Jun 05, 2009

Sebuah Cerita Kemalangan Tipikal - Bhgn 02


Ada satu hari masa aku nak pergi kerja,aku tengah lalu kat satu simpang,nampak satu motor terlekat kat bawah divider.Brader tu terbaring kat tengah jalan.Aku pun cilok masuk ke situ sebab aku memang nampak mamat tu sorang2 terbaring kat situ takde orang tolong.Jalan tu pun tak banyak orang lalu.Tengok brader Cina tu ok la.Try nak tarik motor dia keluar daripada bawah divider tu,stuck pulak.Jadi aku tunggu kejap,nasib baik ada sorang lagi brader India berenti tolong aku.

Jadi kitorang tarik motor dia dari bawah divider jalan tu dan lelaki India tadi pegang kaki brader Cina tu,cek2 kalau ada patah."Ok,takde apa patah,kata dia.Brader Cina tu pun try la berdiri,alhamdulillah ok.Dia call member dia suruh datang sebab motor dia rim sudah bengkok.
Datang peronda lebuhraya,letak kon kat tepi jalan.Sempat la kitorang hisap rokok sama-sama sambil borak2.Dia kata jalan ni memang selalu orang masuk bawah divider,tak tau apa sebab.Aku pun gerak ke ofis lepas habis rokok sebatang.

Ni cerita betul.Apa yang tak kena pasal cerita aku?

14 ulasan:

Obefiend berkata...

apa yang tak kena?

mudah!

"Tengok brader Cina tu ok la.Try nak tarik motor dia keluar daripada bawah divider tu,stuck pulak."

"Brader tu terbaring kat tengah jalan"

"Ok,takde apa patah,kata dia.Brader Cina tu pun try la berdiri,alhamdulillah ok"

kalau kaki dia patah dah awal awal dia tahu masa cuba tarik motor. takkan dia tarik motor masa terlentang.

tak begitu?

ke aku over analisa?

orgbaru berkata...

ayat second last skali tu...

"Aku pun gerak ke ofis lepas habis rokok sebatang."

tu yg tak kena skali tu...

jan berkata...

ade 3 kaum dalam cite hang.. macam iklan dalam tv.. tu kot

1Malaysia My Foot berkata...

sorry, lari tajuk:

"The Czech Republic has banned the use of cyanide in mining, and both Turkey and Greece have made significant court rulings against issuing permits to mining interests whose projects propose the use of cyanide. The Mining Amendment (Cyanide Leaching) Bill 2000, which would prohibit ore processing by cyanide leaching in gold mining, was entered into the Parliament in New South Wales, Australia, in June 2000."
--- itu kat tempat mat saleh..

bawah ni kat tempat kita:

"Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. started the mining process with Cyanide. Residents started to notice stinging smell. Since then, many residents started to experience insomnia, vomiting, dizziness and other abnormal symptoms. The total number of report of abnormal symptoms has rose to more than 200 cases."

....
Orang putih sendiri haramkan kat tempat diorang. Kita bagi pulak orang putih buat kat sini...

Ketuanan apakejadah?
1Malaysia hek kau..

Tanpa Nama berkata...

tak kene, sbb tak sure samada rokok sebatang tu kau hisap sorang2 ke , atau share 3 org skali. kalau share 3 org skali, mmg true 1malaysia

mantul berkata...

cite ko takde kena-mengena langsung ngan gambar yg dipaparkan..hohohoho!

Rectus berkata...

xtaw nak kata..
yang aku mcm xkne:

1. ko kata dia call member dia.. tp knape dia x call trus lepas dia jatuh tu? sbb time ko sampai tu dia baru jatuh ke tot?

2. knape xde mamat melayu lain ke yang datang tolong? jalan tu mmg slalu free ke? kire lepas ko stop tu brader india tu yang 2nd lepas ko?

3. dah dia kata slalu org masuk divider tu.. xkan xdak tindakan sampai skarang?

4. peronda datang letak kon je?

aku saja2 bagi pandangan je..

sepol utusan berkata...

aku cuma nk kate, agak2 cane wajah driver forklift tu mase eksiden? muahahahhahahaha mau menggelibak pucattttttt!!!

kucai berkata...

yang x kena....
apsal lembab thap cimpanzi keta peronda tue..
dah siap bru nk mai ltak kon..
baik ltak time hangpa dah blah..
cam tugu la kira..
huahauhau

Syed Z berkata...

Yang tak kena, motor terlekat bawah divider cam ne boleh terlekat tu

M berkata...

ape yg tak kene?...moto masuk bawah divider? caner la moto nak masuk bawah divider?musykil 2x..

hijau aman berkata...

Apa yg xkena tot?

muzaimi berkata...

hmm...mungkin sal divider tuh la....1 mesia....tp jalan out....dorg ckp dah ramai org kene kt c2....

=) berkata...

kalau dah tau orag selalu masuk bawah divider tue.. kasi ubah la design devidertue.... xmahu belajar dari kesilapan...