Oktober 30, 2013

Aku Harap Pegawai-Pegawai PTD Ingat Yang Menjawab Dengan Tuhan Lebih Penting Berbanding Menjawab Dengan Pak Menteri

KUALA LUMPUR 29 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani. Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dalam jawapan Parlimen pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000. Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakkannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.

“Sebagai contoh, seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan,” ujarnya.

Agensi lain di bawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya menerima satu daripada peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014. -Roketkini.com

.................

Apa yang kita boleh belajar daripada artikel ini?

1. Orang Cina DAP dengki dengan Melayu yang berjaya. Orang MCA tidak dengki. Orang Melayu semuanya bergembira kerana ramai Melayu yang sudah berjaya memperolehi gaji besar yang sesuai dengan kedudukan mereka.

2. Kenaikan harga minyak, gula dan minyak masak yang berlaku adalah untuk memastikan Melayu2 yang hebat dan berbakat ini mendapat imbuhan yang setimpal dengan usaha mereka

3. Kita sebagai Melayu perlu berbangga dengan orang Melayu yang mampu mendapat gaji tinggi

4. Mereka yang mempunyai gaji tinggi ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada kita supaya berusaha carik jalan macam mana nak duduk dengan mereka walau apa cara sekalipun kerana dunia korporat memerlukan anda kipas bontot atau tikam belakang mana2 yang perlu.

5. Pegawai2 kerajaan biasa perlulah menerima hakikat yang kesemua pegawai dan eksekutif yang berkhidmat di bawah Jabatan Perdana Menteri ini adalah mereka2 yang berada dua atau tiga tahap di atas keupayaan Pegawai Kerajaan yang dilantik melalui perlantikan normal, sebab itulah mereka layak mendapat gaji yang jauh lebih besar berbanding pegawai kerajaan biasa.

6. Jika kau masih tak sedar lagi, sebenarnya, kita ada dua buah kerajaan. Kerajaan Malaysia yang normal yang mengikut Kementerian dan Kerajaan Najib yang dilantik oleh Najib cum Rosmah yang tugasnya untuk run agensi2 yang kawal selia kementerian dan jabatan. Walaupun mereka ni tidak dianggap sebagai menteri atau pegawai Kerajaan yang ikut gred normal, Najib sendiri lebih senang mendengar pandangan mereka ini. Jika sebelum ini semua keputusan dibuat oleh satu badan, kini semua keputusan yang dibuat akan dikaji semula terlebih dahulu oleh Kerajaan Najib sebelum diluluskan. Sebab itulah pentadbiran Najib sangat efisien dan tidak pernah membuat keputusan yang melulu.

7. Aku sebagai seorang Melayu menyokong jika pihak menteri dan kerajaan menyalahgunakan peruntukan dan kuasa mereka asalkan Melayu pegang Malaysia.

8. Kita perlukan lebih ramai anak Menteri yang berbakat dan berusaha gigih kerana masa depan Malaysia, khasnya orang miskin bakal lebih gemilang dibawah pentadbiran keturunan diorang.



9. Please work hard and make some good living so you can enjoy them like us.

10. Anak menteri pun ada peminat ke?

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bossned ni siapa? mohon pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

anak nazri aziz cum bf noret denesh..haha

Tanpa Nama berkata...

mcm ni la mentaliti mentri sampai ank mentri pun sama otak dia camtu..dia salahkan rakyat bila rakyat terhimpit dgn keadaan hidup skrg..apa dia pikir kami ni malas berusaha ke? kami keja lagi teruk pegi pagi balik malam banting tulang cari rezeki halal utk kuarga ko kata kami x usaha??? puihh..ko snang la goyang kaki mkn hasil negara..sedut duit rakyat! aku kenal ramai org yg punya mentaliti camni jugak dorang ank org kaya biasa mmg ckp camni..petrol naik org komplen dia mrh balik kt pengomplen suruh usaha lebih cari duit..hmmp

Tanpa Nama berkata...

Aku punyalah berjimat..tahun ni x pergi bercuti sbb peruntukan cuti diguna utk persiapan sekolah anak.Brg sumer naik harga..terpaksalah korbankan salah satu.
Kesian ank aku memerap kat rumah je la thn ni.
Anak menteri senang senang gi bercuti bwk pompuan ke luar negara.
Aku tak dengki..sedih tgk muka anak aku yg kebosanan.Tgk muka anak menteri ni...lagi kuat aku nangis...

Tanpa Nama berkata...

dalam byk2 makhluk yg ni la yg paling aku bnci,,tgk la kata2 nasihat dr org cmtu..huntong la apak ko mnteri..bg adiah kat mak banglo juta2 katernyer..korang pernah terpikir ngn kselesaan idup maha mewah..tilam empuk korang brapa ramai org yg berbantal lengan..cari rezeki nk bg anak bini mkn hasil halal..you're laughing?? so what...tgk depan tuhan sok...ko leh laughing tak bila di perisi satu2 mana hak yg bukan milik ko...n mana hak org lain yg ko dh injak..ni la hasil nya penasihat khas sorang mnteri..dpt awek artis...tu la pulangan nyer yer dak...ko kesian org lain..pernah terpikir brpa lama pula mludah pada ko...

Tanpa Nama berkata...

wujudkan jawatan bangang utk anak yang RAJIN bekerja..yang skarg sdg enjoy hasil KERAJINAN dia..duit tu leh bg mkn brapa ramai anak yati...org miskin..tu bkn ker mncuri namanyer...ko p balik buka istilah zalim..zalim meletakkan sesuatu bukan pada hak..ko rasa hidup slesa ko tu hak ko ker...elok la tu..anak ngn apak sama bangang!

Tanpa Nama berkata...

orang mcm ni bukannya pernah rasa hidupsusah,Dia x sedar berapa banyak golongan gelandangan dan miskin yang ada dkm negara kita.Nora kenapa kau mesti dengan dia?

Tanpa Nama berkata...

cam haram...gaji puluh ribu tiap bulan dgn tubuhkn agensi yg tak patut ada. Nk bg kerja kt meleis yg sokong ko ke? standard gaji tahunan rakyt prtengahan. Then y r talkng bout work hard?? my ass..
Kdg org jd ceo agensi2 yg pelik2 dn jarang dgr ni aku jd sungguh skeptikal.

Ada org bgtau aku, org u**o ni cam hantu raya, kalo tak dpt projek dihisap tuan dia blk,so kenala create ape2 bg kt dia walaupn bdn tuan dia dh nk kecut.

Tanpa Nama berkata...

Peeerrgghhh!!! Sarcasm tahap dewa ni...

lkjhgfdsa berkata...

At the end of the day, cuma satu je yang aku boleh fikir supaya fikiran aku tenang.

Perbuatan diorang yang menganiaya rakyat selama ni akan dibalas Tuhan.

Kemudian aku teruskan kehidupan sebagai rakyat yang ditindas......

Tanpa Nama berkata...

Those who are born Malaysian VIPs should just die.

Tanpa Nama berkata...

Apesal PTD kena siakkkk....

Mantot berkata...

sbb geng PTD yang kena overwrite dengan geng2 staff kontrak gaji besar ni...

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya dunia ni syurga bagi orang yang kufur...sama2 kita moga Allah bg hidayah pada mereka semua ni...di akhirat nanti menyesal dah xde guna

NowPhal berkata...

Statement copy paste komen seseorang (dia ni sokong sgt2 tarik subsidi & pengenalan GST):

"Tetapi bila subsidi potong melenting marah kerajaan tanpa sedar dirinya mengiktiraf seolah-olah kerajaan sbg pemberi rezeki.. Mensyirik Allah.. Kalo betul dia percaya rezeki dtg drpd Allah dia takkan ralat..walau ada makhluk cuba ambil, Allah akan tetap tambahkan dan cukupkan jika itu rezeki kita kerana sesungguhnya Dia ar-Razzak."

Ramai rakyat marah bukan pasai tarik subsidi. Rakyat marah sebab benda-benda tu dibuat dalam masa kerajaan membazir, belanja mewah, subsidikan kroni etc pastu suruh rakyat berjimat.

Bila masa kita kata gomen bagi rezeki? Kita nak tuntut hak kita. Gomen sign contract mahai, rakyat yang kena bayaq. Soal rezeki tu memang la Allah yang bagi, zahirnya usaha pun kena ada. Orang amik duit kita, takkan kita bertawakal semata-mata utk dpt dapat balik duit tu? Kita bukan maqam wali, buleh dapat duit keluaq bawah tikaq.

Yg lawaknya, PR offer plan dlm Buku Jingga, dia samakan pulak dgn Buku Merah Chairman Mao. Lepas tu kondem pembangkang, "kutuk je lebih, plan tak dak."

Tanpa Nama berkata...

Sejak bila pulak CEO Agensi Inovasi Malaysia tu Melayu Islam? Ataupun memang Mark Rozario dan Kamal Jit Singh tu memang Islam sama seperti Emir Mavani Abdullah aka Pradeep Kumar aka CEO Felda Global Ventures?

aslina majid berkata...

Berkenan btol aku tang no.4 tu. Padan la sepupu aku bukan main lagi... Inspirasi katenye kan...

Tanpa Nama berkata...

tak silap aku ada menteri jawab pasal benda ni

katanya gaji mahal untuk menarik orang2 berkemahiran tinggi katanya. kan ramai x mau keja gomen kecuali meleis

Tanpa Nama berkata...

KLIK LINK NI; GAMBAR AWEK COMEL