Jun 18, 2009

Bhgn 02 - Apa Yang Tak Kena Dengan Malaysia?


Aku akan menulis ni daripada apa yang aku dah lalui sendiri.Kenapa Malaysia ini mengamalkan prinsip rasuah secara halal?

Aku seorang 3D animator satu masa dulu.Kerja aku,buat software budak-budak.Bersengkang mata sampai pagi2 buta buat kerja dari Isnin sampai la ke Isnin minggu berikutnya.Ada la lagi kerja2 lain sebelum tu tapi aku nak ceritakan kenapa Malaysia ni korup sampai ke akar umbi.Bukti depan mata.Hahaha.Nak dakwa,dakwa la.Aku ingat muka kau.

Bila tiap2 kali sampai deadline,orang Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan hantar orang dia (staff yang sekurang-kurangnya reti pegang mouse macam mana) untuk pantau kerja-kerja yang dah disiapkan. Seperti kebiasaan lah,sebab dia ni ada kuasa nak approve kerja kitorang ke tak,dia akan gunakan POWER yang dia ada tu sehabis mungkin.

Jangan harap dia nak approve kerja yang disubmit selagi tak hulur duit bawah meja dan belanja KFC!

Bos aku memang dah kenal perangai dia ni,suka makan duit suap.Jadi,pada satu hari deadline,bos aku tiba-tiba berkeras pulak tak nak hulur duit;Bos aku kata padan muka dia,biar dia tunggu.Sampai malam dia tunggu,9 malam,sanggup tu! Sambil dia tunggu,tetiba banyak la pulak benda yang dah approved nak kena tukar.Kitorang yang buat kerja ni memang hangin la sebab KEPALA BAPAK KO INGAT SENANG NAK TUKAR BENDA-BENDA INTERAKTIF NI!

Mungkin sebab bos aku pun dah hangin tengok keazaman Minah ni yang sanggup overtime semata-mata nak duit kopi tu.Jadi bos aku bagi KFC dan panggil dia masuk ofis.Tak tau la berapa bos aku hulur tapi keluar aje minah tu muka HAPPY NAK MAMPOS dan terus semua benda approved.

Itu baru pegawai kerajaan yang ada kuasa nak approve atau tidak courseware untuk budak sekolah rendah.Belum pegawai kerajaan yang ada kuasa nak meluluskan projek2 mega atau menteri2 yang punya kuasa mutlak semua benda.Contoh yang aku bagi tu,applykan la dekat mana2 tender yang kerajaan bukak.Hasil dia mesti sama.

1. Kerajaan keluar peruntukan dekat kompeni melalui orang tengah
2. Orang tengah akan carik pembekal
3. Orang tengah akan adjust atau mintak duit sebab dah bagi projek dekat kompeni
3. Orang tengah akan makan duit free
4. Kompeni2 akan kekurangan untung

Adakah kita ni memang semulajadi korup?Sebab budaya middleman tu memang ada.Tapi kat Malaysia,middlemen ni dah macam kaki pau dekat Petaling Street.Yang bezanya cuma dia pakai kemeja bertali leher.Camne kerajaan nak ada duit kalau duit yang keluar banyak habis dekat orang tengah?Sebab tu kot kita kena bayar tol?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tah le ape nak jadi kat M'sia ni.

Psl byk sgt mkn duit haram, hidup sume tak berkat, tu psl byk jenayah, pemuda-pemudi mkin rosak..

Kat tempat aku, surau tu kos pembinaan die ms mule2 dulu 16k je, skali bumbung bocor, JAWI boleh luluskan kos repair bocor RM 150k.

Dulu ingat yang kaki makan duit haram ni lelaki je, skrg baru tau pompuan pun byk gak mkn rasuah.

Orang camni le yang nak BN-UMNO terus berkuasa...

Tanpa Nama berkata...

Dalam bab ni, aku setuju dgn ko, walaupun aku penah berperang dgn ko pasal Perak dulu. tapi takpe la, bende dah lepas. Sebabnye aku sendiri dah menyampah dengan pegawai2 MOE yg kononnya pandai, tapi bodoh. Tak reti apa2, tp nk claim pandai. Kalau nk approve apa2, kene hulur, keje lebih masa sket dr pkl 5, company aku pulak kene bayar overtime dia walaupun tu keja dia.. cilakak - Xs

Tanpa Nama berkata...

rasuah xpe, murtad xpe, buang anak xpe, sosial gile pun xpe, konsert sampai xsemayang maghrib pun xpe, disko ok ape, dangdut pun ok, arak pun xpe... tapi jgn kau cuba usik ketuanan melayu...hahahahahaha...

-konon2nya... walaupun hak melayu dah lame xde... atas kertas je le...
hebat btol pemimpin2 politik kita... hebat... hebat MENIPU!!!!

Tanpa Nama berkata...

skang ni nak menang tender utk bekal barang IT da berbeza...
kompeni yg anto dokumen akan ada panel2 dari aspek berbeza tok hakim kan dokumen yg di anto...
nama kompeni atau ape2 data mengenai kompeni tak dibenarkan letak langsung kat dokumen tu...
jadi kompeni akan menang kalo spesifikasi yg diberikan paling menepati spesifikasi yg gomen ni nak...
kalo macam dulu...
akan ada le bias...
sbb kroni yg bleh dapat tender tu...

Tanpa Nama berkata...

woo...i hear u man..been there, done that sebab pernah terlibat jugak dgn projek koswer ni.memang dr bawah lagu tuh..spila ke pihak atas2. Tapi saya teringat ada beberapa yang baik juga, bukan takde, ada seorang peg. chinese ni memang strict, tapi baik, mengenangkan tuh, rasa malu dengan bangsa sniri.

Sheherazade berkata...

dia tak takut anak jadi mcm setan

Unknown berkata...

Saya setuju dengan post ni. Saya juga pernah jadi graphic designer untuk courseware under BTP/PKK ni.

Selagi tak bagi kek/KFC/belanja makan kat restoran Korea, memang takde benda yang approve.

Bila project dah approve, dapat bonus gaji 3 bulan pun tak der rasa apa-apa. Maybe sebab dapat rezeki hasil tak berkat kot..