Januari 30, 2014

7 Stigma Melayu Mengenai Orang Cina Yang Boleh Kita Perbaiki

1. Semua orang Cina kaya

Ni satu2 nya punca paling besar orang Melayu marah atau jaki sangat dengan orang Cina, sebab ramai2 pakat assume Cina = Kaya. Mana ada! Kau nak tau kenapa diorang nampak kaya dan mampu berbelanja? Orang Melayu naik gaji, dapat increment, terus plan nak tukar kereta yang masih elok. Cina dapat pertambahan pendapatan dia simpan. Cikgu kimia aku dulu, tiap2 hari pegi sekolah naik van yang tak ubah macam van penjual sayur dekat pasar. Ada dia kisah orang kutuk? Tak ada. Tapi orang Melayu pentingkan benar penampilan diri ni, kita suka kalau orang lain tau kita mampu. Kita naik gred 44 dah terus simpan azam nak tukar kereta baru! Ni penyakit Melayu

2. Semua Cina bawak kereta macam lanciao!

Ye lah. Semua Cina bawak kereta macam haram. Semua Melayu bawak kereta lemah lembut, sopan santun. Yang potong queue? Cina. Yang suka high beam2 orang? Cina. Yang bawak elok sambil berwirid dan berzikir dalam kereta lalu langsung tidak pernah menunjukkan sikap kurang sopan atas jalan adalah orang Melayu. Memang betul. Semua Melayu bawak kereta sopan santun. Aku tak pernah jumpa lagi pemandu Melayu yang bawak kereta macam anak haram. Mat rempit tu pun kebanyakannya Cina, kan?

3. Matlamat Hidup Orang Cina Adalah Menjatuhkan Melayu

Kenapa kita rasa camni? Aku tanya kau jelas kenapa kita rasa camni? Kau boleh bagi jawapan? Ini sebenarnya natural instinct tiap2 orang. Tapi orang Melayu ambik benda ni sebagai satu masalah personal kerana kita ada sejarah 13 Mei 1969. Aku pun tak hidup lagi time tu jadi kenapa aku perlu judge orang Cina menggunakan pandangan2 yang aku sendiri tak sure macam mana kesahihannya.

Ni sama lah macam kau kata semua orang Cina yang baru lahir semalam matlamatnya adalah menjatuhkan orang Melayu. Orang boleh berubah. Manusia berubah. Orang Cina bukan semuanya buruk2 belaka. Ada yang buruk tapi lebih ramai yang baik. Manusia bang! Asal manusia semuanya baik!

4. Semua Cina gangster!

Ni aku rasa ramai yang ambik benda ni secara sah. Semua Cina ada protection kongsi gelap. Semua orang Cina ahli kongsi gelap. Mana ada! Apa kau ingat semua Cina ni nak join gangster sebab nak buat duit? Cubalah bukak mata sekeliling kau, ramai gila orang Cina yang kais pagi makan pagi. Yang hidupnya kerja 9-5 sama macam orang lain.

Mungkin sebab kau tak bergaul dengan ramai Cina, tapi sebenarnya ramai orang Cina yang normal ni mengalami masalah yang sama yang kau dan aku hadapi. Kita takut dengan ancaman keselamatan diri sendiri dan keluarga yang sama-sama kita tengah hadapi sekarang....apa yang orang Melayu lalui, sebenarnya kalau kau tak tau lagilah...turut dirasai oleh diorang. Dah satu negara....takkanlah tak rasa.

5. Semua Cina Bersatu Untuk Satu Matlamat

Kita selalu dijual pepatah "orang Cina boleh bergaduh dalam bab politik tapi bila bab bangsa mereka cukup bersatu." Cuba kita lihat balik sejarah China sendiri dan betapa teruknya pergaduhan sesama diorang dan benda yang sama juga berlaku di negara kita satu masa dulu bila mana dua puak Cina bertelagah dan menghuru-harakan negara. Itu pergaduhan sesama bangsa yang berlandaskan politik perkauman internally.

Kau cuba tanya diri sendiri, bolehkah Melayu bersatu, punya satu pandangan yang sama, punya cara kerja yang serupa? Jawapannya mudah, benda tu mustahil! TAK LOGIK! Adakah Mahathir bersetuju 100% apa yang Najib buat? Kenapa sekarang ni banyak penulis2 pro Mahathir mula attack Najib secara terbuka?

Kita boleh ada visi yang sama tapi cara kita achieve benda tu mesti berbeza. Dekat office pun kau boleh tengok sendiri manager2 kau punya cara kerja, matlamat dia nak manage pejabat, tapi cara dia kerja mungkin kau suka atau kau benci. Ini naluri kita. Kita takkan bersatu. Kita takkan punyai pandangan yang sama! Orang Cina pun sama! Ada Cina ala kapitalis, ada Cina ala sosialis, ada jugak Cina pemikiran Komunis.

6. Cina cekik darah Melayu Bila Part Meniaga

Ni trauma paling besar masyarakat Melayu. Aku tanya kau sendiri lah, kalau kau meniaga dan kau jual barang dengan orang Melayu Islam, kau ada terasa lembut hati sikit tak nak bagi dia diskaun lebih sikit? Ada kan.

Habis tu kenapa kau marah kalau Cina buat benda yang sama sesama diorang? Pada aku benda ni tak ada masalah, sebab.....semua orang akan buat macam tu. Aku nak selit sekali bab Melayu cekik darah duit kerajaan bila rebut tender, tapi tu bab lain lah sebab topik tu, sangat menarik untuk diulas lebih lanjut.

Melayu cekik Melayu boleh, apa salahnya Cina cekik darah Melayu? Kau cekik lah balik dia kalau dia beli barang kau. Willing buyer willing seller. Dalam bisnes, pelanggan yang tak tau apa dia nak beli adalah pelanggan yang layak dicekik. Jadi, study dulu sebelum beli. Lagipun, kenapa kau ingat Cina tak cekik darah Cina lain bila diorang melakukan urusan jual beli?

7. Cina, mesti kurang ajar dan tak ada adab...

Berita paling gembira orang Melayu suka dengar adalah kalau ada orang Cina masuk Islam. Serta-merta semua pandangan orang Melayu terhadap Cina itu berubah menjadi sangat positif. Semua benda buruk dan stigma diorang dekat orang Cina hilang. Lihat sendiri bagaimana seorang Cina yang dulunya model seksi kini sudah berani bertudung, dipaparkan dalam TV-Al Hijrah dah beberapa kali untuk jadi inspirasi kepada semua orang.

Orang Melayu adalah masyarakat yang confuse. Kita perlukan sesuatu yang dapat kita relate sebelum kita dapat accept seseorang itu sebahagian dari kita. Dalam hal model tersebut, dia cuba menerima  identiti Islam membuatkan kita menerima dia dengan tangan terbuka. Tapi pokok pangkalnya, dia masih lagi Cina, kan?

Orang Melayu kena belajar yang agama dan bangsa tak mencerminkan identiti. Orang itu adalah seorang yang kita perlu lihat sebagai satu individu yang berdiri sendiri. Bangsa dan agama tak menjamin akhlak seseorang. Ramai aje orang Melayu lingkup, bergaduh aje negara Islam sekarang ni. Kita perlu belajar terima orang yang baik bukan semestinya datang dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Kalau kita terus kekal dengan mentaliti 13 Mei 1969 ni, sampai bila2 la Malaysia akan terus kekal dengan racial tensionnya. Nak tengok betapa kalutnya pemikiran Melayu...bila kes Cikgu pakai tudung kat sekolah Cina, ulasan dalam televisyen menyebut "ini boleh jadi isu perkauman."

Padahal...cikgu tu Cina! Itu ayat stesyen TV. Skrip itu ditulis oleh seorang yang sepatutnya peka dengan benda2 pemahaman camtu. Dia seorang professional!

8. Cina semua suka makan babi

Melayu pula semua suka drama cinta-cintun....betul ke sangkaan aku tu?

.............

Kalau tak ada bangsa lain kat Malaysia ni, berapa hari sangat la kita dapat cuti umum?

Satu benda yang kau boleh fikirkan ; Cina ada sambutan bangsa diorang. India ada sambutan bangsa diorang. Kenapa Melayu tak ada perayaan yang berasaskan bangsa?

Gong Xi Fa Cai!

42 ulasan:

onlajer berkata...

yeah hidup cuti satu malaysia

Sunny Tneoh berkata...

Thank you salam di Perkasakan

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan sebab tiga orang Cina kat ofis aku, memang aku takkan naek pangkat. Macam2 aku blaja dari diorang. Betul2 terhutang budi.

Tanpa Nama berkata...

Aku kerja yang mana 90 peratus daripada mereka adalah cina.aku suka cara mereka kerja.aku banyak belajar daripada cina.

@lutfihambalimr. berkata...

6. Cina cekik darah Melayu Bila Part Meniaga

Aku nak cerita sikit ni. Kisah benar berlaku masa aku belajar dulu. Aku pakai motor pergi kelas. Nak jadi cerita, satu hari tu gasket kat enjin motor aku loose. Bocor ke apa ke aku tak tau la. Aku hantar pi kedai motor Melayu kat taman perumahan yg aku duduk tu. Hantar motor pagi, ambik petang. Aku hantar motor balik jalan kaki. Elok je dia hantar aku balik sbb kesian tgk aku jalan kaki bawah panas.

Petangnya, aku suruh kawan aku hantar aku pi kedai motor tu. Bla bla bla, semuanya RM80. Gila ke? RM80 utk sekeping gasket? Mmg sangat WTF la. Masa tu aku student, faham2 la. Duit pun ada berapa jela. Aku kawtim dgn abang tu, kata bg la murah sikit, saya student. Dia kata dia pun nak untung. Ini Melayu ye.

Aku ada rasa sikit tak puas hati dgn kedai tu. Aku mintak gasket yg rosak dgn abang tu. So aku pi kedai motor Cina tak jauh dari situ. Beberapa ratus meter je. Aku tanya Cina tu berapa harga satu gasket mcm tu. Apek tu kata RM18. RM18 je! Kepala hotak dia la markup sampai RM62. Gila apa.

Lepas tu aku tanya, kenapa repair kat kedai Melayu tu gasket ni harga RM80?

Apek tu kata, "Saya talak tau ma. Itu gasket pun saya supply utk dia punya kedai..."

Lagi la berapi aku.... Sungguh WTF punya Melayu.

So sekarang Cina cekik Melayu ke, Melayu cekik Melayu sendiri ni?

Tanpa Nama berkata...

kat kampung aku, nun di hulu banat pendang, kalau ada cina/india tukar ke agama Islam, org kampung akan cakap "dia dah masuk melayu"

hahaha what the f*ck!

@jloveabd berkata...

No 8 pasal melayu tu memang betul sangat.

Tanpa Nama berkata...

aku tak rasa cina wtf sangat. melayu lagi dasyat kot wtf. sekarang perempuan melayu pun seluar lagi ketat dari perempuan cina. makan babi peduli apa, dah bukan haram untuk dia, untuk islam. kalau tak makan babi tapi perangai cam lahanat buat ape.

Dunia Iskandar berkata...

Kalau tak kerana sorang mamat Cina dan pompuan India yang mengajar aku macam mana nak belajar yg betul, mungkin aku masih lagi di takuk lama dalam hidup ni..

dukun berkata...

yap.lau x kerana seorang janda cina ajar aku sure aku masih lagi melayu bangang

Tanpa Nama berkata...

Cuba ko g letak link ni kat fb saya sayang tun tu.. sasau semua org kat situ baca ni..

Tanpa Nama berkata...

Aku pun nk kongsi experience dgn kawan2 kat sini..
Pengetua sekolah aku mintak aku belikan CD kosong kat pekan Kuala Kangsar. Oleh sebab aku balik sekolah lewat hari tu, aku sampai kedai komputer Melayu pun lewat, dia nk tutup dah. Aku tanya boleh ke nk beli CD, awek tu kata xboleh sbb komputer utk sales register dh turn off. Panas hati betul. Kalo dia ikhlas nk tolong, esok-esok pun boleh tekan sales tu.. Konon canggih sgt.
Aku gerak ke kedai Cina yg dh nk tutup jugak.. No problem. Jual beli tetap berjalan mcm biasa walaupun kedai dh separuh tutup..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kalau dah rapat denfan orang Cina ni ok je.Persahaman tu penting.Memang kadang2 ada some Chinese yg selfish tapi ignore je.Biasanya Chinese yg racist dgan selfish ni tak ada orang nak kawan dgan dieorang.Dulu sekolah aku.70% orang Cina walaupun tu smk.Tapi aman je hidup aku.Dieorang layan aku macam dieorang layan kawan dieorang.Cuma ada lah segelintir yg mmang permikiran dia racist dan sempit.Kebanyakan dari kelas yg blakang.Orang Cina ni ok sebenarnya kalau korang kawan ngan dieorang.Seronok pun ada sebab kita boleh blajar macam2 dgan dieorang.Lagi2 kalau bab belajar.

Tanpa Nama berkata...

xpenah plak ak dgr cina k0men "melayu semua suka makan daging!"
....walaupun d0rg xleh mkn daging....

Tanpa Nama berkata...

Komunikasi tu penting.

Part 1: Malay see Chinese
http://www.youtube.com/watch?v=IJsVdDO2-Dk&feature=share&list=UUFUtqTcgJgRnmZ3tMU6P74Q&index=3

Part 2: Chinese see Malay
http://www.youtube.com/watch?v=KEjTNZzpza8&feature=share&list=UUFUtqTcgJgRnmZ3tMU6P74Q&index=2

Tanpa Nama berkata...

ok cuba ko tulis pulak 7 stigma cina mengenai org melayu yg boleh diorg perbaiki... asyik cerita buruk kita je, org cina tu xde buruk ke? semua mulia ke?

Tanpa Nama berkata...

Aku memang anti racist. Tahun lepas kat berita seorang apek terkorbn di langgar sewaktu membntu seorg budak melayu kemalangan. Masa dia tolong tu , dia x tanya pun ko melayu ke cina.. Sekarg pun dah hampir 15 tahun aku keje dgn cmpony cina . dan beribu yg lain pun keje ngan cina jugak. Kalau dia racist x mau ambik melayu keje camne. ?

Tanpa Nama berkata...

tepuk! tepuk! tepuk!

saya bagi standing ovation untuk tulisan ini.

dari kecil jiran sebelah menyebelah rumah saya berbangsa cina. selama 25 tahun hidup berjiran begitu. saya tak ada masalah langsung. kenapa? sebab saya lihat diaorang juga manusia, cuma berbeza budaya dan pegangan agama. jadi rasa hormat sesama jiran itu sangat baik. masa tahun baru cina, jiran sebelah rumah tanya, bolehkah dia pasang mercun sebab takut ganggu tidur adik yang masih kecil. bapa saya kata tidak apa, bukan pasang mercun tiap2 hari pun. biarlah dia rai perayaan dia. orang melayu juga gila main mercun masa raya, dan ada juga yang tak peduli hak orang lain.

saya banyak terhutang budi pada nyonya dan uncle leeho sebelah rumah. sebab adik beradik saya ramai, nyonya sedekah baju2 anak dia pada kami. ketika saya ajar kawan naik basikal, dia terbabas dan langgar kereta uncle leeho. rim kereta itu remuk teruk. uncle leeho keluar rumah, tengok rim kereta dia dan cuma cakap, "ala.. tak apa. budak2 main tak sengaja."

dan saya pernah baca dua orang melayu islam dan berilmu yang berjiran bergaduh besar pasal rumput sampai masuk court.

dalam hidup, alangkah baik kalau persepsi kita melihat banyak perkara dalam konteks "ini semua soal sifat manusia, bukan tentang bangsa yang berbeza."

tapi, iyalah kan, biasanya susah orang nak tengok kebaikan orang lain. dia cuma nampak yang jahat2 sahaja. diri dia sendiri yang jahat dia tak nampak.

terima kasih encik tuan rumah blog.

wassalam,
cik pembaca senyap

pyan61 berkata...

kerana cinalah aku boleh bayar hutang rumah rm1k sebulan,boleh bayar hutang kereta rm1.9k sebulan (2 kereta) boleh bayar gaji 5 pekerja rm7.5k sebulan. cina tak suka hutang orang lama-lama. aku terima cash hari-hari dari peniaga cina. peniaga melayu suka roling duit orang, mula2 hutang 1 hari...lama2 jadi sebulan. last2 aku niatkan sedekah aje hutang tu. walau macam mana pun aku bersyukur kpd Allah kerna temukan aku dgn peniaga2 cina yg jujur dan amat baik hati. peniaga2 melayu...sampai bila lah nak ubah? "tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yg nak ubah diri sendiri...hidup melayu"!

Tanpa Nama berkata...

Sedapnya menjilat cina..apa yg melayu ada skang ni..ada ke yg cina bg?? Tp apa yg cina ada skang ni, byk melayu yg bagi..tu pun cina nk lagi..

Sedapnya jilat cina..bkn semua cina jahat, ada cina baik tp memang byk cina yg nk semua yg kita ada..

Sedapnya jilat cina..kagum bila ada melayu penyembah cina

Sedapnya jilat cina..kn admin??

Tanpa Nama berkata...

Ysng penting Malaysian jgn racist n prejudice

Tanpa Nama berkata...

Takyah nak racist sangat la. Kite nak benci seseorang tu benci perbuatan jahat nye bukan benci keturunan atau agama nya. Aku takde hal la kawan cina ke india ke benggali ke yg penting kite kena jaga kelakuan kite. Kalau kite pun setan jangan nak marah la orang persetankan kite

Tanpa Nama berkata...

As slm...ALlah jdi kn fitrah mnusia ni sama..kmudian d berikn aqal utk memilih yg baik @ buruk...kafir @ islam rezeki ALlah dh tentukn..napa nk buruk sangka..? Betulkn aqidah anda...

Tanpa Nama berkata...

Ni bukan pasal cina mulia, jilat cina, sembah cina.. Ni pasal kita yg masih lg terkebelakang.. Tidak matang dlm politik, kurang bekerjasama dlm ekonomi dan prejudis melampau.. Mereka mmg dikenali sbg bangsa yg bersatu dlm ekonomi dan politik wpun berbeza parti. Kita? Pasal dewan org ramai pun nk gaduh.. Nama pun dewan org ramai, mestilah utk org ramai..
Satu lg, kalau melayu bersatu dlm semua hal.. Pasti kita lebih baik drpd mereka sbb kita ada Islam..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha... Nk jd pengerusi masjid & pengerusi JKKK pun ikut parti.. Malu kat budak sekolah je.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa dari risau dgn cina...lagi risau dgn geng2 mamak...melayu ka diorang tu?pengerusi tabung haji pun mamak...pemilik kedai kain 1malaysia pun mamak...sapa yg bising di penang tu...mamak ka melayu...golongan mamak ni bising ngan buat ramai cukup suka...igt raja mendeliar tu golongan mana...runtuhnya tembok melaka

Tanpa Nama berkata...

To cik pembaca senyap


I'm confuse... basikal langgar kereta sampai rim kereta remuk teruk??? Ni apa ni, rim keta tu buat dari tin milo ke sampai remuk teruk??? Agak2 la kalau nak menipu pun..

Tanpa Nama berkata...

Kepada Sdr Anonymous at 3:56:00

Betullah kata cikgu saya,

Kalau kita dah biasa berbohong, cakap2 (cerita) orang lain pun kita anggap berbohong (menipu) juga.

Tolonglah! Nak berbahas pasal isu dalam entry, bukan pasal nak memperlekehkan cerita orang lain.

Ya, kereta itu memang kereta lama, kejiranan kami memang dari rakyat kelas rendah (orang bukan dengan gaji besar). Bukan sebab dia Melayu, atau dia Cina atau dia bangsa apa-apa sekalipun. Ya, kami memang miskin,(sebab itu pakai kereta kualiti murah).

Tapi kami tak pernah berbohong (atau menuduh orang lain berbohong)semata-mata tak puas hati atau nak mencerca orang.

Tolong istighfar banyak2.

Terima kasih. Kepada yang lain dan tuan punya blog, saya minta maaf cerita saya jadi kata nista satu orang.

(memang jadi pembaca senyap itu lebih baik nampaknya)

Tanpa Nama berkata...

Alaaa cina kalau jadi macam tuh siapa yang bagi kalau tak umno bangsat... siapa kasi cina cina nih pulau gunung hutan hasil mahsul negara? Bukan umno ke? Yang kayakan tokeh tokeh judi, arak nih siapa? Bukan umno ke? Dgn niat boleh bantu golomgan elitis umnoputra bila memerlukan bantuan..melayu macam ko dapat apa? Brimm! . Masa perbincangan nak bangunkan kg baru kl, siapa kata 'kasi
Lah sikit kat cina' bukan umno ke? (Mamak kutty)

Tanpa Nama berkata...

Mantot ckp melayu adalah bangsa yg confuse...

Bg aku mantot adalah typical melayu yg confuse, ape prlunya ko nk pujuk melayu jgn skeptical kt cina?

Ko penah blaja mandarin?ko prnah bace surat khabar cina? aku rs ko xpenah, sbb tu ko beria iya betul ckp cina ni baik

Aku x nafikan ade cina yg baik, tp cuba pusing blk ko ckp melayu ade baik ade jahat...so serupa jela...

Pastu berbondong bondongla org melayu dlm ni dok jilat cina, langgar sport rim la, cina and india ajar erti hidup la...cmon la

Bangsa melayu bangsa confuse, tu aku setuju ngan ko...

Tanpa Nama berkata...

Keta cina.pkai rim.cap tu, bkn sport rim..tu yg rosak teruk....haiyaaa.ini olang aaaa

dukun berkata...

La,asal entry ni lg popular dr kajang move?thn 2009,aku ada kwn dgn janda cina.she is very good.dia bukak mata aku pd dunia.lau x aku masih naieve.ditakdir,aku kawin lak dgn ank dara cina.tang jilat cina tu,well,no komen la.ya.sy juga silent reader mantot.melayu?yg terbuka tu sgt kurang walaupun genthree malayu semakin berkembang,namun x dpt mengatasi gen2 yg masih bebal dan masih percaya bangsa cina dewata raya yg cipta.wahai gerombolan,pengalaman mengadun dna baru dari
2 bangsa adalah pengalaman terhebat.terima kasih bapa mertua ku.

dukun berkata...

La,asal entry ni lg popular dr kajang move?thn 2009,aku ada kwn dgn janda cina.she is very good.dia bukak mata aku pd dunia.lau x aku masih naieve.ditakdir,aku kawin lak dgn ank dara cina.tang jilat cina tu,well,no komen la.ya.sy juga silent reader mantot.melayu?yg terbuka tu sgt kurang walaupun genthree malayu semakin berkembang,namun x dpt mengatasi gen2 yg masih bebal dan masih percaya bangsa cina dewata raya yg cipta.wahai gerombolan,pengalaman mengadun dna baru dari
2 bangsa adalah pengalaman terhebat.terima kasih bapa mertua ku.

Tanpa Nama berkata...

Setiap bangsa ada baik buruknya. Yang pernah/selalu/masih jadi mangsa racist payah nak ubah ubah pemikiran. Yang bekerja, penilaian bukan mengikut kerja tapi ikut bangsa. Yang pandai, rajin buat kerja gaji sikit. Satu lagi sama jawatan bukan sahaja tak rajin tapi tak tahu buat kerja gaji lebih disebabkan bangsa.
Dulu pernah ada satu produk makanan melayu yang popular mencabar produk mereka. Penyelesaiannya, mereka di kedai ambil produk tu banyak2. Lepas tu sorok. Pelanggan cari produk tu mereka kata habis. Bila pembekal melayu datang, mereka keluarkan produk yang dekat nak expired dan kata produk tu tak laku.

Tanpa Nama berkata...

Haha aku sokong bro atas ni, mantot skrg ni posting agak confuse

Yg dok myakinkn org len bhw cina sport rim baik pn sama...kalo tuka owner tu jd melayu, msti citer ni x kuar...haha

Melayu confuse, melayu yg rs bsalah buat cina itu ini...padahal mana2 tmpt kt dunia ni mmg bangsa asal ade perangai cmtu..xcaye cube ko g keje kt arab, ko tgk melayu dorg lyn cm bangla..

Korea lyn org melayu malaysia
g china tanah besar tgk dorg cmne

Its all square man!

Jgn jd bangsa yg diselubungi rasa bersalah...

Tanpa Nama berkata...

sedara mulakan lah dulu perayaan bangsa melayu anda.
saya smbut awal muharram.

Herry Sky berkata...

org kata tu rezeki masing2..da org tu rajin .nak kata pa g..

Tanpa Nama berkata...

hahaha..konpius akuuuu

try tgok ni http://bit.ly/1e00ARt

Tanpa Nama berkata...

apasal melayu x nak belajar cakap cina?
dan apasal cina x nak blaja cakap melayu?

wak sam berkata...

Haha, yang masih bodo sombong tu mesti kampong punya olang..

Ni experience aku, sek dulu ramai juga member cina, lepak2 sama. Masuk form6 kejap sblm u, sek kat bandar psl pekan kecik xde aliran sains, mmg sume cina la, lepak2 ujung minggu dgn diorg main bowling, er, member melayu aktiviti masetu paipon je la, haha, layan jek. Sek tu biasa je melyu kapel amoi etc.

Masuk u penuh ngan melayu, ramai pulak yg jack#ss & selfish sh1t kecuali kumpulan kecik & gi lepak umah member course lain & ngan roommate budak iban yg mmg ada mutual understanding dr taun 2 sampai dah extend pun masih sama, haha..

Dah masuk keje, er, kerajaan, mmg cam sh1t bila kita berkumpul sama kita je. Jadik bengap bodo tak bole diajar. Igt ada degree pandai sgt la, assignment pun copy paste je. Tu le bila penilaian pendidikan adalah objektif, markah ikut skema jawapan, standardization sh1t. Player berangan, berebut2 jadik planner, tp plan cam anakhram, taici tu biasa, tu yg kat penang layak la mendapat, jgn hantar kucing kurap. Keje takde kesungguhan utk buat betul2, buat keje skit nak kompang satu dunia. Aku xnak le bagi panas penjawat awam, ada yg bagus, tp ramai yg sh1t. Xpyh ckp pun ramai dah kata. Ambik ni sebagai cabaran kalau diri terasa.

Aku duduk skrg kat perumahan ramai cina, melayu berapa kerat, tapi sangat aman sentosa, uncle depan ramah, raya cina jiran bagi limau, anak aku dapat angpow. Dulu penah dok perumahan 100% melayu, yg first ramai tua2, igt tua dah star sgt, nak kena dihormati, cam aku yg muda ni xde nilai. 2nd ptg2 pompuannya bekumpul. Persamannya, dua2 kena kata, tak banyak keluar rumah kena kata, terlebih keluar rumah kena kata, tak tutup tingkap kena kata, ape pun ade je modal nak kata. kira giliran kena kata tu akan berpusing2 juga, pas tu ade la konon baik ngan kita yg bg nasihat, org2 ni cakap gitu-gini, jaga sikit la.. mujur aku ni jantan melayu penuh kesusilaan, aku garu kepala je sambil kata, ok. Dlm hati kata pegi mamppp boddoo sh1t, pastu buat xtau je, jumpa senyum je, nak bborak mmg xde hati, nak dilayan org bebal ni kita pun jadik bebal. Cakap belakang pungpang ni mmg dah legacy dlm kumpulan melayu.

Sekarang kedai runcit aku gi pun kedai india je, selang 2 pintu tu ade kedai melayu, tp mmg xgi, sebabnya 1) kedai india tu bole kata semua ada, nak beli curut 50sen pun ada 2) kedai india tu pkl 7am dah bukak, kol 11pm br tutup, kedai melayu tu ikut suka la nak bukak tutup pukul berapa, kadang xbukak kedai pun 3) kedai tu rata2 barang dia murah berapa sen, xkisah sgt pun sbnrnya 4) kedai india tu alukan kita, tegur etc, kedai melayu tu camharmmm buat xtau je kita masuk ngan bontot malasnya.

Last skali anak aku sek cina, makbapak cina ni concern anak org lain mcm anak sendiri. Antara cikgu2 yg aku panas ngan ustazah dia je, cikgu cina lain kalu x catchup dia bantu, siap buatkan tuisyen, ustazahnya kalu ada slow skit dr org lain, dia bercakap, membanding2 anak murid. Ko cikgu bantu la, ajar takat 4-5 org budak islam pun komplen je pandai.

Aku cakapgini ye, best friend aku yg berapa kerat tu masih melayu, pengalaman aku yg paling bijak cam sang kancil dlm sekolah tetap melayu, tp yg sengal xnak berfikir tupun ramai, cina ramai above average. Tp cam cerita todak langgar singapore, nak matikan si bijak ni ramai, so kengkadang sibijak ni kena buat2 bodo sikit, kena tahan2 terutama cakapnngan 'org tua'

Jerk ada mana2, melayu cina india, yg nice pun ramai, cuma kalu tanya aku cina ramai jerk, melayu no jerk, no way.. halau semua dari malaysia keuali melayu? Jgn buat pasal la..

Jgn sempit minda, perjuangannya ialah menentang si jackasss, tak kira kaum sendiri atau kaum lain, jgan sibukkan ckap kat mana kedudukan mereka 'nanti' pasal kita sendiri pun belum tentu dimana

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya semuanya adalah bergantung kepada seseorang individu tu sendiri. Kalau ada pengalaman naik atau buruk, jangan dibabitkan dengan keturunan atau agama - tiada kena mengena langsung. Saya ada pengalaman yang baik dan buruk dari samada Melayu, Cina atau India. Jadi, bangsa tidak salah, tetapi yang salah tu ialah sikap manusia sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nama blog nie cursing malay not cursing chinese or indian??? Very prejudice...ada pulak org melayu yg cursing sesama sendiri..tuan blog ketawa tepuk tgn.. cukup2 le tu nak naikkan api perkauman. Takut nnti ada polis report bwh akta hasutan.