Februari 18, 2014

Orang Melayu, Agamanya Islam, Tapi Kami Pengotor

Aku dah ada 2 orang anak. Anak2 aku comel2 belaka. Aku tak berapa suka keluar rumah sebab aku tak suka keluar tanpa tujuan. Tapi bila nak kena beli barang rumah, aku akan perlu bawak anak aku ni pegi ikut jalan2 sekali dengan wife aku.

Benda aku paling susah hati bila menyebut pasal bab makan dengan family ni adalah berkaitan dengan kewangan. Aku tak tau lah kalau aku seorang aje yang rasa memandangkan aku golongan miskin bandar tapi untuk sekali makan satu family, aku perlu spend hampir RM50.

Macam mana corruptnya harga makanan dan minuman ni sehinggakan air teh o ais berharga RM4.90 adalah sesuatu yang normal? GILA! Air paling murah adalah air mineral, RM2. Nak murah lagi bawak air sendiri. Untuk seorang bapak yang struggling dengan ego tak nak mintak duit bini, serius shit aku cakap...aku struggle nak bayar semua benda.

Aku nak bawak anak aku makan dekat tempat yang murah sikit tapi entah kenapalah, culture Malaysia, bila tempat makan itu tempat makanan orang kebanyakan, mesti ramai yang hisap rokok kat situ. Lantai penuh dengan habuk rokok dan kawasan makan pun kotor semacam aje. Kalau aku sorang2 tak apa...aku ok aje tapi bila ada anak ni dan anak aku selalu tanya aku apa orang lain buat sambil tunjuk2 dekat orang tu, aku diselubungi rasa bersalah.

Kita ada undang2. Undang2 kita melarang kita hisap rokok dekat kedai makan...tapi kenapa kita tak ikut?

Masa zaman aku merokok dulu, aku pun tak ikut jugak. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab kita tengok orang lain hisap selamba bapak aje sambil atas kepala dekat signboard tertampal kawasan dilarang merokok, kita pun sama pakat ramai2 hisap rokok. Tapi lepas dah berenti ni, aku dah menyedari rokok ni bukannya sekadar berbau...tapi efek dia lebih besar...

Ia meruntuhkan kebersihan.

Dan dalam bab ni aku cukup suka apa yang kerajaan Singapura laksanakan di mana mereka melarang sekeras2 nya rakyat merokok merata2. Aku sure kalau kita implement undang2 macam tu dekat Malaysia mesti ramai yang membantah. Sebab kepala otak kita masih ramai yang standardnya standard orang dulu2 yang stuck era kolonial British.

Lagi satu sebab adalah betapa kerajaan sendiri tak nak implement undang2 ni betul kerana....diorang sendiri nak ada privilege untuk merokok merata2 yang diorang nak, mungkin? Kalau aku salah, betulkan lah...

Akhirnya apa yang terjadi kepada golongan pertengahan miskin bandar macam aku ni, sebab sayang anak2 punya pasal, bawak keluarga pegi makan dekat food court cekik darah, bawak makan franscais yang selalunya takde la sedap mana atau lebih teruk lagi terpaksa makan dekat funder2 Yahudi hanya kerana tak nak anak2 terhidu second hand smoke.GILA KAU STANDARD HARGA AIR DEKAT KEDAI MAKAN KITA ANTARA RM5 KE RM10!

Sekali makan satu family 4 orang dah RM60! GILA!

Kalau kau fikirkan balik lah....kenapa tak ramai yang komplen pasal benda ni? Makcik tepi jalan naikkan harga kuih sikit berani dia sound makcik tu tapi kedai jual teh o ais tak sedap tara mana RM5 dia boleh sedut rilek aje.

Takde choice? Market Malaysia ni penuh dengan bullshit? Kerajaan terlalu lemau sehingga biarkan peniaga ambik kesempatan atas pengguna? Entahlah.  Tiap2 kali aku bawak family aku keluar aku akan mengeluh sebab aku tau aku tak mampu nak bawak diorang keluar. Kalaulah tempat2 makan murah dekat Malaysia ni ada polis tangkap sapa2 yang hisap rokok kan senang?

Benda yang paling pelik...kita Melayu, kata Islam....tapi tempat makan kotor. Dah jadi macam standard kita pulak, "murah, kotor....mahal, bersih." Sekarang ni ada jugak "mahal...tapi kotor." GILA!

Tu tak masuk lagi bab yang suka ludah merata2.
Atas lantai tiles pun kau nak ludah ke bro?

25 ulasan:

Foster berkata...

Penah terbaca ada kajian kata 80% org yg terjebak dgn penagihan dadah adalah perokok. Apabila merokok, sebelah kaki anda sudah berada pada perangkap dadah.

Tanpa Nama berkata...

Ade la mantot tmpt murah. Ko makan bende sampai 50 ingit n kat maner?. Bersih sangat ke?. Tmpt aku penah mkn, food court aeon big = biase².
Giant = xbest n x braper bersih.(pengalaman penah tgk pekerja gerai nasi ayam kuku simpan pjg giler. Kembang tekak) Tesco = ok. bersih n harga ok. Aku bukan nk support yahudi tp situ la yang ok n ader garenti halal. laen aku xtau.
So.. point aku jumpe kalau kt cari n rajin.

Tanpa Nama berkata...

huhu... frankly speaking aku suke bawak makan kat tesco sebab murah dan halal. diorang jaga bab kebersihan. tp most of the time mmg family aku dah terbiasa bawak bekal. diorang pun lagi suka makan bekal. sesekali atau lebih tepat sebulan sekali baru makan fast food. nak bg hilang kepingin diorang je. dan pada hari2 yang aku dan husband penat gila nak masak. mungkin seminggu sekali.duk seberang prai masih ada kawasan makan murah yang bersih :)

Mantot berkata...

dalam utusan kata penang kan dah jadi tempat org cina penuh dengan kedai jual babi?

Tanpa Nama berkata...

bukan kat kedai makan jer pengotor, tapi tempat rekreasi pun sama jer perangai.. sorry to say la, dah makan x reti nak buang dekat proper place. nie main lunggok jer mengharap orang lain tolong bersihkan. Bukan nak menghina bangsa sendiri, tapi benda berlaku depan mata.. satu group 3 kereta buat bbq tepi pantai, buat bbq, habis bbq segala pinggan polystyrene, tulang2 main campak jer.. ada ka patut, macam susah jer nak masuk dalam plastik bag n cari tong sampah.. haiyooo

Tanpa Nama berkata...

Pergi masjid atau surau masuk tandas wouuuu sungguh menyedihkan tau buang tak reti nak bersihkan ok bro. Ingat tu tempat yg sepatutnya bersih dan harum walaupun namanya tandas.

Wan Gerrard berkata...

sekarang ni tempat makan dah banyak la kotor tapi mahal..kena rajin cari yg elok sikit tapi sampai jugak kat kedai francais. demmit

Tanpa Nama berkata...

Aduhai. Pakai toilet taktau flush.
Bukan rosak pun.

GTR berkata...

Skang ni nak makan luar sekali seminggu pun kene fikir panjang. memang mahal gile skang. Kadang2 aku terfikir jugak,kopitiam mahal2 pun orang penuh jugak. tapi kene kitai kat kedai mamak bising plak.

Tanpa Nama berkata...

mmg toi statement ni..sbb macam aku toilet opis aku dulu leh tido kat dalam..tapi smnjak dua mnjak ramai org pkai ni smapai aku kna tampal macam2 poster untuk mngajar adab berak n slpas berak..cngkung atas toilet bowl..serius? yes...tisu main campak2 kat lantak walhal dustbin skangkang dia jer..tu lom bab time pmpuan dtg bulan..darah mnjejeiii bersepah k..majoriti kat sini ..melayu..islam tapi tu la cara dorang..ada kena mngena ngn mntaliti..ahhh bukan jamban umah aku..jap jap aku nk tgk..mantot cite bab kedai mkn..hahahha nak gak citer bab jamban gak..sbb tetap sama..pngotor..lpas mkn nak kena p toilet gak kan..aggap ler ksinambungn citer dak tot ni..hahahha

izzatimar'e berkata...

memang xleh nk cakap apa, restoran letak hrga air mcm ko jual bnda tu kat airport. kalau aku mkn kat luar, aku crik air yg abeh spesial n aku rse worth it nak bayor. kalau dah rasa mahal sgt, mamak jom! hahaha
kotor xleh nak cakap dah. surrender aku ngan tahap pemikiran rakyat malaysia yg payah nk jaga kebersihan. tggu traffic light pun smpt buang tisu kat jalan raya. aku rasa reason dorg xmo keta kotor. aku rasela. tp ko kotorkan persekitaran xpe pulak ye dak? padahal tisu ko guna tu buang jela kt umah klo payah. ape kes?

p/s: nmpak x aku xpuas hati smpi isu traffic light pun masuk? hahaha

Tanpa Nama berkata...

Food court shopping complex pun dah mahal. Gila... Sama mahal dengan fast food. Mana orang tak makan McD?

Irfa berkata...

paling sakit hati bila makan kat kedai,lelaki2 perokok isap rokok dan asapnya masuk terus lubang hidung anak2 kecil, bila kita pandang, dia buat muka cari gaduh
serius sakit hati

Tanpa Nama berkata...

tot, kau kena terima hakikat ni, negara kita membangun tapi mentaliti rakyat masih negara dunia ke 3!

pembangunan negara kita tak seimbang. cara pemikiran kita masih jauh ke belakang.

kau tak payah laa cerita bab rokok, kebersihan, ludah dan mcm2 lagi. benda paling senang contohnya signal kenderaan, kau jgn terkejut kalau ada ramai yg tak tau tujuan 'turn signal' kat kenderaan tu adalah utk komunikasi antara pengguna kenderaan heheh.

aku duduk shah alam tot, kat sini ramai yang berbasikal utk riadah, harga basikal belas2 ribu, tapi masih tak tau nak pakai helmet!!

bab keselamatan diri sendiri pun diorang tak kesah, kau ingat perokok tu kesah ke kesihatan kau dan keluarga kau?? 3rd world country beb! heheh selamat datang ke Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Bak kata zahid hamidi,kalau x suka negara kotor,pindah negara lian yang bersih

cibai berkata...

Kau gila ke mantot???.. Kalau kuat kuasa kawasan larangan merokok da perluas awasaan laranganmerokok?.

nt pembelian rokok berkurangan..kau tahu berapaa gomen dpt dari hasil rokok...? Gila kau kerajan siap kempen lagi jgn beli rokok tiruan ..beli yang ori...hahahah.... Kau patut besyukur malaysia masih aman...

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

sedih kn...jgn.ckp tmpt mkn..toilet..dlm opis pn..duduk ramai2..tengok sepa yg akn voluntere brsih kn opis if cleaner x bt kerja tu...tiada sepa yg sudi..biar la opis kotor..duduk dlm kaw housing bli rmh mhl2..nebor jenis educated level keja bgs2 keta pn bgs2..tp selfish..x jaga kbrsihn kawsan rmh..renovate rmh..mhl2..tp x kisah pn..buat saluran sisa kumbahan dapur g longkang..walhal developer da sedia saluran khas g tangki kumbahan...bila sisa dapur buang longkang blkg rmh..satu lorong rmh tu longkang bau busuk kotor..tp yg rmh dpn2 x kisah pn..yg jd mngsa rmh hujung2...tkg sapu longkang yg mnimbun dgn sisa dapur org lain...nt gotong royong..lg ramai yg jd mndur dr yg bt krja...sakit ati dgn org kita yg x rasa brtnggungjwb...bg cth x baik dgn anak2..esok anak2 da bsr bt lg teruk dr tu..lama kelamaan negara kita d huni dgn rakyat yg x br tggjwb..selfish...sy risau dgn.nasib generasi akn dtg...

Tanpa Nama berkata...

KAu letak gambar ni ingatkan aku pada sorang artis. Dia punya makwe hisap rokok depan budak kat kedai makan. Memang tak boleh jadi pemimpin untuk keluarga. Tak ada agama, tak ada jati diri. Dan suka buli perempuan. Ke neraka jahanam la jawabnya.

Tanpa Nama berkata...

buat masa ni, seumur hidup aku, ni la kali pertama aku jumpe manusia.

Bulan lepas aku gi sarapan ngan famili kat medan selerah nih. roti canai + kari kambing...mantappp. mujur gerainya bersih.

aku carik meja yang jauh dari orang yg aku saspek perokok sebab aku ade anak umur 3 tahun.

jumpe satu meja panjang - 2 meja sambung - 8 kerusi kekal tu. kami duduk hujung la.

tak lama kemudian, meje sesebelah diduduki oleh 2 orang laki cina. oder roti canai jugak.

tak lama kemudian, aku sedar meja sebelah tinggal sorang laki cine sambil main henpon...sorang lagi entah kemana.

tiba2 isteri aku bgtau - "first time nampak orang camtu tu..." sambil suruh aku toleh ke belakang.

rupanya laki cina yang soorang tu gi jauh dari gerai tu untuk isap rokok sorang2.

pada aku...memang itulah kali pertama yg aku nampak orang consider bile nak isap rokok....cina lak tu.

yg aku pelik...majoriti - 98.75% perokok melayu Islam...selambe isap rokok sambil dukung anak kecik....isap rokok dalam keta yang ketanya ade penuh ngan budak2.

yang paling bangsat adalah orang tua berkopiah isap rokok dalam keta yg aku kat belakang keta tu boleh nampak keta tu penuh asap dan kat seat belakang tu ade 3 orang budak - cucu kot.

Tanpa Nama berkata...

Mcm aku ms pergi pkns shah alam. Tgh jalan ni tbe2 ad bpk budak lalu dpn aku ludah kt tepi die as if xnpk yg tu laluan aku. Mcm apa pnya perangai.

yongpropaghandi berkata...

bab kotor tu memang tak boleh buat ape selagi pemikiran rakyat tu sendiri tak berubah. Mereka tak nampak lagi la tu apa yang kau nampak sekarang ni. Tak kawen lagi mungkin.

Bab harga makanan mahal tu... aku dulu pun asal keluarga yang miskin lah jugak. Setiap kali keluar ke bandar untuk beli barang rumah, selalunya mak masak siap2 je dari rumah, bawak bekal. Then stop makan kat mana-mana taman. Jimat, bersih ( tengok taman la jugak ), dan tenang. setel. Tak perlu serabut.

HaloCar Admin berkata...

aku pun hangin dengan mamat smoker tak reti base ni...lagi di usha, lagi di bakar rokok tu sampai kepul-kepul..apa haramjad la perangai dorang ni..takde sifat keperimanusiaan langsung...

Tanpa Nama berkata...

Penghisap rokok yang beragama Islam patut dihukum bukan kah sudah keluar fatwa ianya haram? sebab ia memudaratkan diri sendiri dan orang2 lain disekeliling. PEMBUNUH SENYAP!

Tanpa Nama berkata...

Penghisap rokok yang beragama Islam patut dihukum bukan kah sudah keluar fatwa ianya haram? sebab ia memudaratkan diri sendiri dan orang2 lain disekeliling. PEMBUNUH SENYAP!

Henzy berkata...

Maaf, saya betul2 minta maaf tapi nak cakap gini jer,

KEPADA PARA PEROKOK YG MEROKOK MERATA-RATA TANPA FIKIR PASAL ORANG LAIN DI SEKELILING ANDA (TERUTAMA ANAK-ANAK), ANDA BODOH (DAN SAYA DOAKAN ANDA CEPAT BERHENTI MEROKOK).

Maaf sekali lagi.