Mac 31, 2010

My Girl,My Girl,Tell Me Where Did You Sleep Last Night?


Cerita ini adalah berdasarkan kisah pengalaman member aku yang menjadi sukarelawan mengagihkan makanan kepada golongan homeless di Pudu baru-baru ni,mungkin telah diubah suai untuk menjadikan cerita lebih enak.Apa-apa saja yang berkaitan mengenai Pemuda UMNO dan Polis adalah benar kecuali part borak pasal kertas kerja tu.Saja je.Geng-Geng politician kan suka buat kertas kerja tah hapa2....Milah,aku pinjam gambar kau.


Milah adalah seorang gadis biasa.Dia tidak berlagak dan dia juga tidak pernah mahu menyakiti hati sesiapa.Bila ada kelapangan,Milah akan cuba untuk meluangkan masa lapangnya dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keuntungan.Tetapi bukan keuntungan kepada dirinya,tetapi keuntungan kepada mereka yang tidak bernasib baik.Mungkin kerana berminat ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai realiti sebenar masyarakat,Milah telah menyertai satu program membantu mereka yang tiada tempat tinggal di sekitar ibu kota.Berkumpullah dia bersama satu kumpulan yang dipanggil ReachOrg untuk membantu mengedarkan makanan kepada manusia-manusia yang tidak mampu merasai nikmat beratapkan bumbung sesebuah rumah.

Pada suatu malam,Milah dan kumpulan ReachOrg mendapat panggilan telefon daripada satu kumpulan yang dipanggil Pemuda UMNO.Pemuda UMNO berminat untuk mengetahui realiti sebenar masyarakat jadi mereka berharap agar ReachOrg dan Pemuda UMNO dapat bersama-sama bergabung dalam satu program khidmat masyarakat malam itu.Ini adalah kali pertama Pemuda UMNO tiba-tiba berminat dengan aktiviti seperti ini.

Sebelum ini tidak pernah pun Pemuda UMNO ingin terlibat sama.

Sampailah mereka semua ke kawasan di sekitar Hentian Puduraya.Berpusing-pusinglah mereka semua mencari golongan yang digelar "tidak berumah" ini atau dalam perkataan yang lebih popular,"homeless." Sibuklah kumpulan ReachOrg ini mengedarkan bungkusan makanan kepada pengemis,mat dadah,aci,nyonya,pakcik,makcik yang sedang terbaring di tepi jalan,melelapkan mata menghilangkan lelah penat.Tetapi kumpulan Pemuda UMNO tadi lain pula ceritanya.Mereka mula berkumpul untuk memerah keringat memikirkan "Apa tindakan yang perlu di ambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memastikan golongan homeless itu keluar daripada kawasan Pudu itu."

"Apa kata kita tutup saja bawah jambatan itu?Biar diorang tak boleh masuk lagi..." cadang seorang Pemuda UMNO yang genius. 

"Benar juga cadangan kau itu.Catatkan.Kita akan bentangkan kertas kerja kita "Bagaimana Untuk Menjadikan KL Homeless Sifar Pada 2011." Itu tajuk kertas kerja kita nanti.Sah-sah aku dapat title Datuk kot nanti,"balas Pemuda UMNO itu yang kelihatan lebih berpengaruh berbanding Pemuda UMNO yang lain kerana skill bergebangnya yang jauh lebih handal.

Milah menggelengkan kepala.Dia memang mempunyai persepsi yang buruk terhadap mereka yang bergelar Pemuda UMNO tetapi persepsi dia pada malam itu sudah jatuh lebih buruk."Itu ke pemikiran pelapis pemimpin UMNO?"


Milah lalu menghulurkan sebungkus nasi kepada seorang pakcik tua yang kelihatan sedang menggaru tangannya,mungkin kerana gigitan nyamuk."Pakcik,nah nasik.Makan lah.." kata Milah dengan gaya manja."Terima kasih dik,Pakcik manyak susah hati woo ini hari..." kata Pakcik itu sambil lahap mengunyah nasik goreng.


"Apa pasal pakcik?" tanya Milah sambil memusingkan badannya menghadap kumpulan Pemuda UMNO tadi,manalah tahu banyak mata merayap memerhatikan susuk tubuh dirinya yang segar bugar.Walaupun begitu Milah masih mampu merasa sedikit bangga kerana dia mendapat bukti kukuh,daya penarik dirinya masih utuh.

"Saya ini hali wa dapat la luit 20 linggit.." jawab pakcik itu. "Aaaa..pastu?" tanya Milah.


"Tadi,ada polis datang tegur saya.Dia tanya sama saya,lu mau tido sini kaa?Saya jawab ya la.Saya mana ada lumah punya olang..." jawab Pakcik itu. "Lepas tu dia tanya sama saya..gua boleh angkat lu masuk lokap sebab lu mana boleh tido sini.."

Sambung pakcik tu,"saya tanya sama dia,apasai mau bawak saya gi lokap sana pulak?Saya bukan jahat punya olang..saya tadak buat salah punya maa..." Milah terus tekun mendengar."Lepas tu dia kata kalau lu tak mau tido lokap,lu musti bayar la...mana boleh tidor tepi jalan free..."


"Waa bagi la dia wa punya duit donation hali ni..20 linggit.Sikalang wa sudah tada duit.Nasib baik lu latang ini malam bagi wa makan nasik.." Pakcik itu menghirup sedikit air mineral dalam botol.


"Itu orang ramai-ramai itu apa pasai dia latang?Itu bukan kelajaan punya olang ka?Apa pasai dia malam-malam pun mau bising-bising kempen?" kata Pakcik itu mengakhiri perbualan dengan Milah.

Fakta

1. Jika kita takut dengan mereka-mereka yang tidur tepi jalan,mereka sebenarnya lebih takut dengan kita.

2. Setiap malam,hampir 2000 orang tidur di kaki lima jalan di sekitar ibu kota.

3. Kebanyakan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal adalah mereka yang hilang keupayaan diri untuk bekerja atau hilang tempat penggantungan hidup.

4. "Lebih baik hidup di kaki lima jalan berbanding duduk di Jabatan Kebajikan Masyarakat," kata salah seorang pakcik homeless."Lebih selamat," katanya.

5. Sistem kebajikan masyarakat kita untuk membantu golongan tidak bernasib baik tidak akan berfungsi selagi golongan-golongan itu tidak keluar TV atau menjadi mangsa pembunuhan kejam.

6. Jika anda berminat untuk mengkaji mengenai dunia golongan homeless,anda boleh menonton filem "The Saint of Fort Washington" lakonan Matt Dillon dan Danny Glover.Sedih cerita ni.

7. Semua gambar di atas adalah gambar mereka yang tidak bernasib baik.

8. Kapitalisme suck.Kita kutuk kapitalisme tapi negara kita masih mengamalkan hardcore kapitalisme.

Link
Berita Syok Sendiri Selepas Sekali Melakukan Charity
Berita Deluded
Sedikit Informasi Mengenai Reach Org

21 ulasan:

tubelawak berkata...

fuyoo.. gempak post hang

tubelawak.blogspot.com

Aslina berkata...

syukur aku masih ade tempat untuk tinggal.

ejaMaria berkata...

ermmm... tak tau pulak diorg mcm tu... sian nye... syukur saya ada keluarga n rumah utk didiami... mode sedih la pulak...

. berkata...

dlu pun aku pnah jumpe ngan orang2 mcm ni..fakta no 1 tu mmg betul..ramai yg sangka kan golongan ni la yang meragut,mencuri n menagih dadah..padahal dorang juz menumpang duk situ je..itu pun ade orang nak kacau..pigidah pada orang kerajaan..ambik kesempatan pada yang susah..baru aku prasan knpe bnyak sangat masalah kat malaysia ni x pnah selesai..nanti bleh buat "charity" lagi..

Wira Nordin berkata...

Mantot,

Kalau nak join reach org mcm mana?
hang boleh tolong bagi contact milah?
nak try la buat volunteering work ni..

tq

Besi Karat berkata...

thumbs up mantot!

wira nordin - kalau hang boleh jumpa blog ni,mesti hang boleh cari reach org tu.aku baru ja google td,tak sampai seminit dah jumpa.atau hang nak kenen dengan milah?
keh keh.

gary berkata...

salute!

Tanpa Nama berkata...

kita jgn amalkan kapitalism dah, amalkan komunism mungkin lagi bagus..

Tanpa Nama berkata...

kapitalisma ke, komunisma ke, sosialisma ke...semua tu sistem salah...kan bagus pakai sistem ISLAM..nak kaya bole je tapi jangan lupa pada golongan yang susah..itu pasalla ade zakat n sedekah...sistem ISLAM paling terbaik tapi masalahnye ISLAM yang menguasai malaysia ni amatlah mengecewakan....

zaki berkata...

orang umno mane suka sistem islam

Kap berkata...

di dunia kita ni,yang susah cuma yg miskin, yg pertengahan..

yg seronok politikus, kiri ke kanan ke, masa negara susah ke senang ke, dua dua kenyang..

Malaysia Boleh!!

Alexia Aqram berkata...

Homeless man.

Banyak persoalan dalam kepala.

Apa sebab depa jadi homeless man?

Kenapa pihak berkuasa tak suka homeless man?

Kenapa homeless man tak cari kerja?

Kenapa takde orang bagi peluang kerja kat mereka?

Adakah homeless man datang dari mereka yang ada ijazah? Atau sekurang-kurangnya SPM? Apakah latar belakang pendidikan mereka?

Adakah tiada tempat khusus untuk kumpulkan homeless man?

Adakah perlu menyalahkan pihak berkuasa dan kerajaan sahaja?

Perlukah untuk jijik dengan homeless man?

Adakah pemuda UMNO tiada otak?

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Salutation to the owner of the site. May you be blessed with good health so that you can lead the nation in the future. God bless you.

Tanpa Nama berkata...

system kita dah betul, hanya org2 yg menjalankan sistem itu yang tak betul. haih. member aku pernah cerita dia terjumpa dgn seorang nenek tua berbangsa cina yg tinggal di rumah kebajikan. nenek tua mintak tlg nak pinjam duit tambang balik. nenek tua tu baru lepas balik hospital. tapi pegi balik sendiri, jalan kaki. duit pun takde. kalau ada org bagi derma ke pusat kebajikan tu contoh la masa time tu baru lepas raya cina so ada org dtg melawat bagi angpow, guess jadi apa? even duit yg diberi personally kepada nenek tu pun org rumah kebajikan tu kebas. dah banyak rumah kebajikan mcm tu. ada yg kotor sgt sebab tak dikemas. sampai tido atas najis sendiri. mcm ni lah kan kita :(

Eon

rieena berkata...

entry yg menyenglongkar nasib setgh rakyat msia yg diabaikan..tak sngka pulak homeless yg takut pd kita..tak pernah tefikir ape yg dorang alami slma nih..

milo boyd berkata...

hmmm jap bro..please be transparent about this. tak kesah ape2 parti politik or organization yang berkait ngan religion or not sila JANGAN MENGGUNAKKAN these unfortunate ppl sebagai bahan mainan politik atau ape2 agenda untuk kepentingan sendiri.

the worst part is PKR even turun and menjanjikan kerja dan rumah sekiranya homeless2 ppl nih join the party. why suddenly sme berminat ngan mende2 nih? APESAL DULU TADE SAPE NAK AMIK PEDULIK? FUCK ALL POLITICIANS! fuckin selfish. kalo tak join party takleh bagi keje? takleh bagi rumah ke?

anyway..and sori to say..aku ade nampak improvement dari pemuda. mungkin lepas malam tuh perception derang berubah. i dont know.. i'm not a pro but..tapi kalo betol tade hidden agenda..alhamdulillah..i just hope for the best.

sori aku quite pissed-off ngan sme menda nih.

milo boyd berkata...

and yeah i would really appreciate if you wrote sumthing that more on creating ppl awareness about these homeless ppl rather than the politic side of it.

Tanpa Nama berkata...

aku nk join tuk tolong org homeless ni.camne??

kalo ko tak jawab ko tak tau la tu.beter ko jawab.

Mantot berkata...

http://reachorgmal.blogspot.com/

diorang baru buat blog ni kalau ko berminat nak tau lebih detail

Tanpa Nama berkata...

salam mantot, xdpt pon link hg bg.ak berminat ni.nk on program dari universiti.

mohdamirulramli@yahoo.com

NanaShazna berkata...

tot,menangis wa baca pasal apek yg kne pow tu..frankly speaking , wa cukup benci, diulangi wa cukup benci dgn institusi polis dekat malaysia ni..wa nenyampah cete grak2 khas gerak2 tak bangun tu..sooooooo fake...tp nk buat mcm mn tu la lumrah dunia..org berkuada makin berkuasa yg lemah makin ditindas..ucapan aku utk polis2 kaki rasuah kaki pow kaki busuk punya...kau tunggula balasan kau kat akhirat nnt..settle!