Mei 13, 2010

Judi Dah Halal,Bila Pulak Nak Wujudkan Industri Filem Lucah di Malaysia Untuk Membangunkan Ekonomi?

Petaling Jaya,13 Mei - Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Rais Yatim mencadangkan agar cadangan dasar baru  Kementerian itu dapat diperkenalkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membendung gejala penularan merebaknya "filem-filem lucah amatur" yang banyak tersebar dikalangan pengguna internet negara ini.

"Kita seharusnya lihat gejala ini dari aspek moral dan rohani,segala video atau filem yang tersebar memberikan gambaran bahawa negara kita tidak mampu mengangani masalah gejala sosial yang melanda kita,jadi saya amat berharap agar Datuk Seri Najib dapat menerima cadangan yang telah kita usulkan kepada Jabatan Perdana Menteri pagi tadi,"ujar beliau.Cadangan Kementerian itu adalah untuk membentuk satu sistem yang memantau dan mengawal pengeluaran filem-filem amatur lucah Malaysia daripada terus menjadi satu aktiviti kurang sihat yang diamalkan ramai remaja sekarang ini yang langsung tidak menguntungkan negara.

Komen beliau apabila ditanya mengenai tujuan asal undang-undang baru yang diberi nama "Akta Pengeluaran Cereka dan Filem Biru 2010" itu dicipta,beliau mengulas,"kita akan bekerjasama dengan FINAS untuk membuka ruang kepada gadis-gadis atau jejaka-jejaka Melayu yang berbakat agar mereka dapat menonjolkan bakat mereka dalam filem lucah yang diiktiraf kerajaan.Saya sebenarnya agak kecewa dengan kualiti filem-filem amatur yang ada di Malaysia.Mereka tak punya peralatan dan kamera yang cukup,kebanyakannya masih lagi bergantung dengan telefon bimbit.Kita juga akan cuba bersaing dengan produk yang setanding dengan pasaran filem lucah di Amerika."

Satu bentuk gerak kerja akan diwujudkan untuk memastikan semua bakal pelakon dan penggiat filem lucah di Malaysia wajib didaftarkan di bawah FINAS dan segala usaha pengeluaran filem lucah bakal diselia oleh FINAS mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.Mengikut kertas cadangan Kementerian itu kepada Kabinet,antara garis panduan yang telah dikenalpasti sebagai berpotensi untuk dijadikan syarat wajib adalah pendaftaran pelakon di bawah FINAS,bakat filem atau drama wajib lulus saringan HIV sebelum mula bekerja dan semua pengedaran video hanya boleh dilakukan melalui edaran DVD atau melalui siaran televisyen broadband yang masih belum ditentukan lagi.

"Saya amat berharap agar Kabinet dapat meluluskan kertas cadangan ini kerana pada pandangan peribadi,agak sayang jika bakat-bakat Melayu tidak dapat diketengahkan.Selain daripada mampu memperkenalkan Malaysia ke mata dunia,ini juga dapat membantu menjana pendapatan negara menerusi pengeluaran produk yang sudah pastinya 100% buatan tempatan," tambah Dato' Seri Utama Rais Yatim.Bila ditanya apakah kebaikan dan faedah yang bakal dinikmati oleh rakyat apabila akta ini diluluskan,Dato' Seri Rais Yatim tersenyum lebar.

"Banyak faedah dia kepada rakyat.Bayangkan,berapa banyak peluang pekerjaan yang mampu kita wujudkan?Kita mampu membendung penyakit AIDS.Kita mampu kawal aktiviti buang bayi,kita mampu kawal aktiviti pengedaran video-video lucah yang tidak diingini dan yang paling istimewa sekali,kita mampu menggerakkan semula industri filem negara kita yang terlalu merosot."

Tambah beliau lagi sebelum mengakhiri temuramah dengan wartawan,"Kita akan wujudkan jawatan Pelakon Video(Lelaki) atau Pelakon Video(Perempuan)yang mempunyai gred tangga gaji B44.Siapa saja yang layak akan terus diserap ke skim gaji B44 kerana jawatan ini tidak bergantung kepada kelayakan,lebih kepada pengalaman,stamina dan keupayaan bekerja.Gaji juga agak tinggi kerana risiko lebih besar.Kami juga sedang mengkaji untuk mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memantau tahap kesihatan penjawat jawatan, harap rakyat semua jangan risau.Jawatan ini hanya untuk rakyat Malaysia sahaja,tidak dibuka kepada orang luar."

Wartawan kami sempat menemubual beberapa orang pelakon filem negara kita dan kebanyakannya menyambut baik langkah kerajaan ini,antaranya seorang pelakon wanita bernama Julie dan teman-teman lelakinya."Saya menyokong sepenuhnya usaha Kementerian ini.Saya akui,saya selama ini hanya bersandarkan kepada publisiti buruk yang telah menimpa diri saya dan pelbagai tohmahan masyarakat mengenai diri saya.Dengan usaha kukuh kerajaaan ini,saya berharap agar golongan-golongan pelakon seperti saya dapat diterima masyarakat sebagai seorang seniman tulen yang sama-sama memperjuangkan industri seni negara," kata Julie.(LINK SUMBER)

40 ulasan:

Khairul berkata...

Terbaik

Besi Karat berkata...

Sarkastik betul.tapi tak mustahil akan berlaku.ehe.kerajaan dah tarak duit.maka segala apa projek/cadangan yg boleh masuk kantung kerajaan akan dipertimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

cant wait!

neo berkata...

Ini mufti negeri putih-kuning-hitam cakap sunat muakkad ni. kekeeke...

Tanpa Nama berkata...

oh dem.

pasni tetiap hari lah cinema penuh dgn budak2 baru nak 'up' ;p

Call me, Eyka berkata...

OMG.

Aslina berkata...

woww!!!

'izzat berkata...

haha. nnt ada parody. "Kasih Nur"..haha. kn pelakon2 3gp malaysia ni kebykkn "tutup aurat"?

Myth berkata...

couldnt agree more

TeenCampForLife berkata...

beb.. biar betul.. caya la rais.. pasni takyah susah nak cari citer blue melayu..

anakomar berkata...

yeah...bagi kerakyatan pada maria ozawa sama!

Nerzhul berkata...

pasni banyak la industri haram terpaksa dibenarkan kerana tidak dapat dibendung pihak berwajib.

ejaMaria berkata...

errrrrr...
sian kat makcik dlm gambar tuh...
hehe

Tanpa Nama berkata...

takda maknanya dia pergi buat sampai camni...nak undi dapat 0 je ke?

Tanpa Nama berkata...

wahhahahahahahaha... siut la ko tot...

apenzz tensai

Tanpa Nama berkata...

tot...tot...aku ingatkan serius tadi ...ceh..cilakak betul...heheh..

Tanpa Nama berkata...

tot...tot...aku ingatkan serius tadi ...ceh..cilakak betul...heheh..

tubelawak berkata...

apa pulak bagi kerakyatan ja kat maria ozawa.. bagi dato sekali la.. bakal muncul!! dato maria ozawa

N berkata...

hoho..bleh lak cmni..kalau btol jadi, boleh laa buat rancangan Akademi Porntasia lak..nk latih orang2 nk jadi professional..haiish..

*cmne la bleh diluluskan usul perjudian nih..memang bengap la menteri tuh

Tanpa Nama berkata...

terbaik!haha wa sapot lu malaysia negara islam

Other Malaysian berkata...

oih.
industri dah ada. lesen je takda ni? :(

Tanpa Nama berkata...

hahaha..nnt mst de malaysian idol-blue version..yeah2!!

amnikhassim berkata...

lah... saya ingat ke betol tadi mula2 baca... hahah

sepol utusan berkata...

MAKAN DALAMMMMMMMMM ahhahahahaha terbaeksss

Khairi Mohd berkata...

Cuissshhhh!

Woi marah rais yatim woi hwahah

Lun berkata...

sarcastic gile2 haha

Aus MeLankoLik berkata...

ini yang kita tunggu , hahahak

wargadunia berkata...

Pandangan sinis dari tuan blog (mantot). Tapi aku kurang setuju la sebab guna nama Dr Rais Yatim. Pada aku dia orang yang baik dalam banyak-banyak orang dalam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

PRINSIP-PRINSIP AJARAN ISLAM TENTANG HALAL DAN HARAM




MENJAUHKAN DIRI DARI SYUBHAT KERANA TAKUT TERLIBAT DALAM HARAM



SALAH satu daripada rahmat Allah terhadap manusia, iaitu: Ia tidak membiarkan manusia dalam kegelapan terhadap masalah halal dan haram, bahkan yang halal dijelaskan sedang yang haram diperinci. FirmanNya:

“Dan sungguh Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia haramkan atas kamu.” (al-An'am: 119)

Masalah halal yang sudah jelas, boleh saja dikerjakan. Dan soal haram pun yang sudah jelas, samasekali tidak ada rukhsah untuk mengerjakannya, selama masih dalam keadaan normal.

Tetapi di balik itu ada suatu persoalan, iaitu antara halal dan haram. Persoalan tersebut dikenal dengan nama syubhat, suatu persoalan yang tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini boleh terjadi mungkin kerana tasyabbuh (tidak jelasnya) dalil dan mungkin kerana tidak jelasnya jalan untuk menerapkan nas (dalil) yang ada terhadap suatu peristiwa.

Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu garis yang disebut Wara' (suatu sikap berhati-hati kerana takut berbuat haram). Dimana dengan sifat itu seorang muslim diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih syubhat, sehingga dengan demikian dia tidak akan terseret untuk berbuat kepada yang haram.

Cara semacam ini termasuk menutup jalan berbuat maksiat (saddudz dzara'i) yang sudah kita bincangkan terdahulu. Disamping itu cara tersebut merupakan salah satu macam pendidikan untuk memandang lebih jauh serta penyelidikan terhadap hidup dan manusia itu sendiri.

Dasar asas daripada prinsip ini ialah sabda Nabi yang mengatakan: "Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), ramai orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bahagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafal Tarmizi).

Alexia Aqram berkata...

MILF in malaysia now. wow!!!

Tanpa Nama berkata...

di mana letaknya sudut pandangan dan larangan agama dlm hal ni?
knp agama mesti diketepikan?kita nk negara maju tp bukan dlm keadaan yg menjijikkan dan menghinakan.

Tanpa Nama berkata...

waaaaa~~haha
agak2 wartwan yg temubual tu
terngange x..haha
to admin:karangan anda A++
Hahaha :)

Tanpa Nama berkata...

gempa bumi yg selalunya sipi2 dan tempias2...akhir2nya akan kena direct dgn ukuran berskala2 richter...hancur mesia...itu yg diidam2kan agaknya...astaghfirullahalazim

siti zaidah Ahmad berkata...

....ada lagi plak...satu menteri kata.......pelacuran bole jika darurah...
dah dekat benar qiamat ni...haram dah jadi halal

dissenter berkata...

"Akta Pengeluaran Cereka dan Filem Biru 2010"


Epic win.

Alexia Aqram berkata...

PENCARIAN GADIS PORNSTAR MELAYU 2010

Hadiah utama:

Kontrak dengan Vivid Entertainment 2 tahun dan rumah mewah di bukit antarabangsa serta peluang menaiki test drive mercedez e series 300

berpeluang membintangi dvd x-rip MILF keluran Vivid Ent dan kerjasama Berjaya Holdings.

sila kontek : mantoti fareira

;P hehe.

Tanpa Nama berkata...

apa kata permohonan lesen ni dipohon oleh berjaya group..

sure boleh lulusnya...

alasannya mengurangkan aktiviti haram secara haram..tetapi mengharamkan yang halal secara sah di sisi kerajaan

Tanpa Nama berkata...

To the blogger:
apa yang kau merepek ni SYAITON?!!

Z H berkata...

*aku dh tak leh tulis apa sbb sakit perot gelak


im off, nak smbung gelak lagi

Unknown berkata...

haa