Mac 26, 2010

(Bahagian 01) Kita Dibelenggu Oleh Adat dan Budaya Sehingga Kita Lupa,Kadang-Kadang Kita Bangang

Aku rasa aku pernah cerita benda ni satu masa dulu tahun lepas. Tapi waktu tu tujuan dia lain.

Satu masa dulu,aku tengah beratur kat Tesco Mergong,Kedah nak timbang buah.Ramai la beratur belakang aku.Depan aku ada sorang pempuan.Tiba-tiba ada makcik ni datang dan terus cilok depan aku. "Kurang ajar punya makcik!Jahanam!Dahla aku beratur lama dah ni...." Aku terus melupakan yang aku seorang Melayu yang sepatutnya hormat dengan orang-orang tua dan aku dengan tak peduli pandangan masyarakat terus sound makcik tu...

"Makcik.Jangan potong line Cik.Ramai orang beratur belakang tu." Makcik tu buat selamba je macam tak dengar."Ini sudah lebih.."Aku ulang lagi sekali dengan agak kuat.."Makcik!Tak baik potong line...orang lain ramai lagi boleh beratur belakang saya!Apasal makcik tak boleh beratur?"

Makcik tu statik kejap.Kemudian dia letak barang yang dia nak timbang tadi kemudian dia blah,tak jadi beli,sambil kutuk2 aku dengan anak pempuan dia sebab anak dia dok jeling2 aku."APA KAU INGAT AKU NAK RASA BERSALAH KE SOUND MAK KAU?" fikir aku,hampir2 nak jerit macam tu kat dia.Adik-adik aku ada dekat aku tepi tu.Lepas tu diorang cerita kat mak aku.Mak aku sound aku,"Apasal la tak bagi aje dia potong?"

"Tah la mak,orang tak reti bahasa macam tu kalau takde orang sound dia buat aje la lagi sampai bila-bila.." Mak aku diam aje dan malas nak cakap apa lagi.

Adat dan budaya mengajar aku supaya hormat orang tua tapi bagaimana pula dengan orang tua yang tak reti hormatkan budaya,tatasusila?Patutke aku yang rasa bersalah bila seorang makcik potong queue kalau ada ramai lagi makcik2 tua lain yang boleh aje beratur belakang aku?Adakah aku perlu hormat orang tua sampai begitu sekali kalau orang tua tu tak mampu nak at least mintak izin dulu ke?

Adakah sebab aku separa-muda makcik tu fikir aku perlu beri jalan kepada dia begitu saja?

Sebab selepas kejadian tu aku ada rasa bersalah sebab memikirkan dia dah tua.Aku sure ramai orang2 berumur akan fikir "Apa salahnya bagi makcik tu potong?" ataupun "Tak payah la sound dia,bagi aje la dia lalu.." tapi...

Jika aku bagi dia potong,kat belakang aku ada ramai lagi makcik dan pakcik yang berumur,yang mampu beratur tunggu turn.Kenapa aku pulak yang perlu rasa bersalah dan kenapa aku pulak yang dijeling tajam anak makcik tu?Mungkin sebab wajah aku yang bergaya dan ranggi tapi aku sure dia marah sebab aku sound mak dia. Orang Melayu selalu mudah rasa bersalah lalu membiarkan orang lain mengambil kesempatan.Adat dan tata tertib mengajar kita hormat orang lain tapi ada masanya,kita perlu bangun dan ambil hak kita.Hormat memang hormat tapi bila orang lain tak hormat sopan santun,kenapa kita nak hormat dia pulak kan?

Aku sure ramai pernah mengalami masalah macam ni.Mengalami dilema "nak tegur atau tidak" walaupun masa tu anda tau anda di pihak yang benar.

49 ulasan:

itafukada berkata...

aku setuju! aku pnh alami n selalu buat aku bengang sorg2. nak sound kang, kate x hormat. tersepit. last2 pujuk hati sendirik. dlm otak, mungkin pakcik/makcik ni kurang susu ibu.huhu..tapi kdg2 terlepas jugak.mmg aram sungguh!

Tanpa Nama berkata...

ooo...ko la yg sound bakal mak mertua aku....hahaha....cun tak anak dia?

Othman Juliana berkata...

yeah, aku penah sound org2 yg mcm ni. dan ayah aku support-hehe, tq papa! *cuma ada masa, aku lak yg serba salah! ati lembut kan,.. hahaha~

gadis tissue berkata...

aku tak pernah marah kalau ada pak cik makcik potong line aku time beratur..even dalam lrt pon aku bgn and bagi sit kat org tua yg berdiri depan aku..dah terbiasa ceni..yang aku marah kalau ade orang mude2 yg potong line..kaki korang kuat lagi tuk berdiri, beratur ler!!

aku pon akan jeling kat ko kalu ko wat mak aku centu..tapi nasib baek ko bergaya dan ranggi..jadi sesaat selepas itu semua dilupakan..

kat tnb ada number khas tuk warga emas wei..cz tak semua boleh tunggu lame2..mane tau ade gaot ke makcik tu..

haris khairuddin berkata...

bg ak makcik tu mmg patut kne sound..coz klu kat blkg ko rmai lg makcik pakcik yg leh beratur, why not her?
ak pon penah gak alami bnde ni..jenis makcik2 yg x reti adab. main selambe je redah dpn aku. tp aku tenung je kat makcik tu..klu dia perasan dia g blkg, ikut queue..klu x, ak diam je..tp still tenung cm nk mkn org..

halim berkata...

kurang hajar ko! huhu.

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. berkata...

aah..ak pown penah alami situasi ni..serba salah jadinye...tp ak cume bt mcm incik haris khairuddin ni r..

ak x sound direct..cume jeling tajam je.smpaikan die abis braturpn ak jeling je..tp dlm hati xyah ckp r..mmg hangin gle!~

Ejamaria berkata...

sesekali mmg kena buat2 cam kureng ajar...

notheblaey wrote berkata...

ye...setuju..makcik tu dah menunjukka teladan yang tak baik kepada anak2 dia sebenarnya..inilah yang dikatakan pendidikan dari rumah...kalau orang tua tunjuk attitude tak elok, jangan lak marahkan si anak2 kalau anak2 tunjuk attitude tak elok..pokok pangkal pendidikan dari rumah lah paling penting....kalau saya kat tmpt bro sy pun akan sound gak melainkan makcik tu dah terketar2 tak berupaya memang saya bagi dia potong..tp apa guna anak dia yang teman dia tu...suh la anak dia yang muda sihat walafiat tu q ntuk mak..orang macm ni bersepah2 la

Khairi berkata...

kena sound, cuma cara tu kena beradab.

ikut tempat, ikut usia, ikut suasana.

yang penting hikmah.

"Makcik, nape potong barisan ni, cuba la beratur, makcik sakit lutut ya?"

tak dgr lagi.

"makcik, makcik selalu buat mcm ni, nanti masuk neraka cepat je tak payah nak beratur-beratur. mak cik pun dah tua, tak lama lagi makcik akan mati. mak cik tak takut ke?"

tak dgr lagi.

PANNGGGG! kasi sebijik.

gua salute lu bro. keep it up and sound!

'AQILAH berkata...

ak tak berani nak tegur. sebb dia orang tua

hafiz berkata...

elok la ko wat camtu...
sebab tengokkan kes ko tu bukan makcik tu xbole beratur tapi mengambil kesempatan atas keranggian ko tu.

kalau makcik tu ada ghaout, dah tentu dia suruh anak dia je yang beratur, dalam Islam, Orang tua kena hormat orang muda, orang muda kena hormat orang tua kan balance tu?...

dan aku pasti jika makcik tu nak potong ko lalu minta izin dengan lemah lembut, jangan kan ko, pengkomen2 kat sini pun dah tentu bagi sebab dia menghormati kita dengan meminta keizinan.

jadi ko xpayah rasa bersalah, mungkin sebab kes ko ni jarang orang buat, lalu nampak macam kurang ajar. kadang2 orang tua pun banyak yang kurang ajar dari orang muda!

Khalil berkata...

anak makcik tu yang bangang..

dari jeling mata kat orang, ape kata awak yang tolong mak awak beratur.

Khalil berkata...

anak makcik tu yang bangang..

dari jeling mata kat orang, ape kata awak yang tolong mak awak beratur.

pegi jeling kat mantot buat ape.. rambut dah beruban

kō⋅rŏxx berkata...

Aku suka dengan cara kau handle situasi ni Tot. Adab, hormat dan sopan santun kena bertempat. Aku rasa makcik tu got what she deserves la.

Anak dia jeling-jeling tu bukan apa. Aku rasa dia tengah snap mental picture nko kot. Sebab wajah nko kan bergaya. Dan ranggi.

afiqsiddhartha berkata...

Aku rasa kalau kita cakap dengan nada sopan dan berhemah, makcik tu boleh faham. Cuma anak dia mesti terasa kan. Kalau mak aku kena macam tu pun aku angin. Tapi aku akan pastikan mak aku tak potong line supaya aku tak angin bila mak aku kena sound. Betul? Isu hak yang kau cuba bangkitkan memang tepat dan kena pada tempatnya.

aeryn berkata...

pagi tadi aku beratur kat cimb atm, pastu ada dua ekor student ni potong line aku sebab dua orang depan aku ni dok line up gak, tapi at the same time nak try atm yang satu lagi tu..

belakang badan aku dah panas dah nak marah.

aku geram dalam hati.

next time aku ikut cara ko bro!

cayalah!

My_Aqeelah berkata...

patutnya ko suruh makcik tu timbang dan bayarkan sekali buah ko tu.

My_Aqeelah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sue Anna Joe berkata...

Aku memang selalu sound orang yang potong line. Tapi dalam kes kalau orang tua, aku tak sound direct kat tuan punya badan, aku akan bagitau orang kat kaunter, 'excuse me, saya datang dulu..'. Dan biasanya menjadik jugaklah taktik ni kalau jurujual tu perasan la.

Kalau tak, tahla, bersabar dan biarkan secara vocal. Cuma body language tu memang kuatkan sket, tonjol-tonjol sket. Dan aku suka sangat renung terus orang tu, cubaan untuk buat dia rasa uncomfortable gitu. Psycho sket. Hahaha.

Ni kes macam bawak kereta kat jalanla. Orang kat depan tu bawak slow gila ke, atau melelong. Duk maki-maki, sekali kita potong, tengok orang tua da, terus kata "oh.. org tua.. takpalah.."

Ahaks.

Sue Anna Joe berkata...

Baru terperasan yang ko berjaya membuat makcik tu terus blah. Haha. Tahniah, anda hebak.

Aku rasa kalau anak dia berblog ke, berfb ka, twitter ke, mesti dia cerita pasal kejadian ini. Hahaha.

wargadunia berkata...

perangai zaman muda terbawak-bawak sampai ke tua.

zeela berkata...

dulu aku mmg akan tegur mcm kau. tp skrg tak lagi..sbb bagi aku sape2 yg rushing, i.e: drive laju2,tak queue,hon2..maybe mrk ada hal yg nak kene selesaikan cepat2. so, in othr way aku akan bagi jalan klu dia tak sbr2. hari lain kita tak tau, mgkn kita pun akan lakukan benda yg sama jugak.

AkU berkata...

Bgus..Bagus..aku sokong ngan ko nye action..age is just a figure..it doesn't symbolized anything..want people to respect u..earn it..don't demand from it..

syabas bro..

gman berkata...

erm mantot aq x setuju la yg kali nih haha

kalau aq, aq bagi je kot. apa la sgt sorg potong ko...nnt biar la makcik tu gn anak dia plak rasa bersalah. lgpun apa la slh kita org muda2 ni...nk hormat org tua beriye2 x dapat la, buat mnde2 kecik cmni cukup la kot.

CAHAYA berkata...

teringat time beratur nak beli ayam percik kat Pasar Ramadan Gombak tahun lepas. Ada pakcik tu terus2 ke depan. Bro ayam percik tu minta elok2 dia beratur. Terus di sumpah seranah oleh pakcik tu. Siap cakap lagi, "Patut la ko meniaga ayam je". Jahat kan pakcik tu?

Tanpa Nama berkata...

aku pon penah jugak..
padahal ramai je yang tua-tua bongkok-bonkok boleh je que kat blakang..tapi ada juga yang jenis tak reti camtu.apa nak buat..huu

noharanutdya berkata...

kalu nak sound, tengok2 la keadaan dia. kalu dia just men terus potong line tanpa ckp excuse me or ape2 rizen. mmg kene sound. kalu kes makcik ni, kalu ye pon tua. suro la anak dia q. nasib baik la makcik tu blah. da malu la mau berator blakang.. tah2,sanggop gak nye kuar dr tesco beli kat supermarket lain. hikhik. bengang nye pasal.

cube dapat makcik yg tak paham bahse. camne la gak nye nak hendel.. kalu saya, tak bran nak sound direct. lebih kepada indirect. tapi pastikan kite berdua. kang org kata kita gila tetiba bebel sorang2.. hak3

pengkritik.tegar berkata...

aku penah kene masa nak beli tiket kat jeti tuk ke pulau pangkor.
Time tu ade perayaan hindu.

Ade sorang mamat india ni (15-17tahun) bawak baby.
Habis je orang depan aku beli tiket, dier potong queue aku.
Aku tolak-tolak badan dier cam nak gaduh.
"ko tak reti nak beratur?"
"cibai"
kuat gak aa aku cakap

Mesti korang ingat dalam hal ni aku salah sebab mamat tu bawak baby, tapi masalahnya kat blakang aku takde orang langsung beratur

tanpa_graviti berkata...

makcik yg xdak adab tatasusila tuh mmg SANGAT patut diherdik sedemikian rupa.

ko berada d pihak yg benar, bro

Tanpa Nama berkata...

kalau makcik tu dah larat shopping kt tesco takkan tak larat nak beratur kejap. patut lempang je anak dia tu, dah la tak tolong mak dia beratur, ada hati nak jeling2 pulak.

Blood Seeker berkata...

Ko pun mantot, sound la cara 'melayu' jugak.

"Waaah..'pendek' sungguh barisan hari ni ya! Tak payah la saya nak potong memotong! Bukannya saya ada urusan penting pun kat rumah!" (cakap kuat-kuat)

org melayu 'makan dalam' so mesej lagi kuat kalo ko guna kiasan. direct tak berkesan (except dalam cerita hindustan)

nama saya aslina berkata...

aku da lali orang cakap aku kurang ajar.

kalo orang buat salah ngan aku, dan orang tu lebih tua dari aku... memang direct je aku sound.

lepas tu ramai2 selalu pandang2 aku dengan muke slek sebab aku berani sound orang tua...

ehh... ape ade dekat orang tua tu? umah pun dah tunggu timing je nak halau dia... kubur pun dah panggil2...

spaceghost berkata...

samalah, aku pun selalu je kena macam ni. selalu kalau kat pasar nak beli kuih ke apa. Byk ja org tak boleh sabar..selalunya aku defensive ja

WanMamood berkata...

mungkin anak makcik tu tgh nyanyi lagu sm salim kot..

"menjeling, menjeling, ku bertentang.
Mata kita sama memandang..."

die terpikat akan kegagahan abg tot, sound mak die... die dh berbuih dh mulut srh mak die bratur, tp mak die degil...

milo boyd berkata...

tak yah rase bersalah. tindakan ko menunjukkan ko hormat kat makcik dan pakcik yg dah lama beratur kat belakang dan mungkin sama bengang ngan ko. cuma makcik tuh je tak sedar diri dah tua bangka tak reti nak tunjuk budaya yang baik kat anak muda.

rozy asrawaldo berkata...

hahaha ranggi eh uncle mantot? cehh alaaa perkara biasa. tapi yang bangangnya, makcik tuh kan ada anak, apahal anak dia tak beratur untuk mak dia. kata sayang mak. bila orang sound mak dia, tahu pulak marah. mentaliti kelas ketiga betul. ni mesti kuat tengok Akademi Fantasia makcik ni

LiSaSuKe's berkata...

pendapat aku senang jer...

aku hormat pada org yg tau erti hormat...tak kire la org tua atau bdak kecik...

kalo dah terdidik dengan perkataan hormat tu, tentula dia akan amalkan...

so, condition makcik tu,mmg patut kene maki...

melainkan jika dia dtg kat aku, mohon laluan terpaksa potong line sbb urgent, ada hal penting, aku pun bleh berbudi bahasa nak bg line free kat makcik tu...

masalah skrg, makcik ni pun asalnye manusia yg penah jd org muda, kanak2...so, jgn ingat dia tu org tua, tp takde adab sopan, jgn harap aku nak hormat...pegi jalan!!

kalo budak kecik nak potong line, tp mintak izin pun aku bleh bagi laa...

Tanpa Nama berkata...

hmm...pesal anak dia yg tak beratur?suh mak dia plak yg beratur?

aku pun penanh kena camnih..org tua..nk tegur pun salah..tak tegur pun salah..

tp gaya makcik tu mmg sejak muda potong line org arrr...

Tanpa Nama berkata...

Apa yang kau buat tu aku SOKONG. Kita yang muda mesti hormatkan orang tua, tapi orang tua pun mesti hormatkan orang muda, barulah adil. Budaya bahawa orang tua boleh buat lebih kurang dengan orang muda kerana yang muda mesti hormat memang tak betul. Sebab tu banyak kes buli walaupun di IPT.

Tanpa Nama berkata...

sound aje org2 tua yg camtuh...
tak sedo diri...
tak larat kalu...
soh la anak beratur...
kalo tade anak, minta la izin...
kite ada adab kot...

Huddy berkata...

Aihh mmg selalu dlm situasi mcm tu..

GR33N berkata...

klau warga emas aku selalu biar je,

brat2104 berkata...

setuju! bila dia potong kita, dia sangat x konsider kat org2 belakang kita.. aku benci org gitu! tahniah!

weda berkata...

slalu je jd cani. kadg2 ak cm trfikir, org dewasa ni dah lupe agaknye rase bengang kalo org potong q die. tp salu kt mydin, kalo org blakang bajet2 nk potong, ak brdehem kuat2 je kasi warning ckit. heh

Tanpa Nama berkata...

hahaha...
suami aku pun camtu gak..
klu tgh dia beratur, ada org potong, tak kira lah umur ke, bangsa ke, agama ke, jantina ke, pasti dia sound punya...
kalau org tu tak fhm bhs melayu, dia akan sound bahasa lain..(kebetulan suami aku blh ckp mcm2 bahasa)..

tp aku plak, mmg akan diam je...klu aku tgh beratur bawa troli, aku rapat2 kan lagi troli tu pd org dpn aku, last2 dia akan, "owh sori, beratur ye?"..wth???

tp pernah juga satu scene di mana aku sedang beratur pjg smbil dukung anak 2 thn yg sedang merengek yg menyebabkan semua yg beratur memandang aku n anak...ada pakcik kat depan skali, sggp bg aku setelkn hal aku dulu...cuma aku x pasti, samada pakcik tu bg aku jln dulu sbb kasihan tgk aku dukung anak atau tak tahan dgr rengekan anak aku...hhmm...apapun terima kasih pakcik...wajah n tindakan mu akan ku igt smpi bila2...

Bie berkata...

setuju sgt la apa ko buat tu. Mmg patut org camni kena sound tepet. Orang lain bleh bratur, apasal dia tak bleh?

in_wired88 berkata...

memang patut ko sound makcik tu..apesal anak die x g beratur ha..
kalo la aku belakng ko, aku pun hangin org depan aku bg jalan kat ntah sape2..
dah la aku penat2 beratur, bleh la plak masuk line..ingt die sorg je nk cepat..aku pun nak cepat gak..
hormat pun ada caranya tapi kalo macam ni, sori la.. kalo guna alasan tua..org len pun tua gak..tapi leh je beratur..xpun g la tukar giliran ngan anak die..anak die kan sihat walafiat..

ni kes sama cam aku aku nk g keje kt setapak..jln dua line yg ade masuk terowong tu, n sebelah kiri menghala jalan lain..pastu time pagi orang sibuk nak g keje ni, line yang belah kiri ni boleh bertambah jadi 2 line lagi nk masuk line aku..hangin je aku..line aku yg belah kiri masuk terowong tu trus jam, sebab line haram ni menyibuk..dengan bas2 pun menyibuk..aish..sakit hati btul aku time pagi2.. lenkali bangun la awal2x..jgn nk menyusahkan aku n pengguna2 jalanraya yang dah beratur leklok ni.

noraini yahaya berkata...

saya selalu alami apa yg anda alami. tp saya tetap akan tegur. saya kata, 'kena beratur dulu'. x kiralah kalau yg potong que tu lelaki atau perempuan. tua atau muda. anak kecik atau remaja. peraturan tetap peraturan. apa guna buat peraturan kalau x nak ikut? yg penting, kita kena hidup dgn disiplin. Islam dh ajar semua tu