Minggu lepas, media sosial agak kecoh mengenai tersebarnya satu slaid dari terbitan Biro Tata Negara yang mengecam secara melulu pergerakan bebas karya sastera dan seni, yang banyak didokong oleh golongan muda Malaysia.
Jika kau belum baca slaid tersebut, kau harus tahu, di dalamnya penuh dengan "fakta-fakta" yang telah "dikaji" dan "disahkan" tepat dan tidak boleh disangkal lagi. Sama kuat macam buku teks Sejarah sekolah.
Aku tak rasa aku sebahagian dari pengkarya indie ni sebab selama ni, aku tak pernah sertai mana-mana organisasi bebas yang ada ni. Cuma semenjak aku menulis Dubook Press ni, sedikit sebanyak aku ada lah terpalit juga dengan pergerakan kesusasteraan bebas Malaysia ni, sehinggakan ramai juga yang nasihat aku agar menjauhkan diri dari Faisal Tehrani.
Ada lah beberapa individu dalam pergerakan indie ni yang aku memang tak berapa gemar cara perjuangannya tapi itu kemudian hari punya cerita. Ya, memang betul ada individu yang pegangannya sedikit pelik, mengajak orang buat benda salah, ada juga manusia yang angkuh dan rasa diri dia rock star mengalahkan Kurt Cobain. Semua itu kau boleh jumpa jika kau sertai mereka ni tapi majoritinya hanyalah manusia-manusia kelompok tua dan muda yang hanya nak berkarya atau buat wang.
Agak mudah untuk diklasifikasikan mereka ini sebagai berhaluan kiri atau pihak pembangkang atau golongan macai Anwar Ibrahim tapi bukankah memang begitu budaya dunia dari dulu? Sang korporat memerintah manakala sang penyair, sang sasterawan membantah, bukan memang begitu ke?
Mari kita fokus pada BTN itu sendiri.
Aku benci pada BTN dan apa yang mereka anjurkan. Usaha mereka memang mahu cipta masyarakat yang bodoh. Jika kau tanya sama pihak BTN sastera dan seni macam mana "rakyat contoh" perlu suka, jawapan mereka mungkin ;
a. Rancangan realiti TV
b. Rancangan pertandingan lawak Melayu
c. Drama Cinta Islamik waktu Maghrib
d. Novel busuk fantasi cinta perempuan Melayu
Sebab itu orang yang BTN ni nakkan.
Aku cukup benci BTN. Kau nampak tak kebencian aku macam mana? Kau nak tau kenapa?
Aku budak sekolah elit. Sekolah aku sekolah premier (istilah zaman sekarang.) Aku budak pandai. Aku diberitahu aku orang pandai dan aku akan jadi orang besar dalam Malaysia. Aku diarahkan ke BTN waktu aku berumur 16 tahun. Cikgu aku kata aku ada potensi jadi problematic student dari segi disiplin.
Aku pergi ke BTN sebagai orang pandai dan aku balik dari BTN sebagai orang bodoh. Seperti yang aku pernah ceritakan dulu, kami ditipu masak-masak sampaikan dah tak mampu berfikir sendiri. Kami diberitahu yang Lebuhraya PLUS sebenarnya adalah markas tentera yang boleh dibuka laluannya untuk membolehkan askar mempertahankan negara jika negara diserang. Macam Autobot City dalam filem Transformers The Movie.
Aku ulang lagi sekali.....
Kami diberitahu bawah lebuhraya PLUS yang aku lalu kerap kali, ADA MARKAS TENTERA MALAYSIA YANG TERSEMBUNYI. JALAN TERSEBUT BOLEH DILIPAT ATAU DIBUKA JIKA MUSUH MENYERANG MALAYSIA.
Semua ini top secret Kerajaan.
Hanya mereka yang hadir BTN diberitahu rahsia sulit ini.
Berapa lama aku percaya benda tu? Lama jugak. Berapa kali aku bergaduh dengan mak aku dulu mempertahankan dasar kerajaan? Ratus kali. Berapa mulut dan minda yang kagum dengan ayat penceramah waktu tu? Beratus jugak la sebab aku dengar ramai yang respon dengan teruja.
Satu hari dulu aku macai.
Sebab BTN.
Aku, budak sekolah elit tak mampu nak paham betapa bullshitnya ayat penceramah BTN tersebut dan aku rasa majoriti kami dari 4 buah sekolah memang percaya betul benda tu. Jadi, jika diberi pilihan sama ada nak bersama BTN atau bersama pengkarya indie yang berhaluan kiri, kurang ajar, tak senonoh, cakap main lepas, mulut tak ada filter, kau nak bersama dengan siapa?
Dah lah buat slaid pun buruk.
Mungkin sebab slaid tu dibuat menggunakan super computer yang disambungkan ke network 50GB superspeed broadband dan dianalisa menggunakan satelit. Semuanya dikawal oleh think tank negara yang kini bekerja bawah Lebuhraya PLUS?
Wallahuallam.
Dalam BTN, apa saja mungkin.
Gambar hiasan - lokasi di mana aku ditipu oleh pihak BTN

14 ulasan:
sib baik aku tak pernah pergi BTN.
Alif mim nun wau...
Alif tendang wau... Sarkas!
tip top komen Sudin .. hahaha
Dah macam Korea Utara
masa tu ko dengan budak sekolah mana lagi tot? budak kuale ke?
aku pernah join btn...
serius cam orang bodoh
Alhamdulillah aku tak kena masuk BTN dlu
Pulau impian.2001 ke?
aku pernah join majlis tertutup Umno utk student obersea..kami (melayu saja) duduk dengar ceramah macam mana Dap Pas Pkr boleh hancurkan negara..siap tunjuk video yang edit guna tulisan merah dan muzik latar belakang yang mengerunkan..ada jugak yang edit edit yang hanya buat video tu nampak distorted..
Ada budak pakai ketayap lawan balik statement bongok diorang time last sekali tapi sayang 5 orang kuat umno attack balik budak tu..aku lebih rezpek budak tu yang berani join..
Aku penah p kem BTN. Kem dia serius buruk mcm kena zombie apocalypse. The end of the day kami end up dgn sekumpulan group pempuan kena histeria. Punca nya ptg tu fasilitator pasang lagu waheda pastu duk berjoget dlm dewan. Jadahh ..
tot kau budak sas kan dulu lol
Pernah jgk la pergi btn masa student...balik2 dari btn mmg rasa kagum la dgn kerajaan..hehehe
Tempat jin bertendang kem BTN masa aku pergi dulu...tempat tu aku boleh lagi...objektif BTN=merepek punya brainwash...
happy birthday mantot!
Catat Ulasan