Undi BN boleh masuk syurga juga
KUALA KRAI 19 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.
Muhyiddin hadiah kerusi roda
KUALA KRAI 19 Jun - Sejak lima tahun lalu, Yusoff Awang, 76, sukar untuk membawa isterinya Rogayah Samad, 75, yang terlantar akibat lumpuh untuk ke hospital mendapatkan rawatan atau mengambil angin di luar rumah.
Dulu dia menggunakan basikal tuanya yang disediakan palang khas untuk membawa isterinya yang uzur kerana sakit tua keluar rumah, namun basikal itu sudah rosak.
Hari ini pasangan itu ternyata begitu gembira dan terharu apabila tanpa diduga, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menziarahi mereka di Kampung Sungai Sok, Manek Urai dekat sini hari ini.
Selain bertanyakan khabar kehidupan seharian, pemimpin negara itu menghulurkan sumbangan peribadi di samping sebuah kerusi roda.
"Saya tak sangka hari ini ada orang besar datang ke rumah saya dan memberi sumbangan. Sejak saya tinggal di sini belum pernah ada sesiapa yang beri sumbangan.
"Selepas ini tidak perlu lagi angkat isteri saya sebab kerusi roda ini sudah ada untuk digunakan. Saya ucapkan terima kasih dan syukur dengan pemberian ini," kata Yusoff.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran hari ini meluangkan masa kira-kira setengah jam di rumah pasangan warga emas itu untuk meninjau kehidupan masyarakat setempat dengan lebih dekat.
Beliau yang dalam rangka lawatan kerja sehari di Manek Urai turut diiringi oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Apa benda ni?Takkan la bila ada pilihanraya baru nak bagi bantuan?Bukankah kau KERAJAAN dan tugas kerajaan adalah tahu kewujudan orang2 susah dan bantu diorang.Itu sudah memang kerja anda,bukan?.Pada pandangan aku,makhluk yang berbuat kebaikan dan kemudian menghebahkannya adalah golongan orang2 yang angkuh...dan kononnya nak menunjukkan kerajaan PAS lemah.
Masuk syurga asalkan undi mana2 parti?Dah memang kepercayaan orang Islam,kita akan masuk syurga kan?Tapi berapa lama nak kena duduk dulu kat neraka tu yang kita tak tau lagi.Apa benda yang kau mengarut nak kaitkan pilih parti dengan masuk syurga ni oi?
Pakcik yang dapat kerusi roda mesti bersyukur gila sebab pilihanraya tu dah jadi satu nikmat kepada dia.Masalahnya,kerajaan akan menunjukkan kepada "mereka-mereka yang buta" itu sumbangan kerajaan.Itu bukan sumbangan!
5 tahun dia merana,alih2 bila ada pilihanraya baru ada bantuan dihulur.Kalau takde pilihanraya kecik apa nasib dia?Mana bantuan kerajaan negeri?Kalau kerajaan negeri tak mampu tolong,apa yang kerajaan pusat buat?
Itu memang tanggungjawab anda.Kenapa kerajaan Malaysia hanya berbakti pada masa yang menguntungkan mereka aje?
Sila jawab penyokong tegar kerajaan?Aku tulis benda ni bukan ikut semangat pembangkang ke apa.Benda camni,fikir pakai common sense aje.
Dan ingat..bila aku kata pasal KERAJAAN MALAYSIA..itu adalah gabungan semua kerajaan yang memerintah negeri2.
16 ulasan:
to sum up, political people are fake! macam2 hal...paling teruk bila OKU jadi taruhan antara 2 pimpinan...bila dh dpt bantuan dr pihak lagi satu terpaksa plak tolak sbb pihak lagi satu nk sabotaj. haprak.
Lah dari dulu lagi mereka dah buat mcm tu lah, ini bukan benda baru memang dah lapuk, kerajaan ingat kita ni masih bodo kut... Setakat donate wheelchair pun nak semua satu dunia tau, mangkuk punya kerajaan.. Last sekali pasal voting I memang nak tergelak ayat2 bodo .. No comment ... Peace bro
benda sama kite mikir yob... tp deme ni seme akai dh kna ikat dgn sauh dacing berjuta2 tan dh mcm xbole nk gerak lg dh mikir dr sudut yg btoi
dari dlu smpai la nie mmg camtu..
bila ja da pilihanraya depa kalut la nk bgi tue..bgi nie...
bla da plihanraya la calon bn kata smpai x smpat nk tidoq la..kena pi sana pi sini...kenduri kawen kalu dlm kmpung tue da 20, smua dia kata dia pi...tpi bila mai tgk result pilihanraya, dok kalah teruk gak..
depa ingt smua org bodo piang cam depa ka..
la nie smua dah cerdik dah la..bkan cam zaman a. rahman hassan dulu....
aisey man. apa hang mengarut ni.. balik2 isu lapok ni... pak cik tu boleh apply untuk kerusi roda apa. yg dia dok rumah saja tu sapa suruh.demit la hang... cukup2 la dgn isu lapok hang ni
kite sbg islam..wajib menegakkan agama islam..berusaha utk wujudkan kehidupan islam berteraskan undang2 islam...baru boleh jadi kerajaan islam...baru bole laksanakan hukum hudud yg bkn ciptaan manusia...baru boleh hidup aman damai..utk mencapai ini..kite kene ade satu khalifah...ketua yg bole kita ikot..yg boleh bwk kite ke jln lurus..bimbing rakyat...oleh itu..sekirenye kite memilih pemimpin yg korup,kotor,busuk hati,munafik etc..kite juga mendapat saham dosa2 yg dibuat pemimpin tu..oleh itu,boleh memilih parti politik yg salah boleh menjerumuskan kite to hell...so igtlah..islam bukan setakat melaksanakan 5 rukun islam..kite kene amalkan kehidupan islam..pokok pangkalnye semua stat dr rumah...ape yg aku dh merapu ni?thx tot..aku bosan..marking dh abis..
bodo mantot ni..kerajaan bg bantuan ko kutuk..x bg lagi kutuk..ape yg ko nak sebenarnya wei..so what dia heboh-hebohkan? atlast org susah tu dpt jugak bantuan..thats the bottomline..pas,pkr,dap bagi apa? bagi org melayu kene tembak ngan gas pemedih mata, kasi kene tangkap ngan fru..lagi bodo
apasal bila pilihanraya aje baru berdedai nak bagi bantuan,selama ni terlupa ke nak bagi bantuan kerusi roda tu...bottomline??! ko lagi bodo anon...
lah..ko ingat aku join bersih sbb pembangkang suruh ke?
aku join bersih sbb aku nampak mmg pilihanraya kat malaysia ni tak betul.
apa ko ingat orang semua macam lembu?kena tarik baru nak ikut?
selagi kau tak dapat nak berfikir sendiri,selagi tu la kau akan nampak BN ni best gila.
Barisan Nasional mmg suka penyokong yang tak berfikir dan ikut aje kata diorang.sesuai sgt la tu
That's why the education system in Malaysia does not encourage you to think. Or else a lot more will support opposition.
Mantot,
Aku dah puas pikir. Tapi memang ternyata kerajaan cubaan kawen DAP-PKR-PAS(ikut jumlah kerusi dan sapa yang paling kuat dan tarik idung yang lepasnya) memang tak best dan tak reti memerintah seperti BN.
Kau pon join geng2 BERSIH itu hari ye? Bagus-bagus. Kita memang mahukan pilihanraya yang adil. Sebab setakat ni semuanya adil, kerana DYMM YDP Agong pon tak mau layan memorandum BERSIH itu hari dan perkenan BN terus memerintah, Najib jadi PM.
Sebab pe? Kata bersih, tapi last2 terus jadi haram dan kotor sebab Anwar, Hadi dgn Lim Kit Siang datang last2 konvoi naik motor tak pakai helmet kat gate istana.
Sama gak mcm perarakan hapus PPSMI. Naik konvoi motor gak. Marah Pak Samad dan TS Ismail Hussein memorandum dia kene hijack dek brader Anwar.
Stunt rear hole.
ANOTHER MALAYSIAN
eh bukanke time mengundi baru SEMUA party nak turun menyebok n menunjuk muka. standard la beb tuuuuu...ape nak heran dah surat kabar meloya surat kabar kerajaaan takan nak taruk gambar muka depan gambar nik aziz bagi gula2 kot.
kat harakah pon tak taruk gambar najib beri gula2 pilihanraya pun kann...hehehehe
apsal menda ni pun nak jadi isu?ape igt seme orang bodoh ke?
btw ape hal kt blog ni pon dabel standard?
mana pegi gambar2/berita gula2 pelihanraya yg keluar kat harakah seme?? tampal la sekali gambar2 leader2 PKR bagi gula2 kt manek urai sanaaa...hehehehe
takan kat blog si mantot ni pun entry pun dabel standard ala ala utusan meloyaaaa loya??
salam.
BN merupakan parti:
- BARISAN NAK glemer
- BARISAN NAK duit
- BARISAN NAK populariti
- BARISAN NAK tunjuk hebat
- BARISAN NAK ...
maaf nak kate. bukan mengutuk bukan mengata. sejak dari lahir lagi, ketelusan BN mmg tak dapat nak dipercayai. sebab ape? sebab kebanyakan wakil rakyat @ pemimpin sekarang ni TAK IKHLAS untuk memperjuangkan nasib rakyat. kurang atau xde langsung sifat AMANAH. masing-masing dok pikir nak menjatuhkan lawan masing2. pikir glemer. pikir duit. pikir harta. pikir kerabat. pikir kroni. pikir NAK SEDAP.
sifat semulajadi manusia tetap takely nak ubah. sifat TAMAK. kalau kuat mane pon Islam, tapi imannya LULUH, tak jadi ape pon dalam dunia ni. apetah lagi yg bersifat LIBERAL. mulut petah berkata tentang ISLAM, tapi anak bini tak reti pon pakai TUDUNG. sebok tunjuk JAMBUL, sibuk tunjuk RAMBUT GERBANG2. ISLAM kah itu? mana letak IMAN seorang pemimpin tu kalau ANAK ISTERI SENDIRI tak pandai dikawal, dipimpin. LAYAKKAH jadi pemimpin?
perundangan, perlembagaan, peraturan, sumenya cantik ..tip top! giler mantap! tapi ingat, pemimpin dolu, bukan pemimpin skang..kalu approach tak selari dgn perlembagaan atau rules or even motto bersih amanah segala tuh yg they all buat, TU YG BUAT RAKYAT BENGKEK!!!Argh!! giler jahat depa2 nih! aku yg buta politik nih pun tgk sume dpn mata, COMMON SENSE pun tahu menda tu salah la weh! PK la weh..jgn ikut membuta tuli ja!!!Ark!!
aaa...blog ni dah abad ke 23 bru aku nk bca. Haih...
pndangan org yg paling mls berpikir bila bca entry ni mcm aku (coz ngntok) is:
kerusi roda...alhmdulillah beliau bg 5thn skali. kalo beliau bg tiap2 hari alamat tiap2 hari laa bace brita sumbangan krusi roda drpda beliau.
ciao~ nk tido
DAMN AGREE WITH THIS POST!!PILIHANRAYA BR NK NMPK MUKA.MENYAMPAH AK TGK.
Catat Ulasan