Mac 17, 2010

Menjawab Respons Kawan-Kawan : Aku Hina Nabi?

Terime kasih kerana sabar menunggu.Mungkin ada gak kot seorang dua yang maki aku sebab aku biarkan aje post last aku macam tu aje.Aku agak bz minggu ni,plan asal nak biarkan sehari dua aje,alih2 dah terlajak beberapa hari.Aku ada kenduri sikit. Bagus jugak dapat banyak respons.Lebih 40.Meh aku listkan respons-respons favorite aku.

"haram jadah denmark....gua harap ade tsunami kat sane heh"

"Tapi kerajaan Malaysia bagi masuk kompeni haram tuh. Kalau tak silap saya siap dengan taman mainan dia kat Johor tu."

"nie really lego ke? bangsat betul.."

Kita selalu respons bila kena provoke.Bila orang lain mempermainkan bangsa atau agama,kita cepat melatah kan?Gunakan teknologi sebelum respons.Lego dah lama keluarkan official statement yang memohon maaf atas penyebaran gambar ni,sebab gambar ni 100% PALSU.Kalau kita tengok betul-betul,mungkin kita akan assume ini semua orang putih punya kerja,tapi kenapa orang putih itu ingin menjadikan negara Denmark sebagai fokus kemarahan orang Islam? Kenapa Denmark, wallahuallam,yang tu aku pun tak paham.

Kaji sebelum melenting.Ramai orang kita hanya mahu respons dengan apa yang ada depan mata dia.

kepada admin blog cursing melayu..
anda juga salah seorang agen penyebar dan menghina agama..
Remove cepat gambar penghinaan ini..jgn jadikan diri anda penyebar fitnah penghinaan ini secara anda tidak sedari....!!!!!

Serius betul komen ni.Itu hanya gambar,imej digital ciptaan seorang mangkuk ayun.Adakah aku rasa terhina?Iya.Tapi,aku hanya tengok gambar tu seperti mencubit sedikit garam (take it with a pinch of salt)

Apa sebenarnya agen penyebar ni?
Gambar-gambar macam tu?Agen Penyebar tu apa?

Senarai Agen Penyebar.

1. konsert-konsert JomHeboh
2. konsert selepas perlumbaan F1
3. majalah Mangga
4. disko-disko yang berlambak kat KL ni
5. pemimpin2 Islam yang menghina agama diorang sendiri
6. Akademi Fantasia,
7. MTV,Channel V
8. filem-filem komedi romantik/aksi Melayu
9. Rasul Melayu Terakhir
10. pelakon Melayu yang menghalalkan sentuhan bukan muhrim kerana mencari rezeki

Ini semua mahu digelar apa?Gerakan Penyebaran Islam?

Ada orang Islam yang marah bila konsert penyanyi kegemaran diorang dikanselkan kerana tentangan "setengah golongan berkopiah." Aku tanya anda semua,golongan mana yang lagi teruk?Mereka yang mencipta gambar Lego itu atau mereka yang marah kerana tak dapat menonton konsert tersebut?

Pada aku,takde bezanya gambar Lego tiruan tu dengan majalah Mangga.Tujuan dia sama aje.Menghina Islam,menghina Nabi.Tapi Mangga adalah produk orang Melayu.Jadi,ada antara kita yang mampu pejam sebelah mata.Ada jugak yang addicted membelinya.Apa yang lebih menyedihkan,golongan-golongan pembaca tegar Majalah Mangga,majalah URTV inilah yang akan melenting dulu bila tengok gambar Lego tiruan tu.

Thanks sebab ramai yang sabar bila tengok gambar tu.Aku bukan nak generate trafik. sebab aku pakai Innity.Nak generate traffik senang aje,buat aje post baru,letak tajuk "Kenangan Malam Pertama." Memang ramai la yang masuk.Cuma aku dapat gambar tu dari email.Dalam email tu,tukang start email berantai tu ajak kita jihad beramai-ramai.Boikot LEGO!Boikot barangan Denmark! Ramai orang kita macam tu.Extremist tanpa usul periksa.

Jihad memang jihad.Biarlah kita jihad benda yang betul.Janganlah jihad tak tentu hala.
Aku tak nak boikot LEGO.LEGO adalah satu permainan yang sangat genius.

31 ulasan:

Jebat berkata...

Alhamdulillah..

Well said ma fren.. :D

Tanpa Nama berkata...

i LIKE THIS statement.

Tanpa Nama berkata...

orang kita memang suka melatah bila ada isu macam ni.

aiman xksh berkata...

lego btul2 bgus tuk membentuk minda kreatif.. bkn budak2 je ptt main benda n.. dh tua2 pun d galak kn.. tnye la arktek2 muda kt, mostly semua main lego time kecik2 dulu.. beli la lego bnyk2 ye, xrugi pun.. dr main congkak yg xmembuka minda 2..

majalah manggis berkata...

orang tu nasihat lu je bro, cuba le denga nasihat skt. jgn nak asik betul sendiri je, semua orang buat silap. bro pegi kaitkan majalah mangga, tp blog ni pn sll je letak gamba2 pompuan seksi n u make fun of it.

Tanpa Nama berkata...

er. congkak tak membuka minda ka? kena ada strategi jugak kan nak main.

Unknown berkata...

http://wakeupproject.com/VList.asp?Series=1&Video=147

everybody should watch this dan renung2kan lah. ni apa yg agama lain cuba terapkan dalam mind kita tanpa kita sedari. SANGAT2 interesting. ada banyak episode, tengok satu2

Amilah Muhammad berkata...

kat sini tak ada butang 'like' untuk ditekan

:D

Khairi Mohd berkata...

Org Islam mcm budak2 dah. Kesian.

nadz ruslan berkata...

well said. sebab tu aku xkomen. :P

bukan sebab tak sensitive, sebab tak mahu terprovok.

orang2 sana memang keja dia mempermainkan agama, they take it as joke. bukan takat Islam, cuba cari kartun jesus tu melambak kena persenda. buddha pun kena.

cumanya, selalu sangat kita tengok kuman seberang laut, sampaikan mammoth depan mata pun dah macam tunggul.

peace

Master Yoda berkata...

well said bro...

kah kah kah...kasi sindir sket org kite termasuk AKU..

kah kah kah...

nak tegur cara elok tak layan, tegur cara SMACK DOWN...

bosanPagiNi berkata...

nafsu menghalalkan cara...pandai setan ni ye...niway good points bro...

bosanPagiNi berkata...

nafsu menghalalkan cara...pandai setan ni ye...niway good points bro...

afiqsiddhartha berkata...

Entah la. Post sebelum ni macam tak menarik.

areev19 berkata...

terbaek la bro statement kau. aku sokong sepenuhnya!

mmg orang kita mudah melatah.. yang teruk dah mmg ada dpan mata tak nampak, yang cacat sikit dikomplen.


p/s : sgt menyampah majalah manggis yg tetiap isu musti ada gambar kat swimming pool n seksi...majalah sampah!

xxZR berkata...

well said :)
i like how to handle things..i personally was like wtf?with the pic but then i google and its fake..well,well done.

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul... xpaham kenapa nk cepat je melenting.. apa2pun kite kena pk rasional.. tgk diri kite dlu... kita praktikkan sepenuhnya ke?? xyahlah duk asyik nak blame org lain.. pastuh skit2 nak boikot..

AkU berkata...

hmmm..agreed..*nood*..

. berkata...

btul..kadang2 aku pelik..nape la melayu mcm ni..sume menganggap mereka la pejuang2 islam.. n mereka juga la yg menganggap mereka je yang layak masuk syurga n mereka je yang betul..btw 1 soalan aku nak tanye..knape manusia ni jd khalifah kat dunia ni..jawap nye?sbb manusia satu2 nye makhluk yg dikurniakan akal..dikurniakan akal..x same mcm makhluk len..jd gunakan la akal masing2 ngan sebaik mungkin..kalo x nak,resign la dr jd manusia..jd la lembu ke..batu bata ke..

Sue Anna Joe berkata...

Tak sabar tunggu anak aku besar sket. Nak beli lego untuk dia. Alasan beli sebab anak nak main, padehal maknya yang buat syok.

Dulu siap ada kotak biru besar dari lego, buat macam suitcase, dalam tu semua lego. Wah. I like.

Anyway great points on the senarai tu.

ditmercury berkata...

asalkan dapat dari email, semua betul, semua percaya.

tanpa usul periksa, membuta tuli boikot sana, boikot sini. itu haram, ini haram.

senangnya nak kena tipu. kemudian email di'forward'kan pula. bersekongkol menabur fitnah. mengapi-apikan sentimen yang sememangnya 'fragile to start with'.

penghinaan dari umatnya sendiri lebih menyedihkan daripada penghinaan dari penganut lain yang tidak faham, tidak tahu. tapi umatnya yang bersaksikan kerasulan baginda saban kali waktu solat dengan sembrono memperlekehkan agamanya.

tot, cuba kau buat contest, untuk tambahkan list kau tu. 10 macam belum cukup je.

aku paling angin dengan

1.red carpet waktu maghrib - bangga (baca:bangang) sangat tunjuk dia tak solat.

2. couple melayu berdating waktu rehat tengahari jumaat. kak, kalau boyfriend kau ponteng jumaat (asalkan tak berturut-turut 3 kali jumaat, tak pe katanya), tinggalkan je la. ni yang nak suruh jadi ketua keluarga?

dah. orang lain pula tambah.

kacakkah aku? berkata...

aku kira,org2 kita sekarang especially budak2 remaja lebih mengenali artis2 dari golongan ulama dahulu & sekarang.Senang cerita,aku rasa lebih ramai tau nama peserta AF8 dari nama imam besar masjid Putrajaya & masjid Besi nu..Majalah2 & blog2 yang lebih kepada pro hiburan ni lah yg banyak menyekat minda org2 melayu kita khususnya

ejaMaria berkata...

mmmm nak kata ape ye... jadi la diri sendiri... yg baik guna, yg tak elok tengok jer... guna la akal sendiri, ilmu dah ade kan?

kechik berkata...

haha..aku suka ajen penyebar yang no 10 tu...selalu sangat artis bg statement cmtu..

apapeun,xdinafikan mmg org kita cepat melatah..oopss...

haha..sindri mau pikirlah..

Rosebud berkata...

mantot.. aku 277% sokong ko!! kekdg tu org ramai main aci taram redah marah je. kirenye cam gajah depan mata semedang wat dek, kuman kat rusia, kemaen kecoh tak semedang.
skg ni mcm2 da jadi.. speechless aku.. golngan tv da bg bukti betapa teruknye org kite skg, apelagi golngan biase...adoi..risau2..haru. neway mantot, terbaek ar posts ko. kasi manusia berfikir sejenak. thanx

Tanpa Nama berkata...

kenangan malam pertama? nice

mamdoh berkata...

.: daku ada heran ckit orang2 yg mbaca blog ni, kalo ko org melayu, knape suka bca blog kutuk melayu?? ko melayu ke apa? sbb daku pun ske baca blog nih, sbb daku pun melayu~~ hihihi X-D (tiasa asbab tertentu, ske baca kata2 mantot yg aneh) ;-P

yg isi no 10 tuh paling layan, betapa menunjukkan suami2 kpd pelakon wanita Malaysia d kaca tb tuh = d.a.y.u.s.. tak terjagakan aurat isteri sendiri. ko blh biar isteri ko bergambar peluk cium seksi ghairah dgn lelaki lain hnya kerna mcari rezeki? rezeki apa itu memperdagangkan isteri sendiri?? baek blaja agama dan ilmu kerumahantangaan~~ ;-)

manusya yg pakai emel zmn milenium nih cuma tau bca, balas, 4ward~ kalo benda yg drasa kan best, 'mempertahankan agama' dan gossipi itoo adalah perkara wajib kerana tertera "kalau tak 4ward ko tak tolong agama/sampaikan walau satu ayat' gitu"~~ sengal-sengalin~~ X-D Google kan ada, b4 4ward paling2 pun googlekan dulu cik adik cik abang uii~~ kalau tak tau, jgn sukati 4ward~~ tak semua surat berantai wajib drantaikan, lbh2 lg surat ko gerenti mampush jam 12 tgh mlm nih. (ko percaya surat berantai bg ko mampush ke percaya kat Tuhan????)

astalavista bebeh~~ X-D
:.

Pert Doherty berkata...

Gua ingat, gua nak doa supaya pencipta gambar lego tu masuk islam.
Amin.

firebomb berkata...

kenapa denmark?

Ntah. Biskut butter die kot. Sedap dowh. Lama tak makan.

Unknown berkata...

Nice one tot..

Ps:ala..bangsa 'malaysia' ni mmg cpt melatah..baru ckp ATM support Peralihan kuasa, org da takut mcm Israel nak serang Malaysia..pikirlah sendri..

milo boyd berkata...

well said! couldnt be more agree with that..jgn tau nak melatah je.

yang terlampau liberal asik provoke yang extremist asik mengamok.

masing2 akai letak kat lutut.