Jun 16, 2008

Food Review : Nasi Ayam OK Sungai Besi

Ahah!

Setelah mengidam lama gila nak makan nasik ayam ni,akhirnya hari ni aku berjaya jugak.Lama aku terbayang2 semenjak hari aku pegi dulu dan nasi ayam tu habis.

Jadi,bila aku sampai kat kedai tu,tengok orang tak ramai.Bila sampai je aku terus tengok berapa ayam yang tergantung dan aku berasa lega sebab ada 3 ekor ayam.Yes,akhirnya!Jadi,aku pun duduk dan terus kakak tu datang amik order.Aku pun order makanan standard aku,nasi ayam dan teh ais.Tunggu lebih kurang 5 minit,nasi ayam aku tu pun sampai.

Aku renung dulu nasi ayam tu,pastu tangkap gambar sebagai kenang-kenangan.Aku ambik sudu dan aku suap dulu nasik dia.Humm,biasa je ni.Aku rasa sup dia semulut,srruupp.

"Apa yang Joe dan Yus cakap best sangat kedai ni?"fikir aku (Joe member aku,dah berpunya,Yus tu belum,still looking)

Aku ambik cili dan sup dia dan aku tuangkan ke atas nasik.Lepas tu aku cubit ayam sikit.Masukkan semua sekali dalam mulut dan...terkeluarlah semua nikmat2 dia.Aku seperti berada di kayangan masa tu.Dengan ayam yang rangup dan lembut,nasik dan sup yang seperti adik beradik kembar,aku sedar Joe tidak cuba mempermainkan aku.

Memang sedap tapi pada aku bila makan tu ada cara dia.Kena ada semua sekali dalam satu suap.Setengah2 kedai,nasik ayam dia sedap kat sup,ayam dia biasa,kedai lain lak ayam dia best,sup dia tak kena tapi di Nasi Ayam OK Sungai Besi,nasi ayam ni adalah seperti satu campuran tidak boleh dipisahkan kalau nak rasa nikmat dia.

Ayam dia panas dan rangup.Argh,takpe,aku masih cuba meragui kata-kata Joe dan Yus itu.Selepas habis sepinggan aku pun order lagi sepinggan.

Aku terpaksa mengakui Joe dan Yus memang betul.
Nikmat nasi ayam tu still sama lagi.Nasi ayam ni memang OK gila dan aku memang pelahap.

Nasi Ayam OK Sungai Besi
Pekan Sungai Besi
Harga : Nasi Ayam - RM4.00

Rating - 9/10



Jun 15, 2008

Perempuan Melayu Ini Kurang Belajar

Diambil daripada satu komen di Malaysia Today

"I and many others, including liberal Malays and women are counting on PKR and DAP not to betray us to the PAS Taliban/Al-Qaeda wolfs (in sheep clothing though)! There're more urgent things for the good of all rakyat, rather than just to focus on women and girls' clothing (the veil is not compulsory in Islam anyway!)and other so-called laws! They keep on wanting to primitively and barbarically implement religion by the "sword"! And these Mullahs should know that Malays and Muslims are diverse, besides Malaysia is not an Islamic nation-state! And we should be thankful that we have such dynamic multiculturalism and diversity! But one thing we should not have is, and to stand up firmly against, is to be dominated by Taliban/Al-Qaeda homogenous way of thinking and life, which seemed to be increasingly influencing unhealthily these pathetic PAS youths!" Noor Aza Othman, Women for Justice Support Group project.


Ya Tuhan
bangangnya perempuan ni.Tudung tak wajib?
Siapa kenal dia ni?Tolong ajar dia hukum aurat sikit?

Kak,saye tau akak ni pandai sbb aktif dalam forum2,tapi bila lu dah panggil PAS=Taliban dan lu cakap tudung tak wajib,aku rasa baik lu fikir balik lu agama apa.Mungkin dia bukan Islam kot tapi aku assume nama dia Noor Aza Othman,Melayu Islam la tu.

Aku benci betul orang Islam/Melayu moden camni.Bodoh!

Oh,gambar tu bukan gambar dia.Kalau tu gambar dia,aku sendiri volunteer nak pegi jumpa dia.

Jun 14, 2008

The Power of Complaining


Malaysia sangat terkenal dengan adab sopan santun dan tatasusila nya.Kita di ajar dari kecik untuk menghormati orang tua,membantu orang buta melintas jalan dan memberi kucing liar makan.Adakah ada kemungkinan,akibat daripada budaya sopan tersebut menjadikan kita,rakyat Malaysia,Melayu terutamanya lebih senang mengambil sikap "Tak Apalah" dalam segala hal dan bidang?

Bayangkan,banyak benda dan hal yang kita sebenarnya ramai kurang berpuas hati tapi tak banyak pun kedengaran rungutan2 dari pihak kita,orang Melayu."Takpelah,mungkin nanti ok la tu,biarlah,ok lah tu,jadi lah tu,"ayat-ayat biasa yang kita dengari dari mulut orang Melayu.

Aku nak bercerita mengenai satu lawsuit yang terjadi di USA.

Mungkin ramai yang pernah dengar pasal konsol game Microsoft X-Box 360.Sistem konsol tu menyediakan satu sistem online servis yang dipanggil X-Box Live dan sistem ini adalah berbayar.Bayaran nya murah je 50 dollar setahun,jadi kalau sebulan baru 4.20 dollar.

Krismas lepas,sistem online tu tergendala selama hampir seminggu jadi adalah 3 orang ni yang hangin sebab dah gian sangat nak main game tapi tak dapat.Apa yang diorang buat?3 orang ni upah lawyer dan saman Microsoft sebanyak 5 juta dollar.Bayangkan untuk 4.20 dollar sebulan yang nilai dia sangat kecil tu,diorang berani saman MICROSOFT,bukan kompeni cap ayam tu.

Jadi,kalau kita,adakah kita berani buat macam tu?Dengan perkhidmatan internet sebulan yang berbayar RM66 minimum sebulan dan biasanya servis hanya laju pada waktu subuh,kita still diam.Dengan perkhidmatan Astro yang berharga RM35 minimum sebulan dan dari berapa belas channel tu,2 channel dikhaskan untuk mangkuk2 ayun Akademi Fantasia,kenapa kita still diam?

Dan pasal kerajaan ni,kenapa ada lagi yang masih menyokong Pork Lah?Aku ada member yang merungut sebab minyak kereta dia naik mendadak.Tapi dia still percaya kerajaan kita bagus dan Anwar Ibrahim agen USA.Hehehe,gelak je lah aku dengar,kalau betul,biarlah dia agen USA asalkan niat dia nak bantu rakyat.Lagi baik Agen USA daripada Khairy Jamaluddin.

Bukak mata bukak telinga.Mungkin ada lagi sesetengah golongan yang pekak dan bisu,diperbodohkan oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan.Kita dah mula belajar complain.Orang2 Bukit Mahkota dapat jalan toll free sebab diorang complain.

Jadi,5 hb Julai,kita complain lagi.
Sampai kita puas hati.

Further Reading:
Microsoft Being Sued After Service Failure
The Consumerist

Jun 13, 2008

Saya Gatal Ni Bang!



Aku rase pempuan2 melayu yang dah jadi pelakon blue tu camni la kot ayat2 diorang menggatal.

Jun 12, 2008

Sistem Pengangkutan Awam Selaju Cipan

Masa aku balik kerja hari ni,sambil bawak motor memikirkan masalah kewangan aku (hari ni aku isi minyak 2 kali,hehehe..gile ah motor pun kuat minyak skrg),aku terdapat satu petunjuk.

Pernah tak anda terfikir kenapa sistem pengangkutan awam kita macam sampah?

Cuba bayangkan,negara kita ni takde la sebesar mana dan tak semaju mana pun.Tapi,sistem pengangkutan awam kita adalah satu sistem yang boleh dikatakan cukup moden dari segi teknologi tapi sangat lemah dari segi aplikasi.

Sepatutnya,sistem pengangkutan awam kita boleh jadi lagi baik dari sekarang sebab:

1)Kita tahu negara kita banyak duit
2)Risiko untuk membina satu sistem pengangkutan awam TERBAIKKK adalah sangat rendah kerana kita diluar lingkungan lingkaran gunung berapi dan gempa bumi.
3)Kita tahu dan sedar pengangkutan awam sangat penting
4)Pengangkutan awam yang TERBAIKK meminimakan penggunaan kereta dan petrol
5)Kadar pelepasan gas CO2 ke udara pun dapat dikurangkan

Dalam 5 sebab yang aku bagi tu,hanya ada satu sebab je yang aku rasa kenapa pengangkutan awam kita macam HARAM-"4)Pengangkutan awam yang TERBAIKK meminimakan penggunaan kereta dan petrol"

Kita sebuah negara membangun dan kita adalah sebuah negara pengeluar kereta.Nampak tak kaitan dia tu?Bila kita meminimumkan penggunaan kereta,ini akan membuatkan penjualan kereta di negara kita akan berkurangan.

Siapa yang rugi kalau rakyat Malaysia tak nak beli kereta?
Banyak pihak bukan?

Jadi,adakah dengan sengaja,kerajaan Malaysia menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini SANGAT TIDAK EFISIEN untuk memastikan rakyat lebih suka membeli sebuah kereta?Bila majoriti rakyat ingin membeli kereta,kereta mana mereka mampu miliki?

Aku rasa ramai yang berfikir "daripada aku tunggu dan naik 4 bijik bas,keluar awal2 pagi dan kena bau ketiak orang ramai,lagi baik aku naik kereta."Mak bapak pun risau anak perempuan nak jalan-jalan naik bas,belilah kereta sebijik hutang 9 tahun.Jadi dibelilah Proton sebijik ,sebab itu je yang majoriti rakyat Malaysia mampu.

Nak tolong negara la kononya.Padahal,choice kita sangat limited.



Fungsi Kerajaan Malaysia - Orang Tengah


Bila kita fikir-fikir balik,sebuah kerajaan adalah dilantik OLEH RAKYAT,kan?Jadi,apa tugas kerajaan sebenarnya?

Kita boleh nampak jelas fungsi kerajaan kat negara-negara lain di mana kerajaan adalah satu badan yang ditubuhkan untuk mentadbir negara atas mandat rakyat (kalau ikut sistem demokrasi la).Untuk mentadbir sesebuah negara,aku rasa benda yang paling patut diutamakan dan dijaga sepenuhnya adalah rakyat itu sendiri.Contohnya macam dekat UK,rakyat2 yang tidak bekerja (atas alasan yang kukuh) akan mendapat elaun sebanyak 150 pound seminggu untuk dijadikan kos sara hidup.Fungsi kerajaan juga adalah memastikan sesuatu sistem dalam komuniti rakyat itu berjalan lancar tak kiralah dalam semua bentuk,pengangkutan,makanan,hasil bumi dan sebagainya.

Jadi,kalau kita tengok balik,apa sebenarnya yang kerajaan kita buat?

Kerajaan Malaysia lebih banyak menggunakan kaedah konsesi kepada syarikat-syarikat swasta selaras dengan matlamat penswastaan kerajaan satu masa dulu.Dari situ kita nampak tertubuhnya syarikat-syarikat pengurus lebuhraya yang berlambak-lambak sebagai contoh.Apakah tugas kerajaan sebenarnya dalam hal tersebut?Kalau fungsi kerajaan hanyalah sebagai perunding antara rakyat dan syarikat2 konsesi2 tersebut,aku rasa tak perlulah ada kerajaan.

Begitu juga halnya dengan syarikat2 swasta yang menyelia projek2 pembekalan air ke negeri2.Aku tak nampak apa perlunya kerajaan dalam hal tersebut selain daripada menjadi orang tengah rundingan dan biasanya yang lebih untung bukannya kerajaan tetapi syarikat2 yang mendapat tender tersebut.

Jadi,matlamat asal sebuah kerajaan ditubuhkan ialah apa?Sebagai wakil kepada rakyat bukan?
Di mana letaknya suara Pihak Rakyat dalam rundingan2 tersbut?

Apa gunanya ada kerajaan jika apa yang kerajaan Malaysia tahu buat hanyalah melepaskan tanggungjawab dalam isu harga minyak?Bukankah isu harga minyak ni dah bising berapa tahun dah?Apa yang kerajaan buat untuk menangani hal tu?Kalau setakat meeting bila dah benda tu jadi teruk,aku rasa budak2 tak sekolah pun boleh buat.Buat meeting dan ambik keputusan,"Takpelah,kita naikkan je lah harga minyak.Nak buat macam mane lagi kan?"Aku rase macam tulah kot hasil meeting tu.

Jadi,kenapa nak gelar diri sendiri wakil rakyat kalau sebenarnya masa buat decision tak mintak pendapat dari pihak rakyat?Sorilah kerajaan,wakil2 rakyat ni takleh la nak diterima sebagai suara rakyat.Turun ke bawah ni woi menteri2,tanya rakyat sendiri face to face.

Jangan panggil diri anda wakil rakyat kalau anda tak usaha langsung nak protect rakyat.

Jun 10, 2008

Lawatan Sambil Belajar ke Aquaria KLCC

Aquaria adalah satu projek yang sangat-sangat menarik.Bagaimana mereka mampu membuat kita berasa seperti dalam laut.Tapi expectation yang terlalu tinggi membuatkan aku berasa down selepas melawat Aquaria tempohari.




Sama seperti terlalu mengharapkan sebuah cerita/movie yang akan ditonton terlalu best,aku ke Aquaria hari Ahad hari tu dengan harapan yang sangat besar.

Sampai dipintu masuk Aquaria,aku tengok bayaran dia Rm28 untuk pemegang MyKad.Rm38 untuk pelancong.Tengok duit dalam wallet ade RM40,cukup la tu.Aku pun beli tiket masuk untuk menerokai alam akuatik yang sangat misteri.Eh,ini macam tepi pantai biasa je,fikir aku pada display pertama yang kelihatan dalam balang kaca.Kemudian ada lah satu ikan sama rupa macam ikan sembilang tapi lagi besar.Aku rasa ikan sembilang pun boleh jadi lagi besar dari tu.


Aku teruskan perjalanan aku.Ada Ikan Piranha Perut Merah.Nampak cam baik je ikan-ikan tu.Aku datang situ sebab nak tengok mcm mane ikan piranha attack orang.Mungkin pihak aquaria boleh mengubah display ikan piranha itu.Buat undian setiap minggu,menteri kerajaan mana yang layak dijadikan lauk ikan-ikan tersebut dan kenakan bayaran kepada untuk melihat menteri-menteri tersebut dilahap.Aku sanggup bayar RM50 kalau macam tu dia nye display.



Tepi ikan piranha ada penyu.Penyu ni kaler putih,memang pelik.Boleh tengok macam mane rupe dia dalam cerita Finding Nemo,sebijik.Baik je penyu tu berenang-renang,siap posing keluarkan kepala dari dalam air.Aku nak try pegang kepala dia tapi sebab ada minah tengah jaga display tu,aku membatalkan niat aku.

Bila kita teruskan lagi selepas tu,mulalah Aquaria ni merepek.Nama Aquaria.Tapi apa yang ditonjolkan selepas tu hanyalah Kala Jengking,Labah-labah,ular dan seekor kura-kura yang pelik rupa dia.Mcama rupa naga dalam game Final Fantasy.Iguana yang selalu orang bela pun ada.


Kemudian bila sampai dekat tangga turun ke level berikutnya,anda akan nampak satu balang kaca yang sangat besar menempatkan ikan2 yang takde la special sangat.Aku sabar lagi,fikir sebab RM28 punya pasal.Ada la gerai2 yang menawarkan khidmat melukis karikatur dengan harga RM30 (tak silap aku).Aquaria - Karikatur : Macam tak masuk lak.Dekat tempat lain RM15 je.Kalau nak murah lagi gi kat Kompleks PKNS Bangi carik satu kedai jual lukisan.Member aku nye kedai.

Takpe,sabar-sabar.Mungkin banyak lagi benda ni,menyedapkan hati aku sendiri.Aku terus dan sampai la dekat tunnel underwater.Hah,ni baru menarik fikir aku.Sebab gelap punya pasal dan agak culture shock sbb ada jerung betul2 atas kepala aku dengan jarak beberapa sentimeter je,aku tak perasan ada jalan automatik dalam tunnel tu.Hampir-hampir aku tergolek kat situ dan ada 2 orang awek gelakkan aku.Kontrol lagi lepas tu,takde hal.

Bila masuk tunnel tu barulah aku rasa aku dalam Aquaria.Memang menakjubkan tengok jerung,ikan pari,ikan-ikan lain semua berenang.Pernah tak korang nampak ada satu ikan yang dikatakan rupa manusia?Tulah ikan pari dari pandangan bawah.Memang geli beb tengok ikan pari nye insang.Jerung,huuhuuu..memang seram tengok dia.Dekat je,betul2 depan mata dia berenang-renang.


Dalam tunnel tu ada beberapa ekor ikan jerung dan yang paling besar aku rasa 10 meter.Mengikut kata announcer tu,saiz dia kita nampak 30% lagi kecil dari saiz sebenar.Jadi sebenarnya ikan2 kat dalam tu lagi besar dari pandangan mata.Melihat sendiri gigi ikan jerung depan memang membuat sesiapa seram sejuk.Gigi dia ada berapa lapis tah,aku tak sempat nak kira.



Jadi lepas mencuba sebaik mungkin mendapatkan gambar gigi ikan jerung,aku pun ikut lah jalan dia.Aku try ketuk2 gelas dia mane lah tau diorang pakai kaca murah (biasalah Malaysia,nak save kan budget maksimakan keuntungan) dan nasib baik glass dia memang tebal.





Selepas melalui tunnel underwater sepanjang 400 m camtu,bila keluar,aku terasa seperti "Eh?Itu aje ke?"Pada pandangan aku,cas kemasukan tu terlalu tinggi.RM28 tu banyak tu.Apa salahnya diorang turunkan ke RM15 sebab aku rasa kalau RM15 berbaloi.Nak tarik orang ramai masuk situ dengan price macam tu aku rasa ramai yang tak berkemampuan.



Kalau datang satu keluarga mak,bapak dan dua anak (budak-budak RM18) total belanja untuk tengok Aquaria ni dah jadi RM92.00.Aku rasa takde salahnya kalau caj masuk dikurangkan untuk tarik golongan2 yang kurang mampu melawat.Daripada kehilangan pelawat lagi baik murahkan caj dan benarkan lagi ramai orang datang.



Jadi,pada aku RM28 tu tak berbaloi sebab tak banyak benda sangat nak ditonjolkan.Mungkin adanya kedai-kedai karikatur tu adalah satu percubaan untuk mengaut balik jumlah kos yang hilang tapi bila Aquaria dah mengenakan caj-caj yang hanya sesetengah golongan mampu masuk,itu hanya akan menolak lebih ramai orang daripada berkunjung.

Memang best tengok tunnel tu,satu pengalaman yang aneh pada aku.


Harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan.Pihak Aquaria tak bagi pakai flash.Nanti penyu marah.

Jun 09, 2008

Cakap Itu Doa


Memang susah nak jadi pemimpin ni.Kalau buat apa yang rakyat tak suka,rakyat maki.

Pak Lah bodoh.
Fuck Lah.
Pak Lah Kaki tidur!

Orang tua2 cakap kalau kita sebut benda sampai 40 kali,benda tu jadi betul.Kalau seorang rakyat Malaysia cakap "Pak Lah Bangang" 3 kali sehari,dah berapa juta bilion kali dah benda tu dah jadi doa.

Ambik!Doa kita dah dimakbulkan.
Pak Lah memang dah takde akal langsung dah.78 sen.

Dari Seorang Rakyat Biasa Yang Tak Ada Kuasa

Apa yang kerajaan boleh buat (cadangan untuk kerajaan baru nanti)

1) Mansuhkan cukai kereta/motorsikal

Proton boleh berdiri sendiri dah.Aku rasa alasan nak protect Proton tu dah tak boleh dipakai lagi selain daripada saja2 nak cekik duit rakyat lagi.Jadi kenapa cukai jualan kereta import tak jugak dikurangkan?Kalau kita kira harga kereta import,memang jauh lagi mahal berbanding negara jiran kita tapi minyak diorang lagi mahal.Tapi kalau kereta tu punya cukai dah jadi dalam 30 ribu total harga kereta,aku rasa lagi ramai yang suka minyak ikut harga pasaran dunia.Long term nya penggunaan minyak aku rasa nak sampai jumlah 30 ribu tu,kereta tu sudah uzur dan lapuk.

Masalahnya,harga2 kereta yang sudah dibeli sekarang ni akan menjunam teruk.Paling tak puas hati nanti adalah orang2 yang dah beli kereta dan sedang membayar hutang bulanan kereta tu sebab hutang tu pasti takkan dikurangkan ikut harga baru kereta tu.Penjual kereta terpakai pun akan mengamuk jugak la.Tapi,kalau kita tak buat macam tu,sampai bila cukai tu nak diteruskan jugak.
Sakit memang sakit tapi untuk long term faedah dia lagi banyak.Cukai jualan nak jugak,minyak pun nak jugak.Lebih la camtu kan?Pasal motor,aku malas nak cerita.Sakit hati.

2) Mansuhkan/Kurangkan Plaza Tol/Harga Tol

Tol-tol seperti Lebuhraya Utara Selatan sudah terlalu lama diberikan kepada syarikat-syarikat konsesi ni dan kita sudah sedia maklum,perjanjian dengan PLUS tu pun sudah disambung lagi.Kenapa?Kerajaan tak mampu ke nak menanggung sendiri maintenance lebuh raya tersebut?Jadi,ke mana perginya duit2 cukai jalan yang dibayar oleh rakyat?Jalan dari rumah aku ke arah Balakong tu berlubang je lagi,makin banyak lubang ada la.Ada satu lubang tu kalau motor lalu konfem jatuh depan Econsave Cheras Selatan

3) Hentikan Projek-Projek Mengarut

Projek2 karut seperti Koridor-Koridor Busuk dan Hancing yang dirancangkan oleh Pak Lah ni adalah salah satu bentuk penjajahan secara tak sedar.Bila nak buat projek2 macam tu,tanah2 orang kampung akan diambil.Jadi pampasan akan dibayar kepada orang2 kampung ni.Biasanya pampasan yang dibayar harganya adalah jauh lebih murah berbanding nilai sebenar.Juru ukur nilai tu pun orang kerajaan,takkan la dia nak nilaikan harga tinggi kan?

Bila Koridor2 Jijik tu dah siap,siapa yang mampu beli rumah kat situ?Sudah tentu bukan orang yang tanahnya diambil sebelum tu.

4) Tingkatkan taraf pengangkutan awam

Kalau senang,memang aku naik public transport.Tapi aku tak nak bangun pukul 6 pagi dan bertukar 4-5 bas semata-mata nak pergi kerja.Tengok pengangkutan awam kat Singapura.Modelkan pengangkutan awam kita ikut London.

Dekat London,semua pengangkutan awam (tube,train,bas) dikawal oleh satu badan yakni Kerajaan.Jadi dari situ senang nak plan macam mana nak hubungkan ketiga-tiga rangkaian tu sekali.Kita?Tah ada berapa jnis bas tah.LRT pun ada dua kompeni.Kalau aku naik Tube hari tu dari tempat tinggal aku ke Heathrow Aiport baru 3.50 pound.Sini?KLIA ke Putrajaya pun dah 6 ringgit.

Selaraskan semua.Wujudkan satu badan awam yang akan jaga public transpot kat Malaysia.
Last sekali,pecat semua driver ngan konduktor bas bukan Malaysia.Wujudkan peluang kerja kat orang Malaysia.Beli bas elok sikit,bas double decker ke.Selesa la sikit.

5) Pentingkan rakyat dulu baru orang asing

Program "Malaysia My Second Home And Locals Can Go to Hell" dan "Wilayah Pembangunan Iskandar Yang Busuk" seolah-olah menganak tirikan rakyat sendiri.Terlalu banyak faedah yang diberikan kepada orang luar untuk datang ke sini tapi untuk rakyat,takde ape.

Aku jalan2 Suria KLCC hari ni,nampak ada signboard "Tourist Discount Card."Diskaun special untuk pelancong.Dah lah nilai duit diorang lagi mahal dari kita,siap dapat diskaun lagi tu.Aku nak gak beli barang kat Suria KLCC dan setakat ni apa yang aku mampu hanyalah majalah2 dan buku.

6) Local Open Market

Persaingan antara peniaga-peniaga adalah kunci kepada penurunan harga.Jadi jangan wujudkan budaya2 monopoli lagi.Contohnya macam Astro dan TM Net.Aku percaya dengan wujudnya competitor yang tidak dirantai oleh kerajaan,persaingan provider2 ni akan menguntungkan rakyat.

Astro adalah satu bentuk monopoli yang sangat ketara.TM Net pula adalah satu bentuk penipuan yang paling jelas sekali.Pakej 2mb tapi tak pernah lebih 500kb pun,itupun kadang2 je dapat speed tu.
Siapa kompetitor TM Net?Tah lah aku pun tak sure.Maxis ke,Digi ke,itupun lebih tertumpu ke Wireless broadband.Kenapa syarikat lain takleh nak buat home line broadband?

Sebabnya,home line kat kebanyakan area hanya ada satu je kompeni pegang.

7) Bandingkan negara kita dengan negara maju

Aku paling tak faham kenapa bila kita nak bandingkan diri kita,mesti nak banding dengan negara2 setaraf kita.Habis tu,sampai bila kita nak maju?Ada orang kutuk aku sebab bandingkan Kuala Lumpur dengan London.Dia suruh aku bandingkan Kuala Lumpur dengan Jakarta.Tapi London ade ke ex-bangunan tertinggi di dunia

Salah ke kalau kita bandingkan negara kita dengan negara2 maju?Bukan ke kita nak jadi negara maju?Kalau benchmark kita selalunya negara2 setaraf kita je,apa yang kita cuba capai sebenarnya?

(Gambar Sekadar Hiasan - Insya Allah bawah pimpinan Imam Besar,signboard2 tu akan makin banyak kat Malaysia)




Pak Lah Yang Blur

TNB dah start nak naikkan kadar elektrik jugak.Barang-barang keperluan pun pasti akan naik,barang2 makanan pun pasti naik harga.Aku rasa kedai makan dekat rumah aku baru je naikkan semua harga makanan dia awal tahun hari tu 50 sen,Insya Allah akan naik lagi seminggu dua lagi.Tempat aku minum kat terminal bas Cyberjaya pun baru je naikkan harga air 20 sen ke 50 sen awal tahun aritu,siap ada notis lagi informkan pelanggan dia.

Minyak naik 78 sen.Sesuatu yang sangat mengejutkan semua orang sebab takde angin,takde ribut,tiba2 Imam Besar Islam Hadhari announce kenaikan.Lepas pilihanraya,dia announce tak jadi nak naikkan harga sebab nak tolong rakyat.Seminggu sebelum minyak naik harga,dia announce subsisi minyak akan dikaji semula dan mungkin naik bulan 8.Siap announce langkah2 nak halang warga asing beli minyak kat sini lagi.

Bukan senang nak jadi pemimpin.Tapi kalau rasa diri tu tak boleh nak memimpin,jangan jadi Perdana Menteri.Ramai orang yang berfikiran macam Imam Besar ni,asal ada peluang dia sapu je.

Hai Imam Besar,
Aku nak tau sangat berapa elaun menteri2 dan pegawai2 kerajaan tu.Kalau elaun diorang 10 ribu sebulan,seratus orang dah RM1,000,000.Kalikan dengan 12 bulan ,dia dah spend 12 juta hanya untuk elaun menteri2 tu.Minyak confirm tak bayar sendiri,tol konfem tak bayar.Jalan pun nak ada orang escort.Pegi jalan jauh sikit mesti nak naik flight.

Bukannya diorang keluar duit sendiri pun semua tu.Pernah ke sesape nampak Imam Besar pump minyak kat Petronas Putrajaya?

Sudah-sudah lah tu.Tak pandai buat cara tak pandai.Rakyat bukan nak dah kau jadi pemimpin.
Pandai-pandai lah step down.Dalam kubur nanti bila malaikat tanya kau agama apa jawablah "Islam Hadhari."

Jun 07, 2008

Pak Lah Lemah!


Gambar sekadar hiasan.Cuba bayangkan Jeanne Abdullah atau Datin Rosmah pakai mcm tu...perghhh!

Aku tak berapa ada mood sebab minyak naik.Aku isi minyak hari tu Rm10,biasanya selamat jalan 2 hari,sekarang aku boleh jalan pegi dan balik sekali lepas tu pegi sekali,balik kena isi lagi.Masa aku isi minyak dekat stesyen minyak tu,depan aku ade brader melayu tua isi minyak motor EX5 dia.Dia isi
Rm3.00.Tengok dapat la dalam 1.1 liter lebih.Dulu masa aku pakai EX5,isi minyak sekali RM4.50,dah full tank.Sekarang RM3 pun baru 1/4 tank.

Bodoh kan kerajaan Pak Lah ni?

Ni lah orang Melayu yang stereotaip,tanak buat kerja tapi nak hidup senang.Masalahnya penyokong dia ada jugak,still masih ada lagi orang yang nak menyokong dia.Bodoh...ramai sangat pemimpin Malaysia ni yang bodoh2 ada master ada Phd pun sebenarnya otak penuh sampah.

Sejahat2 Mahathir pun,aku rasa kita semua setuju,Mahathir seorang pemimpin.Walaupun dia dah ke arah2 diktatorship tapi dulu aku rasa Malaysia tenang je.Lupakan pasal kes Anwar tu sebentar dan fikir pasal sumbangan Tun Mahathir Mohammad dekat kita.

Apa yang kita boleh buat?

Ambik pengajaran daripada penduduk Bukit Mahkota Cheras.Kalau kita tak suka,kita lawan.Berdarah pun berdarah lah.Kena hentak ngan helmet ke kayu ke takpe lah.Sebab itu lah caranya kita nak menang.Aku mintak kalau ada siapa2 yang terjumpa Pak Lah face to face,ludah je muka dia.Ludah si Khairy tu sekali.Kalau Pak Lh rajin gi solat Jumaat dekat Masjid Putrajaya,lepas habis semayang tu curik je kasut dia.Biar dia jalan kaki ayam.

Carik satu limosin Mercedes 3 pintu kaler hitam plet dia takde nombor tapi letak lambang kerajaan Malaysia.Perah limau kat ekzos kereta dia biar karat.Tiap2 orang yang lalu ludah je keparat tu.Kalau kita tak selamatkan diri kita,kita nak harap kat siapa lagi?Demokrasi?Undian?SPR?RASHIT?Bodoh betul.Menyampah tengok muka Pak Lah ni.Aku rasa macam nak pijak2 sampai rata buat karpet.Umum kenaikan harga minyak sambil TERSENYUM.Pemimpin mana yang hepi nak announce benda2 camtu?...PEMIMPIN TAMAK DAN SENGAL

Kita bangun dan kita lawan.Kalau kena spray gas lagi takpe.12 Julai 2008 prepare.Bawak garam sepaket kalau kena gas.Bawak air sebotol.Kita lawan sampai kita menang.Sampai kita tak menderita.
Sampai Pak Lah lari ke Australia.

Aku tulis ni penuh emosi marah.Jadi sori la kalau kasar.Kalau aku kena tangkap sebab hasut orang ramai,takpe la.Dalam penjara takyah pakai minyak,semua jalan kaki.Save banyak tu.Mungkin nanti kerajaan akan announce yang sebenarnya kasut2 yang kita beli ni pun kena subsidi sebenarnya dan subsisi akan dikurangkan.

Mei 30, 2008

(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 6 - Anak-Anak Haram





Kecik-kecik mak bapak ajar tak nak dengar,besar2 jadi samseng.Ni lah Melayu bodoh,main kutuk2 racist lagi.Hulur duit sikit suruh buat apa pun buat aje.Mungkin kalau upah diorang RM2 makan tahi pun diorang buat.Gambar diambil dari Sg.Long's Album

(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 5 - Wajah-Wajah Pejuang

Tengah tolak batu konkrit besar tu ramai-ramai



Organizer kepada penduduk sedang memberi ucapan

Aku rasa dia ni pembantu kepada Ketua Polis Selangor kot.
Ade situ pun takde guna,buat2 muka berlagak je

Rakyat Menang

Mei 29, 2008

(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 4 - Kenapa?



Okeh,sila rujuk map tu.

Jalan yang ditutup tu sebenarnya berfungsi dengan sempurna.Tidak ada cacat celanya,siap traffic light pun berfungsi lagi.Mungkin untuk kegunaan anjing dan kucing nak melintas jalan.


Jadi katakanlah anda seorang penduduk Bukit Mahkota,Cheras.

1) Jika Anda ingin ke KL -

Anda mesti melalui jalan dalam sejauh 6km untuk keluar diexit sebelum tol (tak silap aku Persimpangan Telekom,kalau salah tolong betulkan) kemudian membuat satu ke arah kanan dan masuk kembali ke highway Grand Saga,cantik2 sebelum tol.Bayaran 90 sen.

2) Jika anda dari KL -

Anda mesti terus melepasi tempat hadangan itu,masuk ke exit selepas itu walaupun sebenarnya rumah anda dah terlepas jauh.Membayar bayaran tol sebanyak 90 sen dan kemudian bergerak kembali seolah2 membuat satu pusingan U-Turn yang sangat besar untuk kembali ke rumah anda.

3) Jika anda dari Bandar Tun Husssein Onn/Cheras Perdana

Anda akan masuk ke simpang 4 bwh flyover tapi akibat daripada hadangan tersebut,anda mesti membelok ke kanan lalu masuk ke highway dan membayar tol sebanyak 90 sen.Kemudian anda mesti terus dan ambik exit ke kiri dan berpusing lagi sejauh 6km untuk ke satu tempat yang sebenarnya sudah pun berada di depan mata anda sebentar tadi.

Jadi persoalannya di sini,apa rasionalnya nak tutup jalan tu?Memang dah terang2 menyusahkan orang ramai dan nampak sangat nak memenuhkan poket sesetengah pihak aje.Yang rugi,orang yang bayar tol dan orang yang beli minyak.

(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 3 - Cerita Saksi 2

CERITA 2 - Wartawan Suratkhabar


Kebetulan masa aku ke sana ada sekumpulan wartawan tengah tukar2 note lepas interview (nanti aku cerita).Aku tanya la reporter tu sket2 lepas tu aku tanya "semalam apa jadi sebenarnya?"


"Tah la bang.Saya pun nasib baik je ade lagi masa tu.Tiba-tiba je ada satu group datang belasah semua orang yang ada kat sini.Habis seorang photographer tu kena belasah lepas tu diambiknya kamera dia bagi pecah."

"Teruk ke semalam tu?"tanya aku lagi.

"Ak aah,memang teruk.Memang takde punca.Datang dan terus pukul"jawab dia."Tapi jangan risau bang,gambar apa jadi semalam semua kita ada,"bagitau dia.

Aku senyum,dia pun senyum (gaya gay2 sket) lepas tu aku cakap terima kasih dan gi balik dekat penghadang jalan tu.

(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 2 - Cerita Saksi 01

CERITA 1 - BRADER BAJU BIRU



"Aku pun tak tau semalam,aku lepak la kat sini,ramai gak la masa tu tengah ketuk simen tu nak bagi pecah.Tengah ramai2 kumpul2 tu tetiba datang la satu geng seramai 20 orang."

Aku tanya balik "Melayu ke bang?"

"Ak aah,melayu semua.Diorang bawak helmet,bawak kayu.Tak kenal pun siapa,memang tak pernah tengok pun.Semua badan besar2,takut gak aku tengok."

Sambung brader tu,"Tak cakap apa2 terus diorang ramai2 hayun kayu,hayun helmet hentak orang2 kat situ.Aku kesian tengok ada sorang pakcik tua Cina kena hentak kat kepala."

"Itu je ke diorang buat?"tanya aku lagi.

"Dah lah pukul orang suka hati,lepas tu diorang mulalah kutuk2 orang Cina kat situ,nak bagi diorang geram."

"Masalahnya sekarang ni,siapa diorang tu siapa?Sape yang upah diorang tu.?"kata brader tu lagi.


"Yang aku paling sakit hati,polis ada kat sini semalam.Tapi diorang biarkan aje."

Aku terdiam.