kalau makanan syubhah dikatakan menghampiri haram.bila di temuramah pun cakap resepi nenek moyang.pasti nenek moyang cina tu tak makan babi?

setiap kali balik kampung dan lalu kedai pau tu mesti mak aku bebel sebab ramai sangat manusia melayu dalam tu.nak makan pau cari la orang melayu yang buat.sama je kot rasa dia.

oh ya,fakta tidak sahih:
dikatakan pau ahmad tu pun sebenarnya cina punya.diguna nama ahmad sempena nama drebar tauke pau tu.mungkin untuk menarik pelanggan melayu.betul atau tidak,wallahualam..

kadang tengok jenama pun belum tentu lagi jenama tu betul.betul la nak makan kat negara islam sendiri pun dah susah sekarang ni.

kak nina berkata...

yang ayah akak slalu bebel bila nmpk org melayu melambak kat old town white kopi tu..dia kata ada jugak yang tak sedar diri..

fakta tak sahih - dengarnya suatu ketika dulu ada businessman melayu nak francais kopitiam tu di bangi tapi bila dia nak submit dokumen, orang cina tu kata "sorry we dont support malays"..
sila tolong confirmkan!

Laici berkata...

wes, kerajaan ada tanggungjawab gak nak pantau halal haram nih.takkan nak letak kat pengguna 100% kot? macam kes bufet buka puasa hari tuh, aku tengok dalam surat khabar punya besar tajuk, pastu siap ada senarai hotel yang takdak sijil halal kat malaysia nih, tup2 kat sudut bawah tu ada iklan bufet buka puasa hotel yg tak diiktiraf tu..pastu, yg majlis buka puasa dan sumbangan anak2 yatim oleh Sport Toto? HALAL ker HARAM ??

Sini

*wang ehsan rm100 kat pulau pinang plak dipertikai sumber judi, yang nih cmna??

so, bukan tanggungjawab kerajaan gak ker pantau benda2 ni dari berlaku?

Asrulsani berkata...

ninie,
pasal pau ahmad tu aku ada dengar jugak.. tapi tak tau sama ada yang tu fakta atau auta.

tapi pasal orang cina business guna nama (melayu/yang ada ciri-ciri kemelayuan) untuk tarik pelanggan melayu tu memang betul. aku dengar dari mulut kawan bapak aku sendiri, orang cina..dia buat bisnes bakeri. raya baru-baru ni bapak aku jemput dia datang rumah. masa dia tengah sembang-sembang dengan bapak aku, dia ada cakap pasal hal ni.


kak nina,
yang fakta tak sahih tu aku ada baca di internet.. tapi tak ingat kat mana. siapa yang nak baca tu boleh google lah.

pasal old town ni, secara peribadi memang aku dah ban. dulu ada kecoh pasal diorang punya produk 3-in-1 tu ada contain benda yg tak halal. (tu tak masuk lagi dengan kaki katak sebagai penyedap rasa). dengan rasa curious, aku cek lah barcode produk tu untuk kepastian.. tapi tiada dalam rekod. lepas tu aku try send email kat diorang, sampai sekarang takde reply. tak kan customer service dept boleh ter'miss' feedback dari customer kot.. tapi mungkin diorang terasa sebab aku guna serampang dua mata.

screenshot email yg dihantar >http://bit.ly/cintaxdibalas
tiada dalam senarai? >http://bit.ly/halal_ke

*yang barcode tu untuk produk 3-in-1 perisa hazelnut.
*aku cek barcode tu dalam bulan mac 2010.

oni berkata...

7e kat tambun rilek ajos tak jual arak. sape adjust? management diorg ni yg setting. agak2 diorg study tgk neighborhood sensitif diorg tk jual. klu neighborhood pun okeh ajos, ape lagi kan?

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dengan ko mantot..benda dah haram dalam Islam nak citer panjang2 buat ape?

Macam-macam alasan aku tgk..kapitalis la, tepuk dada sendiri la, sembelih ayam sendiri la.

Kerajaan ada kuasa, so kenalah cari jalan nak selesaikan masalah ni.

Paling penting, korang yang baca post ni TAK TOGOK ARAK! Kalau darah-daging tu haram, senyap-senyap udahh...

Tanpa Nama berkata...

masa bulan puasa lepas, selamba ja aku tgk bbrp wanita muslim bertudung berbuka puasa kat bar upper star di Kota Kinabalu..tak pasti lah pulak mrk nampak ke tak tin2 beer, botol2 arak chivas terpampang kat kaunter bar tu..

Tanpa Nama berkata...

fakta sahih..memang kelantan diharamkan jual arak dekat 7e. kalo jual 7e kat kelantan dapat notis dari mpkb supaya premis ditutp. arak hanya dijual dikedai2 cina.

Ustaz berkata...

Ade ke kerajaan UMNO? setahu aku seakrang ni, kerajaan campuran BN dan pembangkang dan bersidang dlm Parlimen.. apsal org bijak pandai guna istilah "Kerajaan UMNO"?..

My Name is what..? berkata...

pemimpin melayu kita pun ramai minum minuman keras mantot... :(

Mama Iman berkata...

rasanya, kalu soal 7e, pendapat aku, 7e tak perlu jual. mcm kwn mamdoh kat atas tu komen, blh pula di satok tak jual arak. sebab ada kedai non-muslim yg jual. same thing for me can be applied here. kedai jual arak yg diuruskan oleh bkn muslim. jadi, nk kerja di 7e pun takde masalah. Cuma la ni mungkin... aku kata mungkin pihak berkuasa nk jaga sgt org bukan islam tanpa memikirkan nasib org islam. nama negara islam (ikut dakwaannya la... tp, blh lak jd negara ke 10 terbaeekkk di dunia sbg pengguna arak... sebab? ni la.. arak merata-rata. as long as ada demand, they all provide.

satu hal lg, klu kuar kt paper ada produk yg disahkan haram dek kandungan alkohol melebih 0.01 peratus, tidak pula dicanangkan nama produk tersebut. senang je, tujuan beritahu nama produk ialah supaya orang lain tahu dan tidak la yang tidak tahu terjebak minum yang haram. Bukan setakat produk tu je, byk lagi produk lain. Tujuan tidak beritahu tu, aku pun tak faham. Kerana nak jaga nama syarikat tu ke? abis... berapa ramai pengguna muslim yang entah kali ke berapa teraniaya dgn isu sebegini? Aku sedih dan kadang2 aku rasa macam nak makan kat Malaysia ni macam lagi susah kot. Semua benda diragui kehalalannya. Logo halal syarikat swasta tak diiktiraf JAKIM. Tapi logo tu berlambak kat market. Atas alasan takde akta penguatkuasaan, maka, orang muslim kat malaysia ni terpaksa makan banyak benda shubhah.. or else.. tak tau apa yg blh dimakan selain suma benda buat sendiri dan tanam sendiri. Haishh....