Jun 07, 2013

Simbol Melayu ; Keris, Sultan dan Mengamuk Tak Tentu Punca

Aku tak nak memikirkan pasal politik untuk sebulan dua ni tapi semalam ada pembaca yang mesej aku dekat Facebook  tanya "kenapa kau benci BN?"

Aku tak benci BN. BN yang buat aku benci dia. Sebab ; kebanyakan benda yang BN buat, khasnya UMNO , menunjukkan yang diorang sebenarnya tak ikhlas nak tolong Melayu.

Ambik contoh ikon2 yang UMNO selalu jaja. Awie atau nama glemer dia, Awie Wings. Tauke kelab malam. Penyanyi. Rockers. Pada orang yang normal, tauke kelab malam adalah satu benda yang orang Melayu takkan buat. Rezeki tu haram. Tapi orang puak UMNO diorang bukan sekadar promote Awie jadi idola, malah dia gunakan Awie untuk pancing orang Melayu undi UMNO, kenapa buat camtu bang?

Nak menunjukkan orang Melayu pun boleh berjaya ke? Adakah jadi tauke kelab malam itu satu kejayaan? Itulah bezanya macam mana orang UMNO dan orang Islam ni berfikir, membuatkan orang macam aku, golongan yang rasa jadi tauke kelab malam bukannya sesuatu yang patut dibanggakan, menjauhkan diri dari politik UMNO.

Aku benci UMNO sebab itu yang UMNO buat, setiap hari.Cakap tak serupa bikin. Nak Melayu kaya tapi dalam masa yang sama jual nilai bangsa, malah sedih lagi, jual agama. Orang Islam mana yang marah sikit nak hunus keris ugut2 tikam orang ni bro?

Kes tarian separuh bogel kat Johor, PAS bantah...MCA kata "Malaysia takkan maju kalau PAS masih lagi Ultra Konservatif." Mana dia orang UMNO yang nak sokong apa yang PAS perjuangkan? Bukan ke apa yang PAS sebut tu benda betul? Atau definisi "betul" dah lain sangat untuk orang2 UMNO ni?

Kenapa menikus masa MCA lantang hina agama secara terbuka?

Cuba Lim Guan Eng yang sebut benda tu...perghhhhhhhh!!! Laju diorang bangun, pakai songkok tinggi, hunus keris sebab Lim Guan Eng hina Islam! Mental orang UMNO ni dah tak betul! Diorang perjuangkan bangsa dan diorang lagi pentingkan bangsa berbanding agama sendiri.

Buktinya kau boleh nampak hari-hari. Selagi orang2 UMNO menikus tiap2 kali MCA hina Islam dan permintaan wajib Islam, selagi tu lah aku takkan sokong UMNO. Itulah sebabnya aku benci UMNO. Aku tak benci BN tapi aku benci UMNO. Mentaliti ni wujud sebab bangsa dah mendahului agama. Rasuah boleh, asal Melayu kaya. Kroni boleh asal Melayu kaya. Tipu pilihanraya halal, asal Melayu berkuasa.

Banyak benda yang Melayu bangga dan ambil sebagai budaya, benda2 yang nenek moyang wariskan dekat kita. Cuba list down kan benda2 yang Melayu buat tapi Islam tak bagi buat. Aku pernah listkan dulu pasal adat perkahwinan...ada jugak yang nak berbunyi. Islam dah ajar, kalau tak mampu buat cara tak mampu. Kalau kau berhutang untuk kahwin..kau tak ikut ajaran agama Bang.

Dalam bab lain.....aku tanya kau jujur dan ikhlas, kenapa sebagai seorang Islam, protokol kitaperlu sembah Raja sedangkan.....yang perlu kita sembah......aku malas nak sambung ayat ni. Tak kiralah protokol atau sekadar upacara tapi it's against our religion, kan?

Majlis Fatwa telah mewartakan  yang tunduk hormat sudah cukup, tidak perlu menyembah lagi Sultan atau Raja tapi kalau kau tanya pegawai kerajaan khasnya Pegawai Istana yang jaga adat istiadat, benda tu dia wajibkan ikut pandangan dia sendiri dan berapa kuat dia nak kiss-ass beberapa ass yang dia nak kiss.

Kepada pegawai Istana yang jaga adat istiadat, tunjuk kat aku mana dalam Quran sembah Sultan wajib dan apa hujah kau nak mewajibkan kita sembah Sultan?

Itu satu hal yang Majlis Fatwa dah setuju. Kita tidak wajib "menyembah" Sultan, cukup sekadar tunduk hormat...tapi...ada satu hal lagi sehingga sekarang, Majlis Fatwa masih lagi belum decide sama ada perlu atau tidak tukar panggilan Sultan dan Raja "Duli Yang Maha Mulia" ni kecuali di Selangor yang aku tau. Sehingga sekarang! Zaman internet! Zaman teknologi! Akhir zaman! Bayangkan, sehingga sekarang, orang Melayu masih lagi memanggil pemimpin diorang Maha Mulia....kau tak rasa kelakar ke?

Jadi berbalik kepada point asal aku,"Kenapa aku benci UMNO? "

Apa yang aku tulis ni, tiada niat nak menjatuhkan institusi di Raja, tapi akan ada yang panggil aku penderhaka. Aku just nak ajak kau fikir, ada tak benda yang orang Melayu amalkan tapi ada risiko bertentangan dengan ajaran agama? Tapi rasanya ramai yang akan mengamuk menghunus keris. Itulah dia majoriti orang UMNO zaman ini. Diorang tak nak berfikir dan bukak sikit kepala otak diorang sebab pada diorang, apa yang ada, eloklah dikekalkan.

Jadi, ada tiga benda paling menghairankan aku;

1. Kenapa UMNO menikus bila MCA hina agama?

2. Kenapa UMNO hanya berbunyi lantang bila ada orang hina Sultan?

3. Kenapa sampai sekarang, masih belum lagi settle isu DYMM Sultan diperingkat Kebangsaan? Maksud aku, fatwa ikut negeri ada tapi generally, untuk semua orang tak ada?

Fatwa latest ;  Penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap Raja-Raja ketika mengadap dan lain-lain hukumnya adalah harus dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah.

Tu fatwa untuk Kelantan aje la...sebab Mufti Kelantan yang keluarkan. Negeri lain punya, tak ada?  Bagaimana kalau mufti negeri lain ada yang haramkan penggunaan Maha tu sebab Maha hanya untuk Allah? Tak ke berpecah umat ni?

Paling penting, bagaimana pun orang biasa macam aku dengan kau, yang mentaliti dah tepu, nak fahamkan dalam diri ada Maha untuk Sultan dan ada Maha Untuk Yang Esa? Bila sebut Maha, aku automatik ingat Tuhan. Boleh ke aku paling Sultan "Bro" atau "Uncle" nak elak kekeliruan? Nak simpan dalam fikiran, Sultan pun orang biasa, ada salah silap, tak perfect, boleh marah, still kencing, still berak, kalau ada berlaku penyelewengan still kena dakwa? Kalau ada la.

Marah kang orang UMNO hardcore ni.
Boleh ke orang UMNO yang gemar sembah Sultan berubah?

Bila diorang marah kalau ada orang cuba ubah tradisi yang dah lama ni, walaupun tau benda tu tak betul...itu yang membuatkan aku sedikit benci dengan UMNO. Masalahnya, diorang hanya akan marah, kalau parti politik belah lain yang buat. Belah diorang...takpe. Senyap. Tunduk hormat. "Respek pandangan peribadi mereka," kata diorang. KHAKKKK TUIH RESPEK!

..................

Untuk satu perspektif lain..mengenai asal-usul ayat "Duli Yang Maha Mulia" ni. Ada orang kata Duli itu bermaksud "habuk" jadi "Duli Yang Maha Mulia" bermaksud "Habuk Di Kaki Yang Maha Esa" atau " Habuk di Kaki Tuhan." Mungkin kesalahan bahasa aje la kot. Agaknya la.

ps - Aku ada ingat satu masa dulu dalam tahun 90 an, ada fatwa keluar haramkan penggunaan "Maha" untuk Sultan dan Raja. Bila masa bertukar pulak dan dibolehkan semula ni?

28 ulasan:

mr edz berkata...

aku benci BN sebab dia tipu aku pasal

1.harga kereta tempatan.
yang lain korang boleh tambah..

AzmanV2 berkata...

Tahniah SKMM kerana berjaya track dan tangkap mereka-mereka yang menghina Agong.

Bila nak track dan tangkap mereka-mereka yang hina Islam, Rasulullah, Jesus, Buddha, Krishna, Siva, Ganesh dan segala tuhan dan tokoh agama lain?

kata 1Malaysia

Tanpa Nama berkata...

1-aku benci umno sebab byk manipulasi kuasa,agama,bangsa dan wang.palg tak tahan najib cite psl islam padahal istri punya lah tak solehah perwatakannya.

2-aku xsuka raja2 malaysia ni.dh la rembat duit rakyat.hasil bumi, lubang bisnes semua dia kaut atas nama raja.ada yg xbayar pun duit vendor.raja punya psl xboleh ambil tindakan pun.sedara mara xpyh ckp la.berlagak habis.aku cite ni bukan semua tp kebanyakkan.

3-aku xbrape suka tuan blog ni sbb dia bias.semua psl kebaikan pembangkang dia cite.yg xbrape elok dia syp.come on la bro.jd neutral la.mana ada yg perfect dlm dunia ni.

Tanpa Nama berkata...

Yg aku tau, duli maksudnya tapak kaki. so, "duli yg maha mulia" tu "tapak kaki yang maha mulia" la kot. Macam frasa sultan/raja "mencemar duli", yg bermaksud sultan/raja datang ke sesuatu tempat, maksudnya sultan/raja tu mengotorkan tapak kaki baginda kat tempat tu.

Tanpa Nama berkata...

keberangkatan tiba ke bawah duli yang maha mulia........

gua rasa memang duli tu bermakna habuk di tapak kaki sebab tu kata nama kat depan adalah - Ke bawah bukan kat atas. unless dewata mengangkat kaki, barula ayat tu menjadi ke atas duli yang maha mulia.... ngeee..

kalau jumpa dewata pulak, kita marhaen kena guna ayat -'hamba pacal yang hina dina ini'. pacal means anak anjing/puppy? maknanya, hamba (??) anak anjing yang hina dina..!!

to link the puzzle - bila marhaen berjumpa raja - hamba pacal yang hina dina ingin menjunjung sembah ke bawah duli tuanku....... = saya anak anjing yang hina dina ingin datang menyembah habuk di tapak kaki tuanku.........?!!

kan? nampak tak? kesian melayu.........

hanafijaafar berkata...

Anon atas aku ni betul, buka la kamus DBP. Duli maksudnya habuk, debu.

Tanpa Nama berkata...

syabas kerana berjaya mengesan dan tgkap org yg hina YDP, tapi kalau org hina islam, hina Allah, hina Rasulallah senyap ja takde pun masuk tv sampai berhari2, takdak pun kecoh2 sgt, kenapa yer mcm tu? sedeh la !

Tanpa Nama berkata...

aku suka mantot....lantang...patut la xramai cai kt sni....btul apa dia ckp..umno wat aku benci diorg..ckp ja lbh..tp hasil lain...n merngkai knpa pbnkang xnmpak salah..sbb bila ada yg xkna dgn diorg..umno lbh2 pg tmbah masalah cita tu ni..xkn la pbnkang xnk lwn....pastu dari stu gak nmpk ummo ni salah..cba dok diam2..aku tulis ni rngkas sgt hrp pham..

Aslina berkata...

Okey yang ni klakar. Tapi masalahnye fakta kat situ adelah betul. So kalo aku sokong ni, aku kene tangkap tak?

Tapi siyes aku tak tahan nk gelak. Hehe

Unknown berkata...

kita setuju ...... nak kaya aktif dalam umno.....!!!!!!!!!!!

Prince of Noob berkata...

jom google melayu boleh!!!

btw jom join contest kat sini sangat mudah dan senang.

Tanpa Nama berkata...

Pacal mana boleh hina Duli yang maha mulia.. Machai marah..

Tanpa Nama berkata...

"ada tak benda yang orang Melayu amalkan tapi ada risiko bertentangan dengan ajaran agama?"

riba tu haram, tapi slambe je org melayu yg buat loan beli rumah, kete, pelajaran siap untuk kahwin lagi.

berbual je lebih, tak ramai pon melayu yg sanggup hidup macam seorang muslim sebenar.

kalau nk hidup kerana dunia tu tak perlulah bertopengkan agama.

AbdullahUmar berkata...

tot. Maksud DULI tu adalah debu di bawah tapak kasut. maknanye, Org MELAYU DULU menganggap PEMIMPIN ni macam mana hebat pon, masih seperti debu2 bagi ALLAH YG MAHA MULIA. TU BUKTI org zaman MELAYU DULU betul2 angkat ISLAM. tu je aku nk betulkan. LAIN2 aku stuju

Tanpa Nama berkata...

aku rasa agama under jurisdiction negeri. kan di bawah kuasa sultan masing2. sebab tu lain negeri, lain fatwanya.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn anon kat atas ni , fatwa lain-lain sebabnya dulu mana ada kerajaan malaysia@negara malaysia. sultan/raja-raja yang berkuasa penuh diatas setiap negeri2/tanah yang mereka takluki. nk tahu lebih lanjut , kaji la sendiri sejarah raja-raja dimalaysia/bagaimana malaysia terbentuk/dan kenapakah perlembagaan lagi berkuasa dinegara ini.

Mantot berkata...

Abdullah Omar,

ada aku sebutkan pasal maksud Duli tu ikut Kamus DBP. cuma rujuk balik kamus tu, maksud dia besar..bukan setakat habuk malah merangkumi perbuatan tertentu.

Tanpa Nama berkata...

Yang aku tau maha dah xdigunakan lagik. Maha bukan utk makhluk. Skrg sume da gune duli yang mulia.. try la check balik. aku da perasan lame da mende nie.

Kalau Sultan kt boleh hormat dgn protokol yg mcm² ms nk jumpe.
Allah lebih² lagi bile nk solat.
Solat pn ade protokol yg kite kene ikut sbb kt nk mengadap Tuhan sekelian alam.

Yang tunduk hormat tu aku stuju.
-Daun-

SEDARLAH! berkata...

masalahnya mufti dan the so-called ulama' kita ni lebih takutkan manusia dari takut Allah...sebab tu sukar dia orang nak lurus dan tegas berfatwa berdasarkan nas-nas syara' yang jelas dan sohih. Bayangkan kalau kena pecat hilang gaji dan pencen mufti.... Nak rasa hakikat Allah yang berkuasa mutlak menyempitkan dsan melapangkan rezki siapa yang Dia kehendaki bukan senang.. berteori dan berhujjah memang senang tapi yakin dan beramal belum tentu... Ini kerana hakikat beriman dengan yang ghaib tu masih boleh dipertikaikan....Redha Allah, Akhirat, syurga neraka tu semua benda ghaib..tak nampak dengan mata kasar....Ia bergantung kepada tahap keyakinan dan ketulusan hati....

Mantot berkata...

Kpd Anon yang kata "Maha" tak digunakan lagi..

"Maha Mulia" masih lagi digunakan. Refer sini kalau nak baca dokumen rasmi pertabalan

Link

tapi ada jugak yang negeri yang Sultan atau Raja sendiri tak nak gunakan "Maha Mulia" ni.

Tanpa Nama berkata...

X kelaka laa aslina majid oii..aku tangkap ko kang

Unknown berkata...

terima kasih atas jawapan.

Tanpa Nama berkata...

ni beza raja, sultan dan khalifah.sayang raja kat malaysia ni byk-byk,sultan sikit2, khalifah jarang2.

yang jadi rakyat pun satu banyak2 ikut semberono tak mengaji agama tapi mengaku pejuang agama yg wahid.

generasi bundle

Tanpa Nama berkata...

Awie? Awie tu sapa?

Tanpa Nama berkata...

Salah tu ada kata Raja/Sultan tu debu? lol.. jadi apa makna yang dipertuan agong? :) bukan ke amat berlawanan sekali?

Raja/sultan kita mewarisi adat istiadat hindu.. walaupun Parameswara dikatakan memeluk Islam tetapi banyak adat istiadat raja/raja hindu yang diteruskan

Duli bukan merujuk kepada raja atau sultan.. tetapi biasanya disebut bila mengadap misalnya ke mengadap kebawah duli yang maha mulia maksudnya mengadap habuk dibawah kaki yang maha mulia.. orang hindu sujud kat kaki.. (sama macam isteri sujud kat kaki suami dalam cerita hindu/india)

Raja dalam hindu diangap bayangan tuhan.. kedudukan paling mulia..

Sama juga pacal bermakna anjing/anak anjing.. Perlu diingat orang dahulu guna anjing sebagai binatang perliharaan kerana ketaatanya.. jadi rakyat seharusnya seharusnya patuh dan taat.. Bukan la bermaksud rakyat ni sehina anjing :) Raja dulu-dulu guna anjing untuk berburu (ingat bagaimana melaka mendapat nama bukan anjing parameswara berlawan dengan pelanduk/kancil di bawah pokok melaka)Jadi hamba jelata @rakyat membahasakan diri mereka sebagai pacal untuk menunjukan ketaatan mereka..

Tanpa Nama berkata...

pecal??

Tanpa Nama berkata...

OK! Tot, entry yang sangat deep. Aku faham perasan kau. Sabar jelah. Satu hari nanti mungkin berubah Malaysia ni. Insya'allah.

Melayu Boleh berkata...

Salam Ukhwah
Melayu Boleh biar ia dengan maksud yang sebenar-benarnya. Kempen membersihkan penggunaan istilah Melayu Boleh yang digunakan oleh laman-laman lucah untuk orang melayu yang menguasai kedudukan utama dalam Search Engine.