Januari 15, 2014

Adakah Sebenarnya Malaysia Tidak Punya Undang-Undang Jalan Raya?

Sila baca dengan tenang. Siapa terasa dialah terasa...

Aku drive setiap hari ke ofis, pergi balik ada la dalam 60 km lebih.

Bila petang, nak balik, jalan memang macam haram sesaknya. Especially kalau kau nak lari tol. Kau tak nak lari tol pun sesak tapi aku tengok ramai jugak yang menggunakan "jalan alternatif " yang disarankan kerajaan.

Oleh kerana traffic jam ni sesak dan kadang2 aku balik ke rumah aje memerlukan hampir sejam setengah untuk perjalanan 30km lebih, aku perasan ramai jugak la yang menggunakan taktik yang cukup anak haram dalam mendapatkan laluan. Kau pernah perasan ada orang letakkan macam lampu siren kecik yang menyala biru merah atas dashboard dia dan dia buat2 kononnya dia ni "pegawai berkuasa" ?

Aku perasan banyak kali kereta menggunakan siren tidak rasmi tu untuk membuatkan orang ramai ke tepi. Aku sure benda tu tak legal tapi masalahnya mana pegi pemantauan pihak berkuasa dalam penjualan benda2 camni?

Ada beberapa benda lagi yang aku perasan orang gunakan atas jalan raya untuk "kesenangan" dia.

1. Sticker kod daerah Polis dekat belakang kereta.

Kalau kau tengok kereta polis, belakang kereta diorang ada sticker biru bertulisan putih menyatakan kod daerah kereta peronda tu bertugas. Sekarang ni aku nampak ramai benar tampal benda tu belakang kereta diorang. Sejak bila pulak Kancil buruk kaler merah jadi kenderaan polis ni? Tak ada apa tindakan ke diambil kepada orang2 yang tampal sticker camni? Aku tak sure sama ada boleh atau tidak tapi pada aku,  benda ni dah menyerupai polis dan mampu mengelirukan orang ramai.

2. Sticker windshield PDRM

Yang ni aku selalu nampak sehinggakan aku pelik, ramai betul polis dalam masyarakat kita ni. Aku tak tau la betul atau tidak tapi itulah masalahnya...kita dah tak tau sama ada betul atau tidak kereta itu dipunyai oleh seorang polis atau tidak. Betul atau tidak sticker ni?

3. Siren palsu

Aku rasa benda ni dijual dekat grey market. Aku pernah nampak orang pakai lampu yang kaler merah biru dan ada jugak yang style satu lampu merah pusing-pusing.

4. Penggunaan Jacket Fluorescent Palsu

Mat motor ramai yang terkena ni dulu. Waktu aku bawak motor dulu, ada kes 3 orang lelaki menyamar polis trafik tahan orang dekat jalan menyusur tol motorsikal untuk melakukan rompakan. Kalau "polis" dah suruh kau jalan masa road block, apa yang penunggang selalu fikirkan adalah ciow dari situ cepat2 padahal sebenarnya masa tu sedang berlaku kes rompakan.

5. Penggunaan logo negeri atas nombor plate

Kau pernah nampak kereta-kereta yang menyamar nak cuba jadi wannabe kereta kerajaan? Makin lama makin ramai yang letak.

6. Kereta Kerajaan Bawak Macam Jalan Raya Ni Abah Dia Punya

Ni trend yang aku nampak dari dulu. Kereta ada logo Kementerian, jata Malaysia atau apa saja label kementerian ditampal atas badan kereta, akan bawak kereta macam jalan ni abah dia punya. Kau bukannya polis, bomba atau apa saja yang memerlukan kau bergegas ke mana2. Aku selalu jalan Putrajaya, antara kereta2 kerajaan yang bawak macam ni yang laju adalah Kementerian Asas Tani, Kementerian Kewangan dan pelbagai lagilah kementerian yang kadang2 bawak kereta seolah2 kita tak ada undang2 trafik. Mungkin diorang nak cepat sebab ada pokok nak mati gamaknya? Tapi pikirlah kenapa maintenance kenderaan kerajaan ni tinggi belaka?  Kereta Kerajaan..kasi lenjan la!

7. Geng Motor Besar Bajet Dunia Ni Dia Punya

Aku seorang mat motor satu masa dulu tapi aku cukup anti perangai geng2 motor besar ni yang bajet dia ramai, dia boleh parking mana2 dia suka. Kau nak tau kenapa diorang buat camtu? Geng motor besar ni kalau boleh dia nak parking setempat. Barulah nampak best, nampak exhibitionist. Motor kecik bolehla parking jauh2 tapi motor besar, kenala parking satu tempat sekali.

Jadi diorang ni parkinglah mana2 yang diorang suka....dekat parking kereta ke, parking lori ke, tempat yang no parking la..tempat parking orang cacat la. Pada diorang, apa2 hal pun, diorang kena parking setempat, beramai2 dan boleh dijadikan parking cum superbike exhibition. Come on la bro. Motor kau besar tak semestinya kau boleh parking suka hati kau.

Ikut peraturan la...motor EX5 boleh parking dekat tempat sepatutnya kenapa kau punya 15 bijik Hayabusa takleh bang?

8. Tinted Cermin Gelap

Ni antara benda yang aku paling marah dengan penguatkuasa. Mereka wujudkan akta cermin kereta tak boleh tinted lebih dari sekian2 kegelapan dia tapi dia hanya laksanakan undang2 tu untuk orang biasa. Orang biasa ni lah yang kalau kena inspection JPJ habis ditorehnya tinted punya layer tapi cuba anak menteri, cicit Sultan atau apa saja yang berkaitan dengan VIP semuanya dipejamkan sebelah mata. Pada ku, kalau nak buat law, laksanakan betul2. Nak bagi pengecualian, bagi dekat kereta rasmi kerajaan, kereta rasmi "kerabat" dan kereta rasmi Menteri.

Selain daripada tu, macam anak menteri, kawan baik menteri, business partner menteri, semuanya tak boleh lari dari undang2 ni.

Kau nak tengok betapa prejudisnya penguatkuasa dalam benda ni? Usha2 la sendiri time ada inspection. Kereta mahal harga Rm150 ribu tinted gelap susah gila nak kena tahan..tapi Kancil tinted gelap? KOYAK!

9. Geng Motor Besar Bajet Dia Boleh Bawak Laju

Bercakap pasal undang2 perlu dikenakan kepada semua tak kira peringkat, sampai sekarang ni penunggang motor besar masih lagi merasakan "jika saya memandu motor berkuasa tinggi, saya ada hak untuk memandu melebihi had laju yang dibenarkan." Kau boleh tengok la merata2. Cuma masyarakat kita pandang diorang ni lain sikit berbanding mat rempit sebab diorang bawak motor besar, padahal sama aje. Dua2 bawak melebihi had laju dan dua2 langgar peraturan...

Siapa yang terasa, silalah terasa...

Adakah ini berlaku kerana kita adalah negara dunia ke tiga? Jika di negara maju, majoriti penunggang motorsikal biasa (biasa di negara maju tapi di Malaysia berkuasa besar) boleh memandu mengikut had laju tapi kenapa di Malaysia tidak boleh? Aku pernah nampak dekat England seorang lelaki bawak Kawa Mickey Mouse 70km/j mengikut aliran trafik....boleh aje bawak, tak semput pun enjin.

Kau takyah la nak bagi alasan kata motor besar kena bawak laju baru la enjin running sedap la apa lah..yang penting, kenapa penunggang motorsikal besar tak nak ikut had laju? Macam mana sebenarnya aplikasi undang2 trafik ni? Lagi laju enjin lagi dibenarkan bawak laju ke?

10. Penambah Bilangan Lorong Atas Jalan

Kau tengah sesak atas jalan, kemudian ada seorang start tambah lane atas jalan, dari 2 jadi 3, dari 3 jadi 4. Daripada jam yang sepatutnya tak sarat terus jadi jam tahap keparat. Lepas tu nak himpit2 orang lain suruh ke tepi bagi kau masuk.

Kalau kau adalah golongan yang menambahkan bilangan lane atas jalan semata2 sebab kau bajet kau adalah orang paling penting dalam Malaysia membuatkan kau perlu ke depan lebih awal berbanding orang lain, aku syorkan, tolong tolong tolong faham kenapa orang marah dengan kau dan jangan kau nak ajak bertumbuk kalau ada orang bagi jari hantu dekat kau.

Kau salah! Kau dah la salah dan kau juga bodoh, tak sedar diri dan bangang tahap kangkung.

11. Geng Wartawan Kemalangan

90% jam teruk berlaku akibat kemalangan berpunca daripada pemandu yang slow down nak tangkap gambar eksiden tu untuk dipaparkan di Facebook dan Instagram, bukannya akibat daripada kenderaan yang kemalangan itu sendiri. PLEASE....kalau ada eksiden yang dah selamat dialihkan, tolong lah teruskan perjalanan macam biasa...

24 ulasan:

Is marcelo berkata...

Bagus artikel ni. Teruskan mantot

Unknown berkata...

memang betul pun tot. tambah lagi satu, jembalang suka cucuk rapat.

satu kes, aku tgh2 syok bawak 80kmj kat lane tengah kat fed hway, tiba-tiba ada orang cucuk rapat blakang aku. WHAT THE KANGKUNG?!! aku ikut peraturan kot..

n sori to say, perempuan. kalu perempuan bawak keta, nonong je tak tengok kiri kanan. bagi signal, zupp. masuk. pastu orang hon, wat muka tak puas ati. ceh.. ~~, laki pun ada gak. tapi lebih samseng..

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu tot. Geng bawak Alphard/Estima/Starex dan seangkatan dengannya termasuk BMW/Merc. Dorang memang ingat jalan ni bapak dorang punye. Potong line dengan highbeam memang makanan diorang.

Tanpa Nama berkata...

Ada sekali kat kedai makan tepi jalan, geng motor besar tahan kereta sebab nak bagi geng motor besar dia masuk parking kedai makan berjemaah, tak boleh sorang pun tinggal. Masalahnye time tu kat belakang2 kereta yg diorg stuck-kan tu ada ambulan sebijik terjerit2 nak lalu. Kitorang yg kat kedai makan ni dah naik hangin, bangun makikan kuat2. Diorg buat muka sardin je, sambung meja makan berjemaah, panggil kakak nak order. What the kangkung la!

Tanpa Nama berkata...

Btol mantot, aku pn bwk moto tp kapcai jela..n perasaan penunggang moto ni amat dekat ngan hati..cthnya time jem hujan keta sukati tuka lane, mnyebabkn moto skidded, hujan, keta langgar lopak air laju2 so kena badan...ahh byk lg la

Tp aku kurg kesian ngan org bwk moto besar...dh la laju giler, kalo kite bwk keta kdg2 nmpk dorg jauh lg, ttibe je muncul blkg keta siap hibeam, tunjuk middle-finger..pastu xnk slow lgsg wlpn trafik agak slow sbb keta byk

Budduh ar cenggini...huhu

Voltron

Akmal Zaidi berkata...

Tak sangka benda macam ni pun boleh jadi,

haishhh....

Tanpa Nama berkata...

betul bro gua setuju. ada lagi, geng moto besar kalau konvoi, dekat lampu isyarat suka2 mak bapak dia je sekat kenderaan lain.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju!

Tanpa Nama berkata...

@Kuih Baulu

Yang suka cucuk rapat (err, ke cucuk angin?) yang nko geram sangat tu tak lain tak bukan pemandu LELAKI saja yang gemar buat ye, memang macam SIAL.

Tanpa Nama berkata...

kalau nampak motor besar konvoi dan suruh kita ketepi buat derk aja lah.
pernah nak test ketajaman swiss army kat tayar gold wing sebab mereka suka suka park kat tempat letak kereta..harap motor besar tapi otak kangkung.sbb tu kalau ada yang berguling aku buat tak tau aja.

Tanpa Nama berkata...

aku pakai kancil...tgh memotong treler kat highway 2 lane...kena cucuk + highbeam dr belakang...weh kangkung ko nk suruh aku masuk bwh lori ka?!

@lutfihambalimr. berkata...

Aku pergi Indonesia haritu. Aku dapat rasakan yang pemandu sana lagi setan drpd kita, tapi diorang dah get used to it. Kita ni, boleh kata 70-30. 70% macam setan 30% pulak masih lg civilised. Kat sana, hampir semua buat macam jalan tu bapak diorang yg punya.

Di Surabaya, masa on the way ke Kota Porbolinggo, jalan dia jalan kampung. Tapi pemandu bas tu selama badak main potong walaupun ada kenderaan dari arah bertentangan. Kalau tak sempat nak masuk lane betul, bg je high beam. Kalau di Malaysia, lorong kiri utk kenderaan yg drive slow, lorong kanan utk kenderaan memotong. Tapi kat sana, terbalik. Kanan utk slow, kiri utk memotong. Walaupun kat tepi jalan tu ada signboard kata "LAJUR KIRI UNTUK PERLAHAN".

Masa dlm jem on the way ke Soekarno-Hatta airport, supir teksi tu potong queue macam sial. Aku yg duduk belakang terpaksa pakai seat belt sebab goyang sgt tgk dia drive. Pantang jumpa space je potong. Lepas tu selamba berhenti kat chevron marking semata-mata utk kencing! Hahaha.

Kat sana, hon tu dah macam benda biasa. Kena hon, buat muka toya. Sini kalau kena hon buat muka nak terajang.

Tapi kita tak perlu tengok Indonesia sebab diorang masih jauh lg utk jadi negara maju. Kita patut tengok Singapore.

Tanpa Nama berkata...

hahahah... tu belum lagi bila balik kg, lalu jln negeri nak memotong kereta2 yg bawa 30-40 km/j punya la susah...jln dua hala... pastu kat traffic light elok je dia potong kau balik ikut laluan belok kiri atau jln tanah merah duduk kat depan skali ...traffic light hijau je dia kat depan lagi skali konvoi untuk memotong kereta slow tu.................

Tanpa Nama berkata...

geng motor besar mcm Son of Anarchy ka??

Tanpa Nama berkata...

tot....ada lg ko x letak...

org yg suka buat lmpu signal warna merah...yg ni celaka sbb aku penah keliru dia brek ke nk masuk simpang....

aku xpham betul dgn otak pmndu cmni...nk cantikkn keta to ssh org....

satu lg....aku perhati...ada yg bwak keta mcm bwak moto...line kanan kosong..tp nk ikut line kiri jgak....tolong la kesian kt org bwak moto...

last sekali.....org bwak keta mewah...ssh gila nk bg signal....aku xtau la keta mewah suis signal dok kt mana.....

last sekali lg....dato2 celaka naik keta tau nk cpat ja....polis lg escort..wooo....sakit ht...kita yg byar cukai jln xpenah miss xde sapa escort.....

tot...lori besar2 tp knapa lmpu diorg kecik2...tmbah lori tanah...lmpu bersalut lumpur kot.....mna nk nmpk bila mlm....

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah nampak kereta ambulan keluar parking dgn tergesa2 tp x psg lampu merah tu. Kebetulan aku pun follow ambulan tu jauh2 dr belakang. Punya lh potong q smpai ada ler keta lain bg jln dulu. Tup2 aku jumpa driver ambulan tu berenti stesen minyak beli rokok....cam kangkung perangai cehh

unstopbebal berkata...

y u no ride motorcycle to opis mantot?

Tanpa Nama berkata...

kereta mewah, motor besar harga mahal tak guna kalau akal & tingkahlaku macam org dunia ketiga. kalau logik akal, org yg berkereta & motor mahal ni mesti la majoriti yg berpendidikan tinggi tapi tingkahlaku kat jalan raya tunjukkan sebaliknya... agaknya diorg tinggalkan akal diorg kat rumah sebelum bawak kereta@motor diorg?

Aslina berkata...

Ah, cube korang datang Penang ni ha. Confirm serik. Penang Lang bwk keta lagi camjahanam (termasuk la aku) hahahahh...!!

Tanpa Nama berkata...

aku benci no 11!!!! dah la eksiden lane bertentangan, yang tak berkenaan tu nak gak involve.. celaka betul.. lepas area eksiden terus clear,mmg cam gampang..

Tanpa Nama berkata...

oo.nak tambah nasik..
lori bawak macam moto..selit san selit sini

moto bawak mcm lori..jalan tengah2..



kangkung betul!

Fizah berkata...

ada lagi

driver yg bawak laju giler kat dlm kwsn taman perumahan. celah2 lorong rumah kita. padahal vios je pun. dia igt dia kapalterbang ke? tp slalunya pompuan cina la.. (mintak maaaf)

yg bawak laju giler kat parking shopping mall. sorry. slalunya remaja cina baru nak up. aku taktau pasal apa. mungkin remaja melayu n india mrasa pakai keta sekenhen je kot tu yg malas nk perasan kapalterbang tu.

apa2 pun, diorg ni mmg golongan yg x boleh nk generate pemikiran sndiri la. xder common sense. klu tak ajar, diorg xreti nk pikir sndiri.

wak kang berkata...

Singapore org tak mampu beli kete, hong kong lebih kurang juga, tp pedestrian kira sivil. Kat turkey elok skit dr malaysia, jgn expect lebih2 walaupun agak europe katanya. Tapi agak respek dengan thailand, kecuali di bandar besar skit, pemandunya sangat bersivil, tenang, bermoral, fizikal jalanraya dia pun bkali ganda baik dari sini (& xde tol pun). Bas sekolah diberi laluan, sape masuk dulu kemudian teratur tanpa banyak traffic light, takde sape nak cucuk2 belakang. Bawak kete takde stress & enjoyable sambil tengok pemandangan kiri kanan (actually sekitar west cost thailand x jumpa pun rumah setinggan & pemintak sedekah). Kete merc & bmw susah jumpa, tp 4wd melambak (padahal jalan cantik). Org bawak moto pun mana pakai helmet, xde la berita pecah kepla hari2. Selain tu, internet pun laju kat siam. Cuma nak masuk kena selit rm1 kat passport, kita dah biasakan kot, aku buat bodo je, dia tak mintak pon. Masuk kedah/perlis balik dah start org cucuk2, bawak slow jln tgh (typical org utara, start dr ipoh, hehe, peace) & kete bergoyang2 (jalan tak rata).

Aku masih sayang negara & x berputus asa, harapnya begitu juga yang lain, keluar hanya untuk membuka mata & memula langkah. dalam baik, ada buruknya, ada negara yang lebih teruk dari malaysia, tp pergi la tengok negara europe yg lagi islam dari orang islam, percaya le, bila banyak mengembara, bukan kemjuan fizikal yg dicari, tapi kemajuan moral. Di luar, susah mendapt senyuman, tapi senang dengan kesungguhan. Kaya senyuman? Dah tak mampu dengan orang yg tersengih2 macam kerang busuk tapi ape pun tak jadik

Tanpa Nama berkata...

Suka nk tokok tambah sikit. Cukup menyampah n meluat tengok keta yang tampal crest BAR Council pada plet keta. Bila keta tu masuk U dan belajar law? Dan lulus pulak tu? Budduh betul.. Yg jd lawyer tu kau la bodoh hoi. Yg masuk court room cari makan dari perbicaraan yg berlangsung tu pun kau bukan keta kau. Kalu suka sangat nak tampal crest tu, tampal je kat atas dahi kau sendiri... Hahaha. Lain skit berbanding keta kerajaan. Memang keta tu dibeli dan didaftarkan sebagai milik kerajaan. Cek rekod n inventori klu x caya.
Kononya nk tunjuk lagak n nk kasi gempak so pengguna jalanraya lain x berani cari pasal ngan kau walaupun kau bawak keta macam beruk x sekolah dan menyusahkan orang. Pegi mampus la...
Aku x belajar undang2 tp aku percaya xda pun tersebut dlm mana2 peruntuka Akta Pengangkutan Jalan memberi pengecualian dan membolehkan no plet keta lawyer2 jahanam ni ditampal crest tu..
Entah la....