Jun 10, 2009

Panduan Untuk Menubuhkan Boyband Anda Sendiri

Dalam setiap boyband,paling kurang mesti ada 5 ahli.

Dalam 5 orang tu,mesti ada 2 yang paling glemer,sama ada yang paling hensem atau yang paling hebat menyanyi.


Contohnya,kalau kita ambik Backstreet Boys,kita paling kenal sekali Nick Carter dengan penyanyi dia,ape tah nama,Brian kot.Kalau kita ambik Nsync pulak,kita paling kenal dengan Justin Timberlake dan ape tah name mamat yang muka poyo tu,JC Chazes,Jasey Chasez?Kalau kita ambik boyband Malaysia pulak,4U2C dulu2 zaman pakai CD,kita kena AC dengan Joe.Yang lain2 tu anak2 gadis tak gila sangat.


Yang lagi 3 orang dalam boyband tu?
Itu sekadar mencukupkan korum.Asalkan ada muka sikit,asalkan boleh memenuhkan background vocal dan boleh buat gadis tergila2 sket,cukupla.Yang penting peminat paling suka 2 orang penting tu.Aku rasa kalau aku tanya nama lagi 3 orang budak2 Backstreet Boys (bapak2 orang sbnrnya) tu haram orang tak tau.

Katakanlah,
3 orang lebihan dan bukan focal point Backstreet Boys (BSB) tu yang beridentiti unknown itu,tiba-tiba berhasrat ingin menubuhkan satu group baru dengan Justin Timberlake dengan harapan mereka dapat berkongsi spotlight bersama Justin Timberlake dengan hasrat untuk menjadi setaraf Justin Timberlake,adakah gadis-gadis itu akan dapat menerima ketiga-tiga orang yang tidak diketahui nama itu sama taraf dengan Justin Timberlake?


Sudah pasti spotlight masih lagi terarah ke muka Justin Timberlake dan ketiga-tiga bekas ahli BSB itu akan masih juga dikenali sebagai "Penyanyi Latar Justin Timberlake" walaupun sesedap mana mereka menyanyi pun atau sehandal mana pun mereka berposing macho dalam video clip.


Jadi,jika anda sudah pun menganggotai sebuah boyband dan anda bukanlah tumpuan utama,janganlah cuba pandai2 keluar boyband anda mencari anggota yang jauh lebih popular daripada anda. Sebab anda kemungkinannya anda akan makin tenggelam dek populariti orang yang lebih popular atau gilakan publisiti.Lebih baik anda terus memperjuangkang irama boyband anda dan terus stick dengan group anda tanpa menukar haluan kerana,hakikatnya,anda akan masih jadi Penyanyi Latar jika anda keluar.

Kalau nak popular jugak,buat2 la perkara gila atau tak masuk akal.
Mungkin anda akan popular kejap dan kemudian peminat anda akan lari.
Teruskan perjuangan irama muzik yang anda percayai.




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nico do.... aku nico nak cerita, cerita tentang rappers dikota.... harrraaam banggang siol kumpulan nih....bodo gile

Obefiend Weiland berkata...

nico terbaik

"dia kembali lagi.. tidak seperti dulu.. mengapa jadi begitu.............hey hey waktu ketika dulu kau duduk termenung menegnangkan oeristiwa kenangan kau dikampung.. i say teh hip the hop fikiran kau meletup kerana memikirkan peristiwa nan silam.. namun kau cuba atasi masalah rumit ini..."

Tanpa Nama berkata...

haha. aku tengok sampai habis klip video tu. tak sangka camni ek orang2 zaman aku baru belajar cakap laju2. haha

abng long berkata...

kool mana. best grup ni.. heh heh.

mantul berkata...

moden sket layan lagu itik gembo2 from A to Z..pergh!! layan siot!

Tanpa Nama berkata...

wakakakaka..feel jgk sekali sekala dgr lg lama..terasa diri muda kembali!

Nuri berkata...

aku membesa dgn zaman boyband.. BSB tetap best sampai skang.. :D

siti amirah abdullah berkata...

mana ada aku x tahu nama lg 3 orng.. suma pun sama la.. :P bsb rules!!

Mantot berkata...

hahahha..kalo yang hardcore mmg la kenal,mcm member aku sorang ni...

masalahnya..dia lelaki yang normal tapi siap comparekan sapa paling hensem dalam BSB.

aku agak sedih sbb takde orang paham maksud sebenar cerita aku ni..