Jun 30, 2009

Selamat Bertemu Kembali!

Ahah,sorilah.Lama aku menghilang,baru sekarang ni aku ada masa sikit nak menulis.Banyak benda nak kena setelkan dan baru dalam minggu ni aku boleh rilek goyang kaki.Hehehe,rasa agak bahagia sikit.

Bila difikir-fikir balik,kehidupan kat Malaysia ni seolah-olah memaksa semua jadi hamba masa dan duit.Terkejar sana,terkejar sini,sampai kadang-kadang kita lupa pasal orang tersayang atau family yang sepatutnya kita sayangi gila babi.

Aku selalu terfikir pasal benda ni lepas baca pasal member aku cerita dia duduk kat Norway dan tiap2 hari Ahad,semua pusat membeli belah WAJIB tutup untuk menggalakkan family keluar berjalan-jalan,bersantai-santai untuk menggalakkan terpupuknya keharmonian hidup.Ye lah,kita baca dalam majalah,dalam paper,kes cerai,gaduh merata-rata.Adakah itu salah satu akibat yang berlaku bila suami isteri kena mementingkan kerjaya berbanding kehidupan mereka sendiri.

Aku bagi contoh,seorang member aku yang sudah berkahwin.Isteri dia bekerja kat GOmbakdan dia kerja dekat Putrajaya.Tiap2 hari wife dia akan balik lambat dan dia akan balik on time.Jadi bila malam menjelang tiba,si suami ni akan merasakan ada timbul sifat2 horny dan ingin bermanja dengan isteri.Tapi isteri kata,dia penat,dia nak rehat.Nak tak nak terpaksa la tahan dulu walaupun dalam hati dah macam Gunung berapi nak meletus.

Mula2,boleh tahan,lepas tu terasa perasaan salahkan isteri yang balik lambat.Lama2 mula terfikir nak ringan2 dengan perempuan lain.Haha,aku bukan sexist,cuma ini cerita yang aku dengar dan aku ceritakan kat sini.Kita hidup di Malaysia seolah2 hidup untuk bekerja.Untuk mengejar duit. Sampai kadang2 kita terlupa ada orang yang tunggu kita balik. Aku pun mengalami perasaan yang sama,kadang2 sampai awek aku...eh tunang aku kena maki sebab kacau aku buat kerja.

Oh,untuk beberapa bulan akan datang,janganlah muntah kalau artikel2 aku lebih berunsur kepada kekeluargaan dan kebapaan,hahahaha.Hidayah menyeru,aku ikutkan aje.Mungkin lepas ni update2 porno akan berkurangan,ada dua sebab,satu,aku dah matured sikit dan dua,industri porno Malaysia dah semakin berkurang.Serius shit,berkurang.Yang ada dalam circle pengedar2 ponro Melayu sekarang ni hanyalah rehash porno2 lama.Yang baru?Tak banyak dah. (Jangan tanya mana sumber aku).Jadi,sorilah kepada 300+ orang yang setiap hari mencari porno tapi tersesat masuk ke blog maki hamun ini.

Berbalik kepada cerita kejar duit tadi,aku keluar dengan tunang aku makan dekat Putrajaya tempohari.Jadi turunlah dekat food court bawah Masjid Putrajaya tu,aku tak tau nama dia.Ingat nak minum aje,aku pun duduk la dekat kedai nasi campur kat situ,ingat nak tolong Melayu sebab yang jual tu Melayu.Mintak air tin Kickapoo dengan air mineral.

Pakcik tu kira la.Total dua benda tu,RM5.50.Nak terberak aku kat situ lepas pakcik tu tunjuk cash register.Aku ambik resit,aku tengok air mineral Rm2,air tin RM3,service charge 50 sen.SERVICE CHARGE 10% UNTUK APA?Untuk ambikkan air tin dari peti ais dan bagi kat aku?Straw aku kena ambik sendiri pulak tu,tin tu aku kena bukak sendiriMana servis nya?Ke ni Government punya tax tapi taruk situ service charge ni,hehehe...

Nak marah kat sape aku pun tak tau.Kat Pakcik tu ke yang CEKIK DARAH gila atau kepada tuan punya tempat yang sewa kedainya CEKIK DARAH penduduk Putrajaya dan pelancong atau kepada penduduk Putrajaya yang tak sedar diorang di CEKIK DARAH.Nak aje aku pulangkan balik air tin tu beli kat kedai buku hujung tepi jamban tu. Adik tunang aku datang,order NASIK GORENG KAMPUNG kena bayar Rm9.90.Dia student jadi duit tak cukup terpaksa la pau kakak dia.Aku tengok takde la best mana nasik goreng tu,cuma ada karipap aje sebijik.Makan la dia dengan muka tak puas hati sebab dapat nasik goreng kampung biasa tapi harga macam hotel punya rate.

Tapi sebab semangat Melayu punya pasal aku tahan aje la dan komplen dalam ni.Kutuk belakang2 cukup la.Aku memang suka tolong orang Melayu yang bijak berniaga camni untung besar.Kepada pembaca2 sekalian khasnya penduduk Putrajaya,aku suggest korang pegi try makan situ.Nasi goreng dia takde la sedap luar biasa pun,air tin dia pun RM3.Tapi yang penting,kita mesti pastikan orang Melayu untung besar.

Yeeha!

14 ulasan:

L berkata...

Cis. Aku ingat kau menghilang sebab pergi selamatkan Malaysia.

buruh berkata...

emosinya perempuan diatas.

Tanpa Nama berkata...

yalah..perempuan di atas sungguh tinggi emosinya..sila tukar2 ayat ni dgn kreativiti melayu anda.

Tanpa Nama berkata...

yalah..perempuan di atas sungguh tinggi emosinya..sila tukar2 ayat ni dgn kreativiti melayu anda.

Tanpa Nama berkata...

jangan emosi sangat nanti ke jual wakakakaka

eyucks berkata...

hahaa aku dok cari laa... pompuan mana yang emosi.. ingat dalam artikel mantot.. tgk2 org 1st komen... hahaha mantot.. hg p kedai mana.. aku besa gak jalan2 kot situ.. tapi aku tak brani nak makan minum kat fudcourt2 yg tepi masjid kat tepi tasik tu... takot kena kapak.. tgk2 hg dah p dah dan kena kapak.. mmg konform tak try dah kalau p haha

sepol utusan berkata...

hehehehehhehehe tudc,

pekate kau kapak dlu mak bapak diorg dgn rege tambang yang KAPAK BAPAK, katekn PUTRAJAYA itu eksklusif mabeles dan sebagainya dh tentu mereka xbyk tny... katekan pd mereka mknn dan minuman disediakan pasti mereka xbersoal jwb lelebey dgn kamooo hehehehhee

singgahla makan didepan Pejabat Utusan Melayu Jln 5 Chan Sow Lin Sg Besi satu warung yg bese ala2 rumah setinggan, kau korbankan sedikit wangmu utk mkn disitu... kami menggelarkan towkey kedai MAKCIK KAPITALIS!

mantul berkata...

i like this post! hahaaha..boringla klu hari2 ngadap cite politik je!

"perempuan beremosi tinggi"=anak towkey kedai tu kot? huhuhu..

asparado berkata...

port kapitalis yg slalu kite lupe tp slalu kite kunjungi adalah....

1-ke-ef-si...mekdi..pizahut(nak makan pon kne brator..pastu kite xnak marah walaupun serbis lembab)

2-kat panggong wayang...(air+popkon or hotdog bodo total dh dpt RM11++)
macam laknat!!!

Master Yoda berkata...

Asparado said:

"port kapitalis yg slalu kite lupe tp slalu kite kunjungi adalah....

1-ke-ef-si...mekdi..pizahut(nak makan pon kne brator..pastu kite xnak marah walaupun serbis lembab)

2-kat panggong wayang...(air+popkon or hotdog bodo total dh dpt RM11++)
macam laknat!!!"

Sebab tu la, mase gi wayang, aku bwk beg, bli roti 4 bungkus, air kotak dua,jajan RM 30 sen dua bungjus, br RM 4.OO

Bleh layan Transformers 2 jam setgh...

Save RM 7.00 dr bli popcorn...

Kene bijak beb berbelanja

sepol utusan berkata...

Master Yoda,

Kita SERUPAAAAAAAAA

TUDC,

brani terkam ka hahahahhaha

Mantot berkata...

eh,ape benda guru setan ni?

L berkata...

kenapa orang membahankan screen name aku? hina sangatkah?

Tanpa Nama berkata...

Perempuan beremosi tinggi jangalan emosi tinggi sgt. Dah terasa hina tu, puncanya tinggi sgt emosi lah tu..jgn marah..gurau2 ari jumaat.