Jun 17, 2013

Wanita Pertama Yang Aku Suka Dalam Hidup Aku

Aku tak sure rasanya sejak bila aku ada rasa suka tengok perempuan Melayu. Tapi rasa-rasanya detik pertama yang aku sedar diri aku attracted (suka bukan bernafsu) dengan perempuan Melayu adalah first day aku masuk sekolah darjah 2. Aku baru aje transfer hari tu dari Kedah ke KL dan sekolah tu adalah sekolah first aku dekat KL.

Bila aku sampai sekolah hari tu, itu adalah first time aku tengok sekolah baru aku. Sekolah Rendah Kebangsaan St.Gabriel, Kampung Pandan. Depan sekolah aku ada Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan, Sekolah Menengah St. Gabriel dan ke dalam sikit ada sekolah SJK apa nama aku tak ingat.

Aku join kelas nama 2 Putih. Aku tak tau apa yang putihnya tapi layan aje la...budak darjah dua, bukan kira apa sangat. Bila aku masuk kelas, aku adalah orang asing, sebab aku satu2nya budak baru dalam kelas tu. Dan selang beberapa minit kemudian masuklah cikgu kelas aku....Cikgu Noraini.

Dialah wanita pertama yang aku suka dalam hidup aku. Dia langsung tak garang, langsung tak pernah marah dan suara dia pun tak berapa kuat, sehinggakan cikgu lain yang lebih garang dan lebih taiko terpaksa masuk dalam kelas untuk marah budak2 supaya diam sebab tak ada langsung yang takut dengan dia. Aku pun diam aje la sebab jiwa aku setiap masa menyelam dalam mata dia sehinggakan bila balik rumah pun, aku boleh imagine macam mana kalau aku kahwin dengan dia. Tidak ada unsur seks lagi waktu tu cuma imaginasi macam mana kahwin2 aje.

Cikgu Noraini ni terlalu lemah lembut dan mungkin itulah sebabnya yang membuatkan aku rasa dia hot.

Ada satu hari, tah apa tah classmate aku buat, sehinggakan Cikgu Noraini ni nangis dalam kelas. Aku duduk belakang sikit jadi aku tak berapa pasti apa yang jadi. Dia berjalan keluar kelas dan tak masuk2 lagi dah untuk hari tu. Esoknya, dia masuk balik tapi wajah dia tak seceria macam biasa.

Aku sempat belajar dengan dia pun setahun aje sebab habis darjah 2, aku naik sekolah pagi dan Cikgu Noraini kekal dengan sekolah petang. Yang aku sure, masuk sekolah pagi, aku agak miss Cikgu Noraini sebab cikgu2 aku lepas2 tu garang2 semua dan tidak ramai yang hot2.

Aku sure kau pun ada pengalaman yang sama, tak kiralah kau perempuan dengan cikgu lelaki atau kau jatuh cinta dengan student kau sehingga ke jinjang pelamin. Itulah dia cerita aku pasal wanita pertama yang aku suka dalam hidup aku.

Sekian, terima kasih.



22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak menangis aku baca post kau kali ni tot..

enon berkata...

baca crita mantot mcm baca karangan budak sekolah rendah...
sekian terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

yang cerita cikgu tak tahan nafsu kat anak murid baru2 ni apa cer pulak? wat2 baik hantar gi klinik pas tu bawak balik rumah ajak tengok blue? lepas tu sendiri air naik kepala, nyusahkan semua orang!!

haram jadahnye jenis.. kalau dapat kat aku, aku suruh je penjenayah tegar dalam tu rogol dia balik! baru ada akal...

Tanpa Nama berkata...

Noraini ialah nama yang hot!

Mantot berkata...

pasal cikgu rogol student tu...

beban kesalahan tu sepatutnya ditanggung pihak sekolah jugak sebab tak arahkan cikgu perempuan ikut sekali. ikut prosedurnya, kena ada cikgu perempuan.

....

tak ramai dah orang Melayu nak letak anak nama Noraini sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun ade gak cikgu yang aku suka. Hasnida namanya, masa tu Aku darjah dua. Ntah mana ntah cikgu tu sekarang.Dia pindah sekolah masa akhir tahun aku darjah dua.

Tanpa Nama berkata...

karut dowh post cmni...ce post bnda menfaat skit mantot

Tanpa Nama berkata...

yupp noraini mmg nama hot, kwn2 lelaki aku semua pernah ringan2 dgn org nama noraini,, no offend :P.. aku pun benci nama noraini ni,hati2 dgn org nama noraini

plain83 berkata...

dan jodoh ko pun last2 dgn seorang cikgu... tahniah mantot

Tanpa Nama berkata...

Kakak aku ngajar kat Sekolah St.Gabriel Kampung Pandan tu lebih 28 tahun, mesti dia pernah ngajar ko dulu. Nama dia bukan Noraini.

Tanpa Nama berkata...

Eh, bini ko Cikgu kan? Mintak senarai nama pelajar2 dia. Nak tau trend nama budak2 zaman skrg.

Tanpa Nama berkata...

Budak2 laki siapa lagi cikgu favorite depa kalo bukan Cikgu Suraya.

Tanpa Nama berkata...

aku benci cgu MOHD ROFIE..dia mengajar kt phg tahun 80/81..msa aku drjh 4 dia mencabol aku..msa tu aku x tau apa yg dia buat tu satu kesalahan..ambik msa jugak la baru aku tau yg tu satu pencabolan...aku ingat lg..dia ramas dada aku kuat2..celaka sial punya cgu !! babi,,!! harap2 ank dia jd mangsa cabol plak..bio dia rasa..semoga ko mampos dgn cepat binatang !!

Tanpa Nama berkata...

Noraini bukan nama perempuan ajer la ada juga nama lelaki noraini ni huhu mula aku dengar terkejut gak.. tapi memang ada :D

Tanpa Nama berkata...

Tot,

nasib baik jugak sekolah tu tak ikut prosedur, kalu tak, dengan anak murid dengan cikgu perempuan tu sekali jadi mangsa!!

air dah naik lepas kepala, bukan boleh kira..betul Tot? ngee....

Prince of Noob berkata...

aku rindukan cikgu suraya...

Tanpa Nama berkata...

masa aku darjah dua tahun 1993ada seorg cikgu nama zarina. memang cantik molek.. mengajar subjek pendidikan islam..kebetulan pd masa tu rumah aku pun bdekatan dgn rumah dia.

pernah sekali aku dgn member aku dgn muka xmalu pergi rumah dia. haha... dia pun sediakan air teh utk kitaorg.. aku hanya tertarik kerana dia baik n comel pastu xpnah marah student.

smpai skrg bila aku balik kampung.. mesti aku akan lalu dan menjeling dkt rumah dia. rumah batu besar dua tingkat ada kereta 3biji. aku terpikir.. masih ada lagi kah cikgu zarina dkt rumah tu.
mcm mna rupa dia sekarang. yg mngkin sudah berumur dlm lewat 40an. adakah masih secomel dahulu.

btw.. dia mengajar sekolah aku setahun sahaja sebelum kena pindah.. tapi seperti ko mantot. itu lah perempuan yg 1st aku minat.

-midnite-

aitotyati berkata...

cikgu Noraini adalah cikgu Bi Ai masa darjah 4.

cikgu yg sempoi banget, suka pakai baju kurung tapi pakai scarf yg ikat ke belakang tu.

loghat utaranya pekat.
dia serius bila mengajar tapi friendly bila di luar kelas.

masih ada di sekolah rendah Ai skrg. lama betul berkhidmat kt situ.

Tanpa Nama berkata...

budak2 melayu mmg bengap,kasi cikgu dah x minat mengajar walaupun mula2 sgt cool.

ko dah buktikan sinar melawan hegemoni melayu walaupun masih didarjah dua!!

Tanpa Nama berkata...

Hawa tu keinginan kepada sesuatu manakala Nafsu itu pula dorongan dalam mendapatkan hawa atau keinginan.. Maka jadi la hawa nafsu :)

Sesuatu yang mendorong kita dalam mencapai sesuatu.

eing berkata...

aku tak pernah suka cikgu. kecuali cikgu praktikal. hensem nak arwah!

Tanpa Nama berkata...

Cinta pertama aku ialah cikgu dangsuria, masa aku darjah tiga di sebuah skolah di bukit nanas. Manis.