Februari 25, 2014

Sejak Bila Perogol Adalah Ciri Lelaki Idaman Gadis Ni?

Ramai pulak cerai berai seminggu dua ni.

Aku ingat lagi masa aku menulis pasal aku nak kahwin dulu2 dalam tahun 2009, ada orang kata "kau kalau dah kahwin dengan perangai kau ni aku rasa 3 bulan aje kau kahwin sebab mesti isteri kau tak tahan kena control.." Aku tak ingat bila dan posting mana tapi macam biasalah, komen2 camtu selalunya ditulis oleh Anon.

Kau tau kenapa orang bercerai? Banyak sebab. Even sebab perbezaan politik pun boleh cerai bai! Tapi satu sebab kekal sebagai penyebab paling evergreen kenapa orang bercerai....

Masa kita bercinta, kita expect lepas kahwin benda yang sama akan maintain. Kau akan terus kekal bahagia dan nikmat aje sepanjang masa. Ye lah, bercinta, bercouple, buat benda salah ni, memang la nikmat aje memanjang. Sebab tu setan suka. Dah kahwin aje baru sedar yang dunia lepas perkahwinan ni sangat2 la berlainan berbanding masa kau boifren dan gelfren.

Adakah ada perkahwinan bahagia yang takde langsung perasaan nak bercerai berai ni? Mana ada. Semua perkahwinan mesti ada moment bila si suami nak sangat ceraikan isteri dia dan si isteri nak aje lari balik rumah mak bapak dia. Benda tu memang normal. Semua orang akan rasa.

Setan ni memang dia cukup hebat perdayakan kita, sebab itu dijadikan waktu paling seronok bercinta adalah waktu kau bercinta sebelum kahwin. Setan cuba build up perasaan kau supaya rasa nikmat yang tak terhingga sebelum kahwin ni, tunjukkan yang indah2, tunjukkan yang terbaik, dengan si perempuan punyalah control segala keburukan dia dan si lelaki simpan semua berlagak dia.

Itu setan punya kerja. Kau bercouple sebab setan suruh. Tak ada orang Melayu Islam yang bercouple2 sebelum kahwin sebab itu suruhan Allah. Itu faktanya. Masa bercinta, apa yang kau nampak adalah fantasinya. "Nanti anak kita nama Daniyal ya, nanti kahwin kita pakai baju merah ya, nanti family kita nanti nak duduk rumah banglo besar, nanti kenduri kita kena ada persembahan gangnam style.."

Semua tu fantasi belaka! Benda yang kau impikan dan benda tu lah yang akan jadi asas kepada perkahwinan kau....yang akhirnya akan membuatkan kau tak dapat terima realiti yang menyelinap lepas kau kahwin dan perubahan yang paling besar yang melibatkan kesilapan paling besar yang dilakukan oleh ramai pasangan adalah tak dapat terima yang suddenly ......


"dia suami kau, dia isteri kau."


Benda tu mungkin nampak simple ayatnya tapi percayalah, benda ni lah yang paling susah kau nak adapt sebab selama ni kau tak pernah tanggung beban realiti dia yang sebenar ; kau bercinta boifren dan gelfren. Kau tengok boifren kau, kau nampak dia lelaki, hensem, mulut manis, semua baik....fantasi....kau nampak lelaki yang si lelaki ni nak kau nampak! Lelaki pulak akan nampak seorang perempuan yang sempurna habis lah, tak ada cacat cela sehinggakan kentut awek tadi tu pun kalau boleh nak simpan dalam tupperware bungkus bawak balik.

Realitinya, sebaik saja akad nikah....semua benda tu bertukar jadi realiti!

Kita cuba lihat dari side suami, once kau dah lafaz nikah, si perempuan ni bukannya sekadar dah jadi isteri kau, dia dah jadi tanggungan kau. Makan minum pakai berak, nafkah, semua benda tu jadi tanggungan kau. SEMUA! Kau boifren, kau boleh mengelat lagi dari bayar makan dia tapi bila dia isteri kau, itu hak dia yang dia boleh mintak. Itu baru satu benda, tu tak masuk lagi bermacam2 benda lain yang isteri boleh tuntut dari suami yang selama ni kau tak payah deal langsung dengan benda tu.  Hidup kau lepas2 tu adalah untuk dia dan anak2 kau nanti.  Kau bertanggungjawab untuk create kehidupan yang terbaik untuk dia semampu mana yang kau boleh, sebab dia yang akan kandungkan zuriat kau, pastikan dia selesa dengan hidup dia dan dia dapat jalankan tanggungjawab dia untuk keluarga kau.

Si perempuan pulak, bila dia dah jadi isteri, dia dapat beberapa keistimewaan yang dia boleh tuntut dari suami tapi dia perlu ingat, dia jugak hilang beberapa keistimewaan yang selama ni dia ada. Inilah satu2 nya isu yang selalu perempuan2 ni struggle nak cuba rebut jugak....diorang tak dapat terima yang lelaki tu yang selama ni jadi boifren dia, tiba2 ada kuasa ke atas dia. Cakap boifren kau boleh buat tak layan tapi kalau suami kau mintak kau takleh la nak buat tak pedulik aje kan? Bila tersedar, perempuan tu dah hilang kebebasan ke atas dirinya, membuatkan diri rasa terikat dan tak sebebas dulu lagi. Yang sedihnya still ramai yang struggle nak jugak kebebasan.

Makin ramai perempuan bekerjaya, semakin ramai yang pandai2, semakin ramai yang berani lawan suami. Sebab perempuan tu rasa "tak ada suami pun boleh hidup lah.."

Buat apa kau kahwin dulu? Cuba ingat balik kenapa kau kahwin dulu? Tu lah kot yang jadi cerai ni? Aku tak tau lah. Ini semua spekulatif aku sendiri. Dari sinilah munculnya krisis rumahtangga bila si suami tak nak tanggung tanggungjawab dia dan si isteri pulak tak nak terima yang suami dia bukan lagi boifren dia. Dua2 nak bebas dari tanggungan. Suami taknak keluarga kongkong apa dia buat, isteri tak nak suami larang dia buat apa2.

Perempuan pulak, yang aku perasan, ramai dah berani melawan suami. Contohnya, sebelum kahwin free hair tapi lepas kahwin setahun dua, suami tiba2 dengar ceramah, ustaz pesan aurat isteri tanggungjawab suami jadi kena tegur, suami pun balik rumah....tegur isteri. Isteri pun mula melawan dan mempersoalkan kenapa baru sekarang nak tegur padahal masa bercinta dulu ok aje..."Alah, kita dulu masa bercinta awak takde pun suruh saya pakai tudung bila dah kahwin ni pandai la pulak mengarah2. baru tengok ceramah Ustaz Azhar sikit dah rasa diri alim habis.."

Nak lagi teruk, lepas kahwin baru la berani nak bukak tudung...walaupun suami dah larang. Kepada lelaki2 yang nak isteri kau pakai tudung tapi bini kau melawan...aku cakap jujur kat sini ; be a man. Grow some balls. You cannot get pregnant because you don't have a vagina.

Ada banyak lagi kes yang pelik2 pasal suami isteri ni yang terjadi dalam masyarakat kita. Tapi cerita2 camni kita tak selalu paparkan sebab tak menarik kot jalan ceritanya, haha. Dalam TV banyak ditayangkan drama untuk tonjol orang bercinta. Akhirnya masyarakat kita pun hidup dalam dunia fantasi karut marut...."Lelaki perogol pun boleh jadi cinta sejati kepada diri ini..." 

Aku tak tau lah kalau ada perempuan yang memang wish diri dia kena rogol dengan lelaki hensem dan kemudian lelaki tu terjatuh cinta dengan dia,  tapi kalau ada, tolonglah ketuk kepala kawan kau tu, kemudian suruh dia tengok benda yang bermanfaat sikit......


29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

err cite ape yg ada rogol pastu bercinta???

Tanpa Nama berkata...

Haha..Macam menyindir drama Ariana Rose je.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik saya tak tengok drama2 Melayu. Sejak dah berakal memang hilang terus minat nak layan drama Melayu. In fact, jarang tengok tv pun. Btw, marriage isn't an experiment. Dah ramai rakan sebaya yang kahwin usia 21/22 then tak sampai 3 tahun cerai. Ramai macam tu. Mohon tak kena batang hidung sendiri laa...nauzubillah.

Tanpa Nama berkata...

aku kawen umur 22, skrg dh 6tahun melayari bahtera perkahwinan.ok jew pon.jgn salahkan kawen diusia muda penyebab berlakunyer penceraian.lom tentu yg kawen pada usia lanjut leh kekal selamanyer.cerai berlaku banyak sebab.yg penting ketua keluarga harus la penuh ilmu agama.jgn tau kawen seronok2 sbb seks.fahamkan pasal tanggungjawab.ketua keluarga harus berfungsi dgn betul.sng ckp lau nk belayar dilautan harus tau psl angin, harus tau psl kapal, harus tau psl peta.kn banyak benda harus tau.begitu jugalah rumahtangga.

Tanpa Nama berkata...

tgh cari sinopsis ariana rose, tah haper meletop sangat tah citer tu. maklumla, duduk gua...

Tanpa Nama berkata...

Yang si Ariana Rose tu mmg patut la kene rogol tot. Dia dah jatuhkan maruah banyak pihak sbb jadi wedding breaker tu. Yang rogol pulak kaya raya, hensem pulak tu. Dan laaa nak jatuh cinta mati bagai. Tapi kalau mmg nasib tak baik kene rogol dgn penyangak mana ntah muke pecah pulak tu pun nak jatuh cinta jugak, paghahhhh.. tak tau nak ckp ape la. Hahahhaaa

Tanpa Nama berkata...

Yang si Ariana Rose tu mmg patut la kene rogol tot. Dia dah jatuhkan maruah banyak pihak sbb jadi wedding breaker tu. Yang rogol pulak kaya raya, hensem pulak tu. Dan laaa nak jatuh cinta mati bagai. Nak kawen ngan org lain pun susah jugak nak menjawab nanti dah takde dare. Tapi kalau mmg nasib tak baik kene rogol dgn penyangak mana ntah muke pecah pulak tu pun nak jatuh cinta jugak, paghahhhh.. tak tau nak ckp ape la. Hahahhaaa

Haris Adams berkata...

uihh..ada rogol2 ke citer tu..nyesal x tgk..

Tanpa Nama berkata...

Ariana Rose
Ombak Rindu

entah ada lagi dua cerita yang perogol kahwin dengan org yang dirogol. siot tul drama sekarang. ntah mana dia kutip imaginasi camni.

Tanpa Nama berkata...

novel diadaptasi ke drama mmg fantasi penulis novel yg ingin menarik pembaca .Tapi,dalam realiti
kau ingat muka perogol semua hensem
mcm Keith Foo lps tu boleh jatuh hati.Kepada,couple bila nak mula kahwin byk cabaran yg akan dilalui perit dan getir

Fira Hilwa berkata...

aku ada kawan yg wish nasib dia mcm ariana rose. ngerinyaaaa! nk ketuk kepala jauh pulak.. pelik2 je drama melayu sekarang ni. haihh.

Tanpa Nama berkata...

Sy kawen umur 19. Dah masuk 6 tahun kawen. 4 tahun pertama, terpaksa than dulu utk ada Nanak SBB masih belajar. Skrg Nanak nak masuk dia dah. Alhamdulillah. Sgt bahagia. Syukur.
Bukan berbangga, tp... Toleransi, give n take, sabar Serta Iman ITU penguat ikatan..
Bukan semua masalah org sma..
Rezeki Allah beri ada dia mana2...

Tanpa Nama berkata...

Aku mula tak tengok cerita melayu dari zaman maria mariana lagi.. Sebab drama melayu ni cintanya melampau. Beri la sedikit pendidikan kepada penonton yang rata2nya suri rumah dan gadis kolej. Ni banyak sangat keindahan fantasi yang akhirnya tergadai body. Marriage isn't a gamble because gambling is prohibited

Sopi berkata...

Kepada anon yang komen pasal watak dalam Adriana Rose tu memang patut kena rogol. Mintak jangan cakap dekat tempat awam. Nampak kurang pandai.

Tanpa Nama berkata...

apa jadah kau merepek ni mantot

DRshairah berkata...

setuju dgn Anon February 25, 2014 at 4:23:00 PM GMT+8 dan juga ayat Mantot, "Semua perkahwinan mesti ada moment bila si suami nak sangat ceraikan isteri dia dan si isteri nak aje lari balik rumah mak bapak dia"

Dlm hidup aku, ramai kawan2 and saudara terdekat kahwin muda2 and so far perkahwinan masing2 bahagia, alhamdulillah. Bila nak kahwin, tak kisah la muda atau tua ialah faham dasar dan tujuan berkahwin. mmg tak salah berkahwin utk megelakkan maksiat, tapi sekadar sebab itu sahaja belum tentu cukup utk hadapi cabaran rumahtangga. Kalau rasa belum mampu kahwin, utamakan yg penting2 dulu, belajar atau kerja, elakkan jalan2 maksiat mcm bercinta.

Ada jugak beza antara "bersedia" dgn "membuat persediaan". Bak kata kawan, sebab semua org blh bersedia (minimum definition bersedia - as long as you can make love, tu dah kira bersedia), tapi berapa ramai yg buat persediaan? Cth persediaan ialah persediaan agama (lengkapkan diri dgn ilmu agama lelaki dan perempuan sama2 kena buat persediaan ini) , persediaan harta (cliche biasa: takkan nk bagi anak org or anak kita makan pasir), persediaan skill - kebersihan diri, kemas, boleh masak sikit2 (aku dulu reti masak 2-3 lauk je telur, ikan and ayam goreng, tp at least ada usaha nk belajar).

Aku suka phrase omputih "Marriage is something that you have to work at". Maknanya, usaha utk perkahwinan dlm context islam, selain usaha2 yg nampak, usaha kan yang tak nampak jugak - Doa,Doa,Doa dan sabar, serta terima baik buruk pasangan (it's not easy, tapi itulah yang mak bapak kita akan pesan)

AKu sekadar share. Untuk peringatan diri sendiri jugak:)

Tanpa Nama berkata...

drama dah macam citer porn keluar sekarang , seks sebelum nikah tu dah jadi mcm normal ?? , akibatnya gejala sosial makin menjadi2 , hmmmm

Tanpa Nama berkata...

pertama perempuan kuat fantasi...kedua kuat tengok drama...Ini penyakit orang perempuan...

lagi teruk lepas tengok drama kemudian dia akan apllykan dalam kehidupan



Tanpa Nama berkata...

ariana rose.ombak rindu.nora elena.dan mcm 2 lgi cerita karut tahyul berkenaan perempuan nk kawin dgn perogol ish apa nk jadi dgn penulis sekrang terutama perempuan lebih suka berangan dn menulis cerita mcm ni dimnakahsalahnya????

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha.

Aku pun timbulkan konflik yang sama. Bengang housemates aku mendengar statement aku "apa bangang kahwin dengan perogol ni, kenapa kena ada scene rogol ni?"

Aku tertengok je AR. Selama ni memang tak layang drama melayu sebab plot bangang2 mcm ni la ni mcm ni.

makcikcun berkata...

Aku pon kawin umur 22 thn... masih blja lg ms tu... skng dh 34 thn... alhamdulillah masih bahagia.. doakan hgga ke akhir hayat ye.. amin..

Tanpa Nama berkata...

Aku yang nak kritik satu je. Jangan kaitkan perempuan berkerjaya dengan perempuan yang kurang ajar. Itu macam kau seolah-seolah tak nak perempuan berkerjaya pangkat tinggi-tinggi, pandai sebab bila pandai, pangkat tinggi, terus jadi perempuan kurang ajar, melawan. Patriarki tu. Jangan termakan.

perempuan berkata...

Tot,
aku xtau kat saluran mane ptut aku luahkan mende ni tpi selaku blogger femes, aku rase ni medium trbaik. & maybe ko bleh bg view dr sorg lelaki.

Pagi ni dpn mata sendiri, aku nmpak jiran aku kene pkul dgn suami dia. kene trajang,pkul dgn helmet bagai kat luar rumah. (dia x prasan aku kat luar)

Yg peliknye prempuan tu x mnjerit.Aku cume tggu magic word-tolong'.Klau ade..mmg aku dah call polis. (*klau x sia2 je tlg..last2 aku yg kene balik)
Tapi pmpn tu siap amik kunci masuk bukak pntu. Suami dia plak kejar msuk umah & trus pkul lg sbb ad suara bini dia menagis ksakitan.

Ini bkn kjadian 1st yg aku jmpe.Last time, org yg aku tlg tarik balik report sbb sayang.

Aku rase give up. Kenape pmpn sggup bertahan utk lelaki kaki pkul ni. Tlg la tot. Educate dorg. Aku da abes nasihat da.

Tanpa Nama berkata...

Setuju.... Kurangnya ilmu rumah tangga... Punca keretakan rumah tangga... Tp penceraian mnjd medium utk mnyelamatkn wanita dari keganasan suami dan suami yg tdk bertnggungjwb...

raa berkata...

wanita dijadikan tempat melepaskan nafsu. wanita pula macam rela diperlakukan demikian. entahlah

Tanpa Nama berkata...

ntah pape. penulis blog ni memang seksis. berkerjaya tak semestinya akan kurang ajar dgn suami. berfikiran sempit.

Tanpa Nama berkata...

honestly...aku pon tataw dr mana imaginasi penulis novel cerita cinta kt malaysia ni??atau ni cara halus nak membudayakan benda tak elok kat anak muda??dan pasal ombak rindu... aku pegi menonton sebab terpaksa teman wife.dan aku tak dapat hadam aaron aziz leh terkebil kebil tak buat apa tido sebelah lisa surihani sebab teringat kat maya karin.. ape dia takde balls ka??

Tanpa Nama berkata...

Da x ckp semua..dia ckp kebnyakan..ada btolnya disitu..tguran kepada diri sy sendiri jugk..amik yg jernih..jgn amik yg keruh..baca dan fahami apa dia cuba tegur n sampaikan..mungkin awk x buat..mungkin org lain spt sy..bila baca..tersedar betapa derhaka nya aku pada suami..

Kay Lee Sha berkata...

kaylee here..

Assalam..

dekat setahun post ni baru terbaca..

isu kawen, base on my own story, i leh kata segalanya Allah punya kuasa. i was married masa usia nak masok 20 thn.. kira 19++ lah.. i have my first dotter by my age 20++.. a year after kawen..

rasanya kami sama2 give and take, terima kekurangan dan kelebihan. dia cemburu, saya jugak cemburu.. cuma sebab dia suami, cemburu dia saya kena buat satu carta, utk pastikan level cemburu semakin menurun dan tahap kepercayaan dia naik. ye, sebab nya saya bekerja dengan pihak swasta (pada tahun itu). dan dia bekerja sendiri.

selepas 12 tahun kawen yang penuh dengan rencah rasa, ups n down, gado-2 sayang, (dan sebenarnya saya bahagia), dengan empat org anak, saya diceraikan dengan alasan, dia TAK BAHAGIA dengan saya.

what do u expect..???

tell me apa yg kami tak buat selama tempoh kawen tu..?

sabar
redha
rajok
suka
nangis
poyo
gegelak
mengecam
mandi
breakfast in bed
share seluar kecik
pakai duit dulu
latah
carut
urut
potong kuku

seeeeemua bersama. at the end, ada sorg Janda yang hot yang menarik hati dia, pandangan dia sepenuhnya dari saya, dan saya kehilangan taklukan saya padanya.

mana silapnya...? i dont know as he said, smua berlaku ni tak de pun salah saya, just he and himself.

lama gak nak faham n ikhlas redha yang segalanya ni Allah dan tentukan, bukan ada kebetulan apa-2 pun.

he is now married, while im here trying to " get a life "..

consider he is my first man ever in my life.

this year Aidilfitri dia ada ajak kembali with him. saya tolak berdepan. for me, i da tak leh tolerate untuk ada rasa cinta kasih sayang percaya n harapan pada org yang dah ROGOL kesucian sebuah perkahwinan yang saya pernah ada satu masa dulu.

demmit. saya terkilas masa lalu, but hey, i dont feels sad anymore. Alhamdulillah. i trusted Him more.

rumusan saya, sejauh mana kita struggle, behave, jaga, bentuk dan corakkan kehidupan dan kebahagiaan dalam perkahwinan itu, kita kena faham bahawasanya DIA sebenarnya yang dah letak jauh mana kita leh pergi dengan pasangan kita tu, sama ada hanya di dunia atau pun sampai Jannah sana. Jangan lupa bersyukur.

Dia jadikan kita berpasangan, buruk dengan elok, gemok dengan selim.. lelaki dengan perempuan.

Apa yang ada, kita baikkan, baikki dan jaga dengan sepenuh hati kita; dan kena ingat sentiasa, yang hati kita ini milik DIA. Wallahua'lam.