Ogos 29, 2014

Apa Salahnya Jika Mufti-Mufti Mengeluarkan Album Gangster Rap Berlirikkan Fatwa-Fatwa Negara Kita?

Kau boleh lihat sendiri bagaimana mudahnya kita, orang Islam, diperbodohkan. Orang Islam ni majoritinya agak kurang cerdik dalam bab beragama kerana sentimen perasaan kita selalu ditolak ke sana ke mari, sehinggakan, kita tak tau lagi dah siapa yang Islam dan siapa yang tak jaga Islam.

Kau boleh lihat sendiri kekeliruan di luar negara. Bagaimana terpecahnya Islam kepada dua, Sunni dan Syiah..bagaimana di Mesir orang Islam sendiri berperang dengan orang Islam, di Syria Muslim berbunuh-bunuhan dan berbenci-bencian....

Kenapa?

Dalam negara kita juga, kita berpuak-puak. Ikut parti politik satu hal. Ikut pegangan masing-masing satu hal. Dalam bab politik, dah banyak kali aku dengar dari sumber-sumber yang aku percayai, ada dua orang pemimpin PAS itu syiah. Seorang, kau mungkin boleh agak. Lagi seorang? Tak perlu aku cakapkan di sini. Tapi bila kita lihat sendiri apa yang terjadi kepada Parti Islam Se-Malaysia, aku tak terkejut jika benar dakwaan pengaruh syiah sudah menular dalam PAS.

Adakah aku fitnah? Semalam ada orang kata aku menyebar fitnah terhadap Mujahiddin. Mungkin dia tak baca link yang aku bagi tu yang jelas menceritakan bagaimana jahatnya pihak berkuasa Syria dalam menggunakan perang psikologi untuk memastikan satu dunia anggap, mereka betul dan pihak pemberontak ni salah.

Kalau kau bukak mata dan telinga kau mengenai apa yang terjadi dekat orang Islam, kita ramai berlumba-lumba nak tunjukkan yang diri kita betul. Diri kita adalah "Islam."

Tengoklah sendiri dalam media sosial pelbagai dakwaan yang menyatakan, "oh, Ustaz popular bekas mufti itu Wahhabi. Oh dia tu syiah..oh dia tu tak sunat habis.."

Kita jadi keliru dan akhirnya apa yang jadi dekat kita?

Kita jadi obses dengan cikgu-cikgu agama dekat kawasan terpencil yang dikhabarkan sangat hebat agamanya dan sangat dalam ilmunya. Tapi aku ceritakan apa yang aku dah tengok sendiri, jangan begitu mudah percaya dengan "Ustaz-Ustaz Indie" ni kerana kita tak tahu, apa sebenarnya yang mereka nak. Mereka memang berilmu, aku tak nafi, tapi untuk apa ilmu itu digunakan?

Ada sebuah kejadian yang aku tengok di mana seorang "Ustaz" yang kononnya pandai bab-bab perubatan Islam ni gunakan peluang itu untuk hantar khadam dia (kau pun tau lah apa jenis makhluknya) dan porak perandakan keluarga orang sehingga adik beradik pun langsung tak bertegur sapa. Titik permulaannya sangat simple. Dia demam dah terlalu lama dan segala macam ubat dah dicuba, tapi tak sembuh. Harapan terakhir nak baik? Cuba berubat dengan Ustaz itu.

Habis rosak silaturrahim adik beradik. Apa habuan yang Ustaz itu kehendaki? Tak ada lagi yang tahu sampai sekarang...tapi orang kita, sangat mudah percaya jika seorang "ahli agama" kata, "si polan ni ada berdendam dengan kau. Si polan ni ada sakit hati dengan kau." Nama langsung tak disebut tapi pesakit itu yang pandai-pandai buat kesimpulan sendiri sehingga habis pecah belah saudara.

Aku tak tau apa yang jadi dekat orang Islam negara lain...tapi aku nampak kita, orang Melayu, terlalu banyak hala tuju kita. Terlalu banyak pegangan kita.

Yang peliknya, sesama kita sendiri percaya yang Allah itu lebih dekat dengan kita berbanding dengan golongan Islam lain. "Allah tidak bersama dengan orang itu, mereka sesat..Allah takkan ampunkan dosa mereka kerana mereka syirik menduakan Dia.." Kau pun tau kan macam mana pemahaman kita ni...

Jadi, apa kesannya kepada kita sekarang?

Kau boleh nampak sendiri, satu, kita tak peduli pasal agama sebab agama hanyalah opsyen. Dua, wujud syak wasangka dalam masyarakat kita walaupun kita satu negara. Tiga, sesama kita mempunyai perasaan dengki mendengki. Keempat, yang paling jelas buat masa sekarang, adalah betapa lemahnya kepercayaan kita kepada institusi Islam negara.

Berapa ramai meragui Ketua Agama Islam? Sebab apa mereka meragui Ketua Agama Islam? Berapa orang percaya dengan Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan? Berapa orang betul2 ikut fatwa? Berapa orang yang meragui JAKIM? Berapa orang yang meragui status halal JAKIM? Siapa tak suka Imam mukim dia kerana dia lain parti politik? Kalau Imam mukim kau hisap rokok yang dah difatwakan haram, layak ke dia jadi Imam? Ni kenapa semua AJK Masjid orang politik? Siapa budak ni yang nak mintak derma untuk sekolah tahfiz kat Kedah ni? Betul ke sekolah tahfiz ni ada?

Yang paling teruk kesannya...adalah apabila benda tu effect amalan kita sendiri. Kes solat dua imam. Kes masjid ikut parti politik. Kes halau keluar orang dari masjid kerana kita percaya dia bukan "Islam sebenar."

Kita hidup terlalu banyak kemusykilan dan setiap hari akan ada saja isu yang membuatkan kita sangsi dengan pegangan masyarakat kita sendiri.

Yang paling menakutkan, ramai orang di luar sana yang berlumba-lumba memberikan kita jawapan yang kononnya didakwa adalah jalan keluar untuk kita dan kebanyakan jalan keluar ni adalah jawapan yang mampu memberikan kau "escapism" yang kau tak pernah rasa lagi. Jalan mudah. Jalan senang.

"Kenapa nak susahkan hati fikirkan pasal agama sedangkan banyak lagi cara hidup yang lebih sihat, aktif dan progresif dapat kau ambil sebagai cara hidup kau."

Berhati-hatilah ya pilih jalan kau, sebab pada aku, pengaruh liberasi mental di Malaysia dah jadi terlalu berpengaruh. Jaga-jagalah dengan apa yang kau baca dekat internet, especially bila laman web pro-pembangkang mula letak artikel2 sinis yang secara sebenarnya jelas dan terang, anti ajaran Islam.

So, berbalik kepada persoalan awal aku; jika sesuatu fatwa dikeluarkan, kau nak ikut atau tidak? Majlis Mufti Indonesia dan keluarkan fatwa fesyen JIlboobs haram dan ramai yang melawan fatwa tersebut. Kita? Fatwa haram merokok tu ada. Tapi yang melanggarnya? Berjuta-juta orang.

Pernah tak kau terfikir, mungkinkah rokok tu sebenarnya alat untuk golongan tertentu gauge masyarakat tu macam mana? Ye lah...kalau sesebuah masyarakat tu tak nak dengar fatwa ahli agama dan sanggup keluar duit untuk Philip Morris dan British Tobacco, kau rasa siapa yang lagi berkuasa sebenarnya?

Dari situ, bila dah tau, mudah gila la diorang nak bawak masuk benda lain..sebab orang tempatan dah tunjuk," pedulik hapa aku dengan mufti dan fatwa dia! Kah kah kah!" Last2...jadilah kita masyarakat yang agama itu, adalah hak individualistik semata-mata. Nak ikut, ikut.

Kalau tak nak ikut?
"Tolong jangan kritik."

Macam apa yang dah terjadi sekarang ni.

Bila ada artis kena kutuk sebab dia pakai seksi sangat dia jawab apa balik dekat pengkritik dia? Kau pun tau, apa diorang akan jawab. "Ini semua haters baik duduk rumah masak nasik ke ada jugak faedahnya..."

ps - gambar Siti Saleha hanya sebagai hiasan.


Ogos 28, 2014

Pendatang Asing Pun Tak Mahu Berjihad Seksual, Kenapa La Gadis Malaysia Nak?

1. Pendatang asing merusuh makin ramai.

Apa kau rasa bila kau dengar pekerja asing merusuh di Malaysia? Kau rasa disgust kan? Kau rasa diorang ni datang Malaysia, dapat kerja, bawak keluar duit, balik tanah air diorang dan jadi hartawan...kemudian nak merusuh?

"Ada hati nak merusuh? Nak merusuh jangan kerja la Malaysia la woi!"

Sekarang kau cuba bayangkan, sekumpulan lelaki orang putih, yang bekerja sebagai Engineer dekat Petronas, merusuh...sebab Petronas ada buat slack dengan diorang.

Sama tak perasaan kau bila kau dengar ada pendatang asing merusuh? Lain kan...takyah tipu. Padahal..kedua2 nya adalah pendatang asing.

Kau tau kenapa diorang merusuh? Kalau sorang dua aje merusuh, itu boleh dikira logik kau nak bantah. Tapi bila Bangladeshi, Myanmar dan Vietnam bergabung tenaga merusuh...kau perlu paham...ada something wrong tu.

Sila rujuk sini , sini dan sini untuk mengerti betapa "taraf binatangnya" bisnesman kita layan diorang. Tolong ubah pandangan. Jika kau tengok video di bawah ni, kau pun rasa nak merusuh kalau kau dapat treatment sama dekat negara lain.



Jangan prejudis hanya kerana kau rasa kasta dia lagi rendah dari kau. Kau sedarlah...jika semua orang dijaga hak mereka, tak ada orang nak merusuh. Sama ada dia expat atau "buruh kasar"...siapa kita nak bezakan diorang?


2. Jihad seksual

Pada satu hari Makcik Halimah mendapat panggilan telefon dari anaknya...

"Hello..mak....Alia ada satu benda nak cakap ni. Mak dengar aje tau..jangan cakap apa2 balik..."

".........."

"Mak, Alia nak pergi Syria.."

"Mak, askar berperang di Syria itu perlukan isteri..tapi siapa yang akan jadi isteri diorang, mak? Biarlah Alia pergi."

"Yang penting Alia pergi dengan niat baik. Alia nak perjuangkan Islam. Alia nak berbakti kepada agama. Jangan risau mak...sebelum Alia berjimak dan berasmara, Alia akan nikah dengan diorang dulu..halal mak.."

"Macam mana diorang nak lancarkan roket bunuh musuh Islam kalau kepala duk terbayang nak berjimak, mak?"

"Daripada diorang tengok porn, biarlah Alia jadi isteri mereka..."

"Alia tau benda ni berat nak diterima mak...tapi Allah tau apa yang Alia lakukan. Mak doakanlah agar Allah terima pengorbanan Alia ni.."

" Insya Allah bulan 11 nanti Alia balik ke Malaysia semula....tolong bagitau Abang Romzi, Alia mintak tangguh pertunangan Alia dengan dia.."

"Assalamualaikum mak. Harap halal makan dan minum Alia kalau Alia tak dapat pulang..isk isk.."

"......"

"APA? MAK NAK IKUT?"


.ps - aku rasa macam tu la kot perbualan diorang sebelum diorang berangkat. Itupun kalau betul la benda ni berlaku.  Sori kepada mana2 gadis bernama Alia.  Untuk berita betul dia, kau boleh baca sini.

Ogos 27, 2014

Wanita Tak Boleh Jadi Pemimpin Kerana Dia Akan Terlalu Sibuk Buat Video Pakai Shawl Dekat Youtube

1. Perempuan tak layak jadi pemimpin



Serius shit aku tak sangka memang ada pandangan yang mengatakan benda tu betul! Jadi, sebelum kau bangun mencabut kasut tumit tinggi dan ingin memaku kepala aku kerana kau merasakan "bullshit semua ini! Kau boleh tengok sendiri result SPM gender mana yang lebih hebat!"...

Aku just nak tanya; kau marah ke tak tengok video tu?  Kalau kau marah atau kau rasa tidak adil, aku nak tanya, kenapa? Atau mungkin kau setuju kerana kau tau betapa emosinya perempuan dalam mentadbir ni?

Bincangkan.

Jadi, walaupun aku agak anti BN...selepas membaca sehari dua ni, dan mengambil pelbagai sumber, aku perjelaskan dekat sini, menggunakan ayat yang mudah ; "Wan Azizah Wan Ismail tidak layak jadi Menteri Besar Selangor" pada aku. Kau nak tanya aku lebih2...aku pun tak reti. Jadi rujuklah sini.

2. Perempuan baru ber-hijabista



Aku just nak suarakan satu benda yang aku perasan.
Mungkin ramai yang perasan tapi takut nak cakap kuat2.

Kenapa perempuan yang baru berhijab ni ; dialah yang paling rajin sekali post video macam mana nak menggayakan tudung dan berfesyen dengan tudung...sedangkan, yang dah bertudung punyalah lama sebelum wujud frasa "hijabista" tu sendiri, tak ada pun upload video ajar orang macam mana nak ikat tudung dengan sempurna.

Dan lagi satu, dalam keghairahan gadis melayu mengupload video tutorial macam mana nak ikat hijab ni, kau tolonglah sedar satu benda. Tudung kau yang bapak ah komplikated adalah untuk cover apa yang nak dicover, betol?

Tapi ramai yang tak sedar...untuk membuat tutorial "shawl" ni (bahasa popularnya)....kau perlu bukak aurat kau terlebih dahulu sebelum kau ajar orang lain ber-hijab macam kau. Defeat the purpose of hijab dah la kan?

Sebelum mengamuk, tolong ingatkan diri kau, aurat perempuan tu luas. Bentuk leher kau tu aurat. Baju kau yang kau pakai walaupun tak nampak kulit tu pun aurat kalau baju kau jenis kain ketat. Bentuk lengan kau tu pun aurat. Niat kau baik, nak ajar orang macam mana nak bertudung...tapi....sedar tak sedar, kau dah bagi satu dunia tengok aurat kau.

Aku tak kata semua aa. Tapi ada. Nak aku letak bukti? Takyahlah.

Bincangkan.


Ogos 26, 2014

Saya Rasa Ghairah Apabila Berkhalwat Kerana Rasa Gementar Itu Membuatkan Saya Hebat Berfantasi

KUALA TERENGGANU – Tidak pernah serik, walaupun sebelum ini iaitu pada 20 Februari lalu, mereka pernah ditangkap khalwat di dalam kereta, namun sepasang kekasih ini dilihat masih belum insaf apabila mengulangi perbuatan sama selepas ditangkap dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta, 30 April lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral mereka menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu serta denda RM4,700 dan sembilan bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Namun, difahamkan, kedua-dua mereka, Alwafi Embong, 27, yang bekerja sebagai mekanik dan pasangannya, Zamiratul Akma Mohamad, 25, seorang penasihat kecantikan terpaksa memilih untuk meringkuk di penjara selama sembilan bulan tiga minggu kerana gagal membayar denda.

...............

Aku tak paham kenapa kita masih lagi mengamalkan undang2 barat dalam bab yang berkaitan dengan moral kita. Especially orang Islam.

Satu, apa yang berlaku terpulang kepada penilaian manusia lain. Oleh kerana makin ramai manusia yang lantang menyuarakan pandangan supaya kita tak judge dia kalau dia buat salah, aku harap ada yang berani mempersoalkan hakim dengan ayat "siapa kau nak judge aku?"

Dua, oleh kerana makin ramai yang mempunyai pendapat supaya kita jangan judge orang lain dan judge diri kita dulu la sebelum judge orang lain, tolong bacakan kepada aku, apa agama kita ajar bila kita nampak kemungkaran atau maksiat depan mata?

Tiga, jadi keputusan hakim memberikan mereka pilihan sama ada nak masuk penjara atau nak bayar denda. Oleh kerana tak ada duit, mereka pilih masuk penjara. Duit memainkan peranan yang besar di sini. Mungkin kerana itu ramai orang kaya boleh terlepas hukuman jenayah kerana mereka mampu bayar denda....jadi cycle tu berpusing semula...orang miskin mencuri masuk jail kerana tak mampu bayar denda, orang kaya boleh terus mencuri kerana tau dia boleh elak hukuman penjara.

Empat, kerajaan kita selalu mengatakan mereka nak elakkan maksiat...tapi selalunya yang kena tangkap, golongan yang kurang berada dan tak mampu nak sewa hotel mewah untuk berkongkek-kongkekan. Tapi yang mampu sewa hotel mewah, layan spa macam raja, bayar RM280 untuk full package? Kuranglah tangkapan dia.

Kalau tengok 999 pun, balik2 yang kena rush, hotel dua bintang....yang 4 bintang, 5 bintang....hehehe. Apa cerita? Boleh sesiapa explain apa yang berlaku atau aku perlu terus buat2 macam paham...Nak tau hotel mewah mana yang menawarkan perkhidmatan seks? Senang gila nak tau mana sebab geng2 kaki happy ending ni ramai yang aktif berforum dalam internet. Tak ada alasan langsung tak dapat nak buat rush.

Takkan nak kena tunggu orang buat report jugak kot?

Balik2 yang kena tangkap, golongan yang tak mampu. Macam mana la Tuhan tak turunkan bala dekat negara?

ps - aku tidak menanggung sebarang masalah rumahtangga yang berlaku jika suami kau pergi mencari happy ending kerana membaca posting ini. Dia yang nak pergi, bukan aku yang suruh.

Ogos 25, 2014

Kebangkitan Golongan Pemikir Agama Islamik Yang Menggunakan Logik Akal Semata-Mata

*Sila baca artikel ini dengan berhati2 kerana ada sorang dua dah ingat aku ajak korang semua jangan pakai logik bila fikir pasal agama. Bacalah seolah2 aku sedang berborak dengan orang yang nak logikkan dan "ikut common sense-kan" tiap2 benda pasal agama.

Kau tak pernah jumpa  orang yang guna common sense dalam bab hukum hakam? Tu yang geng duk post gambar mayat orang sebab nak timbulkan "keinsafan."

Itu orang yang aku maksudkan. Itu baru satu jenis. Belum lagi yang letak gambar blue untuk timbulkan keinsafan. Tu lagi satu contoh.

Dan aku tergolong dalam orang2 camtu dulu.

................

1. Ini aku tujukan kepada "geng2 fikir logik semata2 dan common sense pasal agama."

2. Kau nak fikir logically semata2 mengenai Islam? Memang tak logik. Banyak gila benda tak logik!

3. Kenapa perlu berwuduk balik lepas kentut? Kita bukannya membersihkan pun pakaian kita. Apa logiknya?

4. Tu tak masuk lagi bab kahwin...kenapa seorang perempuan perlu dengar kata suami dia? Apa salahnya jika perempuan tu membuat keputusan sendiri dalam hal rumah tangga?

5. Bercakap pasal perempuan ; apa logiknya pakai tudung ni? Asal pakai sopan cukup la kan? Kenapa nak pakai tudung? Panas!

6. Aku setuju banyak gila benda yang kalau kau fikir logically mengenai Islam....memang tak logik.

7. Aku tujukan kepada golongan pemikir logik semata2 ni satu soalan; "kenapa kau tak makan babi?"

8. Babi lebih sedap berbanding ayam dan daging lembu, kata kawan Cina aku. Rasa dia sedap lemak2.

9. Kalau ikut logik, kau boleh tengok sendiri orang putih makan babi, orang cina makan babi, ramai orang lain makan babi. Sihat aje kan diorang?

10. Jadi, logically, kenapa kau tak makan babi sedangkan semua "hujah logik" kau menunjukkan kau sepatutnya dah cuba makan babi?

11. Sebab kau percaya babi haram pulak kan? Kenapa kau tak persoalkan pulak benda tu?

12. Aku tak suruh kau makan babi..tapi kalau semua benda kau nak fikir logik akal kau, KAU SEPATUTNYA DAH MAKAN BABI.

13. Kau marah dengan golongan ahli agama..kau kata diorang ni hanya pandai sebut apa yang tak boleh dan tak menjelaskan apa yang boleh.

14. Pada kau, golongan ahli agama adalah orang yang negatif.

15. Cuba beritahu aku, apa benda yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh kau makan. Mana lagi senang nak disampaikan? Sebab itulah ahli agama tekankan apa yang tak boleh. Sebab lagi senang beritahu apa yang tak boleh berbanding yang boleh...kerana,"semua benda dalam Islam hukum asalnya adalah harus.."

16. "Arghh! Still pada aku jika masyarakat kita terlalu ikut sangat pandangan ahli agama ni, kita takkan maju! Semua benda tak boleh! Semua benda salah! Apa salahnya aku berkabung memperingati mangsa MH17? Apa salahnya aku main forex? Apa salahnya aku pegang tangan awek aku sebelum kahwin? Pegang tangan aje pun! " kata kau, puak pemikir pakai logik semata.

17. Kalau kau fikir Islam ni secara logik saja, memang kau boleh pening sebenarnya. Menghampiri sesat pun boleh.

18. Cuba kau fikir logically, kenapa wanita dan lelaki bukan mahram tak boleh bersentuh-sentuhan?

19. As long as ada self control, takde masalah kan? PTUIH! KAH KAH KAH. Karang ada pulak yang kata mana logik ada orang ketiga dengan couple ni!

20. Makin ramai take agama as sesuatu benda yang ikut logik semata2. Kau cuba berdebat dengan mereka ni, kau takkan menang......sebab kepandaian mereka dah melebihi peraturan agama sendiri. Camne kau nak justify jika seseorang tanya kau "kau solat tu sebab dia wajib ke sebab kau ikhlas? Kalau solat tak ikhlas tu sebenarnya solat untuk siapa?"

21. Ada orang aku kenal, tah mana ilmu dia belajar....takyah solat, takyah puasa....cukup sekadar ingatkan orang lain pasal agama. Dalam bilik duk kongkek awek. Tapi mulut pandai bercakap pasal agama ni.

22.  Sekarang ni pulak, makin ramai yang jenis "akidah kau, akidah kau, akidah aku, akidah aku."

23. "Apa logiknya bapak tanggung dosa anak perempuan ni bro?" Mereka ni cuba menggunakan logik untuk berdebat. Kau kena jaga-jaga.

24. Ayat diorang paling femes,"yang penting kau jaga kau punya agama, aku jaga aku punya agama. Kubur masing-masing bro.."

25. Atau ayat paling power diorang,"yang penting Allah tahu apa aku buat.."

26. Orang camni akan sampai ke satu tahap di mana dia akan merasakan semua orang yang tak mengamalkan pemikiran yang sama macam dia, adalah orang yang terpesong Islamnya. Kawan aku kena, ayat "Ustaz" tu camni.."kamu biarkan saja mak ayah kamu tu kerana dah terlambat nak betulkan diorang...tapi kita boleh lagi diselamatkan.."

27. Buat apa solat jika tak ikhlas kerana Allah? Buat apa puasa jika puasa sebab mak suruh dan bukan kerana Allah? Buat apa bayar zakat jika bukan kerana Allah? Semua benda dia nak cek dulu keikhlasan diri baru dia nak buat walaupun benda tu wajib.

28. "Semuanya mesti kerana Allah baru lah betul! Kalau tak, kenapa perlu buat? " kata puak2 ni.

29.  Kalau kau nak fikir logik Islam ni...kau akan terbabas.

30. Sebab manusia tu sendiri tak logik.

31. Kau bedah otak manusia apa yang kau nampak? Daging. Darah.

32. Mana akalnya?

33. Kau kata kau ada akal...tapi bila bedah otak, kau tak jumpa pun akal kau.

34. Macam mana logiknya tu, wahai para pemikir logik agama?

35. Mana datang akal kau yang sangat pandai memikirkan logik agama tu?

38. Komen seseorang hari Sabtu hari tu; " berbalik pada persoalan berkabung ni. kalau korang rasa akidah terancam, jgn la ikut. apa yg penting, jaga akidah masing2 bukan sibuk pasal org lain yg ikhlas berkabung. masuk puak2 serbanistas ckp tu x betul, ni x betul, bukan ke biadab namanya?"

39. "1+1 =11"

40. Tolong jangan betulkan aku kerana aku betul2 percaya dan ikhlas yang "1+1=11"

41. Tolong jangan biadab plis.

Ogos 23, 2014

Memang Betul Kan, Makin Lama Makin Ramai Orang Dah Tak Kisah Pasal Agama

1. Hari Berkabung Malaysia semalam; pada surfacenya nampak baik untuk diikuti.

2. Tapi kalau kau selidik betul2, segala apa yang cuba dianjurkan oleh kerajaan kita semalam...

3. Sebenarnya statusnya "bertentangan/tak betul/jangan diamalkan" dalam Islam.

4. Masalahnya, kalau kau cakap pasal benda ni, majoriti orang akan jawab "apa salahnya? Jangan kolot sangat? Jangan la jadi macam extremist!"

5. Logik akal memang nampak benda tu tak salah. Ada seorang penulis keyboard warrior terkenal "membolehkan" Hari Berkabung ni sebab dia kata "kalau kita pakai common sense, apa yang salahnya pasal memperingati mereka ni?"

6. Aku sendiri tak pasti. Kau nampak gambar bendera separuh tiang kat atas tu? Kenapa aku letak benda tu kat situ?

7. Aku sendiri tak tahu sebenarnya. Cuba kau bagitau aku ikut logik akal kau, kenapa bendera separuh tiang melambangkan penghormatan pada si mati?

8. Nak pakai logik akal dan common sense sangat, cuba bagitau aku kenapa..

9. Kalau kau cuba aje carik hujah2 yang dikeluarkan oleh Ustaz2 kita, kebanyakannya....menyatakan yang Hari Berkabung Malaysia ni tak sepatutnya diadakan.

10. Sharbery Cheek umum hari tu, "ini semua keputusan Jemaah Menteri."

11. Jadi persoalannya, adakah Jemaah Menteri minta pandangan ahli agama sebelum bertindak melancarkan atau meluluskan Hari Berkabung Malaysia tiap2 22 Ogos nanti?

12. Kita akan raikan hari tu tiap2 tahun...dan masalahnya, kalau kau tengok apa ustaz2 kita kata, apa yang kita akan buat tiap2 tahun tu haram.

13. Sebab itu semua amalan orang Nasrani.

14. Tapi oleh kerana masyarakat kita ramai yang kepandaian dia dah jauh melebihi agama sendiri dan dia boleh bend agama ikut apa yang dia kehendaki...akan adalah yang kata "apa salahnya semua ni?"

15. Kalau kau tengok masyarakat kita sekarang, kita selalu create benda yang tak ada...

16. Kemudian ramai yang pakat menyokong supaya benda tu diadakan.

17. Dan siapa2 yang membantah benda tu diadakan..akan dilabel sebagai "kolot, kuno, hidup zaman jahiliyah, fikiran tak progresif dan masih ditakuk lama."

18. Sampai satu masa bila agama Islam sendiri dah jadi batu penghalang kepada masyarakat kita mengadakan sesuatu benda.....

19. Jangan terkejut jika Islam tu sendiri dilepaskan untuk pastikan kita tak ketinggalan.

20. Zaman ini, siapa2 yang ikut agamanya 100% akan dianggap kuno. Mula2 sekali yang akan dicop 'manusia zaman lampau' ni adalah ahli agama. "Ahli agama tak cool kerana mereka tak seiring zaman dan membantutkan perkembangan tamadun manusia.."

21. Kau boleh cari sendiri banyak hujah yang menyatakan, apa yang negara kita sambut semalam, salah.

22. Ya, aku kuno. Suck my ass.

23. Tahniah Mufti Perlis kerana berani melawan arus yang akan makin lama makin deras.

Ogos 22, 2014

Perlahankan Hidup Kita Untuk Lindungi Generasi Akan Datang

Dua hari lepas, negara kita dikejutkan dengan berita seorang bapa tertinggal anaknya dalam kereta sehingga mengakibatkan kematin. Macam biasalah, pelbagai reaksi yang menempelak bapa kanak2 tersebut akan keluar dari mulut individu yang rata2 nya langsung tak pernah buat sebarang kesilapan langsung seumur hidup dia.

Kerap benar kes macam tu berlaku kan?

Kau boleh cuba ingatkan mak bapak agar ebrhati2, periksa kereta dua tiga kali, pastikan tak ada apa yang tertinggal dan sebagainya...tapi, ikhlas cakap, benda tu tak berkesan.

Sebab cara hidup kita AKAN membuatkan kita cuai, macam ayah malang tersebut.

Bila seorang dua terbuat benda yang sama, kita boleh salahkan kecuaian mereka...tapi bila isteri aku sendiri cerita kawan dia tertinggal anak dia dalam kereta sebab terlupa yang dia ada tambah baby lagi seorang....kau takleh nak salahkan mak bapak yang dikatakan cuai tu lagi. Sebab benda tu dah jadi common benar kejadiannya.

Kalau kau tanya aku, aku sarankan agar kita, ramai2, dalam masyarakat yang sama tanahnya ni, tengok balik, faktor sebenar kenapa perkara2 tu berlaku.

Kita hidup dalam kelam kabut. Kita terkejar2 nak ke sana ke situ sehinggakan mengakibatkan, kita cuai.
Kecuaian kita lahir daripada gaya hidup kita yang serba hectic.

Kenapa perlu hidup kita hectic?

Hidup kita dah jadi terlalu fast paced sehinggakan kita jadi kelam kabut. Tanya dekat diri kau sendiri, "adakah itu hidup yang kau nak?" Kita takkan mampu catch up dan keadaan itu akan create risiko2 yang tak kita inginkan. Macam terkejar2 masuk waktu kerja akan mengakibatkan kau jadi cuai.

Jom kita bertafakur sebentar selama seminit dan fikir, macam mana kita nak slow downkan hidup kau bila kau dah berkeluarga? Anak kau masuk sekolah 7.15 pagi, kau masuk kerja 8.30 pagi...perjalanan kau ambik masa 45 minit ke sejam...itu belum kira sesak jalan raya lagi. Kau bangun awal pagi pukul 6...kau kelam kabut nak solat, kau kelam kabut nak mandi, kau kelam kabut nak siapkan anak kau, kau kelam kabut nak berkejar ke tempat kerja, kau berebut nak punch card...

Dan sebagai mak bapak, kau pun paham betapa senangnya nak siapkan anak kau untuk ke nursery, tadika dan sekolah, kan?

Bangun2 pagi kau dah stress. Kau bawak kereta kau stress. Kau sampai ofis kau berlari kejar punch card. Kau termengah2 nak mula kerja. Kemudian kau stress bila ada officemate yang kaki report komplen kenapa kau lambat padahal dia tak perlu sibuk pun...

Hidup kita fast paced, hectic dan stress. Kenapa kita biarkan? Sebab dunia macam tu? Sebab orang lain macam tu? Sebab semua orang ikut sistem tu jadi kau pun perlu turut sama? Itulah yang menyebabkan ada mak bapak malang yang sampai terlupa anak ada dalam kereta ni. Itu punca sebenarnya. Kita hidup terkejar2.

Dan masalahnya, semua orang tak suka sistem tu tapi tak ramai yang berani nak cuba ubah sistem hidup kita ni.

Aku ada cadangan. Memandangkan nampaknya traffic jam kat Malaysia langsung tak ada improvement dan the stress factor nampaknya akan berterusan....kita ubahlah budaya hectic kita ni.

1. Lambatkan masuk waktu kerja. Mungkin kebanyakan company dan Jabatan Kerajaan boleh mula pukul 9 pagi....ni ada kawan aku masuk kerja pukul 7.15 pagi, apa kebendanya? Bila masa nak spend quality time untuk prepare family?

2. Push waktu kelas sekolah ke 7.45 pagi. Jadi, mak bapak ada masa tambahan setengah jam untuk masak benda yang lebih elok untuk anak2. Ni duk bagi nugget, hot dog aje tiap2 hari mana la McDonald tak maju2 dan Malaysia mempunyai rakyat bertahap obese paling tinggi Asia?

3. Untuk melambatkan waktu sekolah, langkah paling penting sebenarnya perlu bermula dari Perdana Menteri kita sendiri. Beliau perlu mengotakan janji beliau yang sekolah satu sesi bakal dilaksanakan di Malaysia. Jangan lupa janji dia ni tau.

Slow downkan sikit hidup kita ni.  Aku tak taulah kenapa ramai orang suka benar life yang hectic. Hectic tak semestinya mencerminkan productivity. Kalau sesuatu yang malang berlaku dekat kau atau orang yang kau sayang hanya sebab kau terkejar2 mesin punch card, hidup jenis apa yang kita hidup ni sebenarnya?

Siapa2 pun boleh tertinggal anak dalam kereta sebab kelam kabut ni. Jadi, daripada kau nak salahkan mak bapak yang cuai ni, jom lah kita buat perubahan mentaliti sikit.

Ogos 21, 2014

Aku Cukup Suka Tengok Gadis Bertudung Pakai Legging



Trend "Keep Calm and (Satu Bentuk Perbuatan).." dan "We Are All (Nama Orang).." ni perlu dihentikan la. Dah boring dah aku tengok. Tapi trend gadis Melayu berpakaian "sopan" serta berseluar legging?

This is good stuff. Teruskan. Teruskan trend ini gadis Melayu plis ; kerana ini adalah fesyen yang paling cantik adunan Muslimah dan Syaitanniirrojim nya. Imej Muslimah yang naughty adalah trend yang aku harap tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Sekarang, rasanya, masyarakat kita hanya menunggu masa untuk seorang gadis Melayu muncul, bertudung, memakai seluar legging...........dan memakai baju body hugging yang dibuat menggunakan material yang sama seperti seluar legging.

Ogos 20, 2014

Hisap Rokok Sambil Layan Bola Dekat Siaran Satelit Berbayar Sampai Ke Lewat Pagi Hingga Terlepas Subuh

1. Semalam, aku berjaga sampai pukul 2 lebih menyiapkan kerja.

2. Aku bajet nak tengok bola, ada Arsenal lawan Besiktas. Kerja pun dah boleh kata 90% siap, aku pun duduk la tercongok depan komputer sementara nak tunggu bola start 2.45 pagi.

3. Kemudian kepala otak aku terfikir, perlu ke aku tengok bola ni?

4. Sebelum ni, pada ketika aku masih lagi pelanggan Astro, hidup aku, revolve around jadual bola. Nak keluar? Kena pastikan bola tak ada. Nak bertolak balik, kena pastikan sampai sebelum match start.

5. Bola pagi pukul 3? Aku sanggup kunci alarm nak bangun.

6. Aku adalah antara jutaan orang yang sanggup tak potong Astro semata2 nak tengok bola punya pasal. Sanggup bayar dekat RM100 hanya untuk tengok TV Al-Hijrah, Buletin Utama, History Channel dan channel bola.

7. Sampai satu tahap aku rasa benda tu not worth it, aku potong Astro...dan aku bergantung dengan streaming channel untuk tengok bola. Gambar pecah2, siaran streaming tersangkut2, aku gagahkan. Mula2 memang rasa tak best.

8. Sehinggalah sampai ke satu tahap di mana aku sedar, jadual bola tak lagi membelenggu hidup aku.

9. Paling penting, aku tak lagi bad mood lepas Arsenal kalah bola.

10. Aku tak ikut pun World Cup hari tu, tengok mana yang kebetulan ada aje masa aku duduk depan komputer. (HyppTV tak ada siar World Cup..jadi aku join Unotelly World Cup Free Pass untuk layan hari tu)

11. Menonton bola adalah satu addiction.

12. Kau mesti ada kawan kau sorang dua yang kerja dia nak penumbuk orang aje kalau team dia kalah. Selalunya, ni tabiat penyokong Man U. Aku tak pasti kenapa.

13. Jadi, semalam, lagi 15 minit game nak start....aku duduk depan komputer dan berfikir, "kenapa perlu aku tengok bola? Kenapa perlu aku korbankan masa tidur aku untuk tengok sekumpulan budak2 muda kejar sebijik bola?"

14. Lalu aku masuk tidur. Aku tak pernah lagi ambik tindakan sedemikian sebelum ni melainkan aku penat teramat sangat.

15. Dan aku bangun dengan perasaan cukup tidur. Kau sendiri tau apa bezanya kau cukup tidur dan kau tak cukup tidur.

16. Aku dah berhenti merokok. Bulan depan cukup 2 tahun.

17. Aku tak sangka dengan memotong Astro, aku berjaya kurangkan ketagihan aku untuk tengok bola dan buatkan jadual hidup aku berkisar tentang bila game Arsenal live.

18. Kalau kau fikirkan betul2, rokok dan hak penyiaran bola adalah penyumbang utama kepada ekonomi kapitalis dunia...

19.  Dan dua2 benda tu berkait rapat.

20. Mana sah lepak kedai mamak minum teh tarik, tengok bola tak kena rokok sekotak dua, sepanjang match. Aku dulu, lepak tengok bola, setengah kotak 20 batang dah konfem habis.

21. Dan bila tengok, ada pihak yang membantah larangan merokok kat kawasan RnR masa cuti Raya hari tu....aku terfikir pulak;

22. "Eh, itu adalah sesuatu yang douchebag. Adakah aku se-douchebag itu dahulu membantah sesuatu yang sebenarnya sangat elok untuk faedah semua orang?"

23. Cuba kau kira berapa lama masa suami/boifren kau ambik untuk Fantasy Football musim yang baru start ni.

24. Jika kau rasa, bola dah jadi addiction pada kau sehingga mengganggu kau dalam jadual hidup, satu aje jalan dia. Potong Astro.


Ogos 19, 2014

We Are All Nora Danish!



Kepada yang tak dapat baca apa yang ditulis, "....Nora Danish terperangkap dalam lif." Aku tak sangka, itu adalah berita yang sangat news worthy, layak dijadikan rolling text headline berita2 lain seperti Krisis MB Selangor, Perang Palestine Israel dan MH17 punya mangsa akan sampai Jumaat ni. Mungkin slow news day semalam di Bilik Berita RTM.

So, persoalannya, kibar bendera separuh tiang Hari Merdeka ni sebab simpati Nora Danish? Tak ada ke orang nak buat grafik "We Are All Nora Danish" ?

Hahaha. Harap jangan sampai ada yang ajak boikot Lego. Anak aku main Lego hari2. Aku takut basikal dia kena pecah dengan samseng.

Ogos 18, 2014

10 Tanda Anda Sedang Bekerja di Tempat Yang Berhantu

1. Mesyuarat yang agendanya untuk memutuskan bila mesyuarat seterusnya

Sepanjang aku dah kerja dari 2004, sampai la sekarang, mesyuarat yang aku rasa bermakna, adalah mesyuarat bila aku kerja sebagai animator dulu. Sebab kitorang tau, deadline singkat, jadi meeting pun straight to the point. Tak ada nak gaduh2, tak ada nak tunjuk kuasa, tak ada nak menegakkan benang yang basah kuyup.

Tapi bila aku bekerja di satu company ni dan aku dipromote jadi "leader" "manager" or whatever yang diorang lantik, aku mula menyedari, meeting2 yang aku sertai, adalah meeting2 yang agendanya adalah untuk decide, meeting selepas itu bila dan di mana?  Aku tak marah sangat kena sertai meeting, tapi bila masa menunggu meeting tu mula dah mengakibatkan aku terpaksa tinggalkan kerja2 yang bertangguh, aku give up.

2. Terlalu banyak politician cum manager

Kalau kau tengok apa yang terjadi dalam arena politik negara dan kau nampak benda tu seolah di-replicate balik dalam ofis kau, kau sedang dalam bahaya. Jadi selama ni aku sedaya upaya jadi invisible.

Tapi naluri manusia, dia takkan suka tengok kau senang, apatah lagi bila dia tau kau gaji lagi besar dari dia (ini sering berlaku) kau nak tak nak terlibat jugak dengan benda ni. Benda ni akan sangat obvious dalam sektor awam bila ada fresh grad baru habis degree masuk2 kerja gaji terus lagi tinggi dari orang2 senior yang dah bertahun kat Jabatan tersebut. Akan berlaku lah tikam belakang atau umpat mengumpat yang akan memaksa kau sama ada carik ally atau jadi lone ranger.

3. Orang atasan kau hanya tau bagi arahan

Siapa suka manager camtu? Tak ada orang suka. Kemudian apabila berlaku sesuatu yang menjadi konfrontasi, manager kau akan salahkan orang atas dia. Dan benda tu akan meleret2 ke atas sehingga sesuatu isu senyap dan hilang tanpa wujud sebarang konklusi atau tindakan. Aku rasa itu yang berlaku pada zaman pemerintahan Pak Lah dulu sehingga zaman Najib ni, gagasan Kerajaan memerlukan tranformasi.

Jika kau fikirkan, jika sesebuah kerajaan yang baru dilantik perlu melakukan transformasi dalam corak pentadbirannya, apa maksud sebenarnya? Itu adalah back handed slap yang menyatakan the previous management sangat lemah.

4. Isu wujud, kemudian di sapu bawah karpet

Aku dah nampak benda ni berlaku depan mata aku terlalu lama tapi dah nak buat camna, style management kat ex ofis aku aku. Tak ada kesinambungan langsung dari manager ke manager sebab tiap2 orang nak cop cara dia bekerja secara muktamad. Kau boleh nampak benda ni dalam sistem pendidikan negara kita, bila menteri2 pendidikan bertukar. Tiap2 orang nak tunjukkan idea dia the best sehingga mengakibatkan tak ada langsung pelaksanaan  satu fixed system yang sempurna.

Yang sakit adalah staff2 bawahan, golongan pelaksana.

5. Semua orang tak nak dipromoted

Honestly, aku akui, ex ofis aku adalah tempat di mana semua orang tak nak dapat promotion, melainkan kau betul2 gila kuasa atau kau terpaksa. Aku terpaksa. Oh, sori, aku dipaksa.

Apabila kau berada dalam environment office sedemikian, setiap hari kau akan fikir, "apa hala tuju aku sebenarnya ni? Takkanlah aku nak duduk sini tunggu gaji dan increment aje?" It will create a venomous environment yang membuatkan majoriti staff takut nak perform (sebab takut dapat promotion) dan yang naik jadi manager, adalah mereka2 yang nak rasa macam mana ada kuasa. Dan ini, adalah sesuatu yang sangat buruk dalam sesebuah pejabat kerana productivity takkan berkembang.

6. Semua yang dapat promotion, step down atau resign tak lama selepas promotion

Jika kau nampak benda ni berlaku dalam office kau, ketahuilah, ada something wrong mengenai syarikat di mana kau kerja.

7. Management yang selalu bertukar2 struktur dan orangnya

Dan apabila point nombor 6 berlaku, tiap2 tahun akan berlaku perubahan organisasi yang akan masa untuk settle down. Berapa cepat sesuatu organisasi tu boleh implement dengan betul? Pada aku, 3 bulan, paling lama, 6 bulan. Jika selepas 6 bulan dan organisasi tu nampak goyang dan perlu di-restructure balik, organisasi tu akan mula balik dari starting point.

A limbo.

Bila sesebuah environment tu dah tak sempat settle down dalam beberapa cycle re-structuring, falling out dan mismanagement akan berlaku. Percayalah cakap aku. Jika kau dah perasan benda ni berpusing2, it is time to get out of the sinking ship.

8. ....Tapi kau percaya kau boleh ubah structure tu sebab kau "The Chosen One"

Semua orang percaya dia The Chosen One dalam office dia. SEMUA ORANG. Semua orang nampak benda yang tak elok dalam office dia dan percaya yang jika dia dapat peluang, dia boleh betulkan benda2 tu. Semua orang nak basmi rasuah, tapi kenapa sampai sekarang gejala rasuah masih lagi berlaku?

Pada aku, sebab kadang2, kita ni berazam nak ubah sistem, tapi the system itself doesn't want to change. Jika rasuah make things work, it will work. Jika menipu pelanggan membawa keuntungan, kau melalak lah camna pun kau takkan boleh buat apa2.

9. Sebab semua itu bisnes.

Dan business hanya memandang profit. Tak banyak business kat Malaysia ni yang jaga halal haram dia. Apa yang aku nampak, as long as the business is going and the profit is coming, halal haram belakang kira. Especially syarikat2 besar.

Kita sebagai staff bawahan akan pandang kredibiliti kita, pegangan kita dan apa yang salah betul. Orang atasan kau bukan kira. Macam syarikat yang buat gores dan menang yang pasti menang, yang tolong jualnya siapa? Orang Melayu. Jika orang Melayu tu sendiri dapat pegang pegangan dia lagi kuat, siapa yang nak tolong laksana scam2 tu?

10. Tukang Komplen Bertransformasi Jadi Orang Yang Di-Komplennya

Kau pernah tak ada sorang dua officemate yang kerjanya hari2 adalah komplen pasal manager tapi kemudiannya bila dia naik jadi manager, dia sendiri buat benda yang sama macam apa yang dia duk komplen tu?

Pelik kan benda tu? Aku tak tau la apa ubat benda tu. Kau boleh nampak benda ni dalam kebanyakan organisasi. Kerajaan, swasta, awam, jabatan kecik, pejabat besar, multinasional dan bermacam lagilah.

Kau tau apa maksudnya ini? Office kau is a dead end.
Jika kau nak ada karier, di situ bukan tempatnya.

Ogos 15, 2014

Image of The Day : OKU Bawak Superbike


Aku suka gambar ni.
Bukan senang kita boleh tengok OKU konvoi ramai2 naik superbike.
Hari2 naik wheelchair aje, boring jugak kan?

Ogos 13, 2014

Undang-Undang Yang Tak Berapa Masuk Akal Perancis

1. Aku baru aje selesai menghabiskan filem "3 Days to Kill" lakonan Kevin Costner yang mengambil aku beberapa hari untuk dihabiskan. Jangan tengok filem ni, tak best.

2. Walaupun begitu, ada satu benda yang menarik mengenai filem ini adalah ia memberitahu aku pasal satu undang2 pelik di Perancis berkaitan illegal squatters atau "pemecah masuk rumah orang."

3. Di Perancis, terdapat satu akta yang melindungi orang2 yang memecah masuk ke rumah orang lain asalkan, dia dah pecah masuk rumah tu lebih dari 48 jam.

4. Ya. Jika kau masih tak percaya lagi...di Perancis, jika seseorang telah memecah masuk ke dalam rumah kau dan duduk di situ selama lebih 2 hari, kau tak boleh halau dia suka hati.

5. Kurang dari 2 hari? Kau boleh halau.

6. Tapi kalau kau pergi bercuti selama seminggu dan balik2 kau tengok ada orang homeless memecah masuk rumah kau dan buat macam rumah sendiri, kau takleh pukul dia atau halau dia.

7. Kau perlu ke mahkamah untuk dapat court order yang memerintahkan diorang keluar.

8. KAU MEMERLUKAN COURT ORDER UNTUK HALAU KELUAR SQUATTERS DARI RUMAH KAU SENDIRI!

9. Dan yang lebih memelikkan lagi, squatters ni boleh buat apa saja dekat rumah kau. Dia nak cat ke, nak pakai baju kau ke....

10. Jadi, kau ada dua choice....sama ada nak duduk sekali dengan dia atau kau yang pergi carik rumah lain.

11. Tapi yang jelas, selepas 48 jam...hak illegal squatters tu sama seperti orang yang telah menyewa premis tersebut.

12. Agak menarik bagaimana undang2 di negara lain dicipta, kan? Ini semua berlaku kerana harga rumah yang terlalu tinggi dan orang ramai tidak mampu membelinya, especially di Paris.

13. Adakah ada kemungkinan, kita akan sampai ke tahap di mana kita memerlukan undang2 seperti itu?

Ogos 11, 2014

Cerpen : Isteriku Social Media Whore

Rashid diam. Dia hanya menunggu menantikan isterinya selesai mengambil gambar.

"Dah bang. Jom makan," ajak Seri. Rashid hanya sengih mengiyakan isterinya. Dah beberapa minit dia tercongok depan meja menunggu isterinya dan dengan perut yang memulas, agak teruji tahap kesabaran Rashid.

"Ting ting!" Telefon Seri berbunyi. Ada notis Facebook baru masuk. "Ahaa, seronoknya, kawan-kawan I kata sedapnya lauk kita malam ni!" Seri tersenyum riang.

"Eh, dah upload ke Facebook ke? Sempat tadi?" tanya Rashid, sedikit mencuka. "Dah!" jawab Seri masih riang. Dalam hati Rashid mahu saja dicelup telefon isterinya ke dalam sup ayam di depan mata, tapi mengenang itu adalah pemberian dia sendiri, sayang pulak jika wang ringgit melayang.

"Abang, abang..." tanya Seri. Rashid mendengus rimas, "haa?"

"Ramai kawan2 Seri tanya, kenapa abang tak aktif ber-Facebook.." tanya isterinya. Rashid mula dah hilang selera.

".....sampai ada yang ingat kita ni tak bahagia," sambung Seri lagi.

"Kang abang dah kata, abang tak ada masa nak ber-fesbuk fesbuk ni..." Nasik berkuah sup ayam mula rasa tawar pada mulut Rashid.

"...Tapi takkanlah tak boleh sekali sekala upload gambar kita ke, wish saya apa-apa ke, doakan kebahagiann kita ke? Bukannya besar pun permintaan saya ni bang.." rayu Seri.

"Yang awak nak tunjuk gambar kita dekat semua orang kenapa? Bukannya dapat apa2 pun," jawab Rashid. Seri mula diam.

" Besday saya hari tu tak ada pun abang wish saya!" Kisah lama mula diungkit. Rashid dah agak isu itu akan kembali.

"Kan saya dah bawak awak pergi dinner dekat JW Marriot?" tanya Rashid.

"Ye lah....tapi, bila saya post dekat Facebook gambar kita, abang tak ada komen apa pun, like pun tidak, sampaikan ada kawan saya dekat ofis cakap abang sombong.." Seri mula meradang.

Rashid diam. Dia dah dipesan oleh ayah mertua dia, Seri memang degil. Jadi kadang2 dia perlu beralah. Rashid bangun mengambil telefonnya. Jarinya menekan skrin.

"Ting ting.." Telefon Seri berbunyi. Gambar sup ayam yang baru dimuatnaik telah pun di-"sukai" oleh Abdul Rashid Mahmud.

Seri senyum. "Esok, surprise me ye?" pesan Seri pada Rashid. Rashid tak mampu berkata apa. Perancangannya mungkin nak carik gambar kata2 romantik untuk dimuat naik. Mungkin perlu create satu folder gambar sedemikian supaya senang dimuatnaik apabila masa memerlukan.

Rashid bangun mencuci tangan. Dia kemudian menekan butang remote control televisyen. Siaran berita Buletin Utama sedang disiarkan. Rashid duduk, mencapai surat khabar lalu dibaca sambil telinganya mendengar berita.

"Kerajaan akan mengkaji jika wujud keperluan untuk memblok akses Facebook kepada rakyat Malaysia. Datuk Sharbery Cheek hari ini menjelaskan, kerajaan akan mengkaji jika.." Rashid menutup mukanya dengan suratkhabar sambil sedaya upaya menahan ketawa. Seri terdiam memandang televisyen. Dia tidak percaya apa yang didengarinya.

Jari Seri pantas menekan skrin telefon untuk menaip apa yang sedang dirasakannya. "Ting-ting!" Telefon Seri berbunyi. Seri melihat ada satu notis di notification bar;

Abdul Rashid Mahmud has updated his status.
"Hahahahahahaha!"

................

ps - aku tak tau lah siapa cerdik pandai yang pandai menguatarakan isu "Banned Facebook" dalam mesyuarat Kerajaan ni....daripada kita banned Facebook baik kita banned kerajaan daripada buat2 projek mengarut macam email 1Malaysia atau E-Village.

Ogos 08, 2014

Group Nudist Party Penang Suka Berbogel Bukan Sebab Dia Cina Tapi Sebab Memang Diorang Buruk Akhlak

1. Beberapa hari ini bila aku struggle nak buat kerja, aku layan video Aaron Aziz menari bollwood masa dia still berlakon di Singapore.

2. Kelakar jugak la dan dapat menghiburkan hati video tu.

3. Apa yang jelas dari video tu adalah, semua orang bermula dari somewhere.

4. Isu Gaza dan Palestine nampak sudah mula mengarut2 dan meracau isunya di negara kita. Dah ada pulak orang yang sebarkan "kita semua tolong jangan boikot McDonald sebab McD ni majoriti bumiputera punya dan ini semua taktik orang Cina nak jatuhkan ekonomi orang Melayu."

5. Ditambah lagi dengan isu parti bogel Penang. Dah tengok video tu? Menyesal kan tengok sebab terlalu banyak belalai kecil yang dipaparkan.

6. Aku sure akan ada orang putar isu ni sebagai contoh "ini orang Singapore kurang hajar datang Malaysia buat sial, Cina babi!!"

7. Singapore, bila bercerita aje pasal Singapore mudah benar rakyat kita sensitif. Samalah juga kalau orang Singapore cerita pasal Malaysia.

8. Cina, Melayu, Cina, Melayu....orang Melayu standard akan jadikan Singapore sebagai contoh "jika Cina memerintah, itulah dia yang akan terjadi kepada orang Melayu."

9. Macam Aaron Aziz. "Tengok la, dia dekat Singapore, dapat watak cap ayam aje. Datang Malaysia, ambik kau, terus jadi hero. Itulah untungnya Melayu dekat Malaysia ni.."

10. Tipikal Melayu pasti akan berfikir sedemikian rupa.

11. Memandang Singapore dengan satu pandangan negatif yang dia sendiri tak tau apa puncanya.

12. Apa salahnya kalau kau pandang negatif dekat TANAH AIR SENDIRI dan tanya, "apa yang tak kenanya dengan pelakon2 kat Malaysia ni sehinggakan orang luar datang Malaysia terus jadi hero tapi orang tempatan sendiri tak ramai pun yang mempunyai karisma sedemikian?"

13. Agaknya tak ramai yang sanggup nak pandang negatif kepada diri sendiri. Self criticizing pada orang kita memang jarang berlaku.

14. Sebab itu, eksport Singapura paling femes ke Malaysia adalah Aaron Aziz dan eksport kita pada diorang yang paling femes adalah air bersih.

15. Ramai selalu sound aku dalam ni,"hey bro, lu salahkan orang lain, lu tunjuk satu jari, 4 jari lagi tunjuk dekat diri sendiri la bro!"

16. Kenapa tak aplikasikan benda tu kepada diri sendiri bila bercerita mengenai kaum Cina Malaysia, orang Cina Singapore dan apa saja isu racist yang kita selalu assume kita di pihak yang betul, sebab kita Melayu?

17. Jika ada orang Cina yang racist, tak apa. Yang penting, kita jangan racist.

18. Dah takdir Aaron Aziz berjaya di Malaysia, yang kau nak jadikan dia sebagai contoh "Singapore diskriminasi orang Melayu dan hanya di Malaysia orang Melayu akan sukses" kenapa?

19. Dia berjaya, sebab pada aku la, dia unik berbanding artis2 Malaysia yang lain. Jika aku wanita, aku akan cair melihat dia. Soal tutup periuk nasik orang lain (artis tempatan) tak perlu timbul pun sebab aku tak ada dengar pun orang kita cakap Yuna pegi US lalu tutup periuk nasik penyanyi2 lain.

20. Agak gay ayat aku di atas tapi ayat itu perlu diterjemahkan sedemikian rupa. Mesti Zed Zaidi nak tumbuk aku kalau dia jumpa aku.

21. Cina Singapore berbogel dekat Penang bukan sebab dia Cina, bukan sebab dia orang Singapore dan bukan sebab dia nak cemarkan Malaysia.

22. Diorang berbogel sebab diorang manusia tak senonoh dan dalam semua bangsa ada orang macam tu.

23. Cuma benda tu jadi besar sebab diorang Cina kan? Lagilah pulak berlaku kat Penang kan?

24. Orang putih buat shooting reality tv bogel? Haram tak keluar apa dekat media kita. Dekat Perak pulak tu shootingnya.

25. Jadi, jika kau nak berbogel dekat Malaysia, tolong make it official. Kalau dah dapat approval dari pihak berkuasa, siapa la kitorang ni bangkang pulak kan? Berbogel lah kau macam baru dilahirkan ke dunia puas2 asalkan Malaysia dapat promotion sebagai tourist destination.



Bacaan Lanjut
Tiga Siri Televisyen Akhir Zaman

Ogos 07, 2014

Pekerja McDonalds Sepatutnya Kenalah Berhenti Kerja dan Carik Rezeki Halal Lain di Disko dan Pub

1. Aku baru dapat adik ipar. Adik ipar aku adalah bakal guru yang tengah tunggu nak dapat posting.

2. Diorang dah menikah dalam sebulan dua lepas.

3. Sewaktu melangsungkan pertunangannya, beliau sedang mengajar di sebuah sekolah rendah untuk latihan praktikal.

4. Sehari selepas beliau bertunang, untuk memberitahu kawan2 yang dia dah engage..dia pun menukar statusnya kepada 'engaged!' di Facebook.

5. Salah seorang pelajar sekolah di mana dia praktikal dengan gagahnya memberi respon "PUKIMAK!" mungkin kerana terlalu frust.

6. Atau..............mungkin kerana dia rindukan mak dia? Dia ingin kembali kepada rumah pertama dia hari itu?

7. Jadi, apa pengajarannya di sini?

8. Kalau kau berazam nak jadi cikgu, kau kena ingat, zaman sekarang dah berubah.

9. Aku dulu waktu darjah 2 pun jatuh cinta dengan Cikgu aku, Cikgu Noraini masa aku sekolah SRK St.Gabriel Kampung Pandan.

10. Tapi bila aku dengar dia nak kahwin, aku pasrah camtu aje la. Standard la budak2 jatuh cinta dengan cikgu.

11. Budak zaman sekarang? Jangan terkejut la kalau ada budak2 sekolah hebat Photoshop edit gambar lucah letak kepala cikgu dan ugut cikgu dia supaya putuskan pertunangan, kalau tak gambar tu disebarkan. Letak sebelah guru besar ke, hahaha.

12. Kita bakal menghampiri tahap tu.

13. Dan kita takkan mampu nak buat apa-apa selagi kita duk sibuk ajak orang boikot McD tapi otak bebal sangat sampai anggap semua pekerja McD makan daging orang Palestine. Tah mana pegi kemampuan berfikir orang Malaysia (Melayu) ni?

14. Welcome to the family, Cikgu. Tolong ajar budak2 Melayu bersaing dengan budak2 Cina secara telus.


Ogos 06, 2014

Palang Besi Atas Kerusi Adalah Mekanisme Anti Maksiat Menentang Golongan Muda-Mudi Yang Horny


Di US baru2 ni kawat berduri telah dipasang pada kaki lima bangunan
untuk mengelakkan golongan tidak berumah tidur di kaki lima. Ramai orang disana yang
secara volunteer membuka sendiri lantai berduri yang dipasang di kaki lima.


Di Malaysia, palang besi berwarna hijau telah dipasang di atas kerusi awam. Tujuannya?
Datuk Bandar kita sendiri menjawab,  golongan homeless banyak luka2 dibadan
sehingga menimbulkan rasa kurang senang pada orang ramai.


Adakah golongan homeless bukan golongan orang ramai atau orang awam?
Aku pasti jika ini dilakukan pihak zionist ke atas orang Palestine pasti kita akan menyinga dan mengatakan zionist ini kejam.


Tapi takpelah. Aku cuba bersangka baik.
Mungkin palang itu dipasang untuk mengelakkan golongan couple
yang sedang dating duduk terlalu rapat.


Agak pelik untuk sebuah negara yang pernah menjadi tempat tinggal pelarian Bosnia
dan kini rumah kepada pelarian Rohingya mengalami perubahan
mentaliti yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ogos 05, 2014

Adakah Salah Kalau Aku Mempersoalkan Fadhilat Solat Sunat Tarawikh Yang Melampau Hebatnya?

Assalamualaikum,
Nama saya Irmanyadi b.Idris.

Diharapkan agar surat ini tidak mengganggu pihak JAKIM dan dapatlah pihak JAKIM dapat meluangkan sedikit masa untuk menghuraikan apa yang bermain-main di kepala saya sepanjang Ramadhan dulu.

Pada hari terkahir sebelum masuknya Ramadhan, ketika berbincang mengenai rajin atau tidak saya hendak bersolat tarawikh, isteri saya mengatakan sesuatu yang saya tak sangka. Dia kata ada khilaf dalam pemahaman umat Islam mengenai fadhilat solat tarawikh yang diamalkan oleh kita, umat Islam. Beliau memberitahu ada beliau terbaca yang itu semua tidak sahih dan tidak ada nas atau hujah yang menyokong "jika kita solat tarawikh malam pertama, kita seolah-olah dilahirkan semula dan disucikan dari dosa."

Jujurnya, saya selalu memikirkan perkara tersebut kerana mengikut pemahaman saya yang amatlah cetek ini, hanya satu sahaja penghapus dosa kita kepada Allah SWT iaitu taubat, itupun bersyarat selagi tidak dilakukan mana-mana dosa besar.

Ganjaran yang diberikan hanya kerana kita solat tarawikh malam pertama, seolah2 jauh lebih besar, lebih mudah dan lebih senang berbanding kita memenuhi tuntutan taubat. Mungkin kerana itulah masyarakat kita berlumba-lumba mengejar solat tarawikh malam pertama kemudiannya perlahan2 mula malas hendak bertarawikh...

Ini mungkin kerana ramai yang mengejar butang reset dosa setiap bulan Ramadhan ini.
Betulkah wujud butang reset ini? Itu yang saya ragukan.

Saya cuba mencari hujah di internet sekurang2 nya untuk sedikit memahami kenapa fadhilat Ramadhan ini sebenarnya "palsu" tetapi apa yang saya jumpa hanyalah kenyataan fatwa dari Majlis Agama Brunei yang menyatakan memang benar fadhilat Ramadhan ini sebenarnya tidak sahih statusnya, tetapi masyarakat kita terus berlumba mengejar butang reset dosa level dilahirkan semula ini.

Kemudian, kebetulan pula, pada malam raya, saya keluar minum dengan seorang kawan yang baru sahaja selesai belajar agama dan beliau menyebut benda yang sama dan hujahnya kerana fahdilat ini disebut dalam hadis yang tidak sahih statusnya. Cuma isu ini takut untuk dihebohkan kerana takut masyarakat kita tersinggung atau terpana mendengarnya.

Jadi, untuk mengikut apa yang agama ajar, sebutlah yang betul walaupun pahit bunyinya, saya ingin meminta pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan mengenai sahih atau tidak fadhilat Ramadhan kerana setiap kali saya ke surau atau masjid, ada poster yang dicetak oleh Majlis Agama negeri yang memaparkan betapa hebatnya fadhilat bertarawikh semasa Ramadhan dan saya takut, kita sedang mengikut sesuatu kefahaman yang tidak tahu mana hujung pangkalnya.

Persoalan dalam hati saya amat mudah; Solat tarawikh ini solat sunat. Sedangkan yang wajib pun tidak memberikan ganjaran sedemikian rupa, kenapa solat sunat memberikan fadhilat yang jauh lebih besar berbanding solat wajib?

Adakah ada kekeliruan pada pihak saya atau mungkin memang selama ini masyarakat kita memang dah jauh terkeliru? Bukan saya seorang yang anggap solat sunat tarawikh malam pertama adalah seperti kelahiran semula, kerana ini adalah kefahaman saya dan rakan2 saya dari zaman sekolah lagi. Jika kita cuba cari di internet dengan kata carian "Fadhilat Solat Tarawikh" apa yang kita boleh jumpa adalah fadhilat2 yang sudah kita ketahui.

Mohon pihak JAKIM huraikan isu ini agar kita dapat perjelaskan apa yang tidak jelas. Saya sudah cuba mencari di portal JAKIM tetapi tidak menemui maklumat yang saya cari-cari.

Terima kasih.

Irmanyadi b.Idris
Seorang bapa yang penyayang

ps - surat ini telah dihantar kepada pihak JAKIM dan aku akan tunggu maklum balas diorang


Ogos 04, 2014

Film Review : Guardians of The Galaxy

Guardians of The Galaxy (GOTG) agak asing pada aku kerana aku tak pernah tahu pun kewujudan komik tu.

Mungkin ada ramai diluar sana yang akan mengaku "Ya, aku adalah comic nerd dan aku cool kerana aku dah tau pasal komik2 rare ni sebelum kau" tapi aku ingin berterus terang di sini, aku langsung tak pernah tahu pasal komik ni, jadi kalau kau nak kata aku tak paham dan tak mengerti backstory dia, aku tak peduli langsung pun.

Pada aku filem ni tak best langsung. Tah hapa-hapa dan buang masa aje tengok.

Filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan penjenayah yang terpaksa bersatu menentang ancaman anasir yang ingin menakluki dunia (tipikal storyline barat...) hero mesti orang putih dan awek yang berbangsa lain pun boleh jatuh hati dengan orang putih sebab dia orang putih.

Dengan watak tambahan seorang (sebatang pokok?) yang bernama Groot, rakun kecil yang mulutnya tak henti2 bercakap bernama Rocket dan typical muscular character yang dilakonkan oleh ahli gusti....ini dengan jelas menunjukkan semuanya..tipikal, tipikal, tipikal.

Tipikal Marvel punya storyline. Aku tak berapa suka Marvel yang baru dan femes ni kerana aku lagi prefer Marvel keluarkan filem2 berstatus sederhana seperti sebelum ini. Aku cuba senaraikan semua filem Marvel yang aku rasakan jauh lebih baik berbanding filem2 Marvel era 2011 ke atas ni;

1. Daredevil

Pada aku, ni lah filem terbaik Marvel setakat ni dengan lakonan mantap Ben Affleck sebagai seorang buta yang mempunyai sixth sense.

2. Punisher 1 and 2

Dah tengok filem Punisher? Kau kena tengok. Kau bayangkan filem Marvel2 yang baru2 ni, kau buang semua komedi dia dan kau jadikan ia filem serius yang berat dan moody, itu filem Punisher.

3. Catwoman

Ye ye, Catwoman adalah karakter DC, tapi pada aku, Catwoman adalah filem yang jauh lebih baik berbanding dengan Guardian of the Galaxy.

Seolah2 ada berlaku perubahan mentaliti pada semua filem Marvel selepas Iron Man yang cuba mewujudkan sebuah filem komedi slapstik yang ringan, tiada mesej dan tidak ada intinya. GOTG seolah2 dikarang agar menjamu penonton dengan cliche dan selepas itu cliche dan selepas itu ditambah lagi dengan cliche supaya penonton jadi dungu.

Dan itulah yang bakal berlaku pada penonton di Malaysia ni yang setiap hari kebelakangan ini berkobar2 ajak orang save Gaza, save Palestine, boikot barangan Israel dan pelbagai mesej kemanusiaan yang lain lagi, tapi bila kena tang dia, dia hanya buat apa yang dia rasa dapat buat. Dia suruh orang boikot tapi kerana tarikan nak menonton filem Guardian of The Galaxy ni terlalu kuat, dia tewas.

Padahal semalam baru aje dia share brochure produk berkaitan Israel yang perlu diboikot dan dengan jelas dan terang dalam brochure yang dia share tu ada logo Disney. Tapi orang2 Melayu macam ni dia pretend dia tak nampak logo Disney tu sebab pada dia "apa salahnya, aku sorang aje..orang Melayu lain mesti tolong boikotkan untuk aku..."

Dungu. Tapi itu baru satu level dungu.

Ada yang lebih teruk lagi. Macam mana orangnya tu?

"Orang2 yang berkobar ajak orang boikot kemudian dia suruh kau beli barangan lain kalau kau dah ada barangan yang berkaitan Israel ni. " dengan ayat "Ish apa ni kau pakai telefon Nokia ni! Israel ni! Gi la beli telefon lain!" kata dia sambil muncung-muncung bibir menjuih nak menunjukkan dia lah pemboikot paling hebat.

Ni lah dungu nombor dua. Kalau kau dah beli, kau bukannya boleh "un-beli." Yang kau suruh orang pegi beli baru barang2 tu kenapa makcik oi? Kalau kau dah ada barang elok, kau pegi buang, kau membazir. Apa yang kau patut buat adalah gesa orang supaya jangan beli lagi lepas ni.  Kita dah jadi funder kepada banyak syarikat berkaitan Israel melalui medium hiburan kita tanpa kita sedari. Aku tak boleh ajak kau "Woi jom ambik balik duit kita masa kita gi tengok filem Avengers hari tu woi!"

Tak mati pun kalau kau tak gi tengok Guardians of The Galaxy dekat wayang.  Tak mati pun kita kalau kita tak tengok filem Avengers 2 nanti dekat wayang.

Yang mati, tu ha, orang Palestine. Takkanlah hanya bila Palestine diserang baru kita nak boikot tapi bila Palestine tak diserang, kita pulak ramai2 berebut jadi funder kepada diorang. Manalah tau, memang macam itu cycle dia? Mungkin kita la funder Zionist selama ni dan pada masa yang sama, kita kutuk diorang? The perfect crime?

"Stop attack >  buat movie > bagi orang enjoy > kutip billion duit > bagi Israel > kembali attack > fund habis > Stop attack...."

Repeat sequence.

Kalaulah dunia ni tak mendambakan apa yang Hollywood cuba jual hari2, kau rasa macam mana dunia kita sekarang?

ps - aku main2 je pasal filem Daredevil dan Catwoman tu best. SUCK GILA filem tu...dan aku tak tengok pun lagi filem ni.