Apa warna Melayu?
Gelap,cerah,sawo matang,maroon,putih?
Apa budaya asli Melayu?
Kuda kepang,ghazal?
Siapa lagi Melayu?
Kita atau Indonesia?
Apa pakaian tradisional orang Melayu?
Samping,baju melayu,songkok,kopiah,baju kurung,kebaya?
Kenapa orang Melayu rasa kagum jumpa orang Melayu yang tere berbahasa English?
Kenapa orang Melayu lagi hormat dekat orang putih berbanding orang Melayu sendiri?
Kenapa pemimpin Melayu satu masa dulu yang bertuankan British disanjung sekarang?
Kenapa pemimpin Melayu yang menentang British satu masa dulu dikeji?
Siapa berani kata,dia Melayu tulen?
Siapa berani kata dia 100% darah Melayu?
Siapa berani kata keturunan dia takde campuran Cina atau India?
Kalau mata anda sepet dan kulit anda cerah,anda pasti punya darah Cina.Kalau kulit anda gelap dan nenek anda India Muslim,anda ada darah India.Tapi anda masih lagi Melayu kan?
Habis,mau dihalau bukan Melayu ini balik ke China balik ke India?Mahu buat perangai macam Jamaluddin Jarjis?
Sebab mereka bukan Melayu?
Kalau satu masa dulu Datuk Nenek Moyang anda bukan Melayu,kenapa anda Melayu?
Mahu lawan asal anda?
Lawanlah.Anda bukan Melayu sangat pun pada asalnya.
(Gambar itu gambar seorang wanita Melayu bernama Mariam Murni Adam,bukan orang Arab)
20 ulasan:
aku bukan melayu
aku lain-lain.
mantot.. sejak bila mariam murni adam pakai tudung. dulu dia DJ Blastoff HItzTv dan MTV. seksi.. wah wah.. nice dowh!
tak berapa dapat nak fokus sangat persoalan yang ko utarakan tuh....
gambar awek ko taruk tu betul betul boleh buat hilang tumpuan...
Mantot,
Sebab kau tulis artikel tak mau mengaku melayu ni, tak pe. Tak rugi. Soalan aku dari artikel kau, sapa yang nak halau bukan melayu ni keluar negara ni? Kita ada kemampuan ke nak halau mereka dari segala segi kuasa ekonomi dgn autonomi? Jangan cuba tuduh-tuduh alih isu UMNO yang cuba halau mereka. BN pegang konsep kongsi kuasa tapi perjuangkan Melayu pribumi. Tapi PR yang bertuankan DAP perjuangkan konsep SAMA RATA tak kira mereka yang jauh di ulu kampung bersedia atau tak ditutup terus peluang mereka.
Baca excerpt artikel ni:
"Pada masa yang sama, UMNO masih menjadi sandaran utama orang Melayu yang boleh dibuktikan menerusi undi yang terus meningkat dalam beberapa pilihan raya kecil selepas PRU-12 (sedangkan majoriti pengundi Cina misalnya, masih menyokong pembangkang). Jangan lupa pada pilihan raya umum itu juga UMNO memperoleh 79 kerusi - parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak. Prestasi BN merudum tetapi tidak bagi UMNO. Parti pesaing bagi UMNO iaitu Pas hanya mempunyai 22 kerusi dan PKR 31 kerusi.
Ia juga memberi mesej yang jelas bahawa UMNO perlu meneruskan agenda menjaga kepentingan Melayu. Janganlah kerana ghairah mahu menarik sokongan bukan Melayu, UMNO mengabaikan pula asas kekuatannya. Ketika DAP, MCA, MIC misalnya makin lantang memperjuangkan kepentingan kaum mereka tanpa sedikitpun rasa kekok, tiada sebab untuk UMNO teragak-agak dan terlalu mahu menjaga hati kaum lain. UMNO perlu bijak menyulam peranannya sebagai pemimpin BN untuk semua kaum tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu. Jasa UMNO terlalu besar kepada orang Melayu, begitu juga kepada kaum lain walaupun hakikat ini cuba dinafikan. UMNOlah yang mempertahankan bukan Melayu sejak awal kemerdekaan daripada aliran politik ekstremisme. Ketika Pas menjauhi parti dan kaum bukan Melayu serta menganggap mereka kafir selama beberapa dekad lamanya, UMNO menghulur tangan permuafakatan. Menerusi dasar dan naungan UMNO, kaum minoriti bukan sahaja terjamin hak malah mampu menguasai ekonomi negara. Sesungguhnya UMNO tidak pernah mengkhianati bukan Melayu. Apa yang mula berlaku adalah sebaliknya. Jadi, jagalah hati Melayu terlebih dahulu."
atau takpon baca sepenuhnya:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm
Lagi satu excerpt tak ternilai:
"Apa pun, semoga Hindraf mendapat pengajaran bernilai daripada tindakan pihak berkuasa. Janganlah lagi mengambil mudah dan menyalahgunakan demokrasi untuk kepentingan sendiri. Bumi Malaysia ini bertuah untuk semua kaum termasuk golongan minoriti. Tetapi jika merasakan sebaliknya, sesiapa sahaja bebas untuk berhijrah ke negara lain yang difikirkan lebih baik. Tepuk dada, tanya selera."
Keyword artikel ni pulak : " Menyalahgunakan demokrasi untuk kepentingan sendiri"
Negara ni beri kebebasan untuk gugur kerakyatan kalau rasa tak cukup baik lagi peranan dimainkan kerajaan BN dan pembangkang PR di parlimen. Silalah migrate ke Australia, UK, US, Mongolia,Singapore, France, German dsbgnya kalau mampu. Semoga anda dapat cara hidup/lifestyle Melayu ikut tafsiran kau yang diinginkan.
Dah tak mahu mengaku Melayu.
ANOTHER MALAYSIAN
P/S: Mariam ni jadi cover page post kau ni apasal pulak?
nampaknya 2-3 kali dan seterusnyer artikel mantot byk berkisar kpd melayu dan kaum2 len di M'sia..ini yang dinamakan 1Malaysia! Wah, syg gler najib kat ko nanti, jeles bik mama! hahaa...fight till the end!
p/s: gmbar awek tu jea? no.tepon??
rasanya mariam berubah lepas dia kahwin.....
adakah zambry itu melayu??
http://en.wikipedia.org/wiki/Badruddin_Amiruldin
http://www.youtube.com/watch?v=zBGQADED_Mw
salam tot, info ko pasal badruddin yg racist ni sama gak menunjukkan yg ko pun racist tp kat bangsa ko sendiri..even klu ko ada campuran darah len2 tp ko handle isu ni sama spt cara racist2 len kat luar sne..fikir2kanlah!
Kenapa orang Melayu rasa kagum jumpa orang Melayu yang tere berbahasa English?
kerana majoriti orang melayu tak reti english. Bila tak reti englisng = koman. Kerja majoriti yang tak guna english amatlah sikit. So dari situ ada sebab munasabah untuk berbangga dengan diri yang belajar english. Bukannya tak macam orang tertentu yang tak nak blajar english sbb takut bahasa melayu hilang. Ilmu kalau diblajar tak akan hilang punya. takut sangat. dasar penakot.
Kenapa orang Melayu lagi hormat dekat orang putih berbanding orang Melayu sendiri?
Apa maksud hormat dalam hal ini. Kalau hormat disebab kan dia lagi baik, apa salahnya? Kalau dah melayu sendiri asyik mengutuk diri sendiri, siapa yang nak hormat? dah la gaduh je memanjang. selepas gaduh, bt fitnah. then gaduh lagi. then fitnah. kau nak aku sanjung ke?
Siapa berani kata,dia Melayu tulen?
Siapa berani kata dia 100% darah Melayu?
Siapa berani kata keturunan dia takde campuran Cina atau India?
setelah bertahun2 tamadun terbina, aku tak rasa ada yang tulen2 bangsa sendiri termasuk di luar negara.
Kalau mata anda sepet dan kulit anda cerah,anda pasti punya darah Cina.Kalau kulit anda gelap dan nenek anda India Muslim,anda ada darah India.Tapi anda masih lagi Melayu kan?
Habis,mau dihalau bukan Melayu ini balik ke China balik ke India?Mahu buat perangai macam Jamaluddin Jarjis?
Sebab mereka bukan Melayu?
Kalau satu masa dulu Datuk Nenek Moyang anda bukan Melayu,kenapa anda Melayu?
genetik
Mahu lawan asal anda?
Lawanlah.Anda bukan Melayu sangat pun pada asalnya.
Siapa yang kata nak menghalau beb. dia buat kecoh, baru la halau. dok diam2. jadi budak baik. baru org x mrh
apa motif entri ni yea?
Motif aku rase, bukan semua melayu di malaysia ni is truly melayu, kalau islam ya!
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/06/sound-bites-2.html
baca komen posting Tun pasal perjuangan bangsa dan ketuanan Melayu. Tak nak baca tulisan dia tak ape. Yang penting, pendapat rakyat sebenar dalam komen-komen tu.
Bukan pendapat penyokong PR semata-mata yek!
ANOTHER MALAYSIAN
cantek pompuan tuh wey~
boleh kenal?
Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.
Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".
salam ziarah,
http://www.gadismelayuboleh.com
Mariam Murni Adam.
okey, bru masuk dlm list gua. oyes
Entry kali ni nampak sangat penulisnya buta sejarah kot. Tahu x Melayu dahulu macam mana? Melayu aka Bani Jawi.
Zaman dahulu, penduduk mahupun pedagang serantau yang bermustautin atau bermukim di Tanah ini, apabila mereka telah memeluk ISLAM dan bertutur dalam bahasa dalam kelompok AUSTRONESIA (Melayu) dan bersunat, maka mereka akan akan digelar masuk JAWI atau masuk Melayu. Jadi kalau fahmlah konsep ini, orang berbangsa Melayu bukanlah kerana darah sebab darah sama sahaja, bukanlha kerana genetik kerana genetik ikut susur galur keluarga tetapi pada budayanya.
Melayu dan Islam itu sentiasa bersama di Tanah Nusantara ini. Cubalah belajar balik dengan blog srikandi, Al Semantai, Mistisefile.
Celikkan sejarah anda. Sesiapa yang melupakan asal usul mereka memang ade potensi nak jadi pengkhianat bangsa.
Nak tahu 1 fakta yang menarik tentang bahasa inggeris?
"Mengikut kata Dr Leonard Horowitz, seorang pakar Physics dari gerakan New Age, Bahasa Inggeris adalah bahasa yg 'paling teruk'.
Katanya B.I memang dicipta oleh 'hidden hand' untuk menghapuskan hubungan spiritual manusia dengan alam.
Antara bahasa 'spiritual' katanya adalah spt Ibrani, Aramaic dan Sanskrit. Hujahnya, sebutan dari huruf2 tersebut mengeluarkan vibration/frequency yg 'solid', tepat & in resonance dengan alam/ciptaan lain. Ia adalah 'Godly' words.
Kata2 yg lahir dari bahasa tersebut dapat membangkitkan aspek spiritual penuturnya & memudahkan 'manifestation'.
Jika Org Melayu purba dapat membina tamadun hebat, salah satu dari faktor penyumbangnya (asbab) ialah kerana bahasa yg dituturnya adalah 'hebat' yg dapat membangkitkan kekuatan dalamnya - melalui doa, mentera dsb."
So, any komen?
Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah keturunan suku-suku Orang Asli tulen, mereka bukan keturunan Melayu, apatah lagi Cina
Orang Asli tuh bukan orang Asli lah? Alien mana??
Orang Asli kan Proto-Malay...
masya Allah...ciptaannya sangat indah..
Catat Ulasan