Februari 28, 2014

PSA - Korek Telinga Memang Sedap Tapi....

Aku sibuk hari ni. Jadi aku nak sampaikan satu benda aje. Pagi ni, aku tengok TV, muncul seorang pakar ENT dekat TV9 dalam Nasi Lemak Kopi O. Dia mintak lah tolong pesan dekat orang ramai....

"Tolong jangan korek telinga anda pakai cotton buds."

Sebab benda tu hanya merosakkan telinga anda. Kenapa tak perlu korek?

Sebab telinga kita dah ada "penyapu" sendiri yang akan buang tahi telinga keluar.  Bila kau korek, kau sebenarnya tolak tahi telinga tu ke dalam dan ini boleh menyebabkan gangguan pada ENT kau. Lagipun, tahi telinga tu perlu ada dalam salur telinga kau. Badan kau sendiri paham bila masa tahi telinga tu perlu dikeluarkan jadi kita tak payah "tolong" sistem badan kita keluarkan tahi telinga.  Tahi telinga ada sebabnya kenapa ia terbentuk..ia adalah filter dan lubricant untuk telinga.

Manusia dah dicipta perfect sistem badan dia.
Dia Maha Besar, bro!

Gunakanlah cotton buds kau tu untuk sapu tahi telinga yang dah terkeluar. Jangan jolok dalam lubang telinga. Tapi kalau dah keluar tapi kau biarkan terjuntai..buruk benor kelakuannya. Jadi at least sapu la dengan tisu.

Ini specialist cakap lah. Aku tolong sampaikan. Tak nak percaya, terpulanglah. Nama specialist tu Dr.Vincent Tan Eng Eik tak silap aku. Kalau dia menipu, dia akan suruh kau korek telinga kau, supaya dia dapat lagi ramai customer, kan?

Sapa2 yang pegi ear candling tu pun samalah.

Kenapa nak bina pressure dalam telinga sedangkan tak perlu pun kau buat apa2? Kita ni mudah benar buat sesuatu yang pelik yang kononnya beneficial. Asal pelik aje mesti ramai pelanggannya.

Bacaan Lanjut
You shouldn't use contton bud to korek your telinga bro!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st.....watever

Tanpa Nama berkata...

Kalo jadi camni?
http://www.youtube.com/watch?v=zZwrI4l38J8

Tanpa Nama berkata...

Syok oooo, korek telinga.

Nursya Mohamed Hariri berkata...

semut pernah masuk telinga aku, pastu pergi klinik doctor cakap sebab aku selalu korek telinga. kalau ada taik telinga, semut takkan masuk.

Tanpa Nama berkata...

Dulu kumbang masuk telinga aku, doktor kata sbb telinga bnyk taik tu yg kumbang suka

Tanpa Nama berkata...

ok..baru gua tahu..

Petak Bunga berkata...

Dah pernah dgr.

Tanpa Nama berkata...

Memang betul pun apa dr tu cakap. Aku dah 3 kali pergi jumpa ENT specialist untuk sedut earwax yang tersumbat. Sume sebab aku degil gi guna cotton bud. Dah bertahun aku tak guna. Earwax tu sendiri akan pergi ke border telinga tu. Tinggal keluar je dari tu. True story.

Tanpa Nama berkata...

korek mengorek. korek jangan tak korek!

Tanpa Nama berkata...

what about impacted earwax? painful bro.

rohaiza yunus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.