Januari 16, 2014

Hallelujah! Ya Ilahi!

Aku tak tau lah, kenapa aku merasa sangat pelik...

Mendengar lagu "Hallelujah" ciptaan asal Leonard Cohen dinyanyikan semula
oleh kumpulan nasyid Melayu, yang cuba bercerita mengenai keagungan Allah SWT
tetapi melodi asalnya diambil dari sebuah lagu bertemakan agama Kristian.

Kalaulah ada orang yang ambil lagu "Puji-Pujian" dari Raihan
dan kemudiannya dinyanyikan sebagai memuji
Buddha, Jesus, L.Ron Hubbard atau Diego Maradona,

adakah perlu aku berbangga
atau perlu aku merintih?

Entahlah.
Tapi agak pelik mendengar Hallelujah versi Islamik.

11 ulasan:

din berkata...

Ni bukan melayu start dulu. Penyanyi nashid arab:
http://www.youtube.com/watch?v=5E3eXoM7y0s

Tanpa Nama berkata...

hallelujah - Allah Hu Ya

Mrs.Critical Thinking berkata...

Tak perlu cepat melatah. Look at it in the positive way.

Kalau ada orang yang ambil lagu "Puji-Pujian" dari Raihan dan kemudiannya dinyanyikan sebagai memuji Buddha, Jesus, L.Ron Hubbard atau Diego Maradona,also nothing wrong with that.

Yang penting niat kita. Chill.

Tanpa Nama berkata...

Baca Quran, berzikir dan berselawat lagi baik dari pening kepala cipta lagu bukan-bukan

Tanpa Nama berkata...

Laa, kesian mantot, ko x tahu lagi ke?
Dalam visi Wawasan 2020 ada disebut yg Malaysia ni nak jadi sebagai negara sekular.
Sape ek yang reka Wawasan 2020 tu?

p/s: pak menteri desak aku keluar negara. Tak ape, aku keluar la lepas 1 tahun 1/2 ni. Masa tu aku target, Malaysia mungkin akan banyak demo. Demo situ, demo sini. Aku? Membujang dan terus membujang. Ke lauutttt...

Tanpa Nama berkata...

haish.makin ke laut awak ni.
sila cari maklumat lagi lanjut pasal ni ok.

Tanpa Nama berkata...

Jangan smakan agama lain ngan islam....buat apa kita nak ikut diorang

Cili Pedas berkata...

Aritu aku ade tengok dikir zikir ni, masa start lagu tu aku rasa apsal lagu tu mcm biase dgr. Rupenye sama dgn lagu hallelujah yg aku dgr dlm album paramore. Hahahahaha. So back to dikir zikir ni, kalo korg betul2 follow show ni korg akan tau yg dorg pakai mcm2 lagu n ditukar lirik utk jadi lagu islamik puji allah etc. Ckp je nak lagu ape. Lagu bollywood pun boleh, lagu indon pun boleh, lagu rock metal je aku rasa aku blom dengar (boleh request la kot). Aku pun tkejut gak masa tgk DZ lagu hallelujah tu tp bila pk2 blk, yg DZ cedok tu lagu, bkn cedok content bible ke ape.. so ape2 lagu pun rasenye x jadi masalah. N lagu hallelujah tu myb org kita pun x penah dgr kot b4 ni. Ehehehehe..

P/s - teringat zaman raihan, rabbani mula2 naik dulu lps tu byk kumpulan2 nasyid. Pastu ade so-called nasyid group ni nyanyi lagu leleh nak kawen n mintak awek bersabar dulu tp rentak lagu n imej kopiah jubah nasyid. Puiii..

lkjhgfdsa berkata...

Aku tak minat dikir zikir. Teruk betul kita ni. Nak berzikir pun perlu di'dikir'kan.

Akhir zaman...

Mataku berkata...

Aku suka!!! Muzik dia best. Dulu masa tengok film Shrek rasa nak nyanyi tapi rasa takut plak sbb lirik yang agak berunsur agama kristian. Tapi bila dengar ada versi nasyeed (termasuk ada translatenya skali) Maka leh lah aku layan tanpa rasa was was... Hahahaha...