May 28, 2009

Adakah Orang Melayu Merasakan Mereka Inferior? : Bhgn 01


Kalau aku cuba berhujah dengan penyokong-penyokong kerajaan,point2 yang mereka akan guna untuk bantai aku balik hanya tertumpu kepada satu benda;"Ketuanan Melayu."Aku dah berdebate dengan seorang member aku,dia orang Johor dan pengaruh UMNO dalam diri dia agak kuat.Kalau korang baca posting "Ayat-Ayat Tipikal Seorang Penyokong Kerajaan" aku,ayat nombor 6 adalah ayat yang dia keluarkan bila aku komen dia bayar bulan2 kereta Toyota dia,separuh dari duit tu adalah cukai kerajaan.

Dia adalah seorang penyokong kerajaan yang tegar.Aku ingat lagi bila berdebate dengan dia pasal kenapa kena tukar kerajaan,point dia adalah "Kalau kita tukar kerajaan HABIS,HABIS!Habis semua benda orang Cina kontrol!"Ironinya....dia bekerja dengan sebuah kompeni yang majikannya Cina.

Jadi,apa yang ditakutkan sangat dengan orang bangsa lain?Adakah orang Melayu merasakan mereka lebih hebat berbanding bangsa lain,sebab itu perlunya semangat "Ketuanan Melayu" yang kuat?

Atau kebanyakan orang Melayu sedar,jika dibandingkan dengan daya saing bangsa lain,orang Melayu jauh ke belakang?Sebab itu mereka takut benar nak bersaing.Sebab mereka sudah tau mereka akan kalah?Jadi mereka perlukan Ketuanan Melayu sebab tanpa ketuanan Melayu,mereka akan jadi bangsa yang mundur.Mungkin itu sebab sebenar, orang-orang Melayu hendak sangat menjaga Ketuanan mereka ini.

Jika anda membaca Malay Dilemma ; dalam buku itu ada disebutkan masalah dan sebab kenapa orang Melayu terkebelakang.Dr.M ada mengulas mengenai bermacam-macam masalah mentaliti masyarakat Melayu yang membuatkan orang Melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa lain.Pada aku,Dr.M cuba membuka minda masyarakat Melayu pada tahun 1970 an dengan cara memprovoke orang-orang Melayu supaya sedar yang "jika kita sentiasa berada ditakuk yang sama,makin lama kita akan makin ketinggalan."

Tapi lihatlah hasilnya.Buku itu dibanned kerajaan Malaysia.Seolah-olah ideologi seorang Melayu yang jauh ke depan yang cuba diterapkan itu bercanggah dengan prinsip pembangunan Malaysia pada waktu itu.Kelihatan seperti kerajaan pada waktu itu tidak mahu masyarakat Melayu sedar tentang kelemahan diri mereka.

Dan lihatlah zaman sekarang.Seolah-olah tidak ada langsung pengajaran yang diambil oleh orang2 Melayu.Terlalu banyak sistem yang dibangunkan untuk memajukan orang Melayu tetapi lama kelamaan sistem itu disalahgunakan oleh orang Melayu sendiri.Inilah Masalah Orang Melayu;Bila diberi,mereka ambil sebanyak mungkin.Kemudian duduk,termenung menunggu durian runtuh berikutnya.

Pertama sekali,kita orang Melayu kena mengakui;budaya kita masih muda dan kita takkan mampu lawan budaya masyarakat Cina yang dah berabad dibina.Aku bagi contoh; ibu bapa orang Cina dan orang Melayu.

Jika anda seorang Melayu dan akan mengambil SPM atau menunggu kemasukan ke IPT,cuba tanya kepada kawan Cina anda,"Kau nak masuk IPTA mana nanti?" Pasti soalan anda itu akan dijawab dengan senyuman kambing ataupun sebijik penumbuk (jika anda bertanya secara kurang ajar).Orang Melayu?Orang Melayu boleh simpan angan2 masuk ke IPTA di Malaysia jika result SPM bagus.Orang Melayu mampu berfikir mengenai nilai yuran yang rendah dan boleh dikatakan semua benda diberi bantuan.

Tapi cuba bayangkan perbezaan antara ibu bapa Cina dan Melayu yang mengimpikan anak mereka masuk ke Universiti.Jalan yang mereka lalui sungguh berbeza sekali.Orang Cina pasti akan cuba menyimpan duit sebanyak mungkin untuk memastikan anak mereka dapat masuk ke Universiti swasta sebab mereka sedar,peluang untuk ke IPTA sangat rendah dan yuran pengajian pula sangat mahal.

Orang Melayu?
Duduk goyang kaki,tunggu anak masuk U.Bila anak nak masuk U,pinjam duit sedara mara untuk hantar anak masuk IPTA yang yurannya kalau dibandingkan hanya seciput berbanding yuran ke IPTS.Kalau tak cukup,apply PTPTN.

Sebab itu perlunya Ketuanan Melayu?Untuk melahirkan bangsa yang mundur akalnya dan bakal graduan yang hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti merempit macam di UPM?Jangan marah ye student2 UPM,tapi dulu aku join tengok lumba haram budak2 UPM depan Minlon (korang tau kan apa aku cakap ni) Berkeliaran lari bila polis datang.Dua kali kena camtu aku dah tak pegi tengok dah.Zaman muda!Zaman baru belajar bawak motor dan belajar2 main kuda sebelum sedar main kuda tu bodoh.

Jadi,adakah perlu Ketuanan Melayu jika kita ambil dari segi konteks sebegini?
Adakah benar orang Melayu perlukan "dorongan" seperti yang diperkatakan Dr.M dalam bukunya?Adakah dorongan ini akan memberikan kesan yang baik atau impaknya lebih negatif?

Persoalannya yang paling utama;

Adakah Ketuanan Melayu @ Bumiputera ini berjaya membentuk orang Melayu yang mampu bersaing? Niat asalnya,untuk membangunkan dan memajukan orang Melayu.Tapi,adakah kini,ketuanan Melayu itu menjadi satu senjata Kerajaan,untuk menakutkan orang-orang Melayu yang memang senantiasa dalam ketakutan kehilangan haknya?

Oh Abang Khir Yang Kemerah-Merahan


Inilah contoh Pemimpin2 UMNO yang tak boleh pakai;bila senang lenang dalam Kerajaan,masa tu pejam mata buat2 tak nampak apa2 benda yang menyusahkan rakyat.Bila dah kalah,bila tak menang Ketua Pemuda,baru la berani nak bersuara sikit.Mungkin juga kerana Khir Toyo baru merasai peritnya membayar tol selepas banyak elaun dan hasil pendapatan hilang.

Apa yang salah dengan pemimpin Malaysia?

Benda-benda macam ni sepatutnya diorang perjuangkan semasa dalam Kerajaan.Tapi tak ramai yang berani bersuara dan tak ramai yang berani bangkitkan hal ni dalam parlimen.Bila takde wakil Kerajaan Pusat yang berani bangkitkan hal ni dalam parlimen,dekat siapa lagi rakyat nak buat aduan?

Kat Pembangkang la!Sebab Pembangkang aje yang dengar.

Jadi jangan la tanya kenapa ramai rakyat beralih arah menghentam kerajaan.Sebab wakil2 rakyat yang di bawah kerajaan dah rasa sedap,takut nak bukak mulut mengkritik kerajaan.Apa lagi choice yang rakyat ada kalau kerajaan hanya nak berubah bila kalah,bila ada rasa takut?

Apa gunanya ada kerajaan kalau kerajaan hanya dengar suara rakyat bila ramai2 merusuh,bila ramai2 pakat undi pembangkang,bila ramai2 pakat pijak gambar Najib?
Tugas kerajaan adalah mendengar suara rakyat.Kenapa marah bila rakyat jadi golongan anti kerajaan?Jangan hanya nak bercakap mengenai kesusahan rakyat bila takde kepentingan untuk diri anda.

Takkan nak tunggu kena gertak baru sedar tanggungjawab tu?Pernah ke anda nampak menteri2 ni isi minyak kereta diorang kat pam minyak?Macam mana rakyat nak accept kalau menteri tu sendiri tak hidup macam rakyat?

Jadi,berbalik kepada "cadangan" Khir Toyo tadi. Aku sokong cadangan dia 100%.Tapi mungkin masa dia membangkitkan mengenai isu ni dah terlambat.Cuba bayangkan kesannya jika dia masih lagi seorang Menteri Besar Selangor?Mungkin impak yang timbul akan lagi besar lagi,tapi sayang, Khir Toyo dah tak berpengaruh macam dulu lagi.Mungkin sebab tulah dia berani bersuara macam ni.

Bila dah jadi seorang pembangkang,barulah nak perjuangkan hal rakyat,padahal satu masa dulu dikatakan seperti angan-angan kosong Pihak Pembangkang.Politik Malaysia ni,inilah masalahnya.Bila ada kuasa,kepentingan nombor 1,jaga kuasa.Bila takde kuasa,kepentingan nombor 1,ambik hati rakyat.

Sampai bila nak macam ni?

Apa-apa pun,baguslah Khir Toyo dah "berusaha" sikit nak ambik hati rakyat.Aku tak tau niat dia ikhlas ataupun sekadar propaganda nak dapatkan balik Selangor bawah UMNO nanti.Apa-apa pun,mintak2 ramai yang masih dalam Kerajaan ikut jejak langkah Uncle Khir ni.Jangan terkejut pulak,bulan 9 nanti,bila harga minyak naik,Khir Toyo akan mintak Kerajaan turunkan harga minyak.

Ps. - Itu gambar Khir Toyo satu masa dulu kalau korang terlupa.

Link - Cetusan Rasa Khir Toyo

May 26, 2009

Diskusi : Ayat-Ayat Tipikal Seorang Penyokong Kerajaan

1) "Patutnya kita bersyukur sebab Malaysia mampu keluarkan kereta sendiri dan jual dekat kita dengan harga yang murah."

2) "Kau tengok pembangunan negara kita,apa yang kurangnya?Kau ingat pembangkang boleh buat macam ni?"

3) "Kita patutnya terus menyokong UMNO sebab diorang pejuang kemerdekaan."

4) "Apa lagi yang tak elok kat Malaysia ni?Kau jalan2 kat luar kau rasa tak selamat ke?"

5) "Bersyukurla dengan apa yang Kerajaan bagi dekat kau."

6) "Pasal cukai kereta pun nak bising!Habis tu kau ingat kerajaan nak buat jalan tu,ambik duit dari mana?"

7) "Kerajaan sekarang ni aje yang mampu jaga orang Melayu!"

8) "Percaya la cakap aku,kalau kerajaan bertukar,habis semua benda bangsa lain kontrol."

9) "Kita kena perjuangkan bangsa Melayu!"

10) "Kau pergi merusuh kat jalan kau dapat apa?"

11) "Najib layak jadi PM."

Aku tak paham macam mana orang-orang macam ni berfikir,sila terangkan dekat aku.Aku tau ramai penyokong kerajaan kat sini.Jom kita berdebate!Aku malas nak tulis panjang-panjang.Berdebate ni best jugak.

May 23, 2009

Kipas Itu Sungguh Kuat Sehingga Mampu Menerbangkan Gunung


"Dipersilakan peserta ke lima,Zambry dari Perak!" ujar pengacara,Zizan dan Johan.Melangkah lah Zambry dengan penuh bergaya naik ke pentas.Penuh rasa yakin di dada,sungguh teguh perasaan dirinya malam itu,dia mampu membuatkan penonton2 dalam dewan itu terkencing dalam seluar dengan lawak yang bakal disampaikan.

"Rilek Zambry,ko kena yakin dengan lawak2 kau.Pada aku,lawak kau memang kelakar tak hingat punya," bisik Joe,member baik Zambry sebelum Zambry melangkah ke pentas,sambil menunjukkan isyarat "BEST" dengan tangan.

"Apa khabar semua?Anda semua sihat?Saya tak berapa sihat hari ni,pegi cek dengan doktor,doktor kata saya ada selsema khinzir.Hahahaha!" Zambry memulakan lawak jenaka nya.

Dewan jadi sunyi sepi...Zambry sedikit terkedu,tapi still maintain.

"Hari itu saya pergi beli kereta.Saya hanya nak beli kereta Proton yang ada tayar lima.Tuan2 tau ke kereta apa yang tayar dia ada lima?" tanya Zambry kepada penonton.

"Tak tau.." ada suara seorang dua menjawab.

"Kereta Proton Saga yang ada tayar spare kat belakang boot.Hahahahaha!"gelak Zambry makin kuat.

Dewan masih sunyi sepi tapi keyakinan Zambry bertambah2.

Sambung Zambry,"Apa persamaan perempuan dengan duit?"

"Entah la.." jawab seorang awek cun memakai tudung dengan muka bosan.

"Kedua-duanya lelaki suka.Wahahahahah!" Gelak Zambry makin kuat.

Booo!Boooo!Seluruh dewan mula mem-boo Zambry.

"Ni yang last ni,saya pasti anda akan ketawa berdekah-dekah....ready ya?"tanya Zambry kepada penonton separa excited.

Booo!Booooo!Booooo!Makin kuat makian siap ada seorang Pakcik berbaju batik ala-ala staff kerajaan bangun dan menunjukkan dua jari hantu kepada Zambry.

"Kalau kita campurkan gula,air dan perasa sirap,kita akan dapat air sirap.Tapi,kalau kita campurkan gula,air,perasa sirap dan susu,kita dapat..?" tanya Zambry.

"Sirap bandung bodoh!Itupun nak tanya ke?Blah la woi!" jerit seorang pemuda berwajah Pan Asian.

"Salah!Saya dah agak korang akan teka sirap bandung.Jawapan dia sirap susu.Wahahahahahha!" ketawa Zambry makin kuat.Siap berguling-guling atas lantai mengekek-ngekek.

Boooo!Boooo!Boooo!Balikla woi mangkuk!Lawak bodoh macam sotong kurita!

Zambry pun bangun sambil tersenyum riang."Aku memang The Bomb!"fikir dia dalam hati.Dalam dirinya dia sangat yakin,Raja Lawak season ini dia punya.Sebab dia yakin,dia pilihan ramai.Tidak dapat disangkal lagi dalam dirinya,dia pilihan semua pengundi.Masyarakat Malaysia sukakan humornya.

"Best aa Zambry,lawak ko memang best aaa!Kelakar gila!Aku nak terkentut tadi masa lawak sirap susu kau!" kata Joe yang menunggu dibackstage.

"Kau lapar tak?Aku lapar la!" tanya Zambry kepada Joe.

"Boleh la tahan jugak,tapi aku takde duit.." jawab Joe.

"Takpe.Aku belanja!" kata Zambry girang.

"Kau memang best la Zambry.Lawak kau pasal kereta 5 tayar tu memang kelakar gila!Hahahaha!" puji Joe lagi sambil kedua-duanya melangkah ke kedai mamak yang berdekatan.


May 21, 2009

Ibu Membeli Donat Untuk Anaknya


Satu petang,Auntie Anne (nama sebenarnya Siti Anita Halimah) dan anaknya yang bernama Syed Rogerio Andre (nama orang Melayu zaman sekarang) bersiar-siar di sebuah taman.Auntie Anne pun memberhentikan kereta BMW nya kerana Syed Rogerio Andre inginkan donat.Kebetulan pula ada gerai kuih di taman itu.

Turunlah Auntie Anne dan Syed Rogerio Andre meninjau apa yang dijualnya.

"Mama,mama,donat ni nampak nice la mama?"kata Syed Rogerio Andre.

"Berrafpa inie dow-nut Makchick?" tanya Auntie Anne kepada Makcik Timah,penjual kuih itu dengan slang English-nya yang kononnya original akibat daripada terlalu lama belajar di London.

"Ohh..tu 50 posen sebijik!"kata Makcik Timah.

"What the..it's so expensive...it's just flour and sugar..."komen Auntie Anne sambil memandang Syed Rogerio Andre.

"Takfelah Makchick...tengs!"kata Auntie Anne sambil menarik Syed Rogerio Andre ke dalam kereta.

"Mama,Syed Rogerio Andre nak donat!"kata Syed Rogerio Andre.

"It's okay,darling.Kita shinggah dulu dekat Dunkin Dow-nut,Big Apple or JCo.You can have as many dow-nut as u want.."

Auntie Anne dan Syed Rogerio Andre pun bergerak ke shopping kompleks terdekat.

Tukar Kasut Baru,Berjalan Lebih Baik


Kasut yang aku pakai setiap hari dah terkoyak.Ada lubang besar kat depan.Aku agak malu jugak dengan kasut aku sebab kalau orang ramai nampak,mesti diorang akan fikir takkan la aku tak mampu beli kasut baru.Aku buat tak peduli sebab pada aku kasut ni sedap.Selesa.Tapak tebal dengan besi kat depan,membuatkan aku rasa konfiden nak terajang pintu kereta yang kurang ajar atas jalan raya (aku pernah buat ni sekali..aku terajang CRV masa traffic light merah,dia masuk lane aku tak bagi signal sambil cakap henfon,aku bagi jari hantu dan mamat tu buat2 cam tak nampak aku).Aku tak peduli orang kata aku "mat rempit" ke,kalau dia langgar aku,aku langgar dia ke,aku jugak yang sakit.

Lama kasut tu menjadi teman aku.Hampir 3 tahun,hujan panas,pagi petang siang malam,kasut tu aje la teman setia aku.Dah lama dia berkhidmat untuk aku.

Sehinggalah sebulan lepas,masa aku balik dari ofis,sambil meredah hujan.Aku dapat merasa air hujan mengalir masuk ke dalam kaki aku.Lagipun dah lama aku sedar,tapak dia pun dah licin.Jadi bila aku jalan atas tile yang berair,aku kena jalan slow2.Pusat graviti aku tinggi jadi balance aku agak off.

Aku terus ke kedai kasut esoknya.Aku bukan peduli pasal brand,jenama,harga..aku beli kasut kat kedai tepi jalan.Harga dia RM100.Yang penting dia ada tapak getah,keras dan ada besi kat depan (Untuk aku sepak pintu kereta orang kurang ajar)

Keesokannya,bila aku pergi kerja dan sarungkan kasut tu buat pertama kalinya (untuk berjalan keluar rumah) barulah aku rasakan betapa teruknya kasut lama aku sebelum ni.Perasaan selesa terus menyelebungi kaki aku.Barulah aku rasakan nikmat tapak kaki aku tak sakit.Barulah aku sedar betapa licinnya tapak kasut aku selama ni.Kasut baru aku membuatkan kasut lama aku seolah-olah sepasang kasut selipar jepun.Aku berjalan pun dengan sangat yakin sebab aku boleh rasakan tapak kasut tu mencengkam tanah yang aku pijak.

Rupanya selama ni,aku yakin benar dengan kasut lama aku yang berlubang.Aku tak pernah perasan banyak faedah yang aku dapat kalau aku tukar kasut aku.Kini aku tak perlu lagi berhati2 bila berjalan dekat lantai yang licin.Aku tak perlu lagi risau stokin aku basah dan air hujan masuk ke kaki aku.Tersedarlah aku, apa yang aku perlukan hanyalah berani berubah.Sebab jika aku terus degil dan berpegang dengan apa yang aku percaya dan ada,aku takkan perasan apa yang aku tak dapat.

Apa yang aku takutkan untuk berubah?Kenapa lama sangat tempoh yang diambil aku untuk berubah?Yang peliknya,aku tau kasut lama aku tu licin,tapi kenapa aku masih lagi degil nak menggantikannya?

Apa salahnya perubahan?
Kenapa ada di antara kita yang takut sangat dengan perubahan?Sampai bila nak terus berpegang dengan sesuatu yang sebenarnya lagi baik diganti,macam kasut lama aku?

May 18, 2009

Generasi Kau,Generasi REMPIT! PRETTT!TET!TET!TET!


Dah lama aku nak menulis pasal benda ni.Cuma semalam aje la,bila aku tengok drama "Farhana" dekat TV3 (sambil tukar2 tengok bola) membuatkan aku teringatkan pasal isu yang jadi kecoh dalam bulan lepas tak silap aku.Drama tu memang tak logik la,sebab Cikgu tu gaya macam artis,dengan dressing dan mekap tebal ala-ala primadona,lepas tu kena hantar pegi kawasan "pedalaman" kat ...Negeri Sembilan...pedalaman sangat la Negeri Sembilan.Ada la scene pakai baju mahal2 sambil jalan2 kawasan kampung ala-ala artis melawat desa.

Dalam drama tu,ada tunjukkan Cikgu lelaki sorang ni (ni memang gaya CIKGU,dengan muka bengis dan baju ala-ala staff gomen) yang tengah maki hamun student dia sebab kantoi student dia bawak DVD porno dalam beg.Memang maki hamun baik punya aa...tapi kalau ikutkan trend semasa ni...pelajar2 jauh lagi berkuasa dari cikgu.Cikgu nak sentuh anak murid pun takut.Cubit pun nak kena pikir beberapa kali.Mak bapak pun satu hal,salah sikit,cikgu yang kena marah.Isu aku adalah mengenai usul sekumpulan mak bapak yang ingin menghapuskan budaya senior junior dekat sekolah.

Kalau ikut aku,yang duduk dekat asrama 5 tahun,aku rasa bagus sebenarnya bercampur budak senior junior ni.Sebab aku belajar TAKUT dengan senior dan belajar interaksi dengan orang yang lagi tua,kiranya baya2 abang.Apa yang ditakutkan sangat dengan budaya tu? Banyak kebaikan dia.Pelajar takde la tergolong dalam kelompok umur dia aje.Pelajar akan belajar buat kerja.Pelajar akan belajar kena buli.

Buli?Ragging?Tu semua benda biasa aje.Memang la time aku kena dulu rasa la jugak seksa dia.Kena belasah,kena terajang,kena basuh baju senior,seterika baju senior,ambikkan air...benda2 camtu la yang akan buat budak2 tu matang.Ini kalau protect sangat anak tu,sampai bila dia nak belajar hidup.Kalau yang duduk sekolah harian ni,bila dia nak merasa basuh baju pakai tangan?Time sekolah aje la masa dia untuk ajar budak2 hingusan ni jadi orang.Masa aku masuk U dulu,ada member aku sorang yang tak pernah buat kerja2 rumah langsung,jadi bila dia masuk U,dia jadi culture shock sebab tiba-tiba dia sorang-sorang,takde sesape yang nak uruskan dia.Dia pun keluar la hostel dan balik duduk rumah sebab rasa takleh nak survive,tiap2 hari ulang alik dari Shah Alam.

Kuasa cikgu pulak adalah untuk mengajar.Jadi,biasanya mak bapak yang over protective ni adalah mak bapak yang dalam golongan senang.Jenis yang takut nak lepaskan anak2 diorang.Kita bercerita pasal survival.Budak-budak sekolah perlu dibiasakan kena ragging,kena respek dengan orang besar dan kena buli sebab itu yang akan latih diorang.

Cikgu-cikgu pulak patut diberikan kebebasan untuk mendidik budak-budak ni,sebab jika kuasa cikgu tu disekat,makin lemahla generasi akan datang.Setakat kena tampar dengan cikgu sampai nampak bintang tu,anggap la perkara biasa.Memang anak dah buat salah.Jadi mak bapak kena accept benda2 camni.Sebab aku percaya kalau makin ramai mak bapak yang terlalu over protective dengan anak-anak mereka,orang-orang Melayu akan makin manja.Makin ramai yang naik lemak.Mat rempit ramai bangsa apa?Pernah nampak mat rempit Cina?Bohsia ramai bangsa apa?Aku jalan2 belakang mahkamah masa bohsia tengah hot dulu tak pernah aku nampak amoi langsung!Anak nak beli motor,bagi.Anak nak duit nak potong block motor,bagi.Anak nak pegi PARTY!,bagi.Anak nak duit sebab kawan2 dia dah beli Iphone,bagi la seribu dua,asal anak bahagia...

Cikgu nak tampar student sebab melawan cikgu..tak bagi.Cikgu nak rotan sebab selalu ponteng kelas..tak bagi.Cikgu suruh berdiri kat depan sebab kantoi beromen dalam jamban..mak bapak bagi galakan,permission dan duit kat anak supaya saman sekolah....Habis,siapa yang nak ajar generasi akan datang?Takkan nak bergantung dengan "PLKN" yang sungguh berjaya itu?Hehe...

Adakah mak bapak dah mengakui Malaysia dah tak selamat lagi?Ataupun kualiti guru-guru yang makin teruk?Atau tahap moral budak2 Melayu sekarang memang tahap cipan?Nak salahkan siapa kalau orang Melayu makin lama makin manja?Mak aku dah warn dah aku dulu2,"Hang hisap dadah,kena tangkap,jangan harap mak nak lawat hang dalam lokap,nak jamin pun jangan harap sesen pun.." Sampai sekarang aku tak berani sentuh dadah walaupun ada beberapa "pengaruh rakan sebaya" satu masa dulu.Ni anak kena tangkap sebab merempit...menangis,meratapi .Buat apa?

Kat bawah ni lagi teruk.Kalau yang macam ni patutnya mak bapak tu di gelek2 aje dengan tayar sotong kepunyaan anak mereka....

KUALA TERENGGANU 9 April - Polis melahirkan kehairanan dengan penglibatan sebilangan ibu bapa sebagai penonton yang menyaksikan anak mereka berlumba haram.Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, penyertaan ibu bapa sebagai penonton dalam kegiatan tersebut dikesan ketika polis melakukan operasi membanteras lumba haram.''Ibu bapa ini bukan sahaja membiarkan anak-anak berlumba di jalan raya namun mereka turut menjadi penonton dalam kegiatan tersebut.

''Ini menunjukkan mereka menyokong anak mereka menyertai kegiatan lumba haram," katanya selepas melakukan lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini semalam.


May 13, 2009

Orang Malaysia "Sangat" Sopan Santun dan Menghormati Sesama Lain

Minister to Quit After Scandal

TOKYO - A JAPANESE junior government minister is likely to resign after a magazine reported he used a free train pass issued to lawmakers for a trip to meet his mistress, Japanese media reported on Wednesday.

Any resignation by Deputy Chief Cabinet Minister Yoshitada Konoike could be a possible blow to Prime Minister Taro Aso ahead of a looming election, even as the main opposition party searches for a new leader in the wake of a funding scandal.

Yomiuri newspaper, quoting a senior government official, said Mr Konoike may resign on Wednesday and cite health issues.

Yomiuri's nine-page report showed pictures of the politician playing golf and walking with an unidentified woman.

No comment was immediately available from Konoike's office.

Yomiuri said Mr Konoike was married and the woman was his mistress. It quoted him as admitting to the affair in an interview and also to the use of the train pass for a trip to meet her. -- REUTERS

May 11, 2009

Kita Sebenarnya Lagi Mewah Daripada UK (Tapi Hanya Menteri-Menteri Kita Saja)


Kita terpaksa mengakui,penyelewangan politik dekat Malaysia ni teruk.

Kita juga dah nampak Menteri-menteri besar yang tiba-tiba mampu duduk dekat Istana,berkereta mewah,berbini lapan belas (haha) dan mampu hidup macam Firaun.Walaupun diorang ni hanyalah menteri besar.

Kenapa aku italikkan "hanyalah menteri besar?"Sebab orang Malaysia seolah-olah diajar untuk memandang tinggi seseorang jika seseorang itu berjawatan dan berpangkat.Kita akan berasa sungguh bertuah jika kita dapat bersalaman dengan mereka-mereka yang bergelar Datuk atau Tan Sri.Habis basah tangan si Datuk tu kena cium dengan mereka2 ni yang memang sudah pun menunjukkan mereka itu Tukang Jilat.Pada aku,mereka "hanyalah orang biasa." Tak layak pun dilayan macam Firaun.Sepatutnya mereka2 yang bergelar Menteri ni la yang buat muka tak malu datang melawat rakyat2 yang susah ni,bukan sebaliknya. Bila kita angkat seseorang tu sampai ke langit,lama-lama nanti dia pun rasa seronok la dekat atas sampai terlupa tanggungjawab dia dekat orang yang kat bawah ni.

Kenapa aku ceritakan benda ni kat sini?

Kebanyakan manusia-manusia biasa yang aku nampak masuk politik ni,kebanyakannya masuk mungkin niat dia baik,nak tolong rakyat,dia rasa dia ada idea bagus.Lama kelamaan bila nampak kabel,bila nampak lubang,sapu la sikit-sikit.Sapu sikit lagi lama kelamaan dapatlah diorang mahligai sebijik.Dari tak hensem,terus hensem.

Kita ni,rakyat,apa yang kita buat?Setakat membantah sikit-sikit dan kadang-kadang bila dengar ada menteri tu songlap sejuta dua kita boleh jugak pejamkan mata sebelah buat2 tak dengar.Mahu jadi matang?Mahu jadi kuat?Mari kita baca mengenai skandal penyelewangan duit cukai oleh menteri2 British.

Bila aku baca mula-mula,aku bajet ni mesti banyak ni,sebab benda ni jadi isu besar.Siap Gordon Brown mintak maaf lagi dekat rakyat pasal isu tu.Najib nak mintak maaf?Jangan mimpi.Kita bercakap mengenai United Kingdom di sini dan Perdana Menteri Britain mintak maaf dekat rakyat dia!(benda ni dia selalu buat tapi at least ada gak menunjukkan humility dia tu,walaupun ada orang assume itu semua fake,tapi itu bukan isunya sekarang ni)

Mungkin nilai yang diseleweng tu besar kot,aku fikir.Sebab tu dia sendiri buat pengakuan terbuka.Bila aku sambung baca lagi,mari kita tengok nilai yang di seleweng tu (nilai2 ni aku ambik secara rawak je ikut kes-kes yang dikeluarkan setakat ni): (jangan convert ye ke RM,ambik nilai dia satu-satu,gaji menteri kat sana mungkin berbelas ribu jugak macam kat sini)

1. Seorang menteri pakai duit cukai GBP2,145 untuk repair paip dekat court tenis rumah dia

2. Seorang setiausaha kerajaan claim GBP2.45 untuk beli makanan anjing,GBP3.69 untuk beli ayam dan 39p (39 sen diorang) untuk beli makanan dalam tin

3. Seorang lagi setiausaha kerajaan claim GBP 100 untuk gantikan mentol rumah dia sebanyak 25 bijik,GBP80 untuk mentol bilik air dan GBP2,191 untuk repair shower rumah dia

4. Duit cukai sebanyak GBP7,000 diclaim untuk membeli perabot oleh seorang lagi staff kerajaan

5. Kes claim paling kelakar,GBP52.89 untuk tong sampah, tupperware berharga GBP1.39 dan GBP1.95 untuk sepotong pai khinzir.

6. Gordon Brown sendiri tak terlepas.Dia pun kena kritik sebab dia gunakan duit cukai kerajaan sebanyak GBP6,500 untuk bayar pembantu rumah dia.

Kalau kita tengok kat sini,nilai-nilai yang rakyat Britain jadikan isu sangat2 lah minimal.Mungkin kalau pada kita,rasanya kita fikir "Hak elah,itu pun nak kecoh!"

Tapi,cuba fikirkanlah,kalau kita tak bangkitkan dan bising pasal isu-isu penyelewangan duit cukai yang rakyat bayar,walaupun sesen pun disalahgunakan,sampai bila-bila menteri2 kita yakni manusia2 yang tak seistimewa mana pun akan terus membuat duit2 cukai macam duit tinggalan mak abah diorang.Itu kita bercerita mengenai sebuah negara yang nilai matawang dia paling besar dekat dunia ni.

Kita ni,yang duduk dekat Malaysia.Dengan harga barang yang mengarut dan nilai seringgit yang hanya mampu mendapatkan sepeket teh o panas,kenapa kita benarkan menteri-menteri kita belanjakan beratus-ratus ribu,malah berjuta2 untuk perbelanjaan peribadi diorang.

Kalau anda tak mulakan dari dulu,mulakan dari sekarang.Tanam sifat cerewet terhadap apa yang kerajaan,sebab itu aje yang dapat membantu kita sebagai rakyat.Persoalkan semua tindakan kerajaan yang nampak macam takde faedah.Bila kita belajar mempersoalkan sesuatu tindakan kerajaan yang hanya mementingkan sesuatu pihak,masa tu barulah kerajaan ni akan bergerak secara lebih telus dan adil.Selagi kita hanya reti mengangguk dan menurut aje,sampai bila-bila pun kita rakyat ni tahap ni aje.Mahu bangun,minda pun mesti celik.Jangan jadi Pak Turut memanjang.

Mahu jadi maju,bukannya kita ukur nilai betapa mahalnya barang yang kita mampu beli.Kita boleh maju tapi kita takkan maju selagi kerajaan kita boleh perbodohkan kita dengan benda2 takde faedah.

Apa salahnya kita cuba jadi negara maju yang mampu control market price dengan nilai yang rendah?Kenapa mahu menetap dengan mediocrity,kalau kita mampu jadi lagi baik daripada sekarang?Sepatutnya kita lagi baik daripada sekarang!

Bacaan Lanjut
Daily Telegraph
The Star UK
Earth Times


May 10, 2009

Saya Anak Malaysia



Hai namaku Ali.
Hari ini aku ingin menceritakan mengenai salasilah hidup aku dari aku kecil hinggalah sekarang ini.Aku sudah pun berumur 25 tahun.

Aku dilahirkan tanggal hari Ahad pada pukul 3.30 petang.Mak kata aku adalah seorang bayi yang menangis sangat lah kuat apabila mendengar azan daripada ayah aku.Entahlah mengapa.Sejak aku kecik,aku sudah duduk disebuah rumah papan yang agak usang.Ayahku seorang petani dan ibuku pula seorang penjual kuih.Ibuku dari kecik menyuruh aku menyimpan cita-cita menjadi seorang doktor atau engineer.Aku pun tidak faham mengapa,nampak tak seronok.

Aku masuk bersekolah rendah di kampung.Aku kenal dengan ramai kawan-kawan.Antara kawan-kawan yang aku kenal ialah Abu,Ah Meng,Raju dan yang paling aku suka ialah Wani.Pada aku,Wani seorang yang sangat baik.Dengan tudung putih dan mata yang besar,Wani menjadi teman rapat aku.Ada juga budak2 lain yang menggosipkan kami berdua tapi aku buat-buat tak dengar.Aku cakap dengan Wani aku nak jadi Doktor,Wani pula nak jadi Pensyarah.

Keluar keputusan UPSR,Wani dapat semua A,aku pulak dapat satu aje A.Sedih jugak bila aku tengok Wani dapat ke sekolah asrama,nak buat macam mana,aku dapat F untuk Sains dan Matematik.Aku tak paham satu apa benda yang cikgu aku ajar.Bila aku mintak bapak aku belikan buku English,bapak aku kata itu semua bahasa penjajah."Kita mesti sayang bahasa kita!"kata bapak.

Aku pun masuk lah ke sebuah sekolah menengah harian.Semasa tingkatan satu,aku masih lagi baik tapi masuk ke tingkatan dua aku mula buat perangai.Aku mula belajar hisap rokok dan ponteng sekolah.Mak aku bising-bising,bapak aku marah-marah kenapa aku jadi camni.Aku jadi bengang!

Satu hari,aku dimarahi cikgu kerana selalu ponteng sekolah.Cikgu tu pun telah merotan aku 2 kali di punggung.Balik rumah aku menceritakan hal itu kepada mak dan abah.Esoknya bapak datang ke sekolah dan memaki hamun cikgu disiplin sekolah aku.Habis btersembur air liur bapak waktu itu.Puas hati aku tengok cikgu kena marah woo!Semenjak kejadian hari tu,takde lagi cikgu yang berani sound aku.Mak bapak aku pun dah tak marah aku lagi.Aman hidup aku,ye ye!

Bila aku form 4,member baik aku ajak aku pegi dekat padang satu malam.Aku tanya apsal.Dia kata ko join je.Aku pun ikut je.Sampai aje kat sana ada la beberapa orang lagi budak2 kampung yang duduk keliling tengok satu tempat.Rupa-rupanya ada seorang kawan aku ni tengah mengerjakan awek dia kat situ.Kitorang pun tengok aje la.Awek tu siap sengih-sengih lagi.Bila kawan aku dah setel,dia kata siapa yang nak try,boleh try.Awek tu terkejut dengar boifren dia cakap camtu.Tapi sebab dah ramai,dia jadi takut.Kami cepat2 pegang dia dan tutup mulut dia.Aku takut nak try tapi atas galakan member aku,aku pun try la.Malam itu hilanglah status aku sebagai seorang teruna.

Waktu cuti sekolah tingkatan 5,aku terjumpa Wani waktu tengah melepak tepi pasar malam.Dia cuti waktu itu.Lama aku tak berjumpa dia membuatkan aku rasa sangat gembira melihat dia.Dia tanya aku SPM macam mana nanti?Aku jawab ok aje.Tak dapat aku berborak lama sebab lumba motor malam tu nak start dan aku kena gerak.Aku pun pecut motor tinggalkan Wani sambil rasa sayu sikit.

Result SPM pun keluar.Aku memang kantoi.Dah la ambik Sastera aje.Aku bukan peduli sangat pun.Balik rumah,aku tunjuk result kat mak dan bapak,diorang marah aku.Lepas tu mak salahkan bapak sebab tak pandai didik anak.Bapak pulak marah mak sebab manjakan aku sangat.Aku lari cepat2 masuk bilik,malas aku nak layan diorang bergaduh.Makin kerap diorang bergaduh sekarang ni.

Waktu cuti ni aku habiskan dengan berlumba motor.Aku takde motor jadi aku jadi joki je.Ok la,satu malam aku racing,kalau menang dapat la Rm200.Kadang-kadang dapat la jugak minah2 kampung yang memilih jalan hitam dalam kehidupan diorang.Hidup aku waktu tu memang macam raja.Aku dengan geng2 aku dah start belajar pecah masuk rumah.Dapat barang kitorang jual dekat kedai kat pekan.Tauke kedai tu tak pernah pun tanya mana kitroang dapat.

Satu malam aku balik rumah,aku tengok Mak tengah duduk atas kerusi.Tangan dia tengah pegang henfon.Tiba-tiba bapak aku keluar dan herdik mak aku."SMS lagi,SMS lagi!Buang duit aje!Dah banyak kali saya bagitau kita kena simpan duit.Kita bukan orang kaya!" Mak aku menjawab balik,"dah saya minat,abang bukan paham.Saya tak nak dia terkeluar!"

Bapak aku jadi hangin."Awak SMS lagi,saya ceraikan awak!"Mak aku tenung bapak aku sambil tekan butang henfon."Dah,dah send!" Bapak aku jadi hangin dia rampas henfon tu dan baling ke luar.Pecah tingkap rumah aku.Terus bapak aku lari keluar dan hilang macam tu aje.Dia tak balik-balik lagi dah lepas tu.

Beberapa bulan pastu,mungkin kerana berkat ketabahan mak mengundi tu,artis yang mak suka tu menang.Pada mak,berbaloi.Dia selalu kata "takde laki pun dia boleh hidup."Aku pun dah mula memikirkan mengenai masa depan aku.Takkan aku nak jadi mat rempit sampai mati.

Pelajaran takde,skill takde,ilmu takde.Apa yang aku ada?Entahlah.Jadi aku pun nekad la nak ke KL.Mak aku kata ok,cuma jangan buat tak senonoh.Aku pun berangkat ke KL dengan harapan yang besar.Aku tak ada ilmu dan kepakaran jadi hanya satu aje benda yang aku boleh buat...aku akan hadiri uji bakat realiti TV mana tau aku berjaya.

Aku pun datang ke uji bakat.Rezeki aku kot aku layak.Mak sangat2 gembira dengar berita tu.Aku pun berubah la sikit-sikit.Semenjak hari tu aku belajar pakai facial cleanser dan jaga sikit penampilan aku.Duduk di rumah tu dengan pelajar-pelajar lain membuatkan aku jadi sosial.Aku bebas bercampur gaul lelaki perempuan.Aku mula belajar ke disko.Mungkin kerana khayalan dunia ni,aku mula belajar2 minum arak.Sebut aje apa yang aku tak pernah try,baccardi,JD,scotch,whiskey,samsu dan sebagainya.Semua dah sebati dalam hidup aku.

Bila semi final pertandingan,aku dapat masuk final.Mak kata dia habiskan semua duit jual kuih dia untuk undi aku.Hari final,bila pengacara umukan pemenangnya ialah ALIIII....Aku menang,aku menang!Wahahahah.Gembira betol aku.Mak aku peluk cium aku sambil kata "akhirnya impian mak selama ni berhasil jugak!"

Aku dapat kereta,duit dan macam-macam lagi.Aku belikan rumah baru untuk mak,sebuah rumah banglo dekat kawasan bukit yang cantik.Aku belikan kereta lagi sebijik dan plan nak ambik seorang driver untuk bawak mak aku jalan-jalan.Datanglah seorang pakcik ni nak apply jadi driver.Bila aku tengok betul-betul barulah aku perasan,itu sebenarnya bapak aku.Mak dengan bapak aku pun berbaik-baik balik dan kitorang pun tinggal la dekat banglo tu.

Kini,aku hanya memerlukan seorang lagi untuk memenuhkan hidup aku.Wani,gadis pertama yang aku cintai.

Wani,jika kau membaca nukilan ini,ketahuilah bahawa cinta aku kepada kau dari dulu tak pernah pudar.Walaupun aku pernah tergelincir tetapi dalam ingatan aku hanya ada kau Wani.Kaulah satu-satunya cinta hidup aku.Aku sudah bergelar jutawan sekarang jadi kau tidak perlu bekerja lagi sebagai Pensyarah.Marilah kita sama-sama membina mahligai bahagia.Segala kemahuan kau akan aku penuhi.

Liku-liku dan perjalanan hidup aku membuktikan,menara gading itu tidak ada gunanya dalam hidup aku.Rezeki itu ada di mana-mana.Inilah jalan terbaik yang patut dipilih semua anak-anak Malaysia.Pilihlah jalan aku.Jadikan aku teladan.Orang Melayu kena ubah minda,jadi doktor dan engineer bukan lagi jaminan masa depan.

Aku sudah jutawan.Nasib baik aku tak ikut nasihat mak bapak aku.

May 09, 2009

Bagaimana Nak Maju Kalau Kepala Otak Ahli Politik Penuh Sampah dan Tahi?

Semalam,satu hari,aku duduk depan PC,ikut persidangan DUN Perak dari liveblogging Aniletto.com.Terlalu banyak peristiwa yang menunjukkan politik Malaysia ni masih mentah dan terlalu ikut emosi.Seolah-olah politik budak-budak tadika,ikut perasaan.Kalau tak dapat apa yang diminta,meraung menangis menjerit sampai lah dapat apa yang dihajati.

Kalau kita turut daripada apa yang terjadi secara langsung,memang jelas mangkuk2 ayun kerajaan menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menjamin mereka terus berkuasa.Kesian jugak kepada Sivakumar sebab diheret keluar dewan.

Yang paling aku tak suka kat sini adalah satu benda.Pihak-pihak mangkuk kerajaan BN ni ingin mengambil alih kuasa secara "halal" tetapi melakukannya secara kasar.Maksud aku,mereka akan cuba memesongkan saluran yang betul jadi saluran yang bengkok semata2 untuk memastikan Perak kembali ke tangan mereka TOTALLY.Adakah mereka peduli mengenai pengundi-pengundi Perak yang telah pun memilih Pembangkang sebagai Kerajaan baru mereka tahun lepas?

KEPALA JUBOR DIORANG LA NAK PEDULI PASAL RAKYAT!

Habis,apa guna buat pilihanraya?Apa guna sistem demokrasi?Kalau benar kita amalkan demokrasi,kenapa aku tak pernah nampak ucapan pembangkang dalam TV ditayang sepenuhnya?Kita bantai kutuk Amerika macam-macam,kita kutuk Israel,kita kutuk Yahudi,kita kecam Arab Saudi,bila kita kecam orang luar sebulat suara kita kecam ramai-ramai.Kenapa kita tak pernah kutuk kerajaan BARISAN NASIONAL yang menindas dalam negara kita sehebat orang2 Israel yang bom Palestine?Kenapa bila dalam bab dalam negara kita tak sebulat suara?

Sebab ada kepentingan?Sebab nak duit?Nak tender?Nak projek?

Selagi mangkuk-mangkuk ayun tu mentadbir negara,selagi tu la negara kita akan makin lama makin ke belakang,kalau anda ada baca pasal purata pendapatan rakyat,kita sekarang berada di bawah GABON.Ye,GABON.Sebuah negara yang merdeka 3 tahun lepas kita.Tak malu ke kita jatuh sebegini rupa sekarang ni?Sepatutnya kita sama level dengan diorang ni atau baik sket.

Purata pendapatan kita compare dengan jiran terdekat kita,SANGAT-SANGATLAH JAUH KE BELAKANG.Nak kata pasal budaya dan perkembangan tamadun?Pasal peluang pekerjaan banyak?Pasal penduduk yang ramai?Pasal apa?Pelaburan dalam negara?Nak buat kilang pun tanah tak cukup!

TOLONG BAGITAU AKU APA REASON DIA SINGAPORE JAUH LAGI BAIK DARI MALAYSIA?SEBAB AKU HANYA NAMPAK SATU AJE SEBAB DIA.PEMIMPIN MALAYSIA TAK RETI MENTADBIR.SEMUA HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN BEKERJA HANYA UNTUK DIRI dan FAMILY MASING-MASING.

Aku ingat aku tak nak ikut pasal politik sebulan dua,tapi benda yang jadi ni agak menyakitkan hati.Memang panas je rasanya.Kerajaan Pusat bole pulak panas dengan rakyat.Ingat rakyat tak boleh panas dengan kerajaan ke?

May 08, 2009

Sebuah Cerita Politik Kampung


Nizam sangat menyayangi tunangnya,Dahlia.Setelah puas lama mencuba untuk memenangi hati Dahlia,akhirnya April 2008,Nizam telah berjaya menjadikan Dahlia isterinya.Dahlia dan keluarganya berasa sangat-sangat gembira kerana impiannya selama ini telah nyata.Banyak ciri-ciri Nizam yang digemari Dahlia.Nizam adalah seorang yang bekerja keras,seorang yang hidupnya sederhana dan dia juga seorang yang agak peramah.Kalau hendak dikategorikan,Nizam berada dalam kumpulan yang agak lurus tetapi baik hati.

Hampir setahun mereka berkahwin.Kegawatan ekonomi membuatkan Nizam hilang pekerjaan.Dahlia jadi tak tentu hala.Bagaimana nasib anak dalam perut nya itu? Kedengaran desas desus munculnya seorang lelaki,salah seorang classmate Dahlia satu masa dulu yang cuba menyunting Dahlia.Namanya Zamarul.

Zamarul pula seorang berkulit hitam manis,kaya,banyak wang dan mampu memberikan apa saja yang diinginkan Dahlia.Zamarul juga anak kepada Ketua Kampung.Nizam jadi resah,tetapi dia pendamkan saja kerana percaya dengan isterinya.Tapi lama kelamaan Zamarul makin berani.Dia bukan saja mengganggu Dahlia tetapi dia juga berani pergi ke rumah mertua Nizam dan menceritakan kekurangan Nizam kepada mak bapak Dahlia.

Zamarul juga telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan iaitu Tok Kadi yang menikahkan mereka bukan Tok Kadi yang bertauliah.Nizam pergi berjumpa dengan Tok Kadi itu dan Tok Kadi itu pun dengan berat hati dan muka bersalah,mengaku yang dia tak layak menikahkan mana-mana pasangan.Alasannya,dia hanya ingin mencari duit lebih untuk menampung harga barang yang makin mahal.Nizam jadi tak keruan.Ibu bapa Dahlia makin bising mendengar kisah-kisah yang terjadi.Dahlia masih lagi sabar,dia hanya diam dan menunggu tindakan Nizam.

Satu hari,mak bapak Dahlia pun datang berkunjung ke rumah Nizam dan Dahlia."Kami nak berbincang dengan Dahlia ye Nizam?" kata mak mertuanya.Berbincanglah mereka malam itu.Selepas hampir sejam,tiba-tiba bangun abah si Dahlia dan berkata "Kalau macam ni la perangai kau,padan muka kau kalau hidup susah!" Terus mereka berdua bergegas keluar ke pintu rumah tanpa bersalam-salaman.

Nizam pun bertanya kepada Dahlia apa ke halnya itu?Dahlia pun menceritakan mengenai Zamarul yang telah datang melawat ibu bapanya dan ingin benar memperisterikan Dahlia,isteri Nizam.Dahlia berjanji dia akan bersabar dan terus kekal dengan Nizam kerana dia tau budi pekerti Nizam dan dia kenal bagaimana perangai Zamarul.Cuma buat masa sekarang,akan makin kuat desakan dari ibu bapa Dahlia kerana Nizam tidak ada sumber pendapatan.Ibu bapa Dahlia berkenan benar dengan Zamarul kerana walaupun rupanya tidaklah sehensem Nizam,tapi Zamarul pasti dapat memberikan apa jua yang Dahlia inginkan.

Sebulan selepas itu,Nizam mendapat kerja di sebuah kilang di kampung mereka.Sambil berborak-borak dengan kawan-kawannya,keluarlah berita mengenai Zamarul yang telah naik menggantikan ayahnya sebagai ketua kampung."Bagus jugak orang-orang yang dia lantik tu.Semua yang kita boleh percaya."

"Siapa dia?" tanya Nizam.

"Yang lain-lain aku tak kenal sangat.Setiausaha dia brader Man yang duduk kat hujung kampung tu,yang bawak motor chopper tu.Bendahari dia Ustaz yang selalu jadi Tok Kadi tu,sapa nama dia?Baguih la,takdak la jadi kes bawak lari duit lagi lepas ni."

Nizam tersengih.Dia tau masa depannya dengan Dahlia akan terus bergolak lagi.

May 06, 2009

Pengguna Genius : Anda Pasti Kagum Dengan Jumlah Gula Dalam Makanan dan Minuman Anda

Dah lama aku tak update blog cerita-cerita kepenggunaan Malaysia.


Jadi,apa kata cubalah berkunjung ke Pengguna Genius untuk membaca maklumat terbaru yang aku dapat masa aku browse dekat internet.Mungkin cerita kali ni agak menakutkan untuk mereka yang sukakan minuman2 "berkhasiat" tapi demi masa depan gigi anak anda,baik anda bertindak bila dah tahu.

Aku juga ingin memohon jasa baik anda semua untuk kembali mengirimkan cerita-cerita mengenai kepenggunaan kepada pengguna.genius@gmail.com kalau anda ada cerita,aduan atau lebih baik lagi tips untuk berkongsi kepada orang ramai.

Dari dulu aku plan nak pusing semua hypermall nak buat comparison harga sebab aku duduk dekat dengan Tesco,Giant,Econsave dan Jusco,tapi tak pernah pun ada orang yang buat comparison harga.Asyik2 yang buat comparison adalah hypermarket tu sendiri.

Ada aduan yang aku dapat menceritakan mengenai perihal satu shopping kompleks yang menaikkan harga barang ketika weekend dan harga turun ketika weekdays semata-mata untuk mendapat untung lebih.Sepanjang pemerhatian aku,apa yang aku perhatikan nampak ada benarnya.Aku suka minum milo kotak,beli hari kerja,RM7.20,beli weekend Rm8.50.Itu yang aku memang nampak la setakat ni.Aku malas nak cerita pasal time diskaun 70% yang menipu besar je kerja diorang.

Jadi,aku berharap agar anda semua dapat membantu.
At least kita dapat sama-sama kongsi cerita dan panduan ramai-ramai.Email la cerita anda.Aku akan postkan.

Happy Birthday!

Kepada sesiapa yang sambut harijadi hari ni,selamat ulang tahun hidup anda.Kepada sesiapa yang tak dapat sambut sebab umur tak panjang,diharapkan agar anak dan bapa anda,serta sesetengah individu akan sentiasa mengingati anda.

May 05, 2009

Saya Anti Rasuah (Tapi Bagitau Macam Mana Saya Boleh Tolong Anda)


Dah berapa lama aku bertangguh nak baca Mastika (yang aku beli sekali dengan Playboy Malaysia iaitu majalah Mangga).Kebetulan pulak,petang tadi aku berborak pasal benda yang sama dengan student aku.Apa topik hari ni?Polis "kaki pau." Student aku cerita pasal dia kena saman dekat sebab u-turn tempat yang tak boleh u-turn.Dia ni Cina,jadi polis tu pakai la taktik biasa.Cakap "saman mahal ni" lepas tu diam,tunggu lama-lama dan bagi masa dia berfikir,lepas tu ulang balik ayat yang sama "Mahal ni kalau bayar saman,kalau boleh saya tak nak saman encik ni." Student aku bagi lesen dan tutup tingkap.Polis tu "takde choice" TERPAKSA la dia tulis surat saman.Hahaha.

Dalam Mastika yang aku baca,ada 3 cerita mengenai polis yang agak buruk didedahkan.Bagus.Ada jugak majalah yang berani buat pendedahan macam ni sebab biasanya lebih banyak majalah yang suka dedah "benda-benda lain."

Cerita 1:
Dua orang mat motor tengah isi minyak.Start motor nak jalan ada kereta tiba-tiba block jalan.Ingatkan samseng,diorang nak lari.Penumpang kereta turun terajang diorang,tergolek atas tanah,motor jatuh.Kena bawak balai,kena belasah,terajang dan macam-macam lagi lah.Polis suruh diorang mengaku,tuduhannya diorang peragut.Brader ni tak mengaku sebab dia kata dia tak salah.Jadi polis simpan dalam lokap.Dua minggu lepas tu,polis kasi lepas.Tapi mintak sain dulu laporan kata "terjatuh semasa dalam tahanan polis."Nak tak nak terpaksa la sain.

Cerita 2:
Sebuah keluarga,dalam perjalanan balik ke KL dari Pahang.Ada road block.Lesen road tax semua ok.Pusing-pusing polis tu keliling kereta,tengok lampu brek belakang tak jalan.Jadi polis ni pun keluar la ayat2 standard nak mintak hulur "secara halus."
Family ni tak nak bagi sebab duit tak cukup.Polis ni pun pegang la lesen dan buat tak tau je.Last2 sebab dah give up,husband dia pun bayar la RM50 semata-mata nak teruskan perjalanan.

Cerita 3:
Sepasang couple,boifren bawak kereta tapi takde lesen.Kena tahan dengan polis.Mengakulah si driver ni dia takde lesen.Jadi polis ni sebab baik hati,dia kata bayar aje la kat dia RM300 kalau nak lepas.Masalahnya couple ni takde duit.Jadi,couple itu pun diescort oleh kereta polis tu untuk ke mesin ATM.Semata-mata untuk mengeluarkan duit.Merasalah diorang macam VIP sekejap.

.................

Aku rasa benda-benda camni dapat dielakkan jika kita sanggup membayar saman tu.Tapi akibat daripada penuhnya rasa sayang kita dekat duit,kita lagi sanggup membayar aje duit "hulur" dekat polis2 ni untuk melepaskan diri kita daripada rugi besar.Apa yang perlu dibuat jika anda berada dalam situasi sebegini dan anda tidak mahu merasuah pihak polis (mungkin anda sayangkan darah daging polis tersebut)?

1) Pastikan ada pen dan kertas setiap masa dalam kereta.Catitkan nama dan nombor pegawai polis yang tertera di uniform mereka.

2) Jika ada penumpang disebelah driver,senyap2 keluarkan henfon dan rekod video.Kemudian sebarkan ke YouTube.

3) Catit juga nombor kereta peronda/motor peronda yang ada.

4) Jika ayat2 merayu standard digunakan polis tersebut,kata pada dia,"Saya nak bayar saman.Saya tak nak bayar benda lain."

5) Jangan buat muka sedih bila ditekan mereka.Kita perlu tegas dengan polis yang berperangai macam gini.



Kalau anda perhatikan,biasanya polis yang ingin "menyaman" anda itu selalunya akan memakai helmet dan spek mata hitam.Adakah itu satu taktik untuk menyusahkan rakyat mengenal pasti muka suspek ni?Lama jugak la polis ni berlakon buat2 tulis atas surat saman tu.Bahasa yang digunakan pun sangat sopan seolah2 petikan skrip "Gerak Gerak Geraak KHAAAAS!"

Pada pandangan aku,selagi rakyat masih "membayar" kepada polis2 yang terkutuk ni,selagi tu masalah rasuah ni akan berterusan.Bila kita masih menghalalkan tindakan ni,kesan yang negatif masih akan terus dirasai kita.

1) Mereka yang tidak layak memandu,masih memandu.
2) Takkan ada orang yang takut nak buat salah atas jalan raya.
3) Pemandu kurang ajar akan terus kurang ajar sebab tak pernah dapat pengajaran.

Buat kempen macam mana pun takde guna jugak sebab naluri orang Malaysia khasnya Melayu "nak duit senang" jadi kita yang kena berubah.Polis2 korup takkan berubah senang-senang sebab pendapatan dah biasa terlebih,jadi sebagai rakyat,kita kena sedar polis tidak berhak bertindak sesuka hati mereka.Kalau saluran-saluran yang betul tak mampu nak membendung ni,aku rasa lebih baik kalau internet dijadikan wadah pendedahan untuk membuka topeng polis-polis korup ini.

Tapi macam mana pun kita marah pasal korup-korup ni,last2 benda ni akan balik kat kita balik.Jangan langgar undang-undang jalan raya dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna.Bila takde salah silap,itu maksudnya takde point lah polis2 ni nak menyalahkan anda.

Takleh lah diorang cuba menyaman anda.Selamat duit anda.
Kuranglah rasuah,reputasi polis pun dapat la dibersihkan sikit-sikit.

May 04, 2009

Local Porno: Pakcik Cleaner Yang Prihatin dan Agak Nakal


Satu hari,seorang Pakcik Cleaner sedang mencuci jamban.


Selesai mencuci jamban,Pakcik itu terdengar bunyi sedut menyedut.Mungkin kerana ingin membongkar legenda "Pelocok Berhantu" di tandas itu,Pakcik itupun memberanikan diri menjenguk ke tandas sebelah.

Kelihatan 2 orang student,lelaki dan perempuan sedang melakukan ujikaji Biologi.Mungkin tugasan mereka pada minggu itu adalah mengetahui bagaimana sistem persenyawaan manusia dilakukan.


Mungkin juga mereka ingin mengkaji,adakah ada kemungkinan perempuan mengandung jika ejaculation dilakukan pada bahagian mulut.


"Abang sayang,saya rasa buku sains kita tu salah la bang.Saya rasa macam nak pregnanti ni."


"Takpe sayang.Sekarang ni kita cuba pulak mengkaji kesan hormon lelaki jika disatukan dengan asid amilase dalam air liur seseorang perempuan.Adakah proses pencernaan akan berlaku sayang?
""Eh,abang!APA TU? Adakah itu legenda "Pelocok Berhantu sekolah kita?"


"Pakcik,jangan la macam ni Pakcik..pakcik bukan sekolah tinggi.Pakcik tak paham.Kitorang hanya buat praktikal,bosan la asyik belajar teori."


"Oooo....hangpa hisap peliak (pelir) ye?"
"Ala pakcik,kemudahan ada.Saya hanya gunakan aje la.Kalau kerajaan bagi bantuan,takkan pakcik tolak kan?Saya pun sama.Saya akan ambik bantuan.Rezeki pakcik.."


"Pakcik,saya mintak maaf Pakcik..tapi saya yakin apa yang saya buat ni satu hari nanti layak dapat pengiktirafan kerajaan," sambil memasukkan "penunu bunsen" miliknya ke dalam seluar.

"Ooooo..hangpa hisap peliak.Ni aa kheja hangpa masuk bilik aiyak pempuan!"
Sementara itu,awek yang sepatutnya "bertindak sebagai tabung uji dan kaki retort" dalam eksperimen itu tak tentu arah,kelihatan dia cuba menyamar menjadi sinki buat seketika.

Kalau anda teliti,tiba-tiba tudungnya tiada.Mungkin tudungnya telah disedut ke dalam mulut apabila terkejut melihat kelibat Pakcik itu.Maklumlah,mulut sudah ternganga luas waktu itu.


Kemudian dia cuba menyamar menjadi lubang jamban.Tapi Pakcik tu dapat juga mengenalpasti mana satu lubang jamban,mana satu awek itu.Awek itu berbau hamis sedikit dan menggerutu,jamban itu pula wangi dan berkilat.Sayang sekali henfon pakcik ni tak berapa clear sangat gambar video nya.Naikkan lagi elaun cleaner supaya bukti2 macam ni dapat dilihat lebih clear dan terang,tanpa ragu-ragu.!

ORANG UTARA LAGI!
BUAT MALU AJE.TOLONG LA LAIN KALI KALAU KANTOI BENDA2 CAMNI,JANGAN LA CAKAP PAKAI LOGHAT NEGERI ANDA.

May 03, 2009

Aku Mengimpikan Impian Generic Kebanyakan Rakyat


Semalam,sewaktu aku sedang tidur nyenyak,aku bermimpi.Aku berada di satu koridor di Sri Pentas dan aku sedang berdiri di situ.Di depan aku ada komposer terkenal Ajai dan penyanyi hot Syafinaz.Ajai menggeleng-gelengkan kepala.Syafinaz lalu berkata kepada Ajai,"takpe,kita test dulu."Aku mengeluarkan satu reply yang mengejutkan,"lagu apa kak?"

"Lagu Standing in The Eyes of The World,"jawab Syafinaz."Takleh,takleh,"jawab Ajai."Nyanyi KRU,Janji Tinggal Janji.....tau?"

Aku mengangguk.Bila aku ingin membuka mulut,aku dapat merasakan ada sedikit gementar.Suara aku terketar2 sikit.Aku pun menyanyi dan bila masuk baris kedua terus aku rasa SANGAT2 KONFIDEN sehinggakan aku boleh menyanyi sambil memetik jari siap ada background acapella sekali keluar dari suara aku yang sangat merdu tu.Mana datang background vocal tu,aku tak tau.Mungkin range suara aku mampu cover daripada semua sudut,main vocal dan background sekali.

Syafinaz tersenyum manja.Ajai kontrol muka masam walaupun nampak dia agak kagum dengan pitching suara aku."Haa,lagu Ella tu pulak,"bagitau Syafinaz.

"Ok!"aku sangat2 yakin dengan kemampuan suara aku.Aku pun mula dan bila sampai part tinggi sikit Syafinaz siap bertepuk2 tangan.Ajai pun dah boleh senyum sikit.Tiba-tiba ramai pulak yang berkumpul dekat sekeliling aku sambil bersorak-sorak."Yes,yes!Good!" kata Syafinaz dengan seksi,bertepuk2 tangan dengan badan bergoyang-goyang,membuatkan aku menyanyi dalam keadaan ghairah dan konfiden.

Terdengar bunyi lori kuat membuatkan aku terjaga.Enak mimpi itu.Begitu rupanya perasaan yang dirasai bila menjadi selebriti ini.Seolah-olah dunia ni aku yang punya.Adakah patut aku menukar karier aku sebagai artis kerana nampak masyarakat dan budaya kita lebih menghargai seorang artis berbanding seorang cikgu makan gaji.Rezeki pun melimpah ruah BANYAKNYA.Atau mungkin juga mimpi itu datang daripada imbasan perasaan aku yang tak faham kenapa Tomok bole menang One in A Million.Aku sangat2 mempersoalkan benda tu sebab takde point bagi artis menang satu talent show yang tujuan asal dia nak cungkil "bakat-bakat" baru.

Tuhan dah tunjukkan aku.Masa depan aku adalah seorang artis.
Tunggulah tahun depan,semua uji bakat AF ke,OIAM ke,MyStarz ke,Gangstarz ke,Bintang RTM ke,Raja Lawak ke akan aku hadiri.Impian aku,aku mahu ada talk show sendiri.Boleh kutuk kerajaan,live dekat TV.

May 01, 2009

Tiada Tajuk Indah Yang Sesuai

Lepas habis pilihanraya kecik hari tu,aku terus tak ikut dah pasal politik ni.Kadang2 aje la aku bukak nak tengok apa yang jadi tapi asyik2 benda yang sama aje.Gaduh2,kutuk2 situ,sini,seolah2 ahli politik ni kebanyakannya kerja dia hanyalah untuk mengutuk ahli2 politik lain yang tak sependapat dengan dia.Bila aku baca pasal member aku yang duduk kat Norway tu,dia tulis camni..

"In Norway, having a child and raise it is not a big issue. No matter how bad your financial is, Norwegian goverment is giving away monthly allowance per child to buy milk, diapers and all the baby stuff. Let's not forget that all baby that born here in Norway, the mother entitled NOK30000 on the 8 months of pregnancy, this allowance is to help buying baby stuff such as stroller, baby cot, and etc. Apart from this, either the mother or father can claim tax exempted NOK20000 for the first child and NOK5000 for additional children. Mothers who are stay at home to babysit the kids will entitled NOK1500 permonth and this is tax deduction that can be applied. I beleive that money is not a big problem in raising child here in Norway."

Member mak aku yang duduk Kanada pun boleh hidup dengan takde kerja,sebab kerajaan akan pastikan kau dapat hidup kalau kau kena buang kerja atau takde kerja.Kalau kita cuba la sekali,jangan fikirkan apa yang kita bagi kat kerajaan tapi apa yang kerajaan BAGI kat rakyatnya,contohnya macam bantuan ibu tunggal,bantuan orang miskin dan bantuan anak yatim piatu,sebenarnya tak banyak kan?Kalau bagi pun sekadar bagi sikit nak melepaskan tanggungjawab,at least bila ada orang bising diorang akan kata "DAH BAGI RM100,CUKUPLA SEBULAN!."

Apa point ada ahli politik kat Malaysia ni sebenarnya?Apa point ada kerajaan sebenarnya kat Malaysia ni kalau kerajaan hanya lebih pentingkan kekuatan PARTI daripada kekuatan rakyat?Dah 3 minggu aku tak fikir pasal politik dan 3 minggu ni aku takde rase2 tension pasal perihal bodoh politik,kadang2 aje la aku rasa hangin bila aku tertengok berita atau terbaca Utusan.Sebab politik kat Malaysia ni lebih ramai yang fikir pasal PARTI dan DIRI SENDIRI berbanding kebajikan rakyat.

Aku dah agak meluat pasal politik Malaysia ni.Majoritinya bodoh mangkuk ayun.Mentaliti hanya nak kuatkan parti dan nak jatuhkan orang lain.Itu aje la kerja diorang tiap2 hari.Parti kuat macam besi pun takde guna jugak kalau rakyat tak nak anda.

Destinasi Bajet : Putrajaya Yang Overrated

Sorilah,aku lama menghilang.Mesti ramai yang merindui aku,aku paham.Sebab tu aku letakkan gambar lelaki peluk bantal pink kat situ.

Sepemergian aku,hujung minggu lepas,aku isi dengan satu aktiviti yang takde point.Mula-mula aku ingat nak pegi Taman Burung,tangkap gambar burung ataupun pegi Zoo Negara,nak tangkap gambar biawak,sekali tengok nak masuk Taman Burung pun kena RM12.Zoo Negara pun aku rasa Rm15.Jadi,untuk mengisi masa lapang,aku pegi la tempat yang free iaitu Taman-Taman Awam sekitar Putrajaya.



Dekat Putrajaya,sebenarnya banyak taman2 awam.Dulu aku round,aku pegi Taman Putra Perdana (aku tak sure nama dia..ada monumen amende tah) jadi minggu lepas aku pun memenuhkan masa aku dengan berjalan kat 3 tempat iaitu Taman Botani,Taman Warisan Pertanian dan Taman Wetland Putrajaya.Sebab free jadi bole la aku pegi.

Sampai aje aku kat Taman Botani ni,aku nampak ada "Ekspo," ekspo ape tah tapi tak dapat sambutan langsung.Ada la gerai2 yang bukak yang jual bijik benih tak silap aku.Aku pusing2 tengok macam takde ape,aku jalan balik.Terus ke Taman Warisan Pertanian.

Kat Taman Warisan Pertanian ni ada tempat makan,ramai la orang makan situ.Hehe,best,ramai orang.Aku pun masuk la ke kawasan dusun dia.Berpusing2 la aku SORANG-SORANG dalam tu,siap bole sesat sampai aku rasa give up nak terjun gaung.Yang ada dalam tu hanyalah aku,seorang pelawat dan yang lainnya pekerja2 asing.Bila aku tanya diorang jalan,diorang tak paham."Saya Bangla,saya tak ada tau.."itu aje la reply dia.Sambil aku pusing2 dalam tu mencari jalan keluar dengan perasaan frust sebab takde apa2 pun yang istimewanya dalam tu,aku pun snap la gambar2 yang bole aku nampak kat kampung aku (ex kampung aku sebelum kerajaan buat highway atas kampung aku)



Ada la gambar pokok nangka,pokok mengkudu,plastik sampah dan bermacam-macam lagi pokok yang tak seistimewa mana pun.Dengan perasaan kecewa yang amat sangat sambil maki hamun taman tu,aku bernasib baik sebab jumpa jalan keluar.Papan tanda dalam kawasan tu memang tak berguna langsung.Jauh jugak la aku berjalan.Start motor aku terus ke "destinasi" aku yang seterusnya,Taman Wetland,dengan harapan agar ada la sesuatu yang menarik kat situ.

Sampai aje aku kat situ,aku nampak vending machine.Ingat nak beli air,tapi syiling tak cukup.Aku pun pegi kat kaunter,tengok takde orang jaga pun.Ada kaunter untuk sewa basikal,tapi kosong,tak berpenghuni.Takpelah,pedulikkan dahaga tu.Aku pun menuju ke satu tempat yang namanya gempak "Pusat Penghayatan Alam," ini sudah terbaik.Aim aku hari tu adalah untuk bersatu dengan nature.



Oh,kecewa betul aku bila aku sampai ke spot tu,rupanya takde apa2 pun.Aku pun snap la gambar pokok pisang yang ada sekurang-kurangnya ada la jugak benda yang boleh aku jadikan memori.Mungkin tak ramai yang dapat tengok buah pisang ni sebelum dia masak,jadi aku pun snap la gambar pisang ni semasa dia masih dalam peringkat baby.


Wah,kolam flamingo!Ini sudah menarik.Aku pun ikut la signboard.TIba-tiba aku hilang arah tujuan.Mana flamingo nya?Yang aku nampak hanyalah satu kolam yang besar dan sunyi sepi.Di mana kawanan flamingo nya?Ingin benar aku bermesra bersama flamingo tempohari tetapi sekali lagi aku kecewa.


Aku pun pusing la mengelilingi taman tu.Dari kejauhan aku nampak ada satu menara pandang yang sangat tinggi berwarna merah.Oh yeah!At least dapat jugak aku menangkap gambar2 pemandangan yang indah daripada satu sudut yang agak tinggi.Aku pun bergegas ke sana walaupun langkah aku makin berat.Semakin aku menghampiri menara tu aku semakin girang sekurang-kurangnya aku yakin lawatan aku hari tu berhasil.Sampai aje aku di menara tu,kelihatan lah seorang security guard yang sedang duduk menghisap rokok sambil mendengar radio.Tangga untuk ke atas menara pun sudah ditutup untuk kerja-kerja ubah suaian.ARGHH!Apa ni!Aku jadi hangin lak.Terus aku menerajang sebatang pokok bunga kertas kat tepi aku.




Jadi,aku berjalan2 hampir satu hari kat taman-taman Putrajaya yang kosong dan selalunya terlalu sunyi.Sangat2 sesuai untuk berbuat maksiat.Apa yang ada?Tah la.Taman2 ni terlalu "generic" sehingga menjadi satu taman yang mempunyai landskap yang baik tapi jiwanya kosong kerana kurangnya penjagaan dan kurangnya isi kandungan.Tempat memang luas tapi takde apa.

Aku amat berharap agar remaja-remaja Melayu dapat menggunakan Taman-Taman Awam Putrajaya untuk aktiviti maksiat mereka kerana aku yakin,jika anda nak bergolek atau berguling-guling sekalipun di situ,takkan ada orang peduli.Sekurang-kurangnya,taman2 awam ini dapat dimeriahkan dengan kehadiran anda semua.Aku pun semangat la jugak nak pegi tangkap gambar.

Asyik2 dating kat tepi jambatan tu,takpun bawah Jambatan Putra,apa salahnya gunakan kemudahan Taman2 yang disediakan?

Apa salahnya tempat berkelah ni digunakan untuk buat shooting location majalah Mangga?Asyik2 swimming pool,bosan aa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...