Februari 03, 2014

Wahai Pencuri-Pencuri Ilmu Yang Masih Lagi Menuntut di IPT

Cuba kita imbas zaman sekolah kita...

Waktu sekolah, majoriti dapat bantuan buku teks. Jadi kita bergantung dengan buku2 tu. Habis form five, masuk IPT, buat sijil, diploma atau ijazah, dunia mula terbentang luas. Cita2 yang selama ni kau impikan mula terbuka jalan dia untuk kau kecapi. Kau pun register masuk IPT, niatnya nak jadi orang berguna. Dapat pinjaman pelajaran, biasiswa dan sebagainya.

Tapi culture masyarakat kita, bantuan pelajaran yang diterima, kebanyakannya bukan untuk dibelanjakan ke arah bagaimana nak dapatkan ilmu, tapi lebih terarah bagaimana nak sustain hidup dan bayar yuran. Oleh kerana kos yang tinggi untuk belajar sambil hidup, point utama kita bila belajar dah kita tolak ke tepi.

Kita mula curi ilmu. Bagaimana kita curi?

Kita pinjam buku dari library, kita fotostat satu buku tersebut dan kemudian kita bindkan dia cantik2. Ada jugak perkhidmatan kat kedai fotostat yang kau boleh browse beratus2 jenis buku yang hanya menunggu masa untuk diprint balik jilid demi jilid. Duit belanja menuntut ilmu tidak lagi digunakan untuk membeli ilmu. Kita mula curi ilmu.

Cuba kau justifykan dengan aku, adakah salah kalau aku katakan "kita ni adalah pencuri ilmu?"

Malahan pensyarah sendiri kadang2 jadi pencuri ilmu. Wajibkan pelajar beli buku yang telah dia fotostat untuk digunakan dalam kelas. Dengan alasan, kos buku mahal. Tapi student boleh beli motor!

Itu alasan semua orang pakai untuk justify kita curi sesuatu. DVD pirate, software pirate, muzik yang kau dengar, drama yang kau download, semua tu kita katakan mahal, justifykan apa yang kita buat itu halal.

Kau cuba bukak buku rujukan yang kau dah fotostat sekarang ni. Cuba tengok ada tak dislaimer yang menerangkan, no parts of this book can be reproduced without the written permission of the content author and the publisher? Jikalau ada dan kau tengah pegang buku fotostat tersebut, itu maknanya kau dah ambik hak orang lain. Sekarang cuba beritahu aku, adakah apa yang kau belajar itu, berkat? Cuba beritahu aku juga, bagaimana rasanya kalau aku curi tulisan kau dan letak dalam blog aku tanpa memberitahu kau. Apa perasaan kau? Macam aku buat dulu masa aku letak gambar2 porno gadis Melayu dalam ni?

Adakah itu bukan satu kecurian? Apa status ilmu kau belajar tu? Ada kau mintak maaf dengan penulis buku tu yang susah payah buat research nak tulis ilmu untuk kau?

Aku cukup berminat nak tau apa orang akan kata bila dia nak cuba justifykan yang ini bukannya mencuri. "Alaah, belajar aje, apa salahnya? Benda elok! Dah tak mampu nak buat macam mana!" Kereta kita mampu terima yang kita kena hutang 9 tahun untuk bayar.....kenapa buku yang mengandungi ilmu yang kau akan pakai sampai kau mati, kau curi?

Majoriti pelajar di Malaysia termasuklah kau dan aku, sama2 lah fikirkan mengenai perkara ini. "Kenapa kita tak sanggup bayar untuk buku yang kita gunakan?" Adakah itu penyebab masyarakat kita ni tak berapa nak maju ke depan?

22 ulasan:

Amran berkata...

Inilah yang lecturer aku tekankan dari dulu lagi. Buku wajib beli yang ori. Kalau tak mampu, pinjam dengan senior. Itu lebih berkat.

Dan sebab tu juga la ramai manusia yang lahir dari universiti tak keruan hidupnya. Ada jawatan, ada ilmu tapi perangai mengalahkan Abu Jahal.

Tanpa Nama berkata...

aku tak merasa benda2 ni tot ,aku dulu sekolah atap jer

Tanpa Nama berkata...

Tp kan mantot...mse aku jd student aku mmg jarang beli buku...duit ptptn aku bg mak aku buat blnje sekolah adik aku,,,,aku pinjam buku kwn, pstu aku fotostat nota mne yg aku nk guna,,,aku kira curi ilmu ke...

Tanpa Nama berkata...

ilmu tu percuma jer sebenarnya..

orang yang belajar ilmu semata mata nak sebarkan ilmu tu...tu dulu la skang tak tau la...

aku pon tak risau sangat besok kat akhirat orang yang aku curi ilmu dia mesti berterima kasih kat aku,sebab pahala ilmu tu jadi saham paling lumayan dia kelak k mantot

Tanpa Nama berkata...

tapi lecturer aku yg soh potostate...
mcm mn?

Tanpa Nama berkata...

Anonymous February 3, 2014 at 8:47:00 PM GMT+8

Aku suka komen kau. Esok aku nak pergi bank, cakap kat makcik kerja bank aku nak duit korang la, nak sedekah so nanti kat akhirat leh la CEO bank berterima kasih kat aku sebab aku guna duit bank korang bersedekah. Or apa kata kau bank in gaji kau kat aku leh aku pergi bersedekah so boleh la kau berterima kasih kat aku di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Pada aku syarkat penerbitan wajar membuat dua versi buku. Satu buku untuk koleksi yang mahal harganya. Yang kedua buku untuk bacaan, material adalah berkualiti rendah dan murah namun dikeluarkan dalam volum yang besar, tujuan untuk pencari-pencari ilmu yang tidak berminat untuk menyimpannya.

Kadang kala aku lebih suka sarjana Islam yang menyebar ilmu seluas-luasnya agar mereka memperolehi pahala di akhirat. Inilah masalahnya dunia kapitalis, ilmu diperniagakan akibatnya pembangunan modal insan yang berkualiti rendah.

Apa-apapun atas pada niat... niat penulis, penerbit, peniaga, pelajar dan sebagainya.

Kadang-kadang aku terfikir berapa royalti yang dibayar oleh barat kepada ilmu-ilmu yang dicuri di barat semasa penaklukan mongol di Baghdad... aku lebih melihat mongol membuang buku-buku ke sungai untuk melindung usaha barat mencuri ilmu-ilmu melalui penaklukan ini dan menafikan dan mensabotaj teknologi yang dimiliki oleh umat Islam.

Lihat sahaja tanda ','(koma), bukakan itu huruf arab iaitu 'wau' yang jika dibaca di dalam bahasa Arab bermaksud 'dan'.

Tanpa Nama berkata...

Ko kaya bleh la..ni aku yg biase2 ni fotostat sudah..

Tanpa Nama berkata...

Ko ni macai agaknya

Tanpa Nama berkata...

Byak2 jenis curi, curi ilmu la yg halal... xde salah ambk ilmu org... makin byk la phala yg bg ilmu tu dpt...

Tanpa Nama berkata...

Tu bukan curi ilmu la.cer ko tny najib ap yg die curi?cer kecoh kt tlinga die.Melayu mg cani la.Sume bnde nk kate salah.tah pape r.

Tanpa Nama berkata...

Mohon kaji... adakah konsep "copyright reserved" seperti ini dterima dan digunapakai dlm Islam.? Wujudkah ia? Para ilmuan Islam tidak pernah mngakui sesuatu ilmu itu miliknya dn hanyalah untuk dirinya shj. Ilmu itu milik Tuhan untuk semua yg berusaha mndapatknnya...

Tanpa Nama berkata...

"Aku suka komen kau. Esok aku nak pergi bank, cakap kat makcik kerja bank aku nak duit korang la, nak sedekah so nanti kat akhirat leh la CEO bank berterima kasih kat aku sebab aku guna duit bank korang bersedekah. Or apa kata kau bank in gaji kau kat aku leh aku pergi bersedekah so boleh la kau berterima kasih kat aku di akhirat nanti."


((kalau nak bagi contoh pon jangan lah bodoh, niat tak menghalalkan cara... org yang buat fotostate buku tu tetap berdosa... cuma ilmu yang bermanafaat tu tersebar sebar menjadi pahala pada si owner...
bukan masalah besar la bro, realiti di malaysia ni student memang rata rata miskin nak buat cam mana... mana yang mampu dia beli, mana yang tak mampu nilai dia boleh claim kat akhirat k...ker tak faham lagi nak bagi contoh yang bombastik lagi ker?))




Tanpa Nama berkata...

http://bit.ly/1e00ARt

Tanpa Nama berkata...

Budak sekolah pun dah pandai bab fotostat ni. Sorang buat, yang lain fotostat. Nak cari yang buat betul2 pun susah, sebab biasanya copy paste dari yang diupload dari internet. Sudahnya ada yang form 1 dulu dapat netbook free, dah naik form 4 tak reti lagi nak guna word, copy image dari internet, lagi teruk tak tahu transfer file ke pendrive.

Tanpa Nama berkata...

beli moto bleh pakai sampai abis study. memudahkan pergerakan.. buku setiap sem kene beli.hehehe

Tanpa Nama berkata...

beli buku beratus untuk dapat ilmu berkat aku tak kisah. yang kekadang buat aku rasa nak terajang meja adalah bila beli buku memahal kekonon obersea punya yang lecturers suruh, aku belek sikit aje yang aku faham dan lecturers tak rujuk buku tu sangat pun. adakah aku yang bangang ? lepas tu sekarang ni ada satu buku beli beratus daripada sem lepas tak sesampai lagi sem ni. aku guna rujukan internet je buat jawab exam, nasib baik result okey. sebab tu 'kami' selalu rasa tak ikhlas bila kena beli buku yang lecturers suruh. sekali belanja buku untuk satu sem 500 hinggit kot kekadang. kau adaa ?

Anoneemous berkata...

Anonymous di atas : aku satu sem kalau nak beli buku ori ada la nak mencecah rm1000..

Kereta Sewa Serdang berkata...

ada betulnya jugak kata-kata mantot ni...dah abis ke laut aku punya 2.89 cgpa masa study...nak kena further study lagi la ni...patutla susah benor nak naik pangkat...aku ni pencuri jugak dalam tak sedar..demm...

Tanpa Nama berkata...

Kalau sesiapa pun fotostat buku/risalah/nota dengan niat untuk belajar dan sebarkan ilmu tu tak melanggar undang-undang hakcipta dengan syarat orang yang copy buku tu tak dapat untung (contoh: menjual semula buku fotostat tu)

Perniagaan fotostat pun tak salah sebab itu memang bidang perniagaan dia. (contoh: student dtg suruh fotostat buku, dia pun fotostat satu buku dan student tu bayar harga fotostat sahaja) yang jadi salah kalau tokey kedai tu buat buku tu banyak copy pastu jual kat student2 lain dengan niat untuk mengambil untung.

Tanpa Nama berkata...

AnonymousFebruary 4, 2014 at 9:09:00 AM GMT+8

Bodoh nak mapuh mu ni.

Tanpa Nama berkata...

Cakap pasal copyright la ni,

Sebelum buat post pasal copyright ni cer buat research sikit, asal-usul copyrigt tu dan mcm mana efek dia kat western civilization,

bagi aku, pdapat ko ni terlampau ekstrimis, ko tak boleh nak justifykan keberkatan ilmu bagai ni hya sbb dia pakai buku copy, then kata beli kete mampu tp beli buku xmampu,lagi2 dlm keadaan skrg, kita buat byk bnda utk jimat,

Manusia ni hidup dan belajar dgn cara meniru, boleh ko nafikan bnda ni, walau apa skali manusia akan cuba meniru, sbb tu ko akan nmpak byk bnda yg ditiru, sebagaimana byk ilmu islam civilization ditiru western. byk buku ditukar bahasa dari arab ke english dan dicopy merata-rata, sama macam kita kalau rasa xnx beli yg ori kita copy.

cite pasal copyright pulak, cuba tgk dari kaca mata kafir kapitalis dulu, cuba hang p tya mana2 student ekonomi ada tak copyright dan patent dlm sylibus dorg, confirm dorg jawab takde, then cuba ko tya budak law,bru dorg jawab ada, kesimpulannya?
-even yg dtgnya idea copyright tu pun sbnrnya mmg brtentangan dgn kapitalisma, jadi copyright tu hya satu langkah utk memberikan org yg punya idea tu utk monopoli pasaran yg ada.

Dalam islam-
lagi la tak ada, idea copyright dan patent ni mmg tak pernah ada kecuali slps usmaniah jatuh,dan lagi langsung tak ada dalil yg nak halalkan copyright dan patent law ni..

point akhir aku, your argument is invalid.