April 28, 2008
Dari CursingMalay : Pengumuman Penting!
Aku tahu dengan meletakkan gambar amoi ni akan dapat menarik perhatian orang untuk membaca.Amoi ni aku tangkap masa ada motor show dekat Cheras hari Ahad haritu dan amoi ni punye pose memang sangat manja.
Aku akan berhenti mengupdate blog ini selama 2 minggu atas sebab tertentu2 di mana aku akan menghilangkan diri untuk seketika akibat daripada tekanan hidup di Malaysia ini.
Jadi apabila pulang nanti aku akan mengupdate blog aku dengan gambar-gambar porno yang lebih hangat dan kutukan2 yang lebih pedas.
2 minggu je.Tunggu aku kembali kalau sudi nak tunggu.
April 27, 2008
Local Music : Butterfingers - Seribu Tahun
Saje nak promote sebab tak ramai band2 Malaysia yang main muzik sendiri
Bola Malaysia : Klasik Gila
Teringat balik kenangan2 dulu.Best jugak game ni sebab dua2 team main cun.Zainal Abidin Hassan siap kene buang lagi tu.
April 26, 2008
Kempen Selamatkan Altantuya
Kenapa takut?
Kenapa takut sampai time solat Jumaat pun bodyguard kena jaga dekat belakang.Kenapa takut sampaikan bodyguard tu diarahkan jangan solat Jumaat untuk menjaga bos dia.
Apa yang ditakutkan sangat oleh orang2 VIP kita ni?Takut kena culik?Takut ada orang datang tumbuk?Takut ada orang pergi pepper spray muka?Takut ada mat dadah datang "pau" duit?
Kalau anda takut,mesti ada sebab.Mungkin anda tengok cerita hantu,mimpi ngeri ataupun anda buat salah.
Tak mungkin pemimpin2 kita tengok cerita hantu,sebab diorang kuat bekerja,mana ada masa nak layan DVD.Mimpi ngeri takde la nak mempengaruhi hidup sampai takut sebegitu rupa.
Ada buat salah?Ada buat silap?Ada buat jahat?Sebab tu takut ada orang marah?
Bila kita ada buat jahat,memang la kita akan jadi takut2.Pencuri yang pernah mencuri disatu tempat sebelum ni,bila dia pergi balik kedai dia mencuri dulu mesti ada rasa bersalah dan takut2.
Jadi kalau pemimpin kita buat jahat dekat negara sendiri,macam mana dia nak hidup tenang dalam rumah sendiri.Pergi mana2 pun takut ada orang balas balik.Hidup tak keruan,jalan pun sentiasa pandang kiri kanan.Bodyguard keliling nak protect.
Kalau tak buat jahat orang tak marah.Pemimpin buat jahat satu negara marah.
Pasang la berapa orang bodyguard pun.Takde nye nak boleh buat anda happy balik.
Hiduplah dalam ketakutan sampai senyum pun anda dan bini anda tak mampu.
Sebab itu je yang anda deserve.Padan muka.
hati susah tidur pun tak nyenyak
Jalan pakai kapal terbang merata-rata
Diri sedar rakyat semua dok mengata
Tersilap sikit semua kes nak tutup
Argh,aku dah buat perempuan meletup
Nak buat macam mana
Itulah dia pemimpin Malaysia
Tengah meeting boleh tertidur lena
Mati nanti meetinglah di neraka
April 24, 2008
Kepimpinan Malaysia Kempunan Telur Ikan Tembakul
Tentu anda semua mengetahui kisah Batu Belah Batu Bertangkup.
Aku tak tau lah,dulu masa aku kecik2 aku memang marah betul dengan anak lelaki dia,si Pekan sebab ambik jugak telur ikan tembakul Mak dia.Kesian betul mak dia kempunan telur ikan tembakul.
Tapi sekarang ni,aku rasa,Mak dia yang silap.Mak dia tu buruk perangai.
Fikirlah,anak kecik anda mintak makanan.Aku rasa,sebagai ibu bapa yang baik,walaupun anda tak dapat makan,tentu anda akan pastikan yang anak anda kenyang dulu baru anda.Dah lah lepas tu dia pergi bunuh diri dekat Batu Belah,anak2 dia tu siapa yang nak jagakan?Pada aku,Mak dia seorang yang pentingkan diri sendiri.Dia marah sampai sanggup buat macam tu dekat anak2 dia.
Dia bukan ibu yang baik sebab ibu bapa penyayang akan dahulukan anak.
Dan situasi tu sekarang nampak berlaku kepada kepimpinan Malaysia di mana lebih ramai pemimpin di Malaysia yang "kempunan telur tembakul" dan mesti merasai keenakannya.Tapi masalahnya,dah tak dapat telur ikan tembakul,bukannya diorang nak pegi bunuh diri,tapi still terkejar2 nak jugak rasa.
Rakyat yang sepatutnya dianggap sebagai anak dibiarkan kempunan melihat Pemimpin2 "berjiwa Rakyat" dan "bekerja keras" ini melahap semua jenis telur2 yang ada dimuka bumi Malaysia ni sehinggakan telur2 yang haram pun diorang nak sapu.
Takpelah,mungkin legenda dongeng Batu Belah tu lah yang dijadikan guideline dan pengajaran oleh pemimpin2 Malaysia untuk memerintah."Aku pemimpin dan aku kena pastikan aku tidak kempunan.Aku tidak mahu jadi seperti ibu si Pekan itu"
Takpelah wahai pemimpin,makanlah dulu sepuas2 nya telur ikan anda.Satu waktu nanti,Batu Belah akan datang melahap anda balik.Pada waktu itu,kami,si Pekan akan ada ibu angkat baru.
Malaysia Yang Mahal
Tiba-tiba dia stop,pastu dia mengeluarkan satu pendapat."Eh,sir,why in Indonesia,my dad give me allowance,100,000 rupiah.I can survive with that money for satu minggu."
Member aku tanya balik,"100,000 rupiah convert duit Malaysia berapa?"
"Rm50.Here Rm50 is like for 2 days,3 hari sudah habis paling lambat"
Bila aku fikir2,RM50,buat belanja 3 hari habis la.Kalau bawak kereta 2 hari dah lesap.Tu pun mungkin untuk minyak je kalau hari2 berulang.Mungkin ada yang akan bangkang cakap apasal tak beli kereta yang save minyak?Belilah kereta yang save minyak.
Memang la senang,beli je la Kancil.Tapi pernah ke anda dengar orang2 yang pakai kereta yang sepatutnya ekonomi macam Myvi dan Saga lama (Saga baru aku tak tau) tapi still mengeluh pasal minyak.Mesti ramai kan?Jadi kalau anda dah beli Myvi dan perbelanjaan minyak anda still teruk,siapa yang anda nak salahkan?Mungkin anda mungkin tak faham kot apa yang aku cuba cerita ni.
Maksud aku,
kuasa Pembeli dekat Malaysia ni takde sebab pengguna kat Malaysia bodoh2.
Sebab kita beli sesuatu benda tu,walaupun benda tu dah jadi keperluan,kita takde choice.Kita telah dilimitkan oleh apa yang kita boleh beli,tempat mana yang kita boleh makan dan pusat percutian mana yang kita mampu pergi.
Tapi kita still beli jugak.
Orang Malaysia kaya-raya semua.Banyak negara lain,gaji dua bulan dah boleh beli kereta cash.Kita bayar kereta tiap2 bulan selama 9 tahun.Orang putih minum kat Starbucks macam kita minum kat kedai kopi tepi jalan.Kita bila minum kat Starbucks,mulalah nak rasa kita best gila.Seteguk kopi one shot harga dia lebih RM5 dan orang kita still ada yang pergi minum situ.
Jadi,kalau anda rasa perbelanjaan anda still tak cukup walaupun gaji anda dah cukup besar,mula2 sekali salahkan diri anda sebab anda takleh kontrol diri anda.Kalau anda rasa itu bukan salah anda sepenuhnya,salahkan pentadbir ekonomi negara.Sebab itu hak anda nak berbelanja.Rm2000 kat Malaysia ni berapa la sangat.Bandingkan nilai 2000 tu dekat negara2 lain dan TOLONG JANGAN CONVERT.Ambik nilai dia 1:1
Kita negara membangun tapi ekonomi duit poket kita ni macam duduk kat negara maju.2000 kat tempat lain tu dah kira mewah dah.
Siapa yang boleh betulkan negara kita ni?Mana hero reformasi ni?Bila dia nak bukak langkah?
April 23, 2008
Kutuk Melayu Tahap Racist : Datuk-Datuk Yang Eksyen
Jadi sampai la sebaris VIP ni didahului oleh kuda kepang yang dibawak oleh budak foreign,hehe.
Masuklah si Polan ni dengan bini dia,Datin X.Mak aih.Muka tak reti senyum langsung.Macam palat muka.Tak reti nak buat mesra langsung.Muka masam mencuka dan jalan tak pandang kiri kanan langsung.Aku menyampah betul bila jumpa pemimpin macam tu.
Jadi Datuk pun sebab keturunan ko.Yang bini tu pun satu,tak reti langsung nak nampak ciri2 pemimpin disayangi.Ni belum lagi jadi pemimpin paling tinggi sekali.Lepas Si Polan dan bininya lalu tetiba ada pulak seorang artis dengan abangnya.Eh?Artis ni?Apa yang dia buat dekat sini?Ini konvokeseyen,bukan konsert.
Jadi lepas habis semua ada makan2.Aku pun makan la ngan member aku.Habis makan aku gi la tandas nak cuci tangan.Masuk bilik air aku beratur la sebab ada orang pakai sinki.Bila aku nak ambik tisu,ada sorang budak depan aku.Tetiba ada lagi sorang mamat tepi aku.Terus dia tarik tisu yang budak tu tengah tarik dan ambik tisu untuk dia dan blah.Takde senyum takde kate "kejap ye dik".Dah la potong line aku pulak tu.Dialah Abang Sayang kepada artis tersebut
Jadi,persoalannya kat sini,kenapa bila dapat gelaran Datuk tu korang rasa korang bagus?Sebab dapat Datuk tu korang rasa lagi mulia dari orang biasa ke?Kena jadi orang biasa ke baru boleh treat orang lain dengan elok?Mungkinkah gelaran Datuk kat Malaysia ni sebenarnya adalah satu status yang membuatkan korang "golongan bangsawan?"
Kenapa kat Malaysia bila dah dapat Datuk,90% orang tu akan jadi perangai tahap anjing?Pemimpin kat Malaysia ni sebenarnya ramai sangat yang sekadar nak memimpin untuk rasa kuasa.Siapa yang dipimpinnya pun aku tak tau,mungkin haiwan2 liar dan buruh2 haram saje yang menyokong.Majoritinya aku rasa boleh kira dengan jari pemimpin yang dekat dengan rakyat.
Setakat naik basikal,naik motor masuk ceruk kampung nak berkempen pilihanraya 5 tahun sekali,takyahlah.
The people shouldn't be afraid of the government,
The government should be afraid of the people
April 20, 2008
Film Review : [REC}
The story is about a young,pretty,hot and sexy TV reporter name Angela (Manuela Valesco) and his cameraman Pablo(we never see his face) doing a recording for their shows of what happens during the night in the society.That day,they are supposed to cover the Fire Brigade to see if there is any emergency happen,follows the firemens and shoot the situation.
Later on,they got a call from a woman from a 3 floor apartment building who reports that her neighbours ,an old lady were screaming in her apartment and she asked the fire birgade to check it out.A simple routine check for the firemens and at least some footage for Angela and Pablo to shoot.Daily routine job.
How wrong was them.
Not to spoil anything for you I will just say that this is a "zombie" horror movie.It does starts slow and beginning to pick up pace when they arrive at the old lady's apartment.Bare the first 15 minutes.The film is shot by using the same point of view style used by Blair Witch Projects,Cannibal Holocaust and recently Cloverfield.For those who cannot stand to watch Cloverfield,do not watch this film.
It can give you the same nauseating feelings,maybe not as bad as Cloverfield.
And it is scarier.
The film theme is around abandonment and confinement,how to survive when you are trapped.How to survive when everyone's else is not there.This film is creepy because it does based itself on reality.Reality on how we talked,on how we react to something (maybe some part is quite weak) but most of it are real.This film is one of the creepiest film that I have seen.The style of it is really different compared to Asian horror film.
The weakness is that,there is nothing new for you to see here if you are a zombie movie fans.It's the same old stuff taken to a new height of creepiness.Make sure don't cover your eyes for the last 20 minutes if you are a true horror fans.
Hauntingly,the ending will leave you asking more and still wanting more.
It was breathless.It was downright creepy.
Rating : 8.5/10
Genre : Horror
Tips To Improve Your Browsing Speed
This is mostly for Mozilla Firefox User.Some function can be use for Internet Explorer.
First,for those who don't know,if you press the Scroll Wheel,it is normally called "Mouse3 Button"
1) Did you know that by just double clicking an empty space besides your tab,you can create a new tab.
2) To close a tab,just press your Mouse3 on the Tab label
3) To resize the text size easily,press CTRL and MouseWheel scroll Up or Down
4) To easily open a link in a new tab,just press the link using the Mouse3
5) Tired of holding the mouse button to scroll down a page,just press the Mouse3 once and drag your mouse
That's all the tips that I could think of right now.Hope it helps!
Happy surfing!
Resipi Orang Bujang : Sambal Telur Ikan
Bahan-bahan:
3 biji Telur Ikan
1 Ulas Bawang Besar
Gula
Garam
1 labu Bawang Besar
3 sudu besar Cili giling/Cili Boh/Cili blend
Cara Menyediakan:
1) Goreng telur ikan.Telur ikan tu bolehlah digoreng secara terus ataupun diperap dahulu dengan sedikit garam dan kunyit.Aku goreng dulu sebab cepat sikit nak masak dan bau hanyir dia kurang.Tak nak goreng dulu pun takpe.
2) Sambil telur tadi digoreng,potong bawang besar (aku pakai bawang besar sebab senang potong) nipis2
3) Bersihkan kuali atau gunakan lagi satu kuali (untuk org yang ada 2 kuali) dan taruk minyak sedkit sahaja.Tumis bawang tadi sampai mengeluarkan bau.Jangan sampai dia hangit,nanti sambal jadi pahit.
4) Masuk cili giling tadi ke dalam dan kuali dan masukkan setengah cawan air.Kalau nak kuah banyak masuk lebih lagi air,kalau suka kering,sikitkan air (ini ikut mulut anda lah).Biarkan sampai mendidih.Pastikan api tak berapa besar.
5) Masukkan garam dan gula (secubit garam cukup dan 1 sudu kecik gula jadila)
6) Masukkan telur ikan yang sudah digoreng tadi.Tutup dengan penutup dan biarkan ia mendidih didalam kuah selama 3 minit.Pastu boleh makan.
Telur ikan boleh digantikan dengan aoa-apa pun.Ayam,ikan,sotong,telur.Senang je masak sambal ni.
April 19, 2008
Food Review : Rojak Tepi UNITEN
Mungkin ramai yang tak tahu ada wujud komuniti penjaja bergerak dekat tepi highway sehala dengan pintu masuk UNITEN,on the way ke Restoran Beriani Gam Putrajaya.
Aku dah lama jugak tak lalu situ sebab jarang nak ambik exit masuk ke situ,selalunya aku menghala terus ke arah Cyberjaya.Jadi minggu lepas aku pun lalu situ balik dan terkejut jugak aku,tempat tu dah ramai peniaga.Mula-mula dulu ada satu je gerai goreng pisang kat situ yang meniaga secara haram.Sekarang ni dah dijadikan tapak perniagaan.
Aku berenti la situ sekejap,tengok still ramai yang jual kuih-muih dan ada 2 gerai jual rojak dan cendol.Siap ada satu lagi gerai jual sup tambah lagi satu jual nasi ayam.Yang lain2 aku tak try lagi.Aku try la rojak kat gerai ni.Peniaga dia perempuan India Muslim 2 orang dan sorang lagi lelaki.Lelaki tu buat cendol perempuan 2 orang tu siapkah rojak.
Ada rojak mee,mee rebus,rojak sotong,rojak biasa dan lain-lain lagi.
ROJAK - Huhuhu.Aku orang Kedah jadi makanan2 macam rojak dan mi rebus ni memang senang nak dapat.Memang dah lama aku tak makan rojak,last sekali aku rasa kat Restoran Mamak mane tah.Tak sedap langsung.
Tapi rojak ni best.First sekali,yang paling aku suka,cucur udang dia.Rangup gila.Tu syarat nombor satu rojak yang best.Tauhu dia pun aku bole rasa fresh dan baru lagi.Yang paling special,kuah dia.Tak terlalu manis sampai aku naik loya,cantik je level dia dan tahap kepedasan dia memang cun,cantik2 je pedas tu rasa2 kat hujung mulut je.
Ni lah rojak paling best aku pernah rasa kat area KL/Selangor ni.
Rating 10/10
ROJAK SOTONG - Rojak sotong ni lain sikit sebab biasanya tempat2 lain pakai sotong besar tu yang direbus jadi rasanya ada tawar sikit.Tapi gerai ni pakai sambal sotong.Pedas jugak rasanya tapi puas sebab banyak sotong yang di letak.Lain-lain sama je isi dia dengan rojak biasa.
Aku tak berapa suka sangat sebab rasa pedas sambal tu macam berlawanan dengan rasa kuah kacang rojak tu.Tapi still sedap.Mungkin lepas tu aku mintak dia asingkan dulu sotong tu letak tepi,biar aku yang gaulkan sendiri.
Rating - 8/10
CENDOL - Cendol dia,dukacitanya masa aku try first time,cair sangat.Gula dia tak rasa sangat dan bila aku kacau,boleh rasa dia sangat cair.Hari rabu haritu aku pegi lagi sekali,try balik.Ada beza.Lagi sedap.Tapi still pada aku tak berapa kaw sebab cendol dia still cair.Mungkin mulut aku suka yang pekat dan manis je.
Rating 6/10
Jadi,kepada sesiapa yang lalu nak pergi ke Putrajaya/Cyberjaya/Puchong/Bangi,bolehlah singgah dan try rojak tu.Kenyang aku hari tu.Aku syorkan try rojak dia.Abang buat cendol tu pelik je tengok aku dapat2 order terus tangkap gambar.Buang tabiat kot.
Harga :
Rojak - RM2.50
Cendol - RM1
Rojak Sotong - RM3.50
Bayar Seringgit Untuk Sehelai Kertas
April 18, 2008
Kesan Kursus Biro Tata Negara Kepada Minda
Hari ini,aku layanlah video ucapan Anwar Ibrahim pada 14 April hari tu sampailah bila mana pihak polis datang menhentikan ceramah.
Banyak benda yang disampaikan malam tu.Hint2 bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru nanti,Datuk Seri Wan Azizah Ismail iaitu isteri DSAI juga diberitahu.Entah lah konfem atau tidak wallahuallam.Setuju atau tidak rakyat Malaysia menerima wanita sebagai seorang pemimpin tidak diketahui lagi.Aku pun tak tahu apa nak rasa,nak sokong pun tak nak tolak pun tak.Tengok lah dulu macam mana perkembangan.
Dalam ceramah tu,DSAI ada menyebut pasal Kursus Biro Tatanegara di mana boleh dikatakan majoriti kursus kini lebih kepada mengutuk dirinya dan Pakatan Rakyat.
Kursus BTN.Bila sebut pasal pasal BTN aku teringat balik pasal Kursus BTN yang aku dan kawan2 aku kena hadiri dulu.Ramai jugak la yang kena pergi,sekolah aku,SMAP Kajang,SM Sains Selangor dan satu lagi sekolah aku tak berapa ingat,SMAP Labu kot.
Kitorang kena pergi kursus BTN ni dekat Rembau.Cantik tempat dia dan memang seronok.Hahah,macam2 aktiviti kitorang buat.Jungle trekking,repelling,err..apa lagi entah.
Tapi semua aktiviti2 group tu ada jugak diselang selikan dengan ceramah.Apa isi ceramah tu?
Macam2 dia cerita.Kebanyakannya tentang bagusnya kerajaan.Hebatnya kerajaan Malaysia.Macam mana sepatutnya kitorang bersyukur sebab duduk dalam negara yang meningkat maju.Macam mana nak menghargai kerajaan.Ingat pasal perjuangan pemimpin Kerajaan dulu2.
Kesimpulannya,Kerajaan ROCK GILA!
Hehehe,yang paling aku ingat,ada satu penceramah ni,dia siap cakap satu benda yang pada masa tu aku percaya tapi bila dah matured sikit fikir2 balik,bangang gak la percaya:
"Kamu tahu tak mana Highway PLUS?"
"Kamu tahu tak macam mana jauhnya pandangan kerajaan ni kalau nak menghadapi ancaman kepada negara?"
"Percaya tak,bawah Highway PLUS tu ada pengkalan rahsia.Jadi kalau negara kita kena serang,highway tu boleh dibukak dan sepanjang highway tu akan jadi pusat pertahanan negara."
Kitorang masa tu baru 16 tahun,memang kagum gila ah dengar sebab tak sangka Malaysia ada sistem pertahanan yang secanggih dan serahsia itu.PERGH!!Bagus betul kerajaan.
Jadi bila hari last,kitorang pun balik la dengan semangat berkobar-kobar sebab tahu negara kita memang dibawah satu pemerintahan yang SUPER GENIUS DAN SANGAT BERKALIBER.Kesan daripada kursus tu membuatkan aku bersemangat patriotik yang melampau-lampau siap aku bole imagine kalau Malaysia kena serang masa tu aku nak pergi berperang.
Dan aku akui,kursus tu berjaya.Berjaya menanam sifat sayangkan Malaysia,sayangkan kerajaan Malaysia dan bencikan sesiapa yang melawan Kerajaan.Mengikut kata kawan aku,dia pernah pergi
kursus BTN masa sekolah dan lepas tu bila dia dah masuk ke alam pekerjaan,dia kena pergi lagi.Dia bagitau aku,kursus BTN untuk staff2 Kerajaan adalah lebih hardcore.
Hardcore tahap ada sumpah2 setia.Rasa2 mcm brainwash pun ada.Baru sekali pergi.Kalau kena pergi tiap2 tahun,memang "biru gelap" otak dia.Aku sendiri rasa mcm tu.Mungkin kesan kursus BTN tu pada aku memang sangat2 mendalam sampai kan aku baru beberapa tahun lepas tersedar dan berfikir balik.
Mak aku dari dulu kaki kutuk Mahathir masa zaman reformasi tapi aku lah yang defend Mahathir masa tu.Tah lah,masa tu aku baru umur 17 tahun,duduk sekolah kerajaan sponsor jadi aku rasa kerajaan tu best.Siap bertekak gila babi.Hahaha.
Bila kenang2 balik,mudah nak brainwash orang yang hanya dengar cerita dari sebelah pihak,orang2 yang takde alternatif lain.Jadi,kepada anda yang dah sedar,bantu mereka yang memerlukan.Kalau hari-hari dok merenung Berita RTM dan TV3 takpun Bernama,baca Utusan Malaysia dan Berita Hairan,memang bekulah akal nak terdetik berfikir.
Kepada kawan2 aku yang masuk kerja kerajaan,kalau pergi kursus,lepas balik jangan lupa bukak internet,baca Harakah.Juga kepada student2 lepasan SPM yang pergi ke Pusat Latihan Khidmat Negara.
Neutralkan balik otak anda.
Sistem Pertahanan Rahsia bawah Highway PLUS?
Oi,penceramah,kalau rahsia,kenapa kau tahu dan kenapa kau bagitau kitorang?Nak suruh kitorang hepi bayar tol ke sebab lalu situ?
Bangangnya aku satu masa dulu.
April 16, 2008
Bilakah Cukai Motor Nak Diturunkan?
FAKTA 1
Akibat daripada tertubuhnya Modenas,industri motor kat Malaysia ni slow semacam je sebab nak jaga Modenas,jadi cukai2 dekat motor2 import menjadi sangat tinggi menghampiri nilai-nilai tak munasabah dan hanya orang yang wangnya bertaburan di atas lantai mampu membeli motor baru berkuasa tinggi.Harga motor yang kadang2 dah 8 tuan punya pun masih tinggi walaupun motor dah 20 tahun lebih usianya.
FAKTA 2
Kesan daripada itu,rakyat Malaysia ramai yang terpaksa bawak motor kapcai yang berkuasa 110cc untuk pergi kerja.Ini menyebabkan risiko kepada pemandu dan pembonceng lebih tinggi.Bayangkan,ada kereta slow depan anda,anda pun tariklah minyak kononnya nak potong,masuk lane tengah tiba2 ada kereta dari belakang dah cucuk anda atau lebih teruk lagi kereta dari depan anda.Masa tu pulak anda dah pulas habis throttle motor dan speed hanya menunjukkan 100km/j.
Nak potong takde pick up menyebabkan anda kena langgar dari belakang atau dari depan.
FAKTA 3
Akibat daripada Modenas,banyak pembuat2 motosikal dunia dah tak berani nak bawak masuk model baru sebab tahu susah nak bersaing.Dua tiga tahun kebelakangan ni barulah nampak ada berani balik pengeluar motorsikal lain nak bawak masuk model baru tapi kebanyakannya hanyalah model2 kapcai dan skuter.Tahun 2008 barulah nampak Honda CBR150 dan Yamaha FZ150i.Satu motor body kecik gila,satu lagi takde pulak brek disk belakang.
FAKTA 4
Motor yang sebenarnya dipanggil "Beginner's Bike" di Eropah menjadi idaman rakyat Malaysia.Walhal sebenarnya motor2 tu hanyalah untuk remaja2 yang baru dapat lesen dan tak boleh bawak motor lebih 125cc contohnya Aprilia RS125 dan Cagiva Mito125.
FAKTA 5
Lebih baik sistem sesebuah motor itu menjadikan lebih selamat penunggang tersebut.Tetapi apabila kedengaran kes-kes di mana ada penunggang yang disaman oleh pihak JPJ akibat daripada memodifikasi brek belakang jenis biasa kepada brek disk menjadikan kes itu sesuatu yang tak munasabah.
Ini kerana aksesori2 tersebut dijual oleh SEMUA KEDAI KAT MALAYSIA NI dan kenapa tiada langsung tindakan diambil kepada penjual tersebut.
FAKTA 6
Penunggang kat Malaysia semua boleh kata pemalu,sebab takut nak pakai helmet full face."Aku bawak kapcai,segan la nak pakai full face","segan la motor buruk","tanak aa,aku pakai ex5 je"
Aku pernah jatuh terseret dekat Bentong dan apa yang menyelamatkan dagu aku adalah helmet full face aku.Pakai je full face.Orang Indonesia boleh buat.Orang Thailand boleh buat.Macam mana nak jadi negara maju kalau pemikiran orang ramai masih lagi kat takuk dunia ke 3.Fikir pasal keselamatan.Aku pun dah start pakai full face.Mampus la orang nak cakap ape pun.Buat muka bodoh je.Orang yang kutuk tu la bangang.
FAKTA 7
Ramai yang bawak motor sebab tak mampu nak beli kereta.Ramai jugak yang bawak motor sebab tak tahan pakai kereta.Jadi sepatutnya golongan macam ni kerajaan kena tolong.
Bawak masuk motor2 yang berkuasa tinggi sikit.Jadikan syarat bawak motor 120cc 4 stroke ke bawah untuk golongan 16 hingga 18 tahun.Bawak masuk motor 250cc dan jadikan motor2 tu sebagai basic model kepada golongan penunggang.Maksud aku tinggikan sikit taraf CC motor tu.Basic level sekarang ni Honda EX5 Class yang berkuasa 100CC,Yamaha Legenda 110cc,nak balik kampung pun fikir beribu kali.
Jual motor 250cc ke bawah dengan harga yang affordable.Bila affordable bukannya RM13 ribu ke atas.Juallah dalam Rm12 ribu ke bawah.Tax tu man-man lah ketuk.Takkan lah rakyat sendiri nak cekik kot.
FAKTA 8
Walaupun Naza ada bawak masuk Blade250R,dengan harga yang boleh dikata murah berbanding dengan motor lain tapi fikir2 lah,motor punye loan bole buat 4 tahun je.Nak terberak gak nak membayarnya sebab downpayment MAHA TINGGI.
Tapi yang tak sedapnya bila cakap pasal Blade250R tu,harganya boleh dikira jauh lebih murah di negara lain.Dah dibawak jadi CKD unit pun harga masih RM19 ribu.Itu dah lebih kurang USD5500.
Dah boleh dapat motor lagi besar kat negara lain cthnya jiran kita,Singapura.
Baca link ni.Dia komplen hidden cost beli motor kat Singapore.Campur tolak harga dia JAUH LAGI MURAH daripada Malaysia.Nak beli motor 600cc kat Malaysia dah boleh dapat Toyota Avanza sebijik masuk sekali Kancil second hand satu.
KESIMPULAN
Kalau orang Malaysia nak bawak motor,biarkan dia bawak motor.Jangan tekan kami macam ni.Jangan paksa kami beli kereta nasional.Kami nak bawak motor,kami nak layan konar.Kami nak motor berkuasa tinggi bukan sebab nak race.Kami nak pergi kerja naik motor.Minyak mahal.Tol banyak.Hujan pun takpelah.
Kami nak pilihan.
Kami tak nak diberitahu supaya mesti pilih ini,mesti ambik itu.Kepada Pemimpin Pakatan Rakyat,Insya Allah bila dah memerintah nanti,turun2 kan lah cukai2 motorsikal dan kereta tu.
Takde perasaan yang lebih best melainkan bawak motor dekat jalan yang best dan angin bertiup sepoi2 bahasa.
Atas Permintaan : Penjara Paling Kejam Dalam Dunia
Pemimpin bersifat binatang aje yang buat rakyat dia masuk sini.Binatang pun rasanya lagi mulia dari pemimpin tersebut.Aku rasa muat kot semua orang yang kutuk2 kerajaan tu.Masuk sekali dengan orang yang pergi perhimpunan Gelita 14 hari tu.Ok ape makan free.
April 15, 2008
Keputusan Undian Cursing Malay 02
Tempat Kedua pula jatuh kepada Tengku Razaleigh Hamzah (17 undi) dan tempat Terakhir adalah Perdana Menteri Kesayangan Ramai,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (7 undi)
Adakah kepimpinan UMNO sekarang ini terlalu teruk sehinggakan pembaca blog ni lebih sanggup memilih Dr.M ataupun memang rakyat tidak mahu Pak Lah terus berkuasa?
Beromen Pandai,Diri Mengandung Tak Tau,Kondom Tak Reti Pakai
KUALA TERENGGANU: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mulanya mengadu mengalami buasir mengejutkan pengurusan dan pegawai kesihatan sebuah kem latihan di Kemaman apabila sebenarnya sedang kesakitan untuk melahirkan bayi lelaki sebelum dibawa ke hospital berhampiran.
Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terbabit tidak mengisytiharkannya mengandung, malah keluarganya sendiri tidak dapat mengesan perubahan fizikal pada tubuhnya sebelum melapor diri di kem PLKN berkenaan pada 18 Mac lalu.
Beliau berkata, pelatih itu yang akhirnya diberi pengecualian daripada menyertai PLKN dipercayai melahirkan bayi akibat terlanjur dengan teman lelaki memberi alasan sakit buasir selepas tiga hari melapor diri di kem berkenaan bagi membolehkannya dikecualikan daripada menyertai aktiviti fizikal sepanjang program itu.
"Bagaimanapun, tiga minggu selepas berada di kem dia mengadu sakit perut dan pegawai kesihatan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Tetapi sangat mengejutkan apabila dia disahkan doktor sedang sakit untuk bersalin.
"Selepas selamat melahirkan anak, keluarga bekas pelatih itu yang terkejut menerima berita mengenai anak mereka membawanya pulang dan pelatih itu diberi pengecualian daripada menyertai PLKN berikutan keadaan kesihatannya," katanya ketika dihubungi semalam.
Pelatih PLKN Siri Lima 2008 sebelum ini dinasihatkan mengisytihar keadaan kesihatan mereka dan semua pelatih sudah dimaklumkan mengenai perkara itu melalui notis pemberitahuan berserta borang perisytiharan yang dihantar kepada mereka sebelum menyertai program.
Ni lah lagi satu contoh remaja Melayu zaman sekarang.
Bercinta,Pegang tangan,peluk2,ringan-ringan,terlanjur,mengandung,boifren lari buat tak tahuBeromen mungkin minah ni tere,aku rasa buat blowjob pun dia memang tere. Tapi diri sendiri mengandung tak tau.Abis sekarang anak tu nak buat apa?
Lahirkan pastu hantar ke pusat perlindungan dan terus buat tak tau? Suruh bapak pegi carik jantan yang bertanggung jawab dengan senapang pastu suruh kahwin? Masa buat tak fikir masa depan.Macam mana nak masuk U?Nak jaga anak lagi.Nak menyusukan anak?
Tak sabar sangat nak menyusukan boifren,habis rosak masa depan.Remaja perempuan Melayu,jangan la bodoh sangat.Biarlah boifren awak tu lari kalau dia nak sangat beromen ni.Jaga awak punya dara tu.
Penjara-Penjara Di Dunia
Carik2 cerita menarik dalam internet dan aku pun jumpa lah gambar2 penjara ni yang diambil oleh Wikimapia.Jadi di sini aku letakkan gambar2 yang aku dapat ni dan fikirkanlah,betapa susah nya nak lepas dari penjara mcm ni.Apa tah lagi kalau kisah Shawshank Redemption tu betul2 terjadi kepada anda.
Heheh,saje je aku masukkan penjara Pudu dalam ni sebab bentuk dia unik.Nampak mcm bentuk orang mati kaki terkangkang dari atas.Atau mungkin juga menggambarkan mcm mana terkangkangnya banduan2 di penjara menerima habuan di jubur.
Satu masa dulu pulau ni cukup terkenal sebagai penempatan musuh2 politik dan banduan2 yang terkenal tapi skrg ni dah dijadikan pusat pelancongan.
Hahah,penjara ni banyak dimasukkan dalam filem2 Hollywood menjadikan ia satu legenda.Boleh kata dengan kedudukannya yang memang jauh dari daratan,orang yang mampu lepas dari situ mungkin hanya mampu lemas walaupun telah bersusah payah lepas.
Banyak cubaan melarikan diri oleh banduan tapi banyak berjaya dipatahkan kecuali cubaan Frank Morris dan 2 kawannya yang telah hilang dari penjara mereka dan tidak dijumpai sampai sekarang (Boleh refer filem Clint Eastwood "Escape From Alcatraz",menceritakan semual macam mana 3 orang ni terlepas)
Seorang lagi yang berjaya lepas dari Alcatraz adalah Sean Connery dalam cerita The Rock.
Pulau If adalah satu pulau yang terletak tidak jauh dari Marseille,Perancis.Mungkin kurang popular berbanding Alcatraz tapi penjara ini mempunyai rekod bersih,tidak pernah ada orang yang terlepas.
Alexandre Dumas,pengarang "The Count of Monte Cristo" mengambil Chateau d'If ni sebagai lokasi di mana Edmund Dantes (hero cerita tu) telah dipenjarakan dan terlepas dari tangkapan.Tapi tiu hanya dalam filem.Dalam filem boleh la lepas.
Kalau berminat nak tau lebih lanjut boleh beli DVD "Count of Monte Cristo" lakonan Jim Caviezel (Passions of the Christ,Frequency) atau klik sini
Penjara ni,tak boleh lak dapat gambar dia.Mungkin luar daripada lingkungan satelit ataupun ada benda yang disorokkan.Tak tau la.Boleh baca lebih lanjut kat sini
Tak banyak yang aku pernah dengar pasal Penjara dan nilah first time aku pernah dengar pasal penjara ni.Tapi memang pelik sebab gambar tak keluar dalam map tapi data dia ada.Gerun jugak mendengar cerita-cerita pasal penjara ni.Dengar khabar pulau ni dah menjadi pusat pelancaran satelit.Mungkin itu kot yang kena sorok tu.
Kepada Bloggers2 yang kutuk2 kerajaan tu,kalau anda dibagi pilihan,penjara mana yang anda nak pegi?
Picture Of The Day : Askar Melayu Yang Lemah Lembut
Profesyen sebagai seorang askar bukan ramai lelaki yang berminat,apatah lagi kaum perempuan.Tapi bagi gadis yang tertera diatas,beliau bukan sahaja cantik dan penuh keayuan tapi beliau juga seorang yang minat dengan aktiviti lasak.
Tahniah diucapkan kepada gadis tersebut kerana sanggup masuk askar.Aku pun tak sure askar ke Persatuan Kadet Malaysia (persatuan yang ada kat sekolah2 tu,tah name die PKM kan?) tapi kalau ikut nama gambar tu,dia bernama Yana.Tengok kat uniform pun nampak huruf "NA" dekat uniform.
Bagus la ada gak perempuan Melayu yang berani.Perempuan2 lain semua lagi ramai berani berperang dekat disko dan atas katil je dengan boifren.Dah la tak lawa mana pun.
April 12, 2008
Babi?Babi Dalam Pembangkang Selangor?
Aku tak paham.
Kenapa orang ramai marah sangat dekat Kerajaan baru Selangor?
Diaorang luluskan ke projek penternakan babi tu?
Kalau fikir2,Khalid Ibrahim baru aje jadi Menteri Besar.Baru lebih sebulan.Kalau projek tu dah boleh diteruskan,maksudnya,memang sebelum dia jadi Menteri Besar lagi dah projek tu dalam perancangan.
Jadi,kalau duit dah keluar juta2 untuk hantar org2 Khir Toyo pergi German bercuti (sambil buat kajian)takkan la tiba2 Tan Sri Khalid nak stop terus projek tu.Benda dah kaji,mungkin projek dah dipersetujui.Sign pun dah dimeterai.
Jangan la salahkan Kerajaan baru.
Ada pulak Khir Toyo Mat Tempe keluar statement,itu satu bentuk penekanan dari DAP kepada kerajaan untuk memastikan sokongan.Sikit-sikit main isu perkauman.
Petikan Dari Blog Khir Toyo Sendiri
"Saya percaya Tan Sri Khalid sedang ditekan oleh DAP. Penguasaan kerusi DUN yang tidak seberapa menyebabkan beliau terpaksa banyak bergantung kepada sokongan DAP untuk terus berkuasa.Cuma harapan saya tekanan itu tidak menjadikan Selangor sebagai negeri pengekspot babi pula nanti.
Apakah ini projek mega Parti Keadilan Rakyat dan Pas yang mereka janjikan sewaktu pilihan raya lalu?"
FUCKING BULLSHIT!
Sikit-sikit taktik sama.Orang bodoh je yang tertipu dengan kenyataan bangang dan tak bertamadun macam ni.Beli lagi Utusan Meloya,baca lagi Berita Hairan,tengok lagi TV3Suku.Melayu ni pun satu,mainkan sentimen sikit dah start melenting tak tentu pasal.Senang sangat kena control.
Nak marah,marah kat Mat Tempe.Bukan marah kat Kerajaan Baru Selangor.
Blog Khir Toyo Ramai Pembaca Hantu?
Aku hari ini sebab takde kerja telah start memantau counter pageview blog Khir Toyo dari petang.Tapi sebab memikirkan mungkin counter tu memang laju (maklumlah waktu puncak dan blog "popular",aku pun decide tunggu waktu malam bila semua org dah tido).Mula-mula aku terangkan,counter ni sebenarnya mengira jumlah page tu direload atau dibukak,jadi dia bukan kira visitor.Setiap kali reload dia akan tambah satu.Nak tau jumlah tepat visitor kena pakai Google Analytics (tapi itu untuk webmaster sahaja)
Aku start buat kajian aku dari jam 2:24 pagi sehingga 2:30 pagi.Cukup dah waktu tu untuk aku membongkar satu berita sensasi.
Method Kajian Aku :
1) Bukak Blog Khir Toyo
2) Print screen first value counter visitor dia
3) refresh dengan button F5
4) print screen balik
5)Ulang untuk 5 kali bacaan
Dan hasilnya :
2:30 - Jumlah visitor - 210696 (+32)
5 minit,tolak aku nye 5 kali refresh,27 pageview,pada waktu pagi buta camni.Aku tak puas hati,aku buat kajian baru pulak.
Kajian 2
Refresh Website dia banyak kali dan tengok bacaan tiap2 kali :
1) 2:42 -210740
2) 2:42 - 210746 (+6)
3) 2:43 - 210750 (+4)
4) 2:44 - 210759 (+9)
5) 2:45 - 210763 (+4)
6) 2:46 - 210767 (+4)
7) 2:47 - 210773 (+4)
8) 2:48 - 210783 (+10)
9) 2:49 - 210793 (+10)
10) 2:50 - 210799 (+6)
11) 2:51 - 210803 (+4)
12) 2:52 - 210809 (+6)
67 page view dalam 10 minit.Tolak aku punye refresh 12 kali - 55 kali pageview 10 minit.
PEMERHATIAN :
Kajian Pertama -
Dalam 5 minit pemerhatian,page blog Khir Toyo telah diview sebanyak 27 kali
Kajian Kedua -
Dalam 10 minit pemerhatian,page blog Khir Toyo telah diview sebanyak 55 kali
Pemerhatian Rambang :
3:02 (10 minit selepas bacaan terakhir diambil) - 210862
3:22 (30 minit selepas bacaan terakhir diambil - 210928
Blog Khir Toyo Adalah Blog Yang Paling Popular Dalam Malaysia!Kenapa?
Ini sebab aku tak pernah lagi jumpa blog yang kaunter dia sekali naik,minimum 4 pageview.
Kesimpulannya:
1)Blog Khir Toyo ni memang sentiasa ada orang baca
2)Pembaca blog dia memang suka refresh page dia sebab counter tak pernah naik satu2
3)Mungkin sebab takde artikel yang menarik kat situ jadi itulah sebabnya takde fokus pembacaan hanya pada satu artikel menyebabkan pembaca selalu menukar2 page
4) Blog Khir Toyo mempunyai purata (tak tepat) +/-30 pageview dalam 5 minit
Ataupun :
1)Counter tu memang dah di set naik secara random dalam value 4,6,9 atau 10
2) Ada taktik yang cuba digunakan untuk buat blog ni nampak macam dapat sambutan
Dan ketika artikel ini habis ditulis,blog Khir Toyo terus menerima kunjungan2 orang ramai yang berminat betul membaca 8 artikel tulisan Khir Toyo yang penuh dengan unsur ilmiah dan tiada langsung unsur hasutan.Bayangkanlah,blog No2Umno (sila rujuk Sidebar) yang menghimpunkan beratus-ratus artikel hanya mempunyai 7 ratus ribu pageview tp blog Khir Toyo yang hanya ada 8 artikel mempunyai 2 ratus ribu lebih pageview.Memang cantik je nombor die naik 30 minit 100+ pageview.
4 pagi dah ni...blog Khir Toyo masih lagi ada ramai pembaca.Tahniah Datuk Seri!
HANCING GILA!
Link Kalau-Kalau Anda Nak Cuba Sendiri Cetusan Khir Toyo
April 10, 2008
Penantian Yang Penuh Teka-Teki
6 bulan untuk memilih.
Teruskan hidup,lupakan seketika pembangunan moden dan kencang.Hidup dengan penuh kesederhanaan atau kembalikan negeri anda ke tangan BN.
Itulah situasi yang akan dihadapi khususnya golongan peniaga dan golongan yang bergantung hidup kepada taraf ekonomi.Tekanan atau boikot kerajaan Pusat kepada 5 keraajan negeri memang sudah kelihatan.Dengan penubuhan "shadow cabinet" oleh Khir Toyo Mat Tempe di Selangor dan desas desus mengatakan banyak projek2 di Pulau Pinang akan dihentikan akibat daripada kejatuhan Pulau Pinang kepada DAP,sudah nampak Kerajaan Pusat sedang mengenakan taktik terpakai mereka.
Sekat aliran duit dengan menggunakan strategi Wang Ehsan,pengundi akan kembali beralih kepada Barisan Nasional.
Lihat pada negeri Terengganu di mana kerajaan PAS hanya dapat memerintah selama satu penggal saja.Mungkin rakyatnya tak tahan dengan ketiadaan pembangunan.Kelantan pula sudah 18 tahun dipegang PAS dan nampaknya tempoh itu akan berterusan.
Jadi lihat diri anda jika anda orang Kedah,Perak,Selangor dan Pulau Pinang.Mana yang anda mahu?Kembalikan negeri anda ke tangan kerajaan zalim itu yang mengamalkan sistem wang ehsan bukan untuk meraih kembali sokongan atau membantu kerajaan negeri tetapi sebaliknya memaksa anda kembali menerima mereka ini.
Takpun teruskan saja kehidupan anda,pedulikan projek2 mega,biarkan orang kata negeri anda takde bangunan2 tinggi ataupun negeri kuno tapi hidup dengan kos yang lebih rendah akibat daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.
Kerajaan Zalim memang tak boleh bertolak ansur langsung.It's either you are with us or you are against us.Macam mana nak maju.Otak pemimpin2 tu sendiri masih di takuk dunia ketiga tapi poket nak penuh saja macam negara2 maju lain.Kemampuan kerajaan Zalim ni untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat memang takkan terhasil.
Tukar kepala kerajaan sekarang,masalah sama akan timbul.
Tukar kerajaan,haha,itu lain cerita.
Jadi,aku sekarang hanya menunggu masa untuk Anwar Ibrahim kembali.14 April 2008.Ada perhimpunan dekat Kampung Baru dan nanti siap ada countdown kembalinya Anwar Ibrahim ke gelanggang politik Malaysia.14 April 2008,itu adalah Hari Kemerdekaan untuk Anwar Ibrahim secara individu.
Jika benar teori "Trojan Horse" Anwar Ibrahim dengan meletakkan orang-orang nya dalam Parlimen BN tempoh hari,mungkin ada harapan dan ada benarnya 34 orang ahli Parlimen akan berpaling tadah kembali ke Pakatan Rakyat.
Dan mungkin signal Anwar Ibrahim untuk mengarahkan orang-orangnya keluar daripada "Trojan Horse" akan diberikan tak lama lagi,kerana mereka tahu 6 bulan hidup bergantung wang ehsan akan mengakibatkan mungkin 3 negeri Pakatan Rakyat akan jatuh kembali ke Kerajaan Pusat.
Mungkin Anwar hanya menunggu tarikh yang lebih sesuai.
31 Ogos 2008 mungkin tarikh yang sesuai untuk Kemerdekaan Malaysia semula.
April 08, 2008
A Song For The Lovely Pak Lah
Well, when you will go?
Don’t ever think we’ll make you try to stay
And please dont get back
We don't want another sleepyhead
And after all this time that you still lost
You’re still the good-for-nothing I don’t know
So take your son in-law and get out
Better get out
While you can
When you go
Don't ever try to come back again
We don't want you
We dont like you
Go away
Your eyes are watery from all the sleeping
Your son in-law is in need of full hard beating
But baby when we knock you
Back and out
It’s where you oughta stay
And after all the money that you still owe
Another ringgit’s for the guys from forth floor
So open your eyes and wake up
Better wake up
While you can
Whoa, whooa
When you go
Don't ever try to come back again
We don't want you
Penang's dont like you
Go away
Well go on, go on
When you go
Go on your boat and sail away
We don't want you
Khairy is a douche
Everyday
We don't want you
People don't want you
Everyday
Khairy love you
But we dont want you
Go away
Kalau Tak Hensem Macam Jude Law Jangan Jadi Gay
Aku mula terpaut hati setelah menonton filem "Cold Mountain"
Dalam filem tu ada Nicole Kidman.Ada Renee Zellweger.Tapi,ah..kenapalah dalam hati aku sentiasa aku terfikir "hensem gila Jude Law" masa menonton filem tu.Lepas tu aku beli pulak "Enemy At the Gates."Ada Rachel Wiesz tapi ARGHH Jude Law hensem gila dalam tu.Beli lagi "Sky Captain And the World of Tomorrow" ARGHHHH!!! Jude Law lagi lawa dari Gwyneth Paltrow.Nak buat macam mane ni?
Adakah aku gay?
Lepas tonton filem "Alfie" barulah aku faham.Jude Law memang hensem gila dan aku bukan gay.Cuma kehenseman Jude Law tu membuatkan aku terpukau sebab dia memang lawa.Dengan mata dia yang romantis dan jelingan manja yang memukau aku rasa gajah pun boleh terpukau.Harimau yang garang pun boleh cair.Lelaki tulen macam aku pun boleh cair apa lagi perempuan.
NI LAH POSTING AKU PALING MENGARUT SEKALI!
Jude Law
Rating 11/10
April 07, 2008
Alahai Adik Beradik Bangang Ni
Entahlah.Nak kata macam menegakkan benang yag basah pun tak jugak.Yang kata cuba tutup bangkai gajah pakai tudung pun tak jugak.
Lepas ni akan ada peribahasa baru,"seperti Ziana defend Anuar ikut hukum sendiri"
Tak ke bangang artis Malaysia ni?Dah memang dalam Quran sendiri dah sebut,persentuhan kulit bukan muhrim tu haram jadi apa yang dia cuba btulkan?Makcik tu tua?Takde pun dalam Quran cakap boleh sentuh orang tua bukan muhrim?
"Ramai dah cium jadi Anuar buat tak kisah?"Bangangnya alasan ni.Bodoh,otak letak kat jubor!Patutla tonggek semacam je.Kepala isi sampah,akal transplant ke jubor
Lepas ni aku rasa kalu jumpa Ziana Zain aku ingat nak raba dia,lama-lama dia akan jadi biasa dengan benda tu dan pastinya dia akan jadi tak kisah kena raba.
Jom pakat raba Ziana Zain ramai-ramai!
April 06, 2008
Catatan Pengembaraan : Jalan-Jalan Ke Kuala Pilah
Aku pun memulakan perjalanan aku ke sana dengan melalui Highway PLUS dan terus exit keluar di exit Senawang.Jalan hari tu tak berapa jam jadi aku pun boleh lah maintain lane kanan sekali sebab kereta pun tak banyak dan aku sendiri tak tau berapa motor aku lari,meter dah padam.Paling-paling pun 120/130 km/j
Sampai aje di exit tepi tol Senawang,aku pun berenti je isap rokok sebab rasa berdebar-debar lak sebelum sampai ke destinasi tu.Tengok kereta lalu lalang dan tengok ada family yang berenti makan bawak bekal tepi jalan.Terus aje lepas Giant Senawang dan turun sampai simpang tiga.Aku masuk ke kanan untuk melalui jalan legenda,Jalan Bukit Putus.
Bukit Putus.
Entah apasallah nama dia Bukit Putus.Sebab jalan dia selalu terputus akibat tanah runtuh ke?Jalan ni melibatkan aku rasa melibatkan 17 korner pendakian bukit yang agak mencabar.Kalau silap lap motor insya Allah jatuh gaung sebab tak semua tempat diorang pasang penghadang jalan.Mungkin nak memudahkan lori pusing kot sebab kat situ boleh kata korner dia melibatkan pusingan U sambil mendaki bukit.Jadi memang feel kalau pandai drop gear dan main gear rendah tarik throttle sambil daki bukit.
Bila jalan dah mula straight tu,alhamdulillah kawasan pendakian tu dah habis dan anda pasti merasa lega sebab tiba-tiba jalan jadi macam menenangkan.Terus aje lepas tu bila dah jumpa tamadun manusia balik anda akan terjumpa dengan Hutan Lipur Ulu Bendul.
Aku masa tu nak kejar masa jadi aku teruskan dulu perjalanan ke pekan Kuala Pilah.Lalu tempat-tempat seperti Terachi,simpang ke Seri Menanti dan akhirnya bila nampak ITM (ke UTM?) Kuala Pilah maknanya anda dah sampai pun ke Kuala Pilah.
Masa tu dah nak hujan sebab dah renyai-renyai jadi aku pun agak speeding sikit.Tanak aku basah kuyup masa berjumpa "client" hehehe.Masuk aje ke pekan Pilah,eh aku hampir2 dilanggar oleh sebijik motor yang datang dari kiri aku.Traffic light takde pun situ jadi sebab memang jalan tu jalan aku jadi aku pun stare ajelah mamat tu.Rupa-rupanya situ memang pelik sikit jadi kepada yang first time datang Kuala Pilah,lepas nampak gerai buah belah kiri,Hospital Kuala Pilah belah kanan sila slow sikit.Traffic light takde jadi orang keluar simpang suka hati depan tu
Aku terus je la bergerak ke destinasi aku.Sampai situ,makan2 dan borak2 pasal result pilihanraya.Hahaha,hepi kitorang hari tu.Sedap makan aritu,ikan parang masak lemak cili api dengan telur ikan.Huhu,lama dah aku tak makan masakan Negeri Sembilan yang pure.Dulu2 nenek aku masak gak tapi pedas gila dan mungkin sebab aku kecik lagi masa tu jadi tahap ketahanan aku terhadap kepedasan memang low.
Dah tunggu hujan reda semua aku pun mintak diri dan berangkat lah aku pulang ke Kuala Lumpur.Masa dah dekat Hutan Lipur Ulu Bendul tu aku pun stop jap minum susu Dutch Lady sambil isap rokok.Aku nak lalu balik Bukit Putus ni bila balik memang aku takut sebab kita bawak turun bukit jadi speed memang kena control,silap2 cium bontot kereta takpun lori.
Aku duduk la situ dalam setengah jam tengok manusia.Dekat pondok rehat ada satu couple yang awek dia muka masam dan balak dia tengah pujuk.Lama jugak la awek tu nak bangun ikut balak dia.Sambil2 gaduh tu mamat tu toleh tengok2 aku mungkin sebab dia perasan aku duk tengok diorang.Pada fikiran aku mungkin mamat tu ajak awek tu balik rumah nak buat projek tapi awek tu tengah PMS nak period jadi die tak nak.
Ramai jugak orang yang datang Hutan Lipur Ulu Bendul ni.Tengok bukan setakat orang Negeri,orang Pahang ada,orang KL pun ramai.Aku ingat nak gak round2 masuk dalam kawasan hutan dia tapi memikirkan masa tu dah 5.30 dan kalau boleh aku tanak turun Bukit Putus masa gelap,aku pun tangguhkanla lain kali.Banyak lagi peluang masa akan datang.
Terus aku jalan Bukit Putus.Memang takut aku masa turun jadi aku bawak slow je.Mana boleh cilok aku cilok,mana kena follow aku ikut je la.Sampai la dekat penghujung dia aku berenti isi minyak dulu dekat stesyen minyak paling klasik aku pernah jumpa.Dekat Kedah pun aku tak pernah jumpa stesyen camni.Klasik gila dengan bangunan stail lama dan nyonya jaga pam.
Terus aje aku masuk Senawang dan terus masuk highway.Jam teruk masa tu.Aku pun mencilok2 ikut lane tepi dan bila dah lepas Hentian Seremban barulah jalan clear sikit.Ada accident kereta langgar bontot kereta lain.Mintak2 orang dalam tu ok sebab tengok kemik tak teruk.Terus je lah aku sampai rumah bila sampai terus bukak ESPN tengok bola.Tak start lagi.Member aku call ajak aku gi makan kat kedai dengan housemate aku.Dia datang ngan bini dia.
Bila aku sampai,aku nampak member aku tu makin boroi.Macam mengadung 4 bulan.Itu jelah aku nak cerita.Terima kasih.Kesimpulannya,bila kita dah kawin,kita akan jadi boroi.
Boroi sebab penuh kasih sayang,makan ikut jadual dan susah senang ada orang jagakan.
Peringatan! QRA QRA Strawberry Chewing Candy
Ini satu peringatan untuk orang-orang yang tak tahu atau mungkin tak peka.
Aku dapat dari satu blog pasal benda ni.Dia kata adik dia pegi 7-11 beli gula-gula,bawak balik bungkusan gula-gula ni satu.
Tengok-tengok dekat ingredient dia,masya Allah.
Nasib baik memang takde logo halal.
Yang menjadi isunya bukan pasal logo halal,cuma takde warning dan takde ape2 pun nak informkan dekat orang Islam,terutamanya target produk tersebut,budak-budak kecik.Jadi kalau anda Islam,jika nak beli makanan apa-apa,langkah-langkah yang perlu diambil :
1) Cek logo halal
2) Cek ingredient
3) Kalau ragu-ragu buang
At least dia nye manufacturer tu dah try dah membantu tu sebab memang bgtau ingedient dia ada pakai pork.Mungkin lagi elok kena ada logo pulak.Kalau ada masuk pork dekat makanan,ada satu logo tulis "Haram Untuk Orang Islam." Disyorkan letak dekat tin-tin arak supaya yang minum tu ada rasa malu sikit.Nah,aku dah buatkan logo ni untuk kegunaan JAKIM.Kalau nak raw file dia,mintak je dekat aku.
Darvaz : The Door to Hell
God's power is limitless.
We can look around our surrounding and finds a lot of things that do amaze your senses.
I was just browsing around looking for things and stumble upon an article about a place call
Darvaz in Uzbekistan.There's a story behind it.
Around 35 years ago,geologist found out a rich site of gas while doing their drilling.
During drilling they found a cavern so big that it could fits all their equipment inside.
The cavern is filled with gas,poisonous maybe.Worried about the gas being spread
through our air,they ignite it and it burns.
And it still burn until today,for 35 years.
Further Reading and A Video Here
April 04, 2008
Perempuan Islam Berkelakuan Sundal
Kita kecoh-kecoh pasal orang Belanda hina Islam,bising-bising pasal nak boikot barang Belanda,bising-bising pasal nak mempertahankan Islam dari serangan orang luar.
Tapi pernah ke kita buat apa-apa dekat dalam negara kita sendiri?
Tak nampak ke orang Islam tu sendiri yang buat malu orang Islam?
Ni perangai perempuan Melayu?Ni perangai perempuan Islam?
Peluk pinggang,cium pipi.
Yang kakak ni sorang bangga betul dia dapat peluk Anuar Zain.Laki kat rumah mintak peluk tak bagi pulak.Sikit-sikit sakit kepala.Kalau Anuar Zain,takyah mintak2 pun,volunteer senidir nak peluk.Suami dia mana la,tak reti jaga isteri ke abang oi?
Pada aku daripada kita mintak rakyat Malaysia boikot Salman Rushdie,boikot filem Fitna,kita boikot dulu artis-artis yang macam ni.Kenapa nak boikot artis pulak macam Anuar Zain?
Boikot Anuar Zain,boikot URTV yang selalu ada poster seksi artis (2 bulan lepas poster Fasha Sandha yang tersangat2 seksi,sikit je lagi nak nampak panties) dan boikot majalah Mangga sebab selalu suruh artis perempuan posing ghairah-ghairah dan artis lelaki posing tepi swimming pool tak berbaju.
Syaitan kecik dekat luar kita nampak tapi Iblis Besar dalam rumah kita biarkan.