Mac 22, 2010
Peribahasa Melayu Moden Bab 01
1. Seperti Mat Rempit Mengorek Blok Motor
Maksudnya : Seseorang yang melakukan kerja dengan begitu tekun sekali
Contoh Penggunaan : "Amir,kenapa kau tidak dapat belajar seperti mat rempit yang mencuci blok nya?Kau gemar benar berangan dapat jadi Perdana Menteri..tapi usahanya tidak pulak.Abah ni hanyalah petani.Kau tidak ada jalan pintas nak jadi Perdana menteri,Mir..."
2. Seperti Mat Fit Tak Dapat Barang
Maksudnya : Seseorang yang kelihatan tidak tentu arah dan tidak keruan
Contoh Penggunaan : "Kenapa kau ni Shahrul?Kau kelihatan tak dapat fokus dalam task kita hari ni.Perangai kau sama macam mat fit tak dapat barang la!"
3. Seperti Sharifah Sofea Menyukai Anjing
Maksudnya : Seseorang yang menyukai sesuatu sepenuh hati,jiwa raganya,sehingga sanggup melakukan apa saja
Contoh Penggunaan : "Abang,Ani sayang betul abang.Abanglah satu-satunya lelaki yang Ani rasa suka benar,samalah macam Sharifah Sofea suka anjing."
4. Seperti Pemandu Malaysia Memandu
Maksudnya : Seseorang yang tidak memperdulikan nasib orang lain
Contoh Penggunaan : "Apa jadi pun,aku akan ambil sikap sama macam pemandu Malaysia memandu.Aku takkan bagi balik duit 50 kau yang aku jumpa tu.Finder's keepers!"kata Ibrahim Ali kepada Pakcik tua itu.
5. Seperti Artis Melayu Ada Rupa Saja
Maksudnya : Seseorang yang kita sendiri tidak tahu sebab dan kenapa seseorang itu terkenal atau ternama
Contoh Penggunaan :"Entah kenapa lah anak gadis kita ni suka benar dekat Muhammad Khairun tu,nak kata bermoral,tak,kaya,tak,pandai berpantun,tak.Dia tu saya tengok macam artis Melayu yang ada rupa saja," kata Makcik Yati kepada suaminya,Harun Man.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
peribahasa yang sangat kreatif!
wink wink~
hensem gila peribahasa hang.. ehehehe..
kena forward kat Karam Singh ni... mau nanges bila dia baca... hehehe
direct sangatlah, pacik
seperti org melayu masuk top 30 terkaya malaysia...
haha...mantap siot peribahasa tu...leh suggest kat Dewan Bahasa & Pustaka ni :)
hahahha..tergelak betul la baca peribahasa ni..tapi macam betul pun ada..jangan sampai orang kata kau perosak bahasa sudah..:-D :-D:-D
Seperti mantot yang tak mengutuk atau tak komplen = perkara yang tak mungkin
best gila!
Mcm gampang. haha.
kagum! kreatif!
pergh.. ada bakat jadi guru BM nih..
ikut peredaran zaman... bagus2...
aku pemandu malaysia yg tak setuju. aku jaga apa hati keter dpn aku..kihkih
hahaha~ so the best larr peribahasa ni...ada benarnya gak =D
ko nye peribahasa memang wicked..hahhaa...
Peribahasa macam nie la yang dekat dengan hati rakyat Malaysia. Sungguh relevan dengan peredaran semasa. Boleh propose dkt DBP nie Mantot. Hahaha!
peribahasa isu semasa..kahkahakah
buat la lagi! ;D
kenapa dgn cara org malaysia memndu? teruk sangat ke?
pernah tgok orang Iran atau orang Arab memandu? I bet you didnt!
kadang2 kite kenelah juga defend bangsa sendiri. kalau kita tak defend, siapa lagi.
ala..bila kita kena kritik aje,kita try comparekan dengan orang laiin yang lagi teruk dr kita.
"Kau cukup makan kan,kau cuba tengok orang Afrika..tak cukup makan."
"Kau komplen pasal Proton,kau tengok Thailand ada ke kereta diorang seniri?
Kenapa tak compare ke arah yang lebih baik..kenapa mesti compare yg lebih buruk?
Dan ya,orang Malaysia memandu memang teruk.Bila jam aje ramai guna emergency lane.Pernah aku nampak depan mata aku,ambulans tersekat sebab emegency lane penuh jadi dia tak dapat guna emergency lane..kita memandu seolah-olah tak ada undang-undang.
Undang-undang hanya akan dipatuhi bila nampak ada polis trafik tepi jalan.
Catat Ulasan