Mac 25, 2010

Aku Hilang Hormat Kepada Zulkifli Noordin

Seorang hardline Islamic.
Seorang anak jati Kedah.
Seorang mat motor.

Itu semua membuatkan aku tertarik nak baca apa pandangan dia sebelum ni.Apatah lagi bila kes-kes yang melibatkan Islam,dialah yang paling lantang bersuara.Pejuang Islam sejati,hardcore! Tapi,muncul pulak isu-isu yang timbul kebelakangan ni..sehinggalah isu disiplin dan akhirnya dia di tendang keluar oleh PKR.

Aku tak kisah dia tak suka di hakimi oleh bangsa lain ke,dia nak lawan mamat tu,nak lawan gerakan ni ke,nak pertahan apa ke benda yang dia rasa betul...itu pandangan dia...tapi..

"Abang Zul,kenapa anda meletakkan politik jauh lebih penting daripada keadilan?"

Maksud aku,jika sebelum ini anda sudah ada bukti mengenai ada wujud gerakan untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya,kenapa baru sekarang nak umum?Kenapa baru sekarang nak mintak maaf dengan PM kerana tidak memberitahu PM mengenai hal ini?

Kenapa tak umumkan sewaktu anda dalam PKR dulu jika anda pejuang Islam?Walaupun anda dalam PKR,dia still Perdana Menteri Malaysia bukan?Pejuang Islam sepatutnya mendahulukan keadilan sebelum falsafah politiking mereka.Takut hilang kuasa?Takut ditendang parti sendiri?Takut dikecam parti sendiri?

Anda ada bertahun-tahun untuk announce benda ni.
Kenapa sekarang,selepas di tendang keluar?Marah?Pejuang Islam apa macam gitu?Mana kejujuran?Mana keikhlasan?

Jika ada sesiapa antara ahli PKR yang ada bukti Anwar meliwat Saiful,sila umumkan.Bagitau kepada dunia,aku ada video Hardcore Triple XXX HD Anwar liwat Saiful.Takut apa?Justice ada di situ.Jika anda menyembunyikan sesuatu kebenaran,itu maksudnya anda penipu.Anda pengecut.Takut hilang pangkat.Takut pemimpin parti anda marah dengan anda.

Pedulik apa itu semua.Kita mencari kebenaran.Tak kira di mana kaki anda berada,di mana minda anda berpolitik,keadilan dan kebenaran adalah jauh lebih penting berbanding kepentingan berpolitik. Bila seorang pejuang agama hanya mampu menyatakan kebenaran selepas hilang kepentingan politik sendiri,apa nak jadi dengan negara kita?Siapa pemimpin kita yang benar-benar ikhlas?Semua sibuk berpolitik.

Jelas benar,kepada seorang politician,tidak ada benda lain yang lebih penting berbanding politik itu sendiri.Jika benar anda rasa anda mampu melakukan perubahan,mendedahkan kebenaran,lakukan saja.Tidaklah perlu bermain sandiwara politik bertahun-tahun.Zulkifli Noordin hanyalah seorang politician tipikal yang hanya menjaga kepentingan politiknya.Tidak lebih tidak kurang.Standard pemimpin Melayu,dah tukar parti baru berani.

Apa yang menyedihkan,majoriti pemimpin Malaysia adalah golongan sebegitu.Baik pembangkang,baik kerajaan pusat. Semua hanya reti bermain politik.Bergaduh aje memanjang.Kasihanilah Rosmah,sudah beberapa tahun menderita difitnah orang.Patutlah muka pun tak berapa berseri dan nampak masam aje.Mangsa fitnah rupanya....

When someone said you shouldn't know this as it is a "bad truth",he is actually big liar.
When someone act like he is the hardest defender of his religion and hides the truth,he is actually the biggest liar.

STOP POLITIKING AND START GOVERNING.

13 ulasan:

armzeli berkata...

Ye..saya salah sorang voter yg memberi undi padanya berasa sgt geram akan tindak tanduk yb ni...ada satu mcm x kena dgn politiking beliau akhir2 ni..

Khairi Mohd berkata...

ntah lah dia ni. masa sawancara tv1 hari tu aku dah xberapa gemar dengan beberapa perkataan dia. cuma, nak emnghukum dia aku rasa susah juga. ntah apa tujuan dia ntah. hish.

Amak berkata...

SEBAB, manusia memang tak lepas buat silap.

Othman Juliana berkata...

aku tgk dah mcm kes Ezam~ pas kuar, br dok kalut nak kata ada kotak bukti bagai..

LANN berkata...

setuju dgn Ladynoe, manusia memang tak lepas buat silap.

SESTER berkata...

What concerns me is, anwar did not deny that. He did not even lift a finger and raise his voice. He must be like "Oh shit, I've been discovered. Fuck!"

Tanpa Nama berkata...

wakil rakyat kerjenye menyuarakan hak dan kepentingan rakyat.. bukan dok cite pasal diri sendiri dalam hal politik..agaknya klu dia mat motor dari kedah... cite remp-it farid kamil yg buat kat alor setaq tu pun diala kot dalangnya... tak bangga langsung aloq setaq dijadikan penggambaran utk remp-it (cite akhlak org melayu rosak)

Tanpa Nama berkata...

secara jujurnya aku mengenali beliau secara peribadi...tapi ntahlah..politik mengubah segalanya...

Paksu Pencen berkata...

Itulah sebabnya taktik beli orang pembangkang untuk dedah keburukkan jarang berkesan.

Ianya hanya memperkuatkan diri sahaja kerana hanya orang Bn sahaja yg percaya manakala puak pembangkang terus membangkang dan tidak akan percaya cerita itu semua.

Taktik kuno itu dah tak boleh pakai di zaman ini malah ianya dianggap taktik kotor dan tidak demokratik lagi.

Apa yang penting BN kena perintah negara ini sebaik mungkin dan beri kepuasan sepenuhnya kepada rakyat.

milo boyd berkata...

aku suka ayat last tuh..

brat2104 berkata...

pernah mengagumi dia especially masa isu murtad dulu..

tah la..

sadclown berkata...

Aku pun mcm ko tot.. dah jelik dgan politiking busuk melayu nih. Malas na k ambik tahu dah kes anwar ke... Altantuya ke.. Tapi aku still percaye Rosmah terlibat dan Anwar tak bersalah. Aku xkan ambik peduli statment2 org yg baru kuar parti ni mane kite bleh percaye.

Busuk punye politik.

Tanpa Nama berkata...

erm.. aku xkisah apa jenis politik pon yang diperjuangkan... isu ni ka isu itu ka... bagi aku negara kita negra Islam... sepatutnya perintah pon cara islam.... ni tidak... undang2 pon pki undang2 omputeh buat... adeh...