September 03, 2010

Sebuah Soalan Situasi : Bayangkan Jika PAS memerintah Malaysia

Situasi nya;

Bagaimana jika apabila PAS memerintah Malaysia,Malaysia bertukar undang-undangnya.Jauh lebih ketat,jauh lebih strict hingga jadi seperti sesetengah negara Timur Tengah yang kebanyakan rakyatnya gemar benar melancong ke Malaysia ketika ini.

1. Anda,sebagai seorang lelaki,di haramkan dalam undang-undang untuk keluar berdua-duaan dengan wanita bukan mahram atau dilarang sama sekali untuk bersukan tanpa menutup aurat. Undang-undang waktu itu membolehkan anda dipenjarakan,disebat atau dhukum jika anda melakukan perkara-perkara yang haram dalam Islam.

2. Anda sebagai seorang perempuan,diwajibkan untuk bertudung dan wujud pula garis panduan untuk tertib wanita Muslim berpakaian . Undang-undang waktu itu membolehkan anda dipenjarakan,disebat atau dhukum jika anda melakukan perkara-perkara yang haram dalam Islam.

3. Anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang Muslim  dikenakan Undang-Undang Am yang merangkumi batas-batas agama Islam.Contohnya seperti duduk berasingan di dalam pawagam atau konsert dan pengenalan syarat pengawalan unsur2 dalam media massa diwajibkan perlu bersesuaian dengan Islam.


Soalannya

a. Apakah perasaan anda JIKA undang2 sebegitu diperkenalkan di Malaysia?
b. Jika PAS mengeluarkan manifesto sedemikian,bagaimana sokongan anda kepada Kerajaan tersebut?
c. Secara jujur,adakah anda merasa gembira atau bersedih jika undang2 sebegitu dikenakan di Malaysia?

105 ulasan:

d_uzid berkata...

samiqna wa atoqna... kami dengar dan kami ikut/patuh...jika sekiranya benarlah undang2 PAS dr sisi syariah islamiah. ;) we have no choice but to choose whatever did by the prophets. we are living for god, the next life is for us to enjoy!

peace.love.care.respect

Tanpa Nama berkata...

Agree...solid...unquestionable...compulsory...loyalty to the One an only...Allahuakbar!

Tanpa Nama berkata...

perlembagaan bukan best mana pun.hehe

Tanpa Nama berkata...

Selagi pemerintah taat kepada Allah, saya sanggup untuk beri taat setia 100%

Tanpa Nama berkata...

huahuahua...

Tanpa Nama berkata...

aku xnk tipu la tp mmg aku agak gentar dan x brsedia utk ni sume..jika pelan2 diterapkan dlm undang2 kte nmpk mcm lbey baik dr serta merta tukar..pelan2 kayuh la :)

Call me, Eyka berkata...

kerana Allah takpe :)

kz berkata...

rasanya kalau main bola pakai short takdelah undang2 Islam sampai sebat penjara. kan dakwah tu nasihat dengan baik dan contoh teladan.

kalau betul2 nak laksanakan hukum Islam, laksanakan sebetul-betulnya ikut Al-Quran dan sunnah, maka;

a)saya rasa terharu kerana kita sudah di berada di jalan yang lurus.
b)sokong sekiranya betul2 ikut landasan syarak.
c)mesti gembira! insyaAllah jalan ke syurga makin cerah!

dan mungkin masalah bayi kene buang dalam tong sampah longkang pun selesai.=D

sepol utusan berkata...

InsyaAllah boleh punya

pakd0 berkata...

pasti dgn janji Allah..

Tanpa Nama berkata...

kalo xleh ikut makna nya kita belum muslim la, jgn lupa mati itu benar

Tanpa Nama berkata...

a. tenang aje.
b. saya sokong.
c. gembira dan penuh syukur sebab Malaysia telah diberi hidayah. :D

Obefiend Weiland berkata...

it will not work

for malaysia is a democray where the will of the majority overules the minority

those who wanted an islamic government is in the minority. Count me in the MAJORITY who refuse to accept islamic law.

look at Saudi. Look at their people. WHen they go out of Saudiland they are worse than bloody jews. Years of religious repression leads to force "muslims". Even in Malaysia we have alot of fake muslim. They dont want to be muslims but the law forbade them from converting to other religion

i am a firm believe in freedom of speech, expression, gathering and religion.

in MUSLIMS countries these LAWS ARE NON EXISTENT. You want that in Malaysia?

Give me freedom of give me death

what's next? post a satire and i will branded an infidel? An enemy of Islam? will I then be killed? Like that dude in Saudi who converted to ATHEISM. he was killed for FREEDOM OF RELIGION

that is just bullshit

if you guys think otherwise you are probably brainwashed to be stupid since birth

/honest opinion.
/Seperation of MOSQUE and STATE now

Verdict berkata...

samiqna wa atoqna... kami dengar dan kami ikut/patuh...

ketepikan PAS,letak sekiranya cara begini yg bakal dilaksanakan oleh kerajaan di abad ini, di negara 53tahun merdeka dengan masalah sosial sangat teruk sebagai negara 'islam'.

pro n cons en. obe sudah kasi. ada benarnya juga.aku tgk pak arab n mak arab ni bila kluar kandang sudah macam dunia terbalik! ini bermakna pengisian tiada. perlembagaan n pelaksanaan ni cuma akan berjaya jika ada pengisian. otherwise, it will gonna be as good as doing nothing.

Tanpa Nama berkata...

100% follow, undang2 Islam membawa kepada akhirat, undang2 dunia hanya berguna pada dunia.

jari-TENGAH-untukmu berkata...

sebelum tu PAS kena pastikan mereka bertanding lebih banyak kerusi PARLIMEN... baru boleh gebang pasal pegang federal

sekarang ni berapa banyak kerusi parlimen PAS pegang????

Selagi DAP merupakan kuasa dominan dalam konteks kerusi parlimen yang mereka menang... aku rasa PAS akan kelihatan melukut di tepi gantang

Aku lihat pengikut PAS masih berada dalam ilusi bahawa parti mereka dominan dalam pakatan rakyat

Alexia Aqram berkata...

it will work. but depends on one condition.

pernikahan di mudahkan.

kalau strict sangat hubungan sosial macam kau cakap, tapi perkahwinan masih seperti sekarang iaitu meyusahkan, membebankan, mahal, buat orang berhutang, kena sedia at least ten thousand untuk kenduri kendarat yang mengarut. that islamic law will not work.

kalau undang2 sosial ketat manakala pernikahan dipermudahkan. tiada masalah. nikah di utamakan. murah, sekadar 5000 kebawah. kenduri kecil2. kalai nak inform kat sedara atau kawan atau kenalan pasal hal perkahwinan, kan ada facebook? ada blog. hebah je lah. guna medium teknologi.

bukankah kenduri menurut pemahaman istilah, di adalakan untuk menghebahkan perkahwinan. so, sekarang ada cara lebih baik untuk penghebahan iaitu telefon dan internet. boleh je guna.

cuba kalau undang2 sosial strict, nikah susah. aku rasa lagi ramai orang akan membunuh diri dan kes merogol meningkat. contoh dah ada kat arab saudi. bila kos nikah meningkat. banyak orang luar terutama perempuan kena culik di sana. dan berita itu sahih sejak 10 tahun lepas.

Alexia Aqram berkata...

lagi satu pasal pawagam asing2 jantina. so, kat mana seat untuk yang dah kahwin like us? hahah! takkan yg dah kahwin kena asing2 duduk kot. bloody hell?

dulu masa ceramah pas kat kuala terengganu tahun 1998. benda mcm ni lah terjadi. ceramah pas di asingkan ikut laki perempuan. so, yang pakcik makcik dah kahwin ni bising2 sebab kena duduk asing jugak padahal mereka dah berkahwin. dah kahwin, mana nak berenggang kan? nikah secara sah. nak tak nak akhirnya kena pisah bila dah kena warning dengan cara yg kasar. so, that rumors tersebar kat terengganu. and finally, PAS government tumbang in next election. because why? sebab depa nak follow rule islam, but tak spesifik and tak pakai akal nak laksanakan.

gelak satu markas PAS weyh!

Solahuddeen berkata...

saye?
saye takkan bantah walau SIPI pun dari HUKUM ALLAH. tade sedikit pun. 100%.
bukan sbb PAS.
tp sbb ini UNDANG2 ALLAH.
jgn sekali kita lari dari pegangan. never.

Tanpa Nama berkata...

Ahli politik sekarang yang byk korupsi dari iman membuatkan aku rasa akan adanya sistem korupsi dalam undang-undang...penciptaan 4 saksi utk aniaya dan sbgnya...dulu ada wahyu fresh gila...sekarang?? MTV adala...

benda takkan jadi seindah dulu...keadaan akan ada penuh dugaan dan sangkaan apabila bangkitnya hukum yang dalam hal-hal subjektif.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Kalau undang2 Islam dan cara hidup Islam YANG SEBENAR diamalkan, maka takkan ada anak luar nikah, takkan ada mat rempit, takkan ada pemimpin makan rasuah.

sound like overrated, isnt it? dan mesti akan ada org akan pertikai just look back Islamic empire during the past, ramai pemimpin korup jugak. however i'm pretty sure even zaman Islamic Caliph pun ada byk terjadi salah guna kuasa, keadaan tak seteruk macam yg terjadi dalam dunia sekarang.

LS berkata...

Wadehell. Tak leh blah la bang Mantot.

akulafix berkata...

gua sedia....

cik nurul berkata...

itu yg diharapkan. pemerintahan berdasarkan undang2 ALLAH bukan atas dasar memonopoli semata2.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betullah jadi pun...aku harapkan orang yang laksanakan tu kuat imannya dan berpengaruh! lembik2, habislah! apa guna kita sokong kalau orang-orang atas tu kuat menipu??? atau pun lalai?? dah la nak jana duit pun kena buat bisnes dgn mat salleh! takda bisnes je takut. bankrup la apa la..pastu kalau ada kes potong tangan ke apa ke, mesti CNN buat kecoh..last-last si kafir-kafir ni takut nak buat bisnes...so judgement pelaksana pun tempered..takut tarak bisnes.
Last2 jd tak serius.

echah_syed berkata...

islam itu mudah tapi yg mudah itu paling susah utk kita laksanakan.

contoh: solat 5 waktu.itu pun tak ramai yg tunaikan walaupun BERDOSA jika engkar.

solat tak payah bayar apa-apa pun.itu pun kita masih berkira utk lakukan.marilah kita muhasabah diri sendiri sempena ramadhan al mubarak ini.

wallahualam.

Punk Princess berkata...

Ok, nie komen aku..
tak kesah la mana2 pemimpin yg memimpin berlandaskan islam mmg aku sokong & insyallah akan ikut..
bercakap ttg pemerintahan pas, aku rasa kat kelantan mmg teruk kot mslh sosial bdk2 kat sana..mmg ssh nak jangka..so, skrg nie kerajaan kena pandai balance..jgn jd mcm umno ngok lak yg halal judi.tu bodoh nama nye!

mendewa berkata...

Bukankah Islam itu sesuai sepanjang zaman?
Islam ialah jalan hidup.
Selagi tidak melanggar ketentuan hukum Allah, maka wajib kita sokong pelaksanaan hukum.

Malang apabila kita suka membayangkan dan membuat andaian itu dan ini apabila hukum islam mahu dilaksanakan.

Cieri berkata...

senangkan proses untuk kawen.

yang pasal pawagam,buatla hari khusus tuk pasangan yang dah sah. ladies day boleh buat ape. takpun kena cek kad nikah.

Tanpa Nama berkata...

aku kata baiklah orang PAS mula istiqamah solat berjemaah di masjid/surau (bagi lelaki) dan berdakwah dari pintu ke pintu dulu sebelum nak jalankan perintah Allah ke atas orang lain.

bermula dengan diri sendiri kan. walk the talk

Aku berkata...

aku tak kisah sape yang memerintah.
kalau cara nya betul,memang sokong 100 %

Tanpa Nama berkata...

This is how PAS or Islamic organization has been misunderstood. Why? Because years of BN government and anti-Islam machinery worldwide working against what is good for mankind.

dan inilah caranya zionis menakut-nakutkan orang bukan Islam. Potong tangan, potong kaki, hudud..huh… Bila cakap pasal hudud ja mulalah cina MCA (bukan Islam) di beri mandat untuk hentam PAS kaw2.. Orang melayu kita pula terbawa-bawa…dengan kata2 cina MCA..

Apa yang hendak dibawa oleh PAS adalah mainstream Islam. Propagate the good, the kind, the beautiful in Islam. Bukan sebaliknya dengan menakut2 kan.. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa hudud adalah salah satu perkara yang sensitif untuk masyarakat majmuk negara ini, and I think PAS has grown up. Look at Kedah and Kelantan now...

Islam is not about HUDUD!

Islam is about Science & Technology, Education, Women in Islam, Politics, Children
Business & Trade including finance, Current Affairs, Justice (including hudud and qisas) and fairness, support, Parental Issues, Marital Issues, Condemning Extremism, Interfaith Dialogue, Travel, Contemporary Issues, Culture, Literature and Talking Peace.

and I have attended a few PAS ceramahs during my younger days whereby they never talk about HUDUD at all. kalau cakap pasal hudud pon ibarat sambal belacan la..memanglah pedas..but its ONLY a side dish, NOT a main dish mcm Nasi tomato/beriani, dalca dan ayam masak merah.

tapi biasalah mainstream media kat Malaysia dikuasai UMNO.. kalau orang PAS cakap pasal kebaikan2 dalam Islam seperti diatas, 1st thing depa nak perbesarkan ialah pasal HUDUD. Kenapa? tujuan untuk menakutkan orang bukan Islam..pelabor takut, bisness tak dak, fulus tak masuk beb..Bila bukan Islam takut takde bisness, dah tentu undi bukan Islam ini memihak kepada BN/UMNO.


Sekarang ini orang bukan Islam di Selangor dah tak boleh masuk masjid. Adakah masjid setaraf tanah haram di Mekah? Kenapa semua ini berlaku? Sebabnya UMNO mempolitikkan agama demi kuasa. Inilah hakikat sebenar yang sedang berlaku di Malaysia.

p/s: rasa-rasanya kalau ada hudud ramai orang BN/UMNO sekarang akan kudung disebabkan mencuri dan merompak dan merogol…

TheBentPencil berkata...

I dunno why, I agree dgn obe.
tp apakah aku tengah menjilat tapak kaki dia?

FUUUUU

buruh berkata...

"damme damiah" - ko tak pernah pegi Kelantan ke? ko try pegi sembahyang subuh (solat yang paling liat orang nak semayang)kat masjid² di Kelantan. Pergi sekali dan tengok.

Nak buat, ajak la seiring. diorang pun memerlukan sokongan orang ramai untuk ke jalan Allah. memang payah disebabkan perlembagaan etc, tapi mereka berusaha daripada tak buat langsung.

| c o r v u s | berkata...

bring it on

Siberkop berkata...

Aku setuju kalau ia dilakukan, TAPI, perlaksanaannya mesti dibuat ikut peredaran zaman.

Dan aku rasa, apa yang kau senaraikan tu Mantot berbunyi agak 'keras' sedangkan pendekatan yang lebih lembut dan berhemah cara Rasulullah SAW tentu boleh dibuat.

Takkan buat sikit mesti terus dipenjarakan ya tak? Lagi satu, kalau dibaca cara perlaksanaan hudud yang sebenar, amatlah susah nak jatuhkan hukuman. Ia perlu disiasat dengan teliti dan mesti ada saksi dan macam-macam lagi. Setakat pegawai agama rempuh pintu nampak lelaki(pakai seluar pendek sahaja) perempuan(tak bertudung pun) belum tentu hukuman sebat boleh dijatuhkan. Islam yang sebenar amat teliti tapi memudahkan.

Tapi biasalah, bagaimana mudah, mendamaikan dan 'sweet' undang-undang Islam itupun, mesti ada penentangnya. Mesti ada mereka yang telah ter'gelap' sedikit hati mereka dan merasakan mereka perlu lebih 'bebas' dan 'barat'.

Hati-hati kita yang lain ni pun belum tentu kuat imannya. Tapi itu tidak bermakna kita tak boleh berubah menjadi lebih baik, betul tak?

Yang paling penting, adalah pemimpin yang memimpin tu, kalau cara dia betul, insyaALLAH lambat laun hikmahnya akan nampak. Imam akhir zaman, Imam Mahdi mesti begitu nanti kan?

Wallahua'lam.

milo boyd berkata...

best. mlm nih pas memerintah. esok gak aku kawin. hauahauaha. setel problem.

saiful berkata...

salam & hi bro mantot,

i am a passive reader and like your posting very much.

my two cents: shariah is a living constitution, fair and flexible is its main characteristic.

when u learn and understand about the islamic jurisprudence or usul al-fiqh, the principle of islamic criminal law, the objectives of the shariah and so on, you will realized that shariah law is so beautiful and comprehensive. it guarantees a fair treatment to mankind, regardless of religion and races.

islam has its own system of democracy, which is better. we will have better rights and freedom compared to what we have now.

looking at saudi, or iran or pakistan or any other country which practice islamic law and then conclude that nothing is good in shariah law is not accurate. i presume they have problems in the implementation and their approach.

lets try to look at the system itself, the original system as laid down by Islam.

a lot of people are skeptical when asked about the implementation of islamic law. i dont blame them because they are not really understand the subject. simple example, when talk about islamic criminal law, most of them only know hudud in general. very little can explain what is hudud actually. in fact, other than that islam has two other categories of crime and punishment i.e. qisas and ta'zir. ta'zir is very flexible. for example, person accused for adultery (crime under hudud category) still can be punish under ta'zir if the offence is genuine but the prosecution cannot produce 4 witnesses as required. of course the type of punshment will be different here. see the flexibilities?

if PAS is going to implement shariah law, it shall be the law as prescribed by the primary and secondary source of islamic law, but not a duplication system in pakistan, saudi or iran etc.

i hope my 'short' comment here can trigger the urge to know more about shariah law among readers here. or maybe you can write an entry about it? :)

salam.

milo boyd berkata...

"dan inilah caranya zionis menakut-nakutkan orang bukan Islam. Potong tangan, potong kaki, hudud..huh… Bila cakap pasal hudud ja mulalah cina MCA (bukan Islam) di beri mandat untuk hentam PAS kaw2.. Orang melayu kita pula terbawa-bawa…dengan kata2 cina MCA.."

masalah hudud nih sebab orang bukan Islam tak di educate yang dorang sebenar nya tak tertakluk kepada hukum hudud. derang tak tau yang orang-orang bukan Islam sebenarnya di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang.

kalau penyampaian tuh betol insyallah takde masalah nak laksana semua benda nih.

gman berkata...

a) tak suka. rasa mengarut.

b) takkan sokong.

c) rasa sedih. pelaksana undang2 masih belum perfect untuk buat undang2 perfect mcm tuh.

bujal38 berkata...

dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...
kalau mahu,kita akan buat sampai jadi...

bagi saya....saya sokong 100% undang undang Islam utk umat Islam.
yg bukan islam...lantak depa la nak ikut undang2 apa....

kita selamatkan yg islam ni dulu. bila kebaikan tu dah terserlah...baru la depa nampak....

Tanpa Nama berkata...

kerana Allah..jenayah pon dapat dikurangkan..y not tak beri PAS buktikan..peluang mererka...??

hideYUShi nakata berkata...

ISLAM itu indah..
ISLAM itu mudah..
tp manusia yg menyukarkannye..

pk2 kan laa.. :D

Nerzhul berkata...

pemimpin dan pelaksana undang undang islam perlu ikut cara nabi memimpin dan cara nabi berfikir. hidupkan sunnah nabi. insyaAllah boleh.

Tanpa Nama berkata...

Obe 2 muslim ke?..

Tanpa Nama berkata...

gua setuju mantot..bak kate org2 di atas...islam is the beautiful way of life..termasuk undang2...memang gua akan bagi can 100% kat PAS if they can manage sebagus yang boleh...

tp gua sedih..ade gak yg bagi komen x setuju dengan alasan pelbagai..kalau org arab keluar arab jadi yahudi ,itu bukan masalah sistem..itu masalah orang tersebut..beb zaman nabi dan sahabat pun ade munafik..apa tah lagi sekarang...yg penting undang2 Islam itu indah dan penyelesaian kepada pelbagai masalah di dunia ni baik dari ekonomi hingga sosial...

sape muslim yang x setuju ..gua akan kata "UMNOlah lu"..

Tanpa Nama berkata...

soalan yang bagus. adakah obe muslim? tengok je la blog serius dia. bulan2 pose pun dia letak gambar2 lucah.

Tanpa Nama berkata...

Obe tu muslim liberal macam Rosmah, bini Pak Lah dan yang seangkatan dengannya. You question the law by Allah? Nanti ko jawab je la dengan Allah. Bukan ke islam tu sesuai pada semua zaman?

Johann berkata...

Kepada saudari(?) alexia:-
Hujah anda kata kalo dh kwin x leh renggang tu x munasabah. Mmg laki bni halal duk sebelah mnyebelah,tp sebelah bni tu sape? Kalo laki bukan mahram amcm? Sbb tu pas suh asingkan trus laki n pmpuan n that will be a hell lot easier. Lgpun x kan la nk berenggang sejam dua x bleh kot? Manja sangat dah tu...

Aslina berkata...

entah. pada aku... undang2 Islam yang sebenar menurut al-Quran laaa paling senang dan tak banyak songeh, universal dan boleh ngam dengan apape agama sekalipun. kalo tak, takkan yahudi nak tiru sebijik2 style Islam ye tak??

tapi orang2 yang nak melaksanakan tu pulak tak cukup akal nak pikir habis2 bila nak kuat kuasakan sesuatu.

banyak songeh. protokol lah, ikut parti politik lah, itu lah, ini lah...

entah.

Fitrix berkata...

Hmmmm so that means turning Malaysia into Saudi Arabia?HELL NO.Im a Muslim but last thing I want is Malaysia to turn into Saudi Arabia.A theocractic nation is not good.PAS wants to turn Malaysia into theocractic nation?It sounds good on paper but if the people are 100% Muslims it sounds plausible.But the problem is not all Malaysians are Muslims.Im with Obe on this one.To all of you who agree I suggest you try to live in Saudi Arabia.I bet you will miss the old,secular Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

adakah karpal masih ligat dgn client nanti ?

Real Guest berkata...

SOKONG LA.

Tapi realistik pelaksanaannya buat masa sekarang kalau kau tanya...IMPOSSIBLE.

Ketua senget, kafir senget + rakyat yang tak berkuasa = EPIC FAIL.

Islam Agama wa.... berkata...

Wa adalah seorg muslim, tp wa sedar wa bknlah seorg muslim yg baik malah the so call dosa2 besar pon wa dah terjebak... looking back at what Obe commented, pada wa, to those "majority" that dont want the islamic law to be enforced is mainly because they cant enjoy or embrace the so call "freedom" of fucking aroud, drinking beer/liquor,PARTYing all night long & etc(freedom of speech,expression & etc tu skg pon dah limited - Bnk sgt bullshit!). In other words, they still want to enjoy that kind of life & they're worried they might get caught by this islamic law.. As mentioned above, wa pon mmg dah rosak.. arak,ppuan & judi wa dah terjebak but wa org islam and have faith in my religion.. Halal & Haram tetap Halal & Haram.. those things yg wa penah buat wa xpenah nafikan yg it's ok cause normal for most ppl zaman skg.. bknnye wa xtakut, wa pon takut jgk kalo2 wa kene tangkap but hukum tuhan. sapa la wa nak kate xmoh la.. xready la.. kalo nak mati, wa xtau plak bila wa akan mati smpi bole nak prepare or get ready... Jgn la amik cth yg xbaik dr negara2 arab.. yg buat jahanam tu manusia itu sendiri.. bkn Islam.. Finally, Tlg la jgn nak bullshit lebih2 kalo btul Islam tu agama hang...

Tanpa Nama berkata...

pendapat aku, bagus apa undang2 macam tu. dah kata negara Islam, patut sangat buat undang2 selaras dengan hukum dalam Islam. ni tak, dah tunggang langgang dah. cuba tengok Brunei, steady je sebagai negara Islam pakai undang2 selaras dengan hukum Islam. kita??

pompuan dewasa berkata...

islam itu tidak meyusahkan dan relevan sepanjang zaman. jangan jadi yahudi, merpersoalkan segala hukum hakam Allah, itu tak sesuai, ini tak sesuai. nak modenkan inilah, tak realistiklah, and mcm2.

takot sangat nak jadi macam arab saudi. bukan suroh ikot arab saudi pon, kite kene ikot suruhanNya.

but at least aku tak pernah dengar kes buang bayi merata2 macam anak kucing from there. anda pernah?

hyde berkata...

ramai orang tak setuju sebab paranoid kot dengan cth saudi. perlu tgk balik, betul ke ada lagi negara yang mengamalkan islam dari semua aspek?

btw, kalau ye pun kena laksanakan undang2 mcm kena paksa,
1. benda yang salah tetap salah. tu kena plh pemimpin yg betul bukan salah betul itu tunjuk kata dia.
2. hukum islam bukan takat hudud je kot.. ada qisos (ni ada unsur hukum n maaf) n takzir (hukuman oleh pemerintah,, xsemua jenis kesalahan msk dalam kategori hudud n qisos ok)
3.sbg org yg suka healthy lifestyle no alcohol, xde yang pembebasan seks etc2.. kalau ada kawan nak buat suka2 dia je kat ruumah korg, rasa geram gila x? mungkin tu kawan baik, dan korang menghormati hak asasi dia sbg manusia.. paling kurang pun kita akan kata,
"pe kata tunggu keluar dari rumah aku dulu, baru ko wat mende2 ni, boleh?"

dia pun tau respect kan.. kata satu msia, xkan la sensitive matter cmtu pun xtau

macam tu negara kot.. pemimpin perlu halang keje dia.. kalau orang nak buat jugak bila dah keluar dari influential circle pemimpin tu, pemimpin dah buat keje dia (tru education, law etc).. yang orang tu nak minum juga.. itu dah kaitan dia dengan diri sendiri

aku rasa aku sendiri pun serius paranoid jugak dengan islamic law n practice.. tapi nak buat cmne, xde yg nak terang

saiful berkata...

"aku rasa aku sendiri pun serius paranoid jugak dengan islamic law n practice.. tapi nak buat cmne, xde yg nak terang"

hyde: cuba mulakan dengan membaca buku2 tentang undang-undang islam, mungkin itu boleh membantu anda faham sedikit demi sedikit.. we have no choice but to learn it by our own. sistem pendidikan sekarang ni tak mendedahkan kita kepada ilmu2 yang sebegitu..

mia berkata...

Boleh, tapi mulakan dengan mengangkat ketua negara kita dari ahlul bait Rasullulah yang dipilih oleh Allah s.w.t.

Kalau tak faham pasal ahlul bait ni, sila la belajar dan cari ilmu tentang ini sebab selagi leader kita adalah yang dipilih oleh rakyat, selagi itu pelaksanaan hukum Islam ni takkan berjaya.

hyde berkata...

nih lagi bab keturunan tertentu je boleh jadi pemimpin. mana nak cekau orang gini kak mia?

yang bermaksud dipilih Allah tu macam mana? wahyu sekarang ni yang ada dalam quran je lah, xkan nak bagi yang mengaku nabi plak?

*no offense, we open right? i'm just asking*

hyde berkata...

*wahyu yang dah sedia ada eg:quran, hadith

sorry tot, aku rasa persoalan yang aku nyatakan nampak macam bakal menganggu ketenteraman rumah weblog ni, jadi nak sorry in advance

Tanpa Nama berkata...

hudud boleh dilakukan di malaysia ni kalu 80% kat malaysia ni muslim sejati. kalu 80% semua lemah ikut telunjuk kapir (bukan muslim)dan islam liberal macam obe, tak akan jadi.
pas beria-ria nak hudud, tapi share partner tak nak, NA diam je. NA cakap diorg tak faham islam. tak faham apanya, dah 60 tahun idup kat negara ni.
aku sokong hudud, tapi buat betul2, bukan sebab pilitic, untuk dapat undi orang melayu & islam je.

Gen Fujita berkata...

No comment on this matter. Benda belum jadi, spekulasi tak bawa erti apa-apa. Kalau ditakdirkan berlaku kezaliman biar pun sapa memerintah, ia akan tumbang, yang kita tak tau masanya saja. Itu janji Allah SWT.

apenzz tensai berkata...

salam,

senang cerita aku rasa 80% rakyat malaysia (islam) sendiri tak setuju (takut) jika undang2 hudud dijalankan... perhatikanlah keadaan sekeliling kita masakini... berape ramai org islam sendiri yg pergi dan bekerja di pub dan kelab2 malam... majoriti yang makan rasuah, yang berzina, yang merompak dan lain2 perbuatan yang haram... senang cerita 70% dilakukan oleh org2 islam itu sendiri... jadi macammana nak jalankan hukum islam itu?...

Kelantan yang dikatakan serambi mekah itupon mengalami masalah sosial yang teruk...

jadi macammana? yang ramai2 cakap akan ikut la, samiqna waatoqna tu betul2 ke akan ikut hukum islam ini apabila menyedari realiti dan situasi dunia masakini...

fikir - fikirkanlah...

apenzz tensai

Kap berkata...

aku tak mahu.
tapi aku nak.

aku keliru.
tapi aku doa kalau ada penukaran pemimpin, keadaan akan lebih baik tanpa aku sedari.

peace.

Johann berkata...

Bagi aku,xde masalah lgsung kalo nk dilaksanakn hudud ni. Yang kena hukum orang islam sahaja bukan orang kafir skali. Diorg tetap akn tertakluk pada undang2 scular if they want it to be. Dan tiidak mnjadi mslah lgsung pada aku kalo hudud ni dilaksanakan sebba aku x mncuri, x berzina, x minum arak so what d hell am i supposed to be afraid of? Kalo korang yg takut tu mknanya korang ader la buat kesalahan2 yg bleh dihukum oleh hudud end of story!

Tanpa Nama berkata...

saya rasa ramai yang tidak mahu menerima situasi ini seandainya diletakan pada diri sendiri.

tetapi bagaimana anda seorang ibubapa yang mempunyai anak perempuan?

rasanya risiko diraba boleh dikurangkan.

Tanpa Nama berkata...

Beberapa perkara yang anda perlu kaji/baca sebelum sedap-sedap (tanpa bertanggungjawab) nak bagi komen.

1) Bila nak kenal sesuatu (dlm konteks ini; hukum dalam Islam),jangan tunggu org suap. Pergilah kaji dan belajar. Bukan dengar cakap2 orang. Bila tak tahu salahkan org padahal sendiri yang berakal pendek. Org Umno banyak mcm ni, tunggu RTMM/TV33/Utusang suap bahan!


2) In a pure contacts of democracy, the rights of minority cannot be denied by majority. Example, the right of freedom of speech as a blogger like Obefiend cannot be denied eventhough majority of Malaysian are not bloggers and they don't give a shit about blogs.

3) Kalau mmg pun Kerajaan yang di katakan Mantot tu mahu melaksanakan Hukum Islam, mestilah selepas mendapat sokongan majority di parlimen/ pilihanraya bukan. Nama pun soalan situasi. Kalau jadi maka jadilah, citer banyak pun tak guna... Tunggu je lah kena hukum sapa yang fasik dan munafik! Hukuman di akhirat nnt lebih dasyat, ingat tu.

4) Komen pasal Arab Saudi, pasti ke Arab Saudi gua hukum Islam yang tulen? dah kaji? Dan kalau pun org Arab jahat kat luar negara dia, tahinya dapat pada negara lain yg mereka kunjung, negara yg tak mengamalkan Hukum Islam sepenuhnya mcm Malaysia. Maka Malaysia lagi teruk dari Arab Saudi.
Takkanlah kita nak cakap kalau org Malaysia kena tangkap kat negara China sebab mengedar dadah, maka Malaysia negera dadah kan?

Bertanggungjawab sikit dalam berhujah, takut org Umno terima bulat2.

Tanpa Nama berkata...

Bonus;

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
[15]
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
[16]
“Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.

-Ta Ha, 14-15.

brat2104 berkata...

non muslim xperlu takut dgn hudud sbb mereka x tertakluk dgn hudud.. dan hudud bukan senang2 je jatuh hukumannya. kena gak ikut cara pengadilannya..

isu ceramah asing laki pompuan. kena la terima.. sama gak mcm ceramah kat masjid, x kira suami isteri ke x, asing gak kan?

wayang, senang cite, elakkan. aku x alim.. tp, kalau kita sediakan seat utk psgn dh kawin, kena la sediakan pulak seat buffer supaya xterkait dgn pasangan lain.. (if apa yg tot cakap ni jadi la)

ada org percaya kebebasan bersuara, kebebasan beragama segala bagai.. xnak ikut hukum tuhan.. tapi nk lak hidup dalam dunia yg tuhan cipta. apa kes?

mungkin org arab saudi dtg sini perangai lagi teruk. well, tu sebahagian. bukan semua kan? sekurang2nya peniaga kat sana x yah risau utk tinggalkan kedai dan gi bersolat bila tiba waktu.. sini?

haha.. aku sendiri x cukup bagus. maybe aku pun antara org yg akn terima sebatan sekali sekala.. tapi nk buat cane? dah hukum, follow la.. lama2 ok la kita

penah tgk x cara hukuman sebat islam dijalankan? kalau baca dari emel, x la ngeri sgt pon. cukup utk mengajar

oh, btw, aku rasa negara kita ramai muslim yg xnak jadi muslim sbb dah seronok hidup ikut cara non muslim.. pe punca? sbb kita biarkan hiburan mengikut acuan barat terlalu berleluasa. ni sbb x ikut cara islam la..

maaf kalau apa yg aku ckp ni salah.. =)

Aslina berkata...

keh keh keh...

pasal seat wayang tu kan... aku terfikir satu bende je... why not seat tu bleh access by swap kad nikah je kan? takde la nak tipu2 kapel2 boleh duduk gak. hahahh...

tapi nanti ade ke orang nak palsukan kad nikah plak?

Hazim Azhar berkata...

salam, sebelum menjawab soalan "adakah kamu bersetuju dengan hukum2 ini??" .. kita perlu lihat dulu, adakah benar islam itu akan menjadi sejumud dan sekejam yg ditulis dlm entry ini?

Terlalu panjang utk diterangkan, cukuplah sy katakan, jika islam itu tidak sesuai dijadikan hukum hidup secara menyeluruh, bermakna kamu tidak setuju dengan ALLAH yg menciptakannya. Wallahualam.

Nik berkata...

Apa takut sangat, tengok la Kelantan sebagai model... Berapa ramai bukan islam kena sunat?? Berapa banyak kuil & tokong kena roboh?? setahu aku, tokong duduk kat Tumpat tu dibina masa Pas memerintah..Jangan terus compare ngan negara arab, sebab implementasi adalah berbeza dan pemahaman akan mengambil masa...

Bila keluar kes buang bayi, mula nak sibuk implemen hukuman yang berat. Disini dah reliable hukum hudud kerana konsep hudud adalah lebih kepada pencegahan/amaran. Kalaulah pesalah zina disebat, sentap jugak jiwa mat rempit ngan bohsia bila nak buat maksiat ni..

Kenapa nak wujudkan fobia terhadap Islam? Kita suka kalau buat maksiat, tapi kita marah kalau orang lain buat terhadap kita/keluarga kita. Islam itu adil.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,kalau ini bakal terjadi, semakin ramailah orang yang berpeluang untuk masuk syurga kerana ada kawalan terhadap perkara-perkara atau perbuatan dosa di dalam masyarakat. Malaysia pun akan menjadi sebuah negara yang lebih aman.

Alkafaza berkata...

INSYAallah dgn undang2 islam semua kaum akan lebih selamat n terjamin dunia akhirat,mengikut pengetahuan kita,semua agama tak kira agama pun juga menentang menentang kejahatan,kemungkaran dan ketidakadilan yang manusia lakukan didunia,janganlah kita sempitkan dengan hanya soal yang remeh temeh,cth soal lakibini tak boelh berdua dalam majlis dll..
Cuba kita fikir soal keganasan,soal rasuah,soal zina, soal arak dll,adakah agama2 lain selain islam tidak melarang?

Tanpa Nama berkata...

entrophy. sapa2 blaja sains tinggi skit mesti tau pe maksud entrophy ni.

Tanpa Nama berkata...

salah eja ler.. entropy

Tanpa Nama berkata...

tuan/puan buruh.

aku pernah tinggal/bersekolah di Kelantan. mintak maaf kalau ayat pendek macam tu buat kau salah faham aku nak kutuk orang PAS pulak.

maksud aku cuma untuk mulakan sesuatu yang besar, perlu mula dengan yang kecil dulu. ada aku kata orang PAS tak solat berjemaah kat masjid/surau ke?

dan adakah semua orang yang berjemaah di kelantan orang pas sahaja?

i kata ISTIQAMAH kan, sayang? :)

bukak minda, bukak hati luas-luas sikit ye, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

sng crita hudud ni lbh kpd utk mmberi pengajaran kpd msyarakat agar x bt prkara2 yg mlggr undang2, di mn setiap hukuman dijalankn di khalayak ramai n ini dgn sndirinya menimbulkn keinsfan kpd yg melihat n yg dihukum, sebat pon tgn xleh lps drpd prs dada, bg yg mncuri kalu sikit sj yg dicuri lps disabit kslhn tu ada kmngkinan x diptng tgn (mngkn ats sbb org tu miskin, mcm yg penah aku bljr la) tp yg curi byk2 tu cnfrm la kn ptng tgn....

mamdoh berkata...

.: haha. teringinnya daku melihat suasana pemerinahan Rasulullah dan 4 sahabat ada di Malaysia. serius daku gerun amat, dan suka sgt2. kalau jadik nak tgk. tp tanak tgk yg PAS punya, nak tgk parti Islam baru punya. parti "Mahdi" ka kalau ada. parti yg Islamnya ada khalifahnya pemimpin Islam sejati kalau boleh. dkt2 sejati pun syukur, manusia tak pernah perfect.

lps baca byk2 komen diatas, best jugak idea2 diorg.

yg no 1 dan no 2 tu bagus. Islam mamdoh tgk sgt rapi dan teliti "mencegah dr mengubat"nya. kurang maksiat kurang segala (insyaAllah). tp bukan sj trmaktub soal lelaki dan perempuan d jlnn, tp merangkum jiran2 sblh rumah, kakitangan kerajaan, pekerja opis, jaga tandas jaga bangunan, org2 media, semuanya termasuk lah kepala pemimpin kita. yg artis2 tu paling okey sekali ditiadakan. award2 hiburan dmansuhkan. adakah award2 yg dpt dgn cara menayang diri serta melalaikan umat ptut dberi pghargaan? kamonla, bg duit persiapan venue dan belanja spjg award dgn budak2 yatim d Malaysia nih (yg gembira dan dlayani pd Ramadhan sj oleh kita, lg 11 bln lain terabai) lg bagus. dpt gak pahala. or duit buat kelas2 mngaji, perbaiki sekolah2, bab2 ilmu tu lbh baik diutamakn dr bg award sia2 dan terbiar berabuk pastu dtunjuk time sakit tenat dan minta bantuan org awam sbb artis jatuh sakit kerna diuji sbb masa muda2 dulu byk sgt maksiat dbuat. lbh kan sesi ajarkan Islam yg sbnr2nya kpd rakyat, tak kira muslim or not. biar semua fhm. bila tak tahu dan tak faham, tu yg mulut dan hati sedap2 je ckp.

yg no 3, mesti ke adanya konsert dan pawagam tetap diwujudkan? majlis2 ilmu tak boleh ke? wajibka pawagam dgn cerita2 omputeh yg ada soft/hard porn utk negara yg amalkan Islam? kan bgus diiadakan kan? lantakla ekonomi org puteh, depa gereni takut sbb takde sambutan umat Islam Malaysia utk ekonomi diorg. takde lg kita dgr bunyi kita sumbangkan "ekonomi" utk Yahudi, betul tak? baek duit tiket tuh bg ngn dak Palestin ka, Pakistanka, atau negara kita sendiri ka. satu mlm berapa diorg generate income hasil dr jualan tiket uk movie2 nih? fikir2kan~

mamdoh berkata...

hmm, psl si Obefiend nih. selalu kalau dia nih bg komen, betul jugek apa dia ckp. tp, kalau dia seorg muslim, takkan itu usaha dia utk wujudkan negara Islam? takde bijik ka apa dia nih? terus it will not work. optimisla siket, doakan yg terbaek, usahakan g terbaek. dan lg baek kalau dia Ustaz, mulut dia berani woo, mamdoh suka keberanian itu. berani bongok sbb afraid freedom of speech ala2 America tu ape pasal? dia nih ada siket sama kes dgn member nama Raina yg lps2. orgnya ok, baek, tp mental ada kureng ckit bab agama. nnt dtnya woo apakah usaha mu untuk agamamu, nnt dia akan jwb, "Saya, obefiend, telah deny segala usaha2 dan tdk setuju dgn idea negara Islam di negara saya. malah saya sndiri tidak usahakan agar blog saya dan tulisan saya semakin kuat menarik serta mendidik dan memberitakan betapa indahnya agama Islam itu sendiri dgn orgramai. saya hny tahu nmpak yg buruk, usaha takdak, malah saya sendiri semakin kuat menulis ttg perkara2 yg tdk membantu Islam itu sendiri. saya skeptip dgn agamamu ya Allah." ala2 mcm tu kot jwb dia. tp kalau salah hrp maaf ya? saya pun tak berapa bagus sgt punnnn~~

ada juga kurang setuju bila bab2 asing jemaah suami dan isteri. tp bila fikir balik, betulla apa yg diorg buat. time solat lg saf lelaki dan perempuan tak bercampur, nih dkt majlis2 pun na tunjuk sharing loving manja, aih aih. dkt rumah sudeyyyy~ nak dekat ke, nak loving ke, nak lebey2 ke, lantakla. jgn pi rakam sudah buat memori konon. sengal. nnt org bujang geram pulak, kn bahaya tu? kena bertempatla kalau dh suami isteri...

mamdoh berkata...

dan, perlu ada perubahan utk melaksanakan Islam itu sendiri. ptutnya "serambi Makkah" lbh bagus akhlaknya dr negeri2 lain. paling tak percaya dan teringat sampai skrg kes yg pi cium sepatu tuh, sepatu Nabi lg takde org cium (dilarang cium ya, Nabi bukan Allah, dan bukan kita agama yg satu tu bab2 cium kaki/sepatu dulu nih), ni dah lbh2 dah ni "mncintai" alim ulama nih. adoiii..

meh ramai2 kita pakat merealisasikan usaha Islamisasi negara Malaysia yg agama rasminya Islam. jgn pesimis, ckp je, usaha mana? asik2 fikir dan ckp yg buruk je, ptutla makbul yg bruk. cuba ckp dan fikir dan doa yg baek, baru negara kita dmakbulkan yg baek2. pemimpin jgn kelabu mata kerana duit, jgn gila kuasa sbb nak perhatian, jgn lupa tggjwb yg anda galas. sedekahkan hartamu kn nnt jadik lg byk, pikul tggjwbmu sebaik seamanah mungkin. Semoga Ramadhan kali ini ramai kita jadi lbh kuat utk agama sendiri. yg dah "terbuat" tu, insaf2lah. Allah Maha Pengampun. jum ramai2 jadi baek~~ :-D :.

Tanpa Nama berkata...

nabi pesan apabila dekatnya kita pada kiamat.islam akn jadi seperti kedatangan islam pada zaman zahiliyyah dulu2.ha kan sekarang dah nak jd mcm tu.DITENTANG.

Tanpa Nama berkata...

Undang2 ni xkan berjalan

selagi rakyat kita ramainya yg mcm obefiend weiland

selagi tu rakyat akan nmpak hukum hudud tu lebih kejam dari bayi yg mati kesejukan & dihurung semut di dalam longkang

selagi tu kerajaan yg nk laksanakan hukum Allah ni akan nmpak super kejam

selagi tu org2 bukan islam dan org islam sendiri yg konon percaya dengan 'freedom of speech' dan berasa lebih bijak dari tuhan yg maha mencipta akan merasa undang2 islam tidak relevan.

nak menara yg kukuh lihat asasnya, tangga2 nya

betulkan asas, betulkan diri kita dlu.

Tanpa Nama berkata...

Nik. September 4, 2010 4:01:00 AM GMT+08:00

kenapa selalu jadikan kelantan sebagai contoh? sana pun ada kes buang bayi juga, maksiat pun ada. kuil kat sana tak banyak. bukan muslim pun tak ramai. kat selangor ni dah banyak sangat. buat pun ikut suka hati. tak ada mohon pun. tepi jalan besar pun boleh. kat sentol tu, sampai sekarang tak dirobohkan. dulu sunyi, bunyi je nak roboh, diorang banyakkan aktiviti kat situ. ekonomi kat kelatan dipegang oleh WANITA muslim. yang laki lepak kat kedai kopi.

komen ko yang lain aku setuju. bab kelantan serambi mekah ni je kurang sikit.

-kj-

Tanpa Nama berkata...

Nik. September 4, 2010 4:01:00 AM GMT+08:00

kenapa selalu jadikan kelantan sebagai contoh? sana pun ada kes buang bayi juga, maksiat pun ada. kuil kat sana tak banyak. bukan muslim pun tak ramai. kat selangor ni dah banyak sangat. buat pun ikut suka hati. tak ada mohon pun. tepi jalan besar pun boleh. kat sentol tu, sampai sekarang tak dirobohkan. dulu sunyi, bunyi je nak roboh, diorang banyakkan aktiviti kat situ. ekonomi kat kelatan dipegang oleh WANITA muslim. yang laki lepak kat kedai kopi.

komen ko yang lain aku setuju. bab kelantan serambi mekah ni je kurang sikit.

-kj-

Tanpa Nama berkata...

kpd yg x/kurang sokong ngan undang2 islam..

kpd mereka yg b'agama islam korang mesti faham yg jadikn manusia ni Allah. yg turunkn al quran Allah. so anything yg diwajibkn ke atas manusia mesti la ikut(no question ask) sbb Dia cipta kite so Dia lebih mgetahui drp kite. baik buruk n so on.

kite jgn wat pndai as if kite ni lbey tahu dpr Dia sbb akal kite ni pon Dia yg ciptakan. n kite sume tau yg Islam ni sesuai tok sume org n setiap zaman smpi kiamat. so jgn bg bullshit yg negara kite ni x sesuai wat undang2 islam sbb negara kite pelbagai bangsa la ape la..sbb yg dikenakn undang2 islam ni adalah org islam shj!!..org bkn islam x terlibat ngan undang2 islam.



sekian.

Tanpa Nama berkata...

Memang susah la kerajaan nak tukar cara pemerintahan skrang ke cara pemerintahan islam. Sebab semua menteri2 tu pemikiran sama mcm Obe tu. Kang buat hukum hudud, kantoi la diorang clubbing, ada gundik, songlap duit rakyat, bini2 dia takleh dah la tayang rambut dan tayang benda2 lain yang sewaktu dengannya. Sebab tu la hukum islam ditentang habis-habisan. Sebab MEREKA NI DAH SERONOK HIDUP BUAT DOSA DAN TAK BERCADANG NAK STOP DARI BUAT DOSA-DOSA TU SEMUA.

Umat akhir zaman yang cintakan dunia dan takutkan mati. Itulah generasi kita skrang.

yatie chomeyl berkata...

kerajaan wajib menegakkan hukum Allah; rakyat akan patuh pada arahan kerajaan yang mengikut hukum Allah

Fontonk berkata...

Sesungguhnya solatku, pekerjaanku, hidupku, dan matiku HANYA UNTUK ALLAH.
AKU PERCAYA AKU DAPAT BIDADARI YANG SUMPAH LAGI CUN DARI ORANG KAT DUNIA NI. KALAU NAK PIKIR KECANTIKAN DIAKHIRAT LAGI CANTIK DARI DUNIA NI.

AKU RELA UNDUNG UNDANG BASED ON AL-QURAN DAN SUNNAH DIJALANKAN.
KALAU KAU JADI PM, AKU MERAYU KAU JALANKAN SEGALA HUKUM BERKAITAN DGN ISLAM. SEBAB AKU TAU MALAYSIA ATAU DUNIA SEKARANG TAKKAN ADOPT DAH SISTEM MACAM ZMN NABI MUHAMMAD DULU.

AKU RELA,SEBAB AKU TAU HIDUP AKU NI SEMAKIN TERUK. SEMAKIN DIPENGARUH BUDAYA LUAR. KALAU ADA UNDANG2 KAT ATAS TU, INSYAALLAH AKU BERUBAH. AKU NAK SANGAT KEHIDUPAN YANG SEMPURNA.

UMAT AKHIR ZAMAN ADA PENYAKIT WAHAN.
CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI.
MACAM AKU.

KOMENG berkata...

apa pasal pulak suami dan isteri x boleh duduk asing2 kat pawagam??..ala paling lama 2 jam je kot,kat rumah nanti ko gomol la puas2...kan dah ada contoh,tengok solat berjemaah kat masjid or surau dahla..contoh paling mudah sekarang,solat terawih..kan ambil masa lebih kurang sejam lebih,kan asing2 tu..x de hal la...

dan sapa2 yang mempertikaikan hukum Allah ni,aku x tau nak cakap apela..cuma aku boleh cakap,kita atas dunia ni dicipta untuk menyembah tuhan yang esa,bukan untuk enjoy sana sini yang terlebih had..nanti kat syurga nanti enjoyla puas2,tapi sebelom nak ke syurga tu,kenala ikut perintah DIA,as simple as that..

nak jahat,jahat jugak tapi janganla sampai nak mempertikaikan hukum yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah..

rozy asra berkata...

justeru itulah yang patut dilaksanakan, mengapa perlu kita tentang?
menentangnya umpama menentang perintah ALLAH.

Astaghfirullahalazim.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin la apa yang penulis ni tulis agak scary. Takde lah semua kesalahan akan disebat, kan?

Ramai dah pengomen tulis undang-undang Islam ada 3. Aku yang masa ambik A-level pun siap ada buku jawi kolej kasi pasal Undang2 Islam ni. Undang2 Islam bukan hudud semata. Dan undang2 Islam ni lebih kepada memberi pengajaran.

Yang pasal orang arab pulak, kalaulah semua negara kat dunia ni melaksanakan undang2 Islam untuk umat Islam sahaja (sebagai permulaan), dah terang2 la mat2 arab yg Islam ni akan kena hukuman sama je di semua negara. Dan takutlah mereka nak buat kesalahan.

Sama juga dengan bangsa lain yang beragama Islam daripada negara lain. Bila semua umat Islam ni dah tak ada yang berani nak buat kesalahan, paling tidak jumlah jenayah/masalah sosial dah kurang. Itu lebih baik daripada tak ada perubahan langsung atau jumlahnya berpindah (naik) ke negara lain macam Malaysia. Secara tak langsung, non-muslim akan nampak apa kebaikannya (hikmah mungkin berbunyi terlalu Islamik bagi sesetengah orang) dan mengapa Allah menyuruh kita melaksanakan undang2 Islam ini. Mungkin jika mereka non-muslim ini telah sedar akan faedahnya undang2 Islam ni, mereka pun akan cuba mengamalkannya.

Tak de lah susah sangat nak laksanakan undang2 Islam ni. Kecuali bagi mereka yang telah melakukan kesalahan, memang patutlah mereka takut dan tidak bersetuju dengan perlaksanaan ni. Berani kerana benar, takut kerana salah, kan?

Lagi sekali, undang2 Islam untuk umat Islam. Untuk yang bukan Islam, mereka boleh membuat undang2 mereka sendiri. Tapi, InsyaAllah, perlahan-lahan mereka akan nampak sudut positif undang2 Islam yang "ngeri" ini.

Pasal seat tempat duduk untuk ceramah terbuka (di luar masjid pula) yang memisahkan tempat lelaki perempuan, takde pulak aku tengok orang2 tua yang pergi masjid selama ni bising sebab kena dengar tazkirah pisah2 tempat duduk dengan laki/bini. Kenapa kalau untuk program lain nak bising pulak? Tak luak pun laki/bini anda tu. Balik rumah peluklah balik. Masuk dalam kereta atau naik motor lepas habis ceramah tu kalau nak peluk2 pun orang tak bising. Orang siap cakap korang ni romantik lagi sebab lepas kawin still nak peluk2.

(munkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni. tak ape)

Tanpa Nama berkata...

kuasai 2/3 parlimen dlu k PAS

Danial berkata...

Yes, on one condition, Malay customs and traditions must be abolished and only Islamic traditions should be followed. This includes letting people marry without the trouble of going through complicated and bureaucratic procedures. The Malaysian government should enforce this law and punish those who do not adhere to this condition.

Tanpa Nama berkata...

obefiend weilend is the prime example of the success of secularization....westerners back then used to fight for separation of church and state...and now this boy wants to adapt it here...nice.... *idung berdarah*

Tanpa Nama berkata...

kid :

perubahan rakyat kena bermula daripada pemimpin.Jika betul jalannya,InsyaAllah tak ada masalah.

MaRyAm DzuLkifLi berkata...

sangat setuju dan akan sangat patuh~insyaAllah :) dunia yg benar2 mengikut hukum Allah membuatku sgt teruja cm zmn Rasul kite n para sahabat,,,

nellyberry berkata...

First thing first,
Solat kena jaga tak kira UMNO ke PAS. Hari Jumaat kena jadikan hari cuti.
Yang lain-lain tu kena slow-slow ubah.

Bukan tak nak, tapi ambik masa, banyak hal kena ambik kira terutamanya nak selam mentaliti kita orang Malaysia.

Bila benda asas fardu ain dah kita kukuhkan, insyaAllah hal-hal lain akan mudah.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa undang2 islam ni susah dilaksanakan kat malaysia sebab populasi Islam di Malaysia ni 50% lebih je.Kalau di Arab tu OK la sbb almost 100 % Islam. Bukan mahu tunduk atau takut kepada mana2 pihak tapi jika mengikut logik memang mustahil dilaksanakan.

Lagi satu, tolong kasi satu contoh negara yg melaksanakan syariat islam kat dunia ni yg maju, dihormati, bagus, kurang jenayah, zina dan org jahat.

Pelik, kenapa PAS tak melaksanakan hudud di Kelantan ye? Test la dulu baru tahu camne

Mantot berkata...

PAS tak buat hudud kat Kelantan sbb Kerajaan Pusat kata tak boleh.Undang2mcm tu termaktub bwh kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan pusat yang tentukan...

Apa yg PAS boleh buat mcm apa yg diorang dah buat,lesen arak,lesen judi,lesen loteri..benda2 mcm tu mmg bwh kuasa kerajaan negeri

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pakatan memerintah kerajaan pusat pon, PAS takkan dapat laksanakan hudud sebab:
1. DAP, MCA, MIC & lain-lain komponen takkan setuju.
2. UMNO takkan setuju.
3. PKR taktaulah, mungkin separuh tak setuju.
4. PAS tak pengang >50% of kerusi MP.

PAS unable to secure majority untuk dapat persetujuan dalam Dewan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

sgt setuju.....
obe:perlu paham disini bukan semua org arab beragama islam, harap maklum...dan mmg tradisi org arab pakai jubah dan semua2 tu....
dekat arab semua agama patuh pade undang2 islam dan fahaman nasrani dan yahudi disitu sangatlah ortodok, tu sebab diorg nampak seperti islam, bukan mcm kristian dan jews moden.
AlexiaAkram:dlm islam nikah ade rukun die, asal cukup rukun tu dah sah.....tak perlu hantaran beribu, tak perlu majlis berseri, takperlu tumbang lembu puluh2 ekor.....
........................................sedih tgk cara obe berfikir, islam tu dah tegaskan, seblum seorg kafir nak masuk islam bimbing dulu selok belok agama islam, bukan suruh die mengucap dulu, tapi lindungi die, dan bimbing die bila ade hidayah dan die betul2 yakin baru saksikan die punya syahadah, tp skarang ibu bapa cume bagi perlindungan jer kat anak2 didikan mengenai islam diorg serah pada guru....macam nie lah hasilnye, dah besar masih byk yg taktau........

Wan berkata...

Arab saudi perumpamaannya mcm Najib laksanakan hukum hudud..pd mase yg same jilat bontot US. Pemimpin korup xkn dpt majukan negara.

Tanpa Nama berkata...

stuju. mesti org muda mudh nk kwen