Januari 20, 2014

Berjuta Tak Makan Tengahari Kalau Pendatang Asing Tak Tolong Masak Kangkung Goreng Belacan Kau

Hari ni aku gi makan kat Terminal Bas Cyberjaya, aku tengok banyak kedai tutup. Lauk2 pun dah tak ada. Nak makan pun susah. Aku boleh pilih nak gi makan tempat lain tapi memandangkan situ adalah tempat makan paling murah dekat Cyberjaya dengan harga air masih lagi berada dalam lingkungan munasabah, aku tibai aje lah apa ada situ.

Nampak ramai orang jual sotong kangkung. Terdengar juga beberapa pelanggan tengah makan, telefon berdering dengan nada dering "Lagu Kangkung."

Aku pun tinjau aje la beberapa kedai yang ada jual makanan situ. Kedai aku selalu makan, tutup, kedai nasik campur sebelah dia, tutup. Dua lagi kedai nasik campur dah tinggal kuah aje. Nasib baik ada ayam masak lemak cili api...aku pun ambik la seketul, makan dengan nasik putih.

"Kak, apasal ramai tutup ni?" tanya aku dekat acik tu sebab aku selalu jugak la borak dengan dia masa dia mula2 bukak kedai dulu.

"Ada spotcheck PATI.." jawab dia. "Esok lagi teruk kot sebab esok tak ada langsung pekerja dia," jawab makcik tu.

Kau bayangkan, nak run kedai makan, pekerja dia hanyalah seorang diri. Dia tukang kira, dia tukang bungkus, dia tukang hidang lauk atas tray. Pekerja langsung tak ada!

Dekat Terminal Bas Cyberjaya ni ada satu kedai makan Cina dan ada satu kedai makan India. Kedua-dua kedai ni berfungsi macam biasa sebab pekerjanya juga adalah tauke sendiri. Mungkin itu kot perbezaan antara macam mana Melayu run bisnes dan macam mana rakyat Malaysia bangsa lain run perniagaan diorang. Orang Melayu ramai yang meniaga nak jadi tauke...mungkin? Aku tak sebut semua aa. Ramai kawan2 aku yang hands on perniagaan sendiri sebab itu cara nak jimatkan kos. Ada jugak yang belum hapa2 terus nak berlagak jadi tauke besar....nak rasa macam mana ada pekerja sendiri.

Dua hari lepas, PM Najib "Pakar Penjimatan Belanja" Razak menyebut tindakan keras akan diambil ke atas peniaga Melayu yang menyewakan tapak perniagaan mereka kepada pendatang asing. Dengan gaya cakap mengajuk loghat Negeri Sembilan yang boleh dikatakan agak annoying, PM Najib menyebut mereka2 yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan keras.

Kita cuba tengok balik, kenapa industri dan negara kita sendiri terlalu bergantung dengan pendatang asing secara sah atau tidak sah ;

1. Kos menggaji pekerja dapat dikurangkan
2. Kos belanja yang besar MEMERLUKAN peniaga menggaji pekerja asing

Semua bisnes secara naturenya akan carik jalan macam mana nak cut down cost. Samalah seperti banyaknya company lebih willing nak hire fresh grad dan intern berbanding orang yang berpengalaman, peniaga2 kecik ni memerlukan pekerja asing kerana mereka tak mampu hire pekerja local. Even saudara mara sendiri pun akan demand lebih berbanding apa yang pendatang asing mintak kan?

Cuba kita renung sejenak kenapa lambakan pekerja asing berlaku di Malaysia. Pada mulanya pekerja asing masuk kerana syarikat2 dalam negara memerlukan lebih ramai tenaga asing bekerja kerana kekurangan tenaga asing yang boleh bekerja. Kemudian benda tu evolve menjadi "Tenaga asing perlu dibawa masuk kerana kos dapat dikurangkan.."

Kini kita dah sampai satu tahap di mana tanpa pekerja asing, Malaysia tak mampu run! Kedai makan dekat Cyberjaya akan lumpuh kalau terjadinya spotcheck penguatkuasa mencari pendatang asing tanpa izin. Ada kedai kat rumah aku terus tutup sebab semua pekerja habis lari lepas kedai kena rush dan baru bulan lepas dibukak balik.

Pendatang asing tanpa izin dah jadi satu kemudahan perlu kerana tidak ramai peniaga yang kecil2 ni mampu melalui proses mengambil pekerja asing yang sah kerana kosnya yang tinggi dan peluang risiko untuk rugi amatlah besar. Kau pun paham2 la sendiri macam mana complicatednya nak hire pembantu rumah dan bayaran yang perlu dijelaskan, kau bayangkan la kau kena hire 2-3 orang untuk dijadikan pekerja kau.

Semua kesan buruk ini berlaku kerana satu masa dulu, kita ambik jalan mudah, bawak masuk pekerja asing kerana kita nak accelerate growth negara kita dan selepas berpuluh tahun dah ni, mereka dah jadi SANGAT PENTING dalam ekonomi negara kita. Takkan kerajaan tak fikir benda2 ni dulu atau kerajaan takut nak admit, gejala pendatang asing di negara kita sebenarnya dah tak mampu dibendung oleh pihak berkuasa?

Pada aku, apa yang perlu dibuat, adalah pastikan pihak berkuasa buat spotcheck hari2 sehingga ke satu tahap di mana peniaga2 ni akan carik jalan untuk pastikan bisnes diorang terus sustain tanpa perlunya pendatang asing bekerja di Malaysia. Jika perlu ditutup kedai berapa ribu pun, mungkin itu satunya pengorbanan yang perlu dilakukan, untuk menghilangkan kebergantungan kita kepada pekerja luar.

Projek bangunan sangkut sebab pekerja takde? Go local! Bayar la banyak sikit. Company pun duk fikir nak cut cost sendiri, naik lemak la diorang hire pendatang asing ni sebab nak rendahkan overhead. Kerajaan bising benar nak saman peniaga kecik yang sewakan tapak dekat pendatang asing, apa kata saman lah sekali syarikat2 besar yang ambik jalan mudah guna pekerja asing tanpa izin ni?

Kita push balik peniaga kita hire orang local tak kiralah berapa kos yang perlu dibayar. Gaji minima dah dilaksanakan RM800 dan RM900, aku rasa dah sampai masanya kita stop bergantung dengan pekerja asing lagi. Berapa bilion duit Malaysia keluar Malaysia setahun? Tah la...walaupun gaji minima tu pada aku sangatlah tak padan...tapi it is a start...not the best start though.

Pegi makan aje, yang tukang masak, orang luar. Tukang buat air pun orang luar. Isi minyak, yang tolong isi, orang luar. Aku bukannya pandang  rendah diorang ni cuma aku rasa better kalau orang Malaysia sendiri yang buat benda2 tu sebab ia memberikan aku warm fuzzy feelings. Even kat negara maju sendiri diorang tak bergantung sangat dengan pekerja asing macam kita ni...

Kau cuba fikirkan sendiri lah situasi ni ;

"Pegawai imigresen kita, kalau diorang buat kerja yang sepatutnya dibuat, tangkap dan hantar balik semua pendatang tanpa izin, boleh membuatkan ekonomi negara kita jatuh."

Is that a sign of a good nation atau itu petanda kita adalah sebuah negara yang sangat kelam kabut pentadbirannya? Kita, dapat makan tengahari, hanya kerana ada orang sanggup langgar undang-undang negara dan masuk Malaysia secara haram, kerja tanpa permit dan ada orang berani ambik dia kerja kerana tau, dia tak mampu hire orang local....Alih2 akhirnya penguatkuasa pun terpaksa pejam sebelah mata walaupun nampak undang2 kena langgar depan mata.

Bagus atau tidak situasi tu?



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Catatan yang baik. Setuju! MEmang sesekali kita boleh fikir di mana letaknya ibu negara untuk Malaysia tercinta; di Bangladesh? Indonesia? Nepal? Filipina? Vietnam? Cuba duduk di KLCC sekali-sekala, pasti akan sangat terasa...

Unknown berkata...

bayangkan kalau semua jawatan yang foreigner isi tu, diisi oleh warga kita sendiri..

Nilai wang tu berpusing dalam negara kita jugak kan..

Tanpa Nama berkata...

Pekerja asing ni wujud kat pelbagai peringkat. Kat MNC pun sama... Satyam Cyberjaya tu berapa ramai 'orang dia'. Kat MNC penang sini pun sama. Kesannya, employer akan pilih bulu & susah utk orang tempatan tambah kemahiran (terutama dlm bidang teknologi).

Tanpa Nama berkata...

Coba berjalan kaki dari Stesen lrt masjid Jamek ke bus stand klang.
Boleh bilang bapa org mesia.
Dah melympah kat situ....
X kira hari atau waktu. ...

Fara Abdul berkata...

Banyak je kerja2 manual yg low paid dlm pembinaan dan perkilangan ni boleh digantikan dgn mesin. Wpun pelaburan besar sikit, tp untung dlm jangka masa pjg. Byk tauke2 xmau labur bli mesin dan upah beberapa org mahir sbb nk cut cost. Bagus jgk cdgn ko mantot. Sampai bila kita nak bergantung pd org luar? Skrg lebih byk masalah drp selesai sbb ada mereka ni.

Prince of Noob berkata...

apa barang orang melayu kerja kat malaysia. dapat terbit filem hollywood yang banyak unsur lucah dan seks barulah suatu yang membanggakan dan mengharumkan nama negara

Tanpa Nama berkata...

yang BESTNYAAA bila nak buat rush atau operasi bagi tahu dulu kat MUKA SURAT DEPAN surat khabar nak buat tarikh bila...

memang fail la operasi. semua PATI dah cabut dan menyorok. lepas tarikh operasi RAMAIIIII balik.

pelik betul penguatkuasa kat Malaysia ni...

kueh

Tanpa Nama berkata...

yang ni aku ssokong 100%.tak ke laut.
its really pathethic to see all this happen.
awal tahun ritu, aku guna public transport in kl (dh lama aku tak guna sejak berhijrah negeri).tp rasa kerdil gile disebalik bau hapak dorang semua.

haih.

walaupun aku tak phd in economy, but im looking forward.tapi haish..berapa nilai RM di masa akan datang?

Tanpa Nama berkata...

lama gak tunggu post pasal pekerja asing nih.

meh aku citer situasi yang berlaku dalam industri sekarang.

aku dulu pernah keja ngan anak syarikat pengeluaran (manufacturing) milik kerajaan (GLC)di lembah klang. Syarat yang dikenakan oleh pihak wakil kerajaan adalah - TIDAK BOLEH mengambil pekerja asing.

Jadi, pihak HR kami bersungguh2 mencari operator tempatan...hinggakan mereka masuk ke kampung2 ceruk, felda2, ladang kelapa sawit, getah...kawtim ngan ketua kampung, JKKKKKKKK untuk buat temuduga.

yang datang dewan tu ramai, motor hebat2...panther, 125Z, TZM..paling koman pun LC. let say yang datangnya 100 orang belia kampung

- kriteria
- lulus SPM - ramai yg bgtau derang tak amik spm....banyak yang balik terus...tinggal dalam 60 orang.

direndahkan kriteria
- lulus PMR - pun ramai yang bgtau tak lulus PMR...tinggal dalam 50 orang

direndahkan lagi kriteria
- boleh membaca, menulis dan mengira (amik UPSR)....40 orang je tinggal

40 orang

bile bagi je botol kecik (urine test), 20 orang balik terus. sampai ade dengan selamba bgtau - malam semalam saya dah amik 'ubat'.

tinggal 20...yang dioffer 20...yang sampai ke kilang 10 je sedangkan semua kos dari felda sampai ke depan kilang, asrama dah dikeluarkan.

10 tu pun selepas 2-3 bulan tinggal 5 orang je sebab yg lain dah reti carik keja lain yang lagi 'rilek'

Aini Amir berkata...

kos sara PATI rm75/org sehari - aku bc kat fb imigresen. why not kos tu kita hire local. asah bakat mereka. sapa yg rugi? win-win situation. company nak pekerja yg berpengalaman. staff bekerja mahukan income. kita patut dah lama hentikan kebergantungan pada pekerja asing. ko tgk je la pak guard pun nepal. jd, keselamatan kita pak guard nepal yg jaga. haritu keluar the star pasal subway tak nak ambik local staff sbb malaysian manja. skrg ni tak taulah nak blame sapa.

Tanpa Nama berkata...

Aku respek org kelantan meniaga, sume guna org tempatan

Tanpa Nama berkata...

malaysian - taknak keja bawah panas

non-malaysian - tak kisah


malaysian - skill tak cukup utk jadi technician (gaji dalam 2k), jadi offer sebagai production tech (gaji 1,500)- amik masa utk upgrade - masalahnya budak tu tolak sebab tak cukup 'glamer'..gaji rendah berbanding member2 yg lebih skill. - menganggur sampai sekarang.


malaysian - suruh OT - marah...kalo OT pun, senin tu sure ponteng sebab gaji OT wiken tu dah bole kaver ponteng tu.

non-malaysian - marah supervisor sebab potong OT. Ahad kena keja OT sampai kol 8 malam, esoknya datang kerja macam biasa...cuma busuk sikit sebab baju tak basuh.


Malaysian - aku gi oldtown, waiteress mesian dok lepak2 main henpon...kene panggil petik jari ngan panggil baru datang

non-malaysian- (oldtown yg sama-hari je lain) redi je..mata pandang semua. bile angkat je tangan, terus datang.


Malaysian - (cerita gi hardware semalam). aku nak beli plywood, mintak potong kecik senang masuk keta, dak kita dok ngarah bangla tu buat keja sedangkan tokeynya cina. bangla tu la yang ukur kayu...potong kayu...tolong angkat masukkan dalam keta.

kalau aku la..aku tak salahkan gomen atau swasta berikutan kebanjiran pendatang asing nih.

malaysian terlalu manja. Belajar tak pandai sangat tapi nak keja dalam ekon, pakai smart2. baru ade sijil tapi nak jadi manager terus. measuring tpe - inci ngan sentimeter pun tak reti baca.



Tanpa Nama berkata...

Aku setuju sangat bab malaysian manja tu. Aku org HR. Dan aku nak cakap, itu kenyataan. Sakit kepala hire budak malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Aku bisnes carwash. Gajikan 3 budak melayu. Menganggur, tak ada keje. Aku bagi keje. Bangun lambat, datang keje lambat. Kadang2 tak datang langsung, buat kedai macam mak apak dia punya. Sampai kadang2 aku terpaksa tutup kedai sebab takde org nak keje. Aku pun cuci kereta sama. Masalahnye kalau aku bukak kedai jugak, mati la aku nak cuci kete sorang dibuatnye datang berduyun. Aku fired semua. Aku hired bangla. Bangla2 tu keje kilang kat kawasan aku. Aku offer diorg kalau siang takde keje, datang cuci kereta. Sampai hari ni, alhamdulillah kedai aku hari2 bukak. Maknanya bangla tu keje siang malam la. Dapat la tido 2 3 jam agaknya. Kalau diorg off day, siap offer 'boleh datang cuci kereta ke bang?'. Budak2 melayu tadi aku tak tau la, mampus mak apak dia nak kene ngulur duit rokok hari agaknye.

Tanpa Nama berkata...

Tq for sharing pasal realiti pekerja malaysia vs non malaysian.

Tanpa Nama berkata...

Agree ngan Anon di atas, ada je Malaysian nak keje tapi mostly demand, belajar malas tapi nak gaji besar, asik nak salahkan orang je, suka cari jalan singkat nak buat duit...non Malaysian dah biasa susah demi sesuap nasi..so dorang tak kisah janji dapat gaji

Tanpa Nama berkata...

yang dia tau cm MLM..
ahahah

Ana Faryana berkata...

sebab ada melayu yang bangang malas kerja macam ni la melayu yang lain susah nak cari kerja. Sampaikan apply kerja kat pasaraya pun tak dapat. Sekarang yang jadi head department pun ramai non local. Orang malaysia kerja bawah bangla nepal..come on la sampai bila nak macam ni?

Tanpa Nama berkata...

kedai mak aku semua non-local, kerja dah berbelas tahun. dulu pernah ada rush sekali, semua kena angkut. sementara naik court dan uruskan pekerja2 ni, mak aku iklankan untuk ambil pekerja local, kerja dua tiga hari lepas tu cabut. tak tahan kerja kedai makan. mak aku terus serik nak ambil melayu local bekerja.kesimpulannya, locals kita pemalas, terpaksa la ambil org luar.

Tanpa Nama berkata...

Ni semua salah kita bersama.. Bukan salah gov je, tp masyarakat kita sendiri. Orang-orang Melayu kita berebut rebut nak keje dgn gov. Alasan sbb keje rilek tak teruk sgt, x pyh berjemur bwh panas mcm keje kontrak buat bangunan, x perlu berdiri lama lama mcm keje kat kedai mkn /kopitiam etc etc. Gaji keje gov pun paling rendah dpt jgk RM1200 etc dah campur dgn elaun elaun sekali. Keje biasanya pukul 5 petang dah boleh balik. Sabtu & Ahad biasanya cuti. Keje keje lain ade ke dpt mcm ni?