January 05, 2012

Siapa Mahu Jadi Guru Sekolah Menengah?

Ada sesiapa nak jadi cikgu sekolah menengah? Salah satu benda yang aku pelik mengenai cikgu2 adalah kenapa kurangnya laungan cikgu sekolah menengah yang mintak gaji diorang dinaikkan sebab buat masa sekarang..gaji cikgu sekolah menengah dan sekolah rendah adalah sama.

Tapi beban tugas agak berbeza. Cikgu sekolah rendah kes-kes selalu didengari...berak dalam seluar. Cikgu sekolah menengah? Gaduh.Pukul.Ponteng.Melawan.

Masalahnya, kalau kau cuba tanya2 cikgu sekolah rendah sekarang ni pun, bermacam-macam kes yang jadi dekat budak sekolah rendah.Sekolah wife aku dulu,seorang budak pempuan sekolah rendah ponteng sekolah..pegi layan foursome dengan 3 orang budak form 3. Member aku kat Temerloh,10 budak laki..1 budak pempuan tepi air terjun.

Aku pervert jugak masa kecik tapi takde la kecik mana. Aku rasa aku start tengok cleavage dalam magazine start aku darjah 4. First time aku rasa lain macam bila tengok TV adalah bila aku tengok satu series dulu2 tajuk dia "Santa Barbara" sebab dalam tu penuh dengan cleavage shots dan sebagainya.

Tapi aku tak pernah pun terfikir nak ajak classmate aku masa darjah 6 gi beromen belakang stor sukan.

Masalahnya...apa yang aku nampak, benda2 ni mesti jadi dekat family yang mempunyai ciri-ciri berikut ;

1. miskin
2. mak bapak kurang berpendidikan

Kalau benda camtu jadi dekat family sebegitu, menangis tak berlagu la mak bapak dia.Tapi ada jugak kes di mana family itu;

1. middle income
2. mak bapak ada pendidikan tertiary

dan bila terjadinya kes-kes anak buat malu dengan family...sesetengah mak bapak tak percayakan benda tu jadi sebab dia lagi percaya dengan cakap anak dia.

Kalau kau tengok sistem sekarang ni, budak2 jadi berani melawan cikgu sebab cikgu dah hilang kuasa. Tahukah anda..cikgu tidak dibenarkan merotan anak murid sekarang ini? Jadi,budak-budak apa takut? Buat silap...salahkan cikgu.Buat silap..salahkan classmate. Sebab diorang tau mak bapak akan backup diorang.

Aku selalu kena penampar dengan cikgu. Aku pernah kena halau keluar kelas Biologi aku. Tapi takde pulak aku terfikir nak saman sekolah sebab buat aku camtu.

Budak-budak makin tak berkualiti atau segelintir mak bapak yang makin tak berkualiti? Adakah anda, sebagai seorang mak bapak, mampu memberikan kepercayaan kepada guru untuk mendisiplinkan anak anda atau anda merasakan, anak anda tidak patut dirotan atau dihukum di sekolah. Adakah patut larangan guru melempang murid terus dilaksanakan?

Kalau benda ni tak dibendung tak mustahil akan terjadi kekurangan guru sekolah menengah.

Bincangkan.



56 comments:

AiTotYati said...

tahun pertama Ai posting di sebuah sekolah menengah, ada sorang guru denda pelajar2 ting 4 sebab tak siapkan homework. dendanya ketuk ketampi 20 kali. ramai pelajar yg kena denda.

esoknya, salah seorang mak plajar tu datang serang sekolah. cakap kaki anak dia lenguh. pelajar tu lelaki. mak dia menjerit2 depan opis. ada kaunselor tenangkan tapi she's keep on saying, "aku ni tak pernah jentik pun anak aku" masa dia marah anak dia berada di situ.


mulai saat itu, Ai mmg tak berani sentuh pelajar. takut kena serang dengan parents mcm cikgu tu.
Ai kalau nak marah just marah je

mr edz said...

aku pernah kena rotan kat punggung sebab warden tuduh aku tak solat subuh sedangkan aku dang geng keluar awal sebab nak makan dulu.. sedar sedar warden tengah kira berapa orang turun solat subuh.. bekas kena rotan tu tak hilang walaupun dah 3 hari.. ok jer.. tapi sekarang mak bapak terlalu back up anak sebab apa aku pun tak tau.. tapi anak aku kalau salah cikgu rotan kalau balik ngadu aku akan tambah lagi rotannya.. hahahahah kejam tak aku

saya suka abang mantot said...

mak aku cikgu sekolah menengah pernah bergaduh dengan anak murid dia sebab ponteng sekolah. Mak aku sampai terkoyak baju dia ditarik budak tu sebab nak elak budak tu pukul mak aku.budak tu memang jenis cakap dengan sapa2 pun kasar n kurang ajar.dan bila pergi rumah budak tu sebab nak bagi tahu apa yg anak dia dah buat, selamba je mak dia cakap..."dia memang macam tu"...
kadang-kadang mak bapak pun takut dan macam tak ada kuasa nak ajar anak sendiri.

Anonymous said...

ex cikgu sek men aku pun akui, budak2 nijam takleh nk buat suka2 hati; rotan, denda lebih sikit, dsbg selagi tak keterlaluan.. sebab? silap sikit samannnnnnnn

berbeza masa aku sekolah dulu, belajar dgn cikgu yg sama, kena rotan ke, denda ke. simpan sendiri2, mana berani bgtau mak bapak? kang kena double dose weiiiiiiiiiiii..

Kak Mah said...

terletak anon plak.. BTW, Kak Mah yang post tadi tu yee..

hoya said...

kau kena halau keluar dengan mama bio ke tot? waktu form 4 ke form 5?

Mantot said...

form 4..tah apa pasal aku tak ingat.aku rasa sebab aku melukis kot masa dia tengah mengajar

SM said...

bincangkan? dah macam soalan budak spm pulak! kena tempeleng dengan cikgu adalah satu nikmat yang hanya dapat dihayati bila sudah bergelar orang dewasa.

Anonymous said...

Bebudak skarang kuat melawan, MakBapak kuat back-up, Cikgu yg paling lemah. Kuasa berpindah tangan, aku ajar students aku melalui filem "Persuit of happyness" & "Freedom Writers" ada laa impact pada kesedaran sementara mereka memahami situasi & hormat pada diri sendiri. I have to instill 'respect' into them. Bila students nih mula sedar, senang nak deal dgn masalah2 mereka.
Drp,
RYSMHP

Laine said...

"Kalau benda ni tak dibendung tak mustahil akan terjadi kekurangan guru sekolah menengah."

Naahh.... mustahiiilllll.. Dari pelbagai aspek, 'benefit' sebagai guru lebih tinggi berbanding 'beban' secara keseluruhannya bergantung kpd jenis sekolah. Maka, naahh.. Bila seseorang masuk ke profesion guru, SHE(bukan HE) will never ever quit her job as a Malaysian school teacher.

-HanaMichi- said...

budak sekarang xleh tego..xleh cuit..sbb tu pangai macam antu.
osmet gua hari2 balik muka mencuka...sian..budak selamba je cakap fuck kat dia..bila bgtau mak bapak...mak bapak dah biasa..

haha..dia ingat fuck tu maksud dia "sayang"???

apekono said...

sampai satu tahap cikgu tak perlu lagi peduli akan tahap sosial pelajar.guru hanya perlu mengajar.samada mereka akan terima atau tidak itu hak pelajar.selalu kita lihat pelajar yang jahat tetapi pabila masuk uni atau kolej komuniti belajar dengan bersungguh sungguh.mungkin pada diri pelajar itu sendri, nilai kematangan itu lambat sampai.pada mereka, sekolah adalah tempat berseronok.namun dari lain segi, xsalah sekiranya pelajar juga adalah zalim sedangkan bakalan cikgu seperti Adam Adli juga tidak mengenal erti menghormati authoriti.jadi, sama macam karma, apa yang cikgu itu buat dulu, itu yang pelajar itu akan buat balik.

CyCra~ said...

Profesyen perguruan sgt dkt dgn diri aku, walaupon aku bukan seorg guru..Ibu dan makcik2 aku kebanyakkan guru..mmg pernah la parents serang smpi umah sb pukul anak diorg..pukul seorg cikgu bukannya truk pon..
Parents hari ni rmi bangga nak jadi kawan kepada anak2..cuba nak sporting x bertempat, in the end, x boley terima org lain ajar anak diorg..n budak2 zaman skang sgt kurang pengajaran..bila mcm ni, motivasi seorg guru mmg jth..sb ibu aku sejak kena serang ngan parents budak tu, dia mmg x pedulikan budak tu..sekadar mengajar dan bukan lagi mendidik..in the end?budak tu dah drop out from skool n that parents masih bersikap mcm tu untuk ank2 yg lain..rugi..
Mmg ramai cikgu sbg tenaga pengajar..tp diorg bukan lagi pendidik..jgn disalahkan diorg tp surrounding dah berbeza...

CyCra~ said...
This comment has been removed by the author.
Elly said...

guru sekarang terlalu exam oriented. terlalu fokus pada result exam, sahsiah dan pembangunan diri pelajar tidak diambil berat.

Mantot said...

Laine,
sebelum sesiapa jadi guru (masuk maktab),dia boleh pilih sama ada nak ambik kursus untuk jadi guru sekolah rendah atau menengah.

benefit utk jadi guru sek.rendah dan menengah adalah SAMA.jadi kalau makin ramai yang tak nak ambik opsyen sekolah menengah...itu boleh mengakibatkan kekurangan guru sekolah menengah.

ps - mungkin sbb itu kot semakin ramai pekerja asing diperlukan?cover kekurangan guru pada masa hadapan?

ck slmh said...

sbb tu lah aku x apply jd cikgu, sbb aku x mampu nak pikul tanggungjawab ni sume!
huhu..
salut ah pd sume yg jd cikgu.

Anonymous said...

hahahaha.. gua sket pun x heran.. lu sndri tgk bakal cekgu sudah..

Dasuki said...

--------------------
Budak-budak makin tak berkualiti atau segelintir mak bapak yang makin tak berkualiti?
--------------------
MAK BAPAK. Perangai MAK BAPAK yang membentuk anak2. Anak2 kpd MAK BAPAK yg tak berkualiti ni la yg mempengaruhi budak2 baik jadik liar macam diorang gak.

--------------------
Adakah anda, sebagai seorang mak bapak, mampu memberikan kepercayaan kepada guru untuk mendisiplinkan anak anda atau anda merasakan, anak anda tidak patut dirotan atau dihukum di sekolah. Adakah patut larangan guru melempang murid terus dilaksanakan?
--------------------
Rotan, aku masih sokong. Lempang, TIDAK sama sekali! Kalau guru zaman DAHULU aku percaya. Tapi memandangkan makin ramai spesis guru yg lebih ghairah kejar GAJI berbanding keikhlasan sebagai pendidik zaman SEKARANG ni, aku TAK RELA membiarkan anak2 yg aku didik/besarkan ni dilempang oleh mereka.

Sekian, ikhlas dari aku.

Cik Siti Fairuz said...

form 4 pn aku ada kenangan masa makmal fizik. satu deret tepi tingkap kena berdiri sbb tgk budak lelaki balik sekolah (kami skol pompuan)...hahaha kelakar btol.

budak skrg ramai kurang ajar sbb mungkin gaji makpak yg bwk blk tu tak berkat. makpak plak jd samdol sbb da terbiasa mkn benda haram. otak & hati sepakat jd BEBAL. tak bole terima salah msg2..tahu nk melenting,merajuk,bwk parang.hmmm

Anonymous said...

Budak budak Zaman sekarang tak balig lagi, Masih belum boleh berfikir baik dan buruk dan masih tidak tahu bertanggung jawab keatas diri sendiri. terpaksa mengunakan orang lain untuk mendisplinkan diri sendiri saperti guru. dah la tu bodoh sombong bodoh tak boleh diajar.

Anonymous said...

aku dulu kalo ngadu kt mak bapak yg aku kn denda/pukul kt sekolah, mak bapak akan tambah plak kt umah...jadik baik diam² aje...

Bakal cikgu said...

Aku bakal cikgu sekolah rendah, tapi aku tak rasa adanjurang perbezaan antra cikgu sekolah menengah or rendah, tmbah2 zaman sekarang.

Perangai budak2 makin menjadi2 malas dan sangat nakal. Kalau dulu kes2 gaduh, hidu gam, hisap rokok, berzina hnnya dengar di sek menengah age, tpi sekarang ni mak aih.... advance sungguh derang..pernah tangkap dan ambush students darjah 4 dan 5 masa tengah seronok2 hisap rokok, dan ade jugak yg mcm high sebab hidu gam...ni msa aku praktikum kt sekolah area kampung...

Tak boleh nak buat apa2 sebab cikgu memang tak ada hak nk pukul atau rotan atau even jentik sekalipun..paling2 kurang marah aje la..nnti2 benda yg sama terjadi lgi..sampaikan ade cikgu yg dah malas nk amik tahu hal2 bebudak ni sebab tensen dgn perangai parents yg sangat defensive dan tak mhu berkerjasama...

Sekarang ni tugas cikgu sekolah, tak kiralah menengh atau rendah, sama saja..semuanya berhadapan dengan situasi yg lebih kurang nak sama.

Kesian sebenarnya dekat bebudak yg mak bapak style nak menangkan anak dia aje, sebab takut2 nnti cikgu2 pulak yg takut dengan ank murid sendiri dan at the end nnti, malas nk amik tahu langsung pasal derang ni..nnti pelarjaran ke mana, akhlak ke mana, masa depan ke mana..

Btw, satu perbincangan yg bagus, membuka mata semua :)

jeep said...

well i have once scolded a student for she was hiding in the sickbay, reluctant to go into the class. no reason. she wasn't sick.she said she came to school just because she was forced by the father. i told her what a waste for her to come to school if she doesn't want to go into the class. and i told her how much she has wasted her parent's money and how she should repay her parent's sacrifices.

the reasons why i scolded her were:

1. she has to go into the class and learn!to be intelligent.to be able to get a brighter future.obviously.

2. i pity the parent who has spent a lot of money just to send her to school.mind u, boarding school cost you more than daily school.

3. she wasn't supposed to be in the sick bay during school hours. what if anything happened to her while everyone was in school? of course we the teachers are to be blamed.

4. i am doing my job, carrying out my duty, and on top of all, i care about her. i don't want to see my student to drown in her own world just like that.

but of all the reasons, you know what did i get as a return?

1. she told her father that i have somehow being cynical as in "perli" or "sindir" her about going into class and getting good result.

2. the father reported to JPN without consulting the school or even asking me if whatever his daughter has told him is true or not.he got so angry i think.

3. JPN sent a letter requesting for show letter addressed to my name.

4. the principal questioned me for what have i done.the school is having a bad reputation because of me.and i gotta get low marks for my SKT that year.

5. i am waiting for JPN to decide what should happen to me and my carrier.but whatever it is, i'm already having a bad reputation in relation to the case.

i never touched her, even more to spank and cane.advising is considered a crime nowadays. it's frustrating. well this is a confession of a teacher, believe it or not, it's a reality.

Anonymous said...

Jeep.. you really need to improve your grammar, mate. My grammar and english is not brlliant but i think you should join me in going to an English class. It will be conducted by this really good English Tutor named Dr. Sarah. And the fact that you are an educator, your level of English is very worrying. Anyway, holla if you are interested in joining that class. Peace out, matey.

Mantot said...

takde la teruk sangat english dia...

Anonymous said...

yg best ayat terakhir.. Bincangkan.
mcm nk jawab peksa plak..hahaha
-coma-

ajib said...

anon 1.40, yor inglis is even wers den jeep's konsidering yu onli taiped ~ 60 words. gud luk in yor klas.

anyway, mantot, nak jd cikgu skolah mnengah ni kena ambik gambar anak pakai legging sexy kat london dulu ka?

Master Yoda said...

tarbiyyah cikgu dulu2 gak bagus..maaf kalau ada yg tak setuju..

bagi gua yg kene rotan, tumbuk, pelempang b'coz of kenakalan gua..tak pernah terfikir nak ngadu ngan mak ayah gua pasal poko mangga yg byk kerengga tu la akan gua duduk setgh jam kalau gua ngadu...

gua tak fhm la senario skang...dan gua sendiri akan bagi rotan kat cikgu2 nnt bila gua htr anak masuk sek...tq...

mungkin ada yg tak setuju...who cares???

Master Yoda said...

memang ada cikgu yg sambil lewa atau who care bout ur daughter/son, namun gua yakin ada juga cikgu yg ok...

depend on sek mana lu htr, and kalau lu org rajin, gi survey staff kat sek yg nak dihantar, siasat sikit perangai cikgu2...

camne nak siasat, sila guna otak dan cerebrum yg ALLAH bg..tq

Syakir Zainol said...

aku laki bini dah setuju... taun depan anak aku masuk dejah 1 aku nak bagi surat kebenaran cikgu rotan anak aku kalau tak dengar cakap sekiranya perlu... kalau cikgu tu tak sanggup nak rotan nnt boleh sms atau facebook aku supaya aku boleh rotan sdr anak aku...

wootwoot said...

@syakir zainol : dude aku suka cara ko.let it spread n aku rasa ramai yg akan sedar.

(penutup karangan)
kesimpulannya, ibu bapa dan guru-guru perlu mengambil inisiatif yang lebih baik dalam membimbing murid-murid di sekolah supaya menjadi manusia yang berguna di hari kelak.

Anonymous said...

ak sorg ckgu skola rndh yg mmg product IPG n overseas... smtimes ak rasa xbley nak blame bdk2 sgt klu prangai derg mcm hrm sbb parents terlalu mnjakan derg... kt umah klu x pnh kena mrh ble p skola kna mrh tue yg derg report kt parents... ckgu2 kna la pndi men psychology klu nak didik moral values kt budak2... nie nak suh bdk jd baik tp prangai mcm hrm pon ada... loosen up sket... msa practicum dlu ak perhatikan bdk2 klu bising sket trus tengking... lex la... dlm class bdk2 passive mcm patung... cmne nak dpt ilmu... klu bdk nakal, gunakan pendekatan psychology yg lg berkesan drpd tengking or rotan bdk2...

SyncRo MEOR said...

haha. ada sorang cikgu ni lupa lak guru disiplin ke bawah headmaster ke tapi dia penah LEMPANG SORANG AMOI in public sedap2 je kat pipi die MERAH gebu2 pipi dia yg putih melepak tu.

SEBAB.

dia masuk kelas minum air dimana dia ngan aku diminta berdiri kat luar, detention.

jarak kelas dia dgn dia = 1.5 meter

honestly, rasa menyesal aku tak wat pape and balik rumah haritu rase diri douchebag somehow.


... sekolah aku sekolah biasa. ad budak pandai, budak bodoh, nakal, bangang, pointless, genious, and the same applied to our teachers.

>>> aku tak sokong cikgu ada kuasa memukul anak murid.

not unless, majoriti guru2 kat m'sia ni dah disahkan berkualiti.

Othman Juliana said...

bukan sahaja tidak boleh merotan murid tetapi tak boleh menjemur murid, denda berdiri di atas kerusi, denda sehingga habis satu masa matapelajaran, jalan itik, ketuk ketampi, cubit, denda yang akan memalukan murid, dan banyakkkkkkkk lagi.

Sebenarnya, dalam keadaan sekarang menjadi guru adalah sesuatu yang sangat mencabar. KECUALI mereka yang sememangnya tidak bertanggungjawab dalam memegang amanah.

Jadi Lainie:
kata-kata, "Dari pelbagai aspek, 'benefit' sebagai guru lebih tinggi berbanding 'beban' secara keseluruhannya bergantung kpd jenis sekolah".

HANYA sesuai bagi guru yang kerja janji dapat gaji sahaja. Dan percayalah, perkara ini tidak berlaku dalam profession perguruan sahaja kerana jelas, amanah yang dipikul itu yang menjelaskan segalanya.

Megat Teraweh said...

saya kena denda ngan cikgu, bila beritahu kat parents saya, mum and dad saya siap kata padan muka, then membebel jeee. haha :D


pendapat saya. budak-budak zaman sekarang pampered sangat, memang tak dinafikan dieorang cepat matang, tapi akal tak cukup matang lagi.

Anonymous said...

pe kata skrg...denda student dgn detention....

sape student yg wat kesalahan...after school kena stayback...kurung dorang...pastu suruh dorang wat la pape berfaedah dlm bilik tu...di supervise....

ashik klu denda...nk rotan la...jalan itik la...ketuk ketampi la...cubit la....

apa kata cikgu skrg fikir di luar kotak dalam kenakan denda?

mr_bread said...

aku lewat gi perhimpunan kena libas ngan ketua warden.balik crita kt mak aku siap kena 'padan muka' lagi.lps tu kena apa2 xcrita dah sbb xde function,haha...

btw,zaman skang cikgu2 kna amek pendekatan lainla mantot...aku pun prasan lps aku jadi senior kat u.induction2 ganas2 ni dah tak masuk ngan bdk2 zaman skang aka Gen-Y ni.dulu zaman manual,lani dh global kapla otak pun dh advance. Macam mana nak buat tu,aku tak taula sbb aku bukan pakar saikologi. Tapi dalam pada tu kena sulam dgn physical contact jgk,selain phsychological contact.

dan tak lupa,bila amek bdk2 masuk sekolah,para cikgu silalah study BACKGROUND mak bapak student. aku rasa you'll learn a lot from that. kalo boleh jejak dari keturunan lg bgus.hehe...peace yaw!

Mantot said...

kalau buat detention...budak terlepas bas nak balik,cikgu kena hantar balik rumah

Reen Tart Nenas said...

agreed, slalu nyer yg kes saman nie mesti sekolah bandar2 or parents tu rasa die best. mak saye pun ckp budak2 skang seme nak senang jer n parents tau nak serahkan semua kat cikgu. arwah babah saye penah pesan kat cikgu sekolah saye, 'kalau anak saye buat salah, kalau cikgu rasa perlu rotan, cikgu rotan la, tapi jangan la sampai patah riuk'.

Reen Tart Nenas said...

saye penah jadi cikgu sementara dulu. tp saye suka ngajar sekolah rendah dan sekolah kg. ntah la, mereka nie lagi mudah dibentuk kalau kena caranya. cuma kena byk2 bersabar.

Saya Suka Baca Blog! Ninie Simmons said...

Kat sekolah dulu aku pernah kena baling dengan duster (ke apa ntah nama binatang tu aku lupa) kat muka. pasal aku nak pinjam pensil daripada member aku..tapi cikgu aku salah faham, dia ingat aku bersembang...tiba2 "PANGGGGG" melayang duster..dalam hati aku.. cibai betul cikgu ni. Tapi aku langsung tak report kat mak bapak aku or principal walaupun aku tau bukan salah aku.
Sebab tu lah budak zaman sekarang semua sangat biadap dan kurang ajar. Manja sangat. Kena marah sikit, report kat mak bapak. Lepas tu mak bapak tak puas hati, nak saman lah apa lah..
ishk. ntah pa pa ntah.

Anonymous said...

Bila jadi kes macam nih, dah takde keikhlasan. Guru dah tak ikhlas mengajar, murid tak ikhlas untuk belajar. Jadi macamana ilmu tuh nak berkat? Lahirlah beberapa generasi:

1. Berderet A, tapi akhlak, hancur - bakal leader akan datang
2. Dahlah F berderet, akhlak pulak hancur - bakal menyusahkan negara, memenuhi pusat serenti, penjara
3. Yang cukup makan - bakal pengikut/pekerja, asal boleh buat kerja nak tampung hidup,akan diguna untuk kepentingan bakal leader

takutake said...

Bagi aku, dua-dua pihak yang makin tak berkualiti.

Kalau mak bapak tak berkualiti, 98% kemungkinan anak jadi tak berkualiti berkali ganda daripada ke-tak berkualiti-an mak bapak diorang.

Paling menyampah dengan parent yang tak boleh handle ke-bangang-an anak dia. Apakah noob sangat? Lagi-lagi seorang bapak.

Yang kanak-kanak riang sekolah pun, takkan la tak boleh nak detect benda buruk dengan benda salah? Diorang bukan tak boleh nak identify benda yang boleh dibuat dengan benda tak boleh dibuat. Tapi bangang pi buat benda tak sepatut dibuat sebab, sebab diorang bangang la. Semua pilih untuk buat benda jahat sebab lebih enjoyable.

Bayangkan. Mak bapak tak berkualiti. Lahirkan anak sampai 6 orang. Enam-enam orang tak berkualiti. Then kahwin dengan orang tak berkualiti jugak. Mana ada pak ustaz nak kahwin dengan cikaro. Mana ada mat gila seks setiap malam order bohsia kahwin dengan ustazah. Ada pun, aku rasa 2% daripada populasi Melayu je. Itu pun, mesti yang baik akan berubah jadi yang teruk. Hasilnya, anak-anak yang tak berkualiti makin bertambah. Dan anak-anak tak berkualiti ni pula akan menjadi parent yang tak berkualiti satu hari nanti.

Sebab tu semakin lama kiamat makin dekat. Mana ada kiamat makin jauh.

AmoiG said...

Cikgu, Kerja paling stress. Tak kira la sekorah rendah atau menengah. Tak pernah terlintas nak jadi cikgu walaupun arwah bapa seorang cikgu. sebabnya, tak nak popular asyik keluar paper sebab pukul anak murid (walau pun niat baik). Tahap kesabaran sangat rendah. Jadi, all the cikgus out there, saya sangat respect anda kerana tahap kesabaran anda sangat tinggi.

azmin said...

Masa hantar anak sekolah, jumpa cikgu, amanahkan cikgu untuk mendidik anak kita dan serahkan sekali rotan. Bagitau cikgu kalau anak buat salah, gunakan rotan yang diberi. Biar anak ada sekali masa tuh. Insya Allah akan lekat di kotak pemikirannya.

Cuma jangan rotan sama macam pesalah penjara lah. Tu kategori melibas weh.

Semua ini ada kaitan dengan pemerintah jugak. Tapi skop yang tu lain kali lah. So terpulang ..

Anonymous said...

gune kekerasan bkn satu2nye cara utk mendisiplinkan budak.. gunela psychology sket, fhmkn apesal budak tu perangai cam sial sgt, nih sket2 nk pukol.. tryla mcm style Great Teacher Onizuka ke haha

-pungkoq

Yat said...

Nasib baikla aku dah lepas zaman persekolahan. Remaja2 zaman sekarang ni mengerikan. Minum arak berzina hisap ganja tu macam perkara normal pulak. Dating berdua duaan, jalan pegang2 tangan, bercumbu2 depan public pun dah tak malu. Bila kena tegur, melenting. Mmg hudud patut dilaksanakan kat negara negara Islam. Aku pasti hanya hudud yang boleh menyelesaikan masalah sosial yang teruk mcm kat Malaysia ni. Sorry tot aku terkeluar tajuk pulop.

Anonymous said...

zaman sekarang bebudak semakin bijak...mempunyai pemikiran kritikal(critical thinking)..tak kira la budak jahat ka baik ka...depa akan persoalkan setiap tindakan guru keatas mereka, selalunya secara berdepan lah...guru terpaksa jd kreatif nak handle bebudak sekarang nih

pada aku guru pun sama jugak...ada segelintir yang memang berjiwa pendidik, ikhlas mengajar...dan ramai jugak yang terpaksa jd guru sebab takdak keje...guru mcm ni lah yang buat susah keje guru yang ikhlas tu...

cadangan aku pada semua..kita berkenalan dgn semua guru2 yang mengajar disekolah anak kita tu...selepas tu kita akan jadik makbapak yang bijak bersama guru hadapi masalah bebudak sekarang nih

ingat..berkenalan saja tau...bukan ngorat cekgu pulak hahahaahaha

-tepeng-

Anonymous said...

dulu cikgu2 disiplin aku gengster.sebut je ape.penampar,rotan,jalan itik,lari keliling padang pkai bju skolah,kena baling ngan kerusi,kne tumbuk semua pnh kena.senior aku 2org je untung dpt pkej tambahan kne tomoi sedas dua.tp sejahat mana kitorgpn xterpikir pn nk balas balik wlupun smpai skang aku berdendam ngan cikgu2 tu.ape aku nk sampaikan,bdk2 dlu fizikal n mental mantap.bdk skang lembik cam pondan.sama gak ngan mak bapak skang.otak jem.kalau asik nk salah kan cikgu,baik parent je yg ajar sndiri.abis citer.

x minat Add Maths said...

salam wbt.

sy pulak pernah kne kejar keliling kelas, kne tampar and kne conteng tudung dengan marker hitam dalam satu sesi kelas oleh seorang cikgu tusyen Add Maths. puncanya lepas sy juz mention secara gurau kat cikgu tu pasal sorang kawan sekolah sy (satu tusyen tapi lain sesi) yang p rumah cikgu tu n balik lewat sampai pukul 2 pagi.

sy tau ja kawan sy tu p sebab nak study. kawan sy tu laki2 n cikgu tu pun laki2. sy xda lak tuduh apa2, sedar2 cikgu tu marah. sampai sekarang sy pun x faham kenapa nak marah sedangkan cikgu tu dah biasa bergurau dengan kami para pelajarnya.

cikgu ni sendiri pun salu kne kan sy. sebelum insiden tu, cikgu pernah cakap depan kelas (kat budak2 laki), "korang jangan gelakkan ****** (nama sy), kot2 dah besar nanti pakai tudung labuh.." sejuk hati dengar ayat tu tapi penghujung ayat "tapi masih jalan terkangkang".. mula2 sy dengar rasa biasa jek, siap gelak lagi. x rasa apa2. cuma kawan perempuan sy je la yang tanya x terasa hati ke. huhu.

apapun lepas insiden tu, sy berdendam jugak waktu tu, dahlah segan sebab dibuat depan budak2 sekolah sy yang setusyen dan dari sekolah2 lain. terus quit tusyen n hari2 terbayang bawak pisau nak p bunuh cikgu. tapi alhamdulillah kejap jek, bila terjumpa balik cikgu tu masih dapat senyum n bagi salam.

cuma sy tak bagitau kat famili pun terutamanya mak sy sebab sy tau kalau sy bagitau kompom mak sy akan p pusat tusyen tu n serang cikgu tu. alasan bila nak quit tusyen sy cakap sebab rasa nak ikut kelas tambahan yang cikgu sendiri buat kat kelas, lagi jimat.

oqi said...

salam, wah satu topik yang bagus mantot. syabas. Sedikit pendapat:

1. detention hanya boleh digunakan untuk pelajar sekolah berasrama.

2. tugas mendidik sahsiah anak adalah tugas utama ibu bapa. quote sedikit dari rasul kita, Muhammad:

Sabda Rasulullah SAW, "Setiap bayi yang dilahirkan itu suci bersih, Maka ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani ataupun Majusi".

Check Al-Quran, 64:15. Setiap ujian itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda: Suruhlah anakmu bersolat ketika mereka berusia 7 tahun, pukullah mereka (sekiranya mereka enggan bersolat) apabila mereka berusia 10 dan asingkanlah tempat tidur antara mereka (lelaki dan perempuan) (Sunan Abu Dawud)

Siapa yang Rasulullah suruh ini, tentulah IBUBAPA.

3. Dalam membentuk anak-anak yang berjaya, ibubapa perlu di'activate' dulu. Kenapa aku cakap mcm ni, dah cukup, kita di'motivasikan' tapi tak pernah kita nak 'aktivasikan' apa yang di'motivasikan' tu. Dalam usaha ni, aku buat kursus parenting untuk ibubapa mendidik anak-anak dari teknik ke taktik. Bukan aku la bagi ceramah, tentunya yang pakar.

4. Solat adalah tiang agama. Tapi, mana nak pacang tiang kalau tak bertapak? Tapak itu adalah akhlak. Dalam Al-Quran surah Al-Ankabut:45 ditegaskan solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Al-Ahzab 33:21 untuk menjadikan Rasul kita sebagai contoh. Salah satu darinya adalah akhlaknya. Akhlak yang baik dilakukan secara beristiqamah akan berubah menjadi tabiat. Dari akhlak, ke tabiat.

5. Pelajaran tentang akhlak terdapat dalam Al-Quran, aku sangat mengesyorkan menghantar anak-anak belajar PENGAJIAN AL-QURAN. Baca tapi tak faham, tak kaji, tiada gunanya. Aku juga sedang berusaha untuk menukarkan matapelajaran Pendidikan Islam, kepada Pendidikan Al-Quran yang aku difahamkan mungkin tidak akan berjaya. Jika ada mungkin, maka adalah peluang untuk berjaya.

6. Pendapat aku yang terakhir, kita perlu sama-sama berusaha mengtransformasikan diri masing-masing. Bukan hanya dari segi material, tetapi lebih kepada spiritual. 90% akhirat, 10% dunia, atau sebagainya. Ukur baju di badan sendiri. Buatlah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga.

Pendek kata, akhlak ibubapa yang (isi sendiri) + (jahil/mahir) ilmu agama = akhlak anak yang (isi sendiri) kalau salah tolong betulkan. hehehe :D

InsyaAllah, salam.

Anonymous said...

Salam...Aku nak share opinion ni..Sape kate cikgu sekolah rendah ni senang...setiap bahagian dalam pekerjaan ni memang ade cabaran die..BAGI AKU...cikgu sekolah rendah ni tak kurang mencabarnye, sebab ingat senang ke nak ajar budak2 baru nak kenal dunia..nak kenal huruf, nak kenal nombor...dapat pulak yang ade disleksia ke, autism ke, sindrom down ke... Payah ouhhhh....Aku sendiri bakal guru...Aku dengar kot cikgu2 kat sekolah tempat aku praktikum tu bercerita pengalaman dia..Bukan semua budak normal macam kite..Tu belum campur lagi budak sekolah yang ade masalah famili kat umah...Pastu, bawak masalah kat sekolah..So, kite takleh consider macam guru sekolah menengah je mencabar...

Tapi, ape2 pon, aku setuju dgn mantot bab kuase merotan...hoho

Anonymous said...

Aku teringat cerita mamu(pakcik) aku. Dia ni cikgu kat sekolah vokasional. Bebudak vokasional ni memang terkenal dgn kenakalan dorang.

Ada sekali tu mamu aku rotan sorang murid dia sebab mencuri peralatan bengkel, esok harinya bapak dia datang sekolah mengamuk2 sebab mamu aku rotan anak dia. Ayat biasa mak bapak bila backing anak ialah : saya sendiri pun tak pernah buat anak saya macam ni.

Tapi silap lah bapak budak tu ckp camtu kat mamu aku. Lagi berat mamu aku hukum budak tu. Tiap2 hari mamu aku cari point budak tu. Sampaikan dia tak tahan dia pindah ke sekolah lain.

So moral of the story, budak samseng cikgu pun kena samseng jugak lah.

Anonymous said...

kije pegawai kebankrapan kena maki hamun ngan bankrap..kena ugut.. kena kerah ..kena marah dgn owg atasan.. kena berdepan dgn loyer yg kerek..kena kerah tenaga kije selama 8 jam etc..tp xpenh pon terpk nk minta naek gaji..

Anonymous said...

Kerja yang termampu. Aku dah tak mampu nak layan sgt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...