Jun 18, 2009

Apa Yang Utusan Nak Capai Dengan Berita-Berita Bodoh Macam Ni?

Perpecahan Melayu teruk
PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah. Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.


Pelihara semangat perpaduan
LEDANG 14 Jun - Masyarakat berbilang kaum di negeri Johor disaran untuk terus memelihara semangat perpaduan yang dinikmati sejak dahulu hingga kini bagi membolehkan keamanan terus terjamin.Menteri Besar Johor,Datuk Abdul Ghani Othman berkata, persefahaman yang telah diwujudkan antara kaum Melayu, Cina dan India di negeri ini perlu dikekalkan bagi memastikan Johor terus memacu kemajuan.

Menteri Besar turut mengingatkan semua anggota masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan segelintir pihak yang cuba membawa perubahan di negara ini secara radikal tanpa menghormati keharmonian masyarakat."Sama ada berasal dari kampung atau ladang, kesusahan hidup kita dahulu telah pun diatasi dan kita kini menjalani kehidupan yang lebih baik.Lebih penting, kita sudah menerima antara satu sama lain dengan penuh rasa hormat dan percaya antara satu sama lain," katanya.Sementara itu, pada majlis berkenaan, Abdul Ghani turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 daripada kerajaan negeri bagi membantu menampung kos pembinaan pintu gerbang Kuil Subramaniar serta memperluaskan dewan serbaguna kuil berkenaan.Menurut beliau, komitmen kerajaan bukan sekadar membantu pembinaan masjid-masjid, malah memelihara kepentingan kaum lain yang memerlukan kuil dan tokong.


Jangan khuatir perpaduan Melayu
PETALING JAYA 13 Jun – Rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama tidak harus khuatir dengan cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah baik untuk kestabilan negara.Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata,perpaduan antara dua parti Melayu yang terbesar di negara ini tidak akan mengancam kaum-kaum lain."Sejarah negara ini membuktikan bahawa apabila kaum Melayu bersatu dan mentadbir negara ini, mereka akan menjaga kebajikan semua pihak tanpa mengira kaum dan ajaran agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat PJS8 di sini hari ini.


Melayu di ambang perpecahan
ALOR SETAR 11 Jun - Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Aziz Deraman berkata, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang "kacau bilau".

"Kepimpinan baru negara memperkenalkan gagasan '1Malaysia' dengan matlamat utama mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. Perpaduan tidak mudah dicapai tanpa menekankan kepada nilai-nilai budaya.

"Keberanian baru orang bukan Melayu akhir-akhir ini sudah tidak terbendung dan penentangan berterusan tanpa tindakan akan hanya membawa kemusnahan kepada negara," katanya.Beliau berkata, seluruh pemimpin dan lapisan rakyat Malaysia perlu menghayati dasar-dasar nasional khususnya perlembagaan dan Rukun Negara selain faktor geografi dan demografi serta sifat-sifat negara bangsa untuk mencapai impian 1Malaysia.


Jangan biar peristiwa 13 Mei berulang
PADANG BESAR 10 Jun - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kejadian 13 Mei 1969 agar peristiwa hitam yang berlaku akibat salah faham kaum itu tidak berulang.Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, peristiwa terburuk perselisihan kaum itu wajar menjadi teladan kepada semua pihak terutama masyarakat majmuk hari ini.Katanya, golongan muda perlu menjadikan peristiwa tersebut sebagai teladan hidup dan berusaha keras agar ia tidak akan berlaku kali kedua.

"Pakatan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang memerdekakan negara pada 1957 mestilah dikekalkan. Kini, kita semua hidup dalam serba senang di tanah air sendiri."

Beliau membuat peringatan itu kepada rakyat ketika berucap merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Seri Aman di sini malam tadi.Sehubungan itu, Md. Isa meminta rakyat agar jangan sesekali terpengaruh dengan sesetengah pihak yang mahu mencetuskan konfrantasi kaum kerana pihak berkenaan memiliki kepentingan politik tersendiri.Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis mengajak rakyat supaya sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sekian lama terbukti menjaga kepentingan rakyat seluruh negara.

"Sekarang macam-macam usaha parti tertentu kononnya mereka adalah pakatan yang baik. Ketahuilah bahawa parti pakatan yang terbukti baik di Malaysia adalah BN.Ini bermakna rakyat seluruh Malaysia mesti mendahulukan BN di setiap negeri.Jadi, kenalah kita kembalikan pentadbiran di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kepada BN,"tegasnya.

Pada majlis itu juga, Menteri Besar turut menyampaikan bantuan bernilai kira-kira RM3,000 dari Unit Khidmat Penyayang Perlis kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan miskin.Bantuan itu adalah makanan harian dan tuala kepada 30 keluarga miskin dan empat kerusi roda kepada orang kurang upaya (OKU).Para penerima terdiri daripada Melayu, India, Cina dan Siam.


YA ALLAH...BODOHNYA BERITA-BERITA YANG DITULIS OLEH AKHBAR NASIONAL MALAYSIA.PIHAK APA?SIAPA YANG NAK PECAH BELAHKAN MELAYU?SEBAB ORANG TAK SOKONG UMNO JADI MELAYU PECAH?HABIS BERITA AJE MESTI ADA BAGI BANTUAN DEKAT SEMUA KAUM.INGAT RAKYAT NI MANGKUK KE?DAH LA AYAT TU ADA YANG BERBUNYI UGUTAN...

DAH LAMA DAH AKU PERHATI BERITA-BERITA UTUSAN NI MAKIN HARI MAKIN MENGARUT.ARTIKEL TAKDE NAMA PENULIS PUN BOLEH SIARKAN.TAH AMBIK KAT BLOG MANA TAH.

26 ulasan:

papot berkata...

penulis dia bodoh lah tuh. tak habis sekolah

yoblehsastra berkata...

satu skima untuk menyelamatkan umno yang nak tenggelam! pembaca sudah bijak menilai berita. cubaan menipu rakyat yang diulang-ulang.

Tanpa Nama berkata...

aku dah bosan dengan taktik2 bn.. aku rasa aku nak pilih mantot sebagai perdana menteri la... hehe.. hidup mantot...

Tanpa Nama berkata...

MB Perlis bagi bantuan rm3000 kat 30 keluarga? brape sen je sorng dapat?

Tanpa Nama berkata...

hmmm...ni la dikatekan pemimpin tak guna akal utk berfikir...main cakap je...lps tu tak buat analisa....bangang! pemimpin mcm ni ka yg perlu kite angkat dan hormat...?

Tanpa Nama berkata...

umno dah hilang popularity ... nak rakyat tau umno masih perlu sokongan kita. poooorahhhh..

Tanpa Nama berkata...

Mantot,

Berita berita kat web dan blog2 ni pon bodoh gak:

http://suarakeadilan.com
http://harakahdaily.net
http://malaysia-today.net
http://perakexpress.com
http://perisik-rakyat.blogspot.com
http://anwaribrahim.com
http://blog.limkitsiang.com

dan berbagai-bagai lagi blog se'aliran' dengan yang atas tu. bahkan sume artikel dalam web/blog tu bodoh-bodoh belaka tot tak payah cut n paste kat blog kau ni.

Fair n Square? Ikut suka la nak baca main stream cam utusan ka,blog bodo ka. Kata kebebasan bersuara yek.Takkan tak ada kebebasan membaca untuk rakyat.



ANOTHER MALAYSIAN

EQUILIBRIUM berkata...

pada org cakap melayu berpecah dan mkin lemah tolong terang dimana pecah dan lemah itu?

lepas tu korang banding 20 tahun lepas dimana kuat dan hebat sangat melayu tu?

teman nak tengok juga hujah golongn yg celik sangat ni.

paiseh berkata...

degil.. org cakap boikot tu boikot je laa..!

Mantot berkata...

aku betul2 tak paham apa masalah ko another malaysian.

kalo ko baca betol2 apa yang aku boldkan,byk berita yang kontra antara satu sama lain.

sorang suruh kuatkan kerjasama antara kaum,sorang kata melayu perlu bersatu,sorang kata UMNO ngan PAS kena bersatu,sorang lagi kata orang bangsa lain TAK PERLU TAKUT PERPADUAN MELAYU...

masalahnya,ada lagi sorang kata Keberanian Orang Bukan Melayu Akhir-AKhir Ini Sudah Tidak Terbendung...

Kalo ko baca utusan dan kau tidak reti berfikir,mana satu yang ko nak ikut?sebab tu aku kata UTUSAN TU BODOH.

Sebab diorang sendiri takde pendirian bila siarkan artikel.

Ko takkan tak nampak ayat2 desperate cam :

Menurut beliau, komitmen kerajaan bukan sekadar membantu pembinaan masjid-masjid, malah memelihara kepentingan kaum lain yang memerlukan kuil dan tokong.

Ketahuilah bahawa parti pakatan yang terbukti baik di Malaysia adalah BN.Ini bermakna rakyat seluruh Malaysia mesti mendahulukan BN di setiap negeri.Jadi, kenalah kita kembalikan pentadbiran di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kepada BN,"tegasnya.

Bodoh.
Apa,menteri ingat rakyat kena ikut pilihan dia?

noni berkata...

another ngok..

Semi berkata...

Salam, cium tangan..
Bukan tangan pak menteri..
Tapi MAK ngan PAK kita lah woi...

Dengar cakap...
Bukan pak menteri...
Tapi Tuhan dan Rasul kita lah woi...
Pastu, mak ngan pak kita la woi...

"Taatlah kamu pada Allah dan taatlah kamu pada Rasul... dan kepada pemimpin2 kamu, SELAGI MEREKA BERLAKU ADIL..."

"Keredhaan Allah di dalam keredhaan walid. Kemurkaan Allah di dalam kemurkaan walid.."

*walid tu rujuk pada mak pak la..

Takde pun cakap redha pemimpin?
Pastu pemimpin tak adil camna?
Sah-sah takyah taat!
Ape lagi nak hurmat?...

Kalu madey tak adil, dia salah.
Kalu najib tak adil, dia salah.
Kalu nuar tak adil, dia salah.
Kalau nik aziz tak adil, dia salah.
SALAH TETAP SALAH.

Skang ni sapa yang terang2 tak adil?
haaa..?

Semi berkata...

Salam, cium tangan..
Bukan tangan pak menteri..
Tapi MAK ngan PAK kita lah woi...

Dengar cakap...
Bukan pak menteri...
Tapi Tuhan dan Rasul kita lah woi...
Pastu, mak ngan pak kita la woi...

"Taatlah kamu pada Allah dan taatlah kamu pada Rasul... dan kepada pemimpin2 kamu, SELAGI MEREKA BERLAKU ADIL..."

"Keredhaan Allah di dalam keredhaan walid. Kemurkaan Allah di dalam kemurkaan walid.."

*walid tu rujuk pada mak pak la..

Takde pun cakap redha pemimpin?
Pastu pemimpin tak adil camna?
Sah-sah takyah taat!
Ape lagi nak hurmat?...

Kalu madey tak adil, dia salah.
Kalu najib tak adil, dia salah.
Kalu nuar tak adil, dia salah.
Kalau nik aziz tak adil, dia salah.
SALAH TETAP SALAH.

Skang ni sapa yang terang2 tak adil?
haaa..?

Tanpa Nama berkata...

ANOTHER MALAYSIA, aku tgk post2 ko bf this mmg fanatik gile dgn sifat perkauman ko...ape agama ko?kalo ko muslim, ko xterase langsung ke sifat2 racist tu salah?..renungkan lah ye...

"Wahai Manusia! Tuhan kamu itu esa dan dan kamu semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada orang Arab yang lebih mulia dari orang bukan Arab atau orang bukan Arab lebih mulia dari orang Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih), selain daripada belas kasihannya. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh." (Sabda Nabi Muhammad s.a.w)

-Sabariah-

Tanpa Nama berkata...

Semi,

Jawapan yang terang2 tak adil mengikut ranking kau:

1) Anuwar - sebab ehem2..tau2 la part mana yg dia suka.

2) Nik Ajiz - tak adil sbb suh Ust Nasha resign atas arahan Anuwar

3) Najib - sbb tak bagi Rosmah amik legal action kat orang yang buat video dia

4) Madey - sbb bagi Pak lah jadi PM untuk 4 tahun, kalau tak takyah kita melayan kerenah bung Anuwar skang ni


Ha...skang pi tolong cakap kat si Sabariah kita semua dah letih tengok orang-orang copy paste ni.



ANOTHER MALAYSIAN

Tanpa Nama berkata...

benda subjektif la...yg korang nak klasifikasikan buat per....lagi satu aku tgk website mantot ni byk TOOL...hahaha..mantot pun ada tool...si paiseh ngan first nama anonymous.lawan la ngan fakta...ni ikut je bontot blogger...

Tanpa Nama berkata...

kalo hati dah hitam mmg susah nak tolong dah...bende2 yg halal di haram kan & bende2 yg haram dihalalkan..

-sabariah-

Tanpa Nama berkata...

oppss..bf that, bro 'ANOTHER MALAYSIAN' ko still tak jawab lagi soalan aku kat atas tu..nape? malu? xde idea nak counter? kalo setakat ckp "Ha...skang pi tolong cakap kat si Sabariah kita semua dah letih tengok orang-orang copy paste ni." serupe xpyh..nmpk sgt nak cover malu..itu hadis nabi abg oii..niat aku nak ingatkan org cam ko yg kalo muslim, mane ade agama Islam ajar suh ko jadi fanatik & taksub dgn kaum.. ini la yg dikatakan menghalalkan yg haram..
SAMDUL betul la mamat ni...

-sabariah-

humanbeing berkata...

isk.. jangan emo2..

balik pada entry, ada gak kawan-kawan yang masuk paper, tapi memang kaw-kaw selalu salah fakta, yang tak dikatakan, tiba-tiba berkata.. kemudian, fakta tunggang terbalik, kalau tahu benda tuh memang lah sangat kelakar. sampai kawan tuh terpaksa buat statement semula pada kenalan-kenalan dia nak counter balik.. tak reliable langsung

hurm, wartawan nih ada etika tak eh? takkan lah peguam n doktor je ada oath, keje lain?

Master Yoda berkata...

Salam

Senang baca dua2, main stream ngan alternatif media...pastu pikio la sendiri...

Bagu aku, parti memerintah di Kerajaan Pusat, nak kekal berkuasa, akan gune la tipu, bohong dusta bla2 ape saje tool nk bg rakyat telan je ape yg diorg wat...

Tuk parti yg gagal memerintah di Kerajaan Pusat, buktikan kesengalan parti memerintah dan jgn lupe perbaiki parti diri sendiri dulu...nk jadi alternatif parti memerintah, maknenye kene prepare la dr sume segi dan even better dr diorg bile memerintah..

Tup2 kalau dh jadi parti memerintah sok same je mcm skang, org kan pikir, sama je dua kali lima

Baik tak payah....

Sbb tu aku tak pnah masuk Parti mane2....

Baik aku sokong certain2 tokoh dlm Parti2 tertentu yg bagi aku bgus dr segi penampilan dan cara hidup....

Tapi of course la bukan dr parti pemerintah...95% tak leh pakai....Yg diorg tau hanya tipu, nk deviate perhatian org dr kekantoian diorg....

Cth isu PPSMI....Aku mengajar tuisyen.aku tau la seksanye bebdk sek ni nk adapt ngan mende ni...

Tup2 alih isu nk jadikan BI mata pelajaran wajib lulus la, 10 mata pelajaran je wajib amik tuk SPM la.....

Sume tu nk tutup and deviate perhatian masyarakat drpd kekantoian diorg...Sori la menteri2...Kitorg bukan ngok

Kami yg lahir thun 80-an ni bukan generasi thun 50-an yg blh ditipu dnegan Ketuanan Melayu...Most of us dh ade diploma dan degree,ade Master blh piki....

Ketuanan Melayu ni sume hanya alasan tuk jadikan Melayu jadi lagi pemalas, n bukan rajin....Blah la ketuanan ni...

To make us vote for u next G.E, show that certain2 isu yg critical mcm PPSMI ni solve...Tak yah putar belit mcm ular....

Klu tak mampu solve, baik korg ngaku je la yg korg tu beng** dan berundur dr memerintah....

Same as parti alternatif ni, klu korg wat suwey, pn blh jalan la nk vote korg lagi bile2...

Kuasa di tangan rakyat yg berpikir, bukan yg dicucuk akalnye mcm lembu....

Chaw....

Salam

zahidi hamidi berkata...

isu komunis tak jadik, isu UG pon tak jadik....kah kah kah kesian

kutubkhana berkata...

well said master yoda.

PKR ke BN ke.

lebih kurang je.

dua2 ada pemimpin2 yg tolol.

racial based? kita dah lama diracial basedkan. skolah asing2. berparti pun asing2.
both sides. PKR or BN. dlm PKR ada DAP/PAS/keadilan dlm BN ada MCA/MIC/UMNO.

apekesss?apa yg berbezanya PKR bebanding BN? bagi aku dua2 nya sama je.

berani ke PAS/DAP/keadilan disbanded their ideology n united under one party named PKR?

berani ke UMNO/MIC/MCA disbanded their ideology n unite under one party named BN?

so selagi menda tu pemimpin2 keatas tu tak buat. then tolonglah stop talking craps about perpaduan itu ini, 1 malaysia lah apelah.

n pls la tayah nak menguna2kan parti utk rakyat crap apelah. just namekan je parti gila kuasa. kang senang.

loya la mata tgk fanatik2 yg taksub nih. nama je skolah tinggi masing2. tapi cara berfikir jumud dan sempit.

begadoh2 la korang melayu semer.ego masing2 fuh hebat2 belaka.yg bodoh dah la taleh nak ditnjuk ajar pastu suka nak menunjuk 'pandai'.

tunggu jelah somebody else will take over baru.baru korang tahu sape bodoh sape yg pandai.siapa diatas siapa dibawah.

berpada2lah braderrrr.manusia ni tade yg perfect. tak kiralah najib ke nik aziz ke.

admin berkata...

utusan sux, begitu juga dengan tv3. bila nak pilihan raya je,
semua cari point nak berpihak pada BN/UMNO dan segala.
taktik kotor, jelik, padahal same-same melayu. actually, siapa yang berpecah? bodohla.
bila lah malaysia nak jadi btul2 1malaysia kalau benda simple ni pun tak boleh nak bersatu? haha. kelakar la 1 malaysia. satu agama pun tak tercapai lagi.hudud pun tak leh nak capai, sebab tu, Nik Aziz cakap sape sokong UMNO masuk NERAKA, berita tv3, 18/08 semalam. and of course, dia cakap ada sbb,tv3 highlight benda tu je, bukan nk bgtau abis2. saje nak bagi penduduk kampung confused. well, skrg semua org internet je. berita tak layan la. to hell. berkata benarlah walaupun ianya pahit. buat tv3, bertindak sebagai batu api pulak. penghasut! so innoying. berubahla.

Tanpa Nama berkata...

a'u'zubillahminzalik..
jauhkanlah aku dan umat2 islam drpd dosa mengumpat dan mengfitnah,,,

Hani. S berkata...

setuju gn org kat ataaaaaaaas tuh, ko je lah jadi pm En.mantot. hehe.
dah bosan nak naik stress tgk gov skrg.

syara berkata...

sgt setuju ngn mantot, semi, sabariah and master yoda. ketuanan melayu craps ni hanya wat kan melayu makin malas, mua, mengada-ngada dan perasan hebat je. aku melayu tp aku malu ngn perangai mcm tu. x kira la apa bangsa pun kita, nak capai sumthing kene usaha xde jalan mudah or sebab ada hak2 istimewa. Kita semua sama saja darjatnya di sisi Allah. yg membezakan cuma iman dan amal ibadah